Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Takdir atau Hanya Kebetulan..?


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Takdir atau Hanya Kebetulan..?

Please Mendaftar To Post


Oleh Takdir atau Hanya Kebetulan..?

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-03 14:22


Takdir atau hanya kebetulan…?

Jam di tangan telah menunjukkan tepat 8.00 malam. Aku tercari-cari bas ekspress yg bakal ku naiki. Aku kegelisahan,mungkinkah bas tu dah meninggalkan ku? Aku sepatutnya berada di stesen bas 10 minit sebelum pukul 8.00 malam tapi kerana cuti yg tidak dirancang ini, ia membuatkan aku kelam-kabut utk mengemas barang-barang.

"Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. ameen",doa ku di dalam hati. Tiba-tiba Aiman,temanku yg menghantar ku tadi menarik pergelangan tanganku.

"Wazzir,cepatlah.. itu bas untuk ke Batu pahat kan?" tunjuk Aiman pada sebuah bas ekspress yg baru saja hendak bergerak itu.

Setelah bersalaman dengan Aiman, akupun bergegas menahan bas tersebut. Mujur aku masih sempat lagi. Aku mencari tempat duduk kosong. Alamak.. serba-salah aku nak duduk kerana di sebelah bangku kosongku telah ada seorang muslimah bertudung labuh. Aku memerhatikan bangku-bangku lain, manalah tahu ada bangku kosong, dapatlah aku elakkan daripada duduk di sebelah muslimat yg bukan muhrimku itu. Dalam aku terpinga-pinga itu.. lantang suara pemandu bas berteriak ke arah ku menyuruh agar aku segera duduk.

"Ya Allah..hindarkan diriku dari melakukan sesuatu yg boleh menghamburkan daku ke dalam nerakaMu... ameen", sekali lagi aku berdoa pada Ilahi.

Sedang aku leka berzikir di dalam hati, tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Erm.. rupa-rupanya keluarga si gadis berkenaan telah mengaturkan pertunangan untuknya.

"Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya".. ujarku sambil menduga gadis tersebut.

Gadis itu menyeka air matanya.."Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan".

"Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan.

"Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan.. tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq.”

Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.. “InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti, tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah”. Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

“Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut, ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan… ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat isikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk.. insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar..

Tersenyum gadis di sebelahku…”Terima kasih atas kata2 nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini”, ujarnya dengan penuh bersemangat. Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir.

Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar, perjalanan yg hampir 11 jam itu telah sampai ke destinasinya.

Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut, “Saudariku.. andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata2 utk mendapat keredhaan Ilahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan..”

“Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta. Assalamua'laikum..” ujar gadis itu perlahan.

“Waalaikumussalam… insyaAllah, berdoalah pada Ilahi.” Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu… “MasyaAllah… ayunya gadis di hadapanku ini”, ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya.

**********************
“Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua. Ibubapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan.

Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria2 benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang ustazah dan mengajar di pantai timur. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar.

Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata2 gadis yg kujumpa dalam bas tadi … “Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta…”

“Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi.

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disiram Nur Kasih


Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan In-Team... berkumandang di corong radio.

__________________________
p/s: moga terhibur dengan karya ana kali ni.. khas cerpen ni ana tujukan buat seseorang yg istimewa yg juga ahli sahabat ukhwah.. moga apa yg kita hajati dipermudahkan oleh Ilahi.. insyaAllah.
wassalam


-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

Ms_Nik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-12-03 15:28


Kekayaan pada lapangnya HATI,
Rupawan pd indahnya BUDI,
Bangsawan pada kerendahan DIRI yg sering sujud pada telapak Illahi,
Bila pilihan lantaran ADDIN,
kekal SETIA buat selama2nya...

