Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 14 hari yang lalu
lidah-penghunus: 16 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: siapa yg merokok?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» siapa yg merokok?

Please Mendaftar To Post


Oleh siapa yg merokok?

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 16:19


assalamualaikum...........
Rokok sudah dihukumkan haram oleh ulama besar, tetapi kenapa masih ramai yg memegang "qaul dhaif " yg mengatakan ia makruh.Apa pendapat antum semua?


Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

ahsanisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6382
Posting: 84
Dari: bandar ikan patin

Pahang  


posticon Posting pada: 21-02-04 17:23



ana rasa mereka mereka kurang arif dlm bab hukum ni, atau pun saja2 buat tak tau ngan hukum tu wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahsanisyaProfil   Hantar PM kepada ahsanisya   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-02-04 20:52


Sebab dak ketagi,payahlah nak lepas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

nemo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2879
Posting: 241
Dari: Bandar Diraja

Pahang  


posticon Posting pada: 22-02-04 10:46



alhamdulillah..ana xmerokok

Bookmark and Share

    


  Member Information For nemoProfil   Hantar PM kepada nemo   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 22-02-04 13:03



ermm........ ana amat terpukul dgn tajuk posting nie....... maklumlah ana dikategorikan sebagai kaum Smoker..... (not Heavy Smoker)
ana bukan apa....... merokok mmg ana tahu ada sesetengah mufti telah keluarkan fatwa yg menyatakan merokok hukumnya haram......
apa ana boleh buat ketagih? not really but ana merokok adalah disebabkan oleh tekanan kerja atau dgn lebih tepat stress semasa bkerja.......
tapi Alhamdulillah sekarang ana dah kurangkan kuantiti merokok ana... dari 20 batang sehari kpd 10 btg sehari..... Kaum smoker mcm ana bukan tak mahu Quit but andai kami nak quit byk pihak yg mempersendakan kaum Smoker nie...... baik yg tak smoker pun cakap
"eelleehh....... nak berenti konon, depan kami boleh la, bila belakang kami hisap macam nak mampus"
adakah itu jawapan yg KAMI (smokers) mahu dengar? kami bukan mahu CACIAN tetapi nasihat..
Kami harapkan nasihat yg boleh memberikan semangat kpd kami tetapi kami menerima CACIAN dan KRITIKAN.....
tolong lah jgn berikan kami NASIHAT yg boleh melemahkan semangat kami.......
-=jgn cakap KAMI tak hormat org yg tidak smoker, tapi kalau dah ORG YG TIDAK SMOKER tidak menghormati kami macam mana tu?=-
tepuk dada tanya iman..... ana pun malas nak komen lebih-lebih nanti ada org yg terasa......
(Kak Sal bila nak belanja makan?)

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-02-04 21:09


macam maner nak hormat orang bende tak baik.
Kalau nak hilangkan ketagih rokok,ana ader kawan dier kater dier beli ubat macam coklat getah kat farmasi,harga tak silap 25.00.Makan pil tu,insyaAllah hilang ketagih.
HENDAK SERIBU DAYA TAK NDAK SERIBU DALIH.


Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 22-02-04 23:47



Bukan taknak beli... tapi tak guna kalau makan ubat tanpa dorongan dari pada masyarakat.....
fikirkanlah..... kami tak dilahirkan untuk dicaci (Padahal selalu dicaci) Apa salah kami?
berilah kami semangat bukannya cacian dan kritikan.....
minta maaf sekiranya Kata-kata diatas terlampau kasar dan sebagainya........

Wassalam......

:: MANUSIA TIDAK DILAHIRKAN DGN SIFAT-SIFAT YANG SEMPURNA, HANYA ALLAH TA'ALA YANG MENGETAHUI SEGALANYA ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

mannan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7171
Posting: 63
Dari: Setapak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-02-04 00:38


Insya-Allah...ana akan support sahabat yang nak BERHENTI 'roking'. Usaha ni ada yg blh terus stop macam ayahanda ana. Tapi ada yg susah nak stop.

