Oleh |
Bercinta...perlu sangat ke? |
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 31-12-03 09:33
Nak tanya pendapat kawan-kawan semua..adakah bercinta ini perlu?maksud saya semasa kita masih lagi menuntut ilmu?? wassalam ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 31-12-03 10:15
bg saya remaja & cinta tak boleh dipisahkan. biasalah kan. kalau seseorg dah b'rumahtangga mereka tak lagi digelar s'org remaja. dlm alam p'cintaan inilah kita cuba mengenali seseorang utk dijadikan pasangan hidup. cumanya, saya rasa tak sesuailah kalau ada pelajar sekolah yg sibuk nak b'cinta. diaorg kena sedar, diaorang masih di bwh tanggungan mak ayah. erm, tak layak sangatlah tu. umur baru s'thn jagung, darah baru s'tampuk pinang, jari baru pandai membilang, usah difikir soal cinta. tapi kalau pelajar IPT, mungkin boleh diterima kot... waallahua'lam... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
aufa_khalilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.07.2003 Ahli No: 2611
Posting: 173
Dari: Damansara
|
Posting pada: 31-12-03 10:26
|
sheikhLUTHFI
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3412
Posting: 173
Dari: 'AQaBA,jORDAN
|
Posting pada: 31-12-03 10:37
x perlu...x perlu ----------------- CINTAKU hanya milik ALLAH
KASIHKU hanya milik yg berhak
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 31-12-03 10:44
cinta pada bunga bungakan layu... cinta pada manusia,manusia kan mati... cinta pada ALLaH...kekal selamanya... time belajar ni...tumpukanlah sepenuhnya pada pelajaran....kita hnaya mampu merancang tapi ALLAH yg menentukan.... wassalam
|
khairun_nisa
Warga Rasmi Menyertai: 12.09.2003 Ahli No: 3521
Posting: 12
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 31-12-03 11:14
akum..... bg sy, x kisah la org 2 nak b'cinta ker tp biarlah ada batasannya coz kt ni kn orag islam org melayu plak 2 yg penuh ngn adat ketimuran tp memeng sy x setuju kalo org 2 b'cinta time sekolah ye la... time 2 fikiran kt x matang lg
|
ctaesya
Warga Rasmi Menyertai: 17.11.2003 Ahli No: 5197
Posting: 1
Dari: kelantan(bumi ALLAH)
|
Posting pada: 31-12-03 11:47
saya rasa cinta zaman skolah ada baik dan buruknye...kadang2 cinta juga menyebabkan seseorang itu berjaya krana mendapat dorongan drpd couplenya...
|
zUeHa
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5738
Posting: 73
Dari: bumi ya Rab
|
Posting pada: 31-12-03 12:39
pd pndpt zUeHa...mmg kita x dpt lari drpd perasaan cinta...smakin kita lari..makin dikejar...betul tak? xdpt dinafikan sejak kecik kita dikurniakn naluri cinta...ape lg time sekolah...bkn salah sebenarnya...nak wat camne...itu kurniaan drpdNYA...yg penting sbg hamba yg lemah kita cuba kawal diri...ade org kata cinta leh m'bwa kpd kejayaan..ade lak yg kata sebaliknya...ermm yg bestnye bila sesorg tu boleh berjaya dlm pengajian walaupun tgh b'cinta...yg m'jd kesalahn b'cinta wktu sekolah bak kt org bila dh jd t'lalu 'angau'...x leh control diri...susah gak fikiran x matang dlm b'cinta ni...akibatnye gagal dlm pelajaran...tu yg sedih...nau'zubillah...ape pon bg zUeHa..b'cinta ngan belajar bole je seiring...tp mgkin ade ktikanya soal cinta tu kna ketepikan sikit..orait??chayok!!chayok!!ermm skadar bg pandangan je...wallua'lam ----------------- ~Selamat Memburu Keberkatan Menuju ke Taman Firdausi~
|
insan_kerdil
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1958
Posting: 64
Dari: Damansara
|
Posting pada: 31-12-03 13:00
... Hm, ana sependapat dengan ctaesya and nuraiman_khairunnissa. Time sekolah tak perlu la nak ade mende2 camtu, buat pening kepala je. Agi pun time tu fikiran tak matang agi, so macam2 perkara boleh terjadi. Kalau dah masuk IPT mungkin boleh kot... tu pun tengok la pasangan tu macam mane. Kalau perangai macam bapak lanun, tak payah la... lain la kalau ade yang pasang niat nak ubah mereka yang 'berjalan bengkang bengkok' ni. Contohnya ade la sepasang hamba ALLAH ni, dah ade 'bakal suami/isteri tak rasmi', yela tiap2 hari penat, so bangun pagi pun liat. Bile dah ade 'kawan', masing2 berlumba untuk miss call pagi2 untuk solat subuh. Pastu kalau ade ape2 tugas, mereka buat bersama and selalunya hasil tugas mereka memang bagus. Pastu kalau ade ape2 yang tak elok, mereka akan saling menegur. Ana suke tengok pasangan ni. Masing2 jalankan tanggungjawab masing2. Yang ana tau, Dua2 family pun dah tau and setuju, tinggal nak tunggu abis belajar je. Sahabat ana... ana tau la. ----------------- Sebening embun, Seputih salju, Seikhlas hamba-Mu. Insan kerdil di bumi sementara.......
|
nieza
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.07.2003 Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam
|
Posting pada: 31-12-03 13:44
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 31-12-03 17:19
Bercinta tak salah,kalau dah jodoh nak bercinta,bercintalah,yg penting tahu batasannya apa...kalau dah bercinta,nasihatlah satu sama lain,suruh belajar betul2 ke,jgn malas ke..kalau nak call ke,missed call ke,tak salah,tapi plih waktu yg sesuai..mcm subuh ke,org laki ni liat nak sembahyang subuh,saya ni kadang2 pun Kantoi gak.... Yg lelaki,jgnlah mentang2 bercinta,jiwa dan raga serah habis kat perempuan,simpan sikit utk Ibu Bapa kita yg bergadai gelang,berlian dan zhulian nak support belajar,ingat tanah sawah tu bukan free dan susahnya mereka bekerja semata mata nak bagi anak senang belajar....motor atau kereta dibelikan,utk kesenangan ke kuliah,bukan bawak awek gi klcc ponteng kuliah...nak hantar gf tak salah,tapi setakat hantarlah,balik suruh dia jalan kaki....dia pun nak kena latih jugak berjalan kaki..kalau manja sangat...nanti 100m pun dia suruh kita hantar...dan bila ada kenderaan,jgn bawa budak tu kehulu kehilir....tau batasannya.... Yg perempuan pulak,nak bercinta pun tak salah,jgn lak manja melampau,lelaki ni tak suka dikongkong,kalau perempuan call,selidik dulu siapa,jgn bantai mengamuk,lupa diri,lupa tuhan dan lupa diri tu perempuan.....entah2 mak dia ke,makcik ke,adik ke...kawan sekuliah ke,kalau dia setia,dia akan setia...lepas tu jgn suka jadi Queen tanpa pertabalan rasmi,paksa bawa gi sana sini,beli tu beli ni,duit biasiswa dia simpan,duit pakwe dia guna.....tak pasal,kalau laki tu sedar,dpt hadiah pisau pencukur..... Jadilah bf/gf yg baik,saling menasihati,kalau bf dpt 3% dlm fizik,jgn jumpa dia sebulan sampai 3% jadi 80%....ha mcm tulah,begitu jugak perempuan,kalau perempuan buat assignment last minute,lepas tu paksa laki tu buatkan,jgn buatkan,biar dia rasa....ingat sebab dia perempuan,kerja dia pun kita kena buatkan,mengada tak bertempat....kalau dia failed,sebab salah dia.....kalau dah masuk u,dah angkat sumpah,dah sign kontrak biasiswa,kenalah faham tanggungjawab....dpt results yg baik,bukan setakat 2.00..je,habis kalau dah grad,nak melopong?sekarang ni 2.00-2.00 takkan ke mana.... Cinta tak salah,org yg bercinta kena tau,disiplinnya,tau batasannya,dan tau apa gunanya cinta tu,warning sama sendiri,"alau u tak grad dengan baik"lupakanlah nak I masuk meminang....atau dipinang...bukan sebab materialistik,tap satu momentum semangat utk majukan diri masing2,kalau ada kerja baik,kan senang,bila kahwin..senang...taklah asyik makan beras hancur.... Cinta tu adalah kasih sayang,Allah anugerahkan agar manusia faham dan tahu apa maksud tersiratnya.....jgn salah guna,kalau salah guna,ha mcm tulah,si pakwe kena buang sebab asyik bergayut tak belajar,yg makwe jadi mentega,lembap belajar.....last last..tak jadi apa... Hargailah Cinta... p/s:ingatkan juga pada diri sendiri.....
