Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Siapa Sudah Baca Al-ISLAM Terbaru?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Siapa Sudah Baca Al-ISLAM Terbaru?

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa Sudah Baca Al-ISLAM Terbaru?

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 07:56


Saya nak tanya kpd semua ahli Ukhwah.com, Ada tak sesiapa yg dah baca majalah AL-ISLAM yg terbaru? Antara topiknya,

"Percayakah Anda Bahawa Azab Kubur Sebenarnya Tidak Wujud? & 90% Yg Ditangkap Berkhalwat Adalah Wanita Bertudung!

Saya belum berkesempatan membacanya, tetapi tajuk itu cukup utk memeningkan kepala...Sejak AL-ISLAM diEDITORkan oleh Astora Jabat ni...mcm-mcm topik yg mengelirukan diutarakannya. Apa komen Anda? Kepada yg dah baca tu boleh laa ulas sikit yer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 13-11-03 08:30


ASSALAMUA'LAIKUM... ASTORA JEBON....OO RATA RATA KITA DAH TAHU SIAPA DIA, DAN TAK PERLULAH KITA NAK PENINGKAN KEPALA DGN MEMIKIRKAN APA YG DI KATAKAN ITU ADALAH BENAR ATAU TIDAK. BAHKAN KITA MASIH RAMAI USTAZ USTAZ, GURU GURU YG LEBIH FAQEH DARI ASTORA JEBON TU. ANTARA USTAZ YG CUKUP ANTI DGN ASTORA JEBON YG ANA KENAL ADALAH USTAZ SHARIL LONG. SO KALAU NAK TAHU ATAS HUJJAH APA DPTKANLAH KASET CERAMAH BELIAU DI KINI BERADA DI PASARAN TEMPATAN, DAN SILA DAPATKAN YG ORIGINAL , DEMI MEMBANTU DAKWAH ISLAM BERJALAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

perantausepi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4762
Posting: 258
Dari: bumi bersejarah

Selangor  


posticon Posting pada: 13-11-03 08:40


Dalil Yang Jelas Pada Menolak Kesesatan Astora Jabat dan Majalah Al-Islam

Isu Tiada Azab Kubur

Musuh-musuh Islam khususnya para Orientalis tidak henti-henti menyerang aqidah umat Islam dengan berbagai-bagai cara. Terbaru adalah artikel yang terbit dalam majalah Al-Islam keluaran November 2003/Ramadan 1424 (KDN.P.P.2194/10/2003 Tahun ke 30 bil. 35 yang ditulis oleh Astora Jabat yang terkenal dengan tulisan-tulisan yang menyeleweng dari ajaran Islam.Tidak berapa lama dulu penulis upahan Barat ini mengejutkan umat Islam dengan cerita Firaun tidak kufur dan wanita Islam tidak wajib menutup

Jawapan Terhadap Astora Jabat Yg Menafikan Azab Kubur

Musuh-musuh Islam khususnya para Orientalis tidak henti-henti menyerang aqidah umat Islam dengan berbagai-bagai cara.Terbaru adalah artikel yang terbit dalam majalah Al-Islam November 2003/Ramadan 1424 yang ditulis oleh Astora Jabat yang terkenal dengan tulisan-tulisan yang menyeleweng dari ajaran Islam. Tidak berapa lama dulu penulis upahan Barat ini mengejutkan umat Islam dengan cerita Firaun tidak kufur dan wanita Islam tidak wajib menutup kepala yang terang-terangan bercanggah dengan nas Al-Quran.

Dalam majalah Al-Islam keluaran November 2003/Ramadan 1424 Astora menulis bahawa azab kubur tidak ada dengan mengemukakan beberapa dalil-dalil aqal yang terang menunjukkan kejahilan dan kesesatannya.

Di antara dalilnya ialah tiada ayat yang menyebut dengan jelas tentang adanya azab kubur dan tiada hadith yang sahih mengenainya.

Padahal sekelian ulamak-ulamak tafsir dan ulamak-ulamak hadith yang muktabar seperti Imam Ibn Kasir, Imam Al-Qurtubi, Imam Ar-Raazi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah dan lainnya menyebut tentang adanya azab kubur dan kewajipan beriman dengannya didalam kitab-kitab mereka.

