Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 20 jam, 37 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Perkara-perkara "SUNAT" di "AIDILFITRI" yang kita tidak tahu..


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Perkara-perkara "SUNAT" di "AIDILFITRI" yang kita tidak tahu..

Please Mendaftar To Post


Oleh Perkara-perkara "SUNAT" di "AIDILFITRI" yang kita tidak tahu..

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-11-03 09:01




Bismillahhirrahmanirrahim...

Diantara perkara2 sunat di Hari Raya Aidil Fitri....


1)Disunatkan bertakbir...walaupun di mana jua, sama
ada dalam bentuk waqaf atau wasal..bermula setelah
di istiharkan raye (biasanya malam)hinggalah
selesai solat sunat aidil fitri...melainkan takbir
hari raye aidil adhzhar di sunatkan 3 hari
berturut-turut (hari tashrik)

2) Disunatkan mandi setelah mengetahui raye,..tp
kebanykkan ulama' berpendapat yang lebih afdhal
sewaktu pagi sebelum solat sunat aidal
fitri...muslimat yang haid atau nifas pun tidak
menjadi masalah melakukannya..niatnye "sahaja aku
mandi sunat aidil fitri lillahi t'ala"

3) Disunatkan bermaaf-maafan dengan seisi
keluarga...kita anak-anak nie seelok-eloknye ciumlah
pipi/kening/dahi ibu kita..minta halal makan dan air
susuannye...bapa pun sama, tp jika boleh timbulkan
fitnah bg muslimat sekadar cium tangan dah
baik...suami dituntut mencium isterinya dan
begitulah sebaliknye..sebagai tanda kasih sayang
kerana Allah..

4) Disunatkan, sembahyang sunat aidil fitri..jika
muslimat tidak mampu pergi ke surau/masjid, sekadar
solat di rumah pun tidak mengapa...(tp tak perlulah
baca kutbah sorang-sorang, takut apa pulak org kata
nanti)..tempoh solat sunat ialah sehingga masuk
waktu zohor pada hari itu,...imam disunatkan
melewatkan solat,dengan alasan ingin memberi peluang
kepada org yg belum berzakat menunaikannya..kerana
selepas solat, zakat itu di kira sedekah...sesiapa
yg tidak berzakat, pahala puasa dan tarawih dan
puasanya tidak di angkat ke langit..kecuali solat
sunat aidil adhzhar imam disunatkan
mempercepatkan...alasanya ingin memanjagkan tempoh
kurban...

5)Disunatkan pergi dan balik ke surau/masjid dengan
jalan yang berlainan..bertujuan dapat memberi salam
lebih ramai kepada orang yg belum ditemui..

Ana petik dari;
Kulliah subuh ustaz Salahuddin Mohd Nasir (Surau An-Nur B.B.Bangi)


Wallahua'lam.....zts


Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 19-11-03 10:18




ni sbg tambahan kpd info drpd al-akh MohdZakri:

1. Memakai pakaian baru/bersih sebagai menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t.

2. Memakai wangi-wangian pada pagi Hari Raya

3. Makan sedikit sebelum ke masjid

4. Ziarah-menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya

5. Tidak lupa bersedeqah kepada mereka yang memerlukan

6. Mengelakkan sambutan Hari Raya daripada perkara yang ditegah oleh Syara`.


sekian...wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

mohm3
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 784
Posting: 216
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-11-03 10:37




ada tambahan..benda ni jarang dilakukan di malaysia. iaitu sunat kita bersolat hari raya di kawasan terbuka (padang, stadium dll) untuk berkongsi semangat kemenangan dan mendengar khutbah hari raya bagi semua golongan masyarakat.

