Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 13-12-2024 |
|
Sukan dan Riadah
|
Moderator: Administrator, mohamad |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | liga super!!!!! |
---|---|
syed |
Posting pada: 09-02-04 19:12
asslamualaikum wbt..
hemm kita ubah citarasa sikit2..liga super 2004 akan membuka tirainya yang pertama kali pada hujung minggu ini..adekah dgn di anjurkan liga seumpama ini akan meningkatkan mutu bolasepak di negara kita ni???hemm jangan tunggu jawab ya akhi karimm...wassalam |
ahmad_azhar |
Posting pada: 17-02-04 15:32 TENDANGLAH BOLA YANG SEWEL NI = ----------------- ku lihat,ku dengar & ku rasa, ku hirup,ku hayati & ku sedar, hanya satu keinginanku, Wasatiah... |
Engku_Salina |
Posting pada: 19-02-04 11:22 kalau tukar nama liga je tak guna jika prestasi pemain tak meningkat... Liga super untuk bola sepak negara Oleh Mohd Rizal Jaafar Syabas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pelancaran Liga Super secara rasminya Sabtu lalu. Saya turut tidak melepaskan peluang membawa seluruh ahli keluarga menonton perlawanan antara negeri kelahiran saya Pahang dengan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun keputusan berakhir seri tanpa jaringan, saya amat berpuas hati dengan komitmen pemain dan pasukan. Begitu juga dengan sokongan penonton yang begitu hebat, bagaikan menonton perlawanan akhir Piala Malaysia. Namun begitu ini hanyalah langkah pertama. FAM perlu memastikan minat penonton bertambah setiap hari. Liga Super bakal menjadi kejohanan bertaraf elit di rantau ini, dan untuk memastikan ia menjadi kenyataan, perlu ada perubahan besar dari segenap aspek. Tiga aspek utama yang mesti diutamakan oleh setiap pasukan ialah kualiti permainan, penyiaran dan strategi pemasaran. Ketiga aspek ini perlu bergerak seiringan, kerana tanpa satu yang lain tidak akan bergerak dan hasrat menyaksikan bola sepak Malaysia cemerlang tidak akan berjaya. Tidak dinafikan lagi, ini adalah tunjang kepada usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air yang sering diperkecil-kecilkan. Selayang pandang, kualiti pemain kini sudah semakin bagus, terutamanya skil individu dan kreativiti setiap pasukan. Yang mungkin kurang adalah usaha berpasukan, kesinambungan dan semangat tidak mengalah. Oleh itu kursus harus diberi kepada setiap pemain yang akan bergelar professional untuk faham pengurusan bola sepak secara total. Kehadiran pemain import pada saya hanya penambah seri kepada kejohanan. Mereka ini bukannya bagus sangat di negara masing-masing (kalau mereka bagus mereka akan bermain dengan kelab yang lebih bagus). Namun kehadiran mereka dapat menjadi kayu pengukur kepada kehandalan sesebuah pasukan. Badan bertanggungjawab seharusnya cuba memanfaatkan hak dan bentuk penyiaran yang boleh diberikan kepada stesen televisyen tempatan. Selain Liga Super dan Liga Perdana banyak lagi liga lain yang ramai pengikutnya di negara kita. Bagi Liga Super, saya mencadangkan agar satu siaran secara langsung diadakan setiap Sabtu dan dinamakan `Dari Stadium Nasional'. Ia memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk datang menyaksikan pasukan mereka. Liga Super secara idealnya akan melenyapkan semangat kenegerian dan akan menyuntik semangat menyokong pasukan yang handal dan mempunyai nilai komersial tinggi. Saya amat bersetuju bahawa pasukan negeri sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Ia mencacatkan usaha untuk membantu sukan bola sepak bertaraf profesional di negara kita. Untuk bergerak sendiri, pasukan mesti mempunyai sumber kewangan yang mantap. Bagi penonton di televisyen, saya pasti pihak berwajib sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa setiap perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan liga-liga yang lain ke kaca televisyen anda dalam masa terdekat ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama memberi sokongan untuk memastikan segala usaha memartabatkan bola sepak tanah air berjaya. Sumber: Utusan Online ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat |
kamil |
Posting pada: 19-02-04 15:13
Pada pandangan saya liga super tak akan kemana,selagi profesionalisma pemain masih di tahap lama.Perlawanan pertama mengambarkan kelemahan pada asas pemainan bola sepak.Seperti hantaran tak tepat,kawalan bola masih lemah.
----------------- ukhuwwah |
syed |
Posting pada: 20-02-04 01:44
assalamulaikum wbt..ye ke..tak ke mane liga super ni??
saya rase di sana ade sedikit perubahan yg mana insyaallah dapat mengubah senario bola sepak negara kita..walaupun di peringkat awal..saya rase banyak impak2 awal yg agak positif..akhir kalam.. majulah sukan utk semua... saya sokong pahang!!!! |
Engku_Salina |
Posting pada: 24-02-04 16:36
Liga Super belum panas
JIKA menghakimi dua perlawanan awal, kempen bola sepak Liga Super, liga baru yang dicanang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), belum lagi mampu berputik. Biarpun Pahang gagah di tangga teratas dengan Public Bank membuat kejutan berkongsi mata dengan Tok Gajah, kualiti aksi yang dipamerkan belum mampu menyamai gelaran super. Ramai yang kecewa dengan situasi itu sepanjang minggu lalu. Liga Super yang diharap dapat menjana aksi lebih profesional, lebih menghibur dan lebih mengasyikkan, masih terus seperti tahun-tahun sebelumnya. Hasrat murni FAM memperkenalkan liga baru itu untuk melihat bola sepak tempatan dapat melonjak ke satu lagi tahap tertinggi harus dipuji tetapi berdasarkan dua perlawanan awal itu, aksi pemain sebenarnya belum mampu membawa sukan ini ke peringkat yang diharapkan. Perlawanan pembukaan antara Pahang dengan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil 14 Februari lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen, selain tiga lagi aksi di luar ibu kota, mengecewakan ramai pemerhati. Gelaran super belum lagi boleh diberi kepada barisan pemain atau pasukan yang bertanding, kecuali kejohanan atau pertandingan itu sendiri. Di sini jelas, banyak yang perlu diperbetulkan untuk menyelamatkan Liga Super. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah harus gusar melihat perkembangan awal itu, kerana beliau hanya meletakkan tempoh tiga tahun untuk liga ini, atau beliau melepaskan jawatannya. Usah kita bermegah dan terpekik terlolong apabila pasukan kesayangan menjaringkan gol, walhal aksi keseluruhan yang dipamerkan setaraf atau mungkin lebih buruk berbanding pertandingan bawah 14 tahun. Mungkin tidak adil kenyataan seperti ini dibuat kerana Liga Super baru sahaja bermula tetapi itulah hakikat sebenarnya jika melihat kepada aksi awal pemain. Kualiti `super' tidak ada pada pemain, cuma gelaran kepada pertandingan itu buat ketika ini. Ramai yang tidak akan menolak kenyataan ini. Apa pun, banyak lagi masa untuk Liga Super diselamatkan, cuma ia terletak kepada pemain. Hanya pemain yang mampu menentukan hala tuju bola sepak tempatan. Pemain juga harus sedar tentang kewajiban meningkatkan prestasi, kualiti dan imej diri sendiri, bukan sekadar turun ke padang dan menyepak bola ke depan. Buat ketika ini, benih yang disemai memang belum berputik tetapi jika rajin dibajai dan disirami, putik akan berkembang menjadi bunga yang harum mewangi. Sumber: Utusan Online p/s: sokong Terengganu w/pon tak tersenarai dlm liga super... moga jadi juara Liga Perdana... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat |
syed |
Posting pada: 24-02-04 20:29
betul tu..hemm ape2 pun diharap liga super ni akan menjadi lebih meriah..labih daripada sambutan si mariah carey tu..dan jadikan suka sebagai salah satu cabang dalam ibadah..dan lagi jangan lupo yang nak pi nonton tunaikan solat maghrib tu dulu..wassalam..
|
umair |
Posting pada: 25-02-04 13:32 bersemangat jugak kak engku ni ... setakat ni ana rasa mungkin tiada lagi kesannya mungkin akan datang mana la tahukan... tetapi ana rasa banyak lagi perkara yg harus diperhatikan oleh FAM ....ana cukup kecewa ari tu perlawanan pembukaan antara perak ngan pahang .....ana harap liga super ni akan menjadi satu tempat untuk pemain malaysia menunjukkan aksi sebenar mereka ....hidup kejor yob kejor!!! |
miyuki |
Posting pada: 05-03-04 18:04
LIGA SUPER? hmm...kalau bab bola yg tempatan..maka tidak dapat dinafikan bahawasanya saye adalah penyokong setia PERAK!!!
yeah..kejo yop kejo..kalo kat sini ade gak liga super2 nih...SUPER 12.tapi utk rugby aa..yeah..ho rugby go!!!! |
syed |
Posting pada: 05-03-04 22:56 |
umair |
Posting pada: 06-03-04 07:27 nampaknya ana rasa liga super ni semakin hari semakin panas.....ana rasa kebangkitan setiap pasukan semakin nampak ....mungkin perlukan sedikit masa lagi kita tengok siapa yg akan juara,jika tidak penyandang juara liga tahun lepas.....jangan marah yer kejor yob kejor ...... |
syed |
Posting pada: 03-04-04 19:52
Pahang enggan ambil mudah
Oleh Mohd Rafi Mamat SELAKU pendahalu Liga Super 2004 (MLS 2004), Pahang tetap menghormati keupayaan setiap lawannya, tanpa memandang rendah seterusnya mengambil mudah pada pertemuannya dengan Sarawak di Stadium Darulmakmur malam ini. Sebaliknya, setiap lawan yang ditentang mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri yang mengundang padah jika sikap cuai serta sambil lewa terus diamalkan. Jurulatih Tok Gajah, Zainal Abdin Hassan berkata walaupun Pahang kini berada pada kedudukan terbaik Liga Super namum itu bukan pasport untuk memperlekehkan lawan yang cita-cita besar membuat kejutan. âSehubungan itu, saya sering kali mengingatkan pemain Pahang supaya memberi perhatian serius pada setiap perlawanan yang diharungi bagi memastikan peluang meraih kejuaraan menjadi kenyataan. âTumpuan serius kepada perlawanan selain bersemangat perlu dipamerkan setiap pemain untuk kita melakar kecemerlangan kali ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri,â katanya di Kuantan semalam. Mengenai kelibat pemain, tegas Zainal dia perlu lebih teliti dalam menyenaraikan barisan pemain malam ini berikutan kecederaan penyerang Hairuddin Omar, Jalaluddin Jaffar dan Rosdi Talib. Selain itu kelibat awang import, Spinelli Fernandi Horacio yang menerima dua kad kuning sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan pasukan Pahang pada pertemuan dianggap sengit kali ini. âSaya masih memikirkan kelibat pemain mana yang akan diturunkan malam ini berikutan kehilangan empat tonggak utama. Tersalah percaturan padah akan diterima Pahang. âPerbincangan dengan penolong saya (Ahmad Yusuf) dan beberapa pemain senior akan dilakukan bagi mengenal pasti pemain mana yang akan diturunkan,â katanya yang mengharapkan sokongan padu peminat setia Tok Gajah datang ke Stadium Darulmakmur malam ini. Zainal menambah, selain penekanan kepada kekuatan pasukan Pahang dia juga perlu mengkaji kelemahan lawan (Sarawak) bagi memudahkan misi menjinakkan Bujang Senang yang terbukti memiliki semangat kental. âSaya percaya Sarawak akan turun dengan satu matlamat itu menewaskan Pahang, sehubungan itu keghariahan itu akan saya gunakan untuk menjinakan mereka yang berusaha mencari mata berharga. âSaya tidak menganggap kehilangan empat tonggak utama akan menjejaskan rentak Tok Gajah kerana pemain lain juga mempunyai kehebatan tersendiri,â katanya yang berharap kemenangan terus menyebelahi Pahang. Beliau berkata pengalaman luas Azizul Kamaluddin akan terus digunakan untuk digandingkan Fadzli Saari selain mendapat bantuan Cominelli Lucas Ariel dan Subri Sulong. |
Jackie_uniten7 |
Posting pada: 03-04-04 22:51
bola sepak Malaysia ni part best die final je. final baru nampak penonton
[ Posting ini telah di edit oleh: Jackie_uniten7 pada 2004-04-04 09:25 ] |
salleh_y |
Posting pada: 03-04-04 23:45
..
bola..msia punya pemain kene byk tgktkan perfomance ----------------- Senaraikan Laman Web Islam Disini |
ghaznawi |
Posting pada: 05-04-04 09:42
liga super masih baru lagi dan pasukan belum temui sentuhan lg. jd x boleh nak komen lebih2 jgn hanya nama aje tukar tp mutu masih di takuk lama sudah.jika permainan bagus peminat pun ramai nak dtg kalau x buat buang duit n masa aje.buat peminat pasukan perak teruskan sokongan anda.
