Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 9 jam, 58 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Malaysia menuju negara islam sebenar.....


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Malaysia menuju negara islam sebenar.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Malaysia menuju negara islam sebenar.....

mafish_84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4287
Posting: 120
Dari: serambi madinah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-01-04 10:10


...
dalam diam kita terpakse mengikut ketetapan undang-undang Allah taala..... walaupun selama ini kita berbangga dengan hukum manusia... perlaksanaan hukum sebat di khalayak ramai menunjukan , hukum tuhan adalah seadil- adil hukuman..... aper pandangan rakan 2 ukhwah........

p/s: manusia mudah lupa pada kehebatan diri sendiri.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafish_84Profil   Hantar PM kepada mafish_84   Quote dan BalasQuote

al_misky
Warga Rasmi
Menyertai: 14.11.2003
Ahli No: 5111
Posting: 3

Selangor  


posticon Posting pada: 22-01-04 13:23


assalamualaikum....

okla tu sekurang2nye ade gakla nampak islam tu dilaksanakan walaupun belum seratus peratus..setiap sesuatu perkara itu terjadi dr yg kecil..i'allah kite sesame doakan moga2 ianye menjadi lebih baik dan sempurna. "Islam itu tinggi dan mulia, tiada yg dapat mengatasinye"...cume akal sesetengah manusia terlalu dangkal untuk memahami isi kandungannye...
wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For al_miskyProfil   Hantar PM kepada al_misky   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 22-01-04 15:05


Harap-harap begitulah...
Tetapi jangan hanya dijadikan medan untuk mencari publisti, mengambil kesempatan atas kejadian malang yang menimpa adik kita untuk kepentingan publisiti.

"Melaksana lebih utama dari cakap-cakap" sebab lidah manusia tak ada tulang.

Kita tunggu -- laksana atau tidak sebat di khalayak ramai

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-01-04 15:32


Hukuman yang seadil-adilnya adalah hukuman dari Allah s.w.t.....Oleh itu kita patut menerima hukum Allah dan semoga Malaysia dapat melaksanakan hukuman yang berlandaskan hukum Islam......dan segala perbuatan yang kejam dapat di balas dengan sesuatu yang kejam juga.....lihat saja peristiwa yang terjadi pada kanak-kanak 10 tahun adakah wajar penjenayah hanya di hukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati...tapi hukum Allah adalah benar

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

uqu
WARGA SETIA
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 23-01-04 11:46



ana pun harap begitu....

-----------------
to love someone is NOTHING,
to be loved by someone is SOMETHING,
to be loved by someone u love is EXCITING,
to be loved by ALLAH is EVERYTHING.

Bookmark and Share

    


  Member Information For uquProfil   Hantar PM kepada uqu   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-04 15:55




akhirnya mereka akui jugak keberkesanan hukuman2 berat ni walaupun dahulu mereka katakan tak bertamadun.

cuma bagi saya kalau disebut hukum sebat saja tak semestinya ianya blh dikatakan hukum islam sbb dlm perundangan islam selain kaedah hukuman ianya juga ada tatacara dlm perbicaraan, saksi dan sebagainya, jadi adakah blh dikatakan hukum islam jika hanya hukum sebat tetapi pemilihan saksi tdke menepati syarat, saksi fasiq pun blh dibawa, malahan hakimnya juga adalah non muslim. namun begitu kita memang mengharapkan perlaksanaan hukum islam dpt dilaksanakan secara keseluruhan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

aziqah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6390
Posting: 76
Dari: teluk intan

Perak  


posticon Posting pada: 23-01-04 16:16


itulah yang sebaiknya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aziqahProfil   Hantar PM kepada aziqah   Quote dan BalasQuote

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 07:17


sebabt dikhalayak ramai dah kira ikut hukum islam ke... kalu tak cukup syarat mane leh kira hukum islam... lagi pon kalu perogol dah kawin mane pulak hukumannye sebat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-01-04 16:18


Benar ..Gitu Dan Afdal adalah hukum Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 24-01-04 18:19


melaksanakan sebat tidak lagi dinamakan hukum Allah...antara hukum yang di tetapkan ialah hudud, diyat, qisas, tazir...ada garis panduan bila melaksanakanya dari segi syarat dan prinsip..bukan kira sebat je hukum Islam

samaada hukum ke atau apapun..Islam menetapkan ianya ada hubungkait dengan Allah...kalau nak sebat semata-mata kerana nak kena kan hukuman..tak betul tu

wallaualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-04 18:45


Tentang cara Sebat di Penjara..
Prof tengok tak kena cara setelah Prof dengar dari ceramah ustaz....

