Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Menanti Jodoh Datang Menjemput...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Menanti Jodoh Datang Menjemput...

Please Mendaftar To Post


Oleh Menanti Jodoh Datang Menjemput...

persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor

Johor  


posticon Posting pada: 23-11-03 23:08


Menanti jodoh datang menjemput (Petikan dr Mingguan Wanita) Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj "Melalui emel, seorang
wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin.
Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman." Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai
masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya
cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap
mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang
kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya
org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang
lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu
kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi
deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat dia samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab
ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah nerak sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang
menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan
diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya
jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya
. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Bookmark and Share

    


  Member Information For persinggahan_terakhirProfil   Hantar PM kepada persinggahan_terakhir   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 23-11-03 23:39



shah sokong tentang kahwin tu kerana allah bukan kerana benda lain..


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

sMiLeY_gURLz85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3456
Posting: 57
Dari: petaling jaya

Selangor  


posticon Posting pada: 24-11-03 07:58



Ana juga menyokong mengenai artikel tu...tapi,ana ada kemusykilan siket...betul ke...orang kata..zaman sekarang kita perlu berusaha mencari jodoh kita tu...???kalau benar la...bagi lelaki,ana rasa ia tidak mendatangkan masalah...tapi,bagi perempuan pula macamana...????

-----------------
SeJaUh MaNa KiTa PeRgI, sEkUaT MaNa PuN kItA BeRLaRi, ApAPuN YaNg PaStI, ALLAH LAH jUa TeMpAt KiTa KeMBaLi.... sALaM uKhwAh DaRi... SmiLEy_GuRLz85

Bookmark and Share

    


  Member Information For sMiLeY_gURLz85Profil   Hantar PM kepada sMiLeY_gURLz85   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-03 08:18


emm....

zaman sekarang tak sama macam dulu.
zaman sekarang memerlukan perigi cari timba....
mungkin susah sikit bagi kaum hawa untuk berbuat demikian.....tetapi insyaAllah....
.nak seribu daya.....tak nak seribu dalih.....
di samping berdoa kepada Allah..kenalah usaha juga..tak gitu??

tapi serahlah kepada Allah jua......moga diketemukan jodoh yang bakal membahagiakan hidup di dunia dan akhirat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 29-11-03 21:01


Kekadang semua tu perlu juga di fikirkan tapi Allah dah tetapkan jodoh masing-masing....walau pun kita perlu ikhtiar untuk mencarinya tetapi kalau itu bukan jodoh yang Allah tentukan nak buat macam manakan. Tetapi bagi saya kecemerlangan adalah penting untuk masa depan

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

indah_hati84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 76
Posting: 136
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-11-03 00:12




syukran atas artikel ni...
jodoh semuanya ditangan Allah..
dah jodoh x ke mana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_hati84Profil   Hantar PM kepada indah_hati84   Pergi ke indah_hati84's Website   Quote dan BalasQuote

anahafiza
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5022
Posting: 8
Dari: kota tinggi

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-03 12:22


,
jodoh tu di tangan tuhan... kalau dah sampai jodoh tu kawinla... kalau tak jgn la sedih sangat...
insyaallah...Allah tu maha Adil. hanya Dia mengetahui segalanya. kalau nak ikhtiar tu leh gak tp ikutlah syariat yg Islam dah tetapkan. Islam Itu bersifat sempurna...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anahafizaProfil   Hantar PM kepada anahafiza   Quote dan BalasQuote

anahafiza
Warga Rasmi
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5022
Posting: 8
Dari: kota tinggi

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-03 12:24


,
jodoh tu di tangan tuhan... kalau dah sampai jodoh tu kawinla... kalau tak jgn la sedih sangat...
insyaallah...Allah tu maha Adil. hanya Dia mengetahui segalanya. kalau nak ikhtiar tu leh gak tp ikutlah syariat yg Islam dah tetapkan. Islam Itu bersifat sempurna...

