Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 24 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: hAaa WAHABI??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» hAaa WAHABI??

Please Mendaftar To Post


Oleh hAaa WAHABI??

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 02:23


Kedatangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah untuk meluruskan segala kebengkokkan dalam hal2
berkaitan dengan aqidah yang telah begitu lama berleluasa. Oleh kerana usahanya betul2 menentang arus, maka tidak hairanlah beliau diberi tentangan hebat oleh orang2 yang sudah tersimpang jauh dari ajaran asal yang dibawa oleh baginda Nabi SAW. Gelaran “Wahabi” telah dilabelkan kepada Syeikh ini sempena nama ayahnya – Abdul Wahab, kerana pihak2 yang cuba menghalang gelombang kebangkitan “reformasi” yang dipelopori oleh beliau tidak mahu menggunakan namanya yang sebenar kerana ia kebetulan sama dengan nama Nabi junjungan kita. Mereka bimbang jika nama beliau yang sebenar dikutuk dan dicerca, kesan yang ingin dicapai akan sebaliknya memakan diri mereka sendiri kerana orang ramai akan menganggap bahawa yang dikutuk dan dihina itu adalah diri Nabi Muhammad, dan bukannya Syeikh Muhammad.

Apa yang para pembaca juga harus tahu ialah bahawa sebelum kedatangan Syeikh Muhammad, Islam sebenarnya telah melalui era reformasinya awalnya sejak dari sekitar kurun ke 6 Hijrah lagi dengan kelahiran
seorang tokoh mujadid Islam yang paling terkenal iaitu Ibnu Taimiyah (1263-132, di mana usahanya kemudian
telah disambung dengan gigih oleh anak muridnya yang bernama iaitu Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (1292-1350). Ilmu yang ditinggalkan oleh kedua-dua ulama’ besar inilah yang sebenarnya telah mencetuskan kebangkitan
ramai para ulama lain, termasuk Syeikh Muhammad sendiri, yang datang selepas kewafatan kedua-dua ulama’ besar ini untuk bangun berjuang mengembalikan kebenaran dan memerangi kebatilan serta kezaliman dalam segala aspek kehidupan manusia.

Mereka bertiga inilah merupakan mujadid yang terkenal dalam sejarah dunia Islam yang telah “paling disalah-ertikan” dan seterusnya dimusuhi oleh pihak2 yang tidak memahami sejarah Islam sebenar, khususnya
yang berkaitan dengan gelombang kebangkitan dalam usaha2 pemurniaan aqidah dari segala bentuk kesyirikkan dan kekhurafatan sejak dari dulu hinggalah ke hari ini. Disebabkan ini, maka tidak hairanlah bahawa sesiapa yang tidak mahu menggunakan akalnya yang waras untuk mencari kebenaran; gemar bertaqlid buta dalam mengamalkan amalan2 bid’ah dan khurafat; dan seterusnya memilih untuk bersekongkol dengan kezaliman serta tidak mencintai keadilan; pasti tidak akan senang dengan pandangan2 yang dibawa dan ditinggalkan oleh ketiga2 ulama’ ini. Akibat dari ini, ramai orang telah mencampakkan diri mereka ke dalam kancah kesyirikkan tanpa menyedari hakikat bahawa mereka sedang berada dalam kedudukan yang sudah terkeluar dari landasan agama Islam yang sebenarnya.

Secara ringkasnya, apa yang dibawa dan diajar oleh ketiga-tiga ulama’ besar ini adalah seruan untuk benar2 kembali kepada ajaran2 Al-Quran dan As-Sunnah secara tegas tanpa memandai-mandai menokok tambah atau
mengurangi apa yang telah diajar oleh baginda Rasulullah. “Wahabi” bukanlah satu mahzab. Ia juga bukanlah satu aliran atau fahaman baru yang direka-reka sesuka hati oleh Syeikh Muhammad. Bahkan ia tidak mempunyai apa2 erti selain dari ia hanya merupakan nama kepada bapa beliau. Sebenarnya, gelaran “Wahabi” ini tidak lain hanyalah merupakan satu gelaran yang sengaja dimomok-momokkan ke atas orang2 yang memilih untuk kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar mengikut Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan kepada amalan golongan salaf supaya mereka akan dianggap sesat oleh pihak2 yang cuba menyekat kebangkitan ini.

“Salaf” bermakna golongan yang terdahulu, yakni golongan manusia yang telah lebih terdahulu menerima dan mengamalkan Islam dengan didikan secara langsung dari Nabi junjungan kita. Dengan lain pengertian, golongan salaf itu terdiri dari para sahabat Nabi SAW dari kaum Muhajirin dan Ansar yang telah diiktirafkan oleh Allah Ta’ala sebagai golongan manusia terbaik yang pernah dilahirkan [Ali-Imran (3) : 110]. Di samping pengiktirafan ini, Allah juga telah memerintah mana2 manusia yang datang selepas kaum salaf ini (yang diberi gelaran sebagai golongan “khalaf” atau umat manusia yang terkemudian, termasuk diri kita yang hidup pada hari ini) supaya mengambil kaum salaf sebagai contoh ikutan jika kita mengaku beriman dan bertaqwa, dan mahu mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini adalah kerana golongan salaf-lah yang merupakan satu2nya golongan manusia yang Allah redha kepada mereka dan mereka juga redha kepada Allah [At-Taubah (9) : 100]. Berdasarkan kepada ini, maka sudah tentu tidak ada mana2 contoh ikutan yang lebih baik untuk diikuti selain dari golongan orang2 salaf yang telah mendapat pengiktirafan yang sebegini tinggi dari Allah sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

Panglima_Is
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 733
Posting: 12
Dari: Kuantan Pahang

syria   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 09:53


askum .. ana tertarik dengan isu wahabi dan salafi.. dan ana juga tertarik dengan ulasan sahabat ana .. cuma ana tanya apakah pendirian mereka yang menggelar diri mereka 'salafi' tentang berpegang pada mazhab ..