dulu,kini dan selama bersama pasukan perak..kejor yop kejor. ----------------- fikirkan kelebihan diri untuk bersyukur bukan untuk bermegah diri. |
syed |
Posting pada: 09-04-04 23:23
Milicic diharap tajamkan serangan Pahang
Oleh Mohd Rafi Mamat CABARAN baru bersama Pahang menanti penyerang Ante Milicic, yang yakin boleh menambahkan sengat jentera serangan Tok Gajah. “Pahang sebuah pasukan yang handal dan hebat, justeru tidak rugi saya mengambil keputusan bersama mereka untuk sama-sama memburu kejuaraan Liga Super. “Kehadiran beberapa pemain kebangsaan juga menjadi senjata utama Pahang mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam. Dia berkata memanglah corak permainan Parramatta Power (kelab asal Ante Milicic) dan Pahang berbeza. Tetapi sebagai pemain import, dia perlu berusaha membentuk persefahaman yang mantap, terutama dengan bahagian tengah dan gandingan di barisan serangan. “Sebagai penyerang, tugas utama saya ialah untuk menjaringkan seberapa banyak gol pada setiap peluang, selain membentuk persefahaman dengan pemain tengah. “Jika usaha saya ini mencapai kejayaan yang diharapkan, tidak mustahil skuad Pahang yang dibimbing Zainal Abdin Hassan mencatat kejayaan bermakna dalam Liga Super.” Ante Milicic berkata dia sebelum ini mengetahui serba sedikit perkembangan bola sepak Malaysia menerusi rakan-rakan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana. Dia juga berharap kejayaannya dalam Liga Australia dan Eropah sebelum ini dapat diteruskan dalam Liga Super yang tidak kurang hebatnya terutama dengan kehadiran pemain import dan tempatan yang berkualiti. “Kontrak saya bersama Pahang akan tamat pada 31 Disember 2004. Justeru, peluang terbaik ini akan digunakan sepenuhnya untuk membalas sepenuh kepercayaan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). “Mengenai cuaca panas dan makanan Asia, itu tidak banyak menimbulkan masalah dan yakin dapat menyesuaikan diri,” katanya. Pahang dijangka menurunkan Ante Milicic pada perlawanan Piala FA bertemu Kesura Pahang di Stadium Darulmakmur, 13 April ini. Bagaimanapun, peluang penyerang yang muncul penjaring terbanyak (19 gol) Liga Australia itu hanya akan diputuskan selepas sijil perpindahan diperoleh. |
rebana |
Posting pada: 10-04-04 01:35
lek dlu...liga super nih baru nk pnas badan..korang dah pikir bukan2...bagila depa masa...ingat senanng ke?korang semua lg kutuk depa main xbetul...sng korangla turun padang...tunjuk skill korang tuh..ingt senang ke nak kuasai bende nih..bukan sebarang..setiap kali depa main..depa bawa depa punye maruah sekali...klu main utk negara..depa bawa maruah negara...korang plak..senang2 je kutuk...cakap lebih je...pikila..koman2 pun...bagila semangat..klu korang leh ade semangat nk satukn umat Islam..nk tentang yahudi..nk itu nak ini...xkn pasal bola nih xleh positif sket....sori..nih utk mereka2 yg xreti pikir je...dan yg terasa..yg lain..xperlu tau sgt2....aku tau korang semua bijak2 belaka...klu tak..xde la yg leh mengeja..pandai guna pc..surfing lg..leh masuk u plak tu..tp xreti pkir dgn sebijaksananya....ok...ci vediamo!
|
syed |
Posting pada: 15-04-04 19:12
Empat pasukan Liga Super mara
Oleh Suzianah Jiffar, Mohd Anwar Patho Rohman, Johan Afandi, Azizan Hashim dan Kamuddin Baharom EMPAT pasukan Liga Super mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan lawan masing dalam perlawanan kedua pusingan kedua malam tadi yang turut menyaksikan empat pasukan dalam liga elit tempatan itu berentap sesama sendiri. Sabah, Perak, Pahang dan Perlis masing-masing mengekalkan status elit mereka apabila mewakili pasukan Liga Super yang mara ke pusingan seterusnya, manakala pasukan lain yang mara ialah Terengganu, Tentera, Johor FC, PKNS Selangor, Telekom Melaka dan Selangor. Begitupun kemaraan dua pasukan Liga Super â Sabah dan Perak â adalah lebih sukar apabila masing-masing menyingkirkan pencabar dari liga yang sama di mana Sabah menewaskan Pulau Pinang 1-0, untuk mara dengan agregat 2-1 selepas terikat 1-1 pada perlawanan pertama, manakala Perak yang ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama menyingkirkan Sarawak dengan agregat 3-1 hasil kemenangan 2-0 malam tadi. Di Stadium Likas, Sabah mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0. Tendangan deras Zaykiel Leong pada minit ke 57 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang, Zuraimi Hassan berikutan kesilapan pemain pertahanan pasukan pelawat. Pada babak pertama kedua-dua pasukan gagal memperoleh sebarang gol sambil penonton dihidangkan dengan corak permainan yang agak hambar di awal permainan. Selepas gol pertama pada minit ke-57, tuan rumah lebih agresif mempamerkan corak perlawanan bertahan sambil cuba mencari gol menerusi gandingan Zaykiel dan Keith Gums. Pasukan pelawat pula tidak putus asa untuk mencari gol bagaimanapun tuan rumah juga terus bersemangat dan lebih banyak bertahan serta melancarkan serangan untuk menambah jumlah gol seterusnya. Di Stadium Perak, tuan rumah menunjukkan pintu keluar kepada Sarawak dengan kemenangan 3-0 untuk menyingkir Bujang Senang 3-1 melalui agregat. Jaringan kapten pasukan, Ahmad Shahrul Azhar pada minit ke-27, Khalid Jamlus (55) dan Frank Seator (90) memastikan anak buah Tonni Netto mara ke pusingan ketiga. Perak yang turun dengan misi memadam defisit 0-1 nyata tidak membuang masa untuk melancarkan serangan sebaik sepak mula untuk mengenakan cengkaman hebat kepada pelawat. Walaupun mendapat tentangan daripada anak buah Trevor James Morgan tetapi benteng pertahanan tuan rumah berjaya menyekat Robert Eshun dan rakan daripada melakukan sebarang kemusnahan. Di Stadium Utama, Kangar impian Perlis untuk terus beraksi dalam saingan Piala FA musim ini menjadi kenyataan apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-0 pada perlawanan kedua pusingan kedua. Kejayaan anak buah Norizam Bakar itu, yang juga naib juara Piala FA 2003 membolehkan mereka mengatasi lawan dengan agregat 5-2 selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional 26 Mac lalu. Jaringan pertama Perlis dihasilkan melalui penyerang utama Philemon Chipita pada minit ke-10 manakala jaringan kedua oleh Zainuddin Ariffin pada minit ke-75 dan gol ketiga melalui pemain gantian Mohd Faizal Esahar, yang masuk menggantikan Tengku Hazman Raja Hassan pada minit akhir. Secara keseluruhan Perlis bermain agak baik untuk merealisasikan impian mencatat kemenangan di gelanggang sendiri sekali gus menempah tempat ke pusingan ketiga Piala FA musim ini. Bagaimanapun, beberapa peluang terbaik menambah jaringan gagal dimanfaatkan termasuk sepakan penalti pada minit ke-72 selepas Yusri Che Lah dijatuhkan tetapi Lamin Chonte Jr, yang diberi kesempatan mengambil sepakan gagal menyempurnakannya. Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, pemain import Tentera dari Nigeria, Edmond Kingston menjadi pemusnah harapan skuad Jengking selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85. Gerakan solonya dari luar kotak penalti melepasi tiga pemain pertahanan Johor, sebelum melepaskan tendangan deras paras pinggang melepasi penjaga gol Johor, Yusman Hassan yang gagal menahan percubaan itu. Sebelum itu, perlawanan seakan jela s memihak kepada Johor selepas pemain pertahanan Tentera, Mohd Kahirul Kamarul dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohd Saat Hassan selepas mengasari penyerang Jengking, Mustaza Maah Mustafa pada minit ke 66. Tentera sebelum itu, mengejutkan Johor selepas Musabri Mat Nayan menjaringkan gol pada minit ke 21 sebelum skuad yang dilatih bekas pemain kebangsaan, Khalid Shahdan ini mendapat jaringan penyamaan pada minit ke 38, hasil jaringan pemain import Daniel Watkins. Perlawanan yang disaksikan kira-kira 1,000 peminat Johor ini, jelas menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan asakan bertali arus dan walaupun bermain dengan 10 pemain, Kingston menjadi duri dalam daging kepada Johor untuk mara lebih jauh dalam Piala FA. Di Stadium Batu Kawan, Terengganu menumpaskan pasukan kelab Suria NTFA dengan jaringan 4-0. Kemenangan Terengganu itu sekali gus meranapkan harapan pasukan Suria untuk meneruskan saingan dalam pertandingan Piala FA. Semua gol Terengganu dijaringkan pada separuh masa kedua oleh Azmi Che Ngah, Jurandir Dos Santos dan Mat Hirool Mohamad pada minit ke-51, 53, 85 dan 89. Gol pertama pasukan pelawat terhasil menerusi tendangan kencang Azmi yang ketika keadaan kelam kabut yang berlaku di depan pintu gol Suria. Dua minit kemudian, pemain import, Jurandir menyumbatkan gol kedua Terengganu menerusi gerakan solo serta membolosi dua pemain pertahanan Suria. Penyerang Terengganu, Mat Hirool pula menambahkan kedukaan Suria dengan jaringan gol keempat sebelum Jurandir melengkapkan gol kemenangan pasukan Penyu pada minit ke-89. Di Stadium Darulmakmur, Pahang mara selepas membelasah kelab senegeri Kesura Pahang 5-0. Kedudukan pada perlawanan pertama ialah Pahang mendahului 3-0 dan dengan kemenangan itu bermakna mereka mara dengan agregat 8-0. Di Stadium Petaling Jaya, PKNS Selangor memastikan kemaraan selepas menewaskan MPSJ Selangor 4-2 untuk membolehkan mereka layak dengan agregat 6-4 selepas kedu-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan pertama. Di Stadium Shah Alam, Selangor memastikan kemaraan dengan jaringan besar selepas membelasah Lada Kedah 6-2. Selangor mendahului 2-1 pada perlawanan pertama layak dengan agregat 8-3. Sementara itu di Stadium UiTM Shah Alam, walaupun seri 2-2 dengan dengan Proton Selangor, Melaka mengesahkan kemaraan dengan kemenangan agregat 5-2. Melaka mendahului lawan 3-0 pada perlawanan pertama. Di Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, Johor FC terpaksa menanti hingga ke penentuan penalti untuk memastikan kemaraan dengan menundukkan SKMK Kelantan 5-3. Kedua-dua pasukan yang terikat 1-1 dalam perlawanan pertama, masih gagal mengatasi antara satu sama lain apabila terikat lagi 1-1 pada 90 minit permainan untuk menjadikan kedudukan agregat 2-2 hingga terpaksa melalui penentuan penalti. |
faryd |
Posting pada: 16-04-04 15:54
herm btulla mcm spesen je x ubah cam dulu tapi kita perlu ingat itu langkah pertama n mengorak langkah lebih maju ke depan dgn aenya liga super ni
|
syed |
Posting pada: 25-04-04 22:59
Pahang bangkit di arena sendiri
Oleh Rafi Mamat PAHANG bangkit di gelanggang sendiri selepas berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Kedah 4-3 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Kemenangan itu bagaimana pun tidak mengubah posisi mereka dan berada di kedudukan tempat kedua carta liga di belakang Public Bank dengan pungutan 12 mata daripada lima perlawanan. Apapun, segar daripada kemenangan besar 5-2 kepada MPPJ Selangor dalam saingan Piala FA, minggu lalu, Kedah jelas menyambung rentak garang dan mendahului seawal minit kelima hasil jaringan penyerang import, Marcos Magna Morales selepas menerima umpanan daripada Akmal Rizal Rakhli. Tersentak, Pahang bangkit memberi saingan dan keringat mereka berbalas selang lima minit kemudian apabila Antonio Milicic menyamakan kedudukan selepas menyambut hantaran daripada Hairuddin Omar sebelum menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Alhafiz. Selepas rehat, Kedah mendahului tuan rumah menerusi jaringan penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli tetapi Pahang menyamakan kedudukan menerusi Lucas Ariel minit ke-54 hasil sepakan percuma. Kapten Pahang, Hairuddin Omar menambah gol ketiga Pahang dengan satu tandukan padu selang seminit kemudian dan Fadzli Shaari menambah derita kedah dengan gol keempat minit ke-67. Kedah merapatkan jurang dengan jaringan Morales pada minit ke-75 tapi usaha itu terlambat untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata. |