Jangan tau main sebat oleh kerja hukuman harus dijalankan...

Apapun seperti kata KANG...kta tunggu betul ker..?
nak buat.....Tunggguuuuuu!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

haff
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman

malaysia  


posticon Posting pada: 25-01-04 19:15


BISMILAHHIRRAHMANNIRAHIM

takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

ALLAHHUAKBAR



Bookmark and Share

    


  Member Information For haffProfil   Hantar PM kepada haff   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 16:08


assalamualaikum..

mmmm...
sokong saranan kang...
kita tunggu....
tapi...kalau langsung takde tindak balas camne...
adakah sanggup lagi kita tunggu...

penantian itu satu penyiksaan...
tapi apa guna jika kita menanti benda yg belum pasti kiranya kita punyai pilihan lain yg terang2 mahu laksanakan perlaksanaan islam..
maka tepuk perut kita tanya...
samaada boroi atau kering...

p/s..bersama kepimpinan islam..
bukan kepimpinan yg retorik menggunakan islam...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

sue-athirah
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6340
Posting: 16

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 22:25


...ana setuju sbb hukum Allah shj yg adil dan saksama.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sue-athirahProfil   Hantar PM kepada sue-athirah   Quote dan BalasQuote

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-01-04 23:16




tiada siapa yang dapat menandingi hukum Allat ta'ala.....

allahuAkhbar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-01-04 23:16




tiada siapa yang dapat menandingi hukum Allat ta'ala.....

allahuAkhbar....

-----------------
yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal+ iman+ adab bukan asal keturunanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-01-04 23:17


tiada siapa yang dapat menandingi hukum Allah ta'ala.....

allahuAkhbar....


-----------------
yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal+ iman+ adab bukan asal keturunanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

hanzaalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-04 23:27


. Di sini ana nak kemukakan penjelasan dokumen negara islam yang mana parti PAS cadangkan untuk di aplikasikan pelaksanaannya.

Penjelasan Dokumen Negara Islam

Dewan Ulamak PAS Pusat menerima dengan fikiran terbuka pelbagai
pandangan dan persoalan yang telah dikemukaka n oleh pelbagai pihak
selepas tarikh keramat 17 Ramadan yang lalu bersamaan 12 November
apabila YAB Presiden PAS melancarkan sebuah dokumen yang bertajuk
Negara Islam.

Sebagai sebuah sayap PAS yang terlibat dalam menyediakan dokumen ini,
perlu rasanya dijelaskan kepada umum siapakah yang terlibat dalam
penyediaan bahan yang sangat bersejarah ini.

Majlis Syura Ulamak PAS telah memberikan kepercay aan kepada
sekumpulan pakar untuk menyediakan draf dokumen ini. Mereka terdiri
dari dua orang bekas professor dalam bidang syariah di samping
seorang pemegang Ph.D. dalam bidang politik dan pentadbiran Islam.

Penyediaan draf ini juga telah diteliti oleh sekumpulan Ulamak yang
terdiri dari lima orang pemegang ijazah Sarjana dal am bidang politik
Islam (Siyasah syar'iyyah), seorang pakar dalam bidang usul fiqh di
samping seorang yang bergelar doktor dalam bidang usuludin. Senarai
pakar yang dinyatakan di atas sudah cukup mantap untuk menyediakan
satu dokumen yang dimiliki oleh kebanyakan pembaca sekarang ini,
khasnya ahli PAS.

Sebelum ianya disediakan sebagai draf, dokumen ini telah pun diteliti
oleh tidak kurang dari 10 orang pemegang ijazah Ph.D. dalam bidang
pengajian Islam, lebih dari 10 orang yang mempunyai Ph.D. dalam
bidang bahasa, perubatan, perancang Bandar, kejuruteraan, pendidikan,
&n bsp; sains dan teknologi dan pelbagai lagi. Pandangan juga turut diambil
dari pakar dalam bidang sains politik di samping para professional.

Pokoknya, semua pihak dirujuk dalam menyediakan buku ini dan segala
pandangan mereka diambil kira dalam penyusunan buku ini.

