Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: sahabat yang baik


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» sahabat yang baik

Please Mendaftar To Post


Oleh sahabat yang baik

zam-zam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.10.2003
Ahli No: 4418
Posting: 21
Dari: pahang

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-04 12:19


PERSAHABATAN YANG BAIK

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Se-sungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.
Sesungguhnya suasana ukhu- wah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekira-nya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sede-mikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.
Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupa-kan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan ja-nganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.”
Jelaslah, arahan ini bukan-lah ditujukan kepada individu se-mata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum. Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-meman-dang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewa-siati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :
“Tujuh golongan yang akan di-naungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”
Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahaba-tan yang itu dengan segala kebai-kan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syari-atnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpadu-an serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia). Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu sa-ling putus-memutus hubungan, sa-ling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad deng-ki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.
Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.
Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zam-zamProfil   Hantar PM kepada zam-zam   Quote dan BalasQuote

Joju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.12.2003
Ahli No: 5846
Posting: 81

Pahang  


posticon Posting pada: 27-01-04 12:34




Bookmark and Share

    


  Member Information For JojuProfil   Hantar PM kepada Joju   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-04 14:10


Setiap daripada kita mempunyai ramai kawan, tapi hendak mencari eorang sahabt yang benar2 menghargai diri kita teramatlah susah. Jadikanlah diri kita seorang sahabat yang menghargai sahabat sebelum kita meminta orang lain menghargai persahabatan kita.

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 30-01-04 17:11





Marilah kiter rengungi kembali kisah pada zaman sahabat..sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup..tatkala itu...seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya.dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan..lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu..tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga..lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama..sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya..lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama..apabila tiba pada pahlawan pertama tadi....... ternyata dier telah syahid..pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi............namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.
Demikianlah betapa manisnya persaudaraan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri..jauh sekali tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata.....akan tetapi itulah persaudaraan yang hakiki.
Lantaran itu...kembalilah merengungi hakikat kiter hari ini....persaudaraan yang kiter laungkan untuk Allah..yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu....jangankan berkorban untuk sahabat....bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun..tidak mampu tuk kiter realisasikan...kembalilah kita renunginyer ......di manakah kiter ari iniee???



Persahabatan yang sejati n hakiki adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang sebenarnyerr...semata-mata kerana Allah.....kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi....segalanyer dijadikan iktibar tuk jadi yang terbaikkkk....pohonlah bantuan daripada Allah...moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya.....InsyaALLAH



Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

namirah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5920
Posting: 232
Dari: Ardhillah

singapore  


posticon Posting pada: 30-01-04 18:04



alhamdulillah kwn ana sume baik2...tapi baik cam ne pon... nak carik yg susah same2 senang same2 susah gak...ape2pon kene start dari diri kite..tak gitu?

-----------------
Our readiness strengthens our security
Our adaptability ensures our success
Our unity strengthens our nation
Total Defence S'pore

Bookmark and Share

    


  Member Information For namirahProfil   Hantar PM kepada namirah   Quote dan BalasQuote

Cikgu_Liey
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3798
Posting: 18
Dari: Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-01-04 21:07


..Jika ingin sahabat kita menjadi sahabat yang terbaik bagi kita, jadikanlah diri kita sebagai sahabat yang baik kepada orang lain..InsyaAllah pembelajaran melalui modelling ini lebih berkesan disamping berdoa agar persahabatan ini diredhai Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cikgu_LieyProfil   Hantar PM kepada Cikgu_Liey   Quote dan BalasQuote

nabsyaz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6070
Posting: 98
Dari: Bandar baru bangi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-02-04 00:30


kwn yg baik mmg susah nak jumpe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabsyazProfil   Hantar PM kepada nabsyaz   Quote dan BalasQuote

ummuluqman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 14:02


nak cari kawan yg baik memang payah..tapi apepun kenala mula dari diri sendiri..orang yg baik akan mencari orang y baik juga utk menjadi kawannya.kalau kita baik..orang yg baik pun suka jadi kawan kita..Insyaallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuluqmanProfil   Hantar PM kepada ummuluqman   Quote dan BalasQuote

ProfTakBersalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6916
Posting: 120
Dari: Putra University of Japan

japan  


posticon Posting pada: 03-02-04 18:50


jika kawan yang baik akan memberikan pandangan orang terhadap kita jugak baik betultak

Bookmark and Share

    


  Member Information For ProfTakBersalahProfil   Hantar PM kepada ProfTakBersalah   Quote dan BalasQuote

zam-zam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.10.2003
Ahli No: 4418
Posting: 21
Dari: pahang

Johor  


posticon Posting pada: 13-02-04 17:43




SESEORANG ITU KADANG KALA BOLEH MEMPENGARUHI KAWANNYA DARI ITU PILIHLAH KAWAN YANG BAIK




Bookmark and Share

    


  Member Information For zam-zamProfil   Hantar PM kepada zam-zam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108518 saat. Lajunya....