Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Peraduan melalui SMS haram


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Peraduan melalui SMS haram

Please Mendaftar To Post


Oleh Peraduan melalui SMS haram

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 11:52



Peraduan melalui SMS haram - Harussani

IPOH 24 Feb. - Sebarang bentuk pertandingan termasuk peraduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mempunyai unsur-unsur penipuan.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum tersebut jelas kerana perbuatan mengaut keuntungan daripada wang yang terpaksa dibayar dahulu oleh peserta adalah satu bentuk perjudian.

``Setiap satu benda termasuk pertandingan atau peraduan yang ada unsur-unsur gharar atau penipuan, hukumnya jelas haram,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas surat dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini yang meminta agar segala bentuk peraduan melalui SMS dihentikan kerana ia mempunyai unsur-unsur perjudian.

Menurut surat berkenaan, ramai pengguna terpaksa menanggung kerugian gara-gara ingin memenangi bermacam-macam hadiah yang ditawarkan oleh syarikat penganjur.

Ini kerana, mereka terpaksa membayar bil telefon yang melambung untuk menghantar SMS bagi menyertai peraduan tersebut.

Sebagai contoh, seorang pengguna terpaksa membayar RM2,000 hanya untuk memenangi hadiah yang bernilai RM3,000, sementara mereka yang tidak menang terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.

Menurut Harussani, walau pun sebarang kuiz atau peraduan pada dasarnya halal, namun ia mesti dilihat dari segi pelaksanaannya.

Katanya, jika hadiah yang ditawar disediakan oleh penaja tanpa melibatkan wang terkumpul daripada para peserta, ia dibolehkan dalam Islam.

Bagaimanapun, sesuatu peraduan itu bertentangan dengan syariat jika wang terkumpul daripada para peserta digunakan untuk membeli hadiah.

Dalam masalah peraduan melalui SMS, unsur-unsur perjudian jelas kerana para peserta terpaksa membayar bil yang mahal untuk menyertainya.

``Sesuatu peraduan itu dibolehkan dalam Islam jika hadiah yang ditawarkan daripada pihak ketiga serta tidak menyebabkan kerugian kepada mereka yang menang atau kalah.

Sumber: Utusan Online

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

al-umari
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari: ...:::JELAPANG PADI + PULAU MUTIARA:::
Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 22:05





Wah semua orang excited nak buka topik baru... bagus juga...tapi at least check dulu...heheheh...ana pun ade juga sekali dua terposting...

Anyway perkara dalam tajuk ini memang kes besar sekarang tambah-tambah dari syarikat celcom boleh dikatakan setiap minggu ade contest.....

"BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK"




Daftar Di Sini
Bincangkan Di Sini




Bookmark and Share

    


  Member Information For al-umariProfil   Hantar PM kepada al-umari   Quote dan BalasQuote

matt_fairudz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4206
Posting: 106
Dari: ~~Universiti Sains Malaysia, Penang~~

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 23:18




bukan nak membela kata benda tuh baik... tapi cuma nak tahu...

kalau pertandingan macam teka silangkata kat surat khabar... bukan ke kita boleh hantar seberapa banyak yang mungkin...
yang tuh pun kena guna duit jugak bukan??
kita kena beli surat khabar, kena beli sampul surat, kena beli setem...pun guna duit jugak...
kalau kita tak menang pun.. kita akan rugi sbb kita dah hantar banyak.. belanja utk sampul surat, setem, dakwat pen...
tak ke sama konsep dier?
macam sms ni jugak,... kita kena bayar sbb kita send msg... sama macam kita hantar borang pertandingan... macam mana tuh??

aper aper pun... mmg tak pernah berminat ngan pertandingan sms nie... mengarut jer lebih... bukan boleh menang pun... kronie diorg jugak yang menang....


Bookmark and Share

    


  Member Information For matt_fairudzProfil   Hantar PM kepada matt_fairudz   Quote dan BalasQuote

mohm3
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-03-04 01:10




Mengenai masuk peraduan yang disediakan oleh pihak surat khabar, tidak mengapa kerana tujuan kita adalah membeli surat khabar, bukan semata mata masuk peraduan. Hadiah disediakan penganjur untuk para pembaca semata mata.

