Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Petua Warisan
Topik: petua AWET MUDA...


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» petua AWET MUDA...

Please Mendaftar To Post


Oleh petua AWET MUDA...

Awekzz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2003
Ahli No: 4682
Posting: 142
Dari: Kota Kinabalu <> Kuantan

Sabah  


posticon Posting pada: 19-11-03 03:23




berikut tips-tips untuk AWET MUDA....

p/s : saya peroleh daripada kawan....

1~sebaik sahaja bangun tidur,sebelum basuh muka minum sedikit air(kalau boleh air suam) kerana waktu ini ada enzim yang bermanfaat untuk membersihkan usus.

2~kemudian baru basuh muka(jangan gosok gigi dulu) sambil berselawat,jangan basuh muka dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan,maknanya kena basuh muka dari bawah dagu ke atas dahi sambil mengurut,dan jangan lupa naikkan sedikit air ke atas rambut (seperti ambil wudu'), ini untuk awet muda dan menghindarkan sakit kepala.

3~barulah boleh gosok gigi,bukan gigi aje bahkan lidah, tepi dan lelangit,selepas selesai gosok gigi,jangan lupa gosoksemula gusi dengan jari untuk mengukuhkan gigi.Jangan abaikan kebersihan gigi kerana ianya dapat menghindarkan batuk

4~kemudian bolehlah buang air kecil/besar dan seterusnya..............jangan meludah semasa dan selepas buang air besar

5~kemudian masuk bab mandi,mulakan dari bawah(juga untuk menghindarkan sakit kepala), mula dengan kaki kanan dulu,baru kaki kiri, dan seterusnya naik sedikit demi sedikit hingga ke kepala,jangan mandi dengan mulakan dari kepala dulu.

6~setelah selesai mandi,jangan lap dengan kain,lap dengan tangan saje,sambil berselawat,mulakan bari bawah dagu, pipi dan naik ke dahi,kemudian dari hujung tangan ke bahu(kanan dulu),lepas tu tangan kiri,kemudian lap kedua2 kaki naik ke betis ,lutut,paha,perut dada,sampai ke buah dada tahan sekejap (untuk menegangkan buah dada)naik ke leher,dagu pipi dan berakhir dengan dahi,ini semua untuk menganjalkan kulit.

7~kemudian masuk bab makan,jangan lupa bersarapan pagi untuk awet muda walau pun hanya dengan separuh roti,ini pesan cikgu saya ,dan dia memang awet muda,untuk makan tengahari,sebelum makan ,minum sedikit air(ini sunah nabi)baru makan,ini untuk memastikan kita benar2 makan bukan melantak atau mentakdarah,selepas selesai makan jangan lupa jilat jari(ini juga sunah) kerana di jari terdapat enzim yang boleh menolong memudahkan proses penghadaman atau pencernaan,ambil masa 10-15 minit sebelum minum air,tegukan pertama tahan/keman dulu kerana waktu ini ada enzim yang bermanfaat untuk perut,jangan bernafas semasa minum,jangan tiup makanan,tegukan yang baik untuk kesihatan tidak lebih dari 3 teguk,minum air yang banyak baik untuk kesihatan tapi bukan satu jag sekali hadap,3 teguk,3 teguk,jangan makan bersulamkan air kerana mempercepatkan proses kedutan.Jangan tidur&mandi selepas makan,

8~Masuk bab tidur,mengucap dua kalimah syahadat dan baca doa tidur,kalau boleh tidur awal,baik untuk kulit,nabi juga tidur awal,dan bangun juga awal,tidur mengiring di sebelah kanan,maknanya sebelah kiri berada di sebelah atas,Porke/kenapa?di sebelah kiri ada jantung,dengan tidur mengiring ke kanan bermakna kita tidak menyempitkan/menyusahkan jantung untuk terus bekerja/pengepam darah ke seluruh badan,dan juga tidak mengganggu proses penghadaman/pencernaan yang masih berlaku,sebelum tidur berzikir, bertasbih,baca surah2 pendek,ayat kerusi,ayat seribu dinar,bersihkan hati,bagaimana?lepaskan segala dendam,maafkan segala kesalahan orang,buang sifat2 mazmumah dan lain2 lagi.kenapa ye?mana tahu ini merupakan tidur terakhir kita!tidur itu merupakan saudara mati!

