Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 167
Ahli: 0
Jumlah: 167




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: mitos tentang coklat


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» mitos tentang coklat

Please Mendaftar To Post


Oleh mitos tentang coklat

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 15:22


Hakikatnya, ramai menggemari coklat. Namun disebabkan tahyul yang lama tertanam dalam masyarakat, perasaan bersalah sering menghantui setiap kali kita menikmatinya. Anda mungkin tidak percaya sekiranya diberitahu kebanyakan laporan mengenai kesan negatif coklat disebabkan maklumat kurang tepat. Hasil penyelidikan terkini mendapati coklat berciri positif yang unik. Maka, kita harus mengubah tanggapan umum yang tidak tepat ini.

Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat.
Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.
Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya.
Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini.
Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid.
Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.
Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.

Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.
Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna.

Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak. Tetapi ingat, bersenamlah selalu!



-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

nuriz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 128
Posting: 205
Dari: rumah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 15:26


HaHa.....

KeBeNaRaN aKhIrNyA tErBoNgKaR jUgA.

p/s :BeRsIh SeMuLa NaMa CoKlAt

-----------------
[img]http://smilies.networkessence.net/s/kao/otn/pbubbles.gif[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurizProfil   Hantar PM kepada nuriz   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 15:43


assalamualaikum

nah kini terjawab sudah coklat bukan punca kegemukkan... tapi jgn le makan bebanyak sangat kang jadi macam nie :pitam:

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 16:17


info dari pakar teknologi perubatan...
syukran darul_numan81...



-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

azygos
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 61
Posting: 56
Dari: RCMP

Perak  


posticon Posting pada: 21-05-03 17:58


banyak betul la info akak darul_numan81 nie..
bagus² teruskan mencari dan memberi...
ya..saya mmg suker coklat!!
saper cakap coklat tak best silap la..
hilang nikmat makan yg Allah dah beri tu..
tapi stp benda hendaklah sederhana kan..
makan berpada²..la
akak nur_tinta tembam sbb makan coklat byk ker..jgn mareeee ei..

-----------------
kehidupan adalah tarbiyyah dari Allah,
jika kita tidak dapat menerima tarbiyyah Allah..
nescaya kita tidak dapat menerima tarbiyyah manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azygosProfil   Hantar PM kepada azygos   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 18:06


ye ye~!! nasib baik laaa kak darul_numan81 bitau....huhu...ana mmg tak risau benda² nih... cuma kengkwn jer yg pantang sngt nak mkn coklat... takut naik jerawat konon...hihi...klu makan kacang lak canner?? tak naik jerawat ke?? org salu ckp mkn kacang bnyk² nnt tumbuh jerawat... tp ana hentam jerh...tak der plak tumbuh jerawat

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 21-05-03 18:32


oooo.tak sangak rupanya coklat tidak menyebabkan gemuk dan jerawat,dah hampir 2thn6bulan ana dah tak makan coklat tak sangka ana,rupanya sebalik kerangupan coco dan inti susu ada rahsia

-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 21-05-03 23:59


lepas ni bolehlah buka bisnes colkat.. heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 00:13


assalamualaikum...

bagus tul info yg akak bg ni... lepas kita kempen satu malysia MAKAN COKLAT DEMI KESIHATAN ANDA UNTUK BERIBADAH.... hehehe... bole le lawan kempen monogami tu yer...

thanks again....



Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-05-03 01:55


kak!! alin_nilku sayang hehe,lepas ni belanja isa-VR4 makan coklat boleh?nanti bila VR4 tidor...(tengah mimpi).boleh laa kak bawak 1 lori hantar kat umah saye....disampg tu jangan lupa masak,bawak skali..masakan kak ni


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 10:22


buat syaheada,

Sebab atau punca timbulnya jerawat tidak dapat dikenal dengan pasti. Tetapi di antara sebab utama yang biasa disebut ialah ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya ialah kerana keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan dan cuaca. Kulit yang terdedah kepada bahan kimia tertentu juga mungkin merangsang kehadirannya.