Dan apakah Ibn Tayymiyah dan Ibn Qayyim sahaja yang idola mereka yang bergelar salafiyyun ini ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Panglima_IsProfil   Hantar PM kepada Panglima_Is   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 14:16


Apa yang mungkin menjadi perbezaan sikit di antara kaedah salafi dan kaedah2 yang telah biasa didedahkan kepada orang ramai selama ini ialah bahawa kaedah salafi membolehkan kita memegang dan mengikuti mana2 satu di antara mazhab fiqah yang kita fikir sesuai dengan diri kita tanpa perlu bertaqlid hanya pada satu mazhab sahaja. Malah kita juga boleh memilih-milih mana2 pandangan di antara mereka untuk dikombinasikan di antara satu sama lain semasa melaksanakan sesuatu urusan ibadah atau muamalat

Ini adalah kerana semua pandangan2 imam2 tersebut adalah berdasarkan kepada hadis2 Nabi yang sahih yang tidak ada keraguan mengenainya. Lagipun di zaman Nabi dulu tak pernah ada mazhab dan Nabi pun tak pernah suruh kita bertaqlid kepada satu2 mazhab. Cuma yang Nabi suruh ialah agar kita berpegang teguh kepada Kitabullah, sunnah baginda dan sunah2 para sahabat baginda yang digolongkan sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Semua pandangan2 imam2 mazhab tersebut adalah mengikut ketetapan2 ini. Mereka cuma berbeza dari segi interpretasinya sahaja. Inilah yang ditakrifkan sebagai persoalan2 cabang (bukan pokok). Disebabkan ini, kita bebas memilih mana2 pandangan yang lebih kita rasa lebih cenderung untuk diikuti. Perbuatan ini samasekali tidak menjejaskan aqidah kita. Tetapi kalau kita pilih untuk bertaqlid dengan satu mazhab saja pun tidak apa. Tidak ada masalah. Yang penting ialah kita kena tahu apa yang kita buat dan kenapa kita melakukan apa yang kita lakukan.

Disebabkan ini, adalah lebih baik jika kita ambil tahu tentang pandangan2 kesemua imam2 ini terlebih dahulu dan apakah matan (isi) hadis2 yang mereka gunakan sebagai sandaran kepada pandangan2dan hujah2 mereka sebelum kita membuat pilihan dalam menentukan pandangan mana yang ingin kita ikuti. Ini akan membuat kita beramal dengan ilmu, bukannya beramal dengan tidak mengetahui mengapa kita lakukan apa yang sering kita lakukan selama ini.

Seboleh-bolehnya kita melakukan segala amalan dengan berdasarkan daripada pendapat-pendapat yang rajih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 14:18


Ulama’2 fiqah yang muktabar seperti keempat-empat imam2 mazhab adalah semuanya terdiri dari ulama2 salaf. Jangan terkeliru dengan istilah Kaum Salaf dan Ulama’ Salaf.

Kaum salaf terdiri dari sahabat2 Nabi dari golongan Muhajirin dan Ansar yang telah lebih terdahulu menerima dan melaksanakan Islam daripada mana2 umat manusia yang lain di atas mukabumi ini

Manakala Ulama’ Salaf pula adalah gelaran yang diberi kepada mana2 ulama yang mendakwahkan Islam dengan memberi penekanan yang mendalam kepada terhadap usaha pemurniaan aqidah dan selanjutnya kepada cabang2 ilmu Islam yang lain secara tegas berdasarkan kepada dalil2 Al-Quran dan Hadis2 Nabi yang sahih sahaja. Pandangan2 mereka bukan didasarkan kepada akal2 logik semata-mata, tetapi adalah benar2 bersandarkan kepada dalil2 yang kukuh.


Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 14:25


Definisi Salaf

Menurut bahasa, salaf artinya "nenek moyang" yang lebih tua dan lebih utama. (Lisanul Arab 9:159). Salaf berarti para pendahulu. Jika dikatakan salaf seseorang (salaf ar-rajuli), maksudnya kedua orang tua yang telah mendahuluinya. (Tahirul Maqalah Min Syarhir-Risalah, him. 36, mengutip dari aI-Maghrawi, aI-Mufassirun Bainat-Takwil wal Itsbat, him. 1

Mengenai Salaf ash-Saleh ini, aI-Ghazali berpendapat, "Yang saya maksud salaf di sini adalah mazhab sahabat dan tabi'in."
(llhamul'Awam 'an llmil Kalam 62)

salaf ialah istilah yang diperuntukkan bagi imam-imam terdahulu dari tiga generasi pertama yang diberkahi Allah, yaitu generasi sahabat, tabi'in, dan tabi'it-tabi'in

Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang sesudahnya, dan orang-orang sesudahnya lagi. Lalu akan datang orang-orang yang kesaksianya mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya." (HR Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

Panglima_Is
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 733
Posting: 12
Dari: Kuantan Pahang

syria   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 16:09


hmm .. baiklah .. tapi kenapa ramai dikalangan orang yang menggelar diri mereka salafi menjadikan ibn taymiyyah dan ibn Qayyim sebagai contoh .. jika hendak dibandingkan darjat dengan imam2 yang lain mereka dibelakang ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Panglima_IsProfil   Hantar PM kepada Panglima_Is   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 16:20


ini adalah kerana Ibnu Qayyim ,Ibnu tAimiyah..boleh dikatakan sebagai pejuang Salaf yg amat tabah..ini disebabkan mereka berada di dalam tempat yg mempunyai pelbagai-pelbagai puak yg bertentangan dan menyeleweng dengan ajaran islam.dan tak menjadi 1 masalah jika nama mereka disebut atas pengorbanan besar mereka.