(Bukan seperti yang dilakukan oleh bekas Perdana Malaysia yang
mangisytiharkan Malaysia Negara Isla m tanpa merujuk kepada MKT UMNO
apa lagi para ulamak di dalam dan di luar UMNO)

Hasilnya, dokumen yang dapat ditatapi oleh pembaca adalah satu hasil
akademik yang jitu yang digali dari al-Qur'an, al-Hadis, ijmak dan
Qiyas serta pandangan para ulamak muktabar di samping ulamak semasa.
Dokumen ini lahir hasil kerjasama dan perbincangan yang panjang oleh
semua pihak yang terlibat seperti yang disebutkan di atas.

Semua pihak yang terlibat dalam menyediakan dokumen ini menerima
hakikat bahawa ini adalah asas yang wajib dipatuhi ke arah membentuk
sebuah negara yang disebut sebagai Negara Islam. Dengan itu, dokumen
ini telah berjaya menggariskan dasar-dasar umum ke arah pembentukan
itu.

Hasil dari penat lelah ini juga, mereka yang terlibat dalam
penyediaan dokumen ini bersetuju:

i. Perlunya dibezakan antara Negara Islam dengan Negara Umat Islam

&nb sp; ii. Perlu diberikan penekanan bahawa konsep negara Islam mempunyai
takrifa n dari segi bahasa dan istilah ( lughatan wa istilahan).

iii. Perlu diberikan penekanan antara kulit (pengisytiharan kosong)
dan pengisian (substance) kepada negara Islam.

iv. Perlunya ditekankan kewajiban mengikut syariah Islam sebagai asas
utama dalam sesebuah negara Islam.

v. Penjelasan lanjut perlu disediakan khasnya dalam beberapa perkara
pokok seperti penjelasan kepada beberapa konsep umum, kedudukan non-
muslim dan langkah selanjutnya yang akan diambil jika PAS diberi
mandat untuk memerintah Malaysia.

Setelah pelancaran dibuat, maka media massa perdana berebut-rebut
untuk menyiarkan reaksi pelbagai pihak tentang dokumen itu. Tidak
dapat dinafikan bahawa sebahagian besar dari komen yang dibuat itu
tidak merujuk k epada kandungan buku itu malah dibuat secara spontan,
bila dengar negara Islam ala PAS, masing-masing terus melahirkan
prasangka buruk yang ada dalam benak masing-masing dan memberikan
komen yang hampir senada antaranya:

i. Negara Islam ekstrem

ii. Tidak mengambil kira pandangan non-muslim

iii. Bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia
&n bsp; (seolah-olah apa yang UMNO lakukan tidak pernah bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia)

iv. PAS berniat politik dan memancing undi

v. Meniru UMNO

vi. Non-muslim akan jadi warganegara kelas dua

vii. Hudud akan dikenakan kepada non-muslim

viii. Zalim

ix. Tiada kebebasan kepada rakyat

x. Negara teokrasi

xi. Dan seribu satu alas an lagi

Saya bagi pihak DUPP mengajak pembaca berfikir sejenak dan
menggunakan akal yang waras untuk menilai sejauhmanakah:

i. Dokumen itu bertentangan dengan al-Qur'an, al-Ha dis, Ijmak dan
Qiyas

ii. Isinya bercanggah dengan keperluan asasi seluruh manusia
terutamanya masyarakat majmuk di negara kita

iii. Perlaksanaan dasar kerajaan di Kelantan dan Terengganu
bercanggah dengan isi buku ini

iv. Penduduk non-muslim ditipu oleh PAS di kedua negeri berkenaan

& nbsp; v. Penduduk non-muslim dipaksa memeluk Islam di sana

vi. Penduduk non-muslim dizalimi dan tidak bebas

vii. Terjemahan al-Qur'an bertentangan dengan teks terjemahan
Pimpinan ar-Rahman yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri

Saya juga ingin menyarankan kepada semua pihak yang terlibat dalam
memberikan komentar dan membuat tuduhan liar terhadap kandungan buku
ini supaya:

i. Mengadakan perbincangan terbuka yang dihadiri oleh para
cendikiawan dalam bidang pengajian Islam dari semua Pusat Pengajian
Tinggi dalam dan luar negara.(Demi mengelakkan dari
berlakunya "perpecahan" sesama umat Islam di Malaysia)

ii. Memberikan komen yang lebih spesifik di mana dan aspek mana yang
dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan sejauhmanakah ianya menggugat
akidah umat Islam dengan meng emukakan dalil-dalil dari al-Qur'an dan
al-Hadis.

iii. Meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan kandungan buku
ini menyalahi akidah dan syariah Islam

iv. Menerima dan menghadiri majlis muzakarah Negara Islam seperti
yang dicadangkan oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat

v. Mengadakan kajian terperinci bagi melengkapkan isi buku ini dan
&n bsp; seterusnya menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk dilaksanakan
sebagai sebuah negara Islam

Sungguh pun demikian, nampaknya setakat ini hanya ahli politik,
segelintir non-muslim, masyarakat umum dan segelintir ahli akademik
yang bukan dalam bidang pengajian Islam yang banyak memberikan komen
kepada buku ini.

