Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: bunuh!bunuh!bunuh!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» bunuh!bunuh!bunuh!

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh bunuh!bunuh!bunuh!

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 20:04


assalamulaikum wbt..
firman Allah yang membawa maksud:"di wajibkan ke kamu semua al-qisas(buat sama mcm kena buat)pada org yg membubuh ,jiwa dgn jiwa.......hingga akhir ayat..
sahabat sekalian..,
kini membunuh, di bunuh.terbunuh..sudah menjadi perkara biasa di mana sahaja... dan yg saya ingin tarik perhatian sahabat sekalian..gejala ini berlaku dengan hebatnya di malaysia..adakah ini untuk menyambut slogan KERANAMU MALAYSIA??@ MALAYSIA BOLEH!!hemm entahlah..nak ckp ape lagi..jadi kawan2 tolong bincangkan dan hantar berita2 terbaru tentang kejadian pembunuhan di malaysia...dan tolonglah bagi pandangan bagaimana caranya kita nak bendung masalah ummat ni...teruklah kalau gejala ini semakin parah...dari kajian yg telah saya buat..hampir 3 hingga 4 kes pembunuhan berlaku setiap hari di malaysia....AWAT JADI LAGU NI????




KENAPA UNDANG2 ALLAH TIDAK DI LAKSANAKAN

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-12 22:54 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-10-13 20:27 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-10-13 20:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 20:40




hhmm...terkejut tengok tajuk.....anta Syed
Tajuk nie terlalu tragis...ada efektifnya..kepada org ramai...

Tapi oklah..Prof sudi memberi juga komen...

membunuh dengan dibunuh adalah juga paling dahsyat dan paling hendak dielakkan....namun juga spt kata seolah-olah jadi pekara biasa..
tapi terbunuh......lebih juga pada umum...spt kemalangan....

Khususnya...nasib umat Islam Palestin, Afghanistan..dan senasibnya.....pertentangan dengan musuh Islam....

Berbeza di negara kita.....dikaitkan dengan rogol, dendam......

p/s:Kerisauan hati ...dan sedih....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-04 21:41




erm.. hampir hari2 skrg ni kita dihidangkan dengan cerita bunuh ni.. takut ianya akan melahirkan sikap negatif dalam diri masyarakat kita.

BUNUH.. erm.. kadang2 ada yg menganggap dgn menamatkan riwayat seseorang, sesuatu masalah itu dpt diselesaikan. cuba kita teliti makna QISAS... jika kita fahami, QISAS dilaksanakan menurut hukum2 yg tertentu. mana boleh ikut semborono.

BUNUH???
DIBUNUH???
TERBUNUH???
MEMBUNUH???
BUNUH-MEMBUNUH???

p/s: bukan menyambut slogan KERANAMU MALAYSIA. tapi... MALAYSIA BOLEH!!!!
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 13-02-04 14:47


da latest...Datuk Norjan Khan dibunuh dlm berita smlm...apakah motifnya? nampaknya Para Pembunuh semakin berani...


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 15:07



Selagi tidak muncul 'sesuatu' yang akan menakutkan pembunuh untuk membunuh....


wassalam...


-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 18:31


Quote:

On 2004-02-13 15:07, zam_rizal wrote:

Selagi tidak muncul 'sesuatu' yang akan menakutkan pembunuh untuk membunuh....


wassalam...


-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa



hehhee...
sokong dengan hujah zam_rizal...
walaupun pendek tapi penuh makna..

p/s..yg terbaik drpd-NYA.

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

ratusyuhadah_achik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5710
Posting: 36
Dari: uum.kedah

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-04 18:56



yaalah sejak akhir ni byk sgt kes bunuh...yg terbaru kes datuk Norjan Khan...menurul paper ari motif pembunuh ni krn dendan & cemburu....artikal ni saya ambik dlm berita harian...
KOTA KINABALU: Dendam dan cemburu dipercayai menjadi motif utama pembunuhan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah, Datuk Norjan Khan Bahadar, di sini kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Illiyas Ibrahim, berkata polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua aspek berkenaan sebagai motif pembunuhan itu yang menggemparkan seluruh negara.
LELAKI yang turut ditahan reman.
“Kemungkinan dendam dan cemburu motif pembunuhan, tetapi kita masih menjalankan siasatan terperinci,” katanya yang menolak teori kemungkinan Norjan dibunuh oleh pembunuh upahan.Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Kepayan, petang semalam, beliau berkata polis sedang mencari pelayan coffee house Hotel Shangri-La, Bandaran Berjaya, berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan Norjan.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai Azman Bakar @ Loying, berasal dari Tawau, dilihat kali terakhir meninggalkan bilik yang didiami mangsa pada kira-kira jam 5 pagi, hari kejadian.
Norjan, 52, yang juga Exco Pergerakan Wanita Umno ditemui mati dibunuh pagi kelmarin di dalam sebuah bilik di tingkat dua Hotel Shangri-La. Allahyarham juga Ketua Wanita Umno Bahagian Papar dan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang dilantik.
Illiyas berkata, lelaki itu bertugas sebagai pelayan coffee house di hotel terbabit dan gagal dikesan kerana bercuti sejurus selepas kejadian.
“Siasatan awal kita menunjukkan dia bertugas pada hari kejadian dan dilihat menghantar pesanan Allahyarham berupa dua gelas susu ke bilik mangsa pada kira-kira jam 5 pagi.
“Bagaimanapun, usaha kita mengesannya tidak berjaya kerana dia sudah bercuti sejurus selepas kejadian. Dia disahkan memohon bercuti lebih awal sebelum itu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan polis juga mengesahkan lelaki itu yang bertugas di hotel terbabit sejak lapan bulan lalu dan menetap di kuarters pekerja, menggunakan kad pengenalan palsu.

Polis turut menghubungi telefon bimbit yang digunakan lelaki itu kelmarin dan meminta beliau menyerah diri bagi membantu siasatan.

“Kita dapat bercakap dengan beliau tapi dia enggan menyerah diri, alasannya bimbang ditangkap kerana menggunakan kad pengenalan palsu. Kita sudah periksa, dan mengesahkan memang kad pengenalannya itu palsu,” katanya.
Illiyas berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada lelaki terbabit masih berada di negeri ini atau sudah melarikan diri ke tempat lain termasuk luar negeri.Semua ketua polis daerah sudah diarah untuk menjalankan sekatan di setiap laluan keluar dari negeri ini khususnya di Tawau bagi mengesan lelaki disyaki itu. Polis juga mengeluarkan salinan gambar lelaki itu untuk siaran melalui media.Sementara itu, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu semalam memerintahkan tahanan reman seminggu terhadap tiga orang, termasuk dua wanita, bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.Hakim Mahkamah Sesyen Ravithran Paramaguru memerintahkan tahanan reman terhadap seorang pengarah sebuah syarikat berumur 27 tahun sementara dua wanita itu masing-masing berumur 52 dan 53 tahun.Ravithran meminta pegawai penyiasat kanan Mohamad Azhar Hamin menahan reman ketiga-tiga mereka mengukut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ratusyuhadah_achikProfil   Hantar PM kepada ratusyuhadah_achik   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-02-04 19:57


selagi hududullah tidak di tegakkan, mcm mane pembunuh nak takut??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

waaz04
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7020
Posting: 205
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 14-02-04 20:16


membunuh ni bermula dari penyakit hati= hati tu sakit..jiwa sakit..spritual sakit..rohani sakit.

di bantu oleh...

keupayaan fizikal yang tak terkawal

banyak faktor hati sakit ni...antara sebab paling besar ialah Kerajaan..sebab dia yang sebenarnya antara paling berkuasa mewujudkan persekitaran membentuk jati diri manusia.
kita melihat banyak program itu ini...tapi program memantapkan aqidah kurang sangat...tu pun dipisahkan dari aspek kehidupan lain..pastu lak bentuk perundangan yang mengawal manusia diambil dari permikiran manusia itu sendiri...ini salah...Allah dah tetapkan cara penghukuman masih nak ambil cara lain.
kerajaan kena memainkan peranan disamping pihak-pihak lain termasuk melihat kembali institusi kekeluargaan.

antara sebab lain manusia ada penyakit hati ialah bilamana individu atau kumpulan itu tidak mendapat ruang dan peluang yang cukup bagi menyatakan pandangan dan apa juga rasa tak puas hati..kalau ini berlaku..hati memberontak...kesannya teruk gak

so kena tengok betul-betulah apa sebab hati tu sakit ....

sakit ati..hati sakit

[ Posting ini telah di edit oleh: waaz04 pada 2004-02-14 23:51 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For waaz04Profil   Hantar PM kepada waaz04   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-02-04 21:18


hati sakit ke sakit hati????banyak tu kalu boleh di kupaskan...hemm boleh buat filemm
mcm pisang goreng dengan goreng pisang..wassalam




























p/s; membunuh adalah amalan zaman jahiliyyah..adekah la ni kita nak kembali ke zaman tu pulak..
hemm ............wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

olin
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2004
Ahli No: 6455
Posting: 7

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 15-02-04 13:45


Istilah "bunuh" pada hari ini memang sering didengar oleh kita.Jenayah bunuh ini telah menjadi isu hangat diperkatakan.Setiap hari ade sahaja kes bunuh yang dipaparkan di media cetak.Untuk mengatasi masalah ini dari terus berleluasa didikan agama harus ditanamkan sejak dari kecil lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For olinProfil   Hantar PM kepada olin   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-04 09:31


Quote:

Selagi tidak muncul 'sesuatu' yang akan menakutkan pembunuh untuk membunuh....



Quote:
selagi hududullah tidak di tegakkan, mcm mane pembunuh nak takut??



-----------------
" we support anti zionist movement "

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

ziera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3307
Posting: 100
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-02-04 12:22


bila jiwa dah diselubungi rasa dendam,iri hati...maka perkara sedemikian terjadi..
kini,bunuh menjadi perkara biasa di malaysia..ape nk jadi pd masyarakat sekarang???

Bookmark and Share

    


  Member Information For zieraProfil   Hantar PM kepada ziera   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-04 12:44




erm,terlalu mengikut hukum yang dibuat oleh manusia...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mannan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7171
Posting: 63
Dari: Setapak

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-02-04 00:00



Kes bunuh yg pertama antara Habil dan Qabil...seterusnya sampai ler kini. Cuma sejak akhir2 ini sering dipampang di dada akhbar, terdengar di corong2 radio, dipapar di kaca2 TV. Antara tanda kiamat kecil berlakunya banyak pembunuhan(HR Abu Hurairah)...Nabi Muhammad saw diutus Allah juga merupakan tanda kiamat kecil (HR Bukhari, Muslim dan Termidzi).

Mungkin hikmahnya Allah nak kita tingkatkan amal (kerja) . Banyakkan bergerak, menyampaikan islah...tidak sekadar sok... sek...lalu habis di situ. Tapi bersama turun kepada ummat (macam program KRIS) dan berdoa kepada Allah agar memberi kerahmatan kepada seluruh Alam...amin!!!

------------------------
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For mannanProfil   Hantar PM kepada mannan   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-04 19:58


Lelaki tua mati dibunuh


PADANG BESAR: Seorang lelaki tua ditemui mati dengan tangan, kaki dan mulutnya diikat, manakala badannya ditindih tiga guni berisi baja di sebuah pondok bersebelahan rumahnya di Kampung Baru, Batu 18, Jalan Kaki Bukit, di sini semalam.

Teh Mohamad, 68, juga didapati cedera di belakang kepala dipercayai dipukul senjata tumpul.

Isterinya, Mariam Majid, 63, pengsan hampir dua jam ditindih dengan tilam dan almari kecil dalam keadaan tangan, kaki dan mulut diikat.

Ketua Polis Padang Besar, Superintendan Hadeni Baseri, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam semalam sejurus tiga anak pasangan itu pulang ke rumah masing-masing selepas melawat mereka.

Katanya, Teh keluar untuk menutup pintu pagar sementara isterinya, Mariam tinggal dalam rumah apabila dua lelaki bertopeng menyerbu dan menangkap Teh. Dua lelaki lagi yang juga memakai topeng masuk ke dalam rumah dan menahan Mariam.

Hadeni berkata, dua lelaki bertopeng itu mengikat tangan, kaki dan mulut Mariam serta menindihnya dengan tilam dan almari kecil sehingga wanita tua itu pengsan.

“Menurut Mariam, dua lagi lelaki bertopeng itu melarikan suaminya ke tempat lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Turut melawat tempat kejadian, Ketua Polis Perlis, Datuk Abd Halim Abd Hamid.

Hadeni berkata, kira-kira jam 2 pagi, Mariam sedar daripada pengsan dan membuka ikatan pada tangan dan kaki dan mendapatkan bantuan seorang anaknya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Selepas gagal mencari Teh, Mariam melaporkan kejadian itu di balai polis Kaki Bukit.

Polis tiba ke tempat kejadian tetapi gagal menemui Teh sehingga jam 8 pagi apabila seorang keluarga mangsa yang membantu mencari, menemui mayat Teh di bawah timbunan guni baja dan pasir dalam pondok tidak jauh dari rumahnya.

Hadeni berkata, pihaknya masih belum pasti motif kejadian dan menyiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Polis juga masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian Teh sama ada disebabkan luka di kepala atau lemas ditindih guni berisi baja.

Sementara itu, menurut sumber, kejadian bukan bermotifkan rompakan kerana tiada barang berharga milik mangsa hilang atau dicuri.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-04 20:01


Mayat bayi atas rumput


MELAKA: Mayat bayi dipercayai belum cukup bulan dijumpai dalam keadaan bogel di atas rumput di belakang tong sampah di Flet Seri Siantan, Jalan Tengkera Jaya, Tengkera di sini, semalam.

Bayi lelaki yang dianggarkan berumur antara lima dan tujuh bulan itu dijumpai petugas Southern Waste Management (SWM) ketika memungut sampah untuk dimasukkan ke dalam lori pada kira-kira jam 9 pagi.

Yaziz Azali menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan mayat bayi bulan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Dennis Lim, berkata polis tidak mengetahui bangsa bayi itu kerana badannya lebam.

Beliau berkata, walaupun tidak cukup bulan tetapi bayi lelaki itu cukup sifat.

“Polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui berikutan tali pusatnya masih baru dan tiada kesan dipotong.

“Polis juga percaya bayi lelaki itu diletakkan di atas rumput itu, malam kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat pada jam 11.30 pagi dan ujian DNA akan dilakukan bagi mengetahui ibu bayi itu,” katanya.

Mereka yang membuang bayi boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Lim meminta klinik kerajaan, swasta dan hospital menghubungi polis jika didatangi wanita yang ingin mendapatkan rawatan selepas bersalin atau menggugurkan bayi berkenaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 19:16


Lelaki maut dipukul adik


PAPAR: Seorang lelaki mati dipukul adiknya dalam pergaduhan di Kampung Ambatuan, Bongawan dekat sini awal pagi semalam, dipercayai akibat perebutan tanah.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan cedera parah di kepala akibat dipukul dengan kayu.

Berikutan itu, polis menahan adik mangsa yang berusia 35 tahun untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Mender Singh, berkata dua beradik itu dikatakan bergaduh kerana tidak puas hati mengenai hal tanah.

“Mangsa dikatakan menggertak untuk memukul adiknya dengan kayu, tetapi pergaduhan itu dapat dileraikan adik perempuan mereka.

“Bagaimanapun, kedua-dua beradik itu bergaduh semula selepas adik mereka pergi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, adik perempuan mereka kembali untuk meleraikan keadaan, tetapi dimarahi kedua-dua abangnya.

“Ketika itu adik mangsa mengambil kayu dan memukul abangnya. Pukulan itu terkena kepala mangsa menyebabkan darah mengalir dengan banyak dari kepala dan mulut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa masuk ke dalam rumah tetapi meninggal tanpa sempat dihantar ke hospital.

Mender Singh berkata, saudara terdekat mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 2.30 pagi dan sepasukan anggota polis diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah, Asisten Superintendan V Sivanathan bergegas ke kampung itu untuk melakukan siasatan.

Katanya, kayu yang digunakan untuk memukul mangsa dipercayai kayu yang sama digunakan untuk menggertak adiknya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk dibedah siasat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 20:30


tak habis-habis bunuh...bila la nak ade hukum yang taklutkan pembunuh..rase rase nye tunggu 5 tahul lagi kot....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 17:38


Israel latih skuad bunuh pejuang Iraq


LONDON: Pasukan tentera khas Amerika Syarikat (AS) mendapat bantuan penasihat Israel untuk melatih mereka dalam operasi menentang pejuang di Iraq termasuk penggunaan skuad pembunuh untuk membunuh pemimpin kumpulan pejuang itu, kata perisik AS dan sumber tentera.

The Guardian melaporkan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF), menghantar pakar peperangan bandar ke Fort Bragg di Carolina Utara, pangkalan pasukan khas AS dan menurut dua sumber berkenaan, perunding ketenteraan Israel turut berada di Iraq.

Pasukan AS di kubu kuat Sunni di Iraq mula menggunakan taktik itu yang menyamai operasi Israel di wilayah Palestin dengan menutup semua pusat penentangan menggunakan wayar tajam dan merobohkan bangunan yang dijadikan tempat melancarkan serangan terhadap tentera AS.

Namun, perang sulit di Iraq menjadi semakin buruk dengan harapan untuk menekan pejuang diketuai golongan yang setia dengan Parti Baath menjelang pilihan raya presiden AS November ini.

Pasukan tentera khas AS sudah pun berada di Syria dalam usaha membunuh pejuang asing sebelum mereka sempat menyeberangi sempadan dan sekumpulan lagi yang ditugaskan memberi tumpuan untuk memastikan pemimpin pejuang bersikap lebih neutral juga ditubuhkan, menurut sumber yang biasa dengan operasi itu.

“Secara asasnya, ini ialah program pembunuhan dan itu konsep yang dipakai di sini. Ia adalah pasukan pemburu-pembunuh.

“Tindakan ini gila. Kini kita di sini dan sudah pun dibandingkan dengan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon di dunia Arab dan kita baru mengesahkannya dengan membawa masuk Israel dan menubuhkan pasukan pembunuh” kata bekas pegawai kanan perisikan AS yang turut menyuarakan kebimbangannya taktik baru dan kerjasama dengan Israel hanya akan menyemarakkan lagi ketegangan di Asia Barat.

Seorang sumber perisikan di Washington berkata, pasukan pembunuh itu dilatih oleh Israel di Fort Bragg.

“Sebahagian mereka turut ke Iraq, bukan untuk tujuan melatih sebaliknya memberikan penerangan,” katanya.

Lawatan pakar perunding Israel ke Iraq itu disahkan oleh seorang lagi sumber yang berhubung dengan pegawai AS di negara Teluk itu. – Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 17:39


Dua pekerja ladang wilayah Yala dibunuh


BANGKOK: Dua pekerja ladang getah dibunuh di wilayah Yala pagi kelmarin dalam apa yang pihak berkuasa percaya sebahagian daripada kempen keganasan berterusan pemisah.

Ketua balai polis daerah Rusoh, Narathiwat, Kolonel Sombat Boonpho berkata dua pekerja terbabit dikenali sebagai Chomyae Kathong, 51, dan Madaoh Dokho, 52.

Chomyae datang dari Ubon Rachathani, manakala Madaoh dari daerah Raman, Yala. Mereka bekerja di ladang di daerah Rusoh, Jittra Chaimongkol.

Sombat berkata dua mangsa terbabit meninggalkan kuarters tempat tinggal mereka untuk bekerja di ladang pada awal pagi tetapi ditemui mati pada jam 7.30 pagi. Leher mereka dikelar dan mereka ditikam bertubi-tubi.

Akhbar The Nation melaporkan Sombat berkata pemisah pernah menyerang pekerja ladang getah di Rusoh, Raman dan daerah Kapho di Pattani sebagai sebahagian kempen keganasan.