~kecantikan itu terlalu subjektif,ianya bermula dari dalam(hati),jadi bersihkan hati dengan perkara2 di atas.

Rasanya sudah habis petuaini boleh ditambah apa yang kawan2 sarankan sebelum ini:
~baca quran
~potong kuku pada hari2 tertentu,tanam kuku dan rambut,(contohnya rambut masih boleh mengesan penyakit tuannya walau pun dah terpisah dari tuannya dari jangka masa yang tertentu~maknanya di sini ia masih berhubung) kerana ia sebahagian dari anggota badan manusia,jadi menanam rambut dan kuku merupakan cara yang paling baik,
~jangan minum minuman yang berais dan bergas
~sentiasa buat senaman
~amalkan ulam-ulaman


WALLAHU ALLAM BI SAWWAB.....


tidak dinamakan HIDUP jika tiada KEKUSUTAN
tidak dinamakan KEMATANGAN jika tiada KEKALUTAN

[ Posting ini telah di edit oleh: Awekzz pada 2003-11-20 01:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For AwekzzProfil   Hantar PM kepada Awekzz   Quote dan BalasQuote

mawarkasih
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 41
Posting: 519
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-12-03 00:32


syukran atas petua tu,......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarkasihProfil   Hantar PM kepada mawarkasih   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-12-03 15:34


time kasih atas sume petua2 tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 10-12-03 15:43


saye ade amalkan sket yg mne saye tau.
og kate saye mcm 15 thn. walhal saye dah nak masuk 20 thn

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

senin
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5582
Posting: 6
Dari: segamat

Johor  


posticon Posting pada: 10-12-03 16:01


bagaimana nak kekalkan awet muda. pada saya insyaAllah tak susah.
1. jika marah, pergi kebilik air, ambil air sembahyang.
2. sentiasa memberi senyuman kepada mereka yang memberi senyuman kepda kita.
3.kalau nak marah. cuba senyum walaupun senyuman yang dibuat itu pahit untuk diluahkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For seninProfil   Hantar PM kepada senin   Quote dan BalasQuote

KucingIslam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1331
Posting: 36
Dari: Ampang Waterfront,K.L.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-03 07:25


Terima Kasih atas info ini dengan ucapan Shukran-Jazakaallah Bil Khair,Barakallahu Bil Khair.Info ini sungguh bagus sekali tetapi KucingIslam berumur 41 tahun tapi macam umur 18 tahun(AWET MUDA).
Kalau nak nampak muda kena :-

#Beriman dan beramal Soleh.
#Jangan Marah.
#Selalu Bersedekah.
#Ceria Selalu(Happy go Lucky).
#Selalu Mandi Taubat:-niatnya Sahaja aku mandi Taubat Zahir Dan Batin Kerana Allah.
#Selalu Bertaubat.
#Banyak Beristighfar.
#Taat kepada IbuBapa.(Hidup Berkat)
#Selalu menjalinkan Silaturahim.
#Selalu amalkan Madu Lebah.
#Selalu Baca Al Quran.
#Banyakkan Berselawat.InsyaAllah~Wallahua'alam.


Salam Ukhwah~Salam Ceria~Salam Sayang dari

KUCINGISLAM(Raja Izzuddin)(COSMIC CAT)****

-----------------
Saya,yang.M.M.Syaidina Sheikh Imam AlMahdi Al-Haj(A.S.)"MAY THE FORCE OF ALLAH BE WITH YOU ALL!"

Bookmark and Share

    


  Member Information For KucingIslamProfil   Hantar PM kepada KucingIslam   Pergi ke KucingIslam's Website   Quote dan BalasQuote

farhanKhadijah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6094
Posting: 6
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-01-04 22:25



tima kasi ngan petua2 yang diberikan ...sebenarnya mmg banyak lagi petua yg ada...turun-temurun dari orang-orang tua kita...apapun ianya bergantung pada kehendak dan amalan diri masing-masing...bagi saya yang paling mujarab adalah jangan tinggalkan solat, banyakkan berselawat dan bersedekah dan murah2kan la senyuman kepada sesaiap sahaja..namun biarlah ianya bertempat..Allahu'alam bisawab..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhanKhadijahProfil   Hantar PM kepada farhanKhadijah   Quote dan BalasQuote

ziera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3307
Posting: 100
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-01-04 23:41


emm..lepas nie ramai la yg awet mude..