|
i_shahdamaii
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak
|
Posting pada: 31-12-03 17:32
Nak cakap apa lagi ye??Semua dah dibagitau JoshuaIsfahan...betul jugak kata dia tu,cumanya part yang nak hantar gf tu saya kurang setuju la. rasanya tak perlu kot nak tumpangkan gf gi mana2 kecuali la kalo urgent ke tak kisah la tu!!Jangan biasakan diri nak ngantar gf/bf la ye...biar la dia gi sendiri,yang nak rajin sangat hantar tu apsal??Lebih baik study je dari abihkan minyak kereta hantar orang lain...kalau boleh cuba haramkan sebarang liqa'...kalo boleh la...kalo takleh pandai2 la tanggung dosa kalo jadi apa2 nanti Berbalik kat soalan tadi...saya dengan tenangnya berfikir dan berpendapat bercinta ni ada kalanya jatuh dalam katogeri perlu dan tak perlu. Perlu bila dah kawin..ye lah maybe tak enal lagi pasangan masing2 masa bertunang dulu kan..so bila dah kawin la masa yang sangat2 perlu nak semaikan rasa cinta dan kasih sayang ngan pasangan masing2...bukan apa,untuk keharmonian rumah tangga gak...bahagia sampai akhir hayat kalau disemai bersama cinta Ilahi... Tak perlu bila...tengah bz ngan study...contohnya nak coupling...elakkan ye!!Rasanya jenis cinta camni sangat2 tak perlu...manusia ni tak tahan ngan godaan kalau iman lemah, Alla in all...pk dulu tahap mana diri anda mampu nak lawan nafsu...kalo peratusan rendah baik takyah nak bercinta...
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 31-12-03 17:35
uikss.. panjang lebar joshua berceloteh. hehehe... setahu ana ,joshua ni antara mahkluk yg paling dahsyat kalau dia dah start bercinta.. oppss erm.. banyak betul topik cinta dlm forum ukhwah ni sampai rasa malas dah nak response. pada ana.. CINTA ni ADALAH MAKANAN JIWA... manakala nasi tu adalah makanan utk fizikal.. CINTA itu adalah lumrah. Hidup tak bermakna tanpa cinta.. cinta tu pun ada banyak. patutnya pembuka topik ni highlight kan cinta yg macam mana dimaksudkan tu.. cinta pada al-khaliq ke? cinta pada ibubapa ke? cinta pada tanahair ke? cinta pada bangsa ke? cinta pada agama ke? cinta pada sekolah ke? cinta pada kawan2 ke? cinta pada kucing/ayam/itik/kambing/lembu.. oppss.. start melalut dah ni.. apa2pun.. bijak2lah memilih cinta yea.. wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
bisikan_nurani
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.06.2003 Ahli No: 1173
Posting: 121
Dari: Balik Pulau
|
Posting pada: 31-12-03 18:28
saya setuju ngan pendapat wafa_mawaddah..
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 31-12-03 21:18
Kalau budak sekolah rendah, sekolah menengah tu tak payah la. Saya time sekolah dulu tumpu kat besi je. Bila dah masuk ipt baru cari perempuan. Kalau rasa diri boleh kawal dan tidak ganggu pelajaran, its ok. Saya dilatih buat banyak kerja dalam satu masa. Boleh main besi, boleh kerja, boleh studi, dan buat benda bukan2 dalam satu masa.
|
sweetflower
Warga Rasmi Menyertai: 27.12.2003 Ahli No: 6021
Posting: 4
Dari: JOHOR(malaysia)
|
Posting pada: 31-12-03 22:22
assalamualaikum, bagi saya cinta nie teramatlah penting dalam hidup kite.But fikir-fikirlah sedangkan cinta Allah yang kekal pun belum tentu kite kecapi.Inikan cinta manusia yang bersifat sementara. Cintakan bunga pastikan layu, Cintakan kumbang pastikan mati, Cintakan Allah adalah hakiki.
|
kakarot
Warga Rasmi Menyertai: 04.12.2003 Ahli No: 5472
Posting: 12
Dari: Srdg
|
Posting pada: 02-01-04 15:59
Cinta adalah sesuatu perbuatan yang membawa reaksi penumpuan terhadap sesuatu yang kita cintai, penumpuan yang melibatkan kasih sayang. Cuma apa yang boleh membuat kita dapat membezakan kasih sayang dengan cinta adalah cara kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Biasanya sayang boleh tujukan pada kesemua objek yang ada didunia ini sama ada hidup atau tidak hidup. Sebagai contoh, menyayangi seekor kucing, menjaga pokok-pokok bunga sebagai tanda sayang pada alam semulajadi. Cinta pula agak dalam ertinya. Kasih sayang boleh wujud tanpa cinta tetapi cinta mesti wujud bersama kasih sayang. Cinta lebih ditujukan kepada manusia lebih-lebih lagi pada zaman generasi muda terkini. Biasanya perkataan cinta merujuk kepada sesuatu yang disayangi lebih dari diri sediri. Sebagai contoh mencintai seorang kekasih. Jika kita sanggup bersusah payah demi seseorang tanpa mengira risiko yang tinggi atau mementingkan dirinya lebih dari kepentingan diri sendiri maka ia boleh dikatakan layak digelar sebagai cinta. Cinta ada banyak jenis, bagi umat islam cinta yang pertama lebih dari segala-galanya adalah cinta kepada tuhan kerana tuhan yang mewujudkan cinta dan mencipta manusia. Cinta kedua adalah kepada rasul yang memperjuangkan islam. Cinta ketiga mengikut islam adalah cinta kepada ibu-bapa kerana merekalah yang telah bersusah payah memberikan segala kebaikan yang mungkin kepada anak-anaknya. Dan cinta yang terakhir adalah kepada kekasih yang rata-rata biasanya bukan muhrim atau bukan dari keluarga atau hubungan persaudaraan yang jauh. Tetapi semakin hari apabila zaman berubah dari masa ke semasa makna cinta turut berubah. Cinta lebih diungkapkan hanya kepada kekasih. Cinta kepada kekasih adalah merupakan isu yang paling utama berbanding cinta kepada selain dari kekasih. Ini kerana cinta kepada seorang kekasih biasanya wujud bersama-sama dua keadaan gembira yang mendalam dan kesedihan yang melampau. Biasanya tujuan kita mencintai kekasih adalah supaya kita dicintai olehnya. Cinta kepada kekasih adalah merupakan satu ikatan yang boleh terputus bila-bila masa jika tidak dijaga dengan betul-betul. Tidak seperti cinta ibu dan bapa walaupun kita tidak menjaga cinta kita terhadap mereka , mereka tetap tidak akan terputus hubungan dengan kita kerana darah mereka sentiasa mengalir didalam badan kita. Oleh itu saya lebih suka menfokuskan kepada cinta kepada seorang kekasih yang mana ia telah banyak membawa berbagai kontroversi pada masa kini. Biasanya mencintai seseorang hanya boleh berlaku jika kita pernah melihat orang tersebut. Mungkin kerana sifat fizikalnya yang menarik atau telatahnya yang boleh mencuit hati dan memberikan kenangan manis kepada kita. Apalagi jika sudah selalu bertemu dan seperti biasa disetiap pertemuan juga memberikan kenangan manis kepada kita. Apakah yang dimaksudkan menyenangkan hati. Sesetengah individu lebih senang dan gembira jika pasangan kekasihnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi oleh orang lain secara tidak langsung menaikkan harga dirinya. Tetapi tidak semua orang bersikap demikian. Ada juga individu yang lebih gemar kepada kalangan individu yang sederhana, mungkin kerana menganggap bahawa ia lebih selamat dan tidak perlu