Oleh |
Jangan Lupa Jadi Ibu Setelah Bergelar Isteri |
PutraAjmal
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 807
Posting: 87
Dari: Darul Iman
|
Posting pada: 07-02-04 10:56
JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU
Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri. Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambilalih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya. Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..." Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan ati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi... .. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer... Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara egini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.. Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan "Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan.... Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami. wallahualam..
Disampaikan Oleh
Putra Ajmal
Dip.Hum.Dev (UPM), Bac.Edu (UPM)
|
AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.
|
Posting pada: 07-02-04 11:38
InsyaAllah tak lupa....
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 07-02-04 16:12
erm.. lepas baca artikel ni... rasa nak marah pun ada, ini mungkin sifat yg normal sbb ana adalah seorang wanita dan dlm artikel ni, ianya seolah2 menyalahkan isteri andai suami berubah hati. salah isteri andai tak layan suami, sibuk dgn anak2.. salah isteri juga andai rumahtangga mereka berolak. nampak seolah2 kesalahan itu hanya pada pihak isteri saja.
pada ana.. bila seorang lelaki dan wanita bersetuju utk mendirikan rumahtangga, mereka berdua perlulah ada sikap toleransi dan bertolak ansur. Lelaki yang sentiasa menyalahkan isteri tanpa memikirkan kesalahannya sendiri adalah lelaki yg paling buruk sekali perangainya.
Jika kita baca tentang sirah nabi, tugas isteri sebenarnya hanyalah melahirkan dan menjaga anak saja. Tugas suami pula selain mencari nafkah, segala kerja rumah juga dia perlu buat.. tapi skrg ni.. si isteri tanpa diminta, tanpa dirayu oleh suami sanggup membuat kerja rumah, sanggup menyediakan sarapan buat suami, sanggup membasuh baju2 suami. Jarang ada isteri dengan sengaja menghantar baju suaminya ke kedai dobi.  oppss.. berbalik semula kepada tugas isteri tadi, jika segala kerja rumah dibuat oleh suami, dah tentu si isteri ada masa dan tidak letih utk melayan suami tidak kira waktu bila pun..
sebagai suami, sepatutnya kena sama2 menjaga anak2. Usah biarkan isteri sorang2 melayan karenah anaknya. Senario yg selalu kita lihat, isteri sibuk dgn anak2 sedangkan dlm masa yg sama suami hanya bergoyang kaki sambil baca akhbar. anak tu anak siapa? anak mereka juga kan?
erm.. anak memerlukan perhatian, suami juga nak belaian.. ke mana pula isteri nak pergi utk mendapatkan kasih sayang?alahai.. kasihannya seorang isteri andai mendapat suami yg mementingkan diri sendiri dan tidak memahami.
p/s: maaf kerana mempertikaikan tentang hal ini.. pada ana, suami dan isteri perlu sama2 memainkan peranan dan memahami. errr.. artikel kat atas tu mmg tak adil ler
wassalam  ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 07-02-04 16:59
betul tu...suami tak bolehlah nak serahkan semua urusan rumahtangga bulat2 pd isteri....
kena ada sifat toleransi, bertolak ansur dan saling bekerjasama.....saling faham-memahami...baru bahgia rumah tangga....
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-02-04 18:45
memang rasa agak marah dengan artikel tersebut. saya tak dapat mengelak dan saya tak bersetuju langsung dengan artikel tersebut.
dalam keadaan zaman sekarang ni,suami isteri sama bertungkus lumus untuk bekerja tetapi isteri balik rumah kena buat kerja rumah lagi sedangkan suami balik rumah goyang kaki dan minta dilayan seperti raja,dan sentiasa tidak berpuas hati....
selepas tu kata nak ikut sunah,kahwin empat.
kenapa tak ikut sikap rasulullah yang sanggup menyinsing lengan baju untuk membantu isterinya...
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-02-04 18:49
kepada lelaki jua....
jangan lupa menjadi ayah setelah bergelar suami
|
ayuazar
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.07.2003 Ahli No: 2390
Posting: 171
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 07-02-04 20:26
ambil perkara yang positif sebagai bekal akan datang
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 08-02-04 02:58
Quote:
|
On 2004-02-07 16:12, darul_numan81 wrote:
Jika kita baca tentang sirah nabi, tugas isteri sebenarnya hanyalah melahirkan dan menjaga anak saja. Tugas suami pula selain mencari nafkah, segala kerja rumah juga dia perlu buat.. tapi skrg ni.. si isteri tanpa diminta, tanpa dirayu oleh suami sanggup membuat kerja rumah, sanggup menyediakan sarapan buat suami, sanggup membasuh baju2 suami. Jarang ada isteri dengan sengaja menghantar baju suaminya ke kedai dobi. oppss.. berbalik semula kepada tugas isteri tadi, jika segala kerja rumah dibuat oleh suami, dah tentu si isteri ada masa dan tidak letih utk melayan suami tidak kira waktu bila pun..
|
|
Betul tu.. sehinggakan ustaz ana sendiri berkata kalau nak beritahu semua tentang hak wanita, habislah lelaki.. Tapi ini bukan bermakna kaum wanita minta dijadikan permaisuri sahaja dan bebas dari segala tanggungjawab. tapi yang penting adalah tolak ansur dan saling tolong menolong. tambahan zaman sekarang isteri juga turut membantu suami mencari nafkah, jadi apa salahnya kalau suami juga turut membantu isteri dgn kerja rumah. Rumah tangga sepatutnya satu perkongsian bukan berat sebelah.. sama2lah memberi dan menerima.. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
nurnilam
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2668
Posting: 49
Dari: alor setar
|
Posting pada: 08-02-04 15:34
kadang2 kita harus belajar mendengar dan menerima pendapat...ada benar juga kata putra ajmal...fikirkan bersamalah....
|
PutraAjmal
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 807
Posting: 87
Dari: Darul Iman
|
Posting pada: 08-02-04 16:37
Ana bukan berniat nak tuju kepada sesiapa..cuma nak kongsi apa yang Dato Dr. Hj mOhd Fadzilah Kamsah kata je..ana tak tambah pun..terpulanglah kepada kalian untuk menilai dan mentafsirkannya..kalau tersilap ana posting kat sini..maaflah..jangan sampai tak nak ikuti kuliah psikoloogi ana..ni dato kata, bukan ana kata...