'jika hendak dibandingkan darjat dengan imam2 yang lain mereka dibelakang ...'

apakah hak kite utk membezakan darjat imam2 ??
selagi mana-mana imam yg menggunakan Hadis Dan Al-Quran sebagai pegangan..tidak salah untuk kite jadikan mereka sebagai contoh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-03 16:23


hatta imam2 yg dibawah imam shafie,malik,hanafi dan hambali pun sering disebut...ini pula pejuang2 islam yg sanggup dipenjara..diburu..dibunuh..demi menegakkan kalimah suci Allah .

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

Panglima_Is
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 733
Posting: 12
Dari: Kuantan Pahang

syria   avatar


posticon Posting pada: 25-05-03 12:33


hmm.. gitu ker ? cuma ana nampak nama ulama ini yang sering jadik sebutan salafiyyun .. tapi ana rasa ana tak layak nak kuar pada mazhab yang sedia ada ( Syafie ).. sebab selepas kewafatan Imam Syafie .. mazhab ini telah dipelopori oleh imam2 yang lain .. mereka dah revised semula perkara2 yang mempunyai nas yang lebih dekat .. jadi tak de masalah lah bagi ana ... lagipun kalau nak debat soal nih sampai bila pun tak abih .. asal kita tahu apa dari mana sumber pengambilan dan kita tahu sebab apa jadik nya hukum itu begitu dan ia sesuai dengan masyarakat yang ada .. ana rasa itu sudah mencukupi .. perkara yang lebih besar dari masalah furuk nih pun belambak .. thagut .

cuma ana nak ingat kan .. hati2 bila nak buat perubahan .. sebab melayu islam dimalaysia ini sudah sebati dengan ajaran ulama nusantara terutamanya shafie' .... benda yang dah biasa susah nak ubah .. nak nak kalau saluran 1 .. foohh sakit kepala kita .. salahnya mereka sebab mereka taqlid tanpa blaja .. bagi ana asalkan diorang jaga akidah , solat dan menyokong islam itu sudah lebih dari cukup...

Kalau nak ubah .. ubah golongan yang tengah panas nih (macam kita lah kan ).. kita perjuangkan sunnah .. tapi jangan kerana salah cara .. sunnah jadi punnah ... ramai orang niat baik tapi kalau cara salah orang tak nak ikut .. bahkan lebih jauh lagi.. biar pun satu kitab bukhari kita baca depan dia .....

Ana pun bukan pandai sangat .. tapi ambik tahu je lah pasal benda2 nih ... musuh kita nyata didepan .. jangan kerana perkara furuk kita kesatuan kita terlerai .. kita bersatu bukan atas dasar bangsa mahupun mazhab .. kita bersatu atas kalimah tauhid .... jangan biarkan mereka ambil peluang ... Ayyuhal Syabab Ilal Amam .. Takbir !

Bookmark and Share

    


  Member Information For Panglima_IsProfil   Hantar PM kepada Panglima_Is   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-05-03 12:49


yupz..betul tue..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 15:00


"Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu hal maka kembalilah pada Allah (Al-quran) dan rasul (As-sunnah)…" ( Surah An-Nisa' : 59).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-06 15:04


Ingat tu...golongan yang di terima hanya lah ahlulsunnah wal jamaah...tidak yang lain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 05:49


Apabila beramal, kita perlu memastikan ibadah kita itu bertepatan dengan apa yang diajarkan Rasulullah s.a.w. Firman Allah:

Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. (al-Hasyr: 7)

Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan itu tertolak. (Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Orang yang cerdik ialah orang yang mampu menjaga dirinya dan berusaha untuk kehidupan sesudah mati.
Orang yang dungu adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan hanya berangan-angan sahaja terhadap kurniaan ALlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 14:51


Pada 05-08-06 05:49 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Apabila beramal, kita perlu memastikan ibadah kita itu bertepatan dengan apa yang diajarkan Rasulullah s.a.w. Firman Allah:



Ya tetapi hanya orang yang berilmu saja yang mampu megambil hukum langsung dari Qur'an dan sunna,adapun Kalau ummat ni nahwu pun tak paham,bahasa arabpun tak fasieh..maka tunggulah kehancuran syariat akan terjadi...

simaklah seorang Mufti Di universita al-azhar berkate :