Adakah Astora lebih tahu tentang Quran daripada sekelian ulamak tafsir dan ulamak hadith?

Imam Abu Hanifah menyebut pada kitabnya yang bernama Al-Fiqhul Akbar :

“Dan sempitnya kubur dan azab kubur itu adalah benar kepada mayat kafir sekeliannya dan sebahagian dari yang derhaka dari orang2 yang beriman.”

Astora menyebut dalam tulisannya bahawa adanya azab kubur itu tidak ada sepakat olih para ulamak.

Ini adalah jelas satu pembohongannya kerana ulamak-ulamak Ahlu Sunnah menyebut bahawa perkara azab kubur ini adalah perkara yang disepakati olih sekelian ulamak Salaf mahupun Khalaf.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam Kitab Ar-Ruh :

“Telah ijmak sekelian ulamak Ahli Sunnah bahawa wajib beriman tentang adanya azab kubur dan tiadalah menafikannya melainkan kaum yang sesat lagi menyesatkan.”

Al-Imam Al-Qurtubi menyebut didalam tafsirnya :

“Tiadalah menafikan adanya azab kubur itu melainkan orang-orang yang sesat daripada Kaum Khawarij dan Murjiah.”



Hadith2 Yang Menjadi Dalil Adanya Azab Kubur


Berikut kami datangkan 23 hadith-hadith yang sahih yang mana 21 buah hadith daripadanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur.




Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Nabi saw berdoa semasa tiba diperkuburan Baqi’ Al-Gharqad :

“Aku mohon berlindung dengan Allah Taala dari azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud,Nasaai,Ibn Majah, Al-Hakim dan Ibn Hibban.)


Dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Nabi saw menceritakan hadith yang panjang tentang datang malaikat kepada mayat didalam kubur sehingga sabdanya :

“
dan dibukakan bagi mayat yang jahat itu akan satu pintu kepada neraka maka datang akan dia kepanasan api neraka tersebut dan pedihnya dan sempitlah atasnya oleh kuburnya sehingga berselisishlah segala tulang rusuknya..”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Thoyalisi, Baihaqi, Ibn Abi Syaibah, Al-Hakim, Abd Razzaq, Ibn Mandah, Abu Nu’aim dan At-Thobari.)



Dari Ibn ‘Abbas r.a. ketika Nabi saw apabila lalu dekat 2 buah kubur baginda bersabda :

“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi saw meminta dengan pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.Juga diriwayatkan oleh Abu Daud , Tirmizi, Ibn Majah, Nasaai, Imam Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Baihaqi, Baghawi, Ad-Darimi, Ibn Mandah dan Thoyalisi.)



Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya mayat itu diazab dengan sebab ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Imam Riwayat Bukhari)



Daripada Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Bahawasanya mayat itu akan diazab dengan sebab sebahagian ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada A’iyah r.a. bahawa Nabi saw ketika lalu dekat keluarga Yahudi yang sedang maratapi mayat salah seorang ahli keluarga mereka lalu bersabda :

“Kamu sekelian menangisi atasnya dan sungguhnya dia diazab didalam kuburnya .”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada Umar r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya mayat itu diazab dengan sebab ratapan orang yang hidup.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada A’isyah r.a. sesungguhnya Nabi saw bersabda :

“Sungguhnya Allah swt akan menambah bagi orang kafir akan azab dengan sebab ratapan ahlinya keatasnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Dari Barra’ bin ‘Azib bahawa Nabi saw bersabda :

“Apabila didudukkan mayat yang mukmin didalam kuburnya kemudian didatangi oleh malaikat dan ia pun bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Yang demikian itu adalah FirmanNya ‘Telah menetapkan olih Allah akan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap’ (Surah Ghafir ayat 45) telah turun ayat ini tentang azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada A’isyah r.a. bahawa beliau telah bertanya Rasulullah saw tentang azab kubur maka jawab Rasulullah saw :

“Ya. Azab kubur itu memang benar.”