Sementara itu penduduk yang memberikan pendapat dalam kaji selidik di Bangkok dan kawasan sekitar percaya polis berpangkat tinggi, lebih kanan daripada mereka yang menyerah diri minggu lalu, merancang penculikan peguam Islam terkemuka Somchai Neelapaijit.

Daripada 1,181 penduduk yang diwawancara dalam kaji selidik Universiti Assumption (Abac) pada Jumaat dan Sabtu lalu, 66.5 peratus berkata mereka percaya ada perancang utama di sebalik penculikan Somchai.

Hanya 4.2 peratus responden berkata mereka percaya empat pegawai terbabit yang menyerah diri merancang penculikan Somchai hanya antara sesama mereka.

Lt. Kolonel Sinchai Nimpunyakhamphong, Mejar Ngern Thongsuk, Sarjan Chaiyaweng Phaduang dan Korporal Randorn Sithikhet menyerah diri kepada polis pada Khamis lalu selepas waran tangkap mereka dikeluarkan.

Daripada mereka yang dikaji selidik 62.5 peratus percaya sistem kehakiman Thailand pada masa ini tidak dapat menghukum mereka yang sebenarnya merancang penculikan. – Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-04-04 19:49


membunuh..ada dua aspek iaitu bunuh dari segi mental atau fizikal..namun kite sedia maklum banyak kes bunuh menjadi2 dewasa ini..nyawa semacam sudah tidak berharga lagi..pasal Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah Datuk Norjan Khan Bahadar tu semacam bukan satu kes rompakan tapi nampaknya lebih kepada unsur2 dalaman..mungkin kerana cemburu? pasal adik farid pun kene bunuh pasal dicemburukan oleh orang lain..itu yang jelas tapi tak tahu plak saya sebab yang utamanya...manusia membunuh kerana kepentingan diri...mungkin kerana nafsu..sudah tiada pertimbangan bila nafsu menguasai diri..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 19:48


Mayat dua beranak mangsa bunuh ditemui


PETALING JAYA: Dua beranak ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah setinggan berhampiran pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pelangi Damansara di sini, petang semalam.

Mayat Saroja a/p Appenan, 68, ditemui di pintu masuk rumah itu manakala mayat anaknya, Gunasegaran a/l Velu, 34, kira-kira lima meter daripada rumah berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh jiran mereka, sepasang suami isteri kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Berdasarkan keadaan mayat mereka, polis percaya kedua beranak itu dibunuh sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Hassan Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di kepala dan badan kedua-dua mangsa.

“Polis percaya kedua beranak itu mati akibat dipukul dengan benda keras dan tumpul, tetapi setakat ini kami tidak menemui sebarang senjata atau benda yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

“Kami masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan awal mendapati mereka mungkin dibunuh awal pagi semalam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang semalam.

Turut berada di tempat kejadian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya, Superintendan Ahmad Razil Yaacub.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Saroja dikatakan mempunyai enam anak tetapi lima daripada mereka tinggal berasingan tidak jauh daripada rumahnya, manakala Gunasegaran yang tinggal bersamanya bekerja sebagai pemotong rumput di sekitar Damansara.

Difahamkan, kedua beranak itu tinggal di rumah setinggan yang dibina atas tanah rizab TNB sejak lapan tahun lalu. Sebelum ini mereka tinggal di Kampung Sungai Rumput di sini tetapi terpaksa berpindah selepas kampung berkenaan dimajukan.

Di tempat kejadian, polis turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Hassan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79562222 bagi membantu siasatan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-04-04 19:48


Mayat dua beranak mangsa bunuh ditemui


PETALING JAYA: Dua beranak ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah setinggan berhampiran pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pelangi Damansara di sini, petang semalam.

Mayat Saroja a/p Appenan, 68, ditemui di pintu masuk rumah itu manakala mayat anaknya, Gunasegaran a/l Velu, 34, kira-kira lima meter daripada rumah berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh jiran mereka, sepasang suami isteri kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Berdasarkan keadaan mayat mereka, polis percaya kedua beranak itu dibunuh sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditemui.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Hassan Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di kepala dan badan kedua-dua mangsa.

“Polis percaya kedua beranak itu mati akibat dipukul dengan benda keras dan tumpul, tetapi setakat ini kami tidak menemui sebarang senjata atau benda yang dipercayai digunakan dalam serangan itu.

“Kami masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan awal mendapati mereka mungkin dibunuh awal pagi semalam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang semalam.

Turut berada di tempat kejadian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya, Superintendan Ahmad Razil Yaacub.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Saroja dikatakan mempunyai enam anak tetapi lima daripada mereka tinggal berasingan tidak jauh daripada rumahnya, manakala Gunasegaran yang tinggal bersamanya bekerja sebagai pemotong rumput di sekitar Damansara.

Difahamkan, kedua beranak itu tinggal di rumah setinggan yang dibina atas tanah rizab TNB sejak lapan tahun lalu. Sebelum ini mereka tinggal di Kampung Sungai Rumput di sini tetapi terpaksa berpindah selepas kampung berkenaan dimajukan.

Di tempat kejadian, polis turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Hassan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79562222 bagi membantu siasatan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-04-04 23:23


Mati kena belasah 23 lelaki


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun mati selepas dipercayai dibelasah sekumpulan 23 lelaki di kaki tangga sebuah pangsapuri di Pandan Mewah di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Mansuruddin, dari Sandakan, Sabah, maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Azri Ahmad yang dihubungi semalam mengesahkan pembunuhan itu dan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti serangan itu.

“Kejadian dipercayai berlaku jam 1.45 pagi tadi (semalam) dan polis menerima panggilan daripada seorang penghuni yang menemui mangsa terbaring di kaki tangga di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

“Hasil soal siasat beberapa penghuni, mereka mendakwa mendengar bunyi orang bergaduh beberapa minit sebelum mayat mangsa ditemui. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan Unit Polis Forensik Selangor mendapati mangsa diketuk dua kali dengan objek keras di kepalanya.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-04-04 23:39


zalim sungguh manusia..kalau binatang buat begitu pun akan di kutuk oleh sespisisnya..nikan manusia yang ade akal pikiran..
iqralah ya ikhwanni:


Mayat bayi masih bertali perut ditemui terapung di sungai


MUAR: Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung di tepi Sungai Muar, berhampiran kawasan rekreasi Tanjung Emas, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Daud Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat itu, kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini untuk pemeriksaan lanjut.

"Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dijumpai terapung di tepi sungai oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar sempena sambutan Hari Polis Ke-197, di pekarangan Mes Pegawai Kanan Polis, di sini, semalam.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan dengan mereka yang disabitkan kesalahan kerana perbuatan itu boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat itu supaya menghubungi IPD Muar dengan menelefon 06-9521301 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-05-04 19:55


Mayat bayi dalam bungkusan plastik
Oleh Mohd Azis Ngah


PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan berusia kurang seminggu ditemui mati dalam bungkusan plastik di tempat pembuangan sampah Ayer Hitam, Seri Kembangan, di sini pagi semalam.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja tapak pembuangan sampah itu kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketika ditemui, mayat bayi itu dibungkus dalam plastik hitam dan berdasarkan keadaannya, polis percaya itu sudah mati antara dua hingga tiga hari lalu.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kemungkinan mayat bayi dibuang dalam tong sampah di sekitar kawasan Puchong atau Seri Kembangan sebelum ia diangkut oleh pekerja pengangkut sampah ke tapak berkenaan.

“Polis belum dapat mengenal pasti keturunan bayi itu kerana keadaan mayatnya hampir reput. Kami akan mendapatkan hasil bedah siasat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Sehingga lewat petang semalam tiada sebarang tangkapan atau aduan dibuat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh daripada tingkat enam kondominium Sutera Emas, Puchong tengah hari semalam.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Khoo Lian Seng, berusia dalam lingkungan akhir 30-an ditemui dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah di kawasan lubang angin di tengah-tengah kondominium berkenaan.

Seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, dia menjumpai mayat lelaki itu ketika sedang melakukan rondaan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Saya meronda ditingkat 12 kondominium dan menjenguk ke kawasan lubang angin dan ternampak seseorang terbaring di situ.

“Apabila turun, saya dapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah mati lalu membuat laporan polis,” katanya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai kejadian sama ada mangsa membunuh diri atau dibunuh. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Difahamkan, mangsa yang masih bujang tinggal seorang diri dan menyewa di kondominium berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau kejadian diminta menghubungi Balai Polis Petaling Jaya Selatan di talian 03-89484822 bagi membantu siasatan.



MULA2SAMA2 SUKA..BILA DAH BUNCIT..DAH KELUAQ DI CAMPAK MERATA2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-05-04 19:55


Mayat wanita kepala berbungkus plastik ditemui


JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita yang hampir reput dengan kepalanya berbungkus plastik dipercayai dibunuh, ditemui di tempat pembuangan sampah di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Mangsa dikatakan mati kira-kira seminggu lalu serta berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun, ditemui orang ramai yang kemudian menghubungi polis, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketika ditemui, selain kepalanya berbungkus plastik, badan mangsa turut dibalut dengan kain cadar dipercayai untuk mengelak daripada dikesan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Idris Ismail, berkata setakat ini, pihaknya belum mengenal pasti identiti mangsa.

Katanya, polis percaya mangsa dibunuh kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mulai hitam, berbau busuk dan perut mangsa yang sudah pecah.

“Mayat mangsa ditemui berbungkus dengan plastik di kepala dan berbalut kain cadar di badan, masih memakai pakaian lengkap berbaju-T dan berseluar pendek putih.

“Kami tidak dapat mengesan sebarang luka akibat tikaman dan sebagainya pada mayat mangsa kerana keadaan badannya yang sudah mulai reput.

“Ketika ini, kami masih menunggu laporan bedah siasat daripada pakar forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini, semalam.

Idris berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh.

Beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat lemas dipercayai dibungkus kepalanya dengan plastik oleh pembunuhnya.

Selain itu, katanya, pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan itu.

“Kami masih berusaha untuk mengesan identiti mangsa dan mengenal pasti motif pembunuhannya,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anak, saudara atau waris wanita dalam tempoh seminggu lalu supaya membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu juga diminta menghubunginya atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Norizam Ibrahim di Balai Polis Plentong di talian 07-3873122 atau mana-mana balai polis berhampiran





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-05-04 19:18


Pemilik salun dirompak, dibunuh secara kejam
Oleh Fazallah Pit


KUALA SELANGOR: Seorang pemilik salun rambut dirompak dan dibunuh secara kejam dengan kepalanya ditetak dan tubuhnya digilis kenderaan, di ladang kelapa sawit di Alam Perdana di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian antara jam 1 pagi dan 2 pagi itu, Mariamah a/p Murugan, 43, ditetak tiga kali di belakang kepala, dipukul dengan kayu hoki dan digilis kenderaan kerana ada kesan tayar pada belakang badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I, Asisten Komisioner Karn Kam Peng, berkata sebelum dibunuh, mangsa yang turut putus empat jari tangan kanan membuat kutipan wang di tiga salun miliknya di Country Homes, Gombak dan Tasik Puteri.

Beliau berkata, mangsa membuat kutipan kira-kira jam 11 malam bersama seorang pembantu lelaki yang cedera di muka dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Katanya, sebelum itu kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa dikatakan dihadang kenderaan lain selepas membuat kutipan di salun ketiga di Tasik Puteri dan seorang lelaki memukul pembantunya hingga pengsan.

"Kita syak pembunuh membawa mereka menaiki kenderaan itu ke kawasan ladang kelapa sawit di Alam Perdana dan membunuh Mariamah.

"Siasatan mendapati wang tunai RM8,000 dan barang kemas milik mangsa hilang. Kita juga jumpa pisau dan tiga jari di kawasan pembunuhan. Ibu jarinya belum ditemui," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam.

Karn berkata, pembantu mangsa yang sedar daripada pengsan kira-kira jam 10 pagi berjalan kaki dari lokasi pembunuhan yang terletak kira-kira 150 meter dari jalan utama serta meminta bantuan orang ramai.

Katanya, kesan rempuhan di kiri belakang kenderaan mangsa dipercayai dilakukan kenderaan lain sama ada van, lori kecil atau kenderaan pacuan empat roda warna merah hati.

Beliau berkata, polis percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan pembunuh yang belum diketahui bilangannya.

“Mayat ditemui di bahagian belakang kenderaannya. Kita belum merakam keterangan pembantu mangsa kerana keadaannya masih lemah tetapi stabil. Kita percaya masih ada maklumat padanya.

"Siasatan masih di peringkat awal dan kita percaya kenderaan pembunuh juga mengalami kerosakan di bahagian kanan. Kita perlukan bantuan semua pihak untuk menyelesaikan kes ini.

"Polis mengklasifikasikan kejadian sebagai samun dan bunuh. Kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan pembunuhan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor melalui talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

baijuri
Warga Rasmi
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8589
Posting: 11
Dari: ardhul kinanah

Perlis  


posticon Posting pada: 06-05-04 20:35


assalamualaikum...
perkara bunuh membunuh ni hanya akan selesai apabila kita melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya.selesai masalah..."jikalaulah penduduk sesebuah kampung beriman dan bertaqwa,akan kami bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi"(al-a'raf 96)
jadi tidakkah dengan keberkatan itu akan memberikan ketenangan pada hati kita...takkan seseorang yg menjaga hak Allah terhadap dirinya dan mengikuti sunnah Rasullah nak membunuh plak kot..
waallhua'lam


[ Posting ini telah di edit oleh: baijuri pada 2004-05-09 07:50 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For baijuriProfil   Hantar PM kepada baijuri   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 17:05


Ibu dituduh bunuh bayi 10 hari



JAMILAH yang dituduh membunuh anaknya dibawa ke Penjara
Pulau Pinang selepas gagal membayar jaminan,
semalam. –Gambar oleh Jamah Nasri

IPOH: Seorang suri rumah berusia 30 tahun dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas tuduhan membunuh anak kandungnya berusia 10 hari pada Februari lalu.
I k l a n




Jamilah Ahmad dituduh menyebabkan kematian bayinya di rumah bernombor 89, Jalan Kenanga 8, Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah di sini, antara jam 8 malam 4 Februari dan 6 pagi, 5 Februari.

Dia didakwa di depan Hakim Rashidah Chik, manakala pendakwaan dilakukan Deputi Superintendan Mohd Rani Abdullah.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh hanya berdiam diri ketika pertuduhan disebut seolah-olah tidak memahami apa yang dibacakan terhadapnya.

Dia yang tidak diwakili peguam juga gagal membayar wang ikat jamin dan mahkamah memutuskan dia dihantar ke Penjara Pulau Pinang sementara menunggu kes itu dibicarakan.

Jamilah yang sebelum ini dipercayai menghadapi masalah mental dihadapkan ke mahkamah sama pada 27 Februari lalu dan diarahkan menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan (HBTR).

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan pakar psikiatri HBTR, Dr Zulkifli Ghaus, mendapati Jamilah layak dihadapkan ke mahkamah untuk membela diri.

Dia dituduh mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Jamilah yang memakai baju berwarna kuning dan bertudung putih dengan tangan bergari dibawa ke mahkamah jam 11.30 pagi.

Pada 6 Februari lalu, akhbar melaporkan seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh ibunya sendiri di rumah mereka di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah.

Bayi yang belum diberi nama itu ditemui mati dengan kesan tikaman pada kiri perut oleh bapanya, Mat Rahim Paiman, 51, kira-kira jam 6 pagi, 5 Februari lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-06-04 21:16


Mayat bayi disangkut pada pintu masjid


SUNGAI PETANI: Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg plastik yang disangkut pada pintu masuk sebuah masjid di sini awal pagi semalam.
I k l a n




Mayat dalam beg plastik berwarna hitam itu ditemui seorang kakitangan Masjid Sultan Muzzafar Shah kira-kira jam enam pagi ketika datang membuka masjid .

Timbalan Ketua Polis Kuala Muda, Deputi Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui kerana kesan darah pada badannya dan tali pusat pada perutnya.

Polis percaya bayi berkenaan masih hidup ketika diletakkan di situ tetapi meninggal dunia kerana dimasukkan dalam beg plastik.

Katanya, polis belum mengenal pasti identiti pemilik bayi berkenaan dan ia disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui kejadian itu tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor K Kanjeraj di talian 044222222 atau mana-mana balai polis.

Sementara itu polis berjaya menumpaskan sindiket perjudian pertandingan bola sepak Euro 2004 berikutan penahanan seorang lelaki dan merampas pelbagai peralatan.

Mohd hatta berkata, polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Layar dan merampas sejumlah peralatan dan wang tunai serta menahan lelaki berusia 30-an itu jam 1.30 pagi Jumaat lalu.

“Rumah lelaki berkenaan disyaki dijadikan tempat menjalankan kegiatan judi Euro 2004 yang sedang berlangsung," katanya.

Antara peralatan yang dirampas adalah satu komputer, mesin faks, telefon bimbit, mesin kira, alat kelui, salinan bank, wang tunai RM2,000 dan buku kecil serta kertas mengandungi angka disyaki nombor pertaruhan.

Lelaki berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 A(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 23:10


Mayat wanita bertudung ditemui


KAMPAR: Polis menemui mayat seorang wanita dengan kesan luka di dada dan rusuk kiri dipercayai dibunuh di kawasan kebun Kampung Pulai Bergading, Kuala Depang di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, mayat wanita berusia 65 tahun yang dirahsiakan identitinya berasal dari Malim Nawar, ditemui kira-kira jam 12 tengah hari oleh orang awam yang kemudian menghubungi Balai Polis Malim Nawar.

Beliau berkata, mayat yang memakai kain batik dan tudung itu sudah berulat, dipercayai mati beberapa hari lalu.

"Mangsa yang bekerja sebagai pencuci bangunan dilihat kali terakhir menumpang sebuah motosikal ketika pulang ke rumahnya pada 23 Julai lalu.

"Bagaimanapun, selepas itu dia dilaporkan tidak pulang ke rumah, sebelum keluarganya membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar sehari kemudian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, polis dengan kerjasama penduduk kampung dan anggota Rela menjalankan gerakan mencari mangsa, tetapi gagal menemuinya.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar (HK) di sini untuk dibedah siasat," katanya.

Jurucakap itu berkata, polis menolak kemungkinan mangsa dirompak sebelum dibunuh kerana mangsa hanya membawa wang tunai antara RM10 dan RM20 ketika bekerja.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 23:11


Bakal sarjana mati ditikam bekas teman lelaki
Oleh Azmi Md Deros dan Fazallah Pit


KAJANG: Seorang gadis, yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan depan, mati selepas dipercayai ditikam oleh bekas teman lelakinya di Bangi, petang kelmarin.

Norzi Ayu Md Noor, 27, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 8.15 malam kelmarin selepas ditikam dua kali di perutnya oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di rumah sewanya, Flet Sri Tanjung, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 3 petang.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian apabila tidak dapat menerima hakikat Norzi Ayu akan bertunang dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi.

Norzi Ayu, yang bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur dikatakan menolak cinta lelaki itu yang tidak direstui keluarganya.

Berikutan itu, polis menahan seorang bekas pelajar UKM yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah bagi membantu siasatan. Lelaki itu dikatakan amat meminati Norzi Ayu dan mereka sama-sama menyertai silat gayung sebagai aktiviti kokurikulum di UKM.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustaffa, berkata polis tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi antara motif pembunuhan itu.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang kelmarin apabila teman lelaki Norzi Ayu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu mangsa dalam kecemasan.

Wanita berkenaan yang berada di tingkat bawah flet itu menemui satu cebisan kertas mempunyai nota, dibaling oleh mangsa meminta orang ramai menghubungi lelaki berkenaan kerana dia dalam kecemasan.

“Sebaik menerima panggilan telefon itu, lelaki berusia 31 tahun itu bergegas ke rumah mangsa dan apabila masuk dia mendapati seorang lelaki sedang memaut leher Norzi Ayu.