Cuma mungkin sahabat blh menggunakan minda bawah sedar (bertafakur=muhasabah). Daripada mana kita? hendak kemana kita? Apa tugas kita? Kemudian bayangkan rokok itu benda yg sangat jijik untuk diambil (umpama benda yg haram utk diambil seperti arak, dadah)...

Cara tafakur:
1. Pejam mata
2. tarik nafas (perut kembung)
3. fokus pada sati titik (batang hidung atau dahi)
4. bayangkan seperti diatas dgn melakukan 3 aktiviti diatas.

nota - buat selama 15 minit sebelum tidur dan selepas bangun. Tapi fleksibel bila2 masa. Pastikan persekitaran adalah tenang.

-----------------
jadilah orang yang paling banyak memberi kebaikan kepada orang lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mannanProfil   Hantar PM kepada mannan   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-02-04 00:37


Okeylah,kalau macam tu senang2 kiter nak cakap cam ni kiter tak dilahirkan buat doser,habis tu yang pi buat doser saper yang bersalah.
Kalau dah tahu benda tu tak baik,dari sisi agma plak tu,apasal.
Skang ni bila anta dah tahu cara nak hilangkan ketagih,ni satu rahmat yang Allah berikan pada korang yang merokok,dan ia macam satu petunjuk,so amik kaedah tu,dan cuba amalkan,Bukan untuk ana tapi untuk korang gak kan,
Yang penting usha dulu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-04 13:02


mujur hamba tak merokok, yang merokok tu, berenti le, takde pekdah pon, buat abih duit je, pastu menyusahkan member. Bkan dia sorang jer sedut asap, org lain pon sedut gak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

azali82
Warga Rasmi
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6315
Posting: 11
Dari: kustem

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-02-04 17:49


......
saya student skang ni kawan saya ada skit pertelingkahan disebabkan oleh rokok.Cite nyer cam nie......
sorang ni nampak kawan n geng dia merokok so dia tegur but now kawan dia tak lagi anggap dia kawan.....
so apa kawan -kawan uhkwah pikir....adakah wajar sebgitu

Bookmark and Share

    


  Member Information For azali82Profil   Hantar PM kepada azali82   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-04 11:55



Rasanya rokok ni asalnya tak haram tp bila sudah menyebabkan penyakit ataupun memudaratkan hukumnya haram.Susah nak berhenti merokok,ayah saya perokok yg memang hebat satu hari 2 kotak boleh abis.Ditegur pun tak guna sbb die tak boleh nak stop sekarang ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-02-04 12:47


Quote:

On 2004-02-21 16:19, ain_mardziah wrote:
assalamualaikum...........
Rokok sudah dihukumkan haram oleh ulama besar, tetapi kenapa masih ramai yg memegang "qaul dhaif " yg mengatakan ia makruh.Apa pendapat antum semua?





Ramai? Siapakah yang dimaksudkan dgn ramai yang memegang "qaul dhaif"...berhati2 mengeluarkan kenyataan (seolah-olah mengecam) kerana antara yang "ramai" itulah ulama'. Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan 1992 yang mengatakan rokok itu haram sehingga kini tidak dapat digazetkan kerana terdapat mufti2 negeri yang berpendapat sebaliknya. Mufti seorang yang berilmu luas dalam agama dan bagi mereka ada hujjahnya tersendiri bahawa pendangan mereka tidak setitik dgn Fatwa Muzakarah Ulama Kebangsaan. Maka jgnla sesuka hati kita mengecam golongan "ramai" ini semata2 kerana tidak memegang fatwa bahawa rokok itu haram!!

KATAKAN TAKNAK KEPADA ROKOK!!!

Ilalliqa' Ma'assalamah

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-04 21:14


katakan nak kepada taknak merokok.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 02:49


. Saya nak merespon sikit berkenaan dengan isu rokok ni.

Isu rokok ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan masih mengelirukan banyak pihak. Masih ramai yang mengangap merokok ini hukumnya makruh. Di Malaysia sendiri, masih ramai umat Islam yang merokok dan mengangap hukum merokok ini makruh.