syed |
Posting pada: 25-04-04 22:59
Public Bank kuasai carta
Oleh Halmi Samad PUBLIC Bank Selangor mengesahkan status mereka selaku pencabar serius mahkota kejuaraan Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) sesudah menundukkan Perlis 2-0 sekalipun beraksi 10 pemain di Stadium Shah Alam malam tadi. Jaringan awal kelab bergelar The Banker's diledakkan menerusi tandukan tajam Gustavo Andres Fuentes pada minit ke-33 dan tiga minit sebelum tamat perlawanan, penyerang berbangsa Argentina itu melengkapkan malam gemilang Public Bank menerusi penyempurnaan penalti. Kemenangan terbabit bermakna skuad kendalian E Elavarasan kini meraih 13 mata daripada enam perlawanan untuk membolehkan kelab tunggal yang bersaing bersama `budak besar' terus memimpin carta MSL 2004. Yang jelas, status pemimpin carta MSL 2004 tampak menyemarakkan lagi keyakinan Public Bank untuk membaham Singa Utara daripada awal sepak mula dan amaran buat pasukan pelawat menjelma pada minit ke-14. Bermula daripada hantaran cantik Hardi Jaafar yang ditujukan ke arah Fuentes tetapi rembatan penyerang berbangsa Argentina ditampan kemas penjaga gawang Perlis, Mohd Anis Faron namun petanda awal itu jelas membayangkan betapa getirnya perjuangan anak buah Norizan Bakar. Rentak kemas tuan rumah tampak sedikit terencat pada minit ke-24 sesudah pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh menunjukkan jalan keluar buat kapten, A Ganeson yang didakwa menjatuhkan penyerang import pasukan perlawanan, Lamin Conteh Jr. Ironisnya, acahan skuad kendalian E Elavarasan tampak lebih menyengat biarpun hanya beraksi 10 pemain dan detik emas untuk Public Bank menjelma pada minit ke-33 apabila Fuentes tenang menanduk masuk sepakan percuma Ziga. Singa Utara umpama hilang taring sesudah Fuentes tenang menyempurnakan penalti untuk gol kedua Public Bank pada minit ke-83 sesudah pertahanan Perlis, Mohd Khairi Zainuddin menjatuhkan Ivan Ziga. |
dakwah_ilahi |
Posting pada: 16-05-04 13:00
Ana peminat setia pasukan badak...........sabah di negeri bawa bayu.............sebab ianya mempunyai skill dan kemahiran individu di semua posisi...................ana pasti pasukan badak berjaya merangkul kejuaraan liga super untuk tahun ini...dengan penuh sensasi lagi gempaq
|
syed |
Posting pada: 19-05-04 19:32
'Liga Super nampak kejayaanâ
Oleh Mohd Rafi Mamat PENAMPILAN sulung Liga Super (MLS 2004) kini menampakkan kejayaan yang diharapkan, terutama dari segi mutu permainan yang semakin baik dengan peminat dan penonton mula membanjiri stadium. I k l a n Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, berkata walaupun Liga Super baru musim pertama diperkenalkan, kesannya begitu positif untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Katanya, persembahan setiap pasukan sudah mula meningkat seiring matlamat serta tujuan Liga Super dicetuskan musim ini. âCorak permainan, saya nampak semakin berkualiti serta menarik dan ini secara tidak langsung menggamit peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan setiap perlawanan yang diadakan. âMereka kini sudah mula bersemangat memberi sokongan seterusnya datang ke stadium menyaksikan setiap perlawanan,â katanya di Kuantan. Sultan Ahmad Shah berkata jika semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim ini berupaya me ngekalkan kualiti permainan mereka, tidak mustahil Liga Super akan terus meniti kejayaan. Turut membanggakan ialah mutu pengadilan yang bertambah baik dan berupaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sehingga menjejaskan imej bola sepak tempatan. Sultan Ahmad Shah mengulas perlawanan antara Pahang dengan Perak di Stadium Darulmakmur, Sabtu lalu, yang dianggap membanggakan, bukan saja dari segi corak permainan kedua-kedua pasukan tetapi juga jumlah penonton. âSaya berpuas hati dengan sambutan menggalakkan daripada penonton, bukan saja dari Pahang tetapi juga peminat Perak yang sanggup datang dari jauh untuk memberi sokongan padu kepada pasukan mereka. âSemangat seperti inilah yang kita harapkan dalam usaha memastikan sukan bola sepak di negara ini terus berkembang dan berjaya seperti yang diharapkan,â katanya. Tinjauan Sukan Berita Harian pada setiap perlawanan Liga Super di Stadium Darulmakmur mendapati persembahan yang membanggakan skuad Tok Gajah menyebabkan peminat terus bertambah. Faktor lain yang menjurus kepada peningkatan jumlah penonton setia Pahang ialah cabutan nombor tiket bertuah yang menawarkan hadiah motosikal, televisyen dan telefon bimbit. Penonton juga turut berpeluang mendapat sebuah kereta import berharga lebih RM70,000 di hujung musim apabila mereka menyertai peraduan yang mensyaratkan semua keratan tiket perlawanan disertakan. |
Nazri |
Posting pada: 19-05-04 20:18 Sokong PERLIS SINGA UTARA..!! ----------------- Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata... |
syed |
Posting pada: 29-05-04 17:11 |
syed |
Posting pada: 13-06-04 23:00
Oleh Azrone Sarabatin, Bashah Zainol Abidin, Azizan Hashim dan Mohd Rafi Mamat
PAHANG melebarkan penguasaan dalam carta mata Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) apabila menundukkan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Darulmakmur malam tadi tatkala pasukan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain. I k l a n Gol skuad kendalian Zainal Abidin Hassan menjelma pada minit ke-32 menerusi tandukan Ante Milicic hasil lambungan Fadzli Shaari untuk menewaskan Zuraimi Hassan dan penyerang Australia itu kemudian menambah koleksi jaringan kedua tatkala perlawanan tinggal sembilan minit lagi. Apapun pasukan pelawat hanya perlukan lima minit bagi menyamakan kedudukan menerusi Jose Marcio Barreto yang berjaya melolosi kekangan benteng tuan rumah untuk mudah memperdayakan Azmin Azram Aziz menerusi kuisan mudah. Pada minit ke-73, pertahanan import, Christian Teodore membayar harga tinggi angkara kesilapan mudah sesudah tersepak bola terus ke kaki Indra Putra Mahayuddin yang terus menolak masuk dan gol ketiga skuad Tok Gajah dihadiahkan Milicic. Pahang kini meraih 24 mata sesudah mengharungi 10 mata sambil Pulau Pinang pula kekal 10 mata. Dalam pada itu, Perak yang dinobatkan calon juara sulung MSL 2004 terpaksa turut menuai tiga mata apabila membenam pasukan di tangga tercorot, Sarawak 2-1 pada perlawanan getir di Stadium Lumut. Skuad kendalian Toni Netto meraih dua gol dalam tempoh enam minit yang dimulakan Ricardo Silva (ke-31) dan Khalid Jamlus (ke-37) sambil Rodrigo Andersen menghadiahkan gol sagu hati (ke-52). Tuan rumah kini meraih 18 mata untuk memintas Public Bank yang hanya seri 0-0 dengan Sabah. Pertemuan dua jagoan utara di Stadium Darulaman dimenangi oleh Perlis yang menewaskan Kedah 1-0 menerusi ledakan penyerang tinggi lampai dari Afrika, Phillimon Chipeta pada minit ke-32. Skuad Hijau Kuning jelas tidak bertuah kerana menyaksikan tiga acahan yang hampir pasti masuk diselamatkan di atas garisan oleh Nazaruddin Zain dan Adrian Jurad. Terdahulu, pemain import Australia, Travis Dodd menyelamatkan Johor FC daripada ambang kekalahan kekalahan sesudah menyumbat gol penyamaan untuk seri 2-2 dengan Kelantan TNB dalam aksi Liga Perdana Malaysia 2004 (LPM 2004) di Stadium UiTM. Johor FC kekal menduduki tangga kedua Kumpulan A di belakang PKNS Selangor ketinggalan dua kali tetapi lega apabila penyerang Argentina, Walter Silva menjaringkan gol pada minit ke-15 dan Dodd ke-76. Zami Mohammad Noor membuka tirai jaringan pada minit ke-14 sebelum pasukan tuan rumah sekali lagi mendahului 2-1 hasil jaringan Sairozi Daud pada minit ke-74. Jika menang, Johor FC sepatutnya mampu mengambil alih sebagai pendahulu kumpulan itu tetapi sebaliknya kini kekal di tangga kedua dengan 28 mata sama seperti Selangor PKNS. Hantar pada kawan! Format Pencetak Artikel di Sukan : Liga Super: Perak dapat tajaan RM1.2j Regu Telekom Malaysia pamer persembahan cemerlang Siew Wei catat rekod baru 100m berpagar Kuartet lelaki negara dibatalkan PP, Terengganu, Kedah unggul Shahrol Yuzi curah ilmu di Litar Londang âPortugal Menemui Duniaâ Firasat Gary Lineker: England perlu lebih perkasa hadapi Perancis Euro 2004: Greece kejut tuan rumah Gibernau sambar petak pertama Noorfakar tidak mahu tercicir Daren, Norsyahliza juara badminton B-18 -------------------------------------------------------------------------------- yey ee..pahang memang hebat |
syed |
Posting pada: 20-06-04 20:55
MSL: Pahang kekal berkuasa di persada singgahsana
Oleh Azrina Ahzan, Anwar Patho Rohman, Bashah Zainol Abidin dan Kamudin Baharom PAHANG meneruskan rentak hebat mereka dalam kancah bola sepak Liga Super selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Sarawak di gelanggang lawan, malam tadi buat mendahului carta liga. I k l a n Kemenangan itu membutirkan 27 mata kepada anak didik Zainal Abidin Hassan sambil menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Perak dengan enam mata, selepas menamatkan 11 perlawanan. Jaringan Pahang pada awal minit keempat diperoleh menerusi Indra Putra Mahayuddin hasil sepakan percuma dari jarak 35 meter iaitu di luar kotak penalti terus ke gawang gol Sarawak. Perlawanan babak pertama yang ternyata lebih memihak kepada Pahang dibuktikan apabila pada minit ke-41, Irwan Fazli Idrus berjaya menambah jaringan selepas menerima hantaran daripada pemain gantian, Azizul Kamaluddin. Sarawak membuat dua pertukaran pada babak kedua dengan membawa masuk Ramles Sari dan Sapian Abdul Wahid bagi menggantikan Mohd Noor Md Derus dan Wong Sai Kong, dengan tujuan untuk mengukuhkan bahagian sayap kanannya. Namun kehadiran kedua-dua pemain itu gagal mengubah keadaan apabila permainan masih berpihak kepada Pahang, hinggalah pada minit ke-65 apabila hantaran Ramles kepada Kim Tyrone Grant berjaya membolosi pertahanan pelawat. Di Stadium Utama, Kangar, Liew Kit Kong merakamkan jaringan hatrik membantu Perak mengatasi tuan rumah, Perlis. Jaringan itu menyusul pada minit ke-25,40 dan 83 manakala Perlis menerusi Yusri Che Lah pada minit ke-46 dan Lamin Conteh Jr hasil sepakan penalti, minit ke-81. Perak bermula agresif apabila Kit Kong menyepak masuk hantaran Silva Ricardo Adrien pada minit ke-25 dan mengulangi umpanan sama daripada rakannya itu minit ke-40. Perlis merapatkan jurang dengan gol daripada Yusri yang memanfaatkan keadaan kucar-kacir hasil lontaran ke dalam sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol Mohd Hamsani. Perlis menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Conteh Jr minit ke-81 sebelum Kit Kong muncul wira dengan gol kemenangan selang dua minit kemudian selepas menerima hantaran daripada Khalid Jamlus. Di Stadium Darulaman, Kedah mensia-siakan peluang beraksi di tempat sendiri dan gagal dalam misi memungut mata penuh apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Sabah. Penjaga gol Sabah, Khairul Azman Mohamad harus dipuji selaku pemain terbaik perlawanan apabila menafikan deretan peluang jaringan tuan rumah termasuk mengekang cubaan secara berdepan dengan penyerang, Akmal Rizal Rakhli. Kedah bermula baik dan mendahului seawal minit keenam apabila mendapat sepakan penalti selepas Akmal dijatuhkan Ronny Harun. Ia disempurnakan pemain Brazil, Marcos Magno. Apapun selepas itu, Kedah bergelut meneruskan rentak sama yang menyaksikan Sabah menyamakan kedudukan. Hantaran daripada Joey Ryan Gunduk pada minit ke-38 dirembat cantik penyerang Robbie Gaspar ke sudut kanan gawang menewaskan penjaga gol, Megat Amir Faizal. Di Stadium Batu Kawan, tuah tidak memihak Pulau Pinang walau pun bermain di tempat sendiri apabila tewas tipis 0-1 kepada Public Bank Selangor. Gol pelawat dijaringkan penyerang import, Ivan Ziga minit ke-22 yang mendapat lorongan bola daripada pemain tengah, Mohd Aiman Abdullah. Ziga yang ketika itu berada di sebelah kanan gawang gol Pulau Pinang dan tidak dikawal pemain pertahanan tuan rumah pantas merembat bola menewaskan penjaga gol, Zuraimi Hassan. Bagaimanapun, lapan minit selepas jaringan itu, Public Bank bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Mohd Fareed Shah dilayangkan kad merah kerana mengasari Ng Kok Heng. |