Berkata A’isyah r.a. :

“Tiadalah selepas itu aku lihat Rasulullah saw selepas menunaikan solat melainkan minta berlindung daripada azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Nabi saw bersabda tentang mayat kafir dan munafiq didalam kubur mereka:

“Dan dipukul akan mayat itu dengan pemukul daripada besi dengan satu pukulan. Maka bertempik mayat itu dengan satu tempikan yang mendengar akan dia oleh sekelian yang disisnya melainkan jin dan manusia.”
(Hadith sahih riwayat Imam Bukhari)



Daripada Abi Ayyub r.a. bahawa suatu hari Nabi saw terdengar satu suara lalu baginda bersabda :

“Mayat Yahudi yang sedang diazab didalam kuburnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada anak perempuan bagi Khalid bin Said Ibn Al-‘Ass bahawa dia telah mendengar

“Nabi saw berdoa memohon perlindungan daripada azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Daripada Abi Hurairah r.a. beliau berkata :

“Adalah Rasulullah saw berdoa : Ya Allah! Sungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan azab neraka..”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari)



Dari Ibn Umar r.a. adalah Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya Allah swt tidak mengazab akan mayat dengan sebab mengalir air mata atau dengan sebab bersedih hati tetapi mengazab Ia akan mayat dengan sebab lidah ataupun mengasihani.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Dari Syu’bah r.a. beliau berkata :

“Telah turun ayat 45 Surah Ghafir berkenaan azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada A’isyah r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Bahawasanya azab kubur itu sesungguhnya memang benar.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)


Daripada Anas r.a. adalah suatu hari Nabi saw lalu pada kampung Bani Najjar maka tedengar ia akan satu suara dari satu kubur maka baginda pun bersabda :

“<1>Bilakahkah ditanam akan tuan punya kubur ini”

Jawab para sahabat :

“Pada zaman jahiliyyah”

Maka Nabi saw bersabda :

“Jikalaulah tidak kerana ianya ditanam nescaya telah aku minta supaya Allah perdengarkan kamu sekelian akan azab kubur.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi saw bersabda :

“Sesungguhnya mayat itu diazab didalam kuburnya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada A’isyah r.a. berkata kepada Nabi saw bahawa 2 orang tua Yahudi berkata adalah ahli kubur itu diazab didalam kubur mereka itu. Maka Nabi saw pun bersabda :

“Benarlah kata mereka berdua. Sungguhnya mayat-mayat itu diazab didalam kubur mereka sehingga mendengar akan dia oleh sekelian binatang.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda :

“Apabila selesai kamu daripada membaca tasyahhud akhir maka hendaklah kamu minta berlindung dengan Allah swt dari empat perkara yaitu dari azab neraka Jahannam dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan fitnah mati dan dari fitnah Dajjal.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada Ibn Abbas r.a. berkata

“Bahawasanya Nabi saw mengajar akan mereka itu akan doa ini seperti mana baginda mengajar mereka itu akan Surah dari Al-Quran yaitu “Wahai Allah! Sungguhnyaaku memohon berlindung dengan Mu daripada azab Jahannam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Masih Dajjal.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawasanya Nabi saw bercerita tentang mayat kafir didalam kubur :

“Kemudian dipukul akan mayat tersebut dengan satu pemukul daripada besi pada antara dua telinganya.”
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)



Maka jelas daripada segala hadith-hadith yang sahih ini bahawa azab kubur memangnya sebenar dan sekelian orang Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya adalah sesat dan keluar dari agama Islam.

Apabila telah teranglah dari hadith-hadith tersebut tentang adanya azab kubur maka dapatlah kita yakini bahawa Astora Jabat yang telah menulis artikel didalam majalah Al-Islam itu adalah sesat dan cuba menyesatkan orang yang lain.

Adakah patut kita berpegang dengan pendapat seorang pemberita yang jahil lagi sesat dan kita tinggalkan hadith-hadith yang telah diriwayatkan oleh berpuluh-puluh ulamak hadith?

Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah juz 2 m.s. 578 :
“Dan telah mutawatirlah segala hadith dari Rasulullah saw pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya dan soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad akan sabitnya yang demikian itu.”

Diantara kejahilan Astora Jabat sebagaimana artikel yang ditulisnya berkata bahawa bagaimana pula hendak diazab ke atas mayat yang mati dalam nahas udara atau ditelan binatang buas dimana mayatnya telah hancur?

Allah Taala menjelaskan didalam Al-Quran bahawa Dia berkuasa menghidupkan segala yang telah mati samada elok jasadnya atau sudah hancur.

Pada ayat 259 Surah Al-Baqarah Allah berfirman :
“dan lihatlah kepada tulang-tulang keldai itu bagaimana Kami menyusunnya semula kemudian Kami balut akan dia dengan daging”

Yakni Allah swt hidupkan semula keldai yang telah mati yang berselerak tulang-tulangnya. Ini sebagi bukti yang jelas Allah berkuasa menghidupkan kembali segala yang telah mati walau pun dalam keadaan hancur.

Dan pada ayat 260 Surah Al-Baqarah Allah swt memperlihatkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bagaimana Dia berkuasa menghidupkan burung-burung yang telah mati dicincang hingga lumat yaitu firman Nya :

“Wahai Ibrahim! Ambillah empat ekor burung dan engkau cincang burung-burung itu hingga lumat dan engkau hantarkan tiap-tiap juzuknya yang hancur itu diatas puncak bukit. Kemudian burung-burung itu Aku hidupkan dan datang kesemuanya berterbangan kepadamu dengan segera. Ketahuilah bahawasanya Allah swt Maha kuasa dan Maha bijaksana.”

Dan banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan bagaimana Allah menghidupkan mayat-mayat yang telah hancur dengan kekuasaanNya.

Dan pada m.s. 579 Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali Ibn Abi Al’Izz Ad-Dimasyqa pada Kitab Syarah Thahawiyah berkata :

“Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka barang siapa yang telah mati maka mustahaklah bagi azab yang tertentu baginya samada dikuburkan atau tidak dikuburkan yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu atau diterbangkan pada udara atau disalib atau tenggelam dilaut nescaya sampailah kepada ruh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan.”

Sekelian ulamak Ahlu Sunnah Wal Jamaah telah sepakat bahawa barang siapa yang tidak percaya Allah Taala berkuasa menghidupkan semula orang-orang yang telah mati maka adalah ia sesat dan kafir.

Akhirnya kami menyeru umat Islam di Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan kesesatan Astora Jabat atau penulis-penulis seumpamanya dan jangan lagi membaca Majalah Al-Islam kerana sudah terang-terang bercanggah dengan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.



Diterbitkan oleh Jabatan Tafsir dan Al-Hadith Surau Ladang Kuala Terengganu.
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For perantausepiProfil   Hantar PM kepada perantausepi   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 08:49


Inilah "iman mangkuk ayun"....

Tunggu dia masuk kubur dulu baru dia tau ada ke takde azab seksa kubur tu..

p/s: mengkufuri salah satu perkara ghaib terbatal 'aqeedah.. terang2 dah tu..

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

Helmisuhaimi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3855
Posting: 111
Dari: Kuala Lumpur

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 09:42


Astaghfirullah...
ape nak jadi dgn dunia skrg nie..
org yg terang2 melakukan kesesatan pun di jadikan editor buku "Al-Islam"..
sepatutnya org yg macam tue patut di hukum gantung sampai mati...
org yg macam tue patut dihapuskan dan dilenyapkan terus dari muka bumi ini...
senang jer dia buat fatwa macam tue..
saya rasa mari kita bersama membuat satu memorandum utk menentang artikel ini...
ianya mmg salah besar nak diikutkan dr sudut agama islam..
camner..ade yg setuju tak..
kalau boleh kita face to face dgn si astora jabat tue..