rasa risau ataupun mungkin juga niat tersebut datang dari sikap semulajadinya yang mengasihani, tidak pentingkan kebendaan dan sebagainya. Tidak semua individu yang semata-mata mengikuti nafsu mereka dalam memilih kekasih. Nafsu tetap wujud, cinta tidak boleh wujud tanpa kehadiran nafsu. Adakah anda tahu apa itu nafsu. Nafsu boleh digambarkan sebagai sesuatu yang memberi galakan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh nafsu makan, nafsu untuk belajar, nafsu berbelanja dan sebagainya. Nafsu memberikan kita penumpuan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu tidak hairan jika saya berkata bahawa nafsu wujud dalam hampir apa sahaja aktiviti yang kita lakukan. Cuma apa yang penting hanyalah berhati-hati apabila kita mengikuti nafsu kita. Nafsu boleh memihak kearah yang membawa kebaikan dan juga tidak terkecuali juga memihak kearah yang membawa kerosakan. Dan nafsu yang paling kuat sekali secara majoritinya didunia ini ialah nafsu terhadap pasangan kekasih. Selalunya perasaan mengambil berat adalah banyak berlaku diantara sepasang kekasih. Apa yang menarik mereka walaupun tidak ada ikatan keluarga tetapi mereka ini sudah saling bantu membantu, malah ada juga berkongsi rahsia walaupun sebelum ini rahsia tersebut tidak pernah diceritakan kepada mana-mana individu lain termasuklah keluarga, Apa yang telah mendorong situasi ini daripada berlaku. Situasi ini berlaku adalah kerana pasangan kekasih ini seolah-olah sudah menganggap diri diantara mereka sebagai sepasang atau pasti akan menjadi suami isteri suatu hari nanti. Kita juga pernah mendengar ramai menyebut cinta palsu. Cinta palsu tidak wujud, tetapi cinta palsu yang dimaksudkan ialah tidak menyintai. Sebagai contoh jika seseorang kekasih menyukai anda kerana anda memiliki kemewahan dan bukan kerana sikap anda maka itulah yang sering dikatakan sebagai cinta palsu. Tetapi itu tidaklah menjadi soal sebab hati boleh berubah dan memang memilih itu perlu terutama perempuan kerana mereka akan menyerahkan diri mereka secara tidak langsung diri mereka akan terjejas dan tak salah jika ia memilih kebendaan untuk masa depannya asalkan ia tidak menggunakannya kearah yang salah atau mula menyombong diri. Cinta tidak semestinya wujud pada masa itu juga. Sudah banyak individu yang bercinta selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang dikendalikan oleh kehendak keluarga. Biasanya cinta yang paling seronok adalah apabila pasangan kita mengetahui keadaan kita yang sebenar dan menerima kita seadanya tanpa mengurangkan suasana kegembiraan sama seperti ketika dia belum mengetahui walaupun diri kita ini susah (biasa kalau kita senang semua orang suka). Cinta inilah yang boleh dikatakan sebenar-benar cinta. Beza cara lelaki atau perempuan menyatakan cinta kepada pasangan yang diidamkannya agak berlainan. Lelaki memang ditakdirkan untuk memulakan episod cinta dan perempuan adalah jarang sekali memulakannya. Ini boleh dikatakan soal maruah dan ia telah menjadi adat turun temurun. Lelaki tidak boleh bersikap hanya menunggu untuk dipelawa kerana ini adalah sikap perempuan yang telahpun menjadi trade mark. Lelaki yang ingin menyatakan cintanya pada seseorang perempuan mestilah menyatakan secara tersurat lebih kurang pengakuan. Masalah disini ialah adakah perempuan itu suka atau tidak. Anda boleh tahu jika anda (lelaki) meneliti dengan betul. Jika perempuan tersebut menyukai seseorang lelaki biasanya dia mudah memberikan senyuman dan mudah memberikan perhatian kepada anda atau mengambil berat tetapi tidak menyatakan cintanya terang-terang tersurat. Perempuan suka diekori dan buat-buat jauhkan diri. . Tetapi jika benar perempuan itu tidak suka, biasanya dia akan membuat reaksi seperti tidak layan atau bercakap dengan serius ataupun menceritakan jenis orang yang diminatinya untuk kita dengar dimana kebetulan tiada dalam diri kita. Tetapi itu bukan masalah, hati perempuan senang berubah jika anda menunjukkan hati murni anda dan sering berusaha menyatakan cinta anda padanya selalu. Perempuan sukakan lelaki yang tidak berputus-asa. Lelaki juga perlu ada egonya terhadap perempuan. Kalau anda terkena dengan perempuan yang jual mahal dan anda telah cuba banyak kali hingga pada satu tahap anda perlu berhenti dan memberi perhatian pada perempuan lain dengan hati yang seolah-olah tidak kecewa. Biasanya kalau anda dah selalu dengan tiba-tiba anda beralih pada yang lain, kemungkinan perempuan tersebut akan tertanya-tanya dan mungkin akan lahir rasa cemburu dan akhirnya menyesal. Jangan biarkan anda (lelaki) dianggap sebagai tiada tempat lain lagi selain dirinya. Jika tidak anda seolah-olah kurang bermaruah dan mungkin tidak dipentingkan olehnya. Satu lagi perempuan sering takut jika dirinya disia-siakan oleh itu dalam zaman serba bijak kini perempuan lebih matang dan sering menguji sejauh manakah cinta seseorang lelaki. Biasanya perempuan jenis ini tidak mementingkan kebendaan tetapi kesetiaan. Kadang-kadang terdapat perempuan yang agak sensitif dan berpura-pura jual mahal dengan harapan lelaki tersebut akan memujuknya dan secara tidak langsung menghargai dirinya. Perempuan seperti ini biasanya adalah perempuan yang mementingkan maruah dan harga diri. Jadi jika anda adalah seorang lelaki maka sedarlah jika anda inginkannya anda seharusnya tidak ada sifat malu untuk menegurnya dan sepatutnya tidak harus mudah putus asa dan kadang-kadang anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikat orang seperti itu. Apa yang perempuan mahukan ialah tumpuan hanya kepadanya dari seorang lelaki yang saling tidak putus asa untuk menyatakan dalamnya cinta kepada dirinya. Sebab itulah lelaki yang peramah atau mudah bergaul dengan perempuan mudah mendapat tempat. Bagi lelaki mereka lebih sukakan perempuan yang tidak terlampau cemburu, dan kadang-kadang lagi perempuan tersebut jual mahal, lelaki akan lebih menyayanginya. Sebabnya ialah kerana terlalu memikirkan kenapa perempuan tersebut jual mahal sehinggakan nama perempuan sentiasa dalam ingatan. Itu pepatah yang mengatakan tak kenal maka tak cinta. Tapi adakalanya lelaki juga boleh kehilangan keyakinan dan seterusnya diam dan malu untuk mencuba lagi. Biasanya lelaki ini adalah lelaki yang sensitif. Lelaki yang sensitif biasanya setia dan takut kehilangan orang yang disayangi. Jadi bagi perempuan pandai-pandailah kawal cara kamu kalau benar kamu juga ada hati dengannya. Kesimpulan, cinta itu misteri dan sukar untuk ditentukan sehinggalah pasangan itu saling menyatakan dan biasanya dimulai oleh lelaki. Dan ini bergantung kepada hati dan kekosongan atau citarasa diantara individu itu sendiri.