syed |
Posting pada: 23-06-04 19:42
Perak rapati Pahang
Oleh Amirullah Andi Nur, Azizan Hashim dan Rafi Mamat PERAK semakin memberi tekanan terhadap pendahulu Liga Super Malaysia (MSL) 2004, Pahang apabila mencatat kemenangan tatkala Pahang sekadar seri 3-3 dengan Perlis di Stadium Darulmakmur malam tadi. Keputusan seri bermakna skuad Tok Gajah mengumpul 28 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan setakat ini, hanya dibezakan empat mata dengan Perak yang mencatat kemenangan ke atas Kedah 1-0 malam tadi. - Di Stadium Darulmakmur, jaringan pemain import Perlis dari Thailand Adrian Jurad Chamrong tujuh minit sebelum perlawanan tamat menggagalkan usaha Pahang untuk meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 3-3. Tuan rumah sebelum itu sudah hampir memastikan kemenangan hasil mendahului pelawat 3-2, tetapi jaringan pemain import Perlis dari Thailand Adrian Jurad Chamrong tujuh minit sebelum perlawanan tamat menggagalkan usaha anak buah Zainal Abidin Hassan meraih tiga mata penuh. Dalam perlawanan yang agak sengit itu Perlis lebih dulu di depan hasil jaringan sendiri oleh Mohd Shahril Faizal Sharifuddin pada minit ke-32, sebelum pemain kebangsaan Irwan Fadzly Idrus menyamakan kedudukan untuk Pahang pada minit ke-32. Indra Putra Mahayuddin kemudian menyumbangkan dua gol pada minit ke-35 dan 45 untuk membolehkan Pahang mendahului sebelum jaringan Adrian memusnahkan impian untuk mereka meraih tiga mata penuh. - Di Stadium Perak, jaringan penyerang import mereka, Frank Seator membolehkan Perak memungut tiga mata penuh untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Pahang. Jaringan tunggal perlawanan itu terhasil pada minit ke-17 apabila Seator berjaya menyempurnakan hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Liew Kit Kong. - Di Stadium Shah Alam, Public Bank gagal mengekalkan kelebihan dua gol awal apabila akhirnya berjaya diikat oleh Sarawak untuk keputusan seri 2-2. Gol pembukaan Public bank dijaringkan oleh tonggak import mereka Ivan Ziga seawal minit ke-4 sebelum seorang lagi pemain import mereka Gustavo Fuentas menambah satu lagi gol pada minit ke-20. Begitupun, Sarawak yang tidak berputus asa memberi saingan akhirnya berjaya merapatkan jurang dan seterusnya mengikat perlawanan menerusi dua gol oleh pemain import mereka Fernando Manuel Co pada minit ke-25 dan 84. l Di Stadium Likas, Sabah dan Pulau Pinang juga terikat dengan keputusan 2-2 dengan pelawat lebih dulu membuka jaringan menerusi Vietcheslav Melnikov pada minit ke-21. Sabah merapatkan jurang menerusi pemain kebangsaan Zainizam Marjan pada minit ke-38 tetapi Pulau Pinang kembali di depan 10 minit kemudian hasil jaringan Chow Chee Weng. Namun, K Sanbagamaran menyelamatkan maruah tuan rumah untuk meraih satu mata apabila menyamakan kedudukan kembali dengan jaringan dua minit sebelum perlawanan tamat. |
syed |
Posting pada: 18-07-04 23:31
MSL: Pahang ceria, Perak merana
PAHANG melebarkan penguasaannya dengan menjadikan tuan rumah, Pulau Pinang mangsa ke-10 apabila menang 4-1 dalam perlawanan ke-15 Liga Super di Stadium Batu Kawan malam tadi. Kemenangan mengukuhkan kedudukannya di takhta liga yang turut diburu Perak dan Public Bank. Penyerang import Tok Gajah, Mamadou Diallo membuka tirai jaringan dengan menanduk bola yang disilang Subri Sulong pada minit ke-18. Penyerang kebangsaan itu merembat leret gol kedua Pahang pada minit ke-26 sebaik menerima umpanan Diallo. Gol ketiga Pahang dijaringkan Fadzli Shaari pada minit ke-47, yang melakukan rembatan setelah dia tidak dikawal pertahanan Pulau Pinang. Diallo melebarkan kemenangan Pahang dengan gerakan solo melepasi dua pertahanan tuan rumah pada minit ke-72 untuk gol keempat Pahang. Gol Pulau Pinang dijaringkan M Nagaraja pada minit ke-46 hasil hantaran lintang Saiful Mohamad. Di Stadium Utama Kangar, tuan rumah membuatkan Kedah terus sengsara apabila mengalahkan pelawat 4-0. Dua gol Perlis dijaringkan Yusri Che Lah seawal minit kedua dan ke-16. Yusri memanfaatkan tolakan pendek Bernard Semakwezi untuk gol pertama dan rembatan untuk gol kedua 12 minit kemudian juga hasil umpanan Bernard. Pemain pertahanan Kedah, V Thirumurugan tertampan ke gol sendiri untuk gol ketiga Perlis hasil tendangan sudut Yusri pada minit ke-75 dan Philemon Chipeta melebarkan kemenangan Perlis dengan gol keempat yang gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Mohd Hilmi Eliza Elias, pada minit ke-88. Di Kuching, Sarawak mengalahkan Perak 4-2 hasil jaringan Robert Eshun pada minit ke-15, Fernendo Manuel Co (21, 86) dan Sapian Abdul Wahid (25) manakala Perak pada lewat permainan menerusi K Nanthakumar (80) dan Frank Seator (90) Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu, MK Land Selangor meneruskan penguasaan kumpulan B Liga Perdana dengan mengalahkan SKMK 4-1. |
Engku_Salina |
Posting pada: 20-07-04 09:49
Tekanan buat pendahulu
PERSAINGAN untuk memburu gelaran juara pertama Liga Super akan kembali sengit antara empat pasukan teratas, dan ia terpulang kepada hasil perlawanan mereka malam ini. Perak akan kembali menekan pendahulu, Pahang tetapi skuad Tok Gajah juga sedia sedar akan peluang dua pasukan di bawahnya, Public Bank dan Perlis yang turut mengintai peluang. Pahang berada di barisan paling depan dengan 34 mata, diikuti oleh Perak (30 mata), Public Bank (2 dan Perlis (24), pasukan di kedudukan paling akhir dalam kelompok itu untuk merebut kejuaraan. Perlis boleh mengumpul 42 mata maksimum dengan syarat memenangi kesemua baki enam perlawanannya manakala Pahang 52. Dengan masing-masing hanya mempunyai setengah dozen perlawanan untuk diharungi, maka sebarang kesilapan adalah `rezeki' kepada yang lain. Dan ia mungkin bermula malam ini. Dua pesaing teratas akan beraksi di depan penyokong-penyokong sendiri. Tetapi Perak dilihat memiliki peluang lebih cerah untuk mengutip mata penuh apabila menentang Pulau Pinang di Ipoh ketika skuad Tok Gajah berdepan pencabar kuat, Public Bank di Kuantan. Perlis pula akan bertemu pasukan yang tidak menentu prestasinya, Sabah di Kota Kinabalu. Pengurus pasukan Perak, Datuk Jamal Nasir Rasdi berkata, kekalahan 4-2 kepada Sarawak, Rabu lalu tidak menjejaskan semangat dan keazaman anak-anak buahnya lantas menganggap persaingan antara mereka dengan Pahang belum tamat. ``Macam-macam boleh berlaku dan Perak berazam mengutip mata penuh dalam enam baki perlawanan,'' katanya di Kuala Kangsar semalam. Bagaimanapun, Perak mendapat tamparan kerana mungkin terpaksa beraksi beberapa perlawanan tanpa penyerang, Khalid Jamlus yang mengalami kecederaan agak parah. ``Namun kami tidak bimbang kerana beberapa penyerang lain seperti V. Saravanan mampu mengisi kekosongan Khalid,'' Jamal Nasir menjelaskan keyakinannya. Nasib agak sama menimpa Pahang yang mungkin tidak akan dapat menggunakan khidmat penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar sehingga ke penghujung musim kerana kecederaan di pangkal paha yang serius. Dan apa kurangnya dengan masalah yang menimpa Perlis kerana ayam tambatannya, Phillemon Chipeta yang telah menjaringkan enam gol tidak akan dapat beraksi menentang Sabah. Chipeta digantung satu perlawanan setelah menerima tiga kad kuning menyebabkan Singa Utara hanya akan mempunyai dua pemain import iaitu Lamin Conteh Jr. dan Joao Bandoch tetapi dengan Yusri Che Lah yang semakin menyengat dan mengumpul tujuh gol, Perlis tidak perlu terlalu bimbang. Perlis juga mengambil tindakan berani apabila tidak akan membawa Bernard Semakwezi ke Kota Kinabalu berikutan aksinya yang kurang ketika mereka menumpaskan Kedah 4-0 minggu lepas. ``Kedatangan Perlis ke Sabah tidak lain hanya untuk memburu kemenangan bagi menguatkan kedudukan kami dalam liga,'' pengurus pasukan Perlis, Adzmi Saad melaungkan azam skuadnya. ``Kesempatan bertemu Sabah yang tidak pernah mencatatkan kemenangan sejak 12 perlawanan sebelum ini perlu diambil peluang oleh Perlis walaupun kita menyedari tugas itu agak berat apabila bermain di tempat lawan,'' katanya apabila dihubungi di Kota Kinabalu. Sabah yang bermain 10 orang ketika tewas kepada Public Bank 13 Julai lalu hanya menang tiga perlawanan dalam pusingan pertama liga iaitu menewaskan Sarawak 3-1, Kedah 2-1 dan Perlis 4-1. Selebihnya, Sabah yang mendapat sentuhan jurulatih baru dari Portugal, Jose Garrido hanya mencatat keputusan seri sebanyak empat perlawanan dan tewas lapan permainan dengan memperoleh 13 mata dan kini berada di tangga keenam liga. ``Walaupun tanpa Chipeta, saya yakin para pemain akan bermain secara berpasukan dan bukannya memerlukan kehadiran mana-mana individu untuk mengekang dan mengasak lawan,''katanya. Sementara itu, dua pasukan di tangga terbawah, Sarawak (12 mata) dan Kedah (8 mata) akan bertemu di Alor Star dalam perlawanan yang seharusnya dijadikan tapak untuk melonjakkan semula semangat masing-masing. Sumber: Utusan Online (20/07/04) ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat |
syed |
Posting pada: 21-07-04 22:57
Liga Super: Perak makin himpit Pahang
Oleh Amirullah Andi Nur, Bashah Zainol Abidin, Azizan Hashim dan Mohd Rafi Mamat PAHANG dihimpit Perak untuk perebutan kedudukan teratas persada Liga Super Malaysia 2004 apabila sekadar seri 3-3 menentang Public Bank malam tadi tatkala pencabar mereka itu mencipta kemenangan besar 4-1 ke atas Pulau Pinang. PEMAIN Pahang, Mamadou Diallo (kiri) mengelecek pemain Public Bank, Wan Rohaimi Ismail pada perlawanan Liga Super di Stadium Darulmakmur semalam. â Gambar Azmaidi Abidin Keputusan itu menyaksikan skuad Tok Gajah menambah satu mata untuk menjadikan mata mereka setakat ini 35 sementara Perak hanya dua mata di belakang. Di Stadium Darulmakmur, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila kesilapan bahagian pertahanan menyaksikan Public Bank berjaya mencuri satu mata. Pelawat mengejutkan dengan gol pembukaan seawal minit kedua menerusi Mohd Aiman Wong. Begitupun, gol itu hanya bertahan enam minit apabila Pahang bangkit dengan dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-8 dan penyerang import dari Senegal, Mamadou Dialo minit ke-11 sebelum disamakan Ivan Ziga pada minit ke-30. Indra Putra sekali lagi meletakkan anak buah Zainal Abidin Hassan di depan pada minit ke-61, tetapi sekali lagi disamakan oleh Public Bank menerusi tandukan Nor Nazri Mohd Nor pada minit ke-77. Di Stadium Perak, tuan rumah bangkit daripada kehampaan dari kekalahan kepada Sarawak Sabtu lalu dengan membenam Pulau Pinang 4-1 malam tadi. Kesungguhan anak buah Toni Netto untuk melakar kejayaan jelas terbayang apabila menyerbu gawang lawan sebaik sepak mula dan saingan baru memasuki minit ketiga apabila pemain tengah Argentina Ricardo Silva menyempurnakan bola tandukan rakan senegara Luciano Goux dari sepakan sudut ketua pasukan Ahmad Shahrul Azhar. Tiga belas minit kemudian, Frank Seator menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Mohd Fazrul Rodzi. Begitupun, anak buah Yunus Aliff bangkit merapatkan kedudukan melalui tandukan M Nagaraja pada minit ke-21. Babak kedua menyaksikan Perak terus menguasai saingan dengan menambah dua gol lagi, hasil rembatan leret Ahmad Shahrul dari hujung kotak penalti hasil tumbukan lemah penjaga gol Mohd Fazrul pada minit ke-49 manakala Harizul Izuan Abdul Rani melengkapkan kemenangan selesa 4-1 dengan menolak masuk bola muntah dari tangkapan Mohd Fazrul, sekali gus menebus kekalahan 2-4 pada pusingan kedua, 29 Mei lalu. Di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan ketiga mereka musim ini apabila menewaskan Sarawak 3-2 . Jaringan pemain import Marcos Magno Thavares minit ke-19 membuka tirai gol perlawanan sebelum Akmal Rizal Rakhli menambah selesa kedudukan Kedah dengan dua lagi gol pada minit ke-56 dan 82. Begitupun, Sarawak bangkit merapatkan jurang dengan dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Rodrigo Anderson minit ke-80 dan Robert Eshun 84. Di Stadium Likas, tuan rumah bernafas lega apabila dapat mempertahankan kelebihan satu gol pada babak pertama untuk mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perlis. Penyerang import Sabah, Keith Gumbs tidak mempersiakan tendangan penalti yang diperolehi pada minit ke-22 selepas Mohd Faizal Marjus dijatuhkan pemain Perlis, Faizal Ismail dan Yusri Che Lah untuk gol pembuka tirai tuan rumah |