"Sesungguhnya, lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"...berusahalah menjadi yg terbaik

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ms_NikProfil   Hantar PM kepada Ms_Nik   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 27-12-03 19:42


andai hidup seindah yang diimpikan..........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-12-03 20:18


kehidupan ini
sebagai pentas lakonan...
namun tidak upaya
menjadi pengarahnya..
tidak upaya mengolah ceritanya...

akur pada suratan
pasrah pada takdir yang Esa

ku panjatkan doa kehadratMu
ya Allah berikan aku kekuatan
berikan aku ketabahan
tidak berdayanya aku di dunia yang fana ini

ajal, maut dan jodoh milikmu
keampunan juga milik mu
siapalah aku ..kasihanilah aku
hmmmmmm


Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 08:49


alahai..... takde sorang pun yg nak kritik tentang cerpen ana kali ni... isk.. isk.. ni yg buat ana malas nak berkarya lagi ni.. please ler kritik, maybe dapat ana perbaiki mana yg kurang.

erm.. apa2pun, dialog yg ana gunakan antara watak "Wazzir" dan gadis dlm cerpen kali ini ana pinjam kata2 dari seseorang.. ..

p/s: kisah ni ada kaitan dgn diri penulis...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 09:41




ana rasa watak2 dlm citer tu kak alin sendirik kak...?

jangan marah....apapun citer ni mmg best..

kalaulah apa yg difantasikan seindah realiti...mungkinkah...?

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

i_shahdamaii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak

egypt  


posticon Posting pada: 28-12-03 11:23


Pastu...ape jadi kat wazzir tu kak??Camne ustazah tu lak?Mesti dia pun tekejut gak kan??
Sambung la lagi kak...buat bagi ada sikit dugaan dalam hubungan diorang tu...plzz la kak,cam best je kalau akak sambung lagi!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For i_shahdamaiiProfil   Hantar PM kepada i_shahdamaii   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 28-12-03 11:41


numan ni...orang dah komen tu tak paham paham heehe

ok ni komen terus terang je...

cerpen u tu biasa tapi oleh kerana penggunakan ayat dan jalan cerita yang baik..nampak menarik..memang ada bakat pon u ni..so jangan la lepas ni malas lak nak buat cerpen..buat lagi..best gak baca..
i percaya u lebih merasai penhayatan cerpen tu sebab ianya mempunyai nilai peribadi buat u..untuk yang berada dalam situasi tu memang akan mempunyai perasaan dan penghayatan yang sama ..mudah citer...best la cerpen u ni...buatla banyak cikit (iklan) heeheh

p/s kekadang apa yang tersentuh jauh dilubuk hati lebih selesa untuk dibiarkan tertanam sebati disitu..risau kalau dianya dilahirkan akan mengubah apa yang telah sedia ada..pasrah pada takdir Illahi

[ Posting ini telah di edit oleh: Limaunipis pada 2003-12-28 11:42 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-03 17:07


Quote:

On 2003-12-28 11:41, Limaunipis wrote:
cerpen u tu biasa tapi oleh kerana penggunakan ayat dan jalan cerita yang baik..nampak menarik..


terima kasih atas komen yg sungguh berterus terang ni. komentar anta memang selalunya sinis dan kritis..

ukhtie i_shahdamaii .. akak belum terfikir nak buat sambungan utk cerita ni.. apa2pun terima kasih sbb beri cadangan.. insyaAllah.. akak akan cuba fikirkan.

p/s:masa ana sedang siapkan cerpen ni, ada seorang hamba Allah (sahabat ukhwah jugak) minta ana gunakan namanya sebagai watak utama (hero ler tu)..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 28-12-03 17:19



Kreatif, Inovatif, exellent.......
ermm.... tak sangka ada yg berbakat dlm menghasilkan cerpen ini, tingkat kan usaha dlm menghasilkan cerpen........

*May Allah bless u All the time.........Aminn...



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

Limaunipis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2003
Ahli No: 5343
Posting: 223
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 28-12-03 19:46


wow menarik sungguh cerpen u ni toman...ish ish....hebatnya...kreatifnya...ahaaa cam tu nak i komen...baru u nak senyum manjang? baru nak rasa selesa ? apo laa
dah cerpen u biasa...biasalah kan...kan dah puji tu 2..bahasanya mudah...jalan cerita menarik..ok la tu ..nak lelebih lak..sekeh nak?

hehehe ok lah numan..apapun i suka baca cerpen u tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LimaunipisProfil   Hantar PM kepada Limaunipis   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-03 09:13


In the name of Allah the most gracious the most merciful

Suatu karya yang cukup menarik dan penuh exciting dari awal mula hinggalah sampai ke tahap wazzir melihat gambar bakal zaujah dia.. untuk penulis tahniah dan teruskanlah usaha dalam mengkaryakan tulisan ente ini di alam cyber ukhwah.com.

Bila penulis menulis “Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya” teringat akan insan teristimewa yang bertakhta di hati ini.. ukht itu suka sangat memakai tudung labuh berwarna biru.

