Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 215
Ahli: 0
Jumlah: 215




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Aurat dan Astora


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Aurat dan Astora

Please Mendaftar To Post


Oleh Aurat dan Astora

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-02-04 00:29


Bidasan utk Astora Jabat
assalamualaikum,


Artikel di bawah saya petik dari

http://www.surau.ladang.net/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=104
untuk membantu menangkis dakyah astora jabat. Pesan saya, bergaduh camana pun, janganlar dipermainkan agama kita.

sekian, wassalam

---------------------------------------------------------------------------------------
ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

Astora Jabat dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari 2004 berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan

ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

Astora Jabat dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari 2004 berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan aurat. Kali ini Tok Dalang Siam ini menggunakan pula patung wayang kulit yang menggunakan nama Zainudin Idris. Dalam artikel yang tersiar pada m.s. 81-82 'Komik' Al-Islam tersebut Astora merumuskan bahawa Imam Malik dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak wajib menutup rambutnya bahkan harus mendedahkan buah dadanya kerana yang wajib ditutup ialah dua kemaluan yaitu faraj dan duburnya sahaja. Untuk menguatkan hujjahnya yang palsu itu Astora menyelitkan pula nama ulamak yang terkenal seperti Imam Al-Jasos,As-Suudi dan beberapa orang lagi dengan harapan pembaca akan terpedaya.

Untuk membuktikan bahawa Astora adalah pembohong dan pendusta kami lampirkan apa sebenarnya yang merupakan pendapat Imam Malik dan Ulamak2 Mazhab maliki yang tersebut.

(1)- Didalam Kitab Al-Muwatha= Imam malik meriwayatkan 4 buah hadith sebagai dalil kaum perempuan wajib memakai tudung didalam sembahyang yaitu :-

Hadith Ke-321. Dari Imam Malik r.a. bahawasanya telah sampai kepada beliau bahawa A'isyah r.a. isteri Nabi saw adalah ia sembahyang memakai baju dan tudung.

Hadith Ke-322. Imam Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Zaid bin Qunfuz dari ibunya bahawasanya ibunya bertanya kepada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi saw "Apakah pakaian yang dipakai olih kaum perempuan untuk sembahyang?" Maka jawab Ummu Salamah r.a. : "Perempuan bersembahyang dengan memakai baju yang labuh bila dapat menutup belakang tapak kakinya."

Hadith Ke-323. Imam Malik meriwayatkan dari Abdullah bin Aswad Al-Khaulani semasa beliau berada dibilik Maimunah r.a. isteri Nabi saw bahawasanya Maimunah r.a. adalah ia sembahyang memakai baju dan tudung tanpa kain.

Hadith Ke-324. Imam Malik meriwayatkan daripada Hisyam bin Urwah dari bapanya bahawa seorang perempuan meminta fatwa daripadanya. Perempuan itu bertanya : Sesungguhnya kain ku ini menyempitkan atasku. Adakah bolih aku sembahyang memakai baju dan tudung? Berkata bapanya : "Ya! Boleh. Asalkan baju itu labuh".

(2)-Berkata Imam Al-Jasos Al-Maliki:

Pada ayat ini: 'Hendaklah sekelian perempuan beriman itu melabuhkan atas sekelian badan mereka akan jilbab2 mereka itu'. Al-Ahzab 59

"Menjadi dalil atas bahawasanya perempuan2 yang muda itu diperintah dengan menutup mukanya dari sekelian lelaki ajnabi dan menampakkan tutupan dan memelihara diri ketika keluar rumah supaya tidak ingin kepada mereka itu segala orang yang jahat". (Tafsir Ahkamul Quran Al-Imam Al-Jasos juz 3 m.s. 372)

(3)-Berkata As-Suudi pada menafsirkan ayat 59 Surah Al_Ahzab :

"Hendaklah kaum perempuan itu menutup dengan jilbab akan sebelah mata dan sebelah dahi mereka." (Tafsir Bahrul Muhith juz 7 m.s. 250)

Menyebut oleh Doktor Wahbah Zuhaili pada fasal Aurat Mazhab Maliki :

"Dan aurat itu nisbah bagi dilihat : Bagi lelaki ialah barang antara pusat dan lutut. Dan bagi wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah sekelian badan selain muka dan dua tapak tangan. Dan jika dihadapan mahram2nya ialah sekelian badan selain muka, kepala, leher, dua tangan dan dua kaki melainkan jika ditakuti akan lazat maka haramlah memperlihatkan yang demikian itu bukan kerana ianya aurat." (Sumber Kitab Fiqh Islami Juz 1 m.s. 58

Jelaslah dari keterangan ulamak2 diatas bahawa Mazhab Maliki sekali-kali tidak ada mengatakan kaum perempuan tidak wajib menutup rambut mereka dihadapan lelaki ajnabi bahkan sekelian keterangan diatas dan lain-lain kitab fiqh mazhab Maliki mewajibkan kaum wanita menutup rambut mereka .

Ustaz Azhar


Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-04 12:36



dlm surat khabar mingguan ahad lepas ade menyiarkan ttg keterangan lanjut mengenai aurat yg tersiar didlm majalah al islam keluaran februari tak sempat nak menghayati cuma baca lebih kurang jer.
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-04 16:47



ana snagat sedihhh perkara ni sangat penting dna menyentuh soal akidah..kalau iamn nipis mudah terpengaruh..nauzubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-02-04 18:25


askm....
mentanglah tantawi benarkan...die pulak lebih2...
belajolah dulu ya astora [email protected]..
ok lah asslamulaikum wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

farah_caesura
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.01.2004
Ahli No: 6416
Posting: 100
Dari: Jalan Bukit Pantai, Bangsar KL

uk  


posticon Posting pada: 18-02-04 17:09



SUDAH LA TU ... aurat aurat aurat ...
kan dlm diri setiap manusia ada sekeping daging yg dinamakan HATI ...

isk ...

tak suka aa... org lelaki suka sgt citer pasal aurat pompuan ... abis aurat lelaki camner? ...
isk ...

i suka tgk football ... selalu nampak aurat lelaki bila player jatuh .... seronoknyer ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_caesuraProfil   Hantar PM kepada farah_caesura   Pergi ke farah_caesura's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-02-04 17:14


Hah..meh kita pakat kilk dan tengok yer?
sila klik apa yg isa-vR4 nak beritahu----> ISU RAMBUT BUKAN AURAT

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-04 17:38


Dan pautan lain sebagai maklumat tambahan terhadap isu ini...

--> Al-Islam Dan Aurat Wanita

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

alannaharisya
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6922
Posting: 6
Dari: uitm shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 03-03-04 00:27


semoga memantap aqidah diri...insyallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alannaharisyaProfil   Hantar PM kepada alannaharisya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105852 saat. Lajunya....