Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Berhati-hati dalam menyampaikan hadits


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Berhati-hati dalam menyampaikan hadits

Please Mendaftar To Post


Oleh Berhati-hati dalam menyampaikan hadits

abu_fadhl
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7224
Posting: 8
Dari: JB

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-04 22:50


Assalamu'alaikum.

Begitu banyak ikhwan kita yang menghantar hadits-hadits untuk sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. Lagi2 ada segolongan mereka yang hanya merujuk al-Qur'an sahaja (al-Qur'aniyyun). TETAPI, saya ingin mengingatkan di sini kepada semua ikhwan sebelum posting hadits, semaklah dulu akan keshahihan hadits tersebut. Sama ada ia shahih, dhaif atau palsu. Ini kerana, apabila kita menyampaikan hadits yg dahif & juga palsu, kita telah berdusta atas nama Rasul.

Ya lah, bila kita kata Rasulullah telah bersabda, tapi kalau hadits tu bukan hadits atau dhaif, maka kita telah berdusta. Hal ini banyak dibincangkanoleh para ulama'.

Maka, kita jangan begitu mudah menyampaikan hadits tanpa menyemak keshahihannya. Lihatlah Imam Bukhari & Muslim, mengapa mereka berusaha berhempas pulas hanya untuk mengumpulkan hadits shahih... Perhatikan hal ini.

Saya sekadar mengingatkan.. Rujuklah kitab yang ditulis oleh ulama' atau mereka yang muktabar dalam hal Agama. Jangan main petik jer.. Rujuk juga kitab Hadits yang shohih seperti Shahih Bukhari & Muslim..

Begitu banyak tersebarnya hadits-hadits dhaif bahkan palsu..

InsyaAllah saya akan posting satu artikel mengenai hal ini.

"Man haddatsaa 'Annii (wafii riwaayatin : Man rawaa 'Annii) Bihadiitsiy-yura (wafii lafdzin : yara) Annahu Kadzibbin, Fahuwa Ahadul-Kadzibiina (wafii lafdzin :Al-Kadzibayini)"

"Barangsiapa yang menceritakan dariku (dalam riwayat yang lain : meriwayatkan dariku) satu hadist yang ia sangka (dalam satu lafadz : yang ia telah mengetahui) sesungguhnya hadits tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta (dalam satu lafadz : dua pendusta)"
[Diriwaytakan oleh Samuroh bin Jundud,
Dikeluarkan oleh Imam-imam : Muslim (1/7), Ibnu Majah (No. 39) Ahmad (5/20), Ath-Tahayalis di musnadnya (Hal : 121 No. 895), Ath-Thahawi di kitabnya : Al-Musykilul Atsar" (1/75), Ibnu Abi Syaibah di mushannafnya (8/595), Ath-Thabrani di kitabnya "Al-Mu'jam Kabir" (7/215 No. 6757), Ibnu Hiban (No. 29) dan di kitabnya "Adl-Dlu'afaa" (1/7) dan Al-Khatib Baghdadi di kitabnya "Tarikh Baghdad" 4/161).

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_fadhlProfil   Hantar PM kepada abu_fadhl   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-04 23:40


syukran,
ramai yang tak tahu pasal mende ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-02-04 01:54


. Ana setuju dengan pendapat saudara abu_fadhl tu, cuma ana nak kita semua maklum bahawa hadis daif juga adalah hadis yang mana ianya juga kata2 dari nabi S.A.W. Cuma hadis daif ini tidak cukup syarat atau kriteria untuk menjadi hadis soheh. Maka, hadis daif boleh digunakan untuk beramal tetapi tidak kuat untuk berhujah.
Wallahu a'alam.

-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

lepat
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 26.09.2003
Ahli No: 3772
Posting: 209
Dari: jawa meru

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-03-04 18:20


kalau boleh..tolong ceritakn sekali bab pembahagian hadith ni yek

-----------------
ya Allah tuhan yang menjaga hati baikilah hatiku agar mazmumahku
tidak merosakkan agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For lepatProfil   Hantar PM kepada lepat   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 06-03-04 03:36


...se eloknya... jgn amik dr internet yg kita kurang pasti... dan lebih elok jika kita ambil dari kitab kitab mukatabar.. yg banyak.. tak tulis arab pun tak pe kat sini.. yg penting kitab muktabar yg di iktiraf... dan punyai rujukan