Seorang ulama Azhar yang masyhur, kitabnya "Tanwirul Qulub fi Mu`amalati 'Allamil-Ghuyub" menyatakan antara lain:- " Dan antara yang wajib dipegang ialah bahawasanya para imam itu semuanya `udul, dan sesiapa yang bertaqlid kepada seseorang daripada mereka mendapat kejayaan .... dan yang masyhur di antara mereka ialah Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi`i dan Ahmad lah.'anhum, dan kesemua mereka adalah atas hidayah Allah. TAQLID KEPADA SEORANG DARIPADA MEREKA ADALAH FARDHU/WAJIB kerana firman Allah ta'ala: "Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang berilmu agama (ahli dzikr) jika sekiranya kamu tidak mengetahui" (an-Nahl:43), dan kerana sabda Junjungan s.a.w. : "Hendaklah kamu bertanya apabila kamu belum mengerti". Tidaklah harus bertaqlid kepada selain mereka (yakni kepada selain Imam mazhab 4 tersebut)....kerana mazhab-mazhab selain yang 4 tersebut tidak dibukukan (dengan sempurna) dan tidak dapat dipastikan dengan tepat (akan pendapat mereka)...Sesiapa yang tidak bertaqlid kepada salah seorang daripada mereka dan berkata bahawa "Aku beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah" serta mendakwa telah memahami hukum-hakam terus daripada dua sember tersebut, maka tiada keselamatan baginya, bahkan dia bersalah lagi sesat-menyesatkan, terutama sekali di zaman ini yang telah merata kefasiqan dan banyaknya dakwaan-dakwaan batil, kerana dia telah menganggap dirinya lebih unggul daripada imam-imam tersebut sedangkan dia lebih rendah daripada mereka dari segi ilmu, amal, 'adalah dan al-'ithlaa'......."

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-08-06 14:58


Perlu difahami dulu apa sebenarnya taklid itu dan apa yang dimaksudkan oleh ulama terdahulu tentang taklid.

Bukan semua kata-kata Imam Syafie lah.a(sebagai contoh) diambil dan diamalkan oleh ulama yang mendakwa diri mereka pendokong mazhab Imam Syafie'. Begitu juga dengan mazhab lain, tidak semua mereka amalkan dan pegangi semua kata-kata Imam mereka

sekadar pandangan tanpa ta'asub

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

abuyahya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.07.2006
Ahli No: 25126
Posting: 57

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 15:47


ya Memang banyak keunggulan pola bermazhab syafi'i, beliau merumuskan bahwa "tidak boleh memutuskan ini sesat da itu halal,melainkan harus berdasrkan Qur'an,Hadits,Ijma dan Qiyas"

Ni lah pokok dalam mazhab syafi'i, maka dari sanalah Imam sayuthi bisa merumuskan bid'ah takluk akan hukum fiqih yang lima
Inipun setelah hasil dari qiyas yang dilakukan Imam Suyuthi...ni lah sebagai contoh

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyahyaProfil   Hantar PM kepada abuyahya   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 06-08-06 21:53


MENGAPA PERLU BERMAZHAB?


Amalan bermazhab kepada Ahlul Sunnah Wal Jamaah ia merujuk kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang kedua-duanya bermazhab Imam Syafei yang bermaksud,
" Sebaik-baik manusia ialah yang berada pada kurun ku, kemudian mereka yang selepas kurun tersebut dan kemudian mereka yang mengiringi kurun selepas itu."

Bermaksud 3 kurun selepas zaman RasuluLlah yang juga dinamakan zaman Tabiin oleh pengikut Ahlul Sunnah atau zaman Salaf oleh setengah pehak yang lain. Dalam pengertian lain kita digalakkan mencontohi RasuluLlah serta umat pada zaman tabiin.

Apatah lagi mencontohi amalan2 Sahabat RasuluLlah yang mengikut hadis Baginda , Sabda Baginda sahabat-sahabat ku ibarat bintang-bintang dilangit.Dan sabda RasuluLlah lagi, Ulamak2 ku ibarat Nabi dikalangan Bani Israil. Sebab itu hukum-hukum ilmu kalam dalam Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak.

Jika sesuatu isu itu tidak ada dalam Al-Quran , terdapat hadis yang boleh di pakai dan jika tidak terdapat dalam hadis, boleh dirujuk pada Qias dan Ijmak Ulamak. Pengertian taraf ulamak yakni sekurang-kurang berilmu Mujtahid.

Jadi mana mungkin boleh berijtihad setakat Al-Quran dan Hadis sahaja?. Kalau begitu bagaimana pula dengan pembukuan Al-Quran yang bolehkah dianggap bidaah pada zaman Saidina Uthman bin Affan yang membukukan Al-Quran yang juga terkenal sebagai Musyaf Uthman.Sedangkan pada zaman RasuluLlah tidak pernah membukukan Al-Quran? Kemudian bagaimana pula dengan perawi hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim yang kedua duanya adalah bermazhab Imam Syafei, meriwayatkan hadis2 Nabi dalam buku ? Pada hal pada zaman RasuluLlah Hadis2 tidak pernah dibukukan. Hadis hanya dikitabkan selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang 4. Kemudian bagaimana pula dengan Saidina Umar yang membuat azan sebanyak 2 kali pada waktu solat Jumaat. Pada hal pada zaman RasuluLlah azan berkumandang hanya sekali sahaja. Adakah ini bidaah namanya?

Keadaan umat Islam semakin berserabut dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan RasuluLlah. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Muktazillah, Syiah dan selepas itu muncul pula aliran selepas Saidina Ali seperti Qadariyah, Jabariyah, Musyabihah ajaran yang menyerupai Allah dengan makhlukNya. Serta juga fahaman Ibnu Tamiyah dengan konsep Tauhid Rubuhiyah dan Uluhiyah(semoga ALlah merahmati beliau).

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Thabarani , "Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut , ya RasuluLlah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Bila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah RasuluLlah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas RasuluLlah)

Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Wal Jamaah iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni linkungan 300 tahun selepas RasuluLlah. Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi.Imam Syafei lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah. Mereka bukan sahaja ulamak pilihan dikalangan para Ulamak pada zaman mereka hidup tetapi juga merupakan ulamak yang soleh, warak.kuat beribadah,tegas memegang hukum, bebas yakni tidak makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi. Bahkan mereka menjadi ikutan para ulamak dan orang awam dari zaman tersebut sehingga sekarang.

Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari Al-Quran dan Hadis.Selain dari itu keempat-empat mereka juga mempunyai kitab untuk rujukan pada anak murid dan umum. Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab Hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Syafei dalam kitab Al –Uum dan Imam Hambali (Ahmad bin Hambal) (Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah dimana bapanya adalah Ulamak bermazhab Hambali) dalam kitab hadis yang terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 hadis didalam nya.

Keempat-empat Imam tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Quran dan Hadis RasuluLlah saw. Kalau ada mana-mana pehak yang mengikuti salah satu dari 4 mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut Al-Quran dan Hadis. Tidak boleh dikatakan tidak mengikut Al-Quran dan hadis. Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat Al-Quran dan hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut .

Banyak dari perawi-perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud,Imam Tarmizi dan lain-lain lagi adalah bermazhab walau pun mereka mengumpul dan menilai hadis. Terutama Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab Syafei.Dalam segi kefahaman dan mengeluarkan hukum, mereka berpandukan kepada 4 imam Mazhab.Kalau sebagai perawi hadis dengan ketinggian ilmu sedemikian juga bermazhab apa ukurannya pada orang awam akhir zaman ini yang tidak mahu bermazhab? Mampukah orang awam yang jahil dalam ilmuan agama walau pun lepasan Al-Azhar berijtihad tanpa mazhab?

Kemudian kita lihat lagi Imam-imam besar yang lain seperti Abu Hassan Al Asyaari mujadid kurun ketiga, Imam Al Ghazali pengarang kitab Ehya Ulumudin yang juga mujadid kurun kelima, Imam Sayuti mujadid kurun ke 9 juga bermazhab Syafei. Ini belum termasuk lagi Imam Syeikh Ibnu Hajar yang juga pengkritik dan hidup sezaman dengan Ibn Tamiyah, Syeikh Ramli, Imam Subki,Syeikh Zakaria Ansori, Imam Nawawi dan Imam Syarani juga bermazhab Syafei. Belum dikira lagi para 7 wali yang menetap di Malaysia seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syeikh Hussein Al-Banjari, Habib Noh yang menetap di Singapura serta para wali Songo yang 9. Kesemuanya bermazhab Syafei !!

Memang sudah menjadi sunnahtullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai dari orang alim.Walau pun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim. Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai.Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan mengali sendiri Al-Quran dan Hadis? Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada Al-Quran dan Hadis.

Ibarat kita memaksa semua orang yang hendak memiliki emas jangan membeli emas dikedai emas. Kita mengajak mereka sendiri mengorek dan melombong emas untuk diambil yang benar-benar asli.Ini tidak mungkin. Sebab kalau ia adalah kontraktor besar , yang ada kapal dan bulldozer yang besar-besar dan mempunyai modal berjuta-juta bolehlah dia mengambil emas dengan mengorek bumi. Tetapi bagi kontaktor kecil apatah lagi pelanggan sahaja hendak mengambil emas dengan cangkul sahaja sudah tentu mereka sukar hendak mendapat emas. Lebih baik dibeli emas dari kedai emas sahaja.

Begitulah ibarat kita hendak menyuruh semua orang berijtihad pada Al-Quran dan Hadis dengan tidak bermazhab atau bersandar pada ulamak mujtahidin. Sampai bila pun mereka tidak dapat beramal dengan ajaran Islam. Tidak mungkin orang awam seperti kita dapat berijtihad sedangkan ulamak ulamak termasuk lepasan Al-Azhar yang ada sekarang pun ramai yang tidak boleh berijtihad.Inikan pulak orang awam.

Kalau kita hendak menyuruh semua manusia sama ada alim atau orang awam supaya tidak bermazhab dan bersandar pada ijtihad sendiri pada Al-Quran dan Hadis, maka ramailah orang awam yang akan sesat!! Umpama Al-Quran dan hadis itu ibarat lautan yang dalam. Yang di dalamnya ada bermacam-macam khazanah, seperti ikan, intan mutiara, emas,perak, jenis kerang, batu karang dan lain-lain perbendaharaan lautan yang kita tidak tahu lalu kita suruh semua orang menjadi penyelam , InsyaAllah ramai yang akan karam !!!

Kerana yang pandai menyelam itu bukan ramai. Itu pun yang boleh menyelam mungkin dia tidak menyelam sehingga kedasar lautan disebabkan lautnya yang terlalu dalam. Oleh itu bukan semua khazanah yang dapat diambil. Kalaulah tidak pandai berenang apatah lagi menyelam bukan kah lebih baik kita membeli khazanah lautan dari mereka yang pandai berenang dan pandai menyelam? Daripada memaksa mereka berenang dan menyelam yang silap2 mereka juga akhirnya akan tenggelam!!!

Kita melihat orang-orang yang mengajak untuk tidak bermazhab adalah ulamak-ulamak mutaakhirin atau akhir zaman. Bermula dari Ibn Tamiyah yang lahir pada 700 tahun hijrah. Dia bukan ulamak yang lahir sekitar 300 tahun zaman tabiin. Kemudian ajarannya disambung pula oleh anak muridnya yang bernama Ibnu Qayyim, Al Jauzi sehinggalah ulamak pada kurun kedua puluh ini seperti Muhamad Abduh, Jamaludin Al-Afghani,Rashid Redha, Hamka ( setenggah riwayat mengatakan pada akhir hayat beliau kembali pada pengakuan ahlul sunnah wal jamaah) dan lain-lain lagi. Mereka hidup diluar 300 tahun selepas RasuluLlah s.a.w. Jadi tidak ada isyarat daripada RasuluLlah bahawa mereka patut menjadi ikutan.