Bookmark and Share

    


  Member Information For HelmisuhaimiProfil   Hantar PM kepada Helmisuhaimi   Pergi ke Helmisuhaimi's Website   Quote dan BalasQuote

addawami
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4632
Posting: 3
Dari: Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 13-11-03 10:02


pesan saya kepada astora jabat
jangan siasiakan ilmu yg anta pelajari selama ini
hanya disebabkan fahaman politik anta
cuba anta bayangkan anta menyebarkan ilmu yg salah kepada umum.setiap org yg mengamalkannya, antalah org yg kena tanggung dosa diorang....kembalilah kepada jalan yg lurus....
kepada ketua editor MAI anta turut menanggung dosa di akhirat nanti..KEMBALIKAN MARUAH MAJALAH AL ISLAM.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For addawamiProfil   Hantar PM kepada addawami   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 10:03


Beginilah bila ulama' sebenar dipinggirkan... fahaman2 terpesong dan merosakkan akidah dibiarkan berleluasa... orientalis makin menunjukkan taring mrk... astora ni satu spesis yg sama dgn SIS... berhati2lah dgn agenda dan propaganda mrk...

p/s: dah tak berminat baca Al-Islam sejak astora jd editor...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 14:32


Assalamualikum.wbt,....


Garang betul antom semua..kalau tahu pada Astora Jabat apa pula dalil yang di keluarkan kepada komuniti kita nanti...apa-apa ana bangga dengan antom semua...Jika sayangkan Islam, marilah kita sama-sama bantu jemaah-jemaah Islam, jika di Malaysia nie faham-faham sajalah mana "Islam betul" dan mana yang "Islam kapal selam"..

Baru semalam ana terbaca majalah tu, tapi taklah habis, sebb dengar nama pengarang pun dah tak menarik perhatian ana...

Ulama' akhidah membahagikan perkara ghaib kepada 2

1) Ghaib hakiki
2) Ghaib Idhofi

1) Perkara gahaib hakiki hanya Allah sahaja yang mengetahu tentangnya, misalnya bila hari kiamat. Rasulullah saw. pernah di tanya bilakah kiamat..beliau hanya jawab 40..tetapi tidak menerangkan samaada 40bulan,40tahun,atau 40ribuan tahun..

2) Perkara ghaib idhofi, yakni hanya orang-orang yang di redhai oleh Allah dan di beri kelebihan ialah para rasul....Rasulullah pernah menceritakan bahawa di kiri "titian sirat" silaturrahim dan di kanannya adalah amanah

Ana pun tidak arif tentang tu..tapi antom semua mersti pernah dengar...SIKSAAN MENIGGALKAN SOLAT..antaranya 6 di dunia, 3 seksaan ketika menghadapi mati, 3 siksaan di alam kubur dan 3 siksaan ketika bertemu Allah..

3 sisaan di alam kubur;

1-Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
2-Allah akan menggelapkan kuburnya
3-Allah akan menyiksanya sehingga hari kiamat..


Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw. biasa membaca doa:

""Allahumma inni a'udzubika min adzaabil qabri, wa min 'adzaabin naar, waminfitnatil mahyaa wal maaati, wa min fitnatil masiihid dajjal""

(Wahai, Allah! aku berlindung dengan engkau dari siksa kubur, dan dari siksa neraka, dan dari bencana hidup dan mati, dan dari bencana Al-Masih-Dajjal)...SAHIH BUKHARI..

Mudah-mudahan Allah sentisa memberi kita petunjuk dan ilmu yang benar demi menghayati keindahan Islam yang di tinggalkan oleh Rasulullah saw dan para Nabi...

Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 16:24


Bulan depan ASTORA bawa tajuk muka depan AL-ISLAM...."KOMUNITI UKHWAH medium JI". haa...apa cerita? Apapun terima kasih yg tak terhingga kpd sdr perantausepi dgn artikel yg sgt menarik menjawab hujah Astora yg dangkal itu. & semua yg mengambil perhatian kpd isu ini.

Amat mendukacitakan orang yg sebegitu rupa diberi kepercayaan utk mengemudi majalah A-ISLAM...Kita tertanya...berapa ramai sudah masyarakat yg sudah menerima Astora? Hujah nya itu memang nampak kontemporari dan amat mudah utk menjalani kehidupan di dunia ini tanpa perlu terikat dgn Syariat...bagi mereka yg kehidupannya begitu mesti amat lega dgn pembaharuan drpd Astora ini.