Posting pada: 02-01-04 16:00

Posting pada: 02-01-04 16:01

Posting pada: 02-01-04 16:08
Cinta dan kasih sayang yang melekat pada diri seseorang akan memperindah diri orang itu. Sebaliknya, orang yang terlepas dari cinta dan kasih sayang, justeru akan memperburuk perangainya. Anda tentu ingin jadi golongan orang yang penuh kasih. Karena dengan begitu anti boleh lebih menjelmakan peribadi yang indah. Ya, dengan kasih, memudahkan setiap insan untuk saling memaafkan. Maka, tak ada salahnya jika anti terus memupuk rasa itu. Dengan kasih juga, anti akan memaafkan atau meminta maaf. Apalagi Rasulullah SAW pernah bersabda, "Allah SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu, mereka saling berbelas kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Allah SWT menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat." (Hadist Riwayat Muslim).
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 02-01-04 16:39
uisshh....... panjang bebenor tu kakarot berceramah ermm......... bercinta ye....ermm.... bercinta tak salahkan? salah ke ana bercinta dgn ayam katik peliharaan ana? salah ke ana bercinta dgn semut-semut dalam bilik ana? salah ke kataknlah apa salh ku katakanlah............. (mintak maaf kepada warga ukhwah.com-time nie ana mengalami sedikit tekanan perasaan akibat kerja-kerja yang dilakukan terlampau melampaui batasan fizikal manusia -) :: AIRMATA LELAKI UMPAMA MUTIARA YANG TERBENAM DIDASAR LAUTAN DALAM BEGITU SUKAR UNTUK DIKELUARKAN ::
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 02-01-04 19:48
Apalah Shahdamai,kalau dah one way,hantar jelah,bukan rugi apapun,tak kiralah,gf ke,siapa ke,yg penting ikhlas nak menolong......setakat rm10,duit minyak tu,takkan ke mana.....hehehe p/s........ermm
|
nurana
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2003 Ahli No: 2561
Posting: 139
Dari: bangi
|
Posting pada: 02-01-04 20:33
terpulang pada diri masing2..menilai mana yang baik dan buruk.kalau rasa bercinta itu memberi banyak benefits kepada diri,teruskan..sebab kebiasaannya usia ketika remaja ni banyak sangat komitmennya berbanding mereka yang sudah dewasa, menuntut ilmu,tanggungjawab kepada ibu bapa dan tanggungjawab untuk menentukan masa hadapan. bertemu,berkawan dan bercinta adalah lumrah dalam kehidupan.. wassalam
|
ummu_amir
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4817
Posting: 59
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 02-01-04 21:05
uiks kakarot...macam berpengalaman jer... hmmm...apapun,dahulukan kecintaan kpd yg lebih berhak menerimanya,kemudian,pastikanlah kalau ada yg bercinta tu,jaga batas syarak & sampai ke matlamatnya ie: pernikahan.itu lebih baik... wallahua'lam
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-01-04 21:16
erm... artikel yang menarik dari kakaroct.... tapi...kalau dah rasa mcm repeat posting tu.pandai2 la delete... "Cinta memang indah"
|
balistix
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.01.2004 Ahli No: 6163
Posting: 24
Dari: penang
|
Posting pada: 03-01-04 02:22
bercinta tu fitrah manusia yang dilahirkan di dunia nini adam dan hawa juga dijadikan dalam keadaan adam memerlukan teman jadi bercinta tu perlu tetapi ada batasnya dan jgn sampai keluar berdua duaan dan berpengagan tangan................ok
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 03-01-04 10:34
hem....malas dah nak pikir pasal cinta ni......
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 05-01-04 00:23
"uikss.. panjang lebar joshua berceloteh. hehehe... setahu ana ,joshua ni antara mahkluk yg paling dahsyat kalau dia dah start bercinta.. oppss "Darul Numan.... Phew......Numan,pandai hang bom ha,rasanya Numan dulu kat sekolahlah,siapa yang sakan bercinta dengan warga lower 6.....jawab-jawab..heheh...sebenarnya Darul Numan lagi terror dan rasanya dia lagi dahsyat kalau bercinta.Yang kenal dia dari sekolah tahulah dia macam mana..peminat,yang berserban,takde rambut,rambut palsu,semua ada. Cinta adalah anugerah,Allah berikan pada manusia dan kita tidak boleh mengelak dari sukakan seseorang.Kucing pun sayang pada tuannya,ni pulak lagi manusia.Cuma kita harus tahu menghormatinya dengan cara dan di landasan yang betul.Jangan buat perkara yang memudaratkan,dan tahu tanggungjawab kita.Tu sahaja. p/s..Cintaku bukan di atas A4.....
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 05-01-04 12:15
in the name of Allah the most gracious the most merciful.. ana masih ingat lagi masa ana form 4, waktulah ana kenal apa itu perempuan.. hehehe.. sebelum form 4 ana ingat pompuan nie cam lelaki kot.. hehehehe cintalah yang mengakibatkan manusia lupa pada Allah tetapi bila cinta itu disandarkan pada Allah maka insyaAllah cinta itu adalah cinta yang hakiki.. kenalilah cinta diantara makhluk dengan penciptanya nescaya engkau akan ingat tiada cinta yang lebih berharga berbanding dengan cinta dengan al-kaliq. akh joshua pun pernah bercinta ker.. dan sedang dilamun cinta ker sekarang ini , sedikit pesanan dari seorang sahabat untuk seorang sahabat seislam, sandarkanlah cintamu itu dengan Allah dan lebihkanlah cinta mu itu dengan penciptamu nescaya engkau akan tahu bagaimana erti sebuah cinta yang akan lahir secari fitrah dalam dirimu itu. batasilah pergaulan No yes if islam say No! cinta tidak akan tamat selagi ada male and female melainkan bilamana roh ini telah tiada di dalam jasad. may Allah help us in giving us guidance to have a true love.. to show us the true way in looking Allah love.. O Allah i'm miss u so much.. give me ya love.. ameen. -----------------
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 05-01-04 18:08
Bercinta sakan tu taklah......cool je,takde bagi2 msg,takde nangis2....ada jodoh adalah,kalau takde,tak kisahlah,usia masih muda dan rasanya banyak perkara boleh dilakukan...sambung belajar ke,travel ke,dan berusaha bekerja dengan bersungguh2.....kumpul duit banyak2,boleh hantar ibu bapa gi haji.... Walaubagaimanapun,kalau dah bercinta,hargailah sebaik mungkin.Cuma rasanya bila dah bercinta ni,a few things kena jaga..... Ermm,kadang2 terlalu byk nasihat org lain,kita lupa diri kita sendiri...oleh itu sentiasalah ingat mengingati..... p/s:lain org lain cara,lain pertuturan,lain bicara..
