Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 5 hari yang lalu
Muslim1987: 12 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: kesan dari gurau senda berlebihan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kesan dari gurau senda berlebihan

Please Mendaftar To Post


Oleh kesan dari gurau senda berlebihan

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 03-06-03 19:17


Bergurau senda yg berlebihan didalam pergaulan boleh menimbulkan pelbagai genjala berbentuk positif atau pun negitif dalam didalam kehidupan.

1.Kesan positif bergurau senda

Pakar pendidikan mengatakan bahawa kesan positif gurau senda dapat dilihat dari dua bentuk iaitu.
1.bertujuan mengembirakan kawan dan menunjukan rasa kasih sayang kpd mereka.
2.untuk menghilangkan rasa takut,marah dan sedih.Menghilangkan kesedihan dgn bergurau senda adalah wajar.
3.supaya mewujudkan kemesraan dan saling memahami.

2.Kesan negatif yg timbul

Kesan negatif yg timbul akibat terlalu banyak bergurau senda adalah
1.Melampaui batas ketentuan AllahAzza wajalla dan rasul-nya krn didalam bergurau senda pembohongan menjadi hal lumrah.
2.Mematikan hati.Sebagai seorg muslim kita harus mencurahkan seluruh tenaga demi mencapai kehidupan yg tenang serta hati yg khusyu`dalam mengingatnya .Org yg banyak bergurau senda sudah tentu tdk dapat menghidupkan hatinya dalam mengingati Allah S.W.T Rasulullah s.a.w telah bersabda, yg bermaksud

:jgn kamu banyak tertawa, krn bnyk tertawa iyu mematikan hati (kalbu)

3.Banyak bergurau seda boleh melunturkan kewibawaaan sehingga membuat kita diremehkan atau dihina oleh teman2 dan masyarakat.Saidina Umar bin Khattab pernah berkata ,"sesiapa yg banyak tertawa ,maka akan berkuranglah wibawanya.Sesiapa banyak bergurau senda akan diremehkan dan sesiapa sibuk melakukan sesuatu ,nescaya dia akan dikenali kerananya.''
L-Mawardi berkata ''yg termasuk aibnya bergurau senda hilangnya wibawa dan kebaikan diri seseorang itu.Hal ini akan menjerumuskan kedalam golongan org2 yg hina dan bodoh."
4.Boleh menimbulkan sifat dengki, tidak dapat dinafikan bahawa gurau senda yg tdk kena pada tempatnya atau bergurau kelakar yg berlebihan akan dapat menimbulkan permusuhan dan dengki kpd org lain.Oleh krn itu Khalifah Umar bin Abdul Aziz memberi nasihat ''takutlah kalian pada gurau senda sesuatu yg bodoh yg dapat mewarisi rasa dengki.''
Rabiatul Adawiyah, berkata ''berhati2 kalian terhadap gurau senda , kerana gurau senda dapat merosakan kasih sayang dan membuat hati menjadi dengki''
Banyak sekali contoh2 teng. negatifnya gurau sendaa .Contoh yg paling keras adalah yg disebut maqlab iaitu gurau senda yg tercela terkadang boleh mengakibatnya berlaku pembunuhan atau dapat menimbulkan salah satu penyakit kejiwaan.
seorg penyair berkata
muliakanlah teman dudukmu.
jangan engkau bergurau senda dengan kesakitan.
sesungguhnya krn bergurau sendalah.
kedengkian-kedengkian itu terlihat, berapa banyak gurau senda yg telah memutuskan tali persahabatan sehingga merenggangkan semua teman sebaya dgnmu.oleh itu bergurau biar berkadaran dan janganlah sesekali mengunakan gurau yg menyakiti perasaan

-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 20:59


Bergurau berlebihan lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.. bukan sahaja boleh menyinggung perasaan sahabat tetapi juga boleh menyebabkan banyak masalah lain...

terkenang seorang sahabat yang jatuh kerusi akibat tindakan seorang sahabatnya yang ingin ber'gurau'..mungkin kita akan tertawa seketika melihat 'aksi stunt'.. sedangkan sahabat tersebut berisiko untuk lumpuh....



-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 21:18


Assalamualaikum.....
Memang banyak bergurau tak elok......
Banyak bergurau akan membawa kepada banyaknya gelak dan ketawa......
Ketawa itu pula membawa kepada hilangnya ilmu....
Pesan Imam Hassan Al-Banna,kurangkan bergurau sebab dalam perjuangan islam tidak ada perkara main2....
Ukhtie Hanan ade citer pasal sahabatnya,saya pun sama gak.....
Kat sekolah dulu kawan saya ni punyelah suka bergurau sampaikan dia kenakan kawan die sehingga terjatuh dari kerusi.......
Pastu kena marah oleh cikgu......tapi die tak faham sebenarnya risiko tersebut terlalu tinggi.....
Saya pun pernah dikenakan sehingga sakit belakang hampir seminggu.....
Harap2 berubah....
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 22:13


ahaks...berguraukan..ada yg berkaitan dgn lidah..lidahkan tajam spt pisau.so..terpulang kpd ktie bagaimana nakctrl pisau tue..kalau tersilap guna..tak ke sakit kawan kite..atau pun sakitkan kita....kalau pandai...leh guna utk memotong..atau bende2 yg elok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

Farizuddin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 85
Posting: 54
Dari: Terengganu Daarul ImaN

iraq  


posticon Posting pada: 03-06-03 23:29


Dalam tak sedar tentunya kita semua pernah bergurau senda secara berlebihan kan?Hmmph...Biasalah lumrah manusia..selalu lupa...So,sama2lah kita berjaga2 ketika bergurau...janganlah gelak lebih-lebih sangat..aib sangat nampak..air muka pun hodoh...
wallahu ta'ala a'lam...

