Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
Daeng_Jati: 40 hari yang lalu
Kang: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: POLITIK ISLAM: KEWAJIPAN KITA


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» POLITIK ISLAM: KEWAJIPAN KITA

Please Mendaftar To Post


Oleh POLITIK ISLAM: KEWAJIPAN KITA

fajar_rusile
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 94
Posting: 23
Dari: Manchester

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 02:29


Assalamualaikum…

Detik masa berlalu, terasa begitu pantas dalam asyik kita menjalani rutin harian sebagai guru, kerani pejabat, jurujual dan yang teristimewanya penuntut ilmu Allah di persada ini. Samada peringkat menengah atau mahasiswa. Sebahagian besar daripada kita yang terlibat dengan exam, pasti menumpukan sepenuh perhatian, mengumpul segenap kekuatan dan memintal semangat juang untuk menghasilkan keputusan tebaik yang bakal terpampang. Diyakini, semua tidak sekadar menyandarkan nilai sebuah kecemerlangan hanya kepada usaha dan ikhtiar semata2, bahkan turut menghadapkan tawakkal ke hadrat Ar-Rahman lantaran kudrat insani kita hanyalah sekelumit cuma buat menjamin kejayaan yang dinanti. semoga kejayaan yang diimpikan itu di qasadkan semata2 keranaNya demi menjulang kegemilangan Islam.

Sahabatku,
Sejak berkembangnya fahaman sekularisme diseluruh pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah2 seperti politik kotor, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Jelas, percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh2 Islam dan anak didiknya dari kalangan umat Islam sendiri. As-Syahid Syed Qutb pernah berkata:

“Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di timur tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme, tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, politik Islam, dan masyarakat Islam.”

Akibat pegangan fahaman pemisahan Deen daripada urusan kehidupan serta menyerahkan urusan deen kepada individu, dan tidak menjadi tangguangjawab pemerintah maka sehingga kini barah2 sekular telah berkembang biak memasuki bidang pendidikan, kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan hampir semua kehidupan masyarakat Malaysia. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan ilmuan Islam dipandang remeh, sampingan, tiada harga dan sebagainya. Harta dan pangkat keduniaan dilihat dengan penuh liuran dan rakus, sekiranya keadaan ini berterusan, pasti akan lahir masyarakat perosak, keamanan lenyap sedikit demi sedikit. Islam hanya di masjid. Itu pun hanyalah persoalan tertentu daripada juzu’2 kecil ilmu Islam setelah ditapis.

Alangkah malangnya, sekiranya golongan terpelajar dari generasi muda seperti kita juga hanyut jauh dalam suasana tersebut tanpa memahami tuntutan semasa Islam. Kerana itulah, memahami politik Islam menjadi ‘compulsory subject’ bagi kita samada suka ataupun sebaliknya. Tiadalah kuat Islam tanpa politik dan politik akan hancur tanpa aqidah.

Cubalah kita meneliti reality dan hakikat Islam yang serba lengkap ini. Nyata, kita harus bersama2 memahami betapa Islam akan sentiasa diperintah selama mana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan. Tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik.


[ Posting ini telah di edit oleh: fajar_rusile pada 2003-06-03 02:30 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For fajar_rusileProfil   Hantar PM kepada fajar_rusile   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 03:00


Alhamdulillah,
Terima kasih kepada yang mengeluarkan isu ini....
Kalau kita lihat generasi hari ini sebenarnya telah dikaburi dengan politik orang kafir.....
Sistem politik ini sebenarnya banyak menyumbang kepada terbantutnya pemikiran muda-mudi terhadap politik........
mmmmm,sebenarnya politik banyak dicelikkan oleh golongan mahasiswa.....
Andaikata golongan ini buta dalam politik,maka butalah politik negara ini....
Politik tidak harus dipisahkan dalam islam
Ia ada dalam kesyumulan islam itu sendiri.....
Kalau dalam islam tak ade sistem demokrasi,hanya sistem khulafa' yang wujud...
Itulah sistem islam yang sebenarnya.....
Kite gah dengan title negara islam kononnya,tapi lupa bahawa kite bukanlah yang memperjuangkan islam.......
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 03:00


Alhamdulillah,
Terima kasih kepada yang mengeluarkan isu ini....
Kalau kita lihat generasi hari ini sebenarnya telah dikaburi dengan politik orang kafir.....
Sistem politik ini sebenarnya banyak menyumbang kepada terbantutnya pemikiran muda-mudi terhadap politik........
mmmmm,sebenarnya politik banyak dicelikkan oleh golongan mahasiswa.....
Andaikata golongan ini buta dalam politik,maka butalah politik negara ini....
Politik tidak harus dipisahkan dalam islam
Ia ada dalam kesyumulan islam itu sendiri.....
Kalau dalam islam tak ade sistem demokrasi,hanya sistem khulafa' yang wujud...
Itulah sistem islam yang sebenarnya.....
Kite gah dengan title negara islam kononnya,tapi lupa bahawa kite bukanlah yang memperjuangkan islam.......
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 03:12


comfirm pangkah pas!!!maaf yer semua..