Malangnya sebahagian besar dari mereka banyak dipengaruhi oleh
polit ik kepartaian dan perasaan balas dendam. Sebahagian besar dari
mereka juga bercakap bagi pihak golongan non-muslim seolah-olah
merekalah pejuang kebebasan mutlak di negara kita.

Sepatutnya pihak kerajaan boleh meminta mana-mana ulamak mereka
supaya membuat kajian terperinci (seperti yang PAS telah lakukan)
sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tidak kurang juga komen yang diberikan itu boleh dianggap sesat dan
menyesatkan.

Apa tidaknya jika yang dikomen itu menyentuh terjemahan ayat-ayat al-
Qur'an yang diambil daripada Kitab Pimpinan ar-Rahman yang
diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri yang dikira sebagai
terjemahan al-Qur'an yang paling berotoriti sekali dalam Bahasa
Melayu. Ini menampakkan bapak Profesor kita tidak pernah merujuk
kitab berkenaan.

Kepada manusia seperti ini, ki ta mencadangkan agar beliau selalulah
ke masjid untuk mendengar khutbah Jumaat dan program agama yang lain
di samping mengukuhkan pengetahuan Islam dengan membaca buku-buku
ilmiah tentang Islam dari sumbernya yang asal di samping hasil
tulisan orientalis.

Tambahan pula, pepatah Melayu ada menyebut, jika kail panjang
sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Nanti orang lain akan na mpak
kedangkalan kita.

Ringkasnya, pihak DUPP tidak dapat memberikan jawapan dan membalas
komen yang diberikan dalam media massa cetak dan elektronik itu
kerana komentarnya tidak jelas dan tidak merujuk kepada kandungan
buku itu. Komen umum akan menyebabkan kekaburan dan jika dijawab
mungkin akan menyebabkan salah faham dan prasangka buruk antara satu
sama lain, walau pun DUPP telah menyediakan sekumpulan pakar untuk
menjawab segala komen dan pandangan yang dikemukakan.

& nbsp; Dalam kesempatan ini juga, DUPP ingin mencadangkan agar jentera parti
di semua peringkat mengambil inisiatif untuk menerangkan kandungan
buku ini dengan pelbagai cara sehingga seluruh penduduk Malaysia,
muslim dan non-muslim diberi kefahaman sejelas-jelasnya tentang tajuk
ini dari perspektif Islam tulen.

Jadikan tajuk negara Islam sebagai tajuk utama perbualan sepanjang
bulan Ramadan yang mulia ini kerana ibadat Puasa diwajibkan kepada
& nbsp; umat Islam setela h negara Islam terbentuk di Madinah al-Munawwarah.
Jadikan peluang berziarah dan bertamu sepanjang Hari Raya sebagai
jambatan untuk menjelaskan konsep ini kepada seluruh masyarakat.

Tugas dakwah ini tidak sepatutnya dibebankan kepada para ulamak
sahaja kerana negara Islam yang akan dibentuk akan dikongsi oleh
seluruh rakyat, ulamak, teknokrat, pentadbir, professional dan rakyat
terbanyak, muslim dan non-muslim.
& nbsp;
Ustaz Badruzaman Yusoff
Setiausaha DUPP
e-mail [email protected]...


http://www.harakahdaily.net/dokumen1.html





Layari Laman Web
&n bsp;
http://www.e-ulama.org (SuaraUlama)
http://info.e-ulama.org (WebTV)






-----------------
" Islam Is The Way Of Life "

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanzaalahProfil   Hantar PM kepada hanzaalah   Pergi ke hanzaalah's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-04-04 13:11


................

Bagi Ana ler...............Negara-negara yang mengaku negara islam ini,sebenarnya bukan negara islam tetapi adalah negara umat islam,yang tidak pernah dapat membela islam dan umatnya...cuba masalah renungkan masalah murtad.........mana ader pembelaan............??????????,

Adapun perlaksanaan islam di dalamnya adalah boleh di kira tiada langsung,malah negara-negara umat islam itu menaruh kepercayaan kepada sistem Demokrasi,Sistem Sosial
Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120922 saat. Lajunya....