Oleh |
jangan memilih kerja |
izdihar_insyirah
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4238
Posting: 32
Dari: melaka
|
Posting pada: 22-02-04 15:50
kepada para graduan dan penganggur khususnya,janganlah terlalu memilih pekerjaan.rebut apa sahaja peluang kerja yang ada asalkan ianya halal.diploma dan ijazah zaman sekarang ni bukanlah tiket untuk mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan dan bidang yang kita ambil.saya pun tak ada kerja tetap lagi,saya bekerja sebagai guru sandaran (GSTT) untuk mencari pengalaman.dlm pada itu, teruskan usaha untuk mencari pekerjaan tetap.Insya Allah, bila dah usaha,Allah akan bantu. wassalam
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-02-04 15:57
assalamualaikum... betul tu..jangan memilih kerja... saua sendri pun masih tidak mempunyai kerja tetap...mungkin sebab saya masih belajar.. ada kerja..ada gaji.... takde kerja...gigit jari..
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 22-02-04 17:27
assalamulaikum.. Betui tu..saya sokong 100%
|
nemo
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.08.2003 Ahli No: 2879
Posting: 241
Dari: Bandar Diraja
|
Posting pada: 25-02-04 21:10
nemo sokong jg 100% ----------------- jangan dikesali pada perpisahan kerana tanpa pertemuan tiadalah perpisahan...
|
sinar_islamiah
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.12.2003 Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia
|
Posting pada: 03-03-04 11:26
betul...zaman sekarang ni tak bleh nak memilih kerja...dah ramai graduan yang menganggur...buat je apa2 kerja yang halal paling penting kt dapat xperience bila keje....saya pun sebelum ni buat mcm2 keje...tak kisahla janji halal
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 10-04-04 00:23
ya betul tu...kita tak bolehla nak memilih kerja sangat...mula2 kita di bawah, lama2 nanti di atas pulak...jadi apala salahnya kita mulakan pekerjaan tu berperingkat2...gaji sikit tak apala mula2 tu asalkan dari rezeki yg halal..... sikit2 lama2 jadi bukit.....
|
exshahianz
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.01.2004 Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor
|
Posting pada: 10-04-04 01:59
dalam bab memilih keje exs ade 2 pendapat : 1. Tak yah pilih - pilih sebab gaji besar bukan penentu kejayaan kita, yg penting keberkatan didalamnye. Lagi satu jgn le kita terus nak pakai kete selepas baru 3 hari dpt keje... mmg le tak jadik ape.. 2. Sebelum tue mintak maaf kalu ade yg tersentuh... Kekadanf kena pilih jugak supaya dapat gaji yang baik.. Mana tak nya kos sara hidup sekarang tinggi.. yg paling penting.. biasa nyer lepas grade org akan fikir untuk kawin... yg sedey adakalanye hantar bukan main mahal... al maklum anak lepasan universiti.. so kat sini le sedikit sebanyak menyumbang pada masalah.. takkan nak tunggu smp 5 thn pass keje baru kawin.... keluar u dah 22/23... then keje lima thn dah 28.. mak kat dapur dah bising anak tak kawin - kawin... so camne ... klu ppn takut digelar anak dara tua, so bising suruh si lelaki masuk meminang... ingat pinang anak org leh pakai daun pisang ke.. so sesamelah kita fikirkan...
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 24-11-07 18:21
saya juga berpendapat sedemikian.... -1 perlu memilih.. yang bersesuaian dengan kemahiran dan kemampuan yang kita ada.. try to imagine.... dapat jadi tukang buat rumah. tapi tak dapat nak ukur keseimbangan lantai & bumbung. mahu ranap dibuatnya 2- tak perlu memilih sebab dalam keadaan terdesak, mana yang dapat capai sahaja dahulu & kumpul pengalaman sebaiknya. ini untuk kerja-kerja yang hanya memerlukan pemahaman dan skill tersendiri seperti berniaga
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 24-11-07 19:07
Ada satu lagi perkara yang ana rasa patut graduan yang belum dapat kerja pertimbangkan: bekerja sendiri atau meniaga. Kerana berniaga kecil-kecilan lebih baik daripada tidak buat apa-apa. Contoh mudah ana ialah kenalan ana yang bekerja membaiki kasut, bekerja hanya 4 hari seminggu dengan pendapatan bersih RM 1000. Lebih daripada cukup untuk yang bekerja sendiri dan tinggal di rumah sendiri di kampung. Walaupun tidak bekerja dengan kemeja lawa, tali leher, seluar licin dan kasut berkilat (yang tentu sekali memakan kos), dia tidak mengeluh pada awal mahupun akhir bulan. Satu lagi contoh ana ialah seorang sahabat sekampung yang memilih untuk memulakan projek memelihara lembu walaupun punya ijazah. Walaupun masih menanti pinjaman yang dijanjikan oleh pihak bank, dia tidak berlepas tangan dan sanggup bekerja kampung (menebas, menoreh, etc) untuk 'hidup'. Kesimpulan ana, ana rasa bagus jika kita membuka konteks, kalaulah bukan rezeki kita bekerja dengan orang lain, apa salahnya bekerja sendiri!