Bermakna, tidak rugi bagi pembaca berbanding sms/ talian yang merugikan yang memasukinya. Pertandingan dikira judi jika hadiah adalah dari peserta tanpa dari pihak penganjur dan yang masuk tidak rugi apa apa.

Begitu juga dengan pertandingan, ada beberapa syarat yang perlu ditegaskan. pernah disuarakan pada pihak MT (engku salina) tentang benda ini dan mungkin masih ingat.













-----------------
akal yang hidup itu sentiasa berfikir, hati yang hidup sentiasa berzikir, nafsu yang hidup sentiasa merangsang ke arah kebaikan dan badan yang hi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohm3Profil   Hantar PM kepada mohm3   Pergi ke mohm3's Website   Quote dan BalasQuote

ana_muslim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 666
Posting: 58
Dari: Semarak Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-03-04 12:56




Quote:
kita kena beli surat khabar, kena beli sampul surat, kena beli setem...pun guna duit jugak...
kalau kita tak menang pun.. kita akan rugi sbb kita dah hantar banyak.. belanja utk sampul surat, setem, dakwat pen...
tak ke sama konsep dier?
macam sms ni jugak,... kita kena bayar sbb kita send msg... sama macam kita hantar borang pertandingan... macam mana tuh??


Konsep peraduan teka silangkata kat suratkhabar tu sangat-sangat lah tak samanya dengan peraduan SMS ni... memang la dalam peraduan teka silangkata tu kita kena keluarkan wang untuk menyertainya...tapi duit tu untuk urusan jual beli alat-alat tu...tu namanya kos sampingan je...kita beli sampul surat,tak haram sebab tu dikira jual beli...serupa jugak beli setem dan lain-lain...

Tapi kalau masuk peraduan SMS ni kita bukan saja kena bayar kos hantar SMS tu, bahkan setiap SMS yang kita terima daripada penganjur pun kita kena bayar...free free je bayar kat diorang...tak dapat ape pun...dah tu, mahal pulak tu...biasanya caj yang diorang kenakan antara 50 sen hingga RM1.50...kebanyakannya yang ana tengok, caj RM1.00...untuk apa itu semua...tak lain tak bukan, nak kutip duit orang untuk beli hadiah...bahkan boleh buat untung lagi dengan duit tu...cuba bayangkan kalau satu hari diorang terima 1,000 SMS...biasanya peraduan ni ada tempoh-tempoh tertentu, katakan 3 bulan...purata sebulan ada 30 hari, jadi 90 hari...pendapatan yang diorang dapat RM90,000... tu baru 3 bulan, sesetengah tu sampai 5 bulan...kira sendirilah keuntungan yang penganjur dapat...tengok hadiah memang la gila-gila...mercedes lah, BMW lah, macam-macam lagi...tu semua nak tarik orang join peraduan tu...

Satu lagi, peraduan ni boleh buang masa kita je...bukan tu saja...bahkan boleh buat orang jadi gila...ana bagi tau ni berdasarkan pengalaman ana sendiri...jangan salah faham plak...bukan ana yang masuk peraduan SMS ni tau, tapi ada sorang kawan ana...dia masuk satu peraduan SMS anjuran celcom...hadiah utama dia pergi Umrah...tengok hadiah dia, macam bagus je...boleh pergi umrah...tapi pergi umrah tu dengan duit syubhat...tu pun kalau menang...ana tengok kawan ana ni, punya la nak kekalkan dia punya ranking dalam peraduan tu...boleh kata, hampir 24 jam dok hantar SMS ke peraduan tu...kebanyakan soalan-soalan kuiz tu, mudah-mudah je...ye la kalau susah-susah, nanti orang yang tak dapat jawab, mesti boring dah nak hantar SMS...betul tak?...pendek cerita, kekadang dia tak tidur malam dek kerana nak jaga ranking dia...naik bosan kita tengok dia...asyik dengan hp je...tak reti dah nak nasihat camne...nak bersembang dengan dia pun payah...sekarang, peraduan tu dah tamat...bil telefon dia...nak tahu berapa?... lebih kurang RM4,000...nasib baik la dia dapat nombor dua...dapat home theater...dan beberapa hadiah sampingan...tak de la kecewa sangat...tapi bagi kalah dalam peraduan tu mesti kecewa kan...mana taknya, keluar duit banyak-banyak bayar SMS...tapi tak dapat apa-apa...jadi, persoalannya...tidakkah ini satu bentuk perJUDIan?