“Lelaki itu cuba memujuk suspek, tetapi dia menarik mangsa ke dalam sebuah bilik. Selepas kira-kira setengah jam, lelaki itu dapat membuka pintu bilik dan mendapati Norzi Ayu berlumuran darah di perut, manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa, yang dihantar ke Hospital Kajang, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam akibat kehilangan darah yang banyak apabila satu daripada tikaman mengenai pembuluh darah utamanya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Suspek melarikan diri bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa ke kawasan semak di tepi Sungai Langat, berhampiran Taman Sri Intan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian, apabila dikejar oleh penduduk di flet itu.

Bagaimanapun, polis dapat menahannya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin apabila dia datang ke hospital untuk melawat mangsa.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, lelaki itu membawa polis ke sungai berkenaan dan polis terpaksa mendapatkan bantuan Unit Penyelam Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Namun, selepas dua jam mencari, pisau berkenaan gagal ditemui.

Abu Bakar berkata, suspek yang bekerja di sebuah hotel di sini, ditahan reman selama dua minggu mulai semalam bagi membantu siasatan. Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis, yang turut merampas beberapa barangan daripada suspek, termasuk pakaian seragam silat, masih menyiasat bagaimana dia masuk ke rumah mangsa, tetapi difahamkan tiada kesan diceroboh.

Difahamkan, bedah siasat ke atas mayat mangsa turut menemui cecair badan pada tubuh mangsa dan sampel berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ditanya sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh, Abu Bakar berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi kerana belum mendapat laporan bedah siasat yang lengkap.

Polis juga masih belum mendapatkan keterangan daripada lelaki yang membantu mangsa.

Di KLANG, suasana hiba menyelubungi rumah mangsa di Lorong Songket 4, Taman Maznah di sini, semalam apabila saudara dan sahabat-handainya termasuk rombongan dari UKM menziarah sejak tengah hari hingga ketika pengebumian.

Jenazah mangsa tiba di sini kira-kira jam 4 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lipat Kajang.



APE DAH JADI DUNI MALAYSIA SEKARANG NI???HA KENAPE JADI MCM NI???

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ami_haiqal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2004
Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia

ghana  


posticon Posting pada: 28-07-04 23:37


Kes bunuh berleluasa bukti sistem nilai masyarakat sudah rosak

Wednesday, July 28 @ 11:55:24 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) – Jenayah termasuk pembunuhan yang berleluasa sekarang ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan sistem nilaian hidup masyarakat.



Berdasarkan paparan media, hampir setiap hari dilaporkan kes bunuh, yang terbaru membabitkan seorang sarjana wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikatakan terbabit dalam cinta tiga segi.

“Ilmu pendidikan Islam adalah langkah terbaik untuk mengubah sikap masyarakat yang hanya mementingkan duniawi, sekali gus menyebabkan kejadian jenayah berleluasa,” kata bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom yang dihubungi bagi mengulas jenayah yang berleluasa akhir-akhir ini.

Beliau berkata, sikap tidak ambil peduli di kalangan masyarakat Islam berhubung halal dan haram termasuk perlakuan dosa besar adalah akibat daripada sikap yang tidak mementingkan ilmu agama.

Beliau berkata, kini masyarakat Islam tidak memandang berat mengenai agama malah mengambil sikap acuh tidak acuh.

Katanya, jika dilihat sikap masyarakat ini membuatkan mereka tidak segan silu melakukan jenayah apatah lagi terbabit dalam industri haram seperti perjudian dan minuman keras.

Mengenai subahat umat Islam dalam industri haram seperti pegawai perhubungan pelanggan dan pramugari menghidangkan minuman keras, beliau berkata, walaupun tindakan itu dianggap remeh, hakikatnya ia merosakkan imej orang Islam dan agama itu sendiri.

Mengenai tindakan sesetengah pengusaha pasar raya yang tidak mengasingkan minuman atau makanan haram dengan halal katanya, kerajaan harus memantau keadaan ini dan bersikap tegas menguatkuasakan peraturan sedia ada.

"Jangan suatu hari nanti masyarakat Islam tidak segan silu untuk makan barangan haram atau minum minuman keras di tempat terbuka," katanya.

Katanya, ulama sudah acap kali bercakap mengenai perkara ini tetapi masyarakat menganggap tindakan ulama itu sudah ketinggalan zaman dan lapuk.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil berat persoalan berkaitan agama dan tidak wajar membiarkan rakyat terus bergelumang dalam perbuatan haram.

"Jika tidak dibendung perkara haram itu seolah-olah sudah menjadi darah daging kita yang tidak dapat diubah lagi," jelasnya.

Pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM,) Dr Hakim Lokman pula berkata, pendidikan nilai tauhid tidak mantap dalam diri masyarakat Islam pada hari ini, menyebabkan mereka mudah terpesong melakukan jenayah dan maksiat.

"Pendidikan tauhid ini perlu diterapkan dalam sistem kehidupan barulah masyarakat boleh memahami perkara halal dan haram," katanya.

Katanya, masyarakat itu adalah satu kelompok besar, jadi sebelum sesebuah masyarakat itu berakhlak, individu dalam masyarakat itu perlu diperbetulkan dulu.

Justeru, katanya setiap orang perlu berperanan dalam melahirkan masyarakat, seterusnya negara yang taat kepada hukum-hakam Allah. – lanh



Bookmark and Share

    


  Member Information For ami_haiqalProfil   Hantar PM kepada ami_haiqal   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 29-07-04 02:38



bunuh.. etaip hari tak ada benda lain yang menjadi santapan mata setiap pagi bila melihat akhbar. habis kecoh satu malaysia bila ada satu kes pembunuhan. terbaru bakal sarjana ukm uyang dibunuh di bangi. dekat jer dengan UKM tu.. mesti pentadbir UKM terperanjat gila-gila bila dapat tau berita ni... seorang kawan ana kat UKM bagitau lecturer marah-marah dalam kuliah kerana kes ni berlaku. satu sebab melayangnya nyawa seorang bakal sarjana yang pernah menjadi anak didik mereka. lain lagi sebab itu turut melibatkan UKM secara manya. apapun... harap-harap pentadbir UKM dapat mengambil tindakan dalam hal-hal yang beriatan dengan kes seperti ini. yang dibunuh ex-UKM dan yang membunuh pun ex-UKM gak. dahlah tua kedua-dua bekas ahli perstauan seni silat gayung kat UKM gak... hebat-hebat UKM ni bolh menjadi pusat Ilmu terpilih tu...bbangga DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU ISLAM DI JUNJUNG

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-04 19:20


Suri rumah menangis nafi sebabkan anak mati
Oleh Fazallah Pit


SHAH ALAM: Seorang penolong kawalan kredit sebuah firma pemaju hartanah tidak mengaku salah di Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, April lalu.

PENOLONG kawalan kredit
sebuah firma pemaju
hartanah, Nor Haryanti
Nordin, 24, dibawa
keluar dari Mahkamah
Tinggi Shah Alam,
semalam selepas mengaku
tidak bersalah menyebabkan
kematian anaknya, Nur
Iszyani Amylia Ahmad
Iskandar, 2. – Gambar
oleh Rosdan Wahid

Nor Haryanti Nordin, 24, tidak mengaku membunuh Nur Iszyani Amylia Ahmad Iskandar antara 25 dan 26 April lalu di No 436, Blok D, Apartment Idaman, Damansara Damai, Sungai Buloh dekat sini.

Berbaju kurung hitam putih dan bertudung kuning, Nor Haryanti kelihatan mengalirkan air mata ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, dibacakan.

Ahli keluarganya juga tidak kelihatan di mahkamah, yang menyebut kes berkenaan buat pertama kali semalam bagi merekodkan pengakuan tertuduh.

Bagaimanapun, Hakim Datuk K N Segara menangguhkan kes itu berikutan peguam bela tertuduh tidak hadir dan menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula.

Di luar mahkamah, peguam bela tertuduh, M Manoharan, memberitahu wartawan, beliau gagal hadir dalam sebutan pertama kerana lambat dimaklumkan mengenai kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin.

Nur Iszyani Amylia mati dalam keadaan menyedihkan selepas dipercayai didera pada April lalu. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, kira-kira jam 9 pagi, 26 April lalu.

Hasil bedah siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati ada beberapa kesan gigitan orang dewasa pada tubuhnya dan lebam di merata tempat pada badan selain melecur akibat terkena air panas serta kesan cucukan di dahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 05-08-04 19:35


apa nak jadi dunia sekarang ni....semakin banyak pembunuhan berlaku....kata nya malaysia negara islam..tapi kes bunuh-membunuh banyak pulak berlaku.......
Yang sedih semakin ramai orang melayu yang melakukan nya ...mungkin ini cobaan buat sebuah negara islam kat malaysia ni...............
Mungkin ada hukuman yang lebih berat buat penjenayah begini......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

Al_Basayuv
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6563
Posting: 199
Dari: UkrainE

ukraine  


posticon Posting pada: 06-08-04 00:47






bunuh??????????????????? lucu betul....... yang paling melucukan... ialah umat islam yang tidak mampu berdiri.... tdak mampu untuk membuat..... tidak mampu untuk merancang.... tiidak mampu??? kenapa tidak mampu?? pasal umat islam kini masih dibuai mimpi.... masih lagi dalam tidur yang nyenyak.... biarpun sudah diketuk berkali kali..... Astagfirullah...... masih tak sedar...... memang lucu......... hmmm... kenapa masih tidur???? ni suma pasal kurangnya ilmu umat islam pda hari ini..... walaupun ada yang berilmu... tapi jumlahnya amat sedikit.... dengan jumlah yagn sedikit itu tidak mampu untuk membangunkan umat islam di seluruh dunia ini.... kenapa jadi begitu??? inilah pasal..... golongan yang baik baik terus dengan yang baik baik.... golongan yang kurang baik terus saja dengan yang kurang baiknyta....... kenapa kita sekarang kurang cinta terhadap Islam???? cakap pandailaaa.... bila berkata kata.... bagaikan singa yang mengaum di subuh hari..... ia akan menggegarkan semua haiwan yang ada dalam hutan...... tak kiralah siapa dia...... ada pulak yang sangat taksub terhadap kumpulannya..... sangat yang tersangat taksub...... menyebabkan lemahnya pergerakan islam yang sepatutnya boleh lebih maju ke hadapan..... Astagfirullah..... ada pulak yang masih lagi mempertahankan kepisangannya... ada pulak yang tidak mau terima pendapat orang lain... asyik cakap dia sorang saja yang betul..... betullah dia takde kata yang dia sorang saja yang betul... tapi melalui tingkah lakunya menunjukkan dia mengakui bahawa yang lain semua tak betul.... ada pulak yang lebih rela mengikut telunjuk syaitan amerika laknatullah..... ada pulak yang bangga menjadi tulang belakang yahudi syaitaniahhhh..... ada pulak yang dengan senangnya menggunakan Agama untuk dijadikan agenda untuk meraih keuntungan peribadi.......... mmemang lucu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ikhwah sekalian tak rasa lucu ke???? ana rasa kelakar sampai ana tak dapat ketawa lagi.... sampai keluar air mata ana ...... amat lemah umat islam sekartang..... akibat dari kurangnya ilmu..... tertinggalnya umat islam kini..... Astagfirullah.... kita ada Al-Quran.... kita ada Sunnah Rasulullah..... Astagfirullah.... kenapa m,asih kita dibuai dengan masaalah ini.... kenap[a kita masih terkebelakang????? so, what is the conclusion? what should we do??????? ana yakin majoriti yang melayari laman ini adalah dikalang pemuda dan p[emudi Islam yang cintakan kepada Islam..... AHHHHHHH!!!!!!!!!!!!! tak payah ana nak katakan lagi... antum suma misti dah tau apa nak buat kan..... kepada yang masih belajar, teeruskan belajr sampai mencapai kejayaan... dan denga kejayaan itu sumbangkan untuk Islam..... kita nak lihat kalau bikan di zaman kita Islam tertegak... biarlah ioa tertegak di zaman anak anak kita... di zaman cucu cucu kita.... kepada yang dah abis belajar(maksud ana dah abis sekolah/universiti/master/phd) buatlah apa apa yang memberi faedah kepada umat ini.... janagn sampai ada orang yang menggunak nama Islam itu hanya sebagi slogan semata mata..... kepada yang dah berkahwin...... didiklah anak anak agar menjadi bagaikan singa atau harimau yang dilatih di dalam sangkar dan bila ia keluar... ia akan membaham dan memBUNUH kesemua musuh musuhnya...... dan jangan jadikan anak anak kalian bagaikan ayam yang dikurung di dalm reban.... yang diberi makn... diberi minum hingga jadi gemuk dan hanya menunggu untk disembelih oleh yahudi laknatullah.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AllhuAkbar........

wassalam...

yangbaik dari Allah... yang buruk dari diri ana sendiri..... AlahuAkbar.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al_BasayuvProfil   Hantar PM kepada Al_Basayuv   Pergi ke Al_Basayuv's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 17:21


Lelaki bunuh pengurus dihukum gantung


GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki kerana membunuh seorang pengurus kilang di bandar ini lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Noor Abdullah memerintahkan hukuman itu terhadap Lim Chooi Huat, 33, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan tanpa keraguan munasabah.

Lim didakwa membunuh Tan Aik San, 28, dalam bangunan dalam pembinaan, iaitu Kompleks Pulau Mutiara bersebelahan Pusat Perdagangan Pelabuhan dekat Lebuh Maccallum antara jam 1 hingga 6 pagi pada 2 Mac 1999.

Dalam penghakimannya, Mohd Noor berkata, Lim mengaku membunuh dan menyebabkan kematian Tan tetapi menjadi hak mahkamah untuk memutuskan sama ada tertuduh bersalah atau tidak.

“Persoalan undang-undang yang perlu diambil kira adalah sama ada seseorang tertuduh boleh disabitkan hanya bersandarkan pengakuannya semata-mata,” katanya.

Ini kerana pengakuan Lim masih perlu mendapat sokongan keterangan bebas tetapi tidak semestinya dikemukakan menerusi saksi yang menyaksikan kejadian itu tetapi boleh diberi daripada saksi yang boleh disabitkan tertuduh dengan pembunuhan.

Dalam penghakiman satu muka surat, Mohd Noor berkata, tertuduh mengaku menuntut wang tebusan sebanyak RM3,000 daripada isteri mangsa melalui telefon bimbit.

Tertuduh juga mengaku mengeluarkan wang sebanyak RM750 daripada akaun mangsa menerusi mesin ATM dan nombor pin mangsa serta menukar tempat untuk mengambil wang tebusan RM3,000 dari Pasar Raya Gama ke Panggung Wembley di Jalan Patani.

“Mahkamah juga diberitahu bahawa tertuduh menikam senjata ke arah kerongkong dan dada mangsa selain ada sembilan kesan luka akibat tikaman yang diketahui boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Mohd Noor berkata, berdasarkan kepada bukti kukuh yang boleh mensabitkan tertuduh dengan kejadian itu, mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan menjatuhkan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar dan tertuduh diwakili peguam V Sithambaram.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 24-08-04 18:25


Biasalah Malaysia Boleh
Boleh belaka
Boleh bunuh orang
Boleh rogol orang
Boleh sumbat orang dalam lokap
Takde keja lain, teriak malaysia boleh
Boleh semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-08-04 18:11


Mayat bayi ditemui terapung di Selat Tebrau


JOHOR BAHRU: Mayat seorang bayi lelaki baru lahir ditemui terapung di perairan Selat Tebrau berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini petang semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat dengan tali pusat sudah dipotong itu ditemui orang ramai di tepi selat di bawah Jalan Ibrahim Sultan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Senior Asisten Komisioner II Hashim Mohd Yusof, berkata pihaknya percaya bayi itu meninggal dunia kira-kira dua atau tiga hari lalu.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya masih menyiasat keturunan bayi yang dipercayai sengaja dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pemeriksaan awal polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada bayi berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Hashim berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi terbabit secara sulit.

Seorang pembantu gerai makanan, Helmi Sulaiman, 29, berkata dia sering melalui kawasan berkenaan untuk ke tempat kerjanya di sebuah gerai di tepi Pantai Lido.Beliau mendakwa pada mulanya menyangka mayat bayi itu adalah bangkai kucing yang dibuang.

“Bagaimanapun, selepas memerhatikan dengan teliti, ia adalah mayat bayi sebelum meminta bantuan orang ramai untuk melaporkan penemuan mayat bayi itu kepada Balai Polis Sentral,“ katanya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 25-08-04 19:42



bunuh...bunuh..bunuh...
semakin ramai orang melayu jadi pembunuh...
semakin ramai orang melayu buang bayi....
semakin ramai orang melayu jadi pondan...

apa nak jadi dunia sekarang ni..
dah tak tahu erti dosa....
dah tak takut hukuman tuhan...
dah tak takut balasan akhirat...
apa nak jadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 27-08-04 12:38




murah sgt nyawa manusia hari ni..

Abang tegur adik merokok mati ditikam

IPOH 26 Ogos - Gara-gara menegur adiknya merokok, seorang pemuda maut ditikam oleh adiknya itu di Taman Mas, Chemor, 15 kilometer dari sini malam tadi.

Mangsa, Yusaini Termidi, 19, mati akibat ditikam pada leher oleh adiknya yang berusia 15 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Supritendan Abdul Rahman Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam apabila mangsa menegur adiknya yang sedang merokok di luar rumah.

Beliau berkata, teguran mangsa menyebabkan adiknya marah lalu berlaku perselisihan faham.

``Kerana terlalu marah, adiknya telah mengambil sebilah pisau di dapur rumah lalu menikam Yusaini menyebabkannya rebah berlumuran darah'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sewaktu kejadian emak serta adik-beradik mangsa berada dalam rumah manakala bapa mangsa, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bertugas di Markas PGA Briged Utara, di Hulu Kinta di sini.

``Kejadian ini disedari selepas ahli keluarga mangsa mendengar jeritan Yusaini. Mereka kemudian membawa mangsa ke Hospital Ipoh untuk rawatan.

``Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 malam tadi,'' jelasnya.

Polis pergi ke rumah mangsa dan menahan adik mangsa untuk siasatan lanjut serta merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

`Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' tambahnya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-08-04 18:14


Quote:

On 2004-02-14 19:57, syed wrote:
selagi hududullah tidak di tegakkan, mcm mane pembunuh nak takut??



btul tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-08-04 19:17



Setiap hari semakin tinggi kadar jenayah pembunuhan yang berlaku. Bukan sahaja di kalangan dewasa malah yang menyedihkan berlaku di kalangan remaja lagi. Pembunuhan seolah2 sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.
Antara yang menjadi faktor ialah kurangnya kekuatan iman dalam diri dan juga tekanan hidup yang tinggi di kalangan masyarakat kita hari ini..

Moga kita dijauhkan dari bala ini....
wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-08-04 19:29


Kerajaan lulus hiburan, punca pelbagai gejala moral

Friday, August 27 @ 15:04:50 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Tindakan kerajaan meluluskan pelbagai jenis hiburan adalah punca kepada pelbagai gejala keruntuhan moral ketika ini sehingga kerajaan sendiri gagal untuk menanganinya.

Kegagalan kerajaan menangani gejala keruntuhan moral di kalangan rakyat negara ini disebabkan sikap kerajaan yang tidak mahu mengakui bahawa mereka adalah penyumbang kepada gejala itu.

Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perkara yang menjadi masalah utama ialah tindakan kerajaan sendiri yang meluluskan acara hiburan terlalu banyak sehingga gagal mengadakan garis panduan yang jelas dan tegas untuk mengatasi masalah sosial yang sangat liberal.

Mengulas Ucapan Dasar Persiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Perasmian Muktamar PAS Ke-50 hari ini, Mohd Azmi berkata, penekanan Tuan Guru itu amat wajar berhubung keruntuhan moral yang menjadi satu krisis amat parah dekad ini.

Tegasnya, ketika dihubungi, gejala sosial berpunca daripada wujudnya pola pembangunan, sehingga leka untuk memberi perhatian kepada masalah pembangunan insan.