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 04:00


wah......
beraninya.....
sokong pembangkang laktu....
apapun yang disokong,pastinya ia memperjuangkan islam seluruhnya....
Bukan ambik sedikit,buang selebihnya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 10:39


ahaks..bagi pandangan ana lah kan...politik pada masa sekarang ni..entahlah..kalau kita tengok..kedua-dua pihak pun 'sebijik' je..masing-masing macam memperjuangkan parti sendiri..bkn memperjuangkan agama Allah..wallahualam laa apa dasar niat mereka..ini hanyalah pandangan ana..sebab ana 'nampak' dah Allah..berikan mata...mana tidaknya..yang satu 'sekuler' yg lagi satu 'tak kene cara' .Entah lah ..apa nak jd pada politik negara Malaysia.Ttp wuteve pun..drpd kite terus menyokong yg terang-terang 'menolak' ajaran islam ..lebih baik kite menyokong yg lebih banyak ada unsur2 islam.sebab...siapalah yg sempurna..yer tak??




Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 22:49


Assalamualaikum.

Pertama sekali syukur alhamdulillah krn kita semua di komuniti ukhwah ini diberikan kesedaran tentang kewajipan politik islam ini. Melalui nas2 quran dan hadis serta pandangan dari ulama2 muktabar tdk dpt dinafikan lagi bahawa politik ada dlm islam. Cuma mrk yg tdk faham atau buat2 tdk faham atas sebab kebendaan sahaja yg melafikan perkara ini. Namun begitu ada juga yg mengatakan bahawa demokrasi serta pilihanraya bukanlah politik islam dan demokrasi itu sebenarnya adalah pemberian barat kpd umat islam utk memastikan umat islam itu berpecah belah. Sebenarnya demokrasi itu sendiri hanyalah satu alat utk islam itu mendapatkan kuasa. Dlm konteks Malaysia khususnya proses dlm mendapatkan kuasa atau mandat pentadbiran adalah melalui demokrasi dan pilihanraya. Jadi mahu tdk mahu golongan yg mahu melaksanakan islam secara keseluruhan ini perlu terjun dlm politik kepartaian, bertanding dlm pilihanraya utk mendapat kuasa pemerintahan. Sudah tdk dinafikan lagi bahawa melaksanakan hukum islam itu adalah wajib dan oleh kerana itu jalan2 dlm melaksanakan hukum islam itu pun juga adalah wajib. Ini bermakna terlibat dlm pilihanraya adalah wajib bagi umat islam di Malaysia ini krn dgn satu undi bagi mrk akan menentukan sama ada hukum islam itu dpt dilaksanakan atau tdk. Apa yg blh disebut disini bahawa demokrasi itu hanyalah satu jalan utk mendapatkan mandat bagi melaksanakan system pemerintahan islam. Bila disentuh bahawa politik itu sendiri membawa perpecahan kpd umat islam, ini adalah tdk benar krn sesuatu jemaah haraki itu bukan mewujudkan perpecahan tetapi mrk sebenarnya mengasingkan diri dari bercampur dgn golongan2 yg melakukan kezaliman dan kemungkaran. Adakah kita blh bersatu dgn seseorg yg zalim dlm perkara kezalimannya? Adakah bila kita tdk pergi ke suatu majlis suatu pihak itu krn majlis itu terdapat unsur2 kemungkaran kita di anggap memulaukan pihak itu. Macam di tempat saya ni pada hari kebangsaan umno mengadakan karaoke, jadi pihak pas tdk akan campur dgn perkara tersebut. Ini tdk bermakna pas tdk blh bersatu dgn umno. Ini terbukti apabila mrk bersatu dlm menghadapi kebiadaban singapura dan isu2 nasional serta global yg lain.

Spt kata sedara muwahid bahawa sesuatu pihak itu tdk semuanya sempurna. Ini mmg betul dlm pas juga mungkin ada beberapa kelemahan dan kesilapan. Namun begitu kita lihat pula kpd dasar pas itu sendiri berbanding umno. Dasar pas jelas iaitu islam dan bercita2 mewujudkan pemerintahan mengikut islam. Sedangkan dasar umno adalah kebangsaan, memperjuangkan kabilah melayu. Jadi mahu tdk mahu pas adalah pilihan kita dan jika ada yg tdk betul dlm pas ini sebenarnya bukanlah salah dasar jemaah haraki itu tetapi ianya adalah krn kesilapan ahlinya dan dari situ kita yg mempunya rasa kesedaran inilah yg sepatutnya terjun dlm arena politik utk memperbaiki apa yg kurang. Akhirul kalam apa yg hendak saya tegaskan di sini bahawa pas bukanlah memperalatkan islam utk kepentingan politik, sebenarnya pas memperalatkan politik utk kepentingan islam.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109704 saat. Lajunya....