Ana harap akan pihak yang bertanggungjawab mengkaji perkara ini secara terperinci dalam bentuk ilmiah...supaya masyarakat kita tak lagi ditipu oleh pihak-pihak yang ingin membuat keuntungan atas kerugian orang lain...


-----------------
Member of Kelab Downline Islam Malaysia (KDIM)
ID Code - 191
http://kdim.net/?penaja=191

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_muslimProfil   Hantar PM kepada ana_muslim   Pergi ke ana_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 06-03-04 12:45



hmm...macam mana pulak peraduan sms yg jejak rasul tu?dan macam mana yg berbentuk undian cam akedemi fantasia.....ana rasa yg cam AF tu tak salah sbb niat asal kita nak undi...jadi sama ada calon kita tu kena ke tak itu tak penting....kalau kita mng pun kita hanya mng sebab kebetulan....tapi kalau kita mengundi untk mng semua hadiah tu ana rasa mmg haram....

menurut ustaz ana....sebarang bentuk pertandingan yg guna wang pendahuluan dan kita belum tentu dapat hasilnya adalah haram....ia seolah2 kita bertaruh...cam who wants to be a millionaire tu....program tu tentu tak berjalan kalau takdak org yg call no 600 tuuu....

bab teka silangkata tu....ok..tujuan asal kita beli paper ialah nak baca...utusan ada sedia peraduan...so tak salah laa kita nak msk...lagipun ia mengajak kita kayakan ilmu....jgnlaa kita beli sampai 100 paper semata nak antar byk penyertaan...yg tu mmg haram pd ana selain membazir...tak ubah cam no ekor....

-----------------
Visit My Site 4 unlimitied free downloads http://fiztanax.multiply.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-03-04 16:12



ini ana dapat drp mail..cuba tengok dan fikirkanlah...Sebar-sebarkan lah..................

Untuk perhatian dan renungan semua pengguna telefon mudah alih;

Semua tahu perkembangan dan pembangunan pesat sistem telefon mudah alih terutama semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kalau dulu penggunaan alat komunikasi canggih ini hanya terbatas kepada golongan tertentu dan hanya terbatas kepada membuat panggilan dan menerima panggilan sahaja. Tapi kini kecanggihannya telah melebihi jangkaan banyak daripada kita. Daripada golongan berjawatan tinggi hingga kepada pelajar2 sekolah, kebanyakanya memiliki dan melanggan perkhidmatan komunikasi mudah alih ini. Tidak hairan lah kalau syarikat2 pengendali sperti MAXIS, CELCOM, DIGI, TM TOUCH dan lain2 meletakan sasaran 1 atau 2 juta pelanggan baru setiap tahun. Apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya adalah apa yang dipanggil "Value added" service sperti Sistem pesanan ringkas (SMS), Sistem pesanan Multimedia (MMS) dan bermacam2 lagi.

Memang tidak dinafikan perkhidmatan nilai tambah seperti ini memang banyak kebaikannya, tapi sedarkah kita sebagai pengguna sekelian disebalik faedah yang terbit hasil dari wujudnya perkhidmatan seperti ini tidak kurang juga dari kita yang terus menerus membazir dalam membelanjakan wang kita.

Sebagai contoh paling nyata;

Kebelakangan ini kita secara tidak sedar terlalu banyak disogok dengan iklan2 dimedia2 tempatan yang menggalakan kita supaya menyertai pelbagai jenis permainan yang melibatkan SMS spt, Download ring tone, logo dan yang paling terbaru ialah kuiz SMS. Persoalannya adakah benda2 ini semua memberikan nilai tambah kepada kita sebagai pengguna.