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 24-11-07 19:33
Nasihat saya jangan ingat apabila grad kita akan terus dapat kerja... Pengalaman saya selepas grad saya kerja kat domino piza sebagai pelatih pengurus... Pas tu kerja sebagai guru kat sekolah rendah swasta.... saya behenti selepas dapat kerja yang gajinya lebih baik.... selepas 2 tahun saya behenti buat business sendiri tapi tak berjaya.... saya berhenti buat business .... Pas tu cari kerja balik...Sementara tu saya kerja sebagai penghantar piza kat piza hut.... Alhamdulillah dapat offer jadi lecturer secara kontrak selama 3 bulan.... Habis kontrak rezeki saya tak pts sb dapat offer sebagai projek eksekutif..... Percayalah kita jangan terlalu mengharapkan bekerja dalam bidang yang kita belajar 100% ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
riz_eiza
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.09.2007 Ahli No: 30946
Posting: 78
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-12-07 12:31
ada seorang kawan saya walaupun dah kerja bagus kat KL tapi balik kampung.. kerja kat kampung sambil2 bercucuk tanam.. tanam jagung. tanam sayur.. bela ikan keli sebagai.. adik angkat belajar sampai spm saja.. umur baru 24, tapi sekarang dah ada ladang lembu yang jumlahnya lebih 400 ekor. sekarang sibuk lah dah dekat raya haji ni.. kereta pun pintu nak roboh.. respect lah. Ramai orang memilih kerja.. tapi pilih dengan cara tersendiri. terpulang pada diri masing-masing..
|
sufti_ilham
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL
|
Posting pada: 03-12-07 12:39
bismillahhirrahmanirrahim erm..bagi ana,tak boleh nak memilih kerja sekarang ni..
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 03-12-07 12:41
betul tu.. jangan memilih kerja.. dulu saya pun kerja macam-macam tau.. dari cashier kedai, lepas itu naik kerani swasta, lah ni baru kerja tetap.. alhamdulillah... dah banyak pengalaman yang di lalui...
|
BDK_SEMPOI85
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.11.2007 Ahli No: 31867
Posting: 115
Dari: johor
|
Posting pada: 03-12-07 13:20
hmm..betul cakap semua...dulu saya kerja kerani biasa saja kat syarikat transport...then jadi kerani lagi kat syarikat publisher...semua itu kat jb...sekarang kerja sebagai technician dengan syarikat kontrantor...tpkontrak sajalah...mura skitla dr yang permenant...xkashla kan..janji da kerja...dapat juga bayar duit pinjaman belajar dan tolong family sikit-sikit.....
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 03-12-07 13:24
Pilih jugalah kerja...esp pekerjaan yang nak apply Islam..tak boleh main hentam saja..kalau pekerjaan tu tak comply dengan Islam...susah lah..tergadai Iman nt
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 03-12-07 13:55
huhuhu... pilih.. mesti pilih.. Kalau dah kerja tak halal.. takkan nak hemtam keromo saja... ish ish..
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 03-12-07 14:03
pilih kerja merujuk kepada kerja yang baik lah...jangan lah pergi pilih kerja yang tak baik dengan gaji lumayan..maksudnya pilih kerja yang gaji rendah sebab kerja gaji tinggu sukar...tak perlu memilih sangat nak cari kerja yang tinggi gaji,sedangkan kelulusan dan syarat tak menepati...so,fikirlah sama ada nak kerja atau dok mengganggur...biarlah kita bermula dr rendah dulu,akan datang...besarlah gajinya...macam manusia juga,dr baby sampai kanak-kanak..pergi remaja,,pergi dewasa...akhirnya tua...macam kerja juga lah...janji setiap perjalanan hidup tu,ada pengisian rohani yang mengiringi agar kehidupan diredhai.