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 05-01-04 21:03
cinta merupakan suatu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. cinta tidak dapat dipelajari tetapi untuk dialami. namun, jika cinta sudah tiada di hati kita, tandanya salah satu nikmat ALLAH telah tercabut daripada kita. sedangkan cinta merupakan salah satu nikmat teragung ALLAH terhadap hamba-hamba-Nya. manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta. memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di bawah kebesaran ILLAHI.... waallahu'alam bissawab.....
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 06-01-04 09:01
in the name of Allah the most gracious the most merciful.. baguslah camtu.. semoga impian enta tercapai dan semoga dapat sambung ke overseas ameen. oh yer moga2 enta boleh hantar parent enta ke Baitul Al-Haram ana doakan kerana niat yang baik dan diikuti dengan hati yang ikhlas akan diredhai Allah. wassalam.
|
nurarisya
Warga Rasmi Menyertai: 19.09.2003 Ahli No: 3644
Posting: 1
Dari: terengganu
|
Posting pada: 07-01-04 10:39
bg sy bercinta tu tak salah asalkan patuh pada pegangan agama dan tahu membezakan antara yang halakl dan haram .Dalam diri kita ada perasaan cinta iaitu cinta pada ibubapa,keluarga ,persahabatan,kekasih dan cinta yang kekal hanya pada ALLAH yang satu
|
syafiq86
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2003 Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat
|
Posting pada: 07-01-04 12:44
CINTA. Satu perkataan yang mempunyai makna yang sangat luas. Cinta pada Yang Esa, cinta pada manusia, pada alam dan pada hidupan. Bercinta sewaktu belajar, banyak pendapat yang dilahirkan mengenai hal ini. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Dalam hal ini, tiada manusia yang dapat memberi jawapan yang konkrit dan menepati kebenaran kitaran kehidupan. Setiap manusia dicipta berbeza antara satu sama lain. Ada yang meningkat pecapaian diri hasil percintaan, ada yang merudum, ada juga yang tidak dipengaruhi percintaan. Hanya insan yang mengalaminya sahaja yang tahu erti sebenar percintaan semasa belajar. Adalah lebih selamat bagi mereka yang masih menuntut untuk melupakan dulu soal percintaan duniawi. Tumpukan sepenuhnya pada pelajaran jika dirasakan diri tidak memerlukan bantuan dan dorongan insan yang dianggap istimewa. Ini hanya sekadar nasihat. Cinta pada bunga, kan layu akhirnya. Cinta pada harta, kelak kan musnah binasa Cinta pada manusia, tidak kan kekal untuk selamanya Cinta Ilahi, kasih suci dan abadi Harum Mewangi ----------------- KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi. [ Posting ini telah di edit oleh: syafiq86 pada 2004-01-07 12:46 ]
|
hanim
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka
|
Posting pada: 08-01-04 01:06
pada ana..terpulang pada kita sendiri dalam mengatasi perasaan cinta kita pada pasangan seseorang.....sekiranya cinta itu berlandaskan syariat dan asalkan ia tidak mengundang ke arah kemaksiatan..rasanya tak salah.. asalkan ianya mengikut tartil yang betul.....
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 08-01-04 10:43
|
sapa_ntah
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.08.2003 Ahli No: 2733
Posting: 37
|
Posting pada: 08-01-04 11:24
bg saya lah...bergantung kepada individu..tp kita lihat jarang perhubungan yg dibuat pada waktu belajar kekal hingga kawin...jarang kekal...hayatilah lagu unic U SEE DI IPT....bg saya pelajaran diutamakan dahulu....saya rasa PEGANG IJAZAH LEBIH BAIK DARIPADA PEGANG TANGAN KEKASIH..betul tak..tapi kalo sekadar kawan apa salahnya..yg penting ikhlas kerana allah dan menjaga batas- batas pergaulan..oklah CINTAILAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA DAHULU..
|
fuqaha
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.12.2003 Ahli No: 6026
Posting: 66
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 08-01-04 12:17
"persahabatan lebih berharga daripada cinta" . kalau nak tau lebih jelas, baca kitab Falsafah Hidup.
|
fuqaha
Warga 2 Bintang Menyertai: 27.12.2003 Ahli No: 6026
Posting: 66
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 08-01-04 12:20
"persahabatan lebih berharga daripada cinta" . kalau nak tau lebih jelas, baca kitab Falsafah Hidup.
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 09-01-04 15:02
wahh fuqaha..power ayat...tapi dengan bersahabat itulah lama kelamaan berputiknya cinta...kan?? ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
hasmah
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2003 Ahli No: 2438
Posting: 65
Dari: penang
|
Posting pada: 10-01-04 12:33
kalau awak tanyer.... bercinta waktu menuntut tue perlu ke tak... jawab saya.. tak perlu.... takut-takut...yang dikejar tak dapat...yang dikendong plak berciciran...hmm...kang putih mata awak tue...
|
ayuazar
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.07.2003 Ahli No: 2390
Posting: 171
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 10-01-04 17:37
itu semua bergantung pada diri masing2..kalu boleh bahagikan masa dan tanggungjawab terhadap pelajaran dan 'dia'..itu tak jadi masalah..kalau mendatangkan masalah kepada remaja hingga memberi kesan kepada pelajaran saya rasa baik tak payah bercinta...dari apa yg saya lalui selama ni..kebanyakn cinta semasa study tak kesampaian..bercinta sekerat jalan..bila habis belajar sorang ke utara sorang ke selatan..masing2 putus hubungan kemudian cari baru..(manusia sering menyagka cinta manusia itu cinta sejati dan tidak tahu yg cinta manusia itu sering berubah)
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 10-01-04 19:26
jangan biarkan cinta mengawal kita.... sebaliknya biar kita yang mengawal cinta....
|
ismi
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2004 Ahli No: 6302
Posting: 3
Dari: jelapang padi
|
Posting pada: 10-01-04 20:48
cinta hakiki hanya utk illahi
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 10-01-04 23:47
cinta hakiki memang untuk ilahi tapi cinta untuk perempuan pun hakiki gak cuma untuk ada hadnya.. ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
12bhumble
Warga Rasmi Menyertai: 09.01.2004 Ahli No: 6346
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 14-01-04 17:11
tengok keadaan..kalo bercinta buleh bawak mudarat dunia akhirat, pk pk kan lah..pk dgn akal, rasa dgn jiwa, lihat dgn hati... ----------------- ..trying to be good..
|
hanim
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 160
Posting: 236
Dari: melaka
|
Posting pada: 16-01-04 22:49
ana rasa kalau yang masih dibangku sekolah tu...rasanya belajar la dulu......pastu bila dah berjaya....baru la fikirkan...tapi ingat jangan samapai ke arah yang sia2
|
kakja85
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.09.2003 Ahli No: 3344
Posting: 32
Dari: ipoh..peyrock
|
Posting pada: 17-01-04 00:36
hmm...becinta nih cam susah jerk bunyi die..tahle..tk pnah g raser..tp resenyer tk elok kot..tmbh2 tgh dok ngaji lg nihh..tk yah la carik problem...problem stadi pon tk abih..dh nk carik prob lain lakk...tp bnda nie sbenarnyer tepulang kt diri masing2...pndai2 la pk..kalo rase baik..okla..kalo rase tk..baik jgn becinta...becinta bg tk salah..aslkn tau batas2...
|
miza
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.01.2004 Ahli No: 6484
Posting: 67
Dari: kelantan bandaraya islam
|
Posting pada: 17-01-04 13:29
ana rasa .....waktu skola ni...takyah la lagi.. concentrate belaja jer..takleh pk mende lain. kalau ana , ana nak berjaya dulu baru bercinta.... kecuali cinta pd ALLAH dan RASUL, [ Posting ini telah di edit oleh: miza pada 2004-01-17 13:31 ]
|
ieda
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2003 Ahli No: 4797
Posting: 226
Dari: pontian
|
Posting pada: 17-01-04 13:52
saya rasa waktu sekolah nie.. why not hanya tumpukan pada pelajaran dulu..