Statistik dibawah mungkin dapat mengajar kita bahawa kita ini terlalu suka membazir tanpa berfikir panjang:

Salah satu Kuiz SMS yang dilancarkan oleh satu daripada syarikat pengendali telefon mudahalih baru2 ini telah menunjukkan keputusan seperti dibawah yang diumumkan sendiri oleh syarikat terbabit melalui suratkhabar tempatan:

Hadiah utama yg ditawarkan : Proton Satria GTI bernilai RM68,000.00
Hadiah Kedua : Proton Wira 1.3 GL bernilai RM43,000.00
Hadiah2 Saguhati : Keseluruhannya bernilai RM 10,000.00

Caj SMS : 15 sen utk setiap SMS yg dihantar 50 sen utk setiap Jawapan yang diterima

Sambutan dari public : Sebanyak 10 juta SMS diterima dari pelanggan ( Kita semua la tu) Secara tak langsung bermakna 10 juta juga jawapan yg dihantar balik kepada pelanggan.

Pendapatan kasar syarikat pengendali : 0.15 X 10 juta SMS == RM 1.5 juta (utk SMS yg dihantar)

: 50 sen X 10 juta SMS == RM 5 juta (utk setiap jawapan yg diterima)

Pungutan keseluruhan : RM 6.5 Juta ( Dalam masa seminggu kerana kuiz ini dibuka hanya seminggu)

Pendapatan bersih syarikat pengendali : RM 6.5 juta - RM 121, 000.00

(Nilai hadiah) == RM 6.379 juta seminggu.....WOW!!!!!

Ini baru utk satu KUIZ,,,,,dalam pengamatan saya dlm sehari entah berapa jenis KUIZ SMS yang berada dipasaran sekarang, ini belum termasuk lagi UNDIAN SMS yang sering terpapar kat kaca TV.

Tidak hairanlah kalau T. Ananda Krishnan berada dalam kelompok tiga teratas rakyat Malaysia terkaya setiap tahun. KITA semualah yang menyumbang kepadanya.

Jadi renungkanlah. Semoga kita semuanya tidak terus menjadi masyarakt yg suka membazir.





-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 10:40


Peraduan SMS haram -- Majlis Fatwa putuskan kuiz ada unsur eksploitasi dan perjudian

Oleh: NOR AZIAH JAAFAR

PUTRAJAYA 27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan.

Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan.

Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

``Dalam kuiz sedemikian banyak peserta dapat menjawab dengan baik, tetapi mereka kena bersaing dengan orang lain untuk menang.

``Umpamanya mata minimum adalah 200 dan dia kena belanja RM20 untuk SMS, kalau nak lebih daripada itu, dia kena keluar duit yang banyak untuk kirim SMS hingga beribu-ribu ringgit.

``Tetapi akhirnya dia tidak mendapat apa-apa pulangan dan perkara ini tidak diharuskan oleh agama kita,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan khusus untuk membincangkan mengenai berleluasanya penganjuran kuiz melalui SMS di negara ini sejak akhir-akhir ini termasuk promosi di media massa sehingga ada peserta tidak menyedari mereka kerugian beribu-ribu ringgit.

Beberapa stesen televisyen swasta turut menganjurkan pelbagai Kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya Maxmillion, Malaysia Idol SMS Challenge dan SMS Game.

Menurut Ismail, fatwa mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS ini bukan bermakna agama Islam menolak kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

Sebaliknya, kata beliau, banyak kemudahan tersebut seperti e-mel dan Internet digunakan untuk kerja-kerja pendakwahan.

Bagaimanapun, katanya, dalam hal ini majlis tersebut tidak boleh membiarkan kemajuan teknologi digunakan bercanggah dengan hukum agama, oleh itu fatwa tersebut perlu dikeluarkan memandangkan ia merupakan satu perkara baru yang orang ramai masih tidak memahami hukumnya dari segi agama.