Bookmark and Share

    


  Member Information For anahafizaProfil   Hantar PM kepada anahafiza   Quote dan BalasQuote

scarlet
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-03 12:50


assalamualaikum..

Terima kasih atas artikel ni..

Rasa dah tua je..sbb kengkawan sume dh ada, sdang menanti waktu je...

Tapi tak bertemu jodoh lagi..

Just be happy..sangka baik dgn Allah...Walau dah pernah kehilangan...SEDIH!!

(p/s: Selalu doa pada Allah..Ya Allah, dapatkanlah aku suami yg soleh, walau aku tahu aku tak layak utk mendapatnya..sbb jika aku tak bermohon padaMu, pd siapa lagi harus aku meminta..dan aku tak mahu org yg tidak soleh memimpin aku yg tidak solehah ini... Aku sedar diri ini..Ya Allah....)

Bookmark and Share

    


  Member Information For scarletProfil   Hantar PM kepada scarlet   Quote dan BalasQuote

scarlet
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 253
Posting: 102
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-03 12:55


Quote:
namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.





Tapi..camne nak buka lorong2 itu??Tak faham..

macam mana dgn org perempuan yg hanya menunggu?Perlukah dia mencari?

Bookmark and Share

    


  Member Information For scarletProfil   Hantar PM kepada scarlet   Quote dan BalasQuote

ma_N
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3948
Posting: 85
Dari: No 49 Persiaran Temenggong,Taman Koskam,13220 Kepala Batas,Pulau Pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-12-03 15:14


BERMASALAH DALAM MENCARI JODOH?
Pergilah ke agensi mencari jodoh..kan senang... hehehehehe......

-----------------
-=TakE iT oR LEavE iT=--=bE sErioUS oR jusT quiT=-

Bookmark and Share

    


  Member Information For ma_NProfil   Hantar PM kepada ma_N   Pergi ke ma_N's Website   Quote dan BalasQuote

nurtaqwa08
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5463
Posting: 33
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-12-03 11:06


salam mahabbah....

wah !! ader gak ker agensi cari jodoh...??hehehehe...kalau macamtu boleh di kira usaha gak ker..emmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurtaqwa08Profil   Hantar PM kepada nurtaqwa08   Pergi ke nurtaqwa08's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 04-12-03 14:18


mmg termasuk dlm usaha tuh.

Tuhan sebenarnye lbh tahu ape yg terbaik untuk diri kite.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 04-12-03 17:31




jodoh harus dicari...

tp jodoh jgn ditunggu...

nanti spt menanti durian yg tak gugur....

ada betul kaaaaa????

'sandarkan pd kenangan'

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

KucingIslam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1331
Posting: 36
Dari: Ampang Waterfront,K.L.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-12-03 02:17


Kalau dah pilih Jodoh yang Solehah,terus terang saja pada dia,Luahkan isi hati mu,Dengan Tulus Ikhlas dan hati yang
Bersih...InsyaAllah>Wallauhua'lam

******************************************


-----------------
Saya,yang.M.M.Syaidina Sheikh Imam AlMahdi Al-Haj(A.S.)"MAY THE FORCE OF ALLAH BE WITH YOU ALL!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For KucingIslamProfil   Hantar PM kepada KucingIslam   Pergi ke KucingIslam's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-12-03 14:18


leh caya ke..leh bagi ukhwah...full sponsor....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

syakirah
Warga Rasmi
Menyertai: 15.11.2003
Ahli No: 5136
Posting: 3
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-03 16:56


bukan menanti jodoh,tapi memilih yag terbaik antara yang terbaik supaya dapat menjamin kebahagiaan hidup dunia&akhirat..bersabarlah kalau dah jodoh tak kemana

Bookmark and Share

    


  Member Information For syakirahProfil   Hantar PM kepada syakirah   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 08-12-03 17:45


jangan sekadar menanti..berdiam diri tanpa usaha....usaha + berdoa + tawakkal.....kalau dah ada calon tu ...cepat2 kan le.. mana kak engku ni ? errrr...
takkan lari gurung dikejar....


Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

shamurni
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5491
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-12-03 23:22


assalamualaikum
sabarlah kan ker lelaki yang tayibun utk pompuan yg tayibat someone somewhere are waiting for us
pastu jadikn lah diri kita sebaik-baik umat sbb pasangan kita adalah cermin diri kita sabaq yek



-----------------
asssalamualaikum weiii

Bookmark and Share

    


  Member Information For shamurniProfil   Hantar PM kepada shamurni   Quote dan BalasQuote

mafish_84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4287
Posting: 120
Dari: serambi madinah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-03 21:39


assalamualaikum.... zaman sekarang niii... perigi kena lah jugak mencari timba .... sekali sekala.... jgn dok mengharap timba jatuh senang2 ajer dalam perigi tuuu.... nak2 zaman org prempuan ramai sekarang niii.... biar pun ramai.... tak semua yang solehah kan.... so kepada mulimah solehah tuuu , masih ader harapan lagi.... biar pun dah ader air paip......tapi air telaga masih sejuk sampai bila2 kan.... ermmmm ..... berdoa laaa... ader lah rezeki nanti tuuu.... kepada muslimin.... sama lah jugak.... nak yang solehah susah nak cari... kene masuk lubuk baru jumper.... kalau sekadar tepi batas tali air tuuu.... tak jumper lahhh.....

wassalammm


Bookmark and Share

    


  Member Information For mafish_84Profil   Hantar PM kepada mafish_84   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-04 16:05




betul penyataan artikel nih..

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

kamil
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.01.2004
Ahli No: 6827
Posting: 34

Kedah  


posticon Posting pada: 18-02-04 11:06


Assalamualaikum
tentang jodoh memang ketentuan Allah
-kena banyak solat hajat
-kena menawarkan diri untuk lelaki soleh melalui
sahabat,media.
-boleh merisik lelaki.

-----------------
ukhuwwah

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamilProfil   Hantar PM kepada kamil   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 18-02-04 12:01



jodoh tu tak perlu dicari.tp utk mendapat jodoh yg baik itu agar sukar.memandangkan kes pencceraian semakin banyak,ramai wanita lebih suka tidak berkahwin daripada menderita dikemudian hari.
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

12bhumble
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6346
Posting: 15
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-02-04 12:29


jodoh tu rezeki..kalau bukan rezeki tu, mcmana usaha pun tak berjaya..kata org makanan dah masuk dlm mulut pun boleh termuntah keluar...
kalau dah jodoh, camna mengelak pun jadik jugak..
rezeki ni tertakluk secara mutlak kepada kehendak ALLAH jua..setiap jln atau pilihan serta usaha yg kita pilih ALLAH dah tentukan taqdirnya..

samada ALLAH izinkan atau tidak, yg pasti sumenye bersebab..dan itulah yg terbaik...
rencana ALLAH tiada siapa boleh menduga..begitu jua rahmatNYA..luas tak terkira..

-----------------
..trying to be good..

Bookmark and Share

    


  Member Information For 12bhumbleProfil   Hantar PM kepada 12bhumble   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 19:07


jodoh tak datang bergolek
kita digalakkan berikhtiar untuk mencari jodoh dan berdoa

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 20:39


:-).....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 13-08-06 22:22


macam mana kalau rasa tak ada hati nak ikhtiar, bukan sebab putus asa, tapi macam dah bosan lah...... balik2 hal jodoh... jadinya tak juga.... sabar tu memanglah, tapi satu tahap tu, kita rasa malas pulak nak fikir pasal tu.... bila orag tanya atau ajak cakap pasal tu pun hmmmm macam boring saja... minta orang tengah (ustaz/ustazah) saja tlg2 usahakan... boleh tak begitu sahaja? usaha kita doa.... hmmmphh