syed |
Posting pada: 25-07-04 21:13
Pahang lebarkan jurang
Oleh Johan Affandi, Anwar Patho Rohman, Kamudin Baharom dan Malik Muhamad PEMAIN Pulau Pinang, Jose Marcio Barreto (Putih) menghalang sepakan pemain Pahang Shahrulnizam Sahat dalam Pelawanan Liga Super 2004, Stadium andaraya, Pulau Pinang. - Gambar oleh Fariz Iswadi. PAHANG â barisan yang dibintangi ramai pemain kebangsaan â kembali mengukuhkan cengkaman terhadap kejuaraan sulung bola sepak Liga Super apabila ia menumbangkan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Bandaraya, malam tadi. Inilah kemenangan kedua Pahang ke atas Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu dan kegagalan pesaing terdekat, Perak mencapai mata penuh di Kuching memberikan Tok Gajah kelebihan mata yang selesa. Kini dengan hanya berbaki empat perlawanan â tiga di gelanggang sendiri, Pahang perlu memastikan ia tidak melakukan kesilapan apabila bertemu Perlis di Kangar, hujung bulan ini. Peluang beraksi di gelanggang sendiri mesti digunakan sepenuhnya apabila bertemu Sarawak, Kedah dan Sabah untuk dinobat juara. Pahang bangkit selepas hanya berpuas hati seri 3-3 dengan Public Bank minggu lalu dengan permainan lebih kemas terutama di barisan belakang hinggakan Pulau Pinang berasa Stadium Bandaraya tidak mendatangkan sebarang tuah selepas berpindah dari Stadium Batu Kawan. Dengan merehatkan beberapa pemain utama, termasuk penjaga gol, Azmin Azram Aziz, Pahang menghasilkan kemenangan menerusi jaringan dua pemain kebangsaan iaitu Mohd Fadzli Shaari dan Idra Putra Mahayuddin pada minit ke-70 dan 83. - Lain ceritanya di Stadium Negeri di Kuching apabila Perak mendapati usahanya untuk memastikan kemenangan berharga tersekat seawal selepas gol minit pertama, Frank Seator. Perak yang mahu menghambat Pahang mendapati Sarawak memperagakan permainan kemas selepas ketinggalan dan giliran tuan rumah merayakan gol pada minit ke-77 hasil jaringan Fernendo Manuel Co. Pulang dengan keputusan seri 1-1 pasti pencapaian yang dikesali oleh skuad pimpinan Tony Netto. - Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Public Bank terus mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sabah pada pertemuan ketiga kedua-dua pasukan. Public Bank memperolehi jaringan pertama menerusi penyerang importnya, Ivan Ziga minit ke-37. Penyerang import The Bankers, Marco Ante Rudan menambah jaringan dengan menanduk baik bola tendangan sudut Ivan Ziga pada minit ke-70. - Di Stadium Utama, Perlis meneruskan pemburuan untuk menduduki tangga teratas Liga Super apabila mengalahkan Kedah 6-3. Penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan Kedah menerusi rembatan kencang pada minit ke-13. Namun Perlis tangkas menyamakan kedudukan melalui Mohd Faisal Esahar pada minit ke-24 dan Yusri Che Lah melebarkan penguasaan dua minit kemudian. Perlis menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan Adrian Jurad Chamrong sebaik menerima hantaran Mohd Faisal pada minit ke-52. Yusri menambah koleksi peribadi pada minit ke-71 dan kedudukan Perlis terus diteguhkan oleh Philemon Chipeta minit ke-76 dan Zainuddin Ariffin (87). Kedah cuba bangkit dengan gol lewat permainan Marco Magno pada minit ke-84 dan 90 tetapi semuanya sudah terlambat. - Sementara itu dalam perlawanan Liga Perdana kumpulan A, Johor FC mengatasi Brunei 4-0. Gol kemenangan Johor FC itu dijaringkan Walter Ariel Silva pada minit ke-21 dan Eddy Helmi Abdul Manan menambah jaringan pada minit ke-34. Johor FC semakin bertenaga pada babak kedua dengan menambah dua lagi gol iaitu menerusi Hairy Azli Mohamad pada minit ke-84 dan Matthew Borg minit ke-87. |
syed |
Posting pada: 25-07-04 21:13
Pahang lebarkan jurang
Oleh Johan Affandi, Anwar Patho Rohman, Kamudin Baharom dan Malik Muhamad PEMAIN Pulau Pinang, Jose Marcio Barreto (Putih) menghalang sepakan pemain Pahang Shahrulnizam Sahat dalam Pelawanan Liga Super 2004, Stadium andaraya, Pulau Pinang. - Gambar oleh Fariz Iswadi. PAHANG â barisan yang dibintangi ramai pemain kebangsaan â kembali mengukuhkan cengkaman terhadap kejuaraan sulung bola sepak Liga Super apabila ia menumbangkan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Bandaraya, malam tadi. Inilah kemenangan kedua Pahang ke atas Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu dan kegagalan pesaing terdekat, Perak mencapai mata penuh di Kuching memberikan Tok Gajah kelebihan mata yang selesa. Kini dengan hanya berbaki empat perlawanan â tiga di gelanggang sendiri, Pahang perlu memastikan ia tidak melakukan kesilapan apabila bertemu Perlis di Kangar, hujung bulan ini. Peluang beraksi di gelanggang sendiri mesti digunakan sepenuhnya apabila bertemu Sarawak, Kedah dan Sabah untuk dinobat juara. Pahang bangkit selepas hanya berpuas hati seri 3-3 dengan Public Bank minggu lalu dengan permainan lebih kemas terutama di barisan belakang hinggakan Pulau Pinang berasa Stadium Bandaraya tidak mendatangkan sebarang tuah selepas berpindah dari Stadium Batu Kawan. Dengan merehatkan beberapa pemain utama, termasuk penjaga gol, Azmin Azram Aziz, Pahang menghasilkan kemenangan menerusi jaringan dua pemain kebangsaan iaitu Mohd Fadzli Shaari dan Idra Putra Mahayuddin pada minit ke-70 dan 83. - Lain ceritanya di Stadium Negeri di Kuching apabila Perak mendapati usahanya untuk memastikan kemenangan berharga tersekat seawal selepas gol minit pertama, Frank Seator. Perak yang mahu menghambat Pahang mendapati Sarawak memperagakan permainan kemas selepas ketinggalan dan giliran tuan rumah merayakan gol pada minit ke-77 hasil jaringan Fernendo Manuel Co. Pulang dengan keputusan seri 1-1 pasti pencapaian yang dikesali oleh skuad pimpinan Tony Netto. - Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Public Bank terus mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sabah pada pertemuan ketiga kedua-dua pasukan. Public Bank memperolehi jaringan pertama menerusi penyerang importnya, Ivan Ziga minit ke-37. Penyerang import The Bankers, Marco Ante Rudan menambah jaringan dengan menanduk baik bola tendangan sudut Ivan Ziga pada minit ke-70. - Di Stadium Utama, Perlis meneruskan pemburuan untuk menduduki tangga teratas Liga Super apabila mengalahkan Kedah 6-3. Penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan Kedah menerusi rembatan kencang pada minit ke-13. Namun Perlis tangkas menyamakan kedudukan melalui Mohd Faisal Esahar pada minit ke-24 dan Yusri Che Lah melebarkan penguasaan dua minit kemudian. Perlis menjaringkan gol ketiga menerusi tandukan Adrian Jurad Chamrong sebaik menerima hantaran Mohd Faisal pada minit ke-52. Yusri menambah koleksi peribadi pada minit ke-71 dan kedudukan Perlis terus diteguhkan oleh Philemon Chipeta minit ke-76 dan Zainuddin Ariffin (87). Kedah cuba bangkit dengan gol lewat permainan Marco Magno pada minit ke-84 dan 90 tetapi semuanya sudah terlambat. - Sementara itu dalam perlawanan Liga Perdana kumpulan A, Johor FC mengatasi Brunei 4-0. Gol kemenangan Johor FC itu dijaringkan Walter Ariel Silva pada minit ke-21 dan Eddy Helmi Abdul Manan menambah jaringan pada minit ke-34. Johor FC semakin bertenaga pada babak kedua dengan menambah dua lagi gol iaitu menerusi Hairy Azli Mohamad pada minit ke-84 dan Matthew Borg minit ke-87. |
syed |
Posting pada: 27-07-04 19:12
Pahang kian hampiri gelaran
Oleh Halmi Samad PASUKAN bangsawan, Pahang kian meniti jambatan kemasyhuran dan kini hampir pasti dinobatkan juara sulung Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) sesudah dihidangkan tiga lawan bertaraf sederhana termasuk pertemuan menentang Sarawak malam ini. Sesudah itu, anak buah Zainal Abidin Hassan yang gah dengan reputasi pasukan heavyweight dikerah menguji dua lawan dari utara, Perlis serta Kedah dan di atas kertas terbayang kini jaminan maksimum sembilan mata daripada tiga pertemuan terbabit. Tanpa mahu memperlekehkan cabaran tiga pasukan berkenaan, Pahang kini jelas dalam perjalanan selesa ke puncak MSL 2004 sedangkan pesaing terdekat, Perak tampak berdepan laluan sukar kerana perlu menentang Perlis, Sabah dan Kedah. Yang nyata, skuad Badak - finalis Piala Malaysia 2003 seakan mempunyai sedikit kelebihan psikologi ke atas skuad pimpinan Toni Netto dan justeru pertemuan terakhir di Stadium Perak menentang Sabah bakal menentukan jatuh bangunnya pasukan Kejor Yob Kejor. Prestasi terkini yang sentiasa konsisten sekadar mengesahkan betapa Pahang tidak mahu melepaskan peluang keemasan terus menjarakkan diri daripada Perak sekali gus muncul juara sulung MSL 2004 selepas dua kali cuba dikekang musuh tradisinya itu. Begitupun Zainal Abidin enggan anak buahnya dibuai angin selesa rentetan pertemuan menentang lawan kurang ternama sehingga gagal menumpukan perhatian kepada perjuangan menobatkan Pahang selaku juara sulung MSL 2004. âBelum selesai lagi...Pahang perlu menang semua baki perlawanan Liga Super. Bola sepak sekarang banyak kejutan. Kadang kala kita sangka boleh menang...tapi kalah. Jadi saya harap pemain boleh tumpukan perhatian kepada baki perlawanan,â katanya. Bekas Pemain Asian All Star itu yang cukup digeruni pada era 1980-an di seantero Asia menegaskan betapa Sarawak, Perlis dan Kedah bukannya lawan yang mudah ditumbangkan kerana `apa saja boleh berlaku dalam bola sepak sekarangâ. âDi atas kertas memang nampak macam Pahang boleh menang semua perlawanan. Dan itulah yang saya cuba tekankan kepada pemain. Mereka boleh lakukan kalau ada kemahuan. Dan saya juga mahu mereka buat yang terbaik untuk pastikan Pahang muncul juara sulung Liga Super,â katanya. Dalam pada itu, perjuangan Selangor untuk kembali segera ke kancah MSL 2005 cukup berliku kerana Telekom Melaka tampak seakan enggan melepaskan status pencabar Kumpulan Liga Perdana Malaysia 2004 (LPM 2004). Merah Kuning jelas tiada pilihan dan perlu menumbangkan Telekom Melaka yang dipimpin Irfan Bakti di Stadium Shah Alam Ahad ini dan tiga hari kemudian menundukkan Johor FC untuk mencuci aib di muka sesudah diturunkan pangkat musim lalu. Bagi MPPJ yang mendominasi catatan mata Kumpulan B LPM 2004, lakaran sejarah seakan sekali lagi berpihak kepada mereka sekalipun malam kelmarin dikerah menelan kekecewaan angkara berkongsi mata dengan Terengganu. |
syed |
Posting pada: 28-07-04 22:53
yeyeye hebatnya pahang....