Jelasnya, ada pencanggahan dengan apa yang dibuat oleh kementerian kerajaan contohnya, ada kementerian cuba memberi perhatian kepada pembentukan masyarakat dalam sistem pendidikan dan secara tidak langsung ia dipadamkan oleh kerajaan sendiri melalui Kementerian Penerangan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta beberapa kementerian lain.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan tindakan kerajaan yang memperkecilkan pandangan ulama berhubung gejala sosial dengan menyatakan padangan mereka adalah pandangan peribadi.

"Padahal pandangan-pandangan mereka itu berpandukan dalil-dalil dalam Islam dan pemerhatian mereka sendiri, "katanya yang turut serta dalam Muktamar PAS Ke-50 yang sedang berlangsung di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ketika ini.

Beliau turut memuji sikap Presiden PAS yang menekankan permasalahan itu bagi menyelamatkan umat Islam tetapi semuanya berkait dengan polisi kerajaan yang ditentukan oleh pemerintah.

"Ucapan itu sangat wajar, inilah satu ancaman negara yang sebenarnya sepatutnya beri perhatian,"katanya.

Dalam pada itu, Presiden Jamaah Islam Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin ketika dihubungi pula berkata, kerajaan seharusnya menekankan soal keimanan kepada rakyat khususnya masyarakat yang beragama Islam memandangkan keruntuhan moral di kalangan mereka bertambah serius.

Mengulas lanjut Ucapan dasar Presiden PAS itu, beliau berkata, pegangan agama yang kuat merupakan kunci kepada permasalahan keruntuhan moral.

Katanya, keruntuhan moral bukan sahaja di kalangan remaja malah orang dewasa juga banyak terlibat dalam gejala itu, seperti budaya hiburan yang semakin hari semakin bercambah.

"Perkara inilah yang mengakibatkan banyak berlakunya perzinaan dan seks bebas," katanya.

Beliau juga turut memuji ucapan dasar Presiden PAS yang mencakupi semua aspek berdasarkan apa yang berlaku dalam negara pada hari ini. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 20:34


Abbas dihukum mati:
Mahkamah dapati bersalah bunuh Nurul Huda Gani
Oleh Johan Afandi


JOHOR BAHRU: Bekas pengawal keselamatan Mohd Abbas Danus Baksan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah membunuh murid Tahun Empat, Nurul Huda Gani, 17 Januari lalu.

Mohd Abbas (gambar), 46, yang berbaju kemeja lengan panjang berwarna biru serta berseluar putih tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Pesuruhjaya Kehakiman K P Gengadharan membacakan draf penghakimannya kira-kira 40 minit.

Mahkamah sebelum itu, sesak dengan orang ramai serta ahli keluarga dan saudara mara Nurul Huda yang mahu mengetahui keputusan perbicaraan itu selepas berlangsung hampir tiga minggu, hingga menyebabkan ada yang terpaksa berdiri.

Kes berkenaan mendapat perhatian masyarakat yang terkejut dengan tragedi malang menimpa murid perempuan berusia 10 tahun itu, hingga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan kekesalan terhadap kejadian itu.

Abdullah yang ketika itu berada di luar negara turut menghantar Setiausaha Sulitnya, Datuk Osman Desa menemui keluarga mangsa untuk menyampaikan salam takziah serta sumbangan peribadi.

Masyarakat pelbagai peringkat kecewa dan marah dengan kejadian itu meminta hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang terbabit dengan perbuatan rogol dan bunuh kanak-kanak.

Nurul Huda dijumpai mati di dalam tandas pondok pengawal itu dalam keadaan bogel ketika dalam perjalanan pulang membeli barang keperluan di kedai runcit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Pada 26 Januari lalu, Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan terhadap Mohd Abbas selepas dia mengaku bersalah merogol dan meliwat Nurul Huda.

Mohd Abbas, bekas pengawal keselamatan stesen pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Pekajang, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh membunuh Nurul Huda antara jam 9 pagi hingga 1 tengah hari pada 17 Januari 2004 di pondok pengawal keselamatan stesen pencawang masuk TNB itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rasid Sudin dan Nordin Ismail, manakala Mohd Abbas diwakili peguam, Hanif Hassan yang dilantik mahkamah.

Peguam, N Lalitha pula bertindak sebagai peguam pemerhati kepada TNB, sementara Mohd Zaini Mazlan dan Mohd Harmy Yusof sebagai peguam pemerhati keluarga Nurul Huda.

Gengadharan yang tidak membacakan alasan penghakiman sepenuhnya berkata, mahkamah berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan Mohd Abbas membunuh Nurul Huda mengatasi keraguan munasabah.

Beliau berkata, saksi pendakwa pertama iaitu pakar patalogi, Dr Shahidan Mohd Noor memberi keterangan kepada mahkamah bahawa Nurul Huda mati akibat dicekik sebelum dirogol.

"Pendakwa juga melalui keterangan daripada ahli kimia, Baktiar Kassim membuktikan bahawa tertuduh terbabit dengan pembunuhan itu, selepas wujudnya kesan air mani pada barang kes yang didapati dari tempat kejadian," katanya.

Gengdharan berkata, walaupun pihak pembela cuba mengaitkan Suyaimi Mohd Zain (Ngegel) dengan pembunuhan itu, tetapi saksi pendakwa ke 23 itu dalam keterangannya kepada mahkamah tetap menolak pembabitannya dalam kejadian itu.

Katanya, walaupun terdapat percanggahan pada keterangan Suyaimi dengan ibunya yang juga saksi pendakwa ke-22, ia tidak menjejaskan kes pihak pendakwa.

"Pihak pembela pula cuba mengaitkan basikal kuning milik Suyaimi yang dikatakan berada di pondok pengawal keselamatan TNB pada hari kejadian tetapi disangkal oleh keterangan Suyaimi," katanya.

Gengadharan berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan bahawa Mohd Abbas saja yang berada di kawasan pondok pengawal keselamatan itu dan tertuduh sebenarnya cuba menyembunyikan sesuatu apabila tidak membenarkan abang dan kakak mangsa serta anggota polis masuk ke dalam pondok pengawal untuk mencari Nurul Huda.

Katanya, walaupun Mohd Abbas cuba menafikan bahawa dia membunuh Nurul Huda dan menyatakan bahawa pembunuhan itu dilakukan Suyami dan Jojo, pernyataan daripada kandang tertuduh itu, gagal mewujudkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa.

"Pernyataan tertuduh daripada kandang itu, tidak boleh disoal oleh pihak pendakwa dan dia juga tidak mengemukakan sebarang saksi bagi menyokong pernyataan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, Mohd Abbas membunuh seorang budak perempuan yang tidak bersalah semata-mata untuk kepuasan nafsunya.

"Selepas menimbangkan segala bukti yang dikemukakan pihak pendakwa, saya hanya mempunyai satu pilihan saja iaitu memerintahkan tertuduh dihukum gantung sampai mati

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:43 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-08-04 23:03




semoga jadi iktibar utk kita semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 20:04


Ketua Pemuda cawangan PPP mati ditikam


KUALA LUMPUR: Usaha murni Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) cawangan Setiawangsa, Kumaresan a/l Thanamalai, 30, untuk membantu beberapa mangsa vandalisme berakhir dengan tragedi apabila beliau mati ditikam di Taman Sri Rampai, Setapak di sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Asisten Superintendan Leow Kian Heong, berkata Kumaresan yang cedera parah di lehernya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Sebelum kejadian itu, beliau dikatakan berada di rumahnya dan menerima panggilan daripada seorang kenalan yang mengatakan empat kereta di taman itu dipecah cermin oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Sejurus menerima panggilan itu, mangsa bersama seorang rakan ke tempat kejadian untuk membantu dan terlihat sekumpulan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu, meninggalkan tempat berkenaan.

“Mangsa dan rakannya kemudian mengejar mereka dan berjaya menghalang daripada melarikan diri.

“Bagaimanapun, ketika cuba menegur tindakan kumpulan lelaki itu, berlakulah pertengkaran dan seorang daripada mereka mengeluarkan pisau lalu menikam leher mangsa. Semua lelaki itu kemudian melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Leow berkata, polis sudah menahan dua lelaki berusia 30 dan 31 tahun beberapa jam selepas kejadian itu di kawasan berhampiran dan gerakan dilancarkan bagi mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.

PE NAK JADI MALAYSIA OIIIIIII.
HALI2 BUNUH..HALI2 BUNUH..BILA MAU AMAN???


[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:44 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:45 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 20:04


Ketua Pemuda cawangan PPP mati ditikam


KUALA LUMPUR: Usaha murni Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) cawangan Setiawangsa, Kumaresan a/l Thanamalai, 30, untuk membantu beberapa mangsa vandalisme berakhir dengan tragedi apabila beliau mati ditikam di Taman Sri Rampai, Setapak di sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Asisten Superintendan Leow Kian Heong, berkata Kumaresan yang cedera parah di lehernya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Sebelum kejadian itu, beliau dikatakan berada di rumahnya dan menerima panggilan daripada seorang kenalan yang mengatakan empat kereta di taman itu dipecah cermin oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Sejurus menerima panggilan itu, mangsa bersama seorang rakan ke tempat kejadian untuk membantu dan terlihat sekumpulan lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu, meninggalkan tempat berkenaan.

“Mangsa dan rakannya kemudian mengejar mereka dan berjaya menghalang daripada melarikan diri.

“Bagaimanapun, ketika cuba menegur tindakan kumpulan lelaki itu, berlakulah pertengkaran dan seorang daripada mereka mengeluarkan pisau lalu menikam leher mangsa. Semua lelaki itu kemudian melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Leow berkata, polis sudah menahan dua lelaki berusia 30 dan 31 tahun beberapa jam selepas kejadian itu di kawasan berhampiran dan gerakan dilancarkan bagi mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.


PE NAK JADI MALAYSIA OIIIIIII.
HALI2 BUNUH..HALI2 BUNUH..BILA MAU AMAN???

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 18:39




nampak tajuk ni korang respon dari ikhwah sekalain..tapi itu tak melunturkan semamgat saya utk menyiarkan berita2 pembunuhan yg berlaku di negara kita diami sekarang ni...ni tahun 2000..kalau nanti [email protected] tahun akan dtg..mcm mana???

berita terbaru...

Mayat mangsa rogol ditemui


PETALING JAYA: Polis menemui mayat wanita yang dipercayai dibunuh selepas dirogol di tepi landasan kereta api di Serdang dekat sini, kelmarin.
I k l a n




Jurucakap polis berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kong See Yee, 23, ditemui orang awam kira-kira jam 5 petang kelmarin dalam keadaan separuh bogel.

Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Desa Serdang, Sabtu lalu, untuk ke rumah kawannya, tetapi tidak pulang menyebabkan keluarganya membuat laporan polis, Ahad lalu.

“Ketika ditemui, mayat mangsa hanya memakai seluar pendek dan polis masih menyiasat sama ada dia dirogol.

“Mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya

di waktu kita dok sambut merdeka pulak...

3 dibunuh di ambang 31 Ogos
Oleh Hussain Said, Mohd Azis Ngah, Hardi Effendi Yaacob dan Arhiza Ahmad


KUALA LUMPUR: Ketika rakyat bergembira meraikan ambang kemerdekaan, tiga lelaki mati dibunuh dalam tiga kejadian berasingan di sini, Seremban dan Kuching awal pagi semalam.
I k l a n




Dalam kejadian pertama di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, di sini, seorang pemuda, Lee Hong Mun, 22, cedera parah di leher kiri akibat ditikam dengan objek tajam dalam pergaduhan membabitkan 10 pengunjung di premis berkenaan antara jam 1.45 pagi dan 2.15 pagi.

Mangsa mati selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pergaduhan itu dikatakan tercetus ketika pengunjung pusat hiburan itu berpesta dan menari yang bermula dari dalam premis, tetapi berlanjutan hingga ke luar selepas dihalau pengawal keselamatan bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Superintendan Wan Ahmad Wan Abas, berkata polis masih menyiasat punca kejadian dan sudah mengambil keterangan rakan mangsa serta pihak pengurusan pusat hiburan itu.

“Polis belum dapat mengenal pasti senjata yang digunakan dalam kejadian kerana siasatan awal mendapati ketika pergaduhan berlaku, keadaan di kelab malam itu gelap,” katanya di sini, semalam.

Wan Ahmad meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Asisten Superintendan Fadil Marsus di talian 019-6138254 atau Balai Polis Dang Wangi (03-20702222) bagi membantu siasatan.

Di KUCHING, seorang pemuda, Abdul Hadi Johari, 21, mati ditikam penyerang tidak dikenali ketika menonton Konsert Ambang Merdeka di Padang Merdeka.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Senior Asisten Komisioner I Abang Wahap Abang Julai, berkata mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), kira-kira jam 2 pagi semalam.

Katanya, polis percaya kejadian berlaku sebelum tengah malam ketika dia bersama beberapa rakan menunggu detik 12 malam.

Di SEREMBAN, seorang lelaki, Thong Kok Loong (gambar), 42, ditemui mati di bilik karaoke sebuah pusat hiburan di Jalan Tok Ungku, Rasah, dengan kesan tikaman di dadanya, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Mangsa dikatakan berkunjung ke situ bersama anak angkatnya kira-kira jam 2 pagi, sebelum diajak masuk ke dalam bilik karaoke oleh sekumpulan rakannya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner I Datuk Sulaiman Mohd Yusof, berkata siasatan awal mendapati mangsa bergaduh dengan kumpulan lelaki terbabit yang berpunca daripada telefon bimbit.

Katanya, berikutan kejadian itu, polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan.

khulasahnya...SELAMATKAH KITA @ SEDARA MARA KITA NANTI????FIKIRKANLAH BERSAMA..

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 19:09


dah hampir 3 hari takde kejadian bunuh..ttp dah mula balik dah..

Murid ditemui mati dijerut


KOTA BHARU: Seorang murid perempuan tahun enam ditemui mati dengan lehernya dijerut dengan tali rafia di dalam bilik rumahnya di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Jamaluddin Abdul Majid, berkata mangsa berusia 12 tahun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tumpat, ditemui mati oleh abangnya yang berusia 15 tahun kira-kira jam 7.30 malam, selepas mendapati adiknya tidak keluar dari bilik.

Katanya, mangsa sebelum itu dikatakan tidur di bilik berkenaan sambil mengulang kaji pelajaran.

DAN LAGI...

Mayat bayi di Pantai Lido


JOHOR BAHRU: Polis menjumpai satu lagi mayat bayi yang dibuang individu tidak bertanggungjawab di pesisiran Pantai Lido di sini, pagi semalam.
Mayat bayi yang masih cukup sifat dengan tali pusat sudah dipotong itu ditemui orang ramai di tepi Selat Tebrau di bawah Jalan Ibrahim Sultan, kira-kira jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Senior Asisten Komisioner II Hashim Mohd Yusof, berkata pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai penemuan mayat bayi itu dan masih menyiasat keturunannya yang dipercayai sengaja dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cuba menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi terbabit secara sulit.

Katanya, mayat bayi malang itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pembuangan bayi itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Inspektor Joyce Lim di talian 07-223 2222," katanya.

Penemuan bayi perempuan itu menjadikan kejadian ke lima bayi dijumpai dibuang di Pantai Lido dalam tempoh tiga bulan ini.



DAN LAGI BAYI DI BUNUH...



Mayat bayi ditemui dalam beg plastik
Oleh Hussain Said dan Arhiza Ahmad


SEREMBAN: "Nama anak ini Ummu Fatimah Binti Abdullah. Saya mohon dikafankan dan disemadikan budak ini dengan kain sembahyang ini. Saya berdosa atas semua ini. Berdosa pada tuhan, saya berdosa pada tuan-tuan

"Tidak perlu dihebohkan pada media, cukup dosa saya di antara tuhan, pengetahuan saya dan tuhan, cuma Allah saja tahu, cuma Muhammad saja tahu. Tidak perlu report (laporan) polis, cuma semadikan saja, cuma Allah membalas jasa tuan-tuan,”.

Begitulah bunyi sekeping surat yang ditinggalkan bersama mayat seorang bayi yang dibungkus dengan surat khabar dalam sebuah beg plastik di hadapan rumah seorang kontrak di sini, semalam.

Seperti hari-hari lain, Ilias Mahamat (gambar), 43, yang tinggal di Batu 9, Jalan Pantai, buka pintu rumah kira-kira jam 7.50 pagi dan dikejutkan dengan penemuan bungkusan itu di atas kerusi berdekatan garaj kereta rumahnya.

Beliau turut menemui sepucuk surat dan telekung dalam beg plastik berwarna oren itu.

“Saya buka pintu dan tingkap rumah dan ternampak bungkusan berkenaan terletak atas kerusi di depan garaj kereta.

"Pada mulanya saya sangka saudara menghantar kain tetapi apabila dekat, saya melihat sepucuk surat diikat kepada beg plastik sebelum membuka dan membacanya.

"Saya terkejut apabila isi kandungan surat itu meminta bayi di dalam beg itu dikafankan dengan kain telekung yang turut diletakkan dalam beg plastik itu," katanya ditemui di Balai Polis Pantai, dekat sini.

CHIEF Inspektor Rani Puteri Sharif (kanan) membawa
mayat bayi yang dibungkus di
dalam beg palstik dan kain kafan yang
ditemui ditinggalkan di hadapan
rumah seorang penduduk di Pantai,
Seremban. – Gambar oleh Hamzah Md Som

Beliau yang terkejut dengan isi kandungan surat itu kemudian menghubungi polis dan polis mengesahkan ada mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir.

"Saya lihat mayat bayi itu sempurna sifat dan masih berdarah lagi. Tali pusat dan uri juga ada. Saya yakin bayi itu baru dilahirkan dan orang yang menghantarnya dipercayai penduduk berdekatan kawasan ini.

"Ini kerana orang terbabit tahu rumah bapa saya, Ardin Ujang yang juga ketua kampung di sini dan guru agama bagi meminta menguruskan pengebumian mayat bayi itu," katanya.

Ilias berkata, dia percaya kejadian itu berlaku antara jam 3 hingga 6 pagi kerana pada jam 2 pagi dia dan keluarga masih belum tidur kerana menonton televisyen.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohammad Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu yang dianggarkan seberat 2.5 kilogram.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi itu dan belum ada tangkapan dibuat," katanya.


HEMM...SEMAKIN HARI SEMAKIN MENJADI-JADI PEMBUNUHAN..PENGUGURAN...APE NAK JADI NI...



[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:52 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 19:21


bunuh oh bunuh apa nak jadi?

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 13:44




Nauzubillah himinal zalik.... Apa nak orang sekarang nie...... Tak takut akan hukum Allah.... Dimanakah ehsan sesama manusia.... Bayi pun depa bunuh...huh... Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Karim....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-09-04 13:44




Nauzubillah himinal zalik.... Apa nak jadi orang sekarang nie...... Tak takut akan hukum Allah.... Dimanakah ehsan sesama manusia.... Bayi pun depa bunuh...huh... Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Karim....



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-09-04 20:30


Pelajar mati dipercayai dikelar teman lelaki
Oleh: ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Seorang pelajar tingkatan empat mati dikelar di leher dan ditikam di dada dipercayai oleh teman lelakinya yang cemburu dan enggan membenarkannya bersekolah, di Pangsapuri Sri Bayu, Taman Kema Cahaya, Cheras dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, suspek yang berusia 25 tahun turut mengelar lehernya tetapi dia dapat diselamatkan.

Keadaan lelaki itu bagaimanapun dilaporkan kritikal dan masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.

Insiden menyayat hati itu berlaku ketika mangsa, Tan Hui Choo, 16, baru keluar dari rumah untuk menaiki bas ke sekolah.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Perimbun, Cheras yang berpakaian sekolah dan berlumuran darah itu ditemui terlentang kira-kira 14 meter dari rumahnya oleh ibu bapa dan jiran-jirannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohamad Nor Hakim Kassim berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Hui Choo pada pukul 6.45 pagi.

``Tiba di tempat kejadian, kami menemui mayat Hui Choo terlentang berhampiran teman lelakinya yang juga berlumuran darah.