|
aziqah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6390
Posting: 76
Dari: teluk intan
|
Posting pada: 19-01-04 15:05
CINTA??? satu yang universal...cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki!
|
sumayyah_fy
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 570
Posting: 39
Dari: kisdar
|
Posting pada: 19-01-04 17:52
...... ana nak berkongsi pendapat ana dalam posting "Bercinta....perlu sangat ke?" emm,pada pendapat ana bercinta ni..... Hati adalah anugerah dari Allah SWT,apabila kita diberikan hati ....adalah wajar kita untuk mewarnai perasaan sama ada suka,gembira,riang, happy,derita, kecewa,merana,dukacita dll....1001 rasa perasaan kita...ye tak? Macam ana,alhamdulillah belum merasai alam percintaan....sebab bagi ana tak penting....kalau Allah dah tetapkan jodoh kita..... ana terima jika ia ditakdirkan jodoh ana.. maka redhai lah.. Bak kata pujangga "Kita hanya merancang Tuhan yang menetapkan"...Adalah tidak wajar jika di alam persekolahan kita nak bercinta... ana tak respect la cinta monyet sebab.....cinta tu...hasilnya hanya sekejap aje...Bagi ana cinta yang kekal hanya pada Allah SWT dan Kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Ana suka dengar lagu.....See U D Ipt-UNIC... "Guru selalu mengingatkan.... Kita dilarang berkasihan... Ketika masih di alam persekolahan.... Bangkit semangat keazaman... Memburu cita dan impian.... Biar terpaksa rahsiakan hubungan... emm,best kan...bukan tak boleh bercinta... tapi....pesanan ana jangan terleka hingga mengabaikan pelajaran...memang tak patut!.... Biar pelajaran seiring dengan impian... okla,see u d ipt-unic. w'salam.
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 19-01-04 18:02
bercinta perlu sesgt... lepas kahwin ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-01-04 19:18
bercinta selepas kahwin adalah lebih baik dan lebih indah sebenarnya dari bercinta sebelum kahwin... zaman sekarang ini tak ramai yang mampu mempertahankan cinta selepas kahwin... ramai yang semakin pudar perasaan cintanya selepas kahwin...
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 21-01-04 11:25
kalau nak khawin tue eloklah dah ada perkerjaan tetap,rumah,kerendaan(kereta/motor)...baru ler senang skit.. *Kena plan betul-betul nie ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
Nurr_Iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM
|
Posting pada: 21-01-04 15:54
.... Tiada cinta yang Agung di dunia ini selain cinta mukmin terhadap TuhanNya! Belajarlah mencintai Allah sebelum mencintai MakhlukNya. barulah boleh menjadi seorang pencinta yg baik! Wallahualam...
|
anjang
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 21-01-04 16:31
soal hati... baru bleh mengerti.. perlu atau tidak... kenalaaa ikut keutamaan mana yg lbh aula...
|
jaie
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.01.2004 Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak
|
Posting pada: 21-01-04 18:54
bercinta mng la perlu ... dah itu fitrah manusia ... adam yg di syurga memerlukan hawa.. begitu juga lelaki memerlukan perempuan... tp cinta ade landasanya.. asal kita boleh ikut cara yg betul ape salahnya ..... tp tengok dulu byk mane cinta kita pada Allah .... klu cinta terhadap pencipta pun masih tak teguh inikan nak cinta dgn manusia.. alamatnya byk la bayi kena buang nanti...
|
nabsyaz
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6070
Posting: 98
Dari: Bandar baru bangi
|
Posting pada: 25-01-04 16:08
X yah ler pikir hal cintan cintun ni... Kalo dah bercouple susah..x bebas...lagipun cinta allah cinta yg hakiki
|
sun_one
Warga Rasmi Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6687
Posting: 16
Dari: SerambiMekah
|
Posting pada: 25-01-04 18:03
..bercinta blh...tapi jangan sampai jadi hamba pada cinta....
|
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 25-01-04 18:20
cinta menyeksakan tapi ada yang kata cinta dapat memberi kegembiraan pada seseorang ..kalau saya nak bercinta nantilah dah berjaya dulu baru bercinta buat masa sekarang berkawan jelah
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 25-01-04 18:55
ermm kawan dulu ker??kalau terus...x leh ker?? ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
feezdavincci
Warga Rasmi Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5811
Posting: 4
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 30-01-04 16:23
sebagai remaja zaman ini,saya rasa memang tak salah bercinta...kita tak boleh lari drpd cinta.. betul tak???semakin dielak semakin dekat kita dgnnya...hehhehehehhe sambung lagi lah....nak sembahyang dulu.... :p
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 30-01-04 17:22
Dlm majalah haluan.ade rencana megenai couple semasa belajar. pengarang rencana itu tidak menggalakkan kite bercinta masa belajar.Eyala byk jugak keburukkannya.ade yg beringat dan ade yg leka.lagipun ramai yg mengabaikan pelajaran dan ade juga yg cemerlang.Bagi saya couple ok,tp jgnlah yg kite jumpe ari2 nanti bukan nak belajar....asyik berkepit jer. betui tak? oklah think positive and optimist!!!
|
bluemoon
Warga Rasmi Menyertai: 24.01.2004 Ahli No: 6716
Posting: 11
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 01-02-04 10:59
entahlah,saya rasa bercinta kalau masih study tak patut.apalagi anak remaja sekarang dah lupakan dunia.bercinta start sekolah lagi.macamla berkekalan.sayang bagai nak ghak.akhirnya?????????sad story la ..........saya rasa baikla belajar betul2 agar masa depan yang berliku lebih cerah dan bercahaya.
|
ain_mardziah
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.01.2004 Ahli No: 6659
Posting: 188
Dari: kedah
|
Posting pada: 02-02-04 22:04
assalamualaikum.... remaja dan cinta memang tak dapat dipisahkan.... tapi pd analah kan masa kita bljr ni baik jgn bercinta dulu,setakat berkawan tak apalah. jodoh pertemuan ditangan tuhan, jadi tak usah terburu- buru mengejar cinta yg belum pasti dapat memberi kebahagiaan kpd kita.semuanya kan telah tersurat bahawa setiap makhluk dibumi ALLAH ini pasti ada pasangannya. cinta itu pasti akan datang dgn sendirinya .....INSYAALLAH. apabila kita sedang bercinta,semua benda haram kita sudah tidak peduli (berpegang tangan diantara bukan muhrim sudah dianggap biasa) belajarlah dulu tunaikan harapan ibu dan ayah kita.
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 03-02-04 13:39
kalau saya kata cinta itu buta camna?apa anda faham? ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
jiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2004 Ahli No: 6966
Posting: 238
Dari: PeRaK
|
Posting pada: 03-02-04 13:55
b'cinta blh klu kena pd tmptnye..mase skrg nie xyah lanak b'cinta..krn cinta itu buta. renungkn..2 ORG MUDA SDG DUDUK D'BWH POKOK..SORG BUTA & SORG CELIK..PAK ABU INGIN MINTA TUNJUKKN JLN...DIA MINTA BANTUAN PD SIBUTA..TANPA MENGETAHUI SIAPE DIA..D'PERTGH JLN BR PAK ABU TAHU.. SIPENUNJUK JLN ITU BUTA..PAK ABU T'KAPAI2 X TAHU ARAHNYE NAK DITUJU...KMGKINAN PAK ABU SESAT JLN ATAU TERUSKN HIDUP TANPA HALUAN...