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 01-04-08 17:10
 .......... kerja apa pun niatkan kerana Allah s.w.t, insyaAllah akan jadi ibadah sebenarnya kita takkan tahu keupayaan kita, selagi kita tak bertindak.... kesimpulannya jangan pilih kerja, minat semua tu akan datang kemudian -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
biohazard
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.10.2007 Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi
|
Posting pada: 01-04-08 18:49
SAYA TAK SETUJU...!!! kalau nak kerja mesti lah kena memilih sedikit....takkan kerja haram pun nak hentam juga.....pilih lah kerja yang halal......kan same saja dengan maksud memilih tu....BETUL tak...???
|
ilma
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.02.2005 Ahli No: 14511
Posting: 247
Dari: terengganu
|
Posting pada: 02-04-08 23:36
peluang kerja sekarang sangat terhad...ramai graduan yang menganggur... saya tak rasa graduan kita memilih kerja... cuma mungkin peluang tak ada..Kalau ada peluang pun ramai mana yang apply untuk 1 jawatan..keluar jawatan kosong saja ramai mana yang beli borang...lepas itu mengharap benda yang tak pasti...ni situasi biasa...
|
nurulain
WARGA SETIA Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong
|
Posting pada: 03-04-08 08:04
pada pandangan saya topik utama yang diutarakan adalah prospek kerja yang halal of course we know that..serching for non-halal job is prohibited senario hari ini..adalah graduan menganggur kerana memilih perkerjaan yang HALAL, sesetangahnya terus nak kerja gaji besar...low month salary..tak pandang pun maybe there are some of them are highly demanding tak kisah mula dari bawah..asalkan ianya halal perhaps it can develop our skills and experience
|
ainsamsure
Warga Rasmi Menyertai: 23.07.2008 Ahli No: 34126
Posting: 1
|
Posting pada: 23-07-08 12:13
yezzer..of course lah di zaman sekarang ni..jangan lah duduk memilih kerja sangat..ye lah mana yang ada peluang depan mata..grab saja..lmane tau lepas itu dapat promotion lagi kat situ siapa tau..satu lagi sekarang ni owg banyak nak ambil owg yang ada experience kan.. huhuh~
|
mukasyafah
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2008 Ahli No: 32863
Posting: 6
Dari: miri
|
Posting pada: 23-07-08 13:13
yupp..ana sokong 100%. dulu ana memilih juga..tapi sekarang kira dah ada kesedaran lah...yang penting halal lagi diberkati. kalau dah dapat kerja tu..buatlah yang terbaik, walaupun kerja yang kita dapat tu tak setaraf dengan kelulusan kita...anggaplah Allah sedang menguji kita sama ada kita bersyukur atau tak..."Jika kamu bersyukur akan Aku tambah nikmatKu.." manalah tau, lepas tu akan datang offer yang lebih baik..& sekurang-kurangnye kita dah pun dilengkapi dengan ilmu+pengalaman yang InsyaAllah amat berguna di saat kita hadapi masalah & cabaran..kalau kita terus merungut atau tak puas hati dengan kerja kita pun..yakinkah kita bahawa offer yang lebih baik akan datang???aaa...Lu fikir lah SeNdiRiii...heheh
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 23-07-08 13:31
KERJA YANG HALAL LAGI BERKAT WALAUPUN SEDIKIT ADALAH YANG PALING BAIK,DARIPADA KERJA MEWAH TAPI MELALUI JALAN YANG HARAM..
|
Eisyaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-07-08 14:54
setuju dengan muhamad_azrul86..
|
PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia
|
Posting pada: 23-07-08 16:28
dulu, masa saya study ingat senang nak dapat kerja.. tapi bila dah habis study rasa tension sangat carik kerja.. tension sebab tengok member dah dapat kerja.. macam-macam kerja saya buat nak cari pendapatan.. tapi sekarang alhamdulillah... usaha membuahkan hasil.. usaha tangga kejayaan...
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 23-07-08 16:46
saya setuju dengan 'biohazard' nak kerja kena memilih juga tapi memilih dari perspektif yang lain lah....memilih dari perspektif halal dan haram lah jawabnya..takkan kita nak hidup kat muka dunia ini dari sumber yang tak diberkati kan...ini pendapat saya lah..kita2 masing-masing punya pendapat yang tersendiri (**Alhamdulillah saya dah beroleh pekerjaan yang dapat memberikan sumber pendapatan yang Halal)
|
ladybirdy
WARGA SETIA Menyertai: 19.02.2004 Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi
|
Posting pada: 23-07-08 16:53
huhu..kerja bank halal tak? saja saja tanya...huhuhu........