-----------------
akal yang hidup itu sentiasa berfikir, hati yang hidup sentiasa berzikir, nafsu yang hidup sentiasa merangsang ke arah kebaikan dan badan yang hi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohm3Profil   Hantar PM kepada mohm3   Pergi ke mohm3's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-11-03 12:33




Kedudukan Hari Raya

Walaupun bersedih dengan pemergian Ramadhan ini,tetapi kita orang Islam juga bergembira kerana kita akan menyambut Hari raya Aidilfitri.
Aidilfitri adalah hari yang mulia dan menyambutnya adalah suatu ibadah.Ia dapat diukur dengan pengharaman puasa pada hari tersebut.Walaupun puasa itu adalah suatu ibadah,tetapi kerana agungnya Aidilfitri itu maka Allah melarang ibadah puasa dilakukan pada hari tersebut.

Amalan 'Pra' Hari Raya


  • Menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan bersungguh-sungguh (mencari Lailatulqadar) .

  • Membuat pemyediaan Hari Raya dengan lebih awal.

  • Mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat sunat Aidilfitri.


    Adab-adab Berhari Raya
    Oleh kerana menyambut Aidilfitri adalah suatu ibadah,maka Islam telah menetapkan dan menggariskan adab-adab di dalam menyambut Hari Raya seperti mana ditetapkan di dalam ibadah yang lain.Iaitu :-

  • Menghidupkan malam raya dengan ibadah -wajib tidak diabaikan,ditambah dengan ibadah sunat seperti takbir,tahmid,solat sunat dan beristighfar.

  • Mandi sunat Hari Raya.

  • Mengenakan pakaian yang terbaik daripada yang dimiliki.

  • Memakai wangi-wangian bagi lelaki.Bagi perempuan,jika timbul fitnah,haram hukumnya.

  • Bermaafan terutama dengan ibu bapa,suami isteri,anak-anak,adik-beradik dan lain2 dengan menjaga adab bersalam. (mengenggam erat tangan,mata bertentang,mengukir senyum,hati berdoa agar Allah mengampunkan dosa saudaranya itu)

  • Menziarahi kubur ahli keluarga terutama ibu bapa jika mereka meninggal terlebih dahulu.

  • Bagi Aidilfitri,disunatkan makan terlebih dahulu sebelum berangkat pergi ke masjid,tetapi AidilAdha dunat pergi sembahyang raya dahulu.

  • Sembahyang sunat Aidilfitri. (sunat mua'kad)

  • Jika boleh pergilah ke masjid dengan melalui jalan yang berbeza ketika balik dari masjid nanti.

  • Sering bermaafan dan ziarah menziarahi antara sesama kita terutama kaum kerabat,jiran tetangga dan sahabat handai kita.

  • Tidak terlalu boros dan membazir di dalam segala hal -makan minum,pakaian,peralatan rumah dll.

  • Tidak berlaku ikhtilat(campur baur dengan bukan mahram),tidak mendedah aurat dan tidak bersalaman lelaki sesama perempuan walaupun atas dasar bermaafan.


Amalan 'Post' Hari Raya


  • Puasa Enam
    Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub Al-Anshaari r.a. :-

    Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal,maka (pahalanya) seperti berpuasa selama setahun.
    (H.R. Muslim)

  • Mengqadha puasa yang tertinggal.

  • Mengekalkan amalan di bulan Ramadhan seperti sentiasa ke masjid,bangun awal,menjaga akhlak sepert mata,pendengaran dll.


wallahua'lam.

[ Posting ini telah di edit oleh: sahabat_amin pada 2003-11-19 12:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-11-03 13:08




oleh kerana dah diposting perkara2 sunat Aidilfitri kat sini ni, jom la same2 kite amalkan.. mudah je tu... tak berat pon... cuma satu je akak nak ingatkan diri akak dan antum sekalian... same2 kite jauhi perkara2 lagho dan maksiat di hari mulia ni... (paham2 je la kan..) umpan dan tarikan kat tv macam mane musim2 raya ni... dan ape2 je lah... dah elok2 bulan posa kite jaga diri kite, ari raya kite ni slalu cam lepas geram plak... ok, insyaAllah, same2 kite cuba ek...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100491 saat. Lajunya....