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 04-02-04 19:01
kesian sungguh nasib sibuta tue.. ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
silver_wardah
Warga Rasmi Menyertai: 22.01.2004 Ahli No: 6669
Posting: 12
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 08-02-04 04:16
Naluri seseorang tu sememangnya dianugerahkan oleh Allah S.W.T...kita sebagai manusia tidak dapat elak drp menyukai seseorang insan tu.. tapi, yang menjadi salah ialah apabila kita menyukai seseorang itu secara berlebih-lebihan.. angau tak tentu pasal..cam da kemaruk cinta.. Jika mmg sungguh menyukai seseorang itu..maka wajarla kita membuat sembahyang istikharah, agar dapat pentunjuk drp Yang Maha Esa... yang penting...semasa bercinta..ingat halal haram dalam Islam...jgn lupa semua itu.. NAFSU mengatakan bahawa cinta itu pada RUPA HATI mengatakan bahawa cinta itu pada AKHLAK AKAL mengatakan bahawa cinta itu pada kebijaksanaan.. Ingatilah, bahawasanya kecantikan itu tidak akan kekal lama... yang penting ialah iman dan taqwa.. waalahualam.. ..
|
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 08-02-04 12:19
ermm kawan dulu ker??kalau terus...x leh ker?? kata izwan... kita kena kawan dulu dah kenal hati budi memasing baru bagus tak gitu dik nie kenal 2 ,3 hari je dah nak bercinta bahaya juga
|
nemo
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.08.2003 Ahli No: 2879
Posting: 241
Dari: Bandar Diraja
|
Posting pada: 10-02-04 11:10
sebenarnya cinta ni terpulanglah pd individu itu sendiri untuk menilainya,kalau dia pandai membawa cintanya pasti cinta itu membawa ke arah kebaikan, begitu juga sebaliknya. so berhati-hati lah dan pilihlah jalan yg terbaik ----------------- jangan dikesali pada perpisahan kerana tanpa pertemuan tiadalah perpisahan...
|
haff
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.01.2004 Ahli No: 6251
Posting: 253
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 10-02-04 12:27
tak tahu nak cakap,ana tak penah jatuh cinta...... kacau tu penah la....... ..lawak aje......... kadang-kadang org bercinta in parah oo.... makan habis berpinggan-pinggan mandi habis se kolah tido siap mengigau lagi tu.
|
miyuki
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 441
Posting: 249
Dari: Auckland
|
Posting pada: 10-02-04 13:33
ber 'chenta' ler lps kawin...skaang nih kalau ade yg berkenan...selami isi hati dulu...kalau betul2 dah mmg rase 'fall in love' dgn si dia..buat solat istikharah...mintak lihat jodoh...kalau si dia yg awk nmpk..alhamdullilah..ade rezki in sya Allah tak kemana..luahkan isi hati kat die..kalau die setuju...lg bagus..tayah bercinta dulu..tunggu sampai rasa diri tu mampu nk pikul tanggungjawab.rasa dah ready? cakap lellok kat mak abah suruh pinang si die.pastuh..ber chenta la puas2 lps kawin..sure best giler ..semua dah halal dah..tak cyer?try la dulu petua saye nih.. ----------------- ~www.salwasaleh.blogspot.com/www.tazkirahonline.blogspot.com~
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 11-02-04 19:36
tapi orang kata bercinta masa dah kawin x best??tul ker?? ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 11-02-04 20:48
hmmm.... bercinta selepas kahwin adalah lebih indah.... lagi best dari bercinta sebelum kahwin.....
|
putra_account
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.07.2003 Ahli No: 2150
Posting: 49
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 11-02-04 23:06
ikutlah hati seseoang 2...dia rasa waktu remaja yang elok... mungkin elok baginya....
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 12-02-04 06:56
ikut kata hati? jangan terlalu mengikut kata hati, takut kelak ia akan membinasakan diri sendiri....
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 12-02-04 10:50
ikut hati amti...tapi kadang-kadang boleh hidup.....fikirkan... ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
solehgall
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut
|
Posting pada: 12-02-04 22:07
bercinta selepas kahwin tu adalah sebaiknya....ikut sunnah rasul....ramai yg bercinta sebelom kahwin...terutama semasa belajar...ermm..terpulanglah pada individu....masing2 ada pendapat tersendiri tentang couple ni but ana lebih prefer bercinta selepas kahwin....perlu diingatkan kepada kaum perempuan...x guna mencurah kasih bagai nak rak pada kaum lelaki yg dicintai...tp last2 x jadi....cinta kita yg suci seharusnya diserahkan kepada yg berhak...iaitu suami kelak...erm...x salah bercinta asalkan tak melanggar syariat...tp adakah semua yg bercinta tu boleh buat cam tu?...kalau dah couple tu..mesti nak kuar date and others....so ana rasa tak salah mempunyai perasaan cinta pada seseorang...tapi cubalah tahan dulu...kawal perasaan sehingga tiba waktunya....renungkanlah...ana minta maaf jika komen ana membuatkan ada pihak yg terasa but i'm not intend to dedicate this statement 4 anyone just sekadar renungan bersama....BERSAMA KITA MENGEJAR CINTA HAKIKI.....CINTA YG SEJATI PASTI DAPAT DIPEROLEHI KELAK ANDA CINTA KEPADA ALLAH SUDAH MANTAP!!!INSYA ALLAH
|
ProfTakBersalah
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6916
Posting: 120
Dari: Putra University of Japan
|
Posting pada: 12-02-04 22:19
bercinta pada seseorang perlu jika ikut landasan yang betul ok
|
ahmad_azhar
WARGA SETIA Menyertai: 10.12.2003 Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~
|
Posting pada: 17-02-04 15:54
PERASAAN CINTA ITU LUMRAH TETAPI KELAKUAN PASANGAN KEKASIH TUU YANG TIDAK PERLU. [kelakuan yg menyalahi syarak] ----------------- ku lihat,ku dengar & ku rasa,
ku hirup,ku hayati & ku sedar,
hanya satu keinginanku,
Wasatiah...
|
insan_terhina
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.02.2004 Ahli No: 7185
Posting: 27
Dari: terengganu
|
Posting pada: 18-02-04 15:21
hm kalo gitu kenapa Allah lahirkan perasaan sayang kat manusia ???? kenapa Dia tak bagi jer kat makhluk lain .... itulah sebabnya Dia dah bagi OTAK suruh kite pikir yang mana baik yang mana tak baik.. jangan main buat jer tanpa pikir... nanti buruk padah nya paham... sayang biarlah berpada pada ... kepada kebaikan adalah digalakkan... tengok sekarang sedangkan budak kecil pun dirogol malahan dibunuh.. itu manusia ker tu..!!!!! kenapa itu yang tak dipersoalkan....!!!
|
Khairul_Izwan
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 28
Posting: 225
Dari: Perak / Penang / Kedah
|
Posting pada: 27-02-04 12:05
dalam bab2 rogol nie sayer cukup kesal apabila ramai diantara mereka orang melayu...dan masalah sosial pun orang melayu yang selalu buat hal..... ----------------- www.australia-travel-books.blogspot.com
|
sampanburuk
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.02.2004 Ahli No: 7069
Posting: 257
Dari: kedah
|
Posting pada: 29-02-04 01:33
terpulang pada setiap individu,tepuk dada tanya iman.sebelum buat apa2 tu,fikirkan dulu buruk baiknya.wallahua'lam. ----------------- "::"Buat Apa Yg Kamu Perkatakan Kerana ALLAH Benci Kepada Orang Yg Memperkatakan Sesuatu Yg Tidak Ia Perbuat"::"
|
charger
Warga Rasmi Menyertai: 10.01.2004 Ahli No: 6374
Posting: 19
Dari: Segamat
|
Posting pada: 14-05-04 18:49
bagi saye ,cinta tu tak salah asal kan ia boleh memberikan kebaikkan kepada kita .sebagai contoh sekiranya seseorang itu bercinta untuk mengisi kekosongan dalam diri .apabila dah bercinta, rase macam hidup dah sempurna ye la ade orang yang ambil berat satu hal,yang beri nasihat satu hal lagi dan macam -macam lagi ...sekurang-kurangnya minda ni jadi tenang ,kalau sebelumni jiwakacau di buatnya..... tu jea yang saye ingin ulaskan ...terplang kepadasesiapa yang penting niat di hati.. semua yang di anugerahkan oleh allah adalah baik, cuma kita yang menyalahgunakannya....