Kaum lelaki dikatakan lebih kerap terdedah kepada jerawat berbanding perempuan. Tetapi bagi kaum hawa, jerawat mungkin bertambah apabila datang haid atau hamil.

walau belum ada bukti yang kukuh adanya hubungan langsung antara jerawat dengan pola makan, namun sebagian orang yang mengalami reaksi khusus terhadap jenis makanan tertentu seperti kacang, coklat, dsb. haruslah menjaga pemakanan mereka.

makanan yg baik pun jika diambil secara berlebihan atau dengan jumlah yg sedikit pasti akan memudharatkan. sesungguhnya ALLAH amat bencikan hambanya yg berlebih2an.wallahualam.

p/s: isa-vr4 nak mintak blanja coklat?insyaALLAH...




-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 00:50


a'kum

yang penting makan tu berpada2..sederhana spt yang dianjurkan dlam Islam

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 12:11


Assalamualaikum...

Quote:

On 2003-05-21 17:58, azygos wrote:
akak nur_tinta tembam sbb makan coklat byk ker..jgn mareeee ei..



eii tak maraaaahh lerrrrrr sayang lagik ada....

sabar jelah ...!!!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

azygos
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 61
Posting: 56
Dari: RCMP

Perak  


posticon Posting pada: 05-06-03 22:31


Quote:

On 2003-05-23 12:11, nur_tinta wrote:
Assalamualaikum...

eii tak maraaaahh lerrrrrr sayang lagik ada....

sabar jelah ...!!!



bagus!bagus!sabar 2 sbhgn dpd iman!!
betul ke ni sabar??....nampak cam...

cerita pasal coklat ni,nak tanya coklat jenis apa
yg korang paling suker??

Bookmark and Share

    


  Member Information For azygosProfil   Hantar PM kepada azygos   Quote dan BalasQuote

SaLaFy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...

iraq   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 01:33


assalamualaikum!!!

LePeh ni nak melantak coklat ar...lamer tak makan ni...
ehehehhe...windu kat coklat~...ekekek...
erm..sayer suka coklat kedberi atau pon aper aper coklat yg sedap dan bukan UsA...ehehehhe...erm. kedberi USa KERK?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFyProfil   Hantar PM kepada SaLaFy   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 11:50


as'kum..baguslah kiranya sesiapa yg takut nak makan coklat dah kembali makan selepas baca artikel ana ni.

erm..mengikut satu lagenda..coklat adalah makanan istimewa kerabat di raja sepanyol dan menjadi rahsia di istana bertahun lamanya. hanya kini coklat dapat dinikmati ramai. sebab itu msyarakat Aztec begitu menyanjungi coklat.

p/s:erm..ana suka coklat yg ada badam dlm dia..sedap hingga menjilat jari..

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-06-03 19:43


saya suka coklat,cadbury ke...apa ke...tapi fact paling best"leh kuat tenaga batin"yg bestnya saya tengok yg rajin makan coklat ni perempuan je"ada apa apa ke ni???

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-06-03 22:06


salam alaik..

erm..coklat??mmg best..dan takde yg best melainkan best semuanya..tak kiralah..air coklat ker..roti coklat ker..biskut coklat ker..apatah lagi coklat ..semuanya best..mesti ada dlm beg setiap hari...kuikui..sbb bila makan coklat..at least kurangkan stress...itupun jika tension..kalu tak tension pun..mmg sbb coklat tu best...tu yg jadi makanan tambahan tu..kuikui

tp..utk membeli jenis coklat tu..jenama yg didahulukan...yg jarang didengar..yg pelik bentuknya..selalu tak masuk dlm senarai..

apapun..NIPS..mesti ada dlm beg!!kuikui

-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

servant
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.01.2004
Ahli No: 6210
Posting: 28
Dari: bdr tun hussein onn

senegal  


posticon Posting pada: 02-04-04 02:40


bagus info akak pasal cokelat nih...
tapi yg penting pesan rasul jgn diluper..
makan apabila benar2 lapar& berenti sebelom kenyang...tu ler rahsia kesihatan yg sebenarnyer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For servantProfil   Hantar PM kepada servant   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11804 saat. Lajunya....