Malah, kata beliau, fatwa tersebut adalah selaras dengan garis panduan mengenai penganjuran peraduan bertujuan promosi komersial yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 April lalu bagi menentukan sama ada ia mengandungi unsur perjudian atau tidak.

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya.

Ismail memberitahu, menurut garis panduan itu, sesuatu peraduan adalah merupakan perjudian atau loteri berdasarkan tiga fakta.

Katanya, fakta tersebut ialah pembahagian hadiah; permainan atau perjalanannya secara cabutan atau nasib; dan wujudnya sumbangan secara langsung atau tidak langsung oleh peserta.

``Kalau perjudian dan loteri diharamkan oleh undang-undang sivil, maka ia perlulah diikuti oleh semua pihak termasuk syarikat yang menganjurkannya.

Beliau memberitahu, jika fatwa serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan diikuti, ia dapat dijadikan panduan yang amat baik dalam mengendalikan teknologi baru tersebut.

``Oleh itu orang Islam eloklah patuhi fatwa ini kerana kita sudah timbang dari semua sudut malah jika mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pihak syarikat yang menganjurkan peraduan yang bercirikan perjudian harus mengambil tindakan sendiri menghentikannya,'' ujarnya.

Ismail memberitahu, sebelum fatwa tersebut boleh dijadikan sebagai undang-undang, ia perlu diwartakan di peringkat negeri oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri memandangkan kuasa dari segi agama terletak di tangan raja-raja.

Beliau seterusnya meminta setiap negeri segera mewartakan fatwa mengenai SMS tersebut memandangkan semua mufti telah bersetuju dengan keputusan untuk mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS itu.

``Semua mufti kena bawa perkara ini ke dalam Majlis Fatwa Negeri untuk diwartakan. Apabila diwartakan di negeri mereka, barulah ia menjadi undang-undang dan penguatkuasaannya pula adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, jika terdapat pihak yang melanggar fatwa tersebut selepas ia diwartakan, Jabatan Agama Islam Negeri akan menyiasat dan membuat dakwaan di Mahkamah Syariah yang akan menentukan hukuman mengikut peruntukkan sedia ada.

Sumber: Utusan Online (28/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 10:57




Memang bagus dan tepat sekali dengan pengharaman KUiz SMS ni.



Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-07-04 12:01




keputusan yg tepat walaupun sedikit terlewat. nk tgk apa reaksi & tindakan syarikat telekomunikasi terhadap fatwa ni. cuma berharap fatwa yg dikeluarkan dpt diwartakan secepat mungkin.

p/s: kdg2 terfikir gk, adakah org Islam akan patuh dgn fatwa tu? mgkn sama mcm fatwa ttg rokok

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 12:12




Quote:
kita kena beli surat khabar, kena beli sampul surat, kena beli setem...pun guna duit jugak...
kalau kita tak menang pun.. kita akan rugi sbb kita dah hantar banyak.. belanja utk sampul surat, setem, dakwat pen...
tak ke sama konsep dier?
macam sms ni jugak,... kita kena bayar sbb kita send msg... sama macam kita hantar borang pertandingan... macam mana tuh??



Bagi ana satu aja, teka silangkata tu kita kena gunakan minda untuk berfikir dan tak perlu bayar apa-apa wang untuk masuk pertandingan silangkata tu. Tetapi SMS tu dahlah kita kena bayar contohnya RM1.00 setiap SMS dan satu lagi kita just SMS dan tak perlu untuk menjawap soalan. Kan tak perlu guna minda untuk berfikir. Sama ke tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 28-07-04 13:04




Alhamdulillah... apa yang kami perjuangkan di jabatan-jabatan mufti akhirnya tercapai jua... perkara-perkara seperti ini sepatutnya dah lama dihentikan... namun disebabkan beberapa kajian yang perlu dijalankan ia terpaksa ditangguh dulu... dan pada hari ni akhirnya ia difatwakan HARAM... bersama-samalah kita berdoa agar unsur-unsur negatif ini dapat dibanteras di kalangan masyarakat Islam di negara ini...