Sedangkan ulamak 4 mazhab tadi, hidup dalam lingkungan 300 tahun selepas RasuluLlah. Ertinya mereka dikalangan salafusoleh. Ulamak yang mengajak jangan bermazhab ialah ulamak Mutaakhirin. Fahaman mereka bertambah popular bila Arab Badwi( keluarga Saud) menguasai Mekah dan Madinah. Pada ketika itu munculnya gerakan Muhamad bin Abdul Wahab yang dikatakan bermazhab Wahabi itu. Dan gerakannya belum sampai 100 tahun lagi. Fahaman ini yang menganjurkan jangan bermazhab kerana bidaah. Oleh yang demikian ulamak mana yang hendak kita ikuti? Ulama mutaakhiran atau ulamak mutaqadimin. Kalau mengikut hadis kita perlu kembali pada ulamak mutaqadimin (Ulamak zaman tabiin).

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-08-06 09:09


Lagi....wahabi!!! Sudah2 lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 07-08-06 10:03


!!! QUOTE !!!


Dan sabda Rasulullah s.a.w.:

Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalan itu tertolak. (Hadith Sahih Riwayat Muslim)


astasghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...
ampun kan hambaMU andai tersilap kata...
ana hanya nak bertanya

amal apa yang dimaksudkan tu?

apa tafsiran yang sebenar???

~hmmm solat, puasa, zakat, berbuat baik, berbakti, doakan orang lain seperti doa qunut... berpuasa sunat... berjemaah... bukankah semuanya perkara yang diajar rasulallah dan dituntut dalam islam....

adakah dengan kita berpuasa pada hari yang bukan nabi buat adalah merupakan amal yang tertolak, tapi kita tetap berpuasa sunat dan itu juga amalan nabi.

adakah sebab kita baca doa qunut setiap kali solat subuh, tapi nak nabi tak buat begitu setiap masa juga merupakan amal yang tertolak, tapi ia tetap salah satu amal nabi?

adakah baca yasin berjemaah, tahlil dan banyak lagi amal2 yang dikatakan oleh puak wahhabi sebagai bidaah itu
- sedang ia baik disisi islam,
dan ia masih terkandung dan tak lari dari perintah Allah dan apa yang nabi buat dulu, -macam baca quran, solat sunat, puasa sunat, amalan berjemaah dan lain-lain... cuma ia tidaklah exactly dibuat macam yang nabi buat dari segi masa, situasi dll... juga merupakan amal yang tertolak??? dan tak ikut sunnah????

itukah tafsirannya dr pandangan orang wahhabi????

andai begitu... kenapalah sempit sangat tafsirannya sampai boleh hukum orang lain bidaah dan sesat???

wallahualam... hanya Allah yang lebih tahu...

wahabi, wahabi......
khilafiah, khilafiah....
andai perkara ini tetap berterusan.....
mungkin suatu hari nanti ummah kat malaysia ni akan hancur dan musnah disebabkan khilafiah... masing-masing nak mencari salah dan mengelirukan antara satu sama lain.... ummah amat susah nak bersatu mencari kata sepakat atas sebab hal-hal mazhab, hal-hal khilaf, feqh, bidaah dan sebagainya...
lihat apa jadi pada hari ini...
kafirun tu semua dok galak nak hancurkan kita... meka tak respect kita sebab kita ni tak ada kesepaduan, dikalangan umat islam sendiri tak bersatu dan saling nak berlawan... nak tuduh orang salah dan macam-macam....

kata ustaz hasan basri dalam ceramah dia yang ana pergi ; ini merupakan ancaman besar kepada umat islam dan islam itu sendiri... bahayanya sama sahaja dengan ancaman secularism, liberalism, hindunism...

sebabkan perkara-perkara inilah.... negara-negara macam pakistan, afghanistan dan beberapa negara islam, masing-masing bercakaran antara satu sama lain hingga sering terjadinya perang saudara...

tak cukupkah contoh2 itu dan cerita-cerita tragis meka, sampai kita pun nak ikut jejak langkah mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

kasturi_19
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.10.2004
Ahli No: 11562
Posting: 60
Dari: KOE - IIUM

Selangor  


posticon Posting pada: 24-08-06 20:52


Seminar Perpaduan Ummah & Pemurnian Pemikiran Islam 2006

2 - 3 September 2006
9 - 10 Sya'ban 1427
Pusat Aktiviti Kebudayaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Gombak


Anjuran Bersama,
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

dan

Yayasan Sofa Negeri Sembilan

http://www.iiu.edu.my/mosque/file/seminar_perpaduan_islam.pdf

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi_19Profil   Hantar PM kepada kasturi_19   Quote dan BalasQuote

ainul_qalby
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2004
Ahli No: 9914
Posting: 109
Dari: alam_sufly

turkey  


posticon Posting pada: 13-09-06 16:58


SEKADAR PANDANGAN...

Bagi memberi pendapat dalam soal ini ingin saya meminta agar jangan ada di kalangan pembaca yang tersilap faham mengenai timbul dan beterusannya isu ini dengan menyatakan kepada penulis isu ini sebagai “mengapi-apikan masyarakat”. Ini kerana cara pendekatan penerangan mengenai golongan dan fahaman Wahhabi perlu diperbagaikan bagi menyatukan umat Islam yang mula kerap terpengaruh dengan ideologi luar yang sering memporakperandakan kesatuan umat.

