Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 185
Ahli: 0
Jumlah: 185




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM

Please Mendaftar To Post


Oleh PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM

hanim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 09-01-04 20:44


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata
kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang
sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya
sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia
dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama
Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya,
"Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku
membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku
sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka.
Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai keldai di suatu tempat, lalu aku potong
sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil
wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran
tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang
bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu
orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa
aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka
berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."


Bookmark and Share

    


  Member Information For hanimProfil   Hantar PM kepada hanim   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-04 18:05




erm...mudah sebenarnya nak lakukan kebaikan tapi..nak mendidik hati dan jiwa agar buat mcm tu.. itulah yg paling susah..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

wadah_ummah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-04 09:55


insyaALLAH boleh dilaksanakan kalau ada kemahuan dlm diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wadah_ummahProfil   Hantar PM kepada wadah_ummah   Quote dan BalasQuote

hani_wahida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4146
Posting: 124
Dari: Malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 14-02-04 02:11




SesUnGguHnyA InDaHnYa ISLAM!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For hani_wahidaProfil   Hantar PM kepada hani_wahida   Pergi ke hani_wahida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.206812 saat. Lajunya....