Semoga mereka kekal hingga ke syurga firdausi bersama-sama dengan para anbia wa solehin.. ameen.

Dan untuk penulis semoga dirimu akan bahagia bersama insan yang tersayang hinggalah ke syurga firdausi.. ameen.

Wassalam wa ila liqa’


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 29-12-03 14:09




tahniah buat ukhti darul_numan81 atas hasil karya yang baik.... cukup mendalam dan begitu enarik jalan ceritanya.... olahan bahasa pun ok.... ana cukup terhibur dengan cerpen ni....

sedikit cadangan..... mungkin enti boleh olah sedikit cerpen ni menjadi sebuah skrip yang menarik.... kemudian boleh le hantar kat radio ikim.fm....

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

pLatipus
WARGA SETIA
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:

Bumi Allah Yg Suci

saudiarabia  


posticon Posting pada: 29-12-03 14:19


:: sedikit cadangan..... mungkin enti boleh olah sedikit cerpen ni menjadi sebuah skrip yang menarik.... kemudian boleh le hantar kat radio ikim.fm.... ::




ana juga menyokong cadangan perantausepi supaya darul_numan81 hantarkan karya anti ke IKIM.fm



Bookmark and Share

    


  Member Information For pLatipusProfil   Hantar PM kepada pLatipus   Pergi ke pLatipus's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-03 17:19


terima kasih atas cadangan dan sokongan daripada akhie perantausepi dan pLatipus.. insyaAllah.. ana akan cuba fikirkan mengenai idea tu..

p/s: erm.. tengah fikir langkah yg sepatutnya nak buat ni...
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 30-12-03 15:33


harap2 jadi yek...ana tunggu je... kot2 boleh berkumandang di radio ikim.fm nanti.... takpe kalau perlu bantuan... ana sudi membantu tapi dari segi idea je la dulu... tang yang lain tak terfikir lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 15:55


nak komen sket ya...
berdasarkan pengalaman membaca berbagai2 karya...
cerpennya agak ringkas...
dah namanya cerpen kan... hehehe...
mungkin boleh diolah lagi...
spt wujudkan sedikit konflik...
ianya terlalu simple dan boleh diagak apa yg akan berlaku seterusnya...
terkejut gak bila seorg gadis spt dia begitu mudah berborak dgn lelaki yg tak dikenali...
tapi, kira oklah tu sbb perbualan mrk bkn sekadar ckp2 kosong...
kata2 yg diungkapkan amat bermakna sekali...
lagu nur kasih tu mmg best...

p/s: akak reti komen je... nak buat mmg tak berbakat...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 16:00


bila baca tajuk cerpen ni, teringat lagu feveret... nyanyian kenny, remy dan martin...

SURATAN ATAU KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Afiza_Ahmad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5031
Posting: 53
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-12-03 20:28




[/QUOTE]terkejut gak bila seorg gadis spt dia begitu mudah berborak dgn lelaki yg tak dikenali...

-Tiada apa yg nak dihairankan dgn perkara-perkara mcm ni sekarang..malah lebih teruk dari itu boleh kita lihat di luar sana..moga kita dilindungiNYa..


Quote:
SURATAN ATAU KEBETULAN




-Terima kasih kak Engku..pastekan lagu ni kat sini..Fizah pun suke lagu ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Afiza_AhmadProfil   Hantar PM kepada Afiza_Ahmad   Pergi ke Afiza_Ahmad's Website   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 04-01-04 18:59


cerpen yang ringkas tapi best....
teruskan berkarya....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-04 22:48


best pun ada kelaka pun ada.. lepas ni kena berhati2 naik bas.. jangan nangis sembarangan..
tapi ana pun kurang suka part bersembang dalam bas tu.. macam pelik pula baru first time jumpa dah boleh luahkan masalah.. kalau sekadar tegur2 gitu biasalah..
tapi cerita ni ada kena mengena dengan kak alin ke.. hehehe





-----------------



Hargai semasa ada....

[ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2004-01-04 22:50 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-01-04 01:00


Tudung biru muda...hahahaha,dah tahulah siapa gadis tu.....
Bayangkan kalau skrip cerpen tadi ditukar,perempuan tu menangis....lepas lelaki tu advice's,dia mengilai..agak2 apa jadi ekk....
Alah Numan,dah tahu dah siapa laki dan gadis tu..ermmm..tapi,realitinya,jarang ada lelaki atau perempuan nak luah perasaan pada orang yang mereka tak kenal.Kalau berbual nak mengurat adalah,heheh.....tapi takpe,cerpen ni bagus.Numan boleh jadi penulis lepas ni,mana tahu ada rezeki,boleh buat buku,jilidkan....
Satu usaha yang bagus,sebab tu dulu Numan jadi librarian..rupanya nak ceduk ilmu buat cerpen..tak sangka sungguh ada bakat terpendam,kalau tahu dulu,paksa dia memekik baca sajak hari kebangsaan kat sekolah.


p/s....tak pandai langsung menulis cerpen,baca tahulah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Nur_Hati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2097
Posting: 62
Dari: N9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-01-04 15:21


best2 cerpen ni... syabas pada numan...
bestnyer kalau betul2 terjadi mcm ni....hehehehehehe

-----------------
Rahmat Allah itu luas.
Usahalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_HatiProfil   Hantar PM kepada Nur_Hati   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-04 17:27


Ana minat sangat bidang kesusasteraan dan pernah belajar basic ilmu nie dulu. Cumanya, tak ada rezeki nak further study dlm bidang nie. Insya Allah... boleh kot kalau nak kongsi sikit.

Plot
Agak ringkas dan mendatar. Namun kebosanan dapat dielakkan dengan gaya bahasa yang agak menghiburkan. Untuk lebih menarik, perlu diselitkan elemen2 seperti kejutan, konflik dll. Kalau baca sekali imbas, tak perasan klimaks cerita nie, sebab tak banyak konflik yang membawa kepada kemuncak cerita. Sebab elemen2 tue tak diadun sempurna, pembaca dengan mudah boleh guess apa kesudahan cerita nie.

Gaya Bahasa
Seperti yang ana katakan sebelum nie, gaya bahasa yang dipilih oleh penulis ringan tetapi bermakna dan penggunaannya juga tepat dan kemas. Dialog yg dipilih sesuai untuk dibuat renungan. Unsur bahasa seperti metafora dan simile yang digunakan memang sesuai lebih2 lagi untuk cerpen yang bertemakan seperti ini. Pendek kata, gaya bahasanya memang menghiburkan dan ana rasa disinilah terletak kekuatan dan daya penarik cerpen nie.

Teknik
Penulis memilih untuk menggunakan sudut diri pertama (maaf... ana lupa term sasteranya) tapi nyata cara ini cukup sesuai kerana cerpen nie tidak banyak watak. Teknik pengolahan dan penyusunan ayat juga dikuasai dengan baik, cuma mungkin di lain masa dapat dielak daripada menggunakan short form untuk menjaga mutunya sebagai bahan sastera.

WaLlahu Ta'ala A'lam...

"/images/signmawarputih.gif">


[ Posting ini telah di edit oleh: mawarputih pada 2004-01-14 17:28 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

imanhaqimie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5721
Posting: 22
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 19-01-04 13:32


assalamualaikum......
okey, ni komen utk kak Numan (boleh panggil macam tu ker?)......

saya ni, nak kata pandai sangat nak nulis cerpen ni tak la jugak...tapi, berdasarkan apa yang saya tahu dan nampak, bila start baca jer.... haaaa, dah tahu klimaksnyer..... terutama sekali bila watak tu berada kat dalam bas.... adalah amat mengejutkan saya bila, gadis tu boleh pulak bercerita dengan lelaki yang tak dikenalinya... wuih, advance tu...

tapi, tergantung pulak cerita tu eik.... abis tu, aiman tu tak ada niat ker nak jumpa ngan ustazah yang dijodohkan dengannya tu? takat jumpa dalam bas jer, tak cukup, tak cukup. so, cukup2kanlah ye, kak. tak baik biarkan cerita tu berenti takat tu jer.......ekh, ekh....

lastly,

berkawanlah selagi ada impi,
bercintalah selagi ada hati,
bergembiralah selagi ada teman di sisi,
berilah kemaafan selagi dirimu bergelar hamba Ilahi........