harap-harap juga fatwa ini dihormati dan dijadikan sebagai undang-undang yang mengikat khususnya umat Islam... jangan jadi seperti rokok... fatwa dah ada tapi langsung tak dihormati lebih-lebih lagi oleh umat Islam sendiri... sedihkan... mufti-mufti sedaya upaya berijtihad untuk menentukan hukum tetapi bila dah diputuskan tak pula dihormati... berfikirlah dan pandanglah dengan mata hati bukan dengan nafsu yang melulu... wallahu a`lam bissawab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 14:56


Wartakan segera fatwa haram kuiz SMS

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna mengalu-alukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai haram serta menggesa fatwa itu diwartakan segera.

Mereka juga menggesa agar semua syarikat telekomunikasi menghentikan serta merta peraduan seumpama itu sebagai menghormati keputusan Majlis Fatwa.

Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Maamor Osman berkata, keputusan itu selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu rakyat mengaplikasikan kemajuan teknologi secara lebih bijak dan berhemah.

Katanya, langkah segera perlu dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memberi penjelasan secara menyeluruh kepada rakyat terutamanya umat Islam mengenai perkara itu.

``Keputusan ini memberi isyarat kepada umat Islam supaya menilai diri sendiri,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini yang memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui SMS adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.

Pengerusi majlis itu, Datuk Dr. Ismail Ibrahim ketika mengumumkan hasil mesyuarat tersebut berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan serta kebergantungan kepada nasib dan wang pertaruhan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamad Idris pula berkata, pihaknya telah lama meminta kerajaan mengharamkan peraduan SMS kerana mengandungi unsur perjudian dan menipu pengguna dalam diam-diam.

``Sebagai contoh, hadiah yang ditawarkan bernilai RM3,000 tetapi menerusi SMS tanpa tidak sedar mereka (pengguna) telah berbelanja lebih daripada itu.

``Wang yang digunakan untuk membayar bil telefon yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lebih berfaedah dibazirkan dengan begitu sahaja,'' katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah berkata, resolusi fatwa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk syarikat-syarikat telekomunikasi.

Menurut beliau, syarikat telekomunikasi perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membantu membina pemikiran pengguna melalui aktiviti yang lebih bermanfaat.

Presiden Era Consumer, M. Marimuthu pula berkata, pihak yang berkenaan perlu menyediakan garis panduan untuk memastikan keputusan itu dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

``Perkara ini juga perlu dikaji agar pengguna dapat memanfaatkan kemajuan teknologi demi kebaikan dan bukan merugikan mereka,'' jelasnya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan menepati hukum Islam yang tidak menggalakkan budaya judi dalam kehidupan masyarakat Islam.

Sementara itu, hasil pendapatan tiga buah syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis Communication Bhd. (Maxis), Celcom (M) Bhd. (Celcom) dan DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) dilihat bakal terjejas sedikit ekoran keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Sebelum ini, ketiga-tiga pengendali telekomunikasi tempatan itu mengaut berjuta-juta ringgit dalam penglibatannya menyediakan talian untuk peraduan kuiz kepada para pelanggannya.

Sebagai contoh, Celcom mengumumkan berjaya memperoleh kira-kira RM3.5 juta menerusi 15 juta SMS yang diterima untuk lima peraduan sejak bulan Jun tahun ini.

Celcom ketika dihubungi di sini hari ini berkata, syarikat itu sedang mengadakan mesyuarat untuk mengkaji sedalam-dalamnya mengenai isu berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Menurut sumber dalaman Celcom yang enggan namanya disebut berkata, pihak pengurusan akan meneliti fatwa itu dan keputusan yang memuaskan hati semua pihak dijangka dapat dihasilkan.

``Tunggu sahaja kenyataan dari Celcom selewat-lewatnya esok,'' kata beliau.

Maxis yang dihubungi pula berkata, syarikat tersebut akan mematuhi semua arahan yang dibuat apabila kerajaan mula mewartakan fatwa tersebut.

``Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok kerana perlu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai perkara berkenaan,'' kata jurucakap syarikat itu.