Pahang kian sukar disekat Oleh Noor Jaafar, Amirullah Andi Nur, Azizan Hashim dan Mohd Rafi Mamat PEMAIN Pahang, Fazli Shaari (jersi kuning) dihalang pertahanan Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Pahang menang 3-2. â Gambar Nordin Abdullah CALON juara sulung Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004), Pahang bangkit daripada ambang kekalahan untuk menewaskan Sarawak 3-2 di Stadium Darul Makmur malam tadi sambil dua pesaing terdekat, Perak dan Public Bank Selangor pula dibelenggu kekalahan. Anak buah Zainal Abidin Hassan diramal menang selesa untuk melebarkan kutipan mata di kandang sendiri tetapi terpaksa bekerja keras memadam jaringan awal Robert Eshun pada minit ke-36 disusuli ledakan Fernando Manuel Co tujuh minit kemudian. Indra Putra Mahayuddin yang dianggap permata paling hangat dalam kancah MSL 2004 ketika ini terus membuktikan keperkasaannya apabila meledak dua gol peribadi dalam tempoh 10 minit bermula minit ke-72 sesudah Ante Milicic meledak jaringan awal tiga minit sebelum itu. Pahang yang berbelanja besar musim ini dengan memancing ramai pemain ternama boleh mengesahkan kejuaraan MSL 2004 andainya menang sekurang-kurangnya dua perlawanan selepas ini andai Perak pula sekadar satu seri dua menang. Pasukan kendalian Toni Netto yang dianggap paling berkemampuan untuk menafikan dominasi skuad Tok Gajah tumbang 1-3 di Stadium Perak kepada Perlis hasil dua jaringan pemain tempatan, Faizal Esahar pada minit ke-3 dan ke-53 serta Phillimon Chipeta (73). Gol sagu hati skuad Kejor Yob Kejor yang masih berpeluang untuk mengimpikan kejuaraan MSL 2004 disumbangkan penyerang dari Liberia, Frank Seator tatkala pertemuan tinggal cuma dua minit lagi. Public Bank yang turut berpeluang tipis bagi bergelar juara sulung secara realistik kini meniti laluan berliku untuk mencabar ketuanan skuad Tok Gajah sesudah kecundang 0-3 kepada Pulau Pinang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pertemuan di Kuantan yang menyaksikan kehadiran lebih 17,000 peminat awalnya tidak mampu menyemarak semangat juang pemain Pahang apabila Eshun memanfaatkan kesilapan Jonathan Bass untuk gol awal pasukan pelawat. Bagaimanapun, babak kedua kembali menyerlahkan taring Pahang apabila kombinasi Milicic dan Indra Putra menyaksikan tuan rumah terus jauh meninggalkan Perak dan Public Bank. Pahang yang berpeluang meraih tiga kejuaraan musim ini kini meraih 41 mata sesudah mengharungi 18 perlawanan sambil Perak dan Public Bank kekal 34 serta 32 mata di belakang. Sabah - finalis Piala Malaysia 2003 yang bergelut pelbagai detik malang musim ini termasuk pertukaran jurulatih, terus tersungkur di Stadium Likas dan kali ini kecundang kepada kepada pasukan dasar bawahan carta MSL 2004, Kedah 2-1. Dalam pada itu pertemuan tunggal dalam kancah Liga Perdana Malaysia 2004 (LPM 2004) menyaksikan Tentera sekadar seri 2-2 dengan bekas juara Piala Malaysia, Brunei di Stadium Lumut malam tadi. |
syed |
Posting pada: 29-07-04 22:33
MSL: Pahang hanya perlu tiga mata
Oleh Mohd Rafi Mamat âBERIKAN satu lagi kemenangan dan kami akan bawa pulang trofi Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) ke Kuantan!â Dan, itulah ikrar dan tuntutan menggunung yang pantas dilaungkan pengurus pasukan Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelang pertemuan penting menentang Perlis di Stadium Utama di Kangar, Sabtu ini. PEMAIN Terengganu, Rosli Husin (kiri) cuba menghalang S Paidiya Rau dari Selangor MK Land pada aksi Liga Perdana 2004 di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu semalam. Tatkala jurulatih Zainal Abidin Hassan menegaskan betapa trofi MSL 2004 sudah pun sebelah tangan di genggaman skuad Tok Gajah, Abdul Rahman pula meminta pemain menumpukan segenap perhatian kepada sisa tiga perlawanan. âJangan leka...tumpukan perhatian kepada baki tiga perlawanan. Kalau boleh menang semua perlawanan dan kita akan jadi juara Liga Super Malaysia. âTingkatkan kesungguhan, semangat dan keyakinan untuk buktikan kita sememangnya juara,â katanya sambil memuji komitmen pemain ketika melawan Sarawak di Stadium Darulmakmur kelmarin. Secara realistik, Pahang hanya perlukan satu lagi kemenangan daripada tiga baki perlawanan untuk dimahkotakan juara julung kali MSL 2004 sambil mengharapkan Perak hanya sekadar seri atau kalah pada sisa pertemuan berkenaan. Sesudah menewaskan Sarawak 3-2 semalam, Pahang kini mengumpul 41 mata sesudah mengharungi 18 perlawanan manakala Perak yang menduduki tempat kedua carta liga mengumpul 34 mata. Andai menewaskan Perlis di Stadium Utama Sabtu ini, anak buah Zainal Abidin bakal dinobatkan juara MSL dengan mengumpul 44 mata dan skuad kendalian Toni Netto sekalipun menang semua sisa tiga perlawanan akan hanya mengumpul 43 mata. Selepas ke Kangar, Pahang dikerah menguji Kedah dan Sabah pada 3 Ogos dan 7 Ogos di Stadium Darulmakmur, Kuantan. Kalau tidak dimahkotakan juara di Kangar, Stadium Darulmakmur bakal menjadi gelanggang keramat skuad Tok Gajah yang sehingga kini tidak pernah menyaksikan kekalahan skuad pilihan itu musim ini. Abdul Rahman turut menegaskan betapa peluang Pahang untuk membawa pulang trofi MSL 2004 kini sudah terhidang dan hanya pemain bakal menentukan untung nasib pasukan |
syed |
Posting pada: 30-07-04 22:21
MSL: Perak sekadar harap naib juara
Oleh Azizan Hashim GELARAN juara sudah hampir pasti sukar untuk dicapai jadi Perak kini memburu kedudukan selaku pasukan kedua terbaik dalam usaha mengelak imejnya tercalar lebih teruk dalam Liga Super (MSL) 2004. Selepas dua musim bergelar juara Liga Perdana, Toni Netto berasa kedudukan selaku naib juara MSL tetap pencapaian terbaik. Setakat ini perebutan untuk tempat kedua MSL dijangka berlaku antara tiga pasukan termasuk Public Bank Selangor dan juga Perlis dengan Perak memiliki kelebihan dua mata ke atas Public Bank manakala Perlis empat. Namun berdasarkan jadual perlawanan yang menyaksikan Seladang akan bermain di luar dua kali iaitu Kedah esok dan terpaksa bertemu Public Bank dalam perlawanan terakhirnya, Perak nyata belum selamat. "Inilah satu-satunya yang boleh dilakukan untuk mengelak kekecewaan lebih besar iaitu menjadi naib juara MSL. "Menjadi pasukan kedua terbaik adalah lebih baik daripada jatuh lebih teruk lagi. "Malah lebih penting lagi Perak tidak tersingkir ke Liga Perdana musim depan," ka tanya. Justeru itu pengendali dari Brazil itu akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan impian itu tercapai apabila turun dalam baki tiga perlawanan bermula pertemuan dengan Kedah di Alor Star, malam esok. "Saya akan menyediakan pasukan untuk mencapai kejayaan dalam baki tiga perlawanan kami nanti. "Saya yakin Perak mampu melakukannya tetapi dengan syarat pemain memberi kesungguhan dan komitmen sepenuhnya dalam setiap perlawanan," katanya. Begitupun Netto sedar laluan anak buahnya pasti tidak semudah diungkapkan kerana setiap pasukan kini sedang berusaha untuk mengutip sebanyak mata yang mungkin. "Kecuali Pahang yang sudah agak selesa tujuh pasukan lain kini terbabit dalam persaingan memburu kedudukan terbaik dalam carta. "Jadi persaingan pasti sengit dan hebat apabila setiap pasukan membuat henjutan terakhir ke garisan penamat," katanya. Sehubungan itu beliau tidak memandang mudah pertemuan dengan Kedah itu walaupun Perak menang 2-1 dalam kunjungan pertama ke Alor Star. Malah jurulatih itu yakin perlawanan ini lebih sukar dan sengit daripada pertemuan pertama itu kerana Kedah yang kini berada di tangga kedua tercorot juga mahu memperbaiki kedudukan dalam carta. |
syed |
Posting pada: 01-08-04 12:45
Perlis tangguh pesta Pahang
Oleh Halmi Samad dan Kamuddin Baharom PEMAIN Pahang, Indra Putra Mahayuddin (kiri) mengasak pemain Perlis Joao Bandoch dalam aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar malam tadi. â Gambar Rosli Ahmad PERLIS memperaga aksi berani untuk melambatkan perjalanan Pahang bagi dinobatkan juara sulung Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) sesudah menang 2-1 di Stadium Utama malam tadi. Namun, pintu peluang tetap luas buat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan pada sisa dua perlawanan mendatang. Sesudah Matthews Bingley menghadiahkan detik ceria untuk ledakan gol pertama skuad Tok Gajah pada minit ke-21, jaringan penyamaan Joao Bandoch menjelma tiga minit kemudian sambil detik kemenangan untuk Singa Utara dilakar Philimon Chipeta tujuh minit sesudah aksi bersambung. Kekalahan itu bagaimanapun tetap meletakkan Pahang di singgahsana carta MSL 2004 kekal 41 mata tetapi kemenangan mendekatkan Singa Utara kepada Public Bank dengan perbezaan satu mata. Tanpa pemain tengah berpengaruh, Tengku Hazman Raja Hassan yang digantung angkara kad merah, Singa Utara tetap rancak mengacah kekebalan pertahanan Pahang dalam tempoh 10 minit pertama tetapi padang licin banyak membuatkan bola laju meliar tanpa ada sebarang percubaan berbahaya. Tetapi ada kalanya lorongan yang ditujukan ke arah Matthews Bingley dan Indra Putra Mahayuddin - tonggak paling berbisa dalam kancah Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) gagal dijangkau pertahanan tuan rumah namun pemain import dari Brazil, Joao Bandoch rancah mengesahkan keperkasaannya. Dan sesudah puas mengacah, peluang terbaik anak buah Norizan Bakar menjelma pada minit ke-21 tetapi rembatan deras kapten Perlis, Muhammad Kaironnisam Sahabuddin hasil umpanan Philimon Chipeta ke penjuru kanan Azmin Azram Aziz terkeluar beberapa inci. Petaka membelenggu Singa Utara tiga minit kemudian kerana angkara kurang tumpuan di kalangan pertahanan tuan rumah mudah membenarkan Bingley menanduk tajam lambungan Fadzli Shaari dalam kotak penalti tatkala Amran Omar dilihat tergapai cuba menyelamatkan acahan itu. Selang 10 minit menguji gawang Pahang, Perlis sekali lagi hampir mampu menyamakan kedudukan 1-1 malangnya rembatan Muhammad Kaironnisam berpunca daripada lorongan Yusri Che Lah. Namun pada minit ke-38, Bandoch memanfaatkan kesilapan Azmin Azram untuk gol penyamaan untuk menyemarakkan rasa ceria di kalangan 12,000 penonton. Tujuh minit selepas aksi bersambung Chipeta - penyerang berjersi nombor 10 membuatkan Pahang menjeruk rasa kerana membenarkan penyerang kelahiran Zambia melakar gol kedua dan jaringan itu dijawab pantas oleh Zainal Abidin Hassan dengan memasukkan Juzaili Samion menggantikan Bingley yang tampak hilang arah. Untuk seketika Pahang tampak sedikit `bernafas dalam lumpur' rentetan kejagoan Juzaili mencorakkan aksi ke kubu Singa Utara tetapi kekentalan Bandoch membaca serangan balas merencatkan impian skuad Tok Gajah untuk segera dinobatkan juara sulung MSL 2004. PERLIS: Amran Omar, Khairi Zainuddin, Faisal Esahar, Adrian Jurad Chamrong, Joao Bandoch, Rosle Derus, Nazaruddin Ariffin (Suhairi Karim), Muhammad Kaironnisam Sahabuddin, Yusri Che Lah, Lamin Conteh, Philimon Chipeta PAHANG: Azmin Azram Aziz, Ghani Malik, Jalaluddin Jaafar, Shahrulnizam Sahat (Iskandra Zulkarnain), Jonathan Bass, Irwan Fadzli Idrus, Fadzli Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Matthews Bingley (Juzaili Samion), Anthony Milicic, Azizul Kamaluddin (Shahrizan Salleh) Pengadil: Shokri Nor MANAKALA.... Peluang Perak masih terbuka Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Bashah Zainol Abidin dan Shafizah Abdul Wahab TATKALA gelaran sulung juara Liga Super Malaysia (MSL) 2004 hampir pasti milik Pahang, saingan merebut gelaran naib juara masih terbuka di kalangan tiga pasukan iaitu Perak, Public Bank Selangor dan Perlis. Dengan saingan berbaki dua lagi perlawanan Perak dilihat calon paling berwibawa walaupun sekadar merakam keputusan seri 0-0 dengan Kedah di tempat lawan malam tadi. Skuad Seladang yang mengekori Pahang enam mata secara matematik masih berpeluang mencabar kejuaraan tetapi anak buah Toni Netto perlu menang kedua-dua baki perlawanan dengan jaringan besar sambil mengharap anak buah Zainal Abidin Hassan kecundang juga dengan jumlah besar kedua-dua perlawanan itu. Sementara, itu Perlis walaupun mencipta kemenangan 2-1 ke atas Pahang malam tadi sekadar berpeluang mengintai untuk naib juara, begitu juga Public Bank yang tewas kepada Sarawak 0-1. l Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang meneruskan rentak kecemerlangan mereka selepas membenam Public Bank 3-0 pada pertengahan minggu dengan menewaskan Sabah 1-0 di gelanggang tradisi mereka. Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh Jose Marcio Barreto yang merembat masuk hantaran lintang kiri M Nagaraja yang menewaskan penjaga gol Khairul Azman Mohamed pada minit ke-31. l Di Stadium Darulaman, tuan rumah gagal memanfaatkan peluang di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Perak. Walaupun memiliki banyak peluang memenangi perlawanan itu namun beberapa percubaan gagal disempurnakan penyerang Hijau Kuning. Penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang memiliki peluang terbaik pada minit ke-90 namun rembatan hanya sedikit tersasar. Kegagalan memenangi perlawanan itu bermakna Kedah menghadapi laluan sukar untuk kekal berada dalam Liga Super sebaliknya bakal menghuni Liga Perdana musim ini kerana lawan yang akan ditentangi iaitu Pahang memang sukar dijinakkan setelah Tok Gajah itu tewas 1-2 kepada Perlis. l Di Stadium Negeri, Sarawak mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Public Bank Selangor untuk membolehkan mereka naik satu takuk daripada tangga terbawah carta liga. Kemenangan itu yang ketiga bagi mereka musim ini membolehkan anak buah Jalil Rambli kini mengumpul 16 mata, satu mengatasi Kedah yang seri tanpa jaringan menentang Perak. Gol tunggal yang memastikan kemenangan tuan rumah disumbangkan oleh pemain veteran Ramos Sari pada minit ke-10. |
syed |
Posting pada: 03-08-04 19:38
Inilah masanya, Pahang!
