CINTA SEJATI
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada didalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Itu untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh
Allah swt
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa olehNya
Didiklah mereka dengan panduan Ilahi
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkanlah mereka kepada Allah swt zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman
Perasaannya selembut sutera...
Hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya..
Mereka akan melihat nilai dan keadilan Tuhan
Bisikanlah ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan satu kelemahan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan mereka akan menjadi semakin bengkok
Itulah akibat wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan huruhara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin, pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkanlah diri kepada Allah
insya-Allah akan jinaklah segalanya dibawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Azzahra
Andai dirimu tak sehebat Saidina Ali KaramullahWajhah
Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan....
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi..."
"isteriku, kaulah permaisuri hati...penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah, gerbang perkahwinanpun terserlah
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagian rumahtangga
Dan terciptalah setia dan penyayang suami
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan.....soleh dan solehah.
[ Posting ini telah di edit oleh: pLatipus pada 2004-01-06 11:04 ]