adlan WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1053 Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin
Posting pada: 07-02-04 20:40
ana ada kemusykilan sket ttg minyak masak ni.. one of my flatmates from China kata, minyak masak bole digunakn sekali je. Takleh simpan2.. sbb kalo digunakn berulang-ulang kali, bole menjadi asbab terdedahnya kita kpd penyakit kanser..betui ke?
pada rakan2 yg ada maklumat yg jelas ttg hal ni, bole la tlg bantu ana ye..sama2 kita kongsi maklumat demi manfaat bersama..insyaALLAH.
----------------- "Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"
  ProfilQuote
darul_numan81 :WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239 Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
Posting pada: 07-02-04 21:50
Quote:
On 2004-02-07 20:40, adlan wrote: ana ada kemusykilan sket ttg minyak masak ni.. one of my flatmates from China kata, minyak masak bole digunakn sekali je. Takleh simpan2.. sbb kalo digunakn berulang-ulang kali, bole menjadi asbab terdedahnya kita kpd penyakit kanser..betui ke?
erm... kebetulan pula ana baru je membincangkan perkara ini bersama seorang rakan. Selepas menggoreng ikan atau ayam, kita biasanya akan menyimpan minyak itu semula untuk mengelakkan pembaziran. Tanpa kita sedar.. minyak yg telah digunakan berulang-kali itu telah mengandungi toksin hasil dari sisa-sisa ikan dan ini juga yg menyebabkan warna minyak berubah dari jernih menjadi keladak. Toksin yang terhasil inilah yg boleh membawa kepada penyebab kanser. Samalah juga kalau goreng benda2 lain.
Kalau sayang sangat dan takut membazir, gunakanlah antara 2-3 kali saja..lepas itu bolehlah dibuang..
p/s:mencegah lebih baik dari mengubati.. wassalam
----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
  ProfilQuote
kakyong :WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1663 Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak
Posting pada: 07-02-04 22:10
Ye ke?...tapi kalau minyak buat goreng ikan tu, mmg dah tak lalu jugak nak guna ulang2 sbb. bau pun x sedap dan kaler pun dah jadi lain...gelap2 gitu kan..
Terima kasih darul_numan81 atas info tu...
  ProfilQuote
pLatipus WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915 Posting: 863
Dari:
Posting pada: 08-02-04 15:52
Ana sebagai salah seorang daripada pekerja di sebuah Syarikat yg menjual dan membeli RBD Palm Oils, RBD Olein, RBD Stearin dan PFAD (Jenis-jenis minyak) Ana nak memberitahu sedikit mengenai RBD Palm OiL...... ana menjual minyak masak jenis Cloud Point 8 (CP8-antara jenis@gred yg berkualiti-) CP8 nie yg ana tahu pada kebiasannya pengguna boleh memakainya hingga MAX- 2 kali (yg sebaiknyalah) tapi boleh juga pakai sehingga 3 kali (tidak digalakkan)......ana juga sokong pendapat darul_numan81, ianya boleh mendapat penyakit kanser akibat penggunaan berulang kali....... Tetapi pada pendapat ana eloklah gunakan minyak masak jenis CP8... kerana ianya memangnya baik untuk kesihatan....... baiklah untuk setakat ini sahaja....... Jikalau ada sesiapa yg tak paham tu postiing lagi disini... InsyaAllah ana akan menjawab......
pLatipus Delima Oil Product (Anak syarikat Felda) Tingkat 5, Balai Felda Jalan Perumahan Gurney Kuala Lumpur
Belilah Minyak Masak Jenama Saji Keluaran Felda.........
  ProfilQuote
amyra_myra WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282 Posting: 584
Dari: Taiping night safari
Posting pada: 09-02-04 01:27
ermm..minyak kalo guna banyak kali..dia dah teroksida mmg boleh lead kepada kanser..makan la makanan anti oksida banyak2... untuk elak kanser...
----------------- no pain..no gain..
  ProfilQuote
adlan WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1053 Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin
Posting pada: 09-02-04 02:37
tumpang tanya lagi, kan digalakkan agar digunakan minyak tu x melebihi 3 kali kan, adakah itu untuk semua jenis masakan? ke...utk certain2 masakan je?
----------------- "Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"
  ProfilQuote
pLatipus WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915 Posting: 863
Dari:
Posting pada: 09-02-04 07:34
ermm....... mengenai cetain-certain makanan yg itu ana kurang pasti nanti ana akan posting disini lagi bila ana sudah mendapat jawapan yg sesuai ok?
  ProfilQuote
darul_numan81 :WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239 Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
Posting pada: 09-02-04 08:34
Quote:
On 2004-02-08 15:52, pLatipus wrote: Tetapi pada pendapat ana eloklah gunakan minyak masak jenis CP8... kerana ianya memangnya baik untuk kesihatan.......