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 22:59


tak salah wanita mulakan dulu...nak melalaui alam rumah tangga berperingkat2...begitu juga ketika memulakan perkenalan...yang penting keikhlasan tu mesti ada....
bagi kaum muslimat ana nasihatkan berhati-hati dalam mencari pasangan...jangan terlalu jujur

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 09:16


Ana teringat buku hasil nukilan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..Apa pun, jodoh ke, rezeki ke memang dah allah tetapkan namun kita perlu berusaha mencarinya. Betul, jodoh takkan menjemput kalau duduk sahaja. Dr. Fadzilah ada memberi sedikit tips:
1. Kita mesti fokus dalam nak mencari pasangan hidup. Kalau asyik kerja sampai tak nampak orang sekitar yang ada potensi nak jadi pasangan hidup, maka terlepaslah peluang kita nak mencari pasangan hidup.

2. Hati mesti baik dan bersih dari sifat benci. Kerana bila hati kita penuh kasih sayang, aura kasih sayang tu akan terpamer pada orang2 sekitar kita. Orang suka nak kawan dengan kita.

3. Doa paling penting seperti mana kata-kata sahabat dalam ukhwah ni.

4. Last but not least, kalau orang tanya bila nak kahwin, bagi jawapan yang tetap misalnya saya nak kahwin lagi tiga tahu walaupun belum jumpa lagi. Dia dah target tiga tahun lagi dia nak kahwin. Minda secara tak langsung akan bergerak untuk kita menuju usaha ke arah tu di bawah sedar. Selalunya yang terjadi, bila ditanya bila nak kahwin, tengoklah dulu, tak tahu lah lagi...tak ada matlamat kata Dr. Fadzilah.

So, sahabat2, buatlah apa yang rasa perlu jangan sampai terkeluar dari landasan syariat sudahla..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 10:58


Orang kata JODOH itu akan datang kepada kita sebagaimana MAUT datang kepada kita.....

kita sebenarnya tak tahu bila jodoh itu akan datang kepada kita tapi kita kenalah berusaha dengan membuat solat istikharah (walaupun tak ada calon lagi) supaya Allah menemukan kita dengan jodoh yang baik dan sesuai dengan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 12:02


PENGUMUMAN

Kepada sesiapa yang belum mengikuti kursus kahwin, silalah mengikutinya sekarang sebab menurut pegawai JAKIM yang handle kursus kahwin, jika semua negeri bersetuju dengan modul kursus kahwin yang baru maka harga bayaran untuk kursus akan lebih mahal, masa yang lebih lama dan akan ada peperiksaan bertulis bagi calon.

Harga untuk mengikuti kursus kahwin sekarang ialah RM80 dan mungkin meningkat kepada RM200 jika modul baru diperkenalkan. Sijil kursus kahwin ni tiada had tempoh tamat.

p/s: tak semestinya nak kahwin baru pergi kursus, apa salahnya pergi sekarang?hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 13:06


kucing pun ada agama ke?hehheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 18-08-06 08:39


tapikan usaha untuk berkenalan dan berkawan-kawanan bukanlah usaha yang baik...... boleh bawa fitnah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 10:49


Pada 14-08-06 12:02 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!



p/s: tak semestinya nak kahwin baru pergi kursus, apa salahnya pergi sekarang?hehe...


Kalau hadiri banyak kursus lepas kawin pun lagi bagus.. ke arah memantapkan institusi perkahwinan.. kan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

hanisah_syahidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2005
Ahli No: 20049
Posting: 38
Dari: johor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-08 02:25


ISLAMIC CIVILIZATION FIESTA
IN COLLABORATION                                                                     ENTREPRENEURSHIP FESTIVAL 2008
(E-FEST 2008)                


MASTERING ENTREPRENEURIAL MINDSET COURSE
18TH – 20TH JULY 2008

Assalamualaikum. Pihak Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM akan mengadakan seminar seperti yang tersebut di atas. Disertakan di sini tentative program.