Tidak syak lagi dalam dunia ilmu Islam, akidah merupakan satu-satunya asas kepada segala jenis ilmu Islam. Apabila wujudnya satu fahaman baru dalam sejarah Islam kesemua para ilmuan Islam yang mendalami segala jenis ilmu akan merujuk kepada asas akidah fahaman baru tersebut bagi mengetahui sejauh mana kebenaran mahupun kebatilan fahaman itu.

Ringkasan akidah Islam sebenar yang perlu diperingatkan kepada semua adalah mempercayai bahawa Allah sebagai Tuhan yang berhak disembah, wujudnya Allah adalah tidak menyerupai dengan segala makhlukNya sepertimana firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud:
“ Tiada sesuatupun menyerupai Allah ”.
Allah tidak memerlukan kepada Arash mahupun tempat untuk diduduki, kerana duduk dan bertempat merupakan sifat yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadith serta bercanggah dengan hukum akal bahkan satu-satu pemesongan akidah Islam yang dinamakan “tashbihullah bi kholqihi” (menyamakan Allah dengan makhlukNya).

Mesti mempercayai bahawa Allah Pencipta segalanya termasuk amalan manusia, ini telah dinyatakan dalam surah As-Shofat ayat 96 yang bermaksud : “Dan Allah lah mencipta kamu dan mencipta amalan kamu”.

Diwajibkan percaya bahawa Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah kepada manusia dan jin, harus menziarahi makam baginda, harus bertawassul dengan baginda dan harus jua menyambut maulid baginda yang diisikan didalam sambutan maulid tersebut dengan bacaan Al-Quran, kisah sejarah perjuangan baginda, memuji baginda dengan nasyid dan sebagainya.

Diwajibkan juga mencintai Rasulullah dan para sahabat baginda termasuk kesemua para khalifah Islam dikalangan sahabat tanpa mencemuh ataupun menghina mereka.

Inilah diantara sebahagian ilmu yang perlu dipercayai bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith . Sebahagian besar Akidatul Haq tersebut telah diterbalikkan dan diserang habis-habisan oleh golongan Wahhabi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya JAKIM dan YADIM mengambil keputusan yang tegas bagi membenteras fahaman Wahhabi dinegara kita ini.

Jika dilihat kajian ulama’ Ahlussuunnah Wal Jamaah dari seluruh pelusuk negara islam termasuk negara Saudi Arabia mengenai ideologi Wahhabiyah, mereka membahagikan kajian kepada tiga :
1-     Fahaman Akidah Wahhabi.
2-     Pendekatan Fiqh Wahhabi.
3-     Method Dakwah Wahhabi.


1- Fahaman Akidah Wahhabi

Pengkaji sejarah ajaran Wahhabi mendapati fahaman ini mirip kepada sistem akidah dibawa oleh seorang bergelar Jahmu bin Sofwan.

Dia meletakkan sistem akidahnya yang celaru berdasarkan kaedah yang digelar “tasybih lah tasybih” atau “tajsim lah tajsim” iaitu menyamakan dan mentajsimkan Allah dengan makhlukNya kemudian dihujung kenyataan tersebut menafikan pula. Ini dikenali oleh ulama tauhid sebagai “tamwih” iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta.

Asas akidah Wahhabi adalah memilih seluruh ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama akidah dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai zahir maknanya sahaja. Inilah punca utama asas sistem akidah mereka terpesong dari akidah Islam.

Diantara akidah golongan Wahhabi yang jelas bercanggah dengan akidah salaf dan khalaf adalah :
1-     Wahhabi mempercayai bahawa Allah duduk diatas Kursi.

Lihat kitab Wahhabi Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.
Ini merupakan akidah yang bercanggah dengan islam kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya, ianya juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith serta bercanggah dengan usul keimanan mensucikan Allah dari sifat makhlukNya sepertimana dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud : “ Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu ”.

2-     Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah.

Lihat kitab yang sama m/s 627, 629. Ini merupakan mirip kepada akidah yahudi yang sering menyatakan perkara sama di dalam kitab Injil Muharrafah mereka. Sedangkan akidah Islam perihal kewujudan Allah adalah Dia tidak memerlukan tempat kerana Dia yang mencipta tempat maka wujudNya tidak di tempat dan akidah Wahhabi bercanggah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud :

“ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.

Didalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400 dinyatakan selepas sabda Nabi : “ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”.

3-     Wahhabi menyatakan bahawa Allah mempunyai kedua belah kaki dan Allah akan meletakkan kakiNya didalam api neraka.
Lihat kitab Syarah Tafsir Ayatul Kursy oleh Soleh Uthaimin m/k 19 cetakan Maktabah Ibnu Jauzy . Ini merupakan persamaan Allah dengan makhlukNya dan ia jelas bercanggah dengan akidah islam kerana Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 74 yang bermaksud : “ Maka janganlah kamu menyamakan Allah ”.
                                                                                    
Ini semua merupakan akidah tasybih, dibawa serta diakui oleh mereka sendiri sedangkan ianya bercanggah dengan akidah Islam yang menafikan sifat kaki, bertempat dan duduk bagi Allah Ta’ala. Sekiranya hendak saya nyatakan kesemua, maka kita akan dapati lebih dari 20 perkara akidah mereka terpesong dari landasan akidah para Nabi, sahabat, ulama Islam dan seluruh umat Islam sedunia yang lebih ramai bilangannya dari puak Wahhabi.

