Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 3 hari yang lalu


Sajak
Topik: Cinta Antara Tuhan dan Makhluk


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Cinta Antara Tuhan dan Makhluk

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta Antara Tuhan dan Makhluk

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 02-02-04 12:19


Rinduku padaMu Ya Rabbi
mengajar aku tentang hati

Rinduku padaMu Ya Rahim
mengajar aku tentang silaturahim

Rinduku padaMu Ya Rahman
mengajar aku tentang hidup berteman

kerinduan pada makhluk tidak salah
kerana syariat membatasi
kasih dipupuk sayang menyerlah
itulah tanda cinta yang suci

Ya Allah Ya Rabbi

cinta padaMu mengajar erti
kasih padamu memberi pedoman
antara makhluk cinta dituruni
agar kehidupan indah menawan

tidak pernah Engkau melarang
berkasih sayang di dalam alam
syariat landasan mesti dijulang
agar terang jiwa yang suram

p/s sebenarnya cinta pada Allah mendasari kehidupan di alam ini..tidak salah untuk bercinta sesama makhluk..bercintalah ...berkasih sayanglah..kalau cinta pada Allah penuh beriman....maka cinta manusia juga mesti lah sejalan..kenapa harus kita membuang anugerah dari Ya Rahman?
Jangan dibuang cinta hanya kerana sempitnya pemikiran..berfikirlah...bertindaklah atas ILMU dan bukannya nafsu...apakah tidak mungkin kasih sayang sesama makhluk yang selari dengan syariat membawa kepada kesempurnaan cinta pada Tuhan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

limaumanis
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2003
Ahli No: 5631
Posting: 17

singapore  


posticon Posting pada: 03-02-04 11:16


ya Tuanku..
Sekian lama ingin hamba pulang
ke pangkuan Tuanku hamba datang.
Adakah Engkau menerimaku?

Ku sedar..
Amalanku takat ini
Tidak mampu membela diri
Lupa diriMu tidak keruan
Bila dunia jadi hiasan

Ku sedar..
Ku memberatkan kemewahan dunia
Tatkala ku tahu ianya sementara
Walhal tempat kembaliku di akhirat jua
Mengapa aku masih berkira?
Untuk berbakti pada agama
Yang Kau wariskan kepada hamba...

Ku sedar..
Kematian ku tak kira masa
Bila Izrail meragut nyawa
Manusia hanya takut akan Mu..
Waktu diingat azab pedihMu..

namun...
Selepas itu kembali alpa
Seperti dari kubur ke taman mainan
Memang manusia pelampau durja
Nikmat Kau beri diambil kesempatan..

Ku risau...
Diriku takkan Kau mengaku hamba
NabiMu takkan mengaku aku umatnya.
Apakah akan terjadi padaku.
Api menyala tempat diamku...

Ku risau..
Payahnya menempuh perjuangan agama
Seperti hambaMu para syuhada dan solihin
Jangan kata syurga itu senang berada
Jika merbak harumnya tidak Kau izin..

p/s: ingat nak cintakan Allah ni senang ke? Tak kenal maka tak cinta.. dah kenal ke?

[ Posting ini telah di edit oleh: limaumanis pada 2004-02-03 11:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For limaumanisProfil   Hantar PM kepada limaumanis   Quote dan BalasQuote

limaumanis
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2003
Ahli No: 5631
Posting: 17

singapore  


posticon Posting pada: 03-02-04 11:26


Ya Allah..
Cinta padamu payah dipupuk
Kaulah Yang Halus dan Yang Tulus

Manakala...
Cinta manusia senang ditakluk
Pandangan mata mula tercetus..

Entah sedarkah manusia
Yang diperlihat dengan mata kepala
Itu yang lebih meyakinkannya..

Entah sedarkan manusia..
Yang dapat di sentuh pancaindera..
Disitulah lebih pergi sayangnya..

Walhal.. Engkau yang menjadikan diri
Tidak boleh Engkau dilihat melalui mata kasar ini
Bagaimana manusia ingin mengenali ?
Apa lagi ingin menyintai?

Ya Allah..
IlmuMu tiada batasan isi
Air pasang penuh langit dan bumi
Tidak semua manusia dapat menerokai
Hanya manusia pilihanMu.. Nabi dan wali..
Dan manusia sebersih jiwa suci si sufi..

Entah sedarkah manusia..
Menuntut ilmu mengenalMu itu perlu
Ilmu syariat yang difirmankan oleh Mu
Ilmu tariqat jalan Nabi Muhammad kekasihMu..
Ilmu hakikat umpama Nabi Khidr asal wahyuMu
Ilmu ma'rifat apabila Nabi Muhammad bertemu denganMu
Di kala isra' miraj' malam penuh berkat itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limaumanisProfil   Hantar PM kepada limaumanis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086877 saat. Lajunya....