18TH JULY 2008 – PENTERNAKAN LINTAH DAN IKAN KELI
19TH JULY 2008 – SLOT BERSAMA MAJLIS AMANAH RAKYAT         (MARA) & SPRINT MARKETING CONCEPT (FRANCHISE CONSULTANT)
            
YURAN :     ORANG AWAM (RM 50.00 SAHAJA)
WARGA IIUM    (RM 20.00 SAHAJA)


    20TH JULY 2008 - FORUM ON “REALITY OF MALAYSIAN BUSINESS”
            
            Panelist :
            
            i)    En. Ann Wan Seng, PENULIS PTS
                (Rahsia Business Cina)
            ii)    En. Faisal Shahbudin, PENULIS PTS
                (Rahsia Business Mamak)
                         iii)    EN. Fauzul Naim Ishak, Pengurus         Kanan PTS
                (Survival of Business)
            
            Moderator : en. Zamri mohamad

    YURAN :     TERBUKA KEPADA SEMUA (PERCUMA)


BERMINAT SILA HUBUNGI :

AIZUDDINUR         0129300589
HANISAH                 0123470436
                                                                                

* Penyertaan boleh email kepada : [email protected]
atau hubungi nombor telefon di atas. TERIMA KASIH
    


     “Seminar ini mendapat kerjasama MARA, PTS MILLENNIA & Sprint Marketing Concept”

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisah_syahidahProfil   Hantar PM kepada hanisah_syahidah   Quote dan BalasQuote

Qasih_Ilahi
Warga Rasmi
Menyertai: 29.07.2007
Ahli No: 30510
Posting: 10
Dari: Terengganu Darul Iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-07-08 13:55


Pada 14-08-06 10:58 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

Orang kata JODOH itu akan datang kepada kita sebagaimana MAUT datang kepada kita.....

kita sebenarnya tak tahu bila jodoh itu akan datang kepada kita tapi kita kenalah berusaha dengan membuat solat istikharah (walaupun tak ada calon lagi) supaya Allah menemukan kita dengan jodoh yang baik dan sesuai dengan kita.



betul TU....saya setuju....

jodoh tu Allah dah takdirkn dan dah pun tertulis di luh manfuz sana...same macam maut dan rezeki...ia dah dijanjikan, dan tak ada siapa boleh ubah'yang...

erm....macam maut...yang kita usahakan adalah mengumpul bekal untuk kehidupan selepas kematian..kan?

so why dont kita guna cara usaha yang sama...

usaha mencari hakikat diri sendiri dulu spy kita benar-benar faham kedudukan kita sebagai hamba Allah yang akan disoal untuk setiap apa yang kita buat, niat,fikir... usaha kutip segala ilmu untuk bekalan hidup selepas p'kahwinan dulu, usaha jaga kehormatan diri dan iman untuk kehormatan keturunan kita kelak, dan usaha mengasah taqwa untuk menunduk dan m'didik nafsu.......

teruskan juga berdoa spy Allah tetapkn iman kita dan takdirkn pertemuan yang paling barakah disisiNya untuk kita........

selamat bermujahadah.......


-----------------
Qasih ini moga menyelimuti qalbu hamba selamanya...ya wadud...kasihi lah aku..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Qasih_IlahiProfil   Hantar PM kepada Qasih_Ilahi   Pergi ke Qasih_Ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 14:27


asyik jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh.. jodoh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 29-07-08 14:49


atikel ini bagus sangat sebab sekurang2nya orang yang belum bertemu jodoh berfikiran fositive bukan sebaliknya...semuanya dah termaktub dalam qadha' dan qadar Allah so selagi kita rasa berTuhan yakinlah dengan janjiNya...
di lambatkan sesuatu kerana Dia ingin berikan yang terbaik buat hambaNya untuk terus memohon dan merayu kepadaNya....inna Allah ha maa sobirin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132796 saat. Lajunya....