2- Pendekatan Fiqh Wahhabi

Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada Al-lah Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam.

Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka. Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah.

Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum. Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi. Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi.
Ini membawa kepada kekecohan umat islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskan kerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab :
“ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. hari Sohih Muslim.

Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban.
Lihat kitab yang sama m/s 101.
Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud :
“ Apabila tiba malam nisfu sya'ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya” .
Hadith riwayat Ibnu Majah.

Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara.

3- Method Dakwah Wahhabi

Sering kita mendengar dari golongan ini seruan dakwah salafi. Bagi mereka, selain dari Wahhabi sememangnya tidak mengikut cara dakwah Islam yang berlandaskan ajaran salaf.
Seolah-olah hanya mereka sahajalah berada dalam landasan sirot mustaqim.
Akan tetapi, pada hakikatnya mereka banyak terpesong dari cara dakwah salaf yang sebenar.
Lihat sahaja cara dakwah mereka mengkafirkan golongan Islam yang bergelar Asya’irah. Lihat pengkafiran Wahhabi terhadap golongan Islam Asya’irah dalam kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid karangan Abdur Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab m/s 453.
Begitu juga Wahhabi menyatakan bahawa Asya’irah bukan dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Lihat kenyataan Soleh bin Fauzan dalam kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 terbitan Riasah ‘Ammah Lil Ifta.
Sedangkan umat islam sekarang berpegang dengan Asya’irah dan Asya’irah lah merupakan Ahlus Sunnah Waljamaah sepertimana yang ditegaskan oleh ulama’ terkemuka Al-Hafiz Al-Murtadho Az-Zabidi didalam kitab Itham Sadutul Muttaqin bahawa : “ Apabila dinyatakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah maka mereka adalah Asya’irah dan Al-Maturidy ”.

Dengan ini tidak harus menamakan Wahhabi sebagai puak salafi, tetapi perlulah dinamakan mereka sebagai puak Wahhabi walaupun mereka menafikan nama tersebut kerana ulama salaf tidak bermethodkan dakwah mereka seperti Wahhabi.

wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_qalbyProfil   Hantar PM kepada ainul_qalby   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 17:16


Mentohmah orang lain di depan khalayak ramai dengan tidak memberi peluang kepada yang ditohmah untuk menjawabnya adalah termasuk dalam suatu bentuk kezaliman. Perkara ini lebih memalukan lagi jika ia dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz.

Bila ada orang menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim sebagai mujassimah dan musyabbihah (Allah itu berbadan dan menyerupai makhluk), terus terlintas di hati saya pertanyaan: “Adakah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim itu tidak beriman dengan ayat:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: “Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat, Sifat, dan Pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura, 42:11)

Jika Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim beriman dengan ayat ini, maka BERDOSA BESARlah orang yang menuduh mereka berdua sebagai mujassimah dan musyabbihah, kerana kepercayaan seperti itu adalah kepercayaan orang bukan Islam. Sedangkan Ibn Taimiyyah sendiri telah menulis sebuah kitab khusus berjudul Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim Fi Mukhalafat Ashab Al-Jahim untuk menjelaskan kewajipan berbeza dengan golongan bukan Islam dalam semua perkara usul dan furu’.

Buku tulisan saudara Dr. Azwira Abdul Aziz yang berjudul Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya, adalah mencerminkan gejala zaman ketiga ini. Buku ini bertujuan untuk menjelaskan sebahagian daripada tohmahan yang dilontarkan ke atas Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pendukung sunnah yang lain. Kepada yang sedar diharap berlapang dada, banyak bersabar dan bertoleransi.



Yang benar,

Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
(PANEL AQIDAH JAKIM)
Jabatan Usuludin & Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.



download buku: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 13-09-06 17:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 20:13


& jangan berpendirian dalam suatu prkra yang kamu tiada pengetahuan ttgnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati akan dipersoalkan. - QS17:36

hayati ayat ni betul-betul....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 21:24


iSU WAHABI INI TERLALU BANYAK DALAM FORUM INI....SEBENARNYA KITA BANYAK MEMBINCANGKAN PERKARA FORUK.. ANA CUMA CADANGKAN AGAR KITA BUKA MINDA DAN TERIMA SEMUA PANDANGAN..ELAK DARI TUDUH MENUDUH...INI SALAH, INI BIDAAH...DLL..... WALLAHU A'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 18-11-06 23:38


isu wahabi ni telah lapuk...mereka yang menuduh wahabi 'jahat' menunjukkan mereka itu sangat jahil dalam Agama mereka,
dan mereka yang taksub pada wahabi juga sama sahaja.
timbul isu bidaah disebabkan kejahilan umat Islam itu sendiri yang malas belajar Agama.bagi mereka cukup lah apa yang mereka belajar dalam buku PAFA fardhu 'ain (contoh).
nak tak nak...untuk hapuskan bidaah ni kena lah belajar hadis bebaik.

www.e-hadith.info/home , merupakan sebuah laman yang membolehkan anda belajar hadis dengan baik dengan bantuan pensyarah hadith.tak pun pergi saja kuliah di masjid berdekatan.

tak kira lah kita wahabi ke ,salafi ke ,atau apa nama sekalipun yang penting belajar al-Quran dan al-hadith bersungguh-sungguh.


satu tip mudah, Isu khilaf ialah benda yang ada dalil tapi kurang jelas dan kita nampak berlainan.benda bidaah ni benda yang tak ada dalil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122752 saat. Lajunya....