Saya bukanlah pakar dalam menentukan hukum tentang merokok ini. Jadi, saya merujuk kepada pakar yang arif tentang hukum merokok ini. Berikut adalah maklumat yang saya temui tentang maklumat merokok:

1) Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa merokok adalah haram.
( Maklumat: http://mufti.islam.gov.my/kedah/ -> Tekan "Bank fatwa", -> "Fatwa Kedah" -> "Umum" -> "Merokok".

2) Artikel dari http://www.islaam.com/Article.asp?id=362.
Bertajuk "The Evil of Smoking".

3) Banyak artikel dari Fatwa-Online
http://www.fatwa-online.com/cgi-bin/perlfect/search/search.pl?p=1&lang=en&mode
=any&q=smoking&submit=Find.

4) Soaljawab bersama Mufti Negeri Melaka
http://distance.mmu.edu.my/mufti1.nsf/805c5bb5d9d5ebd6c82567d30004dbbc/22
b986b7da469d3d48256872000ae49e?OpenDocument

5) Fatwa Negeri Perlis.
http://www.perlis.gov.my/mufti/fatwa/SOALAN14.htm

6) http://www.islam.tc/cgi-bin/askimam/search.pl?
query=smoking&limit=20&order=DESC&sort=date&where=question

7) http://www.islam-online.net/fatwa/english/searchfatwaresult.asp?
hTitle=smoking&hKeyword=&hMufti=&hTopic=&Submit=Submit

Sudahkah anda membaca artikel yang diberikan di atas ? Artikel tersebut menjelaskan bahawa "Merokok bukanlah MAKRUH, tetapi HARAM".

Sebenarnya, ulama bukanlah berselisih pendapat tentang merokok ini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah perbezaan pendapat antara ulama dahulu dan ulama sekarang. Ulama dahulu menyatakan merokok adalah makruh, tetapi ulama sekarang menyatakan merokok adalah haram.

Ulama terdahulu memberikan pendapat bahawa merokok adalah makruh kerana mengikut maklumat-maklumat yang ada ketika zaman dahulu. Mereka hanya memberikan perbandingan dengan memakan bawang dan petai. Mereka juga memberikan alasan jika kita menghisap rokok beberapa kali sehari, ia tidak memberikan kesan penyakit dengan segera.

Tetapi, ulama hari ini menyatakan rokok adalah haram. Fakta yang diberikan lebih nyata dengan memberikan fakta berkaitan kesihatan (analisis sains), sosio-ekonomi dan sebagainya. Ketika ini maklumat tentang kesan keburukan merokok adalah jelas, dan lebih ramai ulama ketika ini memutuskan bahawa merokok adalah haram. Dan, lebih ramai ulama yang ditanya akan menyatakan merokok itu adalah haram...

Hanya sedikit ulama hari ini yang menyatakan merokok itu makruh... Itupun kemungkinan mereka mengikut fatwa ulama terdahulu. Ketika ini, kita tidak lagi menemu fatwa bahawa merokok adalah makruh daru ulama-ulama yang bertauliah seperti mufti-mufti atau badan-badan yang berautoriti untuk memberikan fatwa. Jadi, ketika ini, semua fakta yang ditemui menunjukkan bahawa merokok adalah haram. Ketika ini, saya masih belum dapat artikal yang menyatakan merokok itu makruh.

Merokok telah dibuktikan merbahaya dan terbukti merbahaya secara saintifik:
a) Mengakibatkan Kenser dan Barah
b) Amaran oleh Kerajaan Malayasia - Merokok membahayakan kesihatan
c) Kos insuran hayat orang merokok lebih tinggi

Banyak maklumat tentang merokok boleh didapati:
a) di yahho.com: http://search.yahoo.com/bin/search?p=smoking
b) Anti Merokok Indonesia: http://www.antirokok.or.id/

Berikut adalah sedutan berita dari NST ( http://www.nst.com.my/ ) bertarikh 20 Aug 2002:
"Health Minister Datuk Chua Jui Meng said there were six million smokers nationwide with 10,000 tobacco-related deaths annually. Ten thousand deaths a year translates to 1.2 deaths every hour or 38 deaths per day directly related to tobacco. This is a terrible prize to pay for tobacco addiction, he told a Press conference today. This was on the average more than the number of people dying of AIDS, tuberculosis, malaria, pneumonia and road accidents which came to 4,300 deaths a year. More than half the adults in the country were smokers with more than 3.5 per cent of adult women being smokers. Chua said 24.8 per cent of Malaysians smoked in 1996, an increase of 3.3 per cent or one million smokers over a 10-year period. Quoting the National Health and Morbidity Surveys 1 & 11, he said this was a frightening development as the number of youths who smoked increased by 1.1 per cent between 1996 and 1999"