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 23-07-08 21:18
hmm...betul..betul...jangan memilih kerja..sebab peluang akan datang sedikit demi sedikit...saya sendiri mengalaminya..kerja pertama saya cumalah assistant QS...walaupun bukan bidang saya...dan gaji yang ditawarkan hanyalah gaji kongsikong..RM35 sehari..uhuk..  tapi, saya cekalkan jugak...barulah dapat berdiri di tempat sekarang... kerja pertama biasanya akan menjadi link kepada kerja kedua..dan seterusnya... P/S : kerja bank....halal...tapi bank islam, bank rakyat, bank muamalat...yang lain...susah nak kata....kena tanya pendapat yang pakar...
|
Lubnaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.07.2006 Ahli No: 25241
Posting: 133
Dari: Kajang
|
Posting pada: 23-07-08 22:16
SALAM... Hakikatnye sekarang ni memang agak sukar nak cari kerja yang bersesuaian dengan kita ataupun yang sesuai dengan apa yang kita belajar kat univ dulu....cuba @kerja saja apa rezeki yang datang dulu....yang penting halal dan tak melanggar hukum syarak....itu lebih penting.... *risau juga sebab saya bakal graduan tahun ni.....
|
kaizers
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 32494
Posting: 50
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 16-08-08 03:33
topik ni seronok untuk diulas sebenarnya... "jangan memilih kerja" bagi saya tak relevan lansung untuk tidak memilih... kerana pada saya bekerja bukanlah satu pilihan. jadi bila cakap tentang mencari kerja... persolan yang perlu ada dalam kepala kita bukanlah "aku nak kerja apa?" tetapi "apa matlamat aku dalam kerjaya" bagi saya dalam mencari kerja penting untuk letak 'matlamat'(panjang & pendek) yang jelas maka dari situ barulah kita akan dapat lihat peluang dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi. dan kita akan sentiasa meneroka peluang dan ruang yang anda demi mencapai matlamat(panjang & pendek) yang kita tetapkan...sehingga matlamat akhir nanti sudah tentulah mardhatillah. Sekadar pendapat pribadi. p/s: jangan terlalu memilih tapi biarlah brstrategi
|
sofya
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.06.2007 Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah
|
Posting pada: 16-08-08 15:34
salam... nak kata tak perlu memilih pun tak boleh juga... nak berkerja ni mesti ada minat... takkan nak kerja semata-mata nak dapat gaji... ikhlas ke mana amanah ke mana..... kerjakan salah satu ibadat... moga Allah permudahkan kawan-kawan yang belum bekerjaya  amin..
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 16-08-08 21:52
salamun alaik.. salah ke kalau kita memilih kerja brdasarkan kesesuaian diri? ana sekarang kerja dengan private hspital kat kl ini..tapi sbbkn beberapa hal ana memilih untuk minta kerja tempat lain..alhamdulillah dapat..bakal brhjrh tempat kerja lain bulan 9 ini..apabila diri kepentingan iman dan kesihatan tak dipenuhi adalah lebih baik kita memilih untuk berundur..so pada pendapat ana tak salah kalau kita memilih kerja..tapi mstilah bersesuaian dengan kelulusan yang kita ada dan halal sumbernya gjinya..environmentnya juga tak mmbawa kita kepada kemaksiatan..
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 31-10-08 14:33
Pada 22-02-04 15:50 , izdihar_insyirah posting:!!! QUOTE !!!
betul betul betulll...love ipin saya ada diploma tapii sebab taknak menganggur kat belakang rumah.hehehe... saya kerja saja.habis study, kerja pembantu kedai then dapat offer sambilan kat pejabat negeri...then rezeki kita tak tahu kan..ALHAMDULLILAH syukur sangat dapat kerja tetap walau gaji tak banyak mana.yang penting tetap... jangan pilih kerja... THANK YOU ALLAH ----------------- don't forget to say THANK YOU ALLAH
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 31-10-08 14:38
MEMANG LAH KENA JUGAK PILIH kerja..tapi jangan langsung tak usaha mencari...bila memlih sangat..takut2 tak dapat tau..apa-apa pun kena ikhlas dan rezeki dari ALLAH.minta dipermudahkan
|
adh_ham
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.01.2005 Ahli No: 13658
Posting: 37
Dari: Tsik Pmysuree, Cheras
|
Posting pada: 02-12-08 07:21
Di mana ada peluang, di situ ada rezeki..mulakan dengan langkah yang kecil..belajar berdikari dan meningkatkan jati diri...kemudian gunakan pengalaman untuk melebarkan sayap..pasti kita akan jadi manusia yang tidak mudah tersungkur dan akan segera bangkit dr kegagalan..selamat berusaha!
|