Sementara itu, pengendali telekomunikasi ketiga terbesar negara, Digi pula berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenainya dan berharap dapat membuat pengumuman selepas mendapat gambaran lebih jelas.

Sumber: Utusan Online (28/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 08:56


Orang ramai dinasihat hormati keputusan fatwa haram kuiz SMS

KUALA LUMPUR 28 Julai - Orang ramai dinasihat menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan peraduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menghentikan terus penyertaan mereka dalam peraduan seumpama itu.

Nasihat itu dikeluarkan oleh beberapa tokoh agama dan mufti negeri yang berpendapat, resolusi hasil mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan itu jelas membuktikan peraduan kuiz SMS mempunyai unsur perjudian yang bertentangan dengan syariat agama.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, umat Islam perlu mematuhi hukum itu kerana keputusan yang dibuat adalah berdasarkan nas-nas al-Quran dan ia wajib dipatuhi.

``Kalau sudah ditakrifkan sebagai judi dan merugikan, bermakna ia haramlah. Kalau diamalkan juga maka hukumnya berdosa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS kerana mengandungi unsur-unsur perjudian.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim ketika mengumumkan hasil mesyuarat itu berkata, keputusan itu berdasarkan hujah dan latar belakang peraduan kuiz SMS yang bersifat samar-samar, eksploitasi dan penipuan serta bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut pula berkata, orang ramai terutamanya umat Islam perlu sedar bahawa penglibatan kepada unsur perjudian boleh mendatangkan musibah kepada mereka.

``Kalau menang duit, kita bagi anak-anak makan, kalau boleh pula kita guna tunai ibadat haji, kita tidak sedar itu duit haram.

``Hukum sudah diputuskan dan kita perlu terima secara terbuka kerana kalau diteruskan juga, maka ia boleh memberi implikasi negatif kepada masa depan umat,'' katanya.

Beliau turut menegaskan, orang ramai tidak seharusnya menyalahkan sistem SMS sebaliknya perlu memperbetulkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kemajuan teknologi bagi tujuan yang lebih berfaedah.

``Ini bukan silap SMS, malahan Islam menuntut umatnya kuasai ilmu maklumat tetapi biarlah yang bermanfaat bukan merugikan,'' tambahnya.

Mufti Pahang, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, keputusan berkenaan perlu dihormati bersesuaian dengan penekanan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang menolak sebarang bentuk keuntungan yang bersifat penindasan.

``Jadi, tidak ada sebab mengapa kita hendak mempertikaikan hukum itu. Jelas ia (peraduan kuiz) mengeksploitasi dan kita kena elaklah,'' jelasnya.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohd. Shahrir Abdullah berkata, umat Islam perlu mengelak dari menyertai peraduan seumpama itu dengan serta merta tanpa perlu menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu diwartakan.

``Ini adalah soal hukum yang sudah diputuskan jadi apabila diputuskan sebagai haram, kita hentikanlah. Tidak perlu tunggu diwartakan baru hendak berhenti,'' ujarnya.

Sumber: Utusan Online (29/07/04)

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

nurislam
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1197
Posting: 13
Dari: seremban,ng sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-04 09:42



alhamdulillah....dengan terkeluarnya fatwa sebegini mudah2an umat Islam di Malaysia akan lebih berhati2 dgn setiap teknologi baru yg muncul.bukan nak kate setiap yg baru tu tak bagus tapi perlulah terlebih dulu dihalusi sewajarnya agar jalan idup lebih berkat...nasib baik tak pernah terlintas di hati nak join sms mcm tu walaupun pernah dipujuk oleh mak sebab hadiah yg ditawarkan lumayan...tapi sebab syg kredit punye pasal....so takdelah nak join...
insya Allah selagi idup berlandaskan takut padaNya akan selamatlah kita di sana....

-----------------
bila hati menghadap Tuhan
baru ku sedar
ada kelemahan
terasa kerdil
berbanding yang Esa
terpaku terfikir
betapa agungnya
Tuhan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurislamProfil   Hantar PM kepada nurislam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116754 saat. Lajunya....