ape2 pon,thanx for dis useful info..rasenye x susah nak diamalkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zieraProfil   Hantar PM kepada ziera   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-04 07:11




Tima kasih atas semua yang telah memberikan petua - petua mereka.. kalau semua orang tahu tak lakulah produk kecantikan khusus untuk penuaan ni.. lebih mudah dan murah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

nysa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5481
Posting: 91
Dari: BuMi

egypt  


posticon Posting pada: 02-02-04 19:21


thanx bebanyak atas petua tui

Bookmark and Share

    


  Member Information For nysaProfil   Hantar PM kepada nysa   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-02-04 19:38




Aha...petua awet muda secara semulajadi ye!!....Herm..mmg menarik.... .....

Senyum2 selalu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

Ar-Raihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 6769
Posting: 95

Perak  


posticon Posting pada: 14-04-04 13:47



Petua : Menyerikan Wajah

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ar-RaihanaProfil   Hantar PM kepada Ar-Raihana   Quote dan BalasQuote

Ar-Raihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 6769
Posting: 95

Perak  


posticon Posting pada: 19-04-04 13:36


petua untuk wanita


1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari
kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh ! > jodo
elalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid
tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terka! dang terl
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam'
lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang
vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan
payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak
kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit
jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ar-RaihanaProfil   Hantar PM kepada Ar-Raihana   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-04 14:14




banyaknya penyakit kalau dah terlalu banyak ni..

setakat ni ana bukan terlalu banyak.. semuanya sikit2 aje.. tak suka pikir teruk2, tak suka happy sangat, tak suka sedih2 sangat, tak suka tension sangat.. harap - harap jauhlah semuanya sekali..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 18:23


Petua dari hakimabdulrahman Posting pada: 2004-09-19 13:14

Petua 1..

.Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat Nabi dikedua tapak tangan dan raupkan wajah beserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.
Amalkan setiap pagi...
Petua 2....

Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi,minum air dan biarkan ia didalam mulut selama 10 saat...dan sambil selawat 3 kali..kemudian baru teguk.
Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat..

Petua dari alin1605 Posting pada: 2004-10-05 12:10

Untuk semua sahabat-sahabat ..... petua awet muda dari Ustaz Ismail Kamus "
untuk kita sentiasa 'muda' ".

1. Melambatkan minum air setelah makan.....

- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja).

- minum setelah setengah jam selepas makan.

2. Rajin-rajin baca Al-quran.....

- niat ikhlas kerana Allah .....bukan kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam.....

- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah.....

- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya ..... mulakannya dengan 'nawaitu'..... amalkan sekerap termampu..... Insya Allah mujarab

Pohon maaf dari ana, ana tak nak delete posting sahabat berdua, tapi ana pastekan pada topic yang dah ada ye..

Syukran jazilan 'ala musa'adatukum

Wallahua'lam


[ Posting ini telah di edit oleh: khaulah_alazwar pada 2004-10-06 18:26 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 03:05


wah thanks atas petua ini...tapi org lelaki boleh cuba juga ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 25-09-08 09:04


Orang lelaki kalau nak awet muda mestilah cari bini muda...ops! maaf gurau....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 09:15


Pada 25-09-08 09:04 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

Orang lelaki kalau nak awet muda mestilah cari bini muda...ops! maaf gurau....



:-D nak bini muda pun kena lah yang tau buat kerja.. tak ada lah suami tua tension saja.. kalau tidak nanti makin nampak tua..:)



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 25-09-08 10:31


Banyakkan membaca Al- Quran... 8-)


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 21:24


salam untuk pembaca ukhwah..

terima kasih atas petua2 tu...sebenarnya semua amalan tu bergantung pada diri kita sama ada nak mengamalkan atau tidak...wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Jaafar072286
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34934
Posting: 84
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 00:52


Erra Fazira cakap makan air rebusan daun sirih. Selalu juga buat.... Orang cakap muka saya macam budak 15 Tahun tapi dah 22... hu hu hu.... sediy sediy... budak sekolah pun panggil abang bukan cikgu... hu hu hu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jaafar072286Profil   Hantar PM kepada Jaafar072286   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 25-10-08 20:37


Yang saya tau minum rebusan air sireh untuk perempuan saja....sebab untuk merapatkan "harta" kepunyaan wanita...lelaki nak rapatkan apa ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.149739 saat. Lajunya....