Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Akan sentiasa ada yang memperbodohkan selagi masih ada yang rela diperbodohkan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Demi kecintaan yang SATU ini...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Demi kecintaan yang SATU ini...

Please Mendaftar To Post


Oleh Demi kecintaan yang SATU ini...

AdAwiAh_1210
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 649
Posting: 120
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 16:27


sahabat semua

DEMI KECINTAAN YANG SATU INIā€¦

Apalagi dari rekahan bibir saudari yang bernama wanita, jika perkataan cinta terucap, nilaiannya tentu lebih tinggi berbanding daripada insan lelaki yang khabarnya lebih mudah memutar-mutarkan lidah, mengikut selera mereka yang penuh rahsia itu.

Cinta tidak semudah mengucapkannya. Di sebalik perkataan cinta tersembunyi seribu makna dan maksud. Cinta yang mewangi ibarat bunga yang kembang segar, mudah menarik naluri kumbang, lebah, kupu-kupu, burung malah langau untuk mendekatinya. Namun ada juga bunga yang berbisa, tersembunyi racun di sebalik warnanya yang ceria, di sebalik baunya yang tidak puas-puas dihidu itu.

Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah di sebaliknya. Cinta adalah mahabbah. Mahabbah adalah suatu kecintaan yang amat tinggi nilainya.

Mahabbah itu sebenarnya adalah satu kecintaan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah SWT. Dalam tasawuf mahabbah beerti patuh kepada Allah SWT dan membenci sikap yang melawan kepada-Nya.

Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir saudari ketahuilah bahawa cinta atau mahabbah itu harus melalui tiga tingkat.

Pertama: CINTA ORANG BIASA
Dia seorang yang selalu mengingati Allah SWT dengan berzikir, suka menyebut nama-nama Allah dan memperoleh kesenangan dalam ā€˜berdialogā€™ dengan-Nya serta sentiasa memuji-Nya.

Kedua: CINTA ORANG JUJUR
Dia mengenal Tuhannya seperti kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya, lalu lahirlah rasa cinta yang demikian hebat hingga seluruh perasaannya menjadi rindu yang tidak tertanggung.

Ketiga: CINTA ORANG ARIF
Cintanya adalah kerana dia kenal benar dengan Allah. Yang dilihat dan dirasa bukan lagi cinta tetapi DIRI yang dicintai. Sifat-sifat yang dicintainya masuk ke dalam diri yang mencintai hingga lahirlah dia sebagai seorang manusia yang begitu baik dalam segala segi.

Tentang cinta mencintai ini Allah berfirman dalam alQuran maksudnya;

ā€œā€¦Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nyaā€¦ā€Al ā€“Maidah:54

ā€œā€¦jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamuā€¦ā€ Ali-Imran: 31
tentang cinta ini juga Rasulullah saw bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hambal; ā€œHampirku sentiasa mendekatkan diri padaku dengan perbuatan-perbuatan hingga aku cinta padanya. Orang yang ku cintai menjadi telinga, mata dan tanganku.ā€


Diari Muslimah 2001

Bookmark and Share

    


  Member Information For AdAwiAh_1210Profil   Hantar PM kepada AdAwiAh_1210   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113355 saat. Lajunya....