Bookmark and Share

    


  Member Information For imanhaqimieProfil   Hantar PM kepada imanhaqimie   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-04 19:23



erm.. tahniah buat ukhti darul_numan81..
lain kali boleh wat lagi..
jalan ceritanya ringan dan agak menarik.. cuma pada perenggan yang akhir2,

“Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. "
“Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira"

ana sedikit terkonfius, ibu atau mak gelaran yang di gunakan oleh wazzir untuk bondanya??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

zamani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2256
Posting: 184

Johor  


posticon Posting pada: 20-01-04 20:26


Jangan tergesa di telan meski manis,siapa tahu itu racun yang dibungkus dengan madu,jangan tergesa dimuntahkan meski pahit ,siapa tahu itu adalah ubat yang menyembuhkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamaniProfil   Hantar PM kepada zamani   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-02-04 12:13




ismi tak pandai nak komen, tapi pada ismi citernya best cuma kalo boleh cuba masukkan elemen yg boleh menjadikan pembaca tertanya2...juga boleh masukkan teknik flash back...
oklah, alin..gud luck...


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 11:09




uikss.. macam2 komen yg diterima membuatkan ana sendiri rasa takut utk buat cerpen lagi ni.. oppss.. sifat lekas berputus asa tu bukan pakaian org Islam, right? Jadinya.. selepas ada kekuatan kembali, insyaAllah.. ana akan cuba mencari idea baru. Apa2pun.. terima kasih atas komen semua para sahabat..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

achik_solehah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.07.2003
Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-02-04 02:49




ermm...best bace cerpen ni...
tapi..lagi best kalau kak numan sambung citer ni sampai abis..sampai diorang kawin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achik_solehahProfil   Hantar PM kepada achik_solehah   Pergi ke achik_solehah's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-06-04 03:23


hem...Alhsmdulillsh,ALLAH MAHA BESAR....... sesungguhnya,ALLAH telah takdirkan,suami yg baik utk isteri yg solehah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

putripuisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15926
Posting: 156
Dari: Allah & kepada-Nya jua

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-02-06 00:54


dah habis? pendeknya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For putripuisiProfil   Hantar PM kepada putripuisi   Pergi ke putripuisi's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-06 14:58


Pada 04-02-06 00:54 , putripuisi posting:

!!! QUOTE !!!

dah habis? pendeknya?


Dah namanya pun cerpen (cerita pendek) putripuisi...

Cerpen yang best. Saya nagi akak yeos campur (2 thumbs up) hehehe :-di


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-02-06 15:13


BAIK saya kritik...............karya anti....................

best..........hehhe.tapi macam dah pernah baca.kat mana? tak tau...cuma setiap yang berlaku bukanlah kebetulan tapi ia telah ditakdirkan olehNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

julihan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2005
Ahli No: 17771
Posting: 90
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-06 16:37


ERMMMM... best cerita ini... kalau ada jodoh tak kemana.... jangan terlalu dicari takut ianya makin menjauhi..... seronoknya kalau ianya terjadi pada saya:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For julihanProfil   Hantar PM kepada julihan   Quote dan BalasQuote

Al-Fadhil
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-04-06 21:56


wah! kalau cerpen ni dijadikan sebuah novel mungkin lebih menarik kerana teknik penceritaan dan jalan cerita sangat menarik!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FadhilProfil   Hantar PM kepada Al-Fadhil   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 22-04-06 21:59


tak sempat nak baca lagi...lain kali la...kalau dibukukan mesti saya baca...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-04-06 23:54


sweet story..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 24-04-06 08:32


hm..boleh tahan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

srikandi85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-06 10:36


tahniah...
best cerita 2... :-)
pasni smbung suratan atau kebetulan 2 ye..
aai....bertuahnya pom yang dapat lelaki macam 2 and bertuahnya lelaki yang dapat pom macam 2..
sesungguhnya lelaki yang baik hanyalah untuk pom yang baik.. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi85Profil   Hantar PM kepada srikandi85   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-06 02:32


lambat nya sambung...huhuhuhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-06-06 13:33


cerita yang penuh maksud
tapi Kalau panjangkan lagi sedikit ksudahan cerita ni mesti lagi best kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

arinie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.07.2005
Ahli No: 17125
Posting: 56
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 15:14


bagi pendapat saya itu adalah takdir kerana jodoh pertemuan seseorang insan telah ditentukan sejak azali lagi..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For arinieProfil   Hantar PM kepada arinie   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-06-06 16:30


suatu kebetulan yang memang satu suratan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132036 saat. Lajunya....