Belilah Minyak Masak Jenama Saji Keluaran Felda.........
wah... promote minyak nampak
******************** Ok.. sila baca artikel di bawah ini yg baru saja ana perolehi..
Ada yg mengatakan jenis minyak goreng yang satu ini lebih baik utk kesihatan kita berbanding minyak goreng yang lain. Tapi seperti dilaporkan dalam american journal of clinical Nutrition, Desember 2003 pernyataan tersebut perlu ditambah.Kerana kekerapan minyak itu digunakan semula untuk menggoreng dapat mempengaruhi kesihatan kita.
Orang yang menggunakan minyak goreng sehingga beberapa kali untuk memasak makanan lebih berkemungkinan menghidap tekanan darah tinggi berbanding mereka yang sering menggantikan minyak gorengnya untuk memasak. Dikatakan juga, mereka yang makan makanan yang digoreng dari minyak bunga matahari lebih berisiko mengindap tekanan darah tinggi berbanding mereka yang menggunakan minyak zaitun (Minyak goreng yang sering disebut2 dpt melindungi orang dari ancaman tekanan darah tinggi. )
Meskipun satu2 jenis minyak itu sudah diakui kesan baiknya pada kesihatan, kesannya ini juga akan hilang apabila diguna berulang kali. Apabila minyak untuk menggoreng digunakan berulangkali dan dipanaskan lagi, kualiti minyak itu mulai menurun dan mengeluarkan kandungan bernama polymer dan polar yang akan terserap dalam makanan. semakin tinggi kadar kandungan polymer dan polar yang terdapat pada contoh minyak merupakan petunjuk minyak goreng itu sering digunakan secara berulang dan ini menyebabkan semakin tinggi pula kemungkinan pemilik dapur mengindap tekanan darah tinggi.
----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
  ProfilQuote
pLatipus WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915 Posting: 863
Dari:
Posting pada: 09-02-04 09:27
Quote:
wah... promote minyak nampak
Bukan promote tapi just bagi cadangan.... Belilah keluaran Tempatan kan minyak tempatan tinggi kualitinya.......
mengenai kenyataan yg darul_numan81 tulis diatas memang betul dan ana akan cuba cari lebih banyak info untuk kita semua untuk ukhwah.com
**sedikit Tazkirah -=Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tidak ada yang ingkar kepadanya melainkan orang-orang fasik. (Al Baqarah:99)=-
  ProfilQuote
amirah Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1533 Posting: 185
Dari: Malaysia
Posting pada: 10-02-04 11:56
, buat platipus, ana nak tanya sedikit, nutrition composition untuk minyak tu macam mana?????ana nak tahu ttg % saturated fatty acid, monounsaturated fatty acid dan polyunsaturated fatty acid dia....maaf kalau menyusahkan..ana pelajar tahun akhir dietetik (insyAllah) , ana nak tahu, untuk info... tima kasih.
  ProfilQuote
Firdaus15 WARGA SETIA Menyertai: 26.12.2003 Ahli No: 5978 Posting: 805
Dari: Kota Bharu
Posting pada: 19-03-04 07:52
macam tu ker. kat umah sy biasa gak buat keje mcm ni. tp biasa 2-3 kali je. tu pon nak goreng keropok.
  ProfilQuote
pLatipus WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915 Posting: 863
Dari:
Posting pada: 19-03-04 11:32
Jgn selalu amalkan pemakaian minyak mcm tu.. nanti kandungan toksin dlm minyak tu akan melebihi paras penerimaan dlm tubuh badan.. kalau sakit sapa susah? Ibubapa juga...
[ Posting ini telah di edit oleh: pLatipus pada 2004-03-19 11:39 ]
[ Posting ini telah di edit oleh: pLatipus pada 2004-03-19 11:52 ]
  ProfilQuote
Jackie_uniten7 WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664 Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
Posting pada: 20-03-04 00:21
best ke makan minyak? tapi lagi best elak makan benda berminyak. sebulan sekali makan benda bergoreng tu kira okla.
  ProfilQuote
adlan WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1053 Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin
ana pun baru je tau ttg hal ni..mekasihle pd semua informer...alhamdulillah..
----------------- "Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir...Wallahua'lam"
  ProfilQuote
jAiLuL_mAnsHuDaH Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170 Posting: 310
Dari: Di sana sini...
Posting pada: 15-04-04 01:12
ermm sebut ttg minyak masak ni saya pon ada terbaca yg minyak masak ni kalau digunakan berulang2 kali boleh menyebabkan kanser... macam yg darul_numan81 katakan, ianya disebabkan oleh sisa toksin drpd makanan yg digoreng spt ikan.....
Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com. Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.
Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com
Portal Ukhwah � Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul) Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height Dibina oleh Team Walasri