-----------------
Oh...Tuhan Yang Esa,pada Mu daku panjatkan doa...Moga dipeliharakan ditetapkan iman,Dunia ini penuh cabaran...Pandanglah daku dengan rahmat Mu pandangan kasih Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarizuddinProfil   Hantar PM kepada Farizuddin   Pergi ke Farizuddin's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 04-06-03 00:35


betul tu bergurau berlebihan boleh memudaratkan... seperti dalam akhbar hari ni 3/6... seorg mencucur punggung kwnnya dgn sebatang kayu menyebabkan cedera yg agak teruk...begitu ke cara kita bergurau???? bila dah terjadi baru lah nak menyesal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

zofir_wajdi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 13
Posting: 26
Dari: Perak Bumi Bertuah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-06-03 10:01


ooooo tak sangka gurau senda berlebihan boleh membawa kesan yang buruk. kalau gitu kita tak boleh la bergurau senda berlebihan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zofir_wajdiProfil   Hantar PM kepada zofir_wajdi   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 13:59


as'kum..kesimpulannya..berhati2lah ketika bergurau,jgn melampau batas sudah.. bergurau lah secara bersederhana..wassalam.

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-06-03 04:40


bergurau senda berlebih2 ni mmg byk mudharatnye... kdg2 kite x sedo masa dok bergurau2 tu ade hati yg terluka, terasa... ermm, maklumlahkan, manusia ni ade sensitivitinye yg tersendiri... mungkin bg yg dok buat lawak jenaka, sakat menyakat tu saje2 nak bergurau, menceriakan suasana... tapi, manalah tau, kot2 masa nak bergurau tu x bape kena ngan mood org lain ke, ape ke... dan yg penting skali jgn sampai lupa daratan sampai leh membahayakan orang lain... gurau2 sampai jatuh kerusia, gurau apenye lagik??? kalau jadik ape2 sape yg nak tanggung??? haa, beringat2lah sblm kena... syaitan tu ade di mana2... tgh gurau2 tu tiba2 lain pulak jadiknye nanti....

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

kens2005
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto

japan   avatar


posticon Posting pada: 12-06-03 00:12


Ayark... maafkan hamba sebab termenyinggungkan perasaan tuan hamba sekalian!! ^_^x..

-----------------
:: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For kens2005Profil   Hantar PM kepada kens2005   Pergi ke kens2005's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-06-03 23:24


oleh itu jangan laa bergurau lebih2 sangat...buruk padahnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 14:43


saya suka bergurau dan bercerita. tapi tidak lah keterlaluan. apa yang saya suka,respon dari sikap saya yang memang macam ni,saya senang nak berkawan dengan sesiapa.. baik tua atau muda..

:bunga:


-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 23:02


Bergurau berlebihan sudah tentu tidak baik. Malahan solat berlebihan pun tak baik (sampai tak nak tidur malam).

kadar berlebihan itu mengikut panduan agama, bukan ikut selera kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 09:08


bergurau lah pada waktu2 yang memerlukan kita untuk bergurau :)
dont over do it cukupla

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 09:14


Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 09:19


Islam tidak melarang gurau senda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Aku pun bergurau senda, tetapi tidak akan mengucapkan melainkan yang haq.” Menurut Dr. Yusof Qadrawi, bergurau senda dan bersukaria merupakan naluri semula jadi seorang manusia. Islam yang menjadi agama fitrah tidak menghalang perkara sebegini.

Anas bin Malik .a. juga menceritakan di dalam sebuah riwayat bahawa Rasulullah pernah memanggilnya, “Wahai orang yang mempunyai dua telinga!” Menurut keterangan daripada para perawi hadith, tujuan Rasulullah s.a.w. adalah untuk bergurau.Serta banyak lagi contoh-contoh di dalam riwayat-riwayat yang terpercaya.

Namun, setiap sesuatu itu ada batasan. Begitu juga dengan bergurau senda. Di dalam surah Al-Hujurat ayat 11, Allah s.w.t. telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.”

Justeru, batasan bergurau senda di dalam Islam tidak boleh melebihi seperti yang ditetapkan sehingga menyakiti, mempersenda, menakutkan orang lain dan sebagainya. Di dalam sebuah riwayat dinyatakan, “jangan kamu berbantah-bantah dengan saudaramu, janganlah bergurau senda dengannya dan janganlah kamu berjanji dengannya dan kamu selisihkan.”

Begitu juga dengan sikap yang terlalu suka bergurau senda, ia juga dicela. Di dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali berkata, “Ketahuilah bahawa yang dilarang itu berlebih-lebihan atau berkekalan dalam bergurau. Berkekalan bermaksud menghabiskan seluruh waktu dengan bergurau senda.”

Katanya lagi, “Berlebih-lebihan bergurau akan mempusakai ketawa. Dan banyak ketawa mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada setengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan.”

Justeru, jadilah seorang yang periang tetapi tidak terlampau riang. Seorang yang ceria, tetapi tidak terlampau ceria. Berjenaka dengan sederhana, mudah-mudahan diri disayangi.

Wallahu’alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110106 saat. Lajunya....