``Polis percaya mangsa telah dikelar dan ditikam oleh teman lelakinya kerana polis turut menemui sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter di tempat kejadian,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Suspek, kata beliau, kemudian dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan serta-merta.

Mohamad Nor Hakim berkata, siasatan awal polis mempercayai mangsa dibunuh oleh teman lelakinya kerana cemburu.

``Motif pembunuhan belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat daripada keluarga dan saksi-saksi lain seperti jiran dan pengawal keselamatan di pangsapuri itu, kami percaya mangsa dibunuh oleh suspek yang dikenalinya sejak awal tahun ini.

``Kemungkinan dia dibunuh kerana cemburu. Difahamkan suspek enggan membenarkan mangsa meneruskan pelajaran,'' katanya.

Sebelum kejadian, kata Mohamad Nor Hakim, suspek pernah datang ke rumah Hui Choo dan makan malam bersama keluarga mangsa.

``Dia datang ke rumah Hui Choo pukul 9 malam tadi dan pulang setengah jam kemudian.

``Bagaimanapun, dia dipercayai tidak meninggalkan pangsapuri tersebut dan bersembunyi dalam bangunan itu sehinggalah Hui Choo pergi ke sekolah pagi ini,'' katanya.

Menurut beliau, pelajar tingkatan empat itu keluar rumah pada pukul 6.10 pagi kerana bas sekolah akan bertolak pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, mangsa yang tinggal di tingkat dua hanya turun menggunakan tangga dan ketika itulah dia diserang oleh suspek.

Mohamad Nor Hakim memberitahu, Hui Choo mengenali teman lelakinya sejak awal tahun ini dan hubungan mereka tidak ditentang oleh keluarganya.

``Lelaki terbabit memang kerap bertandang ke rumah Hui Choo dan semua ahli keluarga gadis itu mengenalinya.

``Malah, hampir setiap hari dia berjalan kaki sejauh 2.5 kilometer dari tempat kerjanya di Alam Jaya untuk ke rumah mangsa,'' katanya sambil memberitahu pasangan itu juga tidak pernah dilihat bertengkar sebelum itu.

Beliau berkata, polis akan mendapatkan keterangan daripada suspek sebaik sahaja dia pulih bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

Bagaimanapun, katanya, kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu dianggap selesai berikutan penemuan senjata dan bukti-bukti lain di tempat kejadian.





[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:49 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 18:46


Budak perempuan tiga tahun maut didera


KLANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan, dipercayai didera di Batu 2, Jalan Kapar dekat sini, pagi kelmarin.
I k l a n




Mangsa, Nurfatihah Abdullah, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dekat sini kerana jangkitan kuman di kepalanya, dipercayai dihentak menggunakan benda tumpul.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Jamil Ayub berkata, mangsa yang dibawa ke HTAR kira-kira jam 9 pagi itu, dipercayai didera sejak dua bulan lalu, berdasarkan kesan kecederaan pada badannya.

“Selain jangkitan kuman, bedah siasat juga mendapati keadaan fizikal mangsa yang kurus dan tidak bermaya disebabkan kekurangan zat kerana tidak diberikan makanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Md Jamil berkata, ibu mangsa berusia 20 tahun, seorang suri rumah mendakwa Nurfatihah mengalami cedera parah dan tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bermain di rumah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa didera menggunakan benda tumpul, penyangkut baju dan sering dicubit berdasarkan kesan lebam yang teruk pada badan mangsa.

Katanya, sepasang suami isteri direman selama seminggu untuk membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mulanya, ibu mangsa menghantar Nurfatihah ke rumah kawannya di Kota Tinggi, Johor di sini, selepas beberapa hari dilahirkan. Tetapi, sejak tiga bulan lalu, mangsa diambil semula daripada kawannya untuk dijaga.

Md Jamil berkata, pasangan berkenaan yang baru mendirikan rumah tangga tahun lalu, mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan, hasil perkahwinan mereka.

“Anak perempuan pasangan itu dihantar ke rumah saudara terdekat untuk dijaga sepanjang tempoh penahanan mereka bagi membantu siasatan,’ katanya.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:53 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 22:29



Lelaki mati dalam bilik air kilang

Oleh KHALID YASIN

JASIN: Seorang lelaki ditemui mati dalam bilik air sebuah kilang perabot di Sungai Rambai dekat sini, malam kelmarin, dengan kesan hentakan benda keras pada bahagian kepala, serta lebam di beberapa bahagian badannya.
Mayat Kan Chan Poh, 20, dijumpai seorang pekerja syarikat itu kira-kira jam 9.30 malam ketika hendak membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa bukan pekerja kilang terbabit atau penduduk tempatan, tetapi beralamat di Bukit Gambir, Muar.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mohd Zulkarnain Abd Rahman, berkata mangsa dipercayai mati dua atau tiga jam sebelum mayatnya dijumpai.

Beliau berkata, polis juga menjumpai tukul besi yang dipercayai digunakan untuk menghentak kepala mangsa dalam kejadian itu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan mukanya tersembam di dalam bilik air itu dan ada beberapa kesan lebam pada beberapa bahagian badannya.

“Berikutan kejadian itu, polis menahan dua warga Indonesia berumur 20-an dan seorang lelaki Cina tempatan berumur 30-an yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Zulkarnain berkata, beberapa pekerja kilang itu mendakwa melihat seorang lelaki lari dari tempat kejadian sebelum mayat mangsa dijumpai.

Unit anjing pengesan yang dibawa ke tempat kejadian juga mengesan arah tempat lelaki itu melarikan diri dan polis percaya suspek dalam kejadian ini akan dapat ditangkap sedikit masa lagi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki itu datang ke kilang berkenaan untuk menemui seseorang, tetapi berlaku pergaduhan hingga menyebabkan kematiannya.


[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:54 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-09-04 21:31


Edisi Timur: Ghaib ketika masak

Oleh Adnan Mohamad
[email protected]my

KOTA BHARU: “Ketika sampai di rumah, saya menyangka isteri saya sedang memasak kerana dapur gas yang digunakan masih menyala dan saya mengagak dia sedang menyediakan hidangan tengah hari.
“Bagaimanapun, selepas mencari di sekitar rumah, saya dapati dia tidak pulang ke rumah sebelum meminta bantuan saudara mara untuk mencarinya di sekitar kampung tetapi tidak juga ditemui,” kata suami kepada Zainab Jusoh, 46, Bakar Mahmood.



Menurut Bakar, 50, apabila gagal mencari Zainab, dia akhirnya membuat laporan polis kira-kira jam 11.15 pagi di Balai Polis Ketereh, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, kehilangan Zainab disedari selepas dia selesai berniaga kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu.

Anak Zainab, Norzaliza Bakar, 17, berkata, dia sedih kerana ada manusia kejam yang sanggup mengambil nyawa emak saya tanpa mengira usianya sudah tua“.

Norzaliza berkata, pihaknya terkejut kerana keluarganya bukan daripada orang kaya.

“Kini kami terpaksa menjaga lima orang adik apabila ibu sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebakang, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, sebelum ini, ibunya dikatakan berselisih faham dengan seorang penduduk kampung yang dikatakan berasal dari Thailand.

“Ibu memberitahu mengenai perselisihan faham itu tetapi apabila ditanya, hanya mendiamkan diri dan tidak mahu memanjangkan cerita dan memberitahu perkara itu sudahpun selesai,” katanya.

Norzaliza berkata, mayat ibunya ditemui dalam keadaan terlentang di dalam semak di belakang rumahnya berhampiran tempat mangsa sering menambat lembunya selepas dilaporkan hilang, sejak Khamis lalu.

Sepasukan polis bersama sepasukan Unit Anjing Pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Kelantan bergegas ke tempat kejadian dan mereka kemudian menjumpai mayat mangsa sejurus selepas itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Ishak Majid berkata, unit anjing pengesan menemui mangsa, kira-kira 300 meter dari rumahnya.

“Ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang dengan kesan jerutan di leher dan polis membuat andaian awal mangsa kemungkinan dibunuh,” katanya.

Ishak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Bharu (HKB), untuk bedah siasat.

“Sepasukan Pakar Patologi dari Ipoh hari ini melakukan bedah siasat yang lebih rapi ke atas mayat mangsa.

“Walaupun keputusan bedah siasat yang dijalankan belum diketahui namun polis syak kemungkinan ada unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh


binatang betullah manusia yg melakukan kerja terkutuk ni!!

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:54 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-09-04 16:06


Bunuh kekasih: Seorang tertuduh bukan bawah umur


BAHAU: Mahkamah Majistret di sini semalam, diberitahu seorang daripada dua remaja bawah umur yang dituduh membunuh pasangan kekasih, Pok Chia Wen dan Chong Pui Wan, 28 Julai lalu, sudah melebihi umur 18 tahun.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Yong Soun Lian, memberitahu hasil semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati seorang daripada tertuduh bawah umur, V Murugan sudah melebihi 18 tahun ketika kejadian berlaku.

TIGA pemuda dituduh membunuh
sepasang kekasih dibawa oleh
polis ke Mahkamah Majistret
Bahau, semalam.
– Gambar oleh Hamzah Md Som.



Yong turut menyerahkan salinan surat beranak Murugan kepada Majistret Saiful Bahari Adzmi untuk pengesahan.

Beliau memberitahu demikian sebelum bermula prosiding sebutan semula kes seorang remaja dan dua rakannya di bawah umur yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Pok dan Chong.

Sehubungan itu, Murugan, 18, bersama seorang lagi tertuduh, V Prabu, 18, diarahkan berdiri di dalam kandang tertuduh, manakala seorang lagi di bawah umur berdiri di luar kandang tertuduh.

Pada 10 Ogos lalu, Murugan yang dihadapkan bersama dua lagi rakannya itu berdiri di luar kandang tertuduh kerana dikatakan di bawah umur berikutan ketiadaan kad pengenalan.

Prabu dan Murugan dari 69 Kampung Indah, di sini dan seorang lagi berumur 17, dari Ladang Kok Foh, Rompin, dekat sini dituduh bersama-sama membunuh Pok, 19.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 12.30 tengah malam hingga 2.15 pagi pada 28 Julai lalu di Simpang Tiga Lorong 25, Taman Meranti, Bahau.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Manakala tuduhan kedua, mereka bersama-sama pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam hingga jam 8 pagi dituduh membunuh Chong, 18, di Empang Bangkung, Juasseh, Kuala Pilah.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Sebagaimana 10 Ogos lalu, ketiga-tiga tertuduh itu mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di depan Saiful Bahari.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh. Murugan dan tertuduh di bawah umur diwakili peguam R Vignesh, manakala Prabu tidak diwakili peguam.

Yong kemudian memohon tarikh baru bagi sebutan semula kes berkenaan dengan alasan belum menerima laporan hospital dan kimia. Saiful Bahari kemudian menetapkan 18 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes itu.

Berbanding senario ketiga-tiga tertuduh itu dihadapkan ke mahkamah sama 10 Ogos lalu yang berlaku kekecohan, tetapi suasana kali ini terkawal dengan lebih ramai anggota polis ditempatkan di perkarangan mahkamah.

Malah, wakil MCA dan sanak saudara Pok dan Chong yang memenuhi perkarangan mahkamah pada 10 Ogos lalu tidak lagi kelihatan, sebaliknya keluarga ketiga-tiga tertuduh lebih ramai berkumpul sejak jam 8 pagi.



[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-21 19:20 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-24 19:42 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-04 20:14



Pekerja restoran tom yam mati dikelar


KUALA SELANGOR: Seorang pekerja wanita restoran tom yam mati akibat dikelar di leher oleh rakan sekerjanya dalam satu pergaduhan di biliknya di atas restoran berkenaan di Jalan Besar Sungai Buloh, Jeram di sini, semalam.
I k l a n




Fatin Kharem, 27, dipercayai warga Thailand, ditemui terbaring atas katilnya berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rusni Hashim, berkata kejadian itu dikatakan berlaku jam 11.40 pagi dan ketika polis tiba di tempat kejadian, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terlentang di atas katilnya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh akibat perselisihan faham berhubung pengagihan kerja.

“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tetapi menolak cemburu atau cinta tiga segi punca wanita itu dibunuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rusni berkata, ketika kejadian, terdapat seorang lagi rakan biliknya yang melihat mangsa sedang bergelut dan cuba meleraikan mereka, namun usahanya gagal.

“Wanita yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut cedera di leher dan dagu sebelum keluar dari bilik berkenaan bagi mendapatkan bantuan rakannya yang lain,” katanya.

“Kita sudah menahan lima orang membabitkan tiga lelaki dan dua wanita, termasuk pemilik restoran berkenaan berusia antara 23 hingga 33 tahun untuk membantu siasatan dan semua mereka adalah warga negara Thailand,” katanya.

Selain itu, polis turut merampas sebilah pisau berlumuran darah yang disorokkan di bawah katil, dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Rusni berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


masih tak habis lagi...

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-21 19:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-04 22:19


Edisi KL: Tiga dibunuh diluar kuil

Oleh Hadzlan Hassan dan Yusmizal Dolah Aling
[email protected]

KLANG: Tiga lelaki mati akibat ditikam selepas mereka dipanggil keluar dari kuil oleh sekumpulan lelaki lain yang menari-nari di luar kuil seolah-olah menjalankan upacara keagamaan.
Tiga mangsa ditikam seorang demi seorang di bahagian leher dan dada dengan senjata tajam dipercayai pisau sebaik keluar dari kuil itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komsioner Md Jamil Ayub, berkata kejadian beraku di Jalan Tepi Sungai, di sini kira-kira jam 12 tengah malam semalam ketika mangsa bersama sekumpulan 50 penganut Hindu lain sedang beribadat.

Menurutnya, mangsa yang dibunuh iaitu E Murali, 28, seorang pemandu lori; V R Thiagarajan, 17, (mekanik) dan seorang penghantar surat S Raguram, 26.

“Murali dan Thiagarajan parah selepas leher mereka ditusuk dengan senjata tajam manakala Raguram ditikam di dada.

“Mereka mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya.

Md Jamil berkata, insiden bermula apabila penyerang mangsa datang ke kuil bersama lima lelaki lain menaiki tiga motosikal sebelum dilihat menari-nari di perkarangan kuil.

“Tindakan kumpulan itu tidak mendatangkan syak sehinggalah mereka memanggil nama tiga mangsa yang kemudian keluar bertemu kumpulan lelaki itu.

“Sebaik keluar dari kuil, mereka terus diserang dan ditikam seorang demi seorang menyebabkan seorang lelaki yang berada di situ cuba membantu.

“Bagaimanapun lelaki itu dicederakan menyebabkan dia luka pada kirinya,” katanya.

Selepas mencederakan mangsa, katanya, semua penyerang terbabit melarikan diri.

Md Jamil berkata, polis percaya mangsa dan pembunuh kenal antara satu sama lain tetapi buat masa ini pihaknya belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

“Kita sudah mengenal pasti identiti semua yang terbabit termasuk lelaki yang menikam mangsa dan kini seluruh jentera IPD Klang digerakkan bagi memburunya.

“Mereka yang dicari berusia 19 hingga 30 tahun dan polis percaya usaha menjejaki mereka akan berakhir dalam tempoh terdekat,” katanya.

Selain itu, polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang melalui talian 03-33712222 atau balai polis berhampiran.





[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-21 19:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 19:07


Mayat berulat ditemui dalam telaga


ALOR GAJAH: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat dijumpai dalam telaga di ladang kelapa sawit kira-kira empat kilometer dari Jalan Keretapi Lama Pengkalan, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Lelaki yang tidak bekerja itu dikenali sebagai Mudiappan Francis, 50, dari estet berkenaan dijumpai dalam keadaan terapung dengan badannya tertiarap dalam telaga sedalam enam meter.

Mangsa dipercayai mati lebih daripada seminggu lalu berdasarkan keadaan mayat.

Sepasang kasut berada berhampiran dengan telaga berkenaan dan siasatan awal mendapati tiada tanda menunjukkan lelaki itu dibunuh atau sebaliknya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Ariffin Sutan, berkata seorang warga tua yang sedang mencari rumput untuk ternakan kambingnya ternampak kaki Mudiappan dalam telaga berkenaan.

Kata beliau, ketika itu lelaki berkenaan, Sebastian Sandanam, 71, sedang mengambil sekeping zink yang berada tidak jauh dari telaga berkenaan dan ternampak sepasang kaki.

Katanya, sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat Mudiappan sukar dikeluarkan berikutan telaga berkenaan dipenuhi air sedalam hampir 3.6 meter.

Sehubungan itu, katanya, sepasukan bomba dari Alor Gajah dipanggil membantu mengeluarkan mayat.

Mayat itu dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat dan laporan awal menunjukkan kematiannya adalah disebabkan mati mengejut.



Lelaki dibunuh dalam kereta


JOHOR BAHRU: Polis menjumpai mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh dan sebahagian anggotanya dibakar dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit berhampiran Ulu Choh, Skudai, dekat sini, semalam.
Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dan lengkap berpakaian ditemui dengan kesan jerutan pada leher, selain kesan terbakar di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Wan Ali Abu Shamah, berkata polis mendapat maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu dan sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, apabila anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mereka mendapati ada mayat seorang lelaki di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Perdana V6.

"Satu pasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dihantar bagi membuat pemeriksaan terhadap kereta dan mayat berkenaan," katanya di tempat kejadian di sini, semalam.

Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dijerut dengan tali nailon.

“Kita sudah memeriksa nombor pendaftaran kereta ini dan mendapati ia didaftarkan atas nama seorang individu yang beralamat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai,” katanya.

hari2 di santap dengan kes pembunuhan...ape la nak jadi???

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-21 19:17 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-21 19:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 20:48


tak tahula nak kata apa!!!!!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-04 19:20


Lelaki dituduh bunuh wanita sarat mengandung


SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang dituduh membunuh seorang wanita sarat mengandung di Pasar Besar Seremban dihadapkan semula di Mahkamah Majistret, semalam.
Abu Jamal Mat Jan (gambar)dari Flet Templer, Jalan Tun Dr Ismail, dituduh menyebabkan kematian Norlin Othman, 36, menggunakan pisau dengan niat membunuh mangsa di gerai nombor 46, tingkat bawah pasar berkenaan, pada 30 Oktober tahun lalu, kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak pendakwa bagaimanapun memohon Majistret, Suhaila Haron menangguhkan kes berkenaan untuk melengkapkan kertas siasatan. Sebelum ini, kes berkenaan ditangguhkan juga atas faktor sama.

Berikutan itu, Suhaila menetapkan kes ini disebut semula pada 25 Oktober depan.

Abu Jamal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor KK Chong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pembunuhan Norlin dari Jalan Labu, dekat sini, dalam keadaan ngeri menggemparkan masyarakat kerana mangsa sedang sarat mengandung ketika dibunuh di pasar berkenaan.

Lebih tragik apabila tertuduh didakwa menikam Norlin dengan sebilah pisau berkali-kali sehingga mangsa terbaring berlumuran darah di depan orang ramai yang sibuk berbelanja pada pagi itu.

Sebelumnya, mangsa dikatakan pergi ke pasar menemui lelaki yang dikenalinya itu untuk mengambil beberapa dokumen tetapi berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki terbabit mengambil pisau pemotong sayur dari gerai berhampiran dan terus menikam mangsa beberapa kali.

Tertuduh melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu, sebelum dapat ditahan di Kelantan.

Januari lalu, dia dibawa ke Seremban untuk dituduh di Mahkamah Majistret.

Mangsa dipercayai sedang bersiap untuk menyambut kelahiran bayinya berdasarkan pakaian bayi yang ditemui bersamanya.

zalimnya manusia dajjal ni..


Edisi KL: Pilu tuntut mayat

Oleh Yusmizal Dolah Aling
[email protected]

KLANG: Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, ketika ahli keluarga tiga lelaki yang dibunuh awal pagi kelmarin, menuntut mayat untuk dikebumikan.
Waris yang datang seawal jam 10 pagi terpaksa menunggu bedah siasat hampir empat jam sebelum menuntut mayat ketiga-tiga lelaki berkenaan.