Oleh Halmi Samad PAHANG sekali lagi dihadiahkan tempoh 90 minit bagi memburu satu mata untuk dinobatkan juara sulung Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) dan perjuangan menentang Kedah di halaman sendiri â Stadium Darulmakmur malam ini tampak mudah disempurnakan. Yang jelas, skuad Tok Gajah umpama tidak mahu menjadikan pemburuan gelaran sulung MSL 2004 berakhir satu detik anti-klimaks seperti di Kangar Sabtu lalu. Justeru Pahang menanti kunjungan Hijau Kuning dengan anak buah Zainal Abidin Hassan menggetap bibir untuk menebus kekalahan 1-2 di tangan Perlis sambil menamatkan penantian untuk bergelar juara. Sekalipun bola sepak global dewasa ini menjanjikan banyak kejutan, namun secara realistiknya juara berganda 1992 itu mampu mengesahkan âsatu mata kemenanganâ daripada enam mata yang ditawarkan menerusi pertemuan melawan Kedah dan Sabah. Dan berdasarkan prestasi terkini, Pahang tampak masih boleh merakam aksi gemilang manakala pesaing tulen, Perak yang menanti kunjungan Sabah di Ipoh sebenarnya kian jauh tersisih angkara siri sentuhan malap kebelakangan ini dan terbaru mereka begitu hambar tatkala seri 0-0 dengan Kedah. Apatah lagi Zainal Abidin Hassan â bekas ahli kelab Asian All-Star berjanji akan mengubah garapan skrip duka dan melupakan detik kekalahan di Kangar membalas budi baik hampir 20,000 penonton fanatik yang sentiasa membanjiri Stadium Darulmakmur pada setiap perlawanan MSL 2004. "Saya rasa pemain boleh lakukan tugas ini (untuk muncul juara) di Kuantan malam esok (ini). Memang mereka nampak penat di Kangar. Tapi semangat mereka tentu naik semula di Kuantan kerana bakal beraksi di tempat sendiri," katanya ketika dihubungi di Kuantan semalam. Tutur kata Zainal itu sudah cukup perit untuk ditangani skuad Kenari pimpinan Miradanha yang masih lagi bertungkus lumus menyelamatkan kapalnya daripada karam seterusnya terjerumus ke Liga Perdana Malaysia 2005 (LPM 2005). Dengan himpunan 41 mata, Pahang hanya perlukan satu mata keramat untuk dinobatkan juara sulung MSL 2004 tanpa mengira kesan perlawanan Perak-Sabah. Dengan koleksi 35 mata, skuad Kejor Yob Kejor itu kini dilihat lebih menjurus ke arah menangkis asakan Public Bank dan Perlis yang cuma dipisahkan satu mata untuk perebutan naib juara. Namun Zainal Abidin harus mengerah Indra Putra Mahayuddin - pemain paling sensasi dalam kancah MSL 2004 segera meningkatkan tahap kualiti acahannya yang cukup mudah dikekang benteng pertahanan Singa Utara Sabtu lalu. Bekas penolong jurulatih skuad era Alan Harris itu juga perlu `merotanâ penjana tengah yang tampak tenggelam terus di Stadium Utama dan pilihannya kini ialah meletakkan pemain gantian, Juzaili Samion kembali membarisi senarai kesebelasan utama. Cuma apa yang jadi persoalan kini adakah Juzaili mampu bertahan dalam aksi pantas 90 minit kerana baru pulih kecederaan atau pun dimasukkan pada sisa 30 minit terakhir bagi merobekkan benteng pertahanan Hijau Kuning. Apapun, peminat skuad Tok Gajah sudah boleh bersedia untuk mengibar bendera Pahang kerana anak buah Zainal Abidin dilihat mampu mengesahkan satu mata seterusnya mengucup trofi kemenangan MSL 2004 di kandang sendiri! |
syed |
Posting pada: 05-08-04 18:45
Pahang mula pasang impian besar
Oleh Halmi Samad LALUAN selesa dinobatkan juara sulung Liga Super Malaysia 2004 (MSL 2004) membuatkan nafsu Pahang kian rakus dan skuad pimpinan Zainal Abidin Hassan kini mula berani memasang impian untuk menjulang pula Piala FA dan Piala Malaysia musim ini. Biarpun bunyinya keterlaluan, namun faktor prestasi pemain yang terlalu dominan, memberanikan skuad Tok Gajah untuk meraih dua lagi trofi bagi melakar sejarah yang belum pernah dirakam mana-mana pasukan sebelum ini. Yang nyata, ada segelintir pihak dalam kem Pahang khususnya timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah diimbas memori 1992 tatkala Pahang muncul juara berganda atas bimbingan jurulatih England, Mike Brown. Tatkala itu, Abdul Rahman adalah arkitek utama menjulang Pahang dan hampir 12 tahun kemudian, beliau kembali menjana kebangkitan skuad Tok Gajah menggunakan formula yang sama iaitu memanipulasi keperkasaan sebahagian besar pemain skuad kebangsaan Malaysia. âWalaupun dah menang Liga Super, saya mahu pemain terus tumpukan perhatian kepada Piala FA dan Piala Malaysia. Saya rasa Pahang ada kemampuan untuk jadi juara,â katanya ketika ditemui di Stadium Darul Makmur selepas berakhir pertemuan menentang Kedah yang berkesudahan tuan rumah menang 2-1. Kejayaan itu membolehkan anak buah Zainal muncul sebagai juara pertama Liga Super seterusnya memenangi wang kemenangan bernilai RM500,000. Lantaran itu, pertemuan menentang Sabah â finalis Piala Malaysia 2002-03 di halaman sendiri Sabtu ini dianggap hanya formaliti kerana kutipan 44 mata daripada 19 perlawanan sudah tidak terjangkau oleh pesaing terdekat â Perak dan Public Bank. Apapun, untuk seketika, impian Abdul Rahman tiada cacat-celanya kerana Pahang kini ditabalkan calon pilihan utama untuk menjuarai Piala FA 2004 dan bakal menguji Terengganu di perlawanan separuh akhir pertama pada 1 September ini disusuli pertemuan kedua di Kuantan 10 hari kemudian. Di peringkat Piala FA, pasukan bimbingan Toni Netto sekali lagi menjadi halangan Pahang tetapi andai Zainal mampu mencongak strategi ampuh untuk mematikan keperkasaan skuad Kejor Yob Kejor, impian Abdul Rahman pasti dapat dijayakan. Dan andai prestasi keseluruhan dalam MSL 2004 jadi percaturan dan tuah cabutan undi yang bakal dilakukan pada 15 September ini berpihak kepada Pahang, gergasi Pantai Timur itu jelas dalam perjalanan selesa untuk muncul juara Piala Malaysia 2004. Begitupun, Zaina tetap menaruh harapan melanggit anak buahnya memiliki semangat juang kelas A yang sama sekali sukar digugat mana-mana pasukan lain dalam kancah bola sepak Malaysia. âKita dah lihat malam tadi bagaimana pemain Kedah mengasak kubu Pahang. Kemudian mereka dapat satu gol. lalu masuk satu gol, saya nampak pemain Pahang agak tertekan. âTapi mereka kembali bermain macam biasa lalu itu. Dan hasilnya kami dapat dua gol yang membolehkan Pahang jadi juara sulung Liga Super. Saya cukup bangga dengan semangat juang pemain Pahang. Mereka ada kualiti,â kata Zainal. |
syed |
Posting pada: 05-08-04 19:24 MPPJ layak ke Liga Super Oleh Noor Jaafar dan Johan Afandi MPPJ Selangor mengesahkan kejuaraan Kumpulan B saingan Liga Perdana Malaysia (LPM) 2004 lebih awal apabila menewaskan SKMK Kelantan 5-2 malam tadi sekali gus mengesahkan kemaraan ke Liga Super musim depan. PEMAIN Selangor, Brian Fuentes diasak dua pemain Johor FC pada perlawanan liga perdana di Stadium Shah Alam malam tadi. - Gambar Hairul Auar Abd Rahim Kekalahan itu biarpun masih mengekalkan MPPJ di tangga teratas kumpulan menafikan peluang tipis untuk pencabar terdekat MK Land yang tidak beraksi malam tadi bersaing merebut tempat ke Liga Super Malaysia (LSM) musim depan dalam saingan yang hanya berbaki satu perlawanan. Sementara itu, saingan Kumpulan A, masih terbuka apabila pendahulu Johor FC kecundang 0-2 kepada Selangor, manakala satu lagi pencabar Telekom Melaka tidak beraksi malam tadi. Di Stadium Shah Alam, Selangor menghidupkan peluang untuk mencabar kejuaraan Kumpulan A apabila menewaskan Johor FC 2-0. Kemenangan itu membolehkan Merah Kuning kini mengumpul 47 mata, sama dengan pencabarnya di tangga teratas tetapi ketinggalan hasil perbezaan gol dan memintas satu lagi pencabar Telekom Melaka yang tidak beraksi malam tadi, Gol Selangor dijaringkan oleh Amri Yahyah m-38 dan Brian Fuentes m-89. Di Stadium UITM Shah Alam, TNB Kelantan dan PKNS Selangor sekadar mencatat seri tanpa jaringan untuk kedua-dua pasukan kekal menghuni tangga kelima dan keempat Kumpulan A Di Stadium Petaling Jaya, impian MPPJ Selangor untuk memastikan kejuaraan Kumpulan B lebih awal menjadi kenyataan apabila menewaskan SKMK Kelantan 5-2. Biarpun dikejutkan dengan dua gol awal pelawat dalam tempoh enam minit oleh pemain import Thailand, Saranuwat Nasartsang dan Azli Mahmood masing-masing pada minit ke-30 dan 36, Juara Piala Malaysia 2003 itu bangkit dengan empat gol pada babak kedua untuk memastikan kemenangan. Semua gol MPPJ disumbangkan oleh pemain import mereka menerusi hatrik Bruno Martelotto m-49, 63 dan 89, Fabricio Franceschi m-55 dan Brenezac Sasa m-76. Di Stadium Cheras, Kuala Lumpur dan Melaka seri 2-2 dalam saingan Kumpulan B. Di Stadium Larkin, Johor dan Terengganu gagal mengatasi satu sama lain apabila sekadar mencatat seri tanpa jaringan dalam saingan Kumpulan B. Kedua-dua pasukan kekal menghuni tangga keenam dan kelima kumpulan dengan masing-masing kini mengumpul 31 dan 32 mata menjelang perlawanan terakhir masing-masing. Di Stadium Sultan Mohd, Kelantan terus dirundung malang apabila tewas kepada Negeri Sembilan 1-4 dalam saingan Kumpulan B. Shahrin Majid meletakkan Negeri Sembilan dua gol di depan pada minit ke-17 dan 55 sebelum Kelantan merapatkan jurang menerusi Khairil Zamri Rashid m-50, namun K Rajan dan Norhafiz Zamani Misbah memastikan pelawat menang selesa dengan gol ketiga dan keempat pada minit ke-67 dan 74. |
hakimabdulrahman |
Posting pada: 05-08-04 19:44 |
sasician |
Posting pada: 05-08-04 20:58 |
syed |
Posting pada: 06-08-04 01:52
Pahang sedih dalam ceria
Oleh Aizawati Ahmad KEJAYAAN pasukan bola sepak Pahang yang di nobat selaku juara sulung Liga Super di Kuantan kelmarin agak suram apabila para pemain tidak berpeluang mendakap piala tersebut di depan penyokong sendiri. Rasa terkilan itu disuarakan sendiri oleh Pengurus Pasukan Pahang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin yang agak kecewa apabila para pemainnya tidak berpeluang mendakap piala berkenaan sebaik sahaja mereka dinobatkan sebagai juara. ``Selaku pengurus saya berasa agak sedih dan terkilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyerahkan piala Liga Super kepada kami malam ini (kelmarin) kerana sambutannya akan lebih meriah jika piala itu disampaikan sebaik sahaja perlawanan tamat,'' katanya ketika ditemui sebaik sahaja perlawanan tamat, kelmarin. Bagaimanapun, Shahiruddin memberitahu, walau apa jua tindakan FAM itu, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat dan beliau berasa bersyukur di atas kemenangan tersebut. Pahang muncul juara sulung Liga Super selepas menundukkan Kedah 2-1 di Stadium Darulmakmur, Kuantan kelmarin menerusi gol Anthony Milicic dan Simon Colosimo. Sekalipun terlepas peluang mendakap piala Liga Super di gelanggang sendiri, Pahang menarik nafas lega selepas kejayaan kelmarin. Laluan berliku terpaksa ditempuhi oleh Tok Gajah apabila mereka tumpas 2-1 kepada Perlis minggu lalu dan peluang kedua yang muncul lebih-lebih lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri tidak mungkin dibiarkan berlalu begitu sahaja. Walaupun hanya berhadapan dengan pasukan tercorot Liga Super iaitu Kedah tetapi anak-anak buah Zainal Abidin Hassan tidak diberi laluan mudah apabila mereka menerima tentangan sengit daripada pasukan pelawat. Namun begitu, semangat yang membara telah membawa ledakan gol Milicic dan Colosimo meletakkan pasukan Tok Gajah sebagai juara Liga Super. Kemenangan tersebut tepat sebagaimana kata Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Pahang mahu menang di gelanggang sendiri dan terbukti kini. |
