Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: huru-hara kerana tinggalkan islam....


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» huru-hara kerana tinggalkan islam....

Please Mendaftar To Post


Oleh huru-hara kerana tinggalkan islam....

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 11:53




Fikrah Islamiyah

DARI MASJID RUSILA
Oleh TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Huru-hara kerana tinggalkan Islam

UMAT Islam merupakan umat yang dipilih oleh Allah Taala daripada kalangan manusia kerana berpegangnya mereka dengan ajaran Islam. Sejarah manakah mereka beramal dengan ajaran Islam. Pegangan mereka kepada ajaran Islam pula bergantung kepada sejauh mana iman mereka kepada Allah Taala dan Rasulullah s.a.w.

Di dalam perkara ini Allah Taala berfirman yang bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi umat manusia, kamu menyuruh kepada perkara baik dan kamu mencegah kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah. (Ali Imran ayat 110).

Allah Taala menentukan umat Islam dikeluarkan untuk manusia apabila umat Islam beriman kepada Allah Taala dengan melaksanakan tuntutan iman dan menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran.

Rasulullah s.a.w. menghuraikan kewajipan ini dengan sabdanya yang bererti:

Sesiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasanya), jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, jika tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya, inilah selemah-lemah iman.

Kewajipan amar maaruf dan nahi mungkar dibahagikan kepada beberapa peringkat di kalangan masyarakat umat Islam. Orang yang diberi kuasa memerintah di dalam negara dan orang yang berkuasa di dalam rumahtangga mestilah mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan orang-orang yang berada di bawah kuasa mereka dengan tangan iaitu menggunakan kuasa yang diberikan. Jika di dalam sebuah kerajaan, mestilah dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukum yang ditetapkan oleh Allah Taala.

Kepada orang yang mampu memberi nasihat melalui lidah atau tulisan hendaklah mencegah kemungkaran dengan kemampuan yang ada itu. Dan orang yang hanya mampu membenci kemungkaran hendaklah membenci di dalam hati. Namun membenci di dalam hati bermakna selemah-lemah iman dan peringkat ini hanya untuk orang-orang yang jahil dan tidak mengerti.

Apabila umat Islam melaksanakan kewajipan ini maka mereka terpelihara oleh Allah Taala. Pada hari ini umat Islam mengalami gejala keruntuhan akhlak sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Puncanya kerana mereka melakukan dosa besar yang menjadi punca kepada kemungkaran-kemungkaran yang lain iaitu mereka meninggalkan hukum Allah Taala.

Allah Taala telah menetapkan di dalam Al-Quran secara nas hukum -hukum yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam dan menjelaskan perkara-perkara yang diharamkan. Umat Islam tidak perlu lagi kepada...kerana semua itu dinyatakan secara jelas yang berkaitan perkara halal, haram, dosa dan pahala dan persoalan akhlak.

Sekiranya umat Islam berpegang dengan hukum-hukum yang telah jelas itu dan berijtihad di dalam perkara yang tidak ada nas nescaya mereka mejadi umat yang mulia dan menjadi contoh kepada umat yang lain dan dipilih oleh Allah Taala untuk memimpin manusia.

Apabila maksiat besar iaitu meninggalkan hukum Allah Taala dan umat Islam sendiri memilih pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Islam ...yang bencana akan berlaku. Allah Taala secara jelas memberitahu bahawa umat Islam yang melaksanakan Islam akan diberi keberkatan di dunia dan di akhirat dengan firmanNya yang bermaksud:

Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi. (Surah al-A'raf ayat 96).

Ini memberi maksud yang boleh difahami jika mereka tidak beriman dan bertaqwa maka dibukakan pintu langit dan bumi untuk mendatang kan bala bencana kepada manusia.

Marilah kita sedar dan insaf berlakunya berbagai-bagai penyakit di dalam masyarakat bila hukum Allah Taala ditinggalkan seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

(Ini) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardhukan (wajib melaksanakan hukum di dalamnya) dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda yang jelas supaya kamu mengambil peringatan. Penzina perempuan dan penzina lelaki maka hendaklah kamu sebat setiap orang daripada mereka sebanyak seratus kali sebatan. (Surah an-Nur ayat 1-2).

Ini menunjukkan perbuatan zina satu jenayah yang besar dan tuduhan melakukan zina tidak boleh dilakukan sesuka hati supaya masyarakat tidak berkecamuk dan tidak berlaku tuduh-menuduh di antara satu sama lain.

Maka Allah Taala turunkan firmanNya yang bermaksud:

Dan sesiapa yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (demikian juga lelaki) dengan tuduhan zina - kemudian tidak membawa empat orang saksi, maka hendaklah kamu sebat mereka sebanyak lapan puluh kali sebatan. (Surah an-Nur ayat 4).

Apabila hukum Alah tidak dilaksanakan maka berlakulah mungkar merata-rata tempat di dalam masyarakat. Bukan sahaja zina berlaku kerana pergaulan bebas kerana tuduhan-tuduhan zina berlaku berleluasa bukan sahaja di peringkat rakyat bahkan di peringkat atasan.

Sekiranya penyakit ini berlaku di peringkat atasan maka adalah lebih mudah ia meresap di kalangan orang-orang bawahan kerana dikatakan:

"Manusia akan mengikut ugama raja-raja mereka (pemimpin).

Sekiranya begitu penyakit yang dialami oleh pemimpin-pemimpin amat mudah menular ke dalam masyarakat yang akhirnya akan membawa kepada kehancuran dan bala bencana yang mengancam umat Islam.

Menjadi kawajipan kepada kita menghapuskan punca kezaliman yang besar iaitu menyekutukan Allah Taala di dalam hak membuat undang-undang dengan manusia mengadakan undang-undang lain daripada Islam. Allah Taala berfirman di dalam Hadith Qudsi:

Ertinya: Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku haramkan kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku jadikannya haram sesama kamu, dan janganlah kamu melakukan kezaliman.

Ini menunjukan betapa besar dosa melakukan kezaliman. Zalim ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya mengikut ketentuan hukum Allah Taala. Berlaku di dalam masyarakat ialah bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya tetapi mengikut hawa nafsu dan hukum sendiri.

Wajib ke atas umat Islam insaf di dalam perkara ini supaya mereka terpelihara di dunia dan akhirat.

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disambar oleh api neraka. Dan tidak ada lagi penolong-penolong bagi kamu selain daripada Allah dan kamu tidak akan mendapat pertolongan.







Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

wadah_ummah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 09:53


Asslamualaikum...

ana setuju sgt ngan ucapn sebegini.... menda ni le yg perlu disogokkan kat ummah agar hidup sentiasa bernaung di bawah panji Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wadah_ummahProfil   Hantar PM kepada wadah_ummah   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-04 14:39


kite sememangnye sudah megerti. but still ade yg buat jugak. lantokle.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087512 saat. Lajunya....