Jadi, adakah anda telah yakin bahawa merokok itu haram ? Tahukah apa ertinya jika kita yakin bahawa merokok itu haram ? Apabila sesuatu itu (rokok) adalah haram, maka apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah haram: Membeli untuk orang lain atau diri-sendiri, menjadi penjual dan mengedarkan rokok adalah haram.

Jika merokok adalah perbuatan yang haram, sudah pastilah ia adalah sesuatu perbuatan yang sangat tidak elok. Kita akan berdosa jika kita merokok. Kita akan kerugian jika kita merokok. Kita akan diazab kelak, jika kita merokok. Janganlah ikuti tabiat pembuat maksiat di pub dan disko: di situ mereka hanya mengisap rokok, meminum arak dan berdisko ! Di situlah tempat orang yang begitu gila mengisap rokok boleh ditemui. Meminum arak adalah haram... Berdisko adalah haram, Merokok adalah .... ?

Kalau anda masih merokok... Hentikanlah. Apakah lagi maklumat yang anda mahu dan masih menyatakan merokok itu makruh ?

Diceritakan, seandainya, anda teramat ingin mandi di sebuah sungai. Ada dua orang yang anda tanya. Seorang memberitahu anda bahawa sungai tersebut ada buaya (bahaya ?) dan seorang lagi menyatakan bahawa sungai tersebut tidak ada buaya (tidak bahaya ?). Jadi, apakah keputusan anda ? Adakah sungai tersebut bahaya atau tidak untuk anda mandi ? Tentu anda tidak berani untuk mandi di sungai tersebut !

Begitulah juga, secara bandingan; seandainya anda bertanya dari dua orang ulama tentang hukum merokok. Seorang ulama menyatakan Haram. Apabila haram, jika kita merokok adalah berdosa, kita akan di azab di atas dosa tersebut. Seorang ulama pula menyatakan hukum merokok tersebut adalah makruh. Ini, bermakna anda tidak berdosa jika merokok. Jadi, pendapat ulama yang manakah yang anda akan ikut ? Anda sebagai orang yang bijak memilih keputusan, tentulah anda mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu adalah haram.

Jadi, sebagai kesimpulannya, hukum merokok adalah haram, jadi kalau anda masih merokok... Hentikanlah, jangan tangguhkan lagi keputusan anda untuk berhenti merokok. Tidak ada gunanya anda masih mengikut pendapat yang menyatakan merokok itu makruh, kerana bilangan mereka semakin kecil, dan semakin ramai yang yakin bahawa merokok itu adalah haram. Terima kasih.
Wallahu a'alam.

Jika terdapat unsur-unsur shubhah lebih baik dijauhkan berdasarkan Hadith Bukhary Muslim :"Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut."








-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-03-04 07:58



OK! OK! i know that smoking is ilegal..... i mean Haram...... so mcm mana ana nak tinggal kan benda nie??
Masalah ana sekarang nie bukannya mintak antum semua keluarkan fatwa ke pendapat ke apa ke..... ana hanya minta entum penya nasihat macam mana ana nak kurangkan merokok sekaligus berhenti merokok
Kalau nak membaca Fatwa atau artikel mengenai pengharaman merokok nie ana pun tau... Tidak payah antum semua nak bagitau...... Cuma ana sekarang Tidak tahu cara yg betul bagaimana nak kurangkan rokok dan menghisap rokok.......

Pastu tak payah la nak buat cerita perbandingan, kuarkan artikel keratan akhbar la mengenai pengharaman merokok..... KALAU DAH PANDAI SGT BAGI LAH ANA CARA NAK KURANGKAN MEROKOK PAHAM!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 01-03-04 13:18


sabar.....
sabar.....

jangan diikutkan sangat rasa meradang tu
pLatipus....

saya faham apa yang awak rasakan sekarang ni.
tapi marah tak akan dapat meneyelesaikan apa apa...

adakah pLatipus dah mula untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari???
kalau dah...tahniah...

adakah pLatipus mampu menahan rasa ketagih, tidak seperti dulu yang mesti merokok kalau rasa ketagih tu datang???
kalau mampu... alhamdulillah....

semua ini menunjukkan yang pLatipus telah berjaya dalam usaha untuk berhenti merokok.

slow...slow...
biarlah perubahan yang ada tu sedikit, tapi itu lebih baik dari statik atau bertambah teruk.

saya berkata ini semua bukan sekadar untuk pLatipus, bahkan ramai lagi kawan kawan saya yang juga kaki kaki rokok yang berusaha untuk berhenti merokok.

anggap sajalah segala sindiran, cacian, dan umpatan itu sebagai motivasi untuk diri kita. usah dipedulikan sangat.
kerana kalau awak melayan perasaan sakit hati dengan sindiran,cacian, dan umpatan itu, keinginan untuk merokok itu akan datang kerana rasa tension.
relax dan be cool jer..buat don't know dan tak dengar jer...

satu lagi, time nak berhenti merokok ni, cuba jauhkan diri dari perkara poerkara yang berkaitan dengan rokok. even gambar rokok cuba jangan tengok...kerana itu semua boleh effect semangat dan jiwa kita....




sabar itu iman, DUIT bukan kawan, ROKOK pun bukan sahabat kita, DUNIA hanya pinjaman, dan MATI tidak berteman....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 18:26


ustat ana penah jugak bagi petua... kalau amal petua nie InsyaAllah boleh henti merokok...

petuanya...

"bagi jangan ambil...
jual jangan beli..."

haah... konfirm brenti punye tabiat merokok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 18:33




tapikan kalau difikirkan semula kes meroikok nie.. ana kesin jugak tau... bukan kesian pada org yang merokok... tapi pada org yang berada disekitar perokok tu(maksud ana mase org tgh isap rokok)... yer laaa.. membahayakan diri org lain pulak... kalau nak cari nahas tu isap laa jauh²(sorang-sorang)... maaf laa kalau ada yang terasa.. tapi ini adalah hakikat...

bukan perokok sendiri tak tahu yang tabiat merokok disekitarnyaterdapat org lain lebih bahaya dari diri perokok tu sendiri... tak adil laa kalau dalam satu kumpulan cuma ada sorang dua yang merokok dan yang lain tidak merokok hendak dihalaunya org yang tidak merokok duduk jauh². apa kejadahnya tu...maaf skali lagi noo.. ini hakikat dalam masyarakat kita...

apepun tahniah laa kerana ada diantara sahabat kita yang dapat 'kurangkan' tabiat merokok walaupun belum dapat berhenti lagi... hmm kalau nak kata stress sebab tu perlu isap rokok... camner pulak dengan org yang tidak merokok... mereka nie pun stress jugakk... (lebih stress kalau dalam kumpulan mereka ada yang menghisap rokok)... tapi apa bleh buat... selagi mana rokok dijual... selagi tu laa ada pembelinya...

so... petua yang ustat ana bagi mase sekolah dulu nie amalkan laa.. mesti bleh berenti punye...

petuanya...
"BAGI JAGAN AMBIK...
JUAL JANGAN BELI..."

haa... apa lagi... amalkan laa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 13:48



kpd platipus......berusahalah untuk tinggalkan rokok ni secara perlahan-lahan

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.ana percaya kalau kita nak tinggalkan memang susah tp cuba disiplinkan diri untuk hentikannya.
mula2 memang susah tp cubalah dgn mengurangkan bilangan rokok yg dihisap setiap hari
Banyak petua yg diberikan oleh kawan2 kita disini.....cubalah amalkan ......
mudah2an berkesan

Kami disini akan sentiasa mendoakan .........agar platipus dapat berhenti dr merokok.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 13:52



Ana x merokok dan lebih baik ana spend duit tu beli benda lain yg best.Tapi ana tak kisah kalau ada orang merokok. Itu masalah peribadi.Tapi kena la hormat org yang tak merokok.
Mengenai fatwa merokok itu ana no komen sbb ana enah tengok seorang ulama' merokok so no komen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 13:55


En Platipus ana ada satu petua yang boleh kurangkan tapi tak boleh terus buang.Ayah ana lakukan dan berjaya. Iatu banyakkan puasa sunat espcially isnin dan khamis. Dan yg paling baik masa bulan puasa tu masa buka puasa cuba jgn buka dengan rokok.Replace dengan kurma ka,air manis ka. Tappi mesti ada niat nak kurangkan. Cuba lah insy'Allah berjaya

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-03-04 14:21



syukran semua kerana telah berjaya memberikan ana lebih semangat untuk berhenti merokok...
ana telah pun berjaya mengurangkan merokok dari 20 ke 10, dari 10 ke 9 btg sehari
Doakan kejayaan ana

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

ain_mardziah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.01.2004
Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 14:36



Syukur Alhamdulillah......
nampaknya platipus ni dah berjaya mengurangkan bilangan rokok yg dihisap nya
TAHNIAH.......

usahalah lagi yer.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_mardziahProfil   Hantar PM kepada ain_mardziah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 17:17




semoga akh platipus berjaya mengurangkan pengambilan rokok sebagai makanan sampingannya dan akhirnya tinggal terus...

sayangilah orang2 yg menyayangi anda...


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-03-04 22:04




hehehe....dulu merokok gak....nasib baik sempat berhenti sebelum kritikal....
Sekarang ni, bau rokok pun ana x bleh tahan....sesak nafas bila bau asap rokok....



----------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------

-----"Daripada Masyarakat Kepada Masyarakat---HIDUP BIAR BERJASA"----



Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-03-04 23:10



great techer boleh bagi sedikit cara bagaimana anda boleh berhenti merokok?
ana pun skang dah slow sikit tapi bau asap rokok boleh mempengaruhi minda ana......
boleh ek? bagi sedikit cara anda itu......

Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-03-04 23:21


macam kita main besi, kita push ourself. camtu bila nak berenti rokok, push to stop. ur mind control everything. ur mind said u need to smoke then u follow not because u want. otak sedar seorang perokok mengatakan rokok ni rasa macam sial.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

ukashah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.02.2004
Ahli No: 7085
Posting: 55
Dari: Melaka

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-03-04 00:25


Assalamu`alaikum warahmatullah..

Tuan platipus..!

Pasal saya takde pengalaman, saya cerita la pengalaman org lain ye...

1. Nenek saya, seingat saya drpd saya kecik mmg tak pernah lekang dari rokok gulungnya. Sampailah tahun 1996, dia balik dr haji, langsung ditinggalkannya. LANGSUNG. Just like that.

Saya pun tak tanya dia apsal dia tinggalkan. Tapi tak kan kita nak tunggu pegi haji baru tinggalkan, dak? Meh kita tengok kes 2...

2. Sorg lecturer saya masa kat U dulu, dia stop merokok dan banyak minum air kosong sbg ganti. Even ke dlm lecture hall pun dia akan bawak segelas air mineral. Paham la kitorg bila dia buat mcm tu. Er, platipus boleh cuba kot.

3. Sorg kawan kerja saya, dia terus berenti merokok bila sekali tu dia pi lawat someone kat hospital, ternampak sorg yg umurnya masih muda tapi paru-parunya dah terminally rosak. Disebabkan cancer disebabkan rokok.

Em, so mgkin platipus boleh bebila senang tu cuba lawat hospital terdekat..

4. Sorg pakar motivasi yg saya kenal, dia kata dia pernah tanya kat isteri-isteri yg suami diorg merokok. Dan jawapan diorg: "Umpama mencium ashtray!"

So kalau kita ada that significant other (atau akan ada), mcm tu jugaklah agaknya pandangan dia terhadap kita kalau kita merokok.

OK tuan platipus, you can do it!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukashahProfil   Hantar PM kepada ukashah   Pergi ke ukashah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144135 saat. Lajunya....