syed |
Posting pada: 07-08-04 21:02
Tok Gajah tiada masalah jinak Sabah
Oleh Mohd Rafi Mamat IMEJ selaku sang juara Liga Super 2004 mengiringi cabaran skuad Pahang bimbingan Zainal Abdin Hassan yang akan melayan kunjungan Sabah, di Stadium Darulmakmur malam ini. Menyingkap rekod sebelum ini, Tok Gajah tidak banyak menghadapi masalah menjinakkan lawan yang begitu mengidamkan kemenangan dalam usaha mengelak terjerumus ke Liga Perdana musim depan. Bagi Zainal, walaupun pada dua perlawanan sebelum ini pasukannya berjaya menewaskan Sabah, itu bukan tiket selesa untuk pemain memandang rendah lawannya itu. âSaya beberapa kali mengingatkan kepada pemain Pahang supaya memberi sepenuh tumpuan kepada setiap perlawanan yang dilalui, bukan bersikap membeza-bezakan pasukan. âWalaupun kita sudah mencapai impian menjulang kejuaraan Liga Super, ini bukan bermakna Pahang memandang mudah baki perlawanan menentang Sabah malam ini,â katanya di Kuantan semalam. Misi mencatat kemenangan tetap akan diteruskan dan pemain dikerah memberi sepenuh komitmen agar imej selaku sang juara tidak tercalar. Mengenai barisan pemain yang akan diturunkan, Zainal berkata pastinya barisan terkuat akan diturunkan dalam usaha menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan kemenangan bergaya. Bagaimanapun, beberapa pemain utama seperti Hairuddin Omar, Shahril Faizal Shahrifuddin dan Fadzli Saari tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang menimpa mereka sewaktu pertemuan dengan Kedah, Sabtu lalu. âPertemuan dengan Sabah malam ini juga dianggap gelanggang terbaik untuk penjaring terbanyak (15 gol) Liga Super, Indra Putra Mahyuddin menambah jaringan berikutan perbezaan hanya satu gol dengan penyerang Perak, Frank Seator (14). âHanya kemenangan ke atas Sabah akan menambahkan lagi episod kegembiraan pemain seterusnya peminat setiap Tok Gajah,â katanya. Sementara itu, Naib Presiden Satu Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Jamal Nasir Ismail berkata majlis penyampaian piala Liga Super kepada pasukan Pahang akan dilakukan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum perlawanan bermula malam ini. âPeminat setia Tok Gajah diharap datang beramai-ramai untuk meraikan kejayaan Pahang menjulang piala Liga Super, seterusnya menyaksikan perlawanan menentang Sabah. âSokongan padu peminat akan merancakkan lagi perlawanan Pahang-Sabah yang dijangka sengit, terutama dalam usaha pelawat mencatat kejayaan bagi mengelak jatuh ke Liga Perdana musim depan,â katanya. MANAKALA... Hajat sama Public Bank, Perak Oleh Ahmad Fiesal Othman PELUANG terhidang buat Public Bank Selangor untuk merebut gelaran naib juara Liga Super Malaysia (MSL) 2004 andai berjaya menundukkan Perak dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Perak dan Public Bank masing-masing kini menduduki tangga kedua dan ketiga carta di belakang Pahang yang telah dinobatkan sebagai juara lebih awal Selasa lalu tetapi kedua-dua pasukan hanya dibezakan satu mata. Siapa saja antara dua pasukan terbabit yang bergelar pemenang malam ini sah dinobatkan sebagai naib juara dan bakal meraih hadiah wang tunai RM300,000. Berdasarkan prestasi ketika menundukkan Perlis 4-2 Selasa lalu, The Bankers seharusnya mampu mencapai cita-cita itu biarpun Seladang lebih dianggap pilihan atas faktor pengalaman serta rekod pencapaian mereka dalam kancah bola sepak negara. Apapun tuah gelanggang sendiri tetap satu kelebihan buat anak buah E Elavarasan yang kini tidak lagi boleh diperkecilkan walaupun berstatus kelab tunggal yang beraksi di kalangan âbudak besarâ MSL. âSelepas gelaran juara sah terlepas, saya telah memaklumkan kepada semua pemain supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha merebut gelaran naib juara pula. âSaya juga maklumkan kepada mereka kemenangan dua perlawanan terakhir di gelanggang sendiri boleh membantu kami mencapai cita-cita itu. âKini, kami sudah menang bertemu Perlis Selasa lalu dan cuma tinggal Perak yang menjadi penghalang dan kami pasti tidak rela menyerahkan peluang ini kepada mereka,â katanya. Sementara itu pengurus pasukan, Razak Dali turut berpuas hati dengan kesungguhan yang dibuktikan oleh skuad The Bankers ketika mencatat kemenangan ke atas Perlis. âKami benar-benar puas hati tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Perak. âPemain perlu berusaha lebih keras dan memberikan komitmen tinggi untuk menakluki tempat kedua dan paling pasti gelaran itu tidak boleh dilepaskan daripada genggaman selepas terpaksa mengakui kehebatan Pahang untuk bergelar juara,â katanya. |
syed |
Posting pada: 08-08-04 20:31
HEBAT SUNGGUH PEMAIN2 NEGERI ANA NI....
Tok Gajah pamer aksi cemerlang Oleh Rafi Mamat PAHANG melengkapkan musim penuh gemilang apabila menamatkan saingan Liga Super dengan satu lagi kemenangan apabila menundukkan Sabah 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Selain menjulang Piala Liga Super yang diberikan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum permainan bermula, penyerang Indra Putra Mahayuddin juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol untuk menerima anugerah Kasut Emas selepas tamat permainan. Semangat Tok Gajah nyata menyerlah di depan kira-kira 20,000 penonton dan turun tanpa sebarang tekanan sesudah kejuaraan Sabtu lalu, anak buah Zainal Abidin Hassan tidak mahu mencalarkan kegembiraan dan turun dengan pemain utama kecuali Ante Melicic. Pada minit ke-7 Pahang berada di depan menerusi gol pemain muda Mohd Fikry Jaafar yang melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Khairul Azman Mohamad. Tersentak gol awal tuan rumah itu, pelawat tidak mengaku kalah, sebaliknya jentera serangan yang terajui ketua pasukan K Sanbagamaran, Keith Gump dan Zainizam Marjan terus melakukan serangan sehingga beberapa kali mencemaskan kubu tuan rumah. Sabah yang perlu mencari kemenangan mempamerkan permainan yang agak keras terutama jentera pertahanan yang diketuai Julius Ating yang menerima kad kuning selepas mengasari penyerang Pahang, Mamadou Dialo pada minit ke-35. Pahang yang baru menerima Piala Super sebelum perlawanan bermula, terus mengatur serangan menerusi Hairuddin Omar, Mamadou dan Indra Putra Mahayuddin yang turut memburu Kasut Emas sehingga mengucar-kacirkan benteng pertahanan pelawat. Persembahan kedua-dua pasukan pada babak kedua menarik menerusi asakan yang mencemaskan kedua-dua penjaga gol Pahang dan Sabah. Pahang mengukuhkan kedudukan pada minit ke-71 menerusi Fadzli Shaari yang menolak kemas bola hantaran Mamadou untuk mengecewakan Khairul Azman dan meletakkan Pahang di landasan tepat memburu dua lagi kejuaraan musim ini â Piala FA dan Piala Malaysia. manakala... Public Bank kedua; Kedah, Sarawak cicir Oleh Noor Jaafar TONGGAK Pahang, Hairuddin Omar (kanan) menjulang trofi Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi. Turut sama (dari kiri) Zainal Abidin Hassan, Tengku Muda Pahang dan Datuk Shahiruddin Ab Moin diarak dengan kenderaan pacuan empat roda. PUBLIC BANK Selangor terus melakar sejarah unik apabila dinobatkan naib juara Liga Super 2004 sekali gus meraih hadiah wang tunai RM300,000 apabila berjaya mengalahkan Perak 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Namun tatkala The Bankers yang dilatih E Elavarasan bergembira dengan kejayaan terbaru, dua pasukan negeri â Sarawak dan Kedah dipalit aib kerana bakal diturun pangkat beraksi dalam Liga Perdana Malaysia 2005 (LPM 2005) angkara kekalahan kepada Perlis serta Pulau Pinang. Tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Mohd Fareed Shah Hassan yang merembat selepas berjaya menggelecek Goux Luciano Jesus untuk menewaskan penjaga gol Perak, Mohd Hamsani Ahmad pada minit ke-11. Nasib Perak berubah apabila kaptennya, Syamsol Saad ditunjukkan jalan keluar oleh pengadil, Mohamad Shukri Mat Amin gara-gara dihadiahkan kad kuning kedua. Insiden berlaku apabila pertahanan skuad kebangsaan Malaysia itu tidak mematuhi arahan Mohamad Shukri supaya kekal dalam barisan benteng tatkala Public Bank mahu melakukan tendangan percuma seminit sebelum tamat babak pertama. Sepuluh minit sebelum itu, Syamsol juga menerima kad kuning kerana mengasari Milan Strelec. Berikutan itu, benteng Perak jadi sangat tertekan walaupun kedudukannya ketika ini di tangga kedua dengan 36 mata kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain. Dua minit selepas babak kedua dimulakan Strelec bertindak cemerlang menolak mudah bola umpanan Mohd Aiman Wong untuk gol kedua Public Bank. Mohd Fareed Shah melebarkan kemenangan Public Bank apabila merembat untuk gol ketiga sebaik menerima hantaran Strelec dua minit selepas itu. Benteng pertahanan Perak semakin mudah dibolosi penyerang Public Bank setelah ketiadaan Syamsol di bahagian itu. Ketika pergelutan di hadapan gol Public Bank, K Nantha Kumar menanduk untuk gol tunggal Perak pada minit ke-82. Strelec meneguhkan kedudukann Public Bank dengan jaringan keempat dua minit sebelum tamat. Public Bank: V Murugan, Marko Ante Rudan, M Elangoo, Mohd Aiman Wong, Ivan Ziga, Wan Rohaimi Ismail, Mohd Fared Shah Hassan (Fatrurazi Rozi), Milan Strelec, Hardi Ahmad (Rashid Mahmud), Nor Nazri Mohd Noor, Lim Chan Yew Perak: Mohd Hamsani Ahmad, Goux Luciano Jesus (Liew Kit Kong), Syamsul Saad, Shahrulnizam Mustapha, Chan Wan Hoong, Silva Ricardo Adrian, Asmawi Bakiri, K Nanthakumar, K Yoganathan, Khalid Jamlus, Frank Seator (V Saravanan). Pengadil: Mohamad Shukri Mat Amin. APE2 PUN JUMPA LAGI DI MUSIM YG BARU... |
Hafiz_Qiee |
Posting pada: 27-08-04 20:13
....
Tahniah hafiz ucapkan buat pasukan tok gajah..tapi ade tak syoknye..pemain pemain pahang ..kebanyakkannya tak ory..maksud hafiz..bukannya dari negeri yang asal.. ----------------- Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan.. |
syed |
Posting pada: 28-08-04 00:17
real madrid pun mcm tu syeikh hafiz...oi...
maklumlah zaman dah berubah,....heheh..jadi..sokonglah pahang utk menang piala malaysia pulak... |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |