Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 23 jam, 3 minit yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: amalkan senaman yoga


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» amalkan senaman yoga

Please Mendaftar To Post


Oleh amalkan senaman yoga

erra_83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 737
Posting: 23
Dari: sg buluh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 17:46


askum....
bagi yang mahu menghilangkan stress mahupun menghilangkan tekanan amalkan lah senaman yoga....
sememangnya pilihlah tempat yg sesuai khasnya tempat yg sunyi dan irama muzik yg slow....
buangkan tekanan dan kosongkan minda anda..
menarik nafas dlm dan melepaskan nya perlahan2......
refreshkan diri anda dgn semangat yg baru pd keesokkan hari agar anda kelihatan ceria...
malahan rajin2kan diri anda membaca Al-Quran agar minda dan dada anda lapang....Insya Allah berusahalah.....
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For erra_83Profil   Hantar PM kepada erra_83   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 07:54


a'kum

cemana...

leh tak erra kasi tau secara detail..

ade prosedur tak?

kena sebut.."oummmm..." ye?

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

erra_83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 737
Posting: 23
Dari: sg buluh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 09:31


askum....
senaman yoga nie sesuai utk menghilangkan tekanan dan stress terutamanya selepas balik ke pejabat/sekolah.....
tidak semestinya kita "oummmmm" biasalah apabila kita tarik nafas dan lepaskan nya selepas 10/20 minit.....
kita mesti amalkan selalu agar minda kita lapang setiap hari semasa bekerja atau bersekolah.....
senaman nie sesuai bagi kita yg jarang berjongging pada waktu pagi....
khasnya bagi orang mengalami migrain mahupun penyakit lain....
malahan kita digalakkan membaca AL-Quran setiap waktu malam.
wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erra_83Profil   Hantar PM kepada erra_83   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-03 11:34


assalamualaikum..

selain utk hilangkan stress..senaman yoga ni blh cantikkan badan...x tau la btl ke x..tp ana ade bace dlm paper..heheh...sesape nk try..silakan..

ade byk jenis yoga ni sbnrny..cubalah beli vcd kt kedai2 tu..ana penah jumpe..murah jek..dlm rm6..

slmt m'cube yoga!!

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-06-03 16:12


Ya betul....

Saya ada gak ambil gerakan yoga ni dari majalah JELITA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2003
Ahli No: 1384
Posting: 165
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-03 17:30


Insya Allah ana akan cuba lakukan senaman ni, supaya dapat menghilangkan tekanan ni...
terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehahProfil   Hantar PM kepada solehah   Pergi ke solehah's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 06-08-03 21:54


Teruskan percubaan sahabat tentang senaman ni..harap harap..ade perubahan yang berlaku..balik umah pun rasenye nak cuba la hehe..wasalam..

-----------------
Hanya diri ku dan Allah s.w.t.. yang mengetahui segalanya.. itu lah kehidupan .. dicelah lautan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 11:24


Yoga boleh ,Tai Chi pun boleh.. jangan ada sangkut paut dengan agama mereka sudahlah...amalkan cara hidup sihat..rajin2 berpuasa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 18-02-08 18:11


saya pun baru amalkan yoga ni....tengok macam senang...tapi bila buat fuh....baru tarik nafas dah berpeluh....kalau teringin nak buat yoga boleh beli cd kat kedai.....waktu first buat tu memang agak susah...tapi bila lama2 dah biasa tak rasa apa-apa.....yoga memang bezz...

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 19:11


tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 19-02-08 15:38


Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu




iye ke...?tak tau pun....tapi apa salahnye...kita amalkan sekadar senaman.....kita jangan lah niat nak bertafakur....

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 21:40


Pada 19-02-08 15:38 , biohazard posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu




iye ke...?tak tau pun....tapi apa salahnye...kita amalkan sekadar senaman.....kita jangan lah niat nak bertafakur....


maksud aku bukannya kita nak tafakur macam si buddha tu..maksud aku tiru gaye dia tafakur walaupun kita niat nak exercise..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-02-08 22:40


Ada orang mengatakan solat adalah yoga. Sebenarnya, solat bukanlah senaman atau pun yoga.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud. “ Dan zikrullah(iaitu solat) adalah lenih besar keutamaannya.

“Di dalam al-Asas fit tafsir oleh Said Hawa di sebutkan, “Berkata imam Nasafi, ayat ini menunjukkam solat adalah lebih besar dari sagala ketaatan yang lain.”

Burhubung dengan yoga, Journal of the Royal Society of Medicine menganggapnya sebagai salah satu system pembagunan insan tertua yang merangkumi jasad, akal dan rohani. Yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai Asanas. Semasa mengamalkan yoga, individu itu akan duduk pada kedudukan tertentu bagi jangka masa yang ditetapkan dengan melafazkan kalimat-kalimat mantera yang ditetapkan di samping bernafas secara teratur. Pengamal yoga akan meletakkan kepalanaya kebumi dan pada peringkat kemuncaknya akan meluruskan badan supaya kakinya berada di atas. Sayangnya, kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang.

Salah satu kedudukan terpenting dalan sembahyang adalah sujud. Pada kedudukan ini, individu itu meletakkan kepalanya di bumi dan pada kedudukan itu darah dari jantung akan turun ke otak dengan mudah sekali.
Berbeza dengan gerak baan yoga tadi, sujud dapat di lakukan hamper semua orang.

Namun sembahyang adalah lebih daripada yoga kerana ia adalah ibadat yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana terikat dengan waktu. Individu yang hendak bersembahyang wajib membersihkan jiwanya daripada syirik terlebih dahulu bagi mengesakan Tuhan. Di samping itu, pembersihan jasad dengan wuduk adalah di wajibkan.

Kesimpulanya solat lebih komprehensif daripada yoga…..

Sumber rujukan tip-tip cemerlang daripada Quran by Dr Danial Zainal Abidin…

Sekadar berkongsi…:-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 22-02-08 23:20


Pada 22-02-08 21:40 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-02-08 15:38 , biohazard posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu




iye ke...?tak tau pun....tapi apa salahnye...kita amalkan sekadar senaman.....kita jangan lah niat nak bertafakur....


maksud aku bukannya kita nak tafakur macam si buddha tu..maksud aku tiru gaye dia tafakur walaupun kita niat nak exercise..




entah lah....kita serahkan pada yang pakar....buat masa sekarang ni pun saya stop buat yoga....was2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

biohazard
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31483
Posting: 163
Dari: bumi

Perak  


posticon Posting pada: 22-02-08 23:20


Pada 22-02-08 21:40 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-02-08 15:38 , biohazard posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu




iye ke...?tak tau pun....tapi apa salahnye...kita amalkan sekadar senaman.....kita jangan lah niat nak bertafakur....


maksud aku bukannya kita nak tafakur macam si buddha tu..maksud aku tiru gaye dia tafakur walaupun kita niat nak exercise..




entah lah....kita serahkan pada yang pakar....buat masa sekarang ni pun saya stop buat yoga....was2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For biohazardProfil   Hantar PM kepada biohazard   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 23-02-08 10:51


Pada 22-02-08 23:20 , biohazard posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-02-08 21:40 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-02-08 15:38 , biohazard posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu




iye ke...?tak tau pun....tapi apa salahnye...kita amalkan sekadar senaman.....kita jangan lah niat nak bertafakur....


maksud aku bukannya kita nak tafakur macam si buddha tu..maksud aku tiru gaye dia tafakur walaupun kita niat nak exercise..




entah lah....kita serahkan pada yang pakar....buat masa sekarang ni pun saya stop buat yoga....was2...


sebab was2 lah aku tanya pada yang tahu pasal ilmu agama dalam ukhwah ni..tapi respon kurang..sedih betul.. :cry:

kalau was2 kita tak payah amalkan so kita senam aerobik saja..

:-D


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-02-08 09:38


:)

setahu saya, tidak menjadi salah pun yoga tu.. sebab kita bukannya membaca mentera yang bukan-bukan.. yang pasti, jangan membahayakan sendi dan otot2 anda dahlah, jika baru mencuba!

memang ada wujud perselisihan berkenaan yoga ni..tapi banyak yang membandingkannya dengan solat! Solat lebih baik daripada yoga...malahan ia terapi yang amat mujarab.. ia bukan sahaja kerana kewajipan..tapi..solat juga menjadi awet muda dan mengawal perjalanan darah dengan baik..

wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  


posticon Posting pada: 24-03-08 13:12


bagi yang was2 tu,saya ada alternatif.....saya pernah mgikuti satu kursus senaman melayu masa kat U dulu,Senaman Tua..saya rasa lebih baik sedara/i try Senaman Tua ni..saya rasa faedah dia lagi lebih dr yoga sebab selain untuk kesihatan tubuh badan kita boleh juga apply untuk self defend..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:15


senaman tua? tak pernah dengar :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 13:58


Pada 24-03-08 13:15 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

senaman tua? tak pernah dengar :berfikir:


taichi agaknya...


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-03-08 14:09


senaman orang-orang melayu lama untuk mengekalkan kesihatan badan....simple saja,kena elok perkara yang kita buat sehari-hari

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 05-11-08 09:35


macam tu ke? senaman tua tu boleh buat kat rumah ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 14:57


Pada 18-02-08 19:11 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

tapi ada org cakap yoga haram untuk orang islam sebab cara dia macam buddha bertafakur...aku ada poat kemusykilan aku kat forum bincang agama,tak tau lah aku kalau ada yoga yang dibolehkan..
jangan marah tahu,aku sekadar tanya sebab aku tak tahu



Majlis Fatwa bincang yoga
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Nor Azma Laila
[email protected]

Senaman didakwa boleh memesong akidah umat Islam

GEORGETOWN: Majlis Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan berhubung senaman yoga yang dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata keputusan berkenaan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.



Difahamkan, isu mengenai amalan yoga dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah ada keputusan mengenai perkara itu dan pengumuan akan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman itu supaya menghentikannya.

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh meme-songkan akidah umat Islam jika mengamalkannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa. Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan tuhan," kata Prof Zakaria.

Yoga, amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut berkata senaman yoga perlu diharamkan kerana bercanggah dengan akidah, syariat serta akhlak Islam dan wajib ditinggalkan oleh individu yang sudah mengamalkannya serta segera bertaubat kepada Allah kerana sudah melakukan perkara yang salah di sisi Islam.

"Bukan saja pengamal yoga, malah pengusaha pusat kecergasan yang beragama Islam juga perlu menghentikan perkhidmatan senaman ini kerana ia bercanggah dengan Islam dan boleh memesongkan akidah.

"Keputusan mengharamkan senaman ini juga tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia bertujuan menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Nooh berkata, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kerajaan dinasihatkan supaya merujuk kepada pihak berkuasa agama lebih awal jika ingin menganjurkan acara menyerupai.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081029232408/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 14:58


Fatwa senam yoga diketahui Jumaat


Jakim buat kajian mendalam enam bulan


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga Jumaat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Katanya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan selepas tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fatwa ini berkaitan akidah orang Islam yang mempraktikkan senaman itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081101223900/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 15:06


Pada 05-11-08 14:58 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Fatwa senam yoga diketahui Jumaat


Jakim buat kajian mendalam enam bulan


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga Jumaat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Katanya, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan selepas tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fatwa ini berkaitan akidah orang Islam yang mempraktikkan senaman itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081101223900/Article/





kita tunggu saja keputusan Sahibus Samahah sekalian..sebagai orang awam ...saya patuh dan akur...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

faizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.02.2007
Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 21:49


daripada buat benda yang was2,baik ambil wudhuk dan buat solat sunat....kompem hilang segala stress,tension,srabut2 otak......hehhehe.....lagi pun alunan zikir adalah muzik yang paling indah dan harmoni...tak payah susah2 nak cari irama lagu yang sesuai untuk yoga. tak begitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizatulProfil   Hantar PM kepada faizatul   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 00:41


Pada 06-11-08 21:49 , faizatul posting:

!!! QUOTE !!!

daripada buat benda yang was2,baik ambil wudhuk dan buat solat sunat....kompem hilang segala stress,tension,srabut2 otak......hehhehe.....lagi pun alunan zikir adalah muzik yang paling indah dan harmoni...tak payah susah2 nak cari irama lagu yang sesuai untuk yoga. tak begitu?


SETUJU dengan FAIZATUL....

SOLAT DAPAT MELEGAKAN SISTEM PENAFASAN DAN JUGA SENDI2....SUJUD DAN RUKU' dengan SEMPURNA.


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 08:18


adalah lebih baik basahkan diri dengan wudhuk..buat solat2 sunat..solat hajat minta ketenangan..berzikir banyak-banyak dan amalkan membaca al-quran selalu..insyaALLAH bukan setakat ketenangan yang lebih besar, malah kebahagiaan juga akan diperolehi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-11-08 10:03


Assalamualaikum
bagus pendapat faizatul dan adieq..menarik...
hmm..kalau sesusah sangat, pergi surau/masjid, ambil wudhu'..duduk dan niat iktikaf sambil zikir/baca al-Quran...hm..Islam itu mudah kan... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-11-08 17:35


Assalamualaikum

KUALA LUMPUR, Nov 7 Nov (Bernama) -- The announcement of the ruling on yoga exercise for Muslims, which was to have been made today, has been postponed to a date to be fixed.
ADVERTISEMENT

Malaysian Islamic Development Department (Jakim) Director-General Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz said this was because the National Fatwa Council chairman, Datuk Abdul Shukor Husin, was overseas on official business.

"A news conference will be held to make the announcement and the date will announced later," he told Bernama here.

It was reported that the council would issue a fatwa (ruling) on the matter today.

A lecturer of University Kebangsaan Malaysia's (UKM) Faculty of Islamic Studies, Prof Zakaria Stapa, said recently that yoga, which is based on Hindu elements, could affect the faith of Muslims practising it.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 11:07


Solat: 'Yoga' umat Islam
SAYA ingin mengulas dan berkongsi pandangan mengenai amalan yoga yang diperkatakan baru-baru ini.

Saya bersetuju perkara ini dikaji sedalam- dalamnya sekiranya ia berkaitan dengan akidah dan kepercayaan umat Islam khususnya.

Dan saya amat kagum dengan ulama dan mufti yang peka dengan hal ini. Bukannya teguran ini dikeluarkan untuk menolak yoga 100 peratus tetapi jika ia penting untuk kita sebagai umat Islam mengkaji apa-apa yang tersisih daripada yang hak, maka dengar serta fikirkanlah secara rasional dan berdasarkan syariat.

Baru-baru ini kajian Universiti Malaya (UM) mengenai solat amatlah mengagumkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua pengkaji UM. Solat dikaji secara saintifik dan terbukti ia membawa kebaikan kepada fizikal dan mental.

Jadi mengapa perlu yoga, jika kita solat lima waktu sehari semalam dan tambahan solat-solat sunat yang lainnya? Dengan syarat pergerakan solat dilakukan dengan betul (rukuk dan sujud dengan sempurna).

Pergerakan solat itu sendiri adalah senaman dan bacaan solat itu sendiri adalah 'ubat penenang minda'. Jadi jangan takut untuk bersenam...dan mulakanlah senaman anda hari ini.

Cuma, terpulang pada diri sendiri jenis senaman bagaimana yang berkenan di hati.

Rakyat sihat negara cemerlang.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 19:26


/
ABDUL Shukor menunjukkan kenyataan mengenai kedudukan senaman Yoga selepas dibincang Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Malaysia.

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.

"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.

"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.

"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.

Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 24-11-08 21:46


alhamduLILLAH, yoga diharamkan... rasa semacam sebab diamalkan dari hindu.. not good eh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-11-08 17:41


dalam solat tu pun dah boleh "bermeditasi".. tak yh lah buat yoga..
buang masa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-09 15:58


solat adalah senaman yang paling baik....tak payah nak yoga-yoga.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 11:45


nak tau sebab apa yoga diharamkan?

cuba tengok gambar ni...

/

yoga di India

/

yoga di Australia.

saja gurau....:sopan:

yoga diharamkan sebab seluruh perbuatan yoga merupakan ritual oleh brahma hindu untuk mencapai tahap tertentu.jadi sebab itu ianya diharamkan.seolah bila kita mengamalkan yoga kita mengamalkan ritual hindu walaupun niat kita untuk kesihatan.kalau nak tau lebih lanjut boleh dengar kuliah ustaz zamihan ataupun orang yang lebih arif.insyaAllah dapat faham dengan lebih jelas.

musykil pula,Kenapa pula ada pihak yang melaungkan suruh sediakan alternatif bila yoga diharamkan?takkan tak reti berfikir yang solat , zikir dan sebagainya sudah mencukupi dari mengamalkan yoga untuk pelbagai aspek.sedangkan bila arak , judi diharamkan,tak pula Nabi dan para alim ulama terdahulu menyediakan alternatif.sendiri boleh fikir lah.umum dah tahu yang haram maka terus tinggalkan,tetapi ada segelintir "bijak pandai" zaman sekarang terus melaungkan suruh sediakan alternatif bila yoga diharamkan.singkat sungguh pemikiran semata nak tunjukkan "keterbukaan",sanggup gadaikan agama dengan dunia..

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

cik_andak
Warga Rasmi
Menyertai: 10.05.2007
Ahli No: 29888
Posting: 3
Dari: putrajaya

Johor  


posticon Posting pada: 15-01-09 13:04


salam,
menurut sumber dari penyelidikan jakim, dalam islam tak di ajar meditasi (kosongkan fikiran), tetapi di ajar bertafakur (fikir). fikiran yang kosong mudah dimasuki syaitan. ni ada buku baru tentang yoga oleh jakim, percuma. kandungan buku ni sikit pasal yoga dan fatwa pengharamannye. nak buku ni boleh ambil kat jakim aras 1, putrajaya. baru keluar hari ni

uucp://i675.photobucket.com/albums/vv115/cik_andak_2009/YOGAHARAM.gif

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_andakProfil   Hantar PM kepada cik_andak   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-09 13:42


Yoga dah diharamkan..... jadi segeralah tinggalkan... kepada yang buka topik ni, sila muhasabah diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114228 saat. Lajunya....