|
nasirah
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.02.2004 Ahli No: 7101
Posting: 57
Dari: terengganu
|
Posting pada: 14-05-04 18:58
Sebenarnya...dragon ball ada 7 biji semuanya..ehh..silap,silap...cinta waktu belajar x diperlukan..tapi..KALAU DAH TERjatuh cinta..nak buat camner..pandai2lah handle..Sendiri mau ingatlah..
|
iman7
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang
|
Posting pada: 27-07-04 13:57
|
kak_yong86
Warga Rasmi Menyertai: 20.07.2004 Ahli No: 10175
Posting: 7
Dari: Kolej Islam Darul Ridzuan
|
Posting pada: 27-07-04 15:40
assalamualaikum................ bagi pandangan saya tak salah bercinta tapi orng sekarang ni kalau bercinta lupa segala -galanya......biasala cinta tukan fitrah yang lahir dalam setiap diri insan yang Allah jadikan so ,memanglah kita tak leh lepas dari perasaan cinta...............tapi ,biarla kawan dulu baik2 kenal hati budi masing pastu baru b'cinta....
|
IbnuRushd
Warga Rasmi Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9585
Posting: 16
Dari: Belfast, United Kingdom
|
Posting pada: 27-07-04 16:03
sbg lelaki ibubapa adalh lebih utama drp isteri yg terjadi skrg terbalik,sanggup gaduh2 dgn mak krn awek,sanggup keluar duit belanja awek,beli hadiah hari jadilah apalah utk awek,utk ibu yg melahirkannya tdk plk diberi hadiah hari ibu,hari jadi,itu baru awek kalau dah jadi isteri tu camnerlah,ppn pun kenalah igt skit,jagalah batasan pergaulan dgn lelaki,jgn terlalu naif dan mudah percaya kpd lelaki,ada yg hanya main2 shj,sy rasa mungkin ade silap faham krn diorang igt lelaki ini bercinta dgn mrk dan akn berakhir dgn perkahwinan,tlh ditanye kpd seorang lalaki yg sdg bersama dgn aweknya,"adakah kamu ingin kahwin dgn ppn nie?lelaki ini mjwb dgn selambe, tdk.ppn itu menangis teresak2,sila fikir2kanlah dan ambil yg patut jadikan teladan .wassalam
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 27-07-04 16:42
cinta itu kan fitrah.....jadi semua orang perlu bende tu.ngko orang jangan ingat cinta tu pada kekasih jer (lelaki dan perempuan).jangan lihat pada perspektif yang sempit.Banyak orang salah faham dalam hal ni...matang la sikit berfikir tu...Tapi bagi yang belum berkahwin tu,jadikan cintu tu sebagai pemangkin untuk berjaya...turuti batas- batas yang sepatutnya kita ikut...kalau dah tak tahan sangat kahwin ajer la....
|
ketenteramanku
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12678
Posting: 310
Dari: UTM Skudai
|
Posting pada: 02-12-04 18:03
sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan....kenangi sebuah perhubungan kerana di situ tercipta kerinduan...hargai kedua2 krn itulah rahmat Tuhan... berlandaskan syariat
|
enany
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.10.2004 Ahli No: 11818
Posting: 24
|
Posting pada: 08-12-04 15:18
.....bagi sya brcinta tu hanyalah kehendak saja..bukan keperluan...takkan org lain bercinta kita nak bercinta gak....tak payah lah mencari cinta...nanti 'dia' akan cari kita kelak...kalau dah ada orang sudi tak pe...carry on kalau dah rase sesuai dan serasi...tapi lebih baik berkawan dahulu sebelum membuat sebarang dicision....takut nanti merana lak..tak dapat buat tu le ni la...kalau nak sekadar suke2 baik tak yah..takut nanti ada orang meletakkan harapan... kalau dah yang bercinta tu janganlah buat-buat terlupa batas2nye....nnt 'tercedera' kalau dah terjatuh dari batas2nye...
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 08-12-04 15:27
pada pandangan saya...... nak kata cinta tu perlu mmg tak logik la... tapi cinta ini merupakan satu kemestiaan di alam remaja.... takkan sah nama remaja kalau tak melalui zaman percintaan... cuma cinta remaja terbahagi kepada 2 iaitu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan atau putus di tengan jalan.. kalau kita kaji.... remaja sekarang ni hanya 1 peratus jer yang tak penah bercinta... yang lain mesti penah bercinta.. kesimpulannya... bercinta tak perlu tapi menjadi satu kemestian pada alam remaja....
|
Nwar
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12845
Posting: 41
Dari: Alor Setar
|
Posting pada: 08-12-04 15:35
Emmm.... Bagi saya cinta dan menuntut ilmu 2 perkara yang berbeza. Pasai menuntut ilmu, pastikan niat tu "Kerana Allah Ta'ala". Tapi kita mmg tak dpt lari dr fitrah kita, iaitu ingin menyintai dan dicintai. Saya membaca byk artikel dsb, byk pendapat mengatakan cinta itu tak perlu. Bagi saya, itu tdk tepat. Ada seorang Uztaz pernah memberitahu saya, bercinta itu tak salah asalkan tahu batasan dan tak melanggar syariat-Nya. Jadi tak salah untuk kita bercinta. Lagipun cinta mmg tak boleh diahlang. Bila bercinta, jgn lupa diri, batasan dan agama. Kalau boleh, biarlah cinta itu bermatlamat... iaitu sehingga diijabkabulkan. Tapi ingatlah, letakkan cinta hakiki pada Yang Maha Esa. Cintailah juga Rasul junjungan mulia kita. Jadi, pandai2 lah bawak diri. Buatlah pilihan yang tepat. Moga2 kita akan mendapat teman yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat, Insya-Allah.
|
mawaddahkarimah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.09.2005 Ahli No: 18704
Posting: 60
Dari: bumi merdeka
|
Posting pada: 15-09-05 15:51
... Bercinta masa belajar?... Rasanya tak salah bagi saya tapi....seseorang yang nercinta itu mesti pandai membahagikan masa... Nanti takut menyesal di kemudian hari... Kejar cita-cita sebelum mengejar cinta....
|
zatie
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.07.2005 Ahli No: 17090
Posting: 209
Dari: sHaH aLaM
|
Posting pada: 15-09-05 16:25
nak bercinta? logikla kalau nak bercinta. tapi kena pandai lah nak jaga segala batas dan syariatNya.............
|
MaWaR84
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.04.2005 Ahli No: 15963
Posting: 321
Dari: ganu
|
Posting pada: 20-09-05 16:57
yang baik jadikan amalan dan yang buruk dijauhkan... so pk2 lah ye... tepuk dada tanya hati!!!!...hehheee..
|
inspirasihearty85
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8525
Posting: 85
Dari: selangor
|
Posting pada: 20-09-05 18:09
asslamualaikum.. 'telah ditentukan fitrah insani, insan bercinta dan dicintai.. cinta pada Tuhan, cinta pada insan.. demi kesejahteraan, dan kebahagiaan..'
|