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 08-02-04 20:43
kalau itu pendapat dato'
boleh tak kalau ingin mengetahui pendapat saudara PutraAjmal pula? [ Posting ini telah di edit oleh: nur_malam99 pada 2004-02-08 20:45 ]
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 09-02-04 09:25
Hai mcm menyalahkan perempuan jer.Biar saya cite sikit,tanggungjawab isteri byk ditambah lagi bekerja,dahla balik penat,nak melayan suami,anak2,menguruskan rumahtangga lg.Tak payah tgk jauh tgk sahaja ibu kite yg bekerja,mcmner?Ditambahlagi klu suami yg berat tangan.Klu isteri dah buat yg terbaik pun,ade juga lelaki yg mencari wanita lain.Tu mcm mane?ttp artikel tu bagus juga buat peringatan utk saya........
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 09-02-04 11:36
hhmm...nampak macam marah ajer kaum hawa kita ni...
Begini...sebenarnya artikel tu bukan bertujuan untuk menyalahkan atau menyakiti hati kaum hawa, tapi ianya lebih kepada peringatan dan juga cabaran kepada kaum hawa yang akan dan yang sudah bergelar isteri
memang diakui tugas seorang Isteri itu berat, malah tugas seorang suami juga berat....kedua2 berperanan penting dalam memastikan keharmonian sesebuah rumahtangga....di antara suami dan isteri haruslah sentiasa saling pesan-memesan, saling bertolak-ansur dan menyayangi antara satu sama lain....apa yang ditulis kat artikel itu bukan nak menyatakan yang Isteri ni jahat, tak pandai nak urus rumah tangga, tapi sebagai peringatan buat isteri agar tanggungjawab yang dijalankan nanti akan teratur dan sempurna...
Sesiapa pun boleh tulis artikel sebegitu dan ditujukan buat kaum adam pula....kepada sesiapa yang masih lagi belum berkeluarga, ketahuilah....teramat berat dan besar tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri....segala persediaan dan panduan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami itu amat penting sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan...
kesimpulannya....dua2 sama susah..sama sakit....nak2 bila dan dikurniakan anak...lagi berat dan bertambah tanggungjawab sebagai seorang ayah dan emak....jadi, anggap artikel di atas sebagai panduan..think positive....dalam hidup berumahtangga, jika sekali anda berfikir negatif dan curiga, maka hilanglah keharmonian sesuatu rumahtangga itu....
ana cuma memesan sebagai panduan kita bersama....persiapkanlah diri antum sebelum diijab kabulkan...
Wassalam...
::JK PANTAI TIMUR 2004::[ Posting ini telah di edit oleh: zam_rizal pada 2004-02-09 11:41 ]
|
wardatul
Warga Rasmi Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7059
Posting: 4
Dari: pahang
|
Posting pada: 09-02-04 11:56
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.oleh itu,jagalah maruah dgn sebaiknya....jadilah insan yg diredhai Allah ddunia dan akhirat......
|
sue-athirah
Warga Rasmi Menyertai: 09.01.2004 Ahli No: 6340
Posting: 16
|
Posting pada: 09-02-04 12:47
 ..ana suka dgn topik yg diutarakan..tugas dan tanggungjawab isteri adalah disisi suami.....menjaga keperluan dia...menjaga maruah dia... dan peribadi sendiri ketika ketiadaan suami..
|
hani_wahida
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 10-02-04 01:14
renungan bersame....berusahalah menjadi solehah..
"Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"
Wallahua'alam
|
hanim
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka
|
Posting pada: 14-02-04 22:31
masing2 juga kena faham dgn tanggung jwab sendiri...dan jadikan kesusahan isteri adalah kesusahan bersama dan juga kesusahan suami adalah kesusahan isteri.......dan kegembiraan suami juga kegembiraan isteri.....barula di katakan isteri bidadariku dan begitu juga sebaliknya bagi suami...........
semoga kita berusaha utk menjadi suami /isteri yang soleh dan solehah..... ----------------- yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal+ iman+ adab bukan asal keturunanya.......
|
fairuzah
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2004 Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 06-03-04 02:54
abah saya selalu tolong memasak kat rumah....bahkan dia mmg suka memasak....setiap hari Sabtu & Ahad mesti dia yg 'conquer' dapur!....masak best²...sesapa yg nak jadi suami tu...kena laa pandai tolak ansur sikit.....faham² laa kalau isteri tu bekerja....dia pun tau penat....don't be selfish...  ......
|
ustartz
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.07.2003 Ahli No: 2588
Posting: 67
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 06-03-04 04:11
mm betul itu sama-sama tahu menghargai title suami isteri walaupun dah bergelar ibu dan bapa... pesan-berpesan..
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 27-11-08 09:07
insyaAllah..  lambat lagi tapi tak apa bersedia awal
|