Ada antara mereka terlalu sedih dan tidak dapat menerima kenyataan mangsa dibunuh dengan kejam walaupun berada di kawasan kuil yang dianggap suci selain menjadi rumah ibadat.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, tiga mangsa ditikam seorang demi seorang dengan pisau oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai mabuk ketika sedang beribadat di dalam kuil di Jalan Tepi Sungai, dekat sini.

Mangsa, E Murali, 28, Thiagarajan, 17, dan S Raguram, mati ketika dalam perjalanan ke hospital kerana cedera teruk di leher dan dada.

Sementara itu, bapa saudara Murali yang enggan dikenali berkata, dia kesal kerana sepatutnya tidak ada pertumpahan darah di kuil itu kerana ia tempat ibadat.

“Saya tidak dapat terima kawasan kuil dijadikan tempat mengikut nafsu marah...ini tempat suci dan semua orang di situ sedang beribadat,” katanya.

Dia turut menyifatkan pemergian Murali, anak ketiga dari enam beradik sebagai satu kehilangan kerana mendiang seorang yang baik dan disenangi ramai.

Lebih menyedihkan, mendiang akan melangsungkan perkahwinannya pada November ini dan segala persiapan untuk majlis itu sudah diatur dengan rapi oleh keluarganya.

“Sayang, dia tidak sempat menempuh hari perkahwinannya itu walaupun kami (ahli keluarga) sudah mengaturkan segalanya dan hanya menunggu tarikh sahaja,” katanya.

Bagi rakan S Raguram yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar yang cukup dirasai kerana mereka memang rapat sejak kecil.

“Saya seperti tidak percaya apabila diberitahu dia mati dibunuh...mulanya saya menganggap ia satu gurauan tetapi akhirnya saya terpaksa menerima hakikat dia sudah tiada.

Raguram yang baru mendirikan rumahtangga kira-kira setahun lalu meninggalkan seorang balu dan anak berusia tiga bulan.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-24 19:39 ]


Edisi Selatan: Tinggal mayat dalam kereta

Oleh Efindi Badarudin
[email protected]

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemui terbunuh dengan lehernya dijerut dan polis mengesan ada cubaan membakar mangsa di dalam kereta Proton Perdana V6, di ladang kelapa sawit berhampiran Ulu Choh, Skudai dekat sini, semalam.
Ini berdasarkan siasatan awal polis mendapati ada kesan terbakar di bahagian rambut dan bulu kaki mangsa berusia lingkungan 30-an lengkap berpakaian itu, selepas lehernya dijerut menggunakan tali nilon.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Wan Ali Abu Shamah, berkata polis mendapat maklumat penemuan mayat sebelum sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, apabila anggota polis tiba kira-kira jam 9.30 pagi, mereka mendapati mayat seorang lelaki di tempat duduk pemandu kereta itu.

“Satu pasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor dihantar bagi membuat pemeriksaan terhadap kereta dan mayat berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Katanya, siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan dijerut dengan tali nilon serta ada kesan terbakar pada bahagian belakang kereta.

Selain itu, semua peralatan audio kereta berkenaan juga didapati hilang.

Wan Ali berkata, polis turut menemui pelbagai dokumen di dalam kereta berkenaan termasuk sijil perkahwinan yang mempunyai beberapa nama tetapi tidak pasti sama ada ia milik mangsa.

“Kita juga sudah memeriksa nombor pendaftaran kereta ini dan mendapati ia didaftarkan atas nama individu beralamat di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

“Setakat ini, kita belum dapat mengesahkan identiti mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih belum mengetahui motif pembunuhan itu tetapi siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-09-24 19:40 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 19:49


Lelaki ditemui mati ditetak


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala dan tangan kanannya putus dipercayai diserang dengan senjata tajam sebelum mayatnya dibuang di tepi longkang di Kampung Pasir, Setapak, di sini pagi semalam.
Lelaki berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap di atas paip air berhampiran sebuah kedai makan jam 7.50 pagi.

Berdasarkan keadaan mayat mangsa, polis percaya lelaki itu mati antara empat hingga enam jam sebelum ditemui. Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di tempat pertemuan dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ.

Jurucakap Polis Sentul berkata, lelaki yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan lehernya hampir putus 70 peratus dipercayai ditetak dengan parang.

“Bahu kirinya turut mempunyai kesan kecederaan serius. Tetapi polis tidak menemui sebarang senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian di sekitar tempat kejadian,” katanya di sini, semalam.

Ketika ditemui, mangsa memakai seluar panjang biru gelap selain kemeja T berwarna biru cerah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner A Thaiveegan ketika mengesahkan kejadian itu enggan mengulas lanjut berhubung motif kejadian.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali mangsa supaya menghubungi IPD Sentul di talian 03-40422222 bagi membantu siasatan.

Seorang saksi, Ibrahim Abdul Talib, 37, berkata dia menemui mayat mangsa ketika sedang bersiap untuk memulakan perniagaan gerai makan di situ.




Leher buruh hampir putus


MIRI: Seorang lelaki dijumpai mati dengan leher hampir putus ditetak menggunakan benda tajam di sebuah kawasan tapak pembinaan perumahan Tudan di sini, kelmarin.
I k l a n




Identiti mangsa belum dikenal pasti, tetapi polis percaya mangsa bekerja sebagai buruh binaan berhampiran dan berusia sekitar 20-an.

Mangsa ditemui orang ramai yang melintasi kawasan kejadian kira-kira jam 6.45 pagi dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian.

Ketua Siasatan Jenayah Daerah Miri, Deputi Superintendan Clunny Blawan, berkata tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian, kecuali beberapa bungkusan makanan bertaburan di tempat mangsa dibunuh.

“Berdasarkan maklumat awal mangsa hanya dikenali sebagai Tajai dan bekerja di tapak pembinaan berdekatan sejak beberapa bulan lalu.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 22:42


Lelaki Myanmar ditemui mati


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, berhampiran stesen LRT Taman Miharja, Cheras di sini, semalam.
Mangsa yang berusia dalam lingkungan antara 25 tahun hingga 30 tahun, dipercayai warga Myanmar berdasarkan tatu pada lengan kanannya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Noor Masdar, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 7.40 pagi yang memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki berkenaan.

Beliau berkata, ketika ditemui mangsa memakai kasut sukan, seluar jeans biru dan kemeja-T jingga.

Mangsa mati akibat cedera di kepala, dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan keras.

Polis percaya lelaki terbabit bergelut dengan penyerangnya berdasarkan beberapa petanda di tempat kejadian.

Mohd Noor meminta majikan yang kehilangan pekerja warga Myanmar, menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Tan Ah Chua, di talian 03-92842222 atau balai polis berdekatan.




Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-10-04 20:13


Remaja Mati Dalam Kolam: Datuk Seri, Pengawal Peribadi Didakwa


KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Seorang pengarah eksekutif sebuah syarikat broker saham dan pengawal peribadinya, hari Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang remaja berusia 14 tahun, yang mayatnya ditemui dalam kolam renang di sebuah banglo miliknya di Ampang Hilir, 26 Sept lepas.

Datuk Seri Koh Kim Teck, 50, didakwa bersama Resty Agpalo, 32, dengan niat bersama membunuh Xu Jianhuang di rumah No.8, Jalan Mengkuang Off Jalan Ampang, Cheras di sini, antara pukul 11 malam, 26 Sept dan 3.30 pagi, 27 Sept.

Koh dan Resty dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Koh, yang memakai jaket berwarna hijau muda, berbaju berwarna biru dengan tali leher berwarna kelabu serta seluar hitam, meminta jurubahasa membaca semula pertuduhannya dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Resty, yang berasal dari Filipina tetapi pemegang status penduduk tetap di Sabah, kelihatan gelisah dan runsing semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Tiada pengakuan direkodkan.

Koh, juga menghadapi satu lagi tuduhan pilihan iaitu membunuh remaja itu serta bersubahat dengan Resty Agpalo, melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, Koh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 302 kanun yang sama.

Resty juga menghadapi tuduhan pilihan, menyebabkan kematian Xu Jianhuang di tempat dan masa yang sama.

Koh dan Resty yang dibawa masuk ke dalam lokap mahkamah itu pada pukul 11.30 pagi dengan tangan mereka digari bersama, dihadapkan di mahkamah 15 minit kemudian.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Stanley Augustin manakala Koh diwakili V.Sithambaram dibantu oleh N.Rajivan sementara Resty diwakili oleh K.K.Wong. Datuk Muhammad Shafee Abdullah hadir sebagai peguam pemerhati bagi Sekolah Antarabangsa Mutiara.

Majistret Aizatul kemudiannya membenarkan permohonan Augustin untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul juga membenarkan permohonan Augustin untuk menahan seorang wanita warga Indonesia, Darwati Mgawoto di penjara sivil mengikut Seksyen 396 Kanun Acara Jenayah, sehingga perbicaraan kes ini dan dibayar pampasan RM10 sehari.

Menurut Augustin saksi ini yang merupakan pembantu rumah Koh adalah saksi penting dalam kes terbabit dan beliau baru bekerja dengan majikannya selama enam hari sebelum kejadian berkenaan.

"Saksi itu merupakan pembantu rumah Koh dan besar kemungkinan permit kerjanya akan dibatalkan oleh Jabatan Imigresen," katanya.

Aizatul turut menerangkan kepada Darwati mengenai permohonan berkenaan. Beliau kemudiannya menganggukkan kepala sebagai tanda faham.

-- BERNAMA



Remaja Mati Dalam Kolam: Reman Datuk Seri Dilanjutkan


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Tempoh tahanan seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk Seri" dilanjutkan empat hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung kematian remaja berusia 14 tahun yang mayatnya ditemui di dalam kolam renang sebuah banglo di Ampang Hilir.

Majistret Norizan Che Meh membenarkan ahli perniagaan berusia 50 tahun dan tiga yang lain termasuk seorang wanita berusia awal 30-an, dipercayai rakyat China, ditahan sehingga Isnin ini.

Dua lagi yang ditahan itu, berusia 24 dan 32 tahun, dipercayai pemandu dan pegawai peribadi ahli perniagaan terbabit.

Tempoh reman selama 11 hari terhadap mereka sebelum ini berakhir Jumaat.

Semalam, seorang wanita warga Indonesia berusia 32 tahun dilanjutkan tempoh tahanan remannya lima hari lagi sehingga Isnin.

Wanita itu, yang dipercayai pembantu rumah ahli perniagaan berkenaan, sebelum ini ditahan reman sembilan hari.

Dalam kejadian 26 Sept lepas, seorang pengawal keselamatan menemui remaja lelaki itu, yang dikenal pasti sebagai Xujian Huang, terapung di dalam kolam renang banglo milik ahli perniagaan itu pada pukul 3 pagi.

-- BERNAMA





[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-10-13 20:21 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 19:08


Kerani mati ditikam perompak
Oleh Ahmad Saufi Mansor


BUKIT MERTAJAM: Seorang kerani jualan wanita mati selepas ditikam beberapa kali ketika mempertahankan diri dalam cubaan merompak di sebuah bilik pameran sebuah premis perniagaan di Jalan Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Alma, di sini, petang semalam.



Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dalam hujan lebat ketika mangsa, Lau Chai Sin, 23; dari Nibong Tebal berada seorang diri dalam premis syarikat pemborong berkenaan.

Difahamkan, mangsa baru dua hari bertugas menjaga bilik pameran itu sejak bekerja di syarikat yang menjual barangan sekolah, peralatan dapur dan barang mainan kira-kira tiga bulan lalu.

Mangsa yang sudah berkahwin mempunyai seorang anak dipercayai ditikam selepas bergelut dengan lelaki bersenjata yang menceroboh sebelum rebah di pintu masuk bilik itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Superintendan Zainal Abidin Nin, berkata mangsa yang cedera parah di dada mati di tempat kejadian.

Katanya, ada beberapa kesan tikaman pada mayat mangsa termasuk di belakang tangan kanan dan kaki kiri dan satu di dada.

“Mangsa dipercayai cuba melawan dengan bergelut hingga menyebabkan dia ditikam, sebelum lelaki berusia 20-an itu melarikan diri apabila dilihat orang ramai.

“Wanita itu juga dipercayai cuba meminta bantuan rakan sekerja, tetapi tersungkur di depan pintu masuk premis itu dalam keadaan berlumuran darah sebelum ditemui orang ramai,” katanya di tempat kejadian.

Zainal Abidin berkata, polis mengesyaki kejadian itu berkemungkinan satu cubaan merompak, namun wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit mangsa tidak hilang kecuali duit syiling bertaburan dalam premis itu.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan mengesan lelaki terbabit dan setakat ini, tidak menemui senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Cif Inspektor Martin W Fernandez, di talian 04-5382222 bagi membantu siasatan.


[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:42 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 24-10-04 16:42




alahai manusia akhir zman....
hukum ALLAH ditentang berhabisan......
akta manusia didaulatkan...

tegakkan hukum hudud itu yang lebih baik....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-11-04 11:41


Wanita mati ditikam peragut
Oleh Amirullah Andi Nur


KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan wanita yang baru selesai membeli makanan di Bazar Ramadan di Asia City, mati ditikam seorang peragut di sebatang jalan di Kompleks Sedco, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 petang ketika Elizabeth Wong Oii Chin, 47, sedang memasuki kenderaannya apabila seorang lelaki berambut panjang menarik beg tangannya.

Mangsa yang juga ibu kepada empat anak termasuk tiga perempuan itu, cuba melawan, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa apabila ditikam beberapa kali di dada dan perut.

Seorang anak perempuan mangsa Shanial Chai Wei Vern, 13, yang turut berada berhampiran cuba membantu dengan memegang pisau peragut itu tetapi turut cedera di jari.

Peragut yang disyaki pendatang tanpa izin itu melarikan diri tanpa sempat mengambil beg apabila Shanial menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran, tetapi klinik itu ditutup.

Katanya, mereka kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam yang datang memberi bantuan kira-kira jam 6.25 petang.

“Wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan serius.

“Bagaimanapun kira-kira jam 2 pagi semalam, seorang doktor dari QEH memaklumkan kepada kami wanita itu tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Ini adalah kes jenayah ragut pertama berlaku di ibu negeri membabitkan kematian.

Azizan berkata, berikutan kejadian itu pihaknya mengadakan mesyuarat khas bagi menangani kejadian itu, termasuk mengenal pasti orang yang disyaki melakukan perbuatan terbabit.

Katanya, polis percaya lelaki berambut panjang yang disyaki melakukan perbuatan itu mungkin masih bersembunyi di sekitar daerah ini.

“Kita tidak akan berdiam diri dan sedang melancarkan gerakan besar-besaran memburu lelaki yang disyaki menikam wanita berkenaan. Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai orang disyaki supaya membantu polis,” katanya.

Sementara itu, sehingga petang semalam, keadaan Shanial dilaporkan stabil dan dijangka terus menerima rawatan di hospital untuk tempoh beberapa hari lagi.

Tinjauan di rumah mangsa di Taman Likas Jaya, dekat sini, petang semalam mendapati suasana pilu menyelubungi keluarga serta sanak saudara yang berkunjung.

Suami mangsa, Raymond Chaim yang ditemui tidak dapat bercakap apa-apa kerana terlalu sedih.

Anak sulung mangsa, Phoebe Chai, 17, ketika ditemui berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu sejurus selepas dimasukkan ke QEH.

Katanya, beliau hanya sempat melihat ibunya dirawat di ICU seketika dan kemudian dimaklumkan mengenai kematiannya pada awal pagi semalam oleh bapanya.

Selain Phoebe dan Shanial, pasangan Raymond dan Elizabeth ini turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Cleo, 16, serta anak lelaki berusia 10 tahun iaitu Theodore.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-04 17:15


Peragut dituduh bunuh mangsa
Oleh Lichong Angkui


KOTA KINABALU: Seorang kelindan lori rakyat Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang wanita dalam kes ragut yang mendapat liputan meluas, akhir bulan lalu.



Hasanuddin Sinring, 23, didakwa membunuh ahli perniagaan, Elizabeth Wong Oii Chin, 47, dengan menikamnya tiga kali pada dada di tempat letak kereta belakang Panggung Wayang BFO, Kompleks Sedco, pada jam 5.45 petang, 31 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Hasanuddin kerana kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi pada 30 Disember depan.

Majistret Azreena Aziz membenarkan permohonan pendakwa supaya tertuduh terus ditahan reman sehingga kesnya disebut di Mahkamah Tinggi.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Abdul Rahman Atan ketika membuat permohonan itu merujuk Seksyen 259 Kanun Keseksaan yang tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Beliau memberitahu mahkamah pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat mayat Elizabeth dan laporan DNA pada pisau yang dikatakan diguna dalam kes pembunuhan itu.

Hasanuddin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori, kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Tertuduh yang berbaju T dan berseluar jeans biru, turut mengangguk ketika ditanya sama ada faham terhadap pertuduhan itu.

Elizabeth ditikam selepas dikatakan cuba melawan apabila beg tangannya diragut tertuduh ketika mangsa hendak memasuki kereta selepas membeli-belah di Bazar Ramadan, Asia City.

Mangsa yang beralamat di Taman Likas Jaya, disahkan meninggal dunia kira-kira lapan jam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth, dipercayai akibat kecederaan parah di perut dan dada selain pendarahan serius.

Anak perempuan mangsa, Shaneal Chai Wei Vern, 12, yang berada berhampiran cuba membantu, tetapi turut dicederakan di jari tangan kanan.

Berikutan kejadian itu, polis melancarkan operasi besar-besaran dan pada 6 November lalu, Hasanuddin ditahan di Tawau, di pantai timur Sabah, kira-kira jam 2 pagi.

Polis turut menemui sebilah pisau dikenali `Barong Bugis' berlumuran darah daripada tertuduh.

Hasil siasatan, polis percaya tertuduh cuba pulang ke Indonesia, tetapi berjaya ditangkap sebelum melepasi sempadan negara jiran.




Balas dendam mungkin motif sami dibunuh


SEREMBAN: Seorang sami berusia 42 tahun yang mati ditembak di depan rumah sewanya di Taman AST, di sini awal pagi kelmarin adalah ejen kepada syarikat peminjam wang berlesen di bandar ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohammad Abdullah mengesahkan Feron Nadesan bekerja sebagai ejen peminjam wang, selain menguruskan rumah ibadat, Sri Maha Vilva Amman Temple, bersebelahan rumah sewanya.

MOHAMMAD menunjukkan gambar
lelaki yang dikedendaki polis
untuk sisatan kes bunuh
seorang sami di Taman AST, Seremban.
- Gambar oleh Owee Ah Chun

"Mangsa juga adalah bekas anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di Balai Polis Sepang, Selangor sebelum meletak jawatan pada 1984," katanya dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Awal pagi kelmarin, Feron Nadesan ditemui mati ditembak dengan sepucuk pistol oleh seorang lelaki, kira-kira jam satu pagi di depan rumah sewanya yang bersebelahan dengan kuil hindu yang dikendalikannya.

Feron Nadesan mati di tempat kejadian sejurus ditembak beberapa kali Kejadian berlaku ketika dia sedang berjalan masuk menuju pintu pagar rumah apabila didatangi seorang lelaki yang membawa satu hamper barangan.

Sebaik menghampiri mangsa, lelaki itu membuang hamper dan melepaskan dua das tembakan daripada sejenis pistol automatik yang sudah sedia dipegangnya.

Tembakan itu mengenai leher dan perut, menyebabkan mangsa rebah dan mati di tempat kejadian. Siasatan polis di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru jenis 9mm di tempat kejadian.

Feron berasal dari Jalan Kubur Kuda, Kota Bharu, manakala isteri dan anak-anaknya tinggal di Sungai Gadut, dekat sini.

Mohammad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai motif sebenar kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan balas dendam.

Beliau berkata, mangsa pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan ugutan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada 25 Ogos lalu tetapi tidak mengaku bersalah sebelum kesnya ditetapkan disebut semula pada 5 Mei depan.

"Kita sudah melakar wajah saspek yang menyerang mangsa berdasarkan saksi yang berada di tempat kejadian. Saspek terbabit, seorang lelaki berkulit gelap dipercayai berbangsa India, berbadan gempal dan tinggi lebih kurang lima kaki enam inci," katanya.

Katanya, saspek yang bermisai ketika kejadian dilihat memakai topi dan jaket berwarna gelap sebelum melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

Katanya, sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Idris Omar di talian 06-6013222 atau talian hotline 06-6014999.



[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-11-13 17:24 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 13-11-04 20:10



apa nak jadi dgn umat akhir zaman ni....semakin hari semakin berani.maksudnya berani membunuh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

warsha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.10.2004
Ahli No: 12144
Posting: 129

Pahang  


posticon Posting pada: 15-11-04 02:12


hem..isu bunuh nie mmg menakutkan....cuba bygkan jiran terdekat anda di bunuh kejam...tentu tragis...mcm mner la kte nak kurangkan pkataan bunuh????

Bookmark and Share

    


  Member Information For warshaProfil   Hantar PM kepada warsha   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-04 14:42


apa nak heran....
manusia mana nak takut undang2 manusia.
lepas ni cuba try undang2 islam pula..
ha..tak salah mencuba.

p/s..jika pemerintah taknak cuba..
4 tahun lagi bagila kat pembangkang yg nak cuba.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-11-04 19:04


Peraih ikan mati ditetak


HUTAN MELINTANG: Seorang peraih ikan mati selepas ditetak bertubi-tubi hingga telinga dan tangan kanannya hampir putus oleh seorang lelaki yang bersenjatakan parang panjang di kawasan Perumahan Kayangan, Simpang Empat di sini, malam kelmarin.



Mangsa, Heng Leong Chai, yang kehilangan banyak darah kerana tetakan di tubuhnya terutama bahagian belakang, tangan dan kepala, mati di tempat kejadian.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.20 malam itu, penyerang yang menaiki sebuah kereta dikatakan merempuh motosikal mangsa menyebabkan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan rakannya, jatuh di atas jalan.

Seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dan terus menetak Heng bertubi-tubi.

Difahamkan polis menemui senjata itu tidak jauh dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis juga sudah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang disyaki terbabit dalam serangan itu hasil serbuan sebuah rumah di Simpang Empat, selepas kejadian.

"Kita juga mengesan kereta digunakan lelaki terbabit kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian," katanya.

Nor Hashim berkata, pihaknya masih menyiasat motif serangan.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Bapa cekik mati tiga anak sedang tidur
Oleh Johan Afandi


SENAI: Seorang bapa mencekik hingga mati tiga anaknya yang sedang tidur kerana terlalu kecewa ditinggalkan isteri yang dipercayai lari mengikut teman lelakinya di Taman Muhibah, di sini, semalam.



Tiga beradik yang dipercayai dicekik itu, masing-masing seorang lelaki dan dua perempuan berusia tiga hingga enam tahun.

Bagaimanapun, lelaki terbabit, P Vellotoray, 46, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah kilang di sini, yang cuba membunuh diri bersama anak perempuan sulungnya, V Revathi, 14, diselamatkan jiran mereka yang mendengar remaja itu menjerit meminta tolong.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Awang ketika ditemui di tempat kejadian, berkata mayat tiga beradik itu, Utrakumar, 6, Keseprada, 5, dan Arini, 3, dijumpai terbaring di atas tilam di dalam bilik tidur utama rumah mereka.

Katanya, tragedi malang sembilan hari selepas Deepavali itu disedari jiran mereka, berikutan jeritan Revathi yang mungkin berasa kesakitan.

Jiran Vellotoray, A Vasudevan, 30, yang tinggal berhadapan rumah mangsa mendengar jeritan remaja berkenaan kemudian meluru masuk sebelum menyelamatkan Revathi dan Vellotoray.

Ahmad Zamri berkata, Vasudevan kemudian menghubungi polis dan ambulans sebelum Vellotoray dibawa ke Hospital Kulai bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, siasatan awal mendapati Vellotoray patah hati dan kecewa kerana isterinya meninggalkan keluarga untuk mengikuti teman lelakinya dipercayai beberapa hari sebelum Deepavali.

“Berdasarkan keterangan Revathi, bapanya terlalu kecewa ditinggalkan isteri dan berbincang dengan anak sulungnya itu, Rabu lalu, untuk membunuh diri serta semua anaknya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kira-kira jam 10.30 pagi tadi, Vellotoray mula membunuh tiga anaknya yang dipercayai sedang tidur di atas tilam secara bergilir-gilir.

Selepas itu, Vellotoray cuba menggantung diri menggunakan tali manakala Revathi cuba menggantung diri menggunakan kain.

Difahamkan, keluarga berkenaan baru berpindah ke kawasan perumahan itu kira-kira sebulan lalu dan dipercayai isterinya yang lari adalah isteri kedua manakala ibu kepada semua mangsa berkenaan sudah meninggal dunia.

Ahmad Zamri berkata, keadaan Vellotoray yang dirawat di Hospital Kulai dilaporkan stabil dan pihaknya akan menahannya untuk siasatan lanjut.

“Kita akan mengambil keterangan anak perempuannya yang selamat dan selepas itu, remaja berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Vasudevan ketika ditemui berkata, dia mendengar jeritan Revathi kira-kira jam 2 petang dan terus meluru masuk ke dalam rumah berkenaan sebelum mendapati Vellotoray dan remaja berkenaan tergantung.

“Saya kemudian menurunkan Revathi yang ketika itu menangis teresak-esak sebelum menurunkan Vellotoray yang kelihatan sudah pengsan sebelum menghubungi polis dan ambulans,” katanya.

Vasudevan berkata, dia tidak berapa mengenali Vellotoray kerana keluarga berkenaan baru berpindah ke taman perumahan itu tetapi mengetahui bahawa semua anak Vellotoray tidak bersekolah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-04 19:26


Lelaki disyaki kelar leher pelajar 9A ditahan


KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki, dipercayai penagih dadah yang terbabit mengelar leher seorang pelajar berusia 16 tahun, di rumah saudara angkatnya di Kampung Jabi, Besut, petang kelmarin.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Lim Char Boo, berkata sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu menahan lelaki berusia 28 tahun itu kira-kira jam 2.50 petang.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 22.5 sentimeter daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk mengelar leher Ahmad Al Baihaqy Ariffin Billah.

Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa yang mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu menerima 21 jahitan selepas diserang suspek di Kampung Laut, Chendering.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, mangsa dari Kampung Belukar Jambu, luka sepanjang 10.5 sentimeter dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Terengganu (HKT).

Lim berkata, sehelai baju hujan milik Ahmad Al Baihaqy turut dijumpai daripada suspek.

Bagaimanapun, katanya motosikal Yamaha Legenda milik mangsa bernombor pendaftaran TAD 2986 dipercayai sudah dijual kepada seorang penagih dadah dengan harga RM150.

“Polis sedang mengesan rakan penagih dadah terbabit dan percaya kenderaan itu dapat ditemui tidak lama lagi,” katanya di sini, semalam.

Lelaki direman kes bunuh Mazny
Oleh Ahmad Saufi Mansor


BUKIT MERTAJAM: Seorang peniaga pasar malam ditahan reman mulai semalam sehingga 3 Disember ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bekas pelajar Universiti Malaya (UM) di sebuah ladang sawit dekat Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Selasa lalu.



Lelaki berusia 23 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini selepas ditahan di rumahnya di Serdang, Kedah kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seberang Prai Tengah (SPT) selepas menerima maklumat awam.

Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama sembilan hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Razali Basri ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki itu bagi membantu siasatan polis.

Katanya, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berikutan suspek kes berkenaan dipercayai adalah antara kawan rapat mangsa.

“Polis turut mempunyai alasan untuk mempercayai lelaki terbabit juga adalah teman lelaki mangsa,” katanya sambil menambah pihaknya sedang mengumpul lebih banyak maklumat daripada suspek.

Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan daripada bakal tunang Mazny, Zuraimi Zainal, 23, dan menjangkakan beberapa tangkapan lain akan dibuat tidak lama lagi.

Difahamkan, pihak polis turut merampas dompet daripada lelaki terbabit yang mengandungi tiga gambar mangsa, dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Bagaimanapun, senjata yang dipercayai digunakan untuk melakukan pembunuhan itu belum ditemui.

Mangsa difahamkan mempunyai hubungan dengan lelaki itu sebelum memutuskannya baru-baru ini selepas merancang untuk bertunang dengan lelaki lain.

Selasa lalu, polis menemui mayat seorang wanita Melayu dalam keadaan terlentang dengan memakai seluar jeans dan baju-T biru di sebuah ladang kelapa sawit dekat Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Bekas pelajar UM yang gagal menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Perniagaan itu dipercayai dirogol sebelum dibunuh dengan kesan kelar di lehernya.




Lelaki disyaki bunuh, rogol cedera ditembak polis
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar



KARN (dua dari kiri) bersama pegawainya melawat penjenayah yang cedera
ditembak polis di Hospital Umum Sarawak, semalam.

– Gambar oleh Azahan Rosli

KUCHING: Seorang penjenayah yang amat dikehendaki berhubung kes bunuh dan rogol, ditembak polis ketika cuba lari dalam serbuan ke sebuah rumah di Kampung Tambirat, Kota Samarahan di sini, awal pagi semalam.



Peter Merupi @ Mansor Abdullah, 35, cedera di kaki kiri ditembak selepas bergelut dengan seorang anggota polis yang mahu menahannya dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner II Karn Kam Peng, berkata polis percaya dengan penahanan Merupi itu, dua kes bunuh dan satu kes rogol dapat diselesaikan.

“Polis percaya lelaki yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan kawalan ketat itu boleh membantu menyelesaikan sekurang-kurangnya dua kes pembunuhan dan satu kes rogol.

“Ini termasuk kes terbaru pembunuhan seorang pelajar Kolej Komuniti Kuching, Mazlan Sapie, 22, di Pustaka Negeri, di sini, pada 15 November lalu, manakala teman wanita mangsa nyaris dirogol dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu,” katanya di sini, semalam.

Karn berkata, selepas gambar lelaki berkenaan disiarkan akhbar Isnin lalu, polis mendapat maklumat daripada orang ramai mengenai kedudukannya.

Sepasukan 14 anggota polis serta anjing pengesan, diketuai Ketua Siasatan Jenayah Kuching, Deputi Superintendan Zaini Che Din, pergi ke Kampung Tambirat untuk mengesan lelaki itu.

“Dia yang sebelum ini dapat melarikan diri daripada serbuan menyedari kehadiran polis dan lari dalam gelap tetapi anjing pengesan berjaya mengekorinya.

“Dia kemudian menyerang anggota yang cuba menahannya menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan mengenai kaki kirinya,” katanya.

Karn berkata, lelaki itu hampir ditangkap polis bulan lalu tetapi sempat melarikan diri ke semak di Tabuan Jaya di sini.

Polis kemudian menemui motosikal yang sering digunakan dalam beberapa kejadian jenayah.



[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-11-26 19:27 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2004-11-26 19:46 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-12-04 19:40


Lelaki dituduh cederakan budak 3 tahun hingga mati
Oleh Saufi Hamzah


GEORGETOWN: Seorang pemasang wayar (wireman) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga mati, dua minggu lalu.



Tan Chin Lee (gambar), 31, dari Lebuh Noordin, didakwa membunuh Khor Wei Hong di sebuah rumah di Gat Lebuh Macallum pada jam 3 pagi, 21 November lalu.

Tan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Cif Inspektor Low Kam Fatt bertindak sebagai pendakwa manakala Tan diwakili peguam, Rafael Prabakaran Abdullah.

Terdahulu, Low meminta mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Rafael pula memberitahu mahkamah bahawa Tan mendakwa dicederakan ketika dalam tahanan polis pada petang Sabtu, Ahad dan Isnin serta ada kesan lebam di kedua-dua belah kakinya.

Beliau memohon mahkamah membenarkan anak guamnya mendapatkan rawatan perubatan dengan segera dan membuat aduan polis mengenai dakwaan dicederakan.

Majistret Priscilla H N Rajan membenarkan permohonan itu dan menetapkan 5 Januari 2005 sebagai tarikh sebutan.

Tan bersama-sama ibu Khor, dipercayai teman wanitanya, ditahan polis dari sebuah rumah di Gat Lebuh Macallum pada 26 November lalu kira-kira jam empat jam selepas kematian Khor, dipercayai penderaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ibu mangsa dibebaskan selepas siasatan awal polis mendapati dia tidak mengambil bahagian dalam penderaan yang didakwa.

Khor, anak bongsu daripada lima beradik dihantar ke Hospital Pulau Pinang pada jam 1 pagi, 26 November kerana demam tetapi tidak sembuh walaupun diberi ubat.

Ibunya memberitahu kakitangan hospital bahawa anaknya mengalami cirit-birit.

Bagaimanapun, mangsa disahkan mati kira-kira 10 jam berikutnya.

Ketika dirawat, kakitangan hospital menemui kesan lebam di bahagian perut mangsa, menimbulkan syak kemungkinan Khor adalah mangsa penderaan.

Salah seorang doktor kemudiannya membuat laporan polis.

Bedah siasat mangsa mendapati Khor mati akibat kecederaan abdomen kerana dipercayai ditendang dan dipukul.

Laporan turut menunjukkan bahawa terdapat kesan lebam yang banyak di seluruh badan mangsa.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 21:53


Mayat ngeri ditemui di perkuburan Cina
Oleh Ismaili Basmawi


BINTULU: Mayat seorang pemuda ditemui dalam keadaan mengerikan dengan tangan kirinya putus, dipercayai akibat ditetak di tanah perkuburan Cina Batu Dua, di sini semalam.



Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner I Abang Wahap Abang Julai, berkata polis menemui mayat itu kira-kira jam 7.30 pagi semalam selepas menerima maklumat orang ramai.

"Pada badan mangsa ada sekurang-kurangnya 20 kesan tetakan, manakala pergelangan tangan kirinya putus, dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam.

“Kita menemui pergelangan tangan kiri mangsa kira-kira satu meter daripada mayatnya. Kita belum pasti sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, polis belum mengenal pasti identiti mangsa.

“Kita hanya menemui sekeping resit sebuah klinik swasta dalam poket mangsa yang tertulis nama seorang lelaki. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada nama itu adalah mangsa atau orang lain,” katanya.

Wahap berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.





dan polis merayu kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

"Kes ini diklasifikasikan kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan beliau meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran mereka.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:38 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-01-05 19:27


Mayat rentung ditemui dalam kereta


SEREMBAN: Satu mayat ditemui rentung dipercayai dibunuh dalam sebuah kereta Proton Perdana V6 di atas kawasan bukit tapak bengkel kereta lama di Batu 6 1/2, Jalan Bukit Mantin, dekat sini petang semalam.



Mayat yang hanya tinggal tulang itu ditemui seorang penduduk orang asli Kampung Belihoi yang melalui tempat berkenaan untuk pulang ke rumahnya kira-kira jam 5.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner 11 Abdul Majid Abdullah, berkata pihaknya dengan bantuan pasukan forensik sedang menyiasat identiti, termasuk jantina mayat berkenaan.

"Kita tidak menemui sebarang dokumen pada mayat yang ditemui di tempat duduk bahagian belakang kerana keadaannya sudah rentung. Kita juga tidak dapat memastikan jantina mayat itu.

"Kita juga sedang berusaha mendapatkan nombor casis enjin kereta berkenaan untuk mengetahui pemiliknya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Turut hadir di tempat kejadian Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taib Latif.

"Daripada siasatan awal dan temubual dengan tiga keluarga penduduk orang asli yang berdekatan tempat kejadian, tidak ada seorang yang melihat kebakaran kereta itu," katanya.

Katanya, pihaknya mengklafikasikan kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Sesiapa yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ng Fook Loong di talian 06-6013222.

"Kita juga meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga tampil untuk membantu siasatan," katanya.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 20:21




ape nk jadi..
ape nk jadi...
sampai sekarang berbunuh lagi...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 15:36


Penganggur menyamar polis mati ditetak
Oleh Hasnira Hassan



MAYAT Abdul Aziz Sarif yang dikatakan menyamar sebagai
polis dipercayai ditetak dijumpai kira-kira 85 meter
daripada rumah kongsi Lombong Pasir Bukit Senggeh
dekat sini, pagi semalam.


MELAKA: Seorang penganggur berusia 43 tahun yang menyamar sebagai anggota polis, mati ditetak ketika cuba merompak pekerja Indonesia di rumah kongsi lombong pasir di Bukit Senggeh, Selandar, awal pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Abdul Aziz Sarif, dari Kampung Jawa, Segamat, mati di tempat kejadian dengan kesan luka kira-kira lima sentimeter di tengkuk akibat ditetak dengan parang dalam pergelutan dengan tiga warga Indonesia.

Dua daripada tiga warga Indonesia itu, Adi Loar Pana, 28 dan Bambang Riyanto Soedarwo, 31, juga cedera di jari serta pergelangan tangan.

Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Melaka (HM) dan dilaporkan stabil. Seorang lagi yang selamat, dipercayai melarikan diri sejurus kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Pemangku Senior Asisten Komisioner I Ayob Mohamed, berkata Abdul Aziz dan rakannya dikatakan pergi ke rumah kongsi itu dengan menaiki Proton Wira coklat.

“Ketika itu, tiga pekerja terbabit sedang tidur dan terdengar jeritan ‘polis’ sebelum pintu rumah terbuka, dipercayai ditendang dari luar,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pekerja itu mendakwa dua lelaki termasuk seorang bersenjata parang mengarahkan mereka menyerahkan wang.

“Dalam ketakutan, mereka menyerahkan RM2,100 serta telefon bimbit. Pada masa sama, seorang pekerja itu menyuluh muka suspek dan menjerit memberitahu dia bukan polis Selandar. Ini menyebabkan suspek berang dan menendang muka pekerja itu sebelum menetaknya.

“Kemudian terjadi pergelutan sebelum seorang pekerja itu merampas senjata dan menetak Abdul Aziz,” katanya.

Abdul Aziz dan rakannya kemudian melarikan diri dan pada masa sama pekerja di rumah kongsi itu membaling besi ke arah kereta penjenayah itu menyebabkan cermin depannya pecah.

Abdul Aziz dikatakan terjatuh kira-kira 85 meter dari rumah kongsi berkenaan sebelum mati. Dia juga dikehendaki polis kerana mempunyai enam kesalahan jenayah, termasuk tuduhan mencuri dan memiliki dadah, dikatakan

“Kita percaya Abdul Aziz bersama seorang atau dua rakannya terbabit dalam kejadian itu. Mungkin hanya seorang yang mengikutnya ke rumah kongsi, manakala seorang lagi menunggu dalam kereta,” katanya.

Ayob berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.30 pagi, dipercayai daripada pekerja Indonesia yang melarikan diri.

Polis merampas parang berukuran 3.6 meter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Polis turut melancarkan Ops Tutup dengan mengadakan sekatan jalan raya di laluan keluar negeri ini bagi mengesan suspek lain sehingga jam 10 pagi semalam.

“Rakan suspek berusia lingkungan 30-an dan kita percaya mereka turut cedera,” katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis di talian 06-2851999 atau 012-2244999.

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:37 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:02


tak habis-habis kes bunuh bunuh bunuh...
alahai malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:32




kenapa, harus membunuh/terbunuh???

kasih sayang dah terhapus dari jiwa manusia ker?





Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:47



Saya dah tak tahu nak cakap apa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

cincai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14080
Posting: 135
Dari: stairway to heaven

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 16:57


pembunuhan berlaku di mana2....
jadi, terapkanlah keimanan dan perasaan kasih syg sesama kita bg mengelakkan pertumpahan darah dr terus berlaku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cincaiProfil   Hantar PM kepada cincai   Quote dan BalasQuote

cincai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14080
Posting: 135
Dari: stairway to heaven

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 20:47


pembunuhan.......
sering terjadi sebab hukum islam tak dilaksanakan secara menyeluruh....
di malaysai contohnya, hukuman yg dikenakan tak berlandaskan syariah islam...
jadi orang ramai tak takut pd hukuman yg bakal dikenakan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cincaiProfil   Hantar PM kepada cincai   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 19:35


Rangka manusia dipercayai milik gadis Melayu


KUALA TERENGGANU: Rangka manusia yang dijumpai di tingkat tiga bangunan Umno Bahagian Kuala Terengganu yang dalam proses pengubahsuaian, pagi Khamis lalu adalah milik seorang gadis Melayu berusia antara 15 hingga 18 tahun.



Mangsa dipercayai mati dibunuh antara tiga dan empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Ayob Abdul Kadir, berkata pakar forensik, Dr Azhari Mohd Noor dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang membuat ujian asid deoksirinukleik (DNA) ke atas rangka itu, kelmarin mendapati ia milik seorang gadis dan dipercayai mati dibunuh antara tiga atau empat bulan lalu.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Ayob berkata, polis akan menyiasat identiti rangka itu melalui laporan kehilangan ahli keluarga selain mengesan pekerja kontrak yang terbabit dalam kerja mengubah suai bangunan berkenaan.

Katanya, penemuan rangka manusia itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, polis turut mengambil keterangan 13 pekerja Indonesia yang bekerja di bangunan itu bagi membantu siasatan.

Ayob berkata, polis menjumpai satu subang besi di telinga kanan dan sebentuk cincin belah rotan di jari manis kanan mangsa.

"Saya meminta ibu bapa yang kehilangan anak perempuan sejak Oktober lalu supaya datang ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membuat pengecaman subang dan cincin yang dipakai mangsa," katanya pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Ayob turut meminta sesiapa yang mengenal mangsa atau ternampaknya berada di bangunan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasatan Kanan, Asisten Superintendan Shamsuddin Yaakob di talian 012-9858300 atau 09-6254222 sambungan 5763 bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, berdasarkan senarai gadis yang dilaporkan hilang di daerah ini tidak ada persamaan dengan rangka ditemui di bangunan itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pekerja kontrak yang membersihkan pejabat di bangunan itu menemui rangka manusia kira-kira jam 12 tengah hari.

Mangsa ditemui dalam keadaan kaki terikat dengan dawai besi dan dibungkus menggunakan tilam nipis yang diikat dengan getah hitam pada kedua-dua hujung kain berkenaan.

Pemeriksaan awal dilakukan sepasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan rangka itu dipercayai diletakkan dalam almari itu di antara tiga dan empat bulan berdasarkan keadaan tulang yang sudah kering.


HEMM NAMPAK GAYA AKAN ADE ENTITI AKAN MENGANGGU BANGUNAN TU...hehe..
tapi ku pelik sungguh..kenapelah baru jumpa..??
jangan biarkan diri anda...dibunuh..dan membunuh..kerana ianya cukup membawa anda kepada kematian!!

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-06 19:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syedd
Warga Rasmi
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14206
Posting: 14
Dari: Bumi Allah

Pahang  


posticon Posting pada: 10-02-05 00:32


Penoreh mati, isteri parah diserang penyamun
Oleh Mona Ahmad



ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa samun, di kebun
getah Kampung Jeliting, Batu Melintang, Jeli.
- Gambar oleh Haris Ibrahim

JELI: Seorang penoreh getah ditemui mati, manakala isterinya cedera parah selepas bergelut dengan penyamun di sebuah kebun getah di Kampung Jeliting, dekat Batu Melintang di sini, awal pagi semalam.



Warga Thailand, Dollah Maidin, (gambar) 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, bahu kiri, dagu dan bahagian badan lain, dipercayai dipukul dengan objek keras, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi.

Isterinya, Che Gayah Ishak, 40, yang berasal dari Rantau Panjang, ditemui pengsan dan cedera di kepala, kini dirawat di Hospital Jeli. Keadaannya dilaporkan stabil.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai samun kerana barang kemas bernilai RM4,000 dan wang tunai RM400, yang dikatakan dibawa oleh wanita berkenaan ketika menoreh, didapati hilang.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Nordin Jaafar, berkata pasangan suami isteri itu menoreh getah di kebun yang mereka pawah daripada penduduk kampung, sejak beberapa tahun lalu.

“Che Gayah dikatakan menjerit dan pengsan selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba menyamun barang kemas dan wang tunai yang disimpan dalam beg pinggangnya ketika menoreh.

"Jeritan itu didengari suaminya yang berada tidak jauh dari situ, lalu datang membantu isterinya sehingga berlaku pergelutan dengan dua lelaki berkenaan. Dollah dipukul dengan kayu dan diserang dengan senjata," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, polis melancarkan gerakan mengesan tiga lelaki warga Thai berusia antara 30 hingga 40 tahun dipercayai berasal dari Tanjong Mas dan Narathiwat bagi membantu siasatan.

Difahamkan, tempat kejadian hanya terletak kira-kira enam kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand dekat Sukirin, yang mempunyai laluan haram untuk ke negara jiran.

Ahmad Nordin berkata, suspek dipercayai mahu menyamun Che Gayah tetapi membunuh suaminya setelah dia melawan.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di kebun itu bersama isterinya yang pengsan sebelum ditemui dua penoreh lain yang membawa mereka keluar dari kebun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Che Gayah tidak pernah meninggalkan barang kemasnya di rumah kerana khuatir dengan keselamatan berikutan kediaman mereka yang kosong.

Sementara itu, anak tiri mangsa, Ramlily Alias, 21, berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian menimpa ibunya itu daripada penduduk kampung kira-kira jam 6 pagi dan terus ke tempat kejadian.

"Saya memapah ibu saya yang berlumuran darah. Emak beritahu saya, ada lelaki memintanya duit dan kerana tidak mahu memberi wang itu, dia dipukul. Setahu saya, ibu dan bapa tiri saya tiada musuh. Saya tidak tahu mengapa mereka disamun dan dicederakan," katanya ketika ditemui di rumah jirannya di Kampung Kalai, di sini.

Ramlily, pekerja resort di Pulau Perhentian dan sedang bercuti berkata, bapa tirinya baru saja kembali dari Thailand kelmarin selepas mengundi pada pilihan raya umum negara itu.

Ibunya berkahwin dengan Dollah sejak lapan tahun lalu tetapi tidak mempunyai anak. Jenazah mangsa dikebumikan di Kampung Kalai, Batu Melintang, di sini.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syeddProfil   Hantar PM kepada syedd   Pergi ke syedd's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-02-05 16:19


Speechless

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 14-02-05 16:43




dekat USA purata org kena bunuh ade 2 orang setiap 5sec...emm nyawa dah xbernilai kot..

-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 13:45


Pemandu teksi mati ditembak





KOTA KINABALU: Seorang pemandu teksi warga tua ditemui mati dalam kenderaannya dengan satu kesan tembakan di bahu kanan di jalan Kampung Mangkalinau, Kilometer 4.8 Jalan Bomba, Sandakan, tengah hari semalam.

Lahami Bako, 64, seorang rakyat tempatan dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki.

Ketika kejadian, orang awam mendengar satu das tembakan dan melihat dua lelaki melarikan diri ke arah kampung berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mashud Awang Hamid, mengesahkan kejadian itu dan berkata motif pembunuhan masih disiasat.

Katanya, senjata api yang digunakan menembak mangsa juga masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata sebaik mendapat maklumat, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk bedah siasat.


Bicara wanita dituduh bunuh suami 12 April





KAJANG: Mahkamah Majistret di sini, semalam menetapkan 12 April depan untuk sebutan semula kes seorang wanita yang dituduh membunuh suaminya di rumah mereka pada November tahun lalu.

Majistret Harmi Thamri Mohamad, membuat keputusan itu selepas Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor R Nachipen, memaklumkan mahkamah bahawa laporan kimia dan perubatan kes itu belum diperoleh.

Pada 24 November lalu, Shamim Bano Mohammaed Farooque, 37, dan operator mesin, Javeed Akhtar Abdul Waheed, 35, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik, Reyaz Ahamed Maruf, 39.

Kedua-duanya warga negara India itu, dituduh melakukan perbuatan itu di No 20, Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, antara jam 3 hingga 5 pagi pada 8 November 2004.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Javeed Akhtar diwakili peguam Kevin De Rozario manakala Shamim Bano tidak diwakili peguam.

Tuduhan terhadap mereka dibacakan sekali lagi semalam. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.




malaysia ke arah negara pembunuhan

[ Posting ini telah di edit oleh: syed pada 2005-02-15 13:56 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 21:29


semalam punya kes 16hb feb 2005

Mayat bogel dipercayai pelajar


BANTING: Mayat wanita berbogel yang ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Kanchong Tengah di sini pada Ahad lalu dipercayai pelajar sebuah kolej di Seremban.



Mayat yang memakai gelang batu jed pada tangan kiri ditemui terlentang dan terbenam dalam longkang kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berasal dari China.

Sumber polis berkata, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa yang berusia 17 tahun dirogol dan diliwat sebelum dibunuh serta dicampakkan dalam longkang.

"Mangsa dipercayai mati sesak nafas kerana dicekik dan siasatan awal mendapati dia mati lebih 48 jam sebelum mayat ditemui," katanya.

Beliau berkata, polis masih belum mengenal pasti identitinya dan keluarga mangsa akan tiba dalam masa tiga hari dari China untuk pengecaman.

Sumber itu juga berkata, beberapa rakan kolej mangsa dikatakan datang ke Hospital Banting kira-kira jam 2 petang semalam untuk pengecaman.

"Rakan mangsa hanya mengecam berdasarkan potongan rambut dan gelang batu jed yang dipakai.

"Mereka tidak pasti kerana mengenali mangsa kurang daripada sebulan," katanya.

Beliau berkata, polis belum mengetahui bagaimana atau di mana lokasi sebenar mangsa dibunuh tetapi dipercayai dilakukan lelaki yang berbadan tegap.

Katanya, polis juga tidak menemui sebarang cebisan pakaian, dokumen pengenalan diri atau senjata pembunuhan serta tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan ke situ.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.


lagi kes...

Nelayan mati ditikam rakan





PANTAI REMIS: Seorang nelayan berusia 40 tahun mati ditikam selepas bertengkar dengan seorang rakannya sendiri di Taman Bintang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, Tan Chu Kong ditikam beberapa kali dengan senjata tajam selepas mangsa pulang daripada menghadiri satu majlis perkahwinan rakannya yang dilangsungkan sempena Hari Memperingati Kekasih.

Mangsa mati dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Pantai Remis di sini, ketika dihantar keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan, G Selva Kumar, berkata sebaik sampai di rumah untuk berehat, mangsa didatangi rakannya yang juga seorang nelayan bagi membincangkan sesuatu.

Katanya, mangsa keluar mendapatkan rakannya itu, manakala isteri dan keluarganya berada di rumah.

“Ketika berbincang di hadapan rumah tiba-tiba berlaku pertengkaran antara mangsa dan rakannya itu.

“Rakan mangsa yang berumur 50 tahun itu dikatakan mengeluarkan senjata tajam dan menikam mangsa beberapa kali di badannya sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


lagi2 dan lagi...kes..



Buruh mati usus terburai


PUCHONG: Seorang buruh binaan warga Indonesia ditemui mati dengan usus terburai selepas pergaduhan dengan dua lelaki di rumah kongsi Taman Puchong Utama, di sini petang semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang daripada lelaki yang menyerang mangsa, cedera pada perut akibat tikaman senjata tajam, manakala rakannya cedera tangan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata polis mendapat maklumat kejadian jam 5.30 petang dan sejurus tiba mendapati mangsa yang berusia awal 50-an sudah mati berlumuran darah.

Selepas ditikam, mangsa dikatakan berlari lebih 50 meter untuk mendapatkan pertolongan, tetapi rebah dan meninggal dunia.

Polis bagaimanapun belum mengenal pasti identitinya kerana tiada dokumen pada mayat.

Katanya, tidak lama selepas itu polis mengesan dua lelaki yang menyerang mangsa dan menahan mereka berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Suspek yang masing-masing berusia 42 tahun dan 50 tahun melarikan diri sejurus menyedari kedatangan polis ke rumah kongsi yang didiami lebih 100 pekerja Indonesia itu


takutnya...ngerinya...ape nak jadi ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-05 20:21


Peguam maut, isteri cedera ditembak


KUCHING: Seorang peguam mati manakala isterinya cedera, dipercayai ditembak pembunuh upahan, di depan sebuah restoran di Jalan Rubber di sini, petang semalam.



Fabian Lim, 45, seorang peguam terkenal di bandar raya ini mati dalam perjalanan ke hospital selepas terkena dua tembakan dari jarak dekat di kepala dan leher ketika mengundurkan keretanya di restoran berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching, DSP Zani Che Din, berkata isteri Lim yang turut berada di dalam kereta Mercedes Benz putih yang dipandu mangsa, juga cedera akibat terkena tembakan.

“Suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dan turut mencederakan isteri mangsa,” katanya di tempat kejadian.

Kedua-duanya dibawa ke Hospital Umum Sarawak oleh orang ramai, namun Lim disahkan meninggal dunia.

Zani berkata, polis menemui dua kelongsong peluru serta sebutir peluru hidup jenis 0.45mm di tempat kejadian.

Lim adalah seorang peguam di firma guaman Lim And Lim Advocates yang beroperasi hampir dengan tempat kejadian.

Sementara itu, seorang saksi yang ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa hendak kembali ke pejabatnya berhampiran tempat kejadian selepas minum petang bersama beberapa rakannya di restoran itu.

Beliau berkata, dua lelaki berjaket hitam dan bertopi keledar penuh, melarikan diri menggunakan motosikal Modenas selepas melepaskan tembakan itu.

Ketua Polis Kuching, Asisten Komisioner Kassim Yusoff, ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat dari segala aspek termasuk kemungkinan motif balas dendam.

Difahamkan, polis melancarkan operasi besar-besaran sejak malam tadi termasuk mengadakan sekatan jalan raya terutama di sekitar Serikin, bagi memburu dua pembunuh berkenaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 11:50


Maut ditikam 15 kali:
Mayat wanita dicampak tepi jalan

Oleh Azmi Md Deros, Rudy Fazrunisyam Samarudin dan M Hifzuddin Ikhsan



ANGGOTA polis memeriksa mayat Rosbaita Yahaya (gambar kecil)
yang ditemui berlumuran darah di Kilometer 1.6 Jalan
Bangi-Semenyih, semalam.




BANGI: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemui mati dibunuh kejam dengan 15 kesan tikaman di dada dan badan, di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bangi-Semenyih, di sini pagi semalam.

Mayat Rosbaita Yahaya, pekerja kilang Sony di sini, ditemui tertiarap oleh orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah, sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Ismail Mat Sidek, berkata polis menemui empat kesan tikaman senjata tajam dipercayai pisau di dada mangsa, manakala 11 lagi di belakang.

Tapak tangan kanan mangsa turut cedera dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

Bagaimanapun, polis tidak menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian seluar sukan, baju kemeja dan jaket.

Katanya, polis percaya Rosbaita dibunuh di tempat lain oleh penyerang dikenali, sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan berhampiran jambatan landasan komuter di situ.

Polis turut menemui kesan cengkaman tayar kenderaan yang dipercayai dipandu dalam keadaan memecut berhampiran tempat mayatnya dibuang.

Mangsa yang belum berkahwin berasal dari Muar, Johor, dikatakan sudah bekerja di kilang elektronik itu sejak lebih 10 tahun lalu.

“Polis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana semua barang berharga, termasuk wang tunai RM31, cincin serta kad pengenalan dan lesen memandunya tidak diusik.

“Berdasarkan tikaman polis mengesyaki pembunuhan itu bermotifkan dendam atau cemburu,” katanya di sini, semalam.

Sepasukan anggota unit forensik dan anjing pengesan turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Ismail berkata, polis percaya mangsa dibunuh kurang 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.

Polis juga sedang mengesan kereta Proton Wira milik mangsa dengan nombor pendaftaran JDB 2818.

Ismail meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Kajang, Asisten Superintendan Ramlan Abdul Razak di talian 019-5685999 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, di Muar, ibu Rosbaita hampir pengsan sebaik menerima berita malang yang menimpa anaknya.

Asiah Kassim, 60, terkejut selepas mendapat tahu perkara itu apabila menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Beliau hanya mendapat tahu kejadian yang menimpa anak ketiganya itu apabila didatangi dua anggota polis dari IPD Muar yang memintanya menghubungi seorang pegawai polis di Kajang.

Asiah yang dalam keadaan sedih dan terkejut tidak dapat ditemu bual kerana masih tidak dapat berkata-kata dan lemah selepas menerima berita kematian anaknya itu.

Menantunya, Abu Buang, 35, ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga terkejut dan tidak percaya dengan berita kematian Rosbaita.

“Saya hanya dimaklumkan berhubung kejadian itu selepas ibu mentua menghubungi saya dan meminta datang segera ke rumah keluarga di Jalan Bakri, di sini.

“Ibu mentua saya hampir pengsan sebaik dia mendapat tahu kejadian yang menimpa Rosbaita. Kami masih tidak percaya kerana hampir setiap minggu arwah (Rosbaita) akan pulang ke kampung untuk bertemu ibunya.

“Kali terakhir dia pulang minggu lalu dan seperti biasa arwah akan bermalam di rumah ibu sekurang-kurangnya satu malam sebelum pulang semula ke Kajang,” katanya.

Difahamkan, keluarga Rosbaita bertolak ke Kajang petang semalam, beberapa jam selepas mengetahui kejadian itu bagi menuntut jenazah untuk dikebumikan, di kampungnya di Muar

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 21-02-05 12:02




takder laie, ker cara lain nak menangani masalah... berbincang adalah sebaik-baik cara jalan penyelesaian. Cara ini jugak digunakan ketika zaman Rasulullah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 02:37


Ahmad Najib dihukum gantung


SHAH ALAM: Bekas penyelia pencuci kabin kapal terbang Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh penganalisis IT Canny Ong Lay Kian tiga tahun lalu.



Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee juga mendapati Ahmad Najib, 29, bersalah merogol Ong, 28, dan menjatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan rotan.

Beliau memerintahkan Ahmad Najib menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu 20 Jun, 2003.

Muhamad Ideres dalam penghakimannya berkata pendakwaan membuktikan kes prima facie untuk kedua-dua tuduhan itu terhadap Ahmad Najib.




Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 07:01




takutnya ana bila banyak orang mati disebabkan kerana bunuh. disebabkan itu..ana terpaksa duduk di london sekejap sementara menunggu walid ana nak letak ana belajar kat mana untuk ijazah. sedihnya ana.. kan best kalau kes bunuh ni tak banyak sgt. disebabkan kes ni juga, walid ana terlalu fobia ..takut kalau ana dibunuh atau dilarikan oleh orang..sedihnya hati bila duduk negara lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-02-05 11:43




Isnin lalu ana dikejutkan dgn pembunuhan jiran ana di Sg Buloh Country Resort. Beliau seorg surirumah dan mengupah seorg Indonesia utk ubahsuai bahagian belakang rumahnya. Beliau dibunuh oleh org Indonesia tersebut dgn tujuan rompakan. Beliau mati akibat tikaman bertubi2 di badannya. Suspek berjaya ditangkap pd hari yg sama. Al-fatihah..........

Sumber : En. Suhaimi_sr


Suhaimi Hj Abd Karim
Student of Millionaire
[email protected]
Supplier for Jus Mengkudu, Jus Cenkudu, Kopi Cenkudu, Spirulina, Kordial Mengkudu, Ubat Gigi Cenkudu, Tea Cenkudu, Syampu & Gel Mandian Cenkudu.

BUNUH LAGI?? APA KES??

[ Posting ini telah di edit oleh: Rindu_Rahayu pada 2005-02-24 11:44 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» bunuh!bunuh!bunuh!

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.199588 saat. Lajunya....