-----------------



    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 08:06


terima kasih kerana beritahu..
macammana nk kenal itu hadith daif ke,hadith palsu ke...hadith soheh ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 11:11


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah bila sebut bab hadis ni maka penting bagi kita semua terutama anak-anak mencari ilmu supaya tidak tersasar dalam kepercayaan. Untuk yakin pada sesuatu kita perlu berilmu dan ilmu itu terbahagi kepada tiga (menurut para ulama' mu'tabar) iaitu -
1. Ilmu Usuluddin (mengenal Allah SWT)
2. Ilmu Syariat (termasuk perundangan Islam dan Tasawwuf)
3. Ilmu Alat (akademik termasuk profesionalisma dan teknikal)
InsyaAllah sekiranya anak-anak usahakan untuk berilmu maka tidak akan tersilap untuk mengenal mana satu hadis soheh dan mana yang dhaif dan bohong.
Wallahuta'ala a'lam
Wassalamu'alaikum wrwb
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 11:26



http://w3.spancity.com/yosri/IndexPerawi.htm

Pengumpul dan pengarang kitab hadis.



IMAM MALIK
Nama penuhnya ialah Malik bin Anas. Dia berasal daripada suku Zi Asbah kaum Arab di Yaman. Beliau dilahirkan pada tahun 93H, dan meninggal dunia pada tahun 179H. Beliau menetap di kota Madinah. Beliau belajar dengan Nafik bin Naim, Rabiah Al-Rakyi, Ibnu Sihab Al-Zuhry, dan Nafik (hamba Ibn Umar). Beliau juga memetik hadis daripada Hisyam bin Urwah bin Al-Zubir. Beliaulah yang mengarang kitab Al-Muwatta yang disunting secara berterusan selama 40 tahun.




IMAM MUSLIM

Nama penuhnya ialah Muslim bin Hadjdjadj bin Muslim Al-Qusjairi An-Naisaburi. Beliau dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 Hijrah. Beliau pernah belajar dengan Qutaibah bin Sa'id, Ahmad bin Hambal (di Iraq), Abu Bakar dan Usman bin Sjaibah, Sjaiban bin Farrukh, Harmalah bin Jahja sahabat Iman Sjafi'i (di mesir), ZSa'id bin Manshur (di Hiudjaz), Muhammad bin Jasar. Diantara muridnya dalah Imam Tirmizi, Ibrahim bin Sufian, Muhammad bin Adbulwahhab, Ishak bin Chuzaimah, Abu Bakar Al-Djarudi, Abu Bakar Al-Mustamli, Nasar bin Ahmad, dan lain-lain. Beliau meninggal dunia di Naisabur dalam bulan Rajab tahun 261 ketika berusia 55 tahun.




IMAM SYAFIE

Nama penuhnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas Al-Syafie, berketurunan Quraisy dari sebelah ayahnya dan keturunan Azdey, Yaman dari sebelah ibunya. Baliau dilahirkan di daerah Ghazzah atau Asqalan pada 150H ketika keluarganya dalam perjalanan ke negeri Syam. Bapanya meninggal ketika beliau berumur dua tahun. Beliau belajar daripada Sufian bin Uyainah, Muslim bin Khalid Al-Zinji, Muhammad bin Hassan (Sahabat Abu Hanifah), dan Imam Malik


IMAM AHMAD BIN HAMBAL




Perawi-Perawi hadis :-
Abdullah bin Umar r. a.
Abu Hurairah
Abu Musa Al-Ashari
Abu Sa'id Al-Khudri
Al-Bara' Ibn Azib
Ali bin Abu Talib
Anas b. Malik r. a.
Ibn Abbas
Ibn Mas'ud
Ibn'Umar
Jabir bin Abdullah
Umar Khalifah Kedua.
Ummul Mukminun Aishah



Laman hadis dan yang seumpamanya.

http://firdous.bizland.com/empatpuluh.htm Hadis 40.
http://www.Al-Islam.com/mal/ Al-Islam.com
http://hadith.Al-Islam.com/Bayan/Mal/ Al-Islam.com -Hadis
http://www.panjimas.co.id/edisi137/binzan.htm Riwayat Abu Hurairah


LAMAN ILMU
A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M
N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

"Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. '"
Koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya Matan Arba'in..
Apa guna pasang pelita,
Jikalau tiada dengan sumbunya?
Apa guna bermain mata,
Jikalau tiada dengan sungguhnya?
Pantun kutipan R.O. Winstedt.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.190427 saat. Lajunya....