Langkah mesti di atur segera bagi mengelakkan lagi ramai umat Islam negara ini terjerumus dlm kekalutan & kekeliruan ttg Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 14-11-03 14:19


Isk... nama Astora Bejat timbul lagi.... Sesat lagi menyesatkan namun diangkat sebagai ulamak oleh sesetengah orang.

Teringat forum lama: ada seorang perempuan pengikut Astora Bejat yang seakan mengiyakan bahawa Astora bejat itu betul dan kita perlu bersangka baik (nak muntah.....) Kemudian katanya: Kalau tak betul masakan Astora ada pengikut.

Syaitan, Abu Jahal, Iblis pun tak betul tapi mengapa ada pengikut juga? Isk, isk, isk.....

Harap-harap dalam laman ini tak ada pengikut Astora Bejat (Bejat dalam bahasa Jawa = jahanam).

Hari ini Astora bejat kata tak ada siksa kubur... yang pengikut dan pengampu angguk. Esok lusa dia kata Rasulullah itu dongeng, pun angguk. Lain kali dia naik sedap dia akan kata Allah itu tidak wujud.

Sangka baik??

[ Posting ini telah di edit oleh: Kang pada 2003-11-14 14:23 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-03 11:13


Assalamualaikum...

Sebaiknya elakkanlah baca Al-Islam kalau kita rasa ilmu kita tak cukup mantap.. sebab Astora ni bab belit membelit putar memutar memang pandai.. takut kita pun lama2 boleh mengiayakannya...

Sama2 berdoa dijauhkan dari azab kubur.. Bak kata meow.. tunggu dia masuk kubur baru tahu kan..


Martyr.. Ana pun peminat ustaz Sharil Long.. memang mantap.. rujukan sampai muka surat dia ingat.. hujah pun bernas...



-----------------



Hargai semasa ada....

[ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2003-11-15 11:46 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

MohdZakri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-11-03 01:31


Baru sebulan lepas, utz shahril long datang di markaz di tempat ana di Kuala Rompin Pahang, betul tu dia siap hafal pages to pages....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdZakriProfil   Hantar PM kepada MohdZakri   Pergi ke MohdZakri's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-11-03 02:24


tembak je astora tu ngan meriam habis cerita



-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">"Bookplate" size="3">Theme From Silk Road



[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-11-16 02:26 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

mazz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5156
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-03 09:09


assalamualaikum...

" Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa" (Al- Muthaffifiin: 12)

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazzProfil   Hantar PM kepada mazz   Quote dan BalasQuote

puteri_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-11-03 13:06


Assalammualaikum….

Ana adelah baca ttg apa yg ditulis oleh Astora Bejat tu…Al-Islam (November)

Tapi ana bukan beli MAI…ana pinjam je ….

Membazir je klu beli….baik bersedekah je duit tu..

Ana baca hanya secara rawak je…maksunya tak baca sampai habis..

Sakit hati bila baca..kan tak pasal je kena koyaklak majalah tu…

Entahlah…boleh pulak Astora tulis kalau mati kena bom atau mati ditelan haiwan

bagaimana pula siksaan kubur nya pula???

Itu persoalan yang diutarakan bagi menpsykologi pemikiran orang yang membacanya…

Dia sampai mempertikai ayat Al-Quran lagi katanya ayat itu samarlah…Allah tak memberinya dengan seluruhnya…

Entahlah ana pun tak faham sangat…

Mungkin jika SAIDINA UMAR AL-KHATAB masih hidup dah kena pancung kepala Astora tu….

Dan dalam majalah itu juga Astora ade menulis ttg ajaran sesat di M’sia..

Salah satunya ttg Al-Maghunnah….

Dan dia sertakan gambar tempat pengajian Tahfiz Al-Quran yang direalisasikan oleh Al-Mansur marketing…

Dikatakannya juga sesat…

Sedap2 je nak tuduh org sesat…dalam beberapa bulan lalu Ibu ana ada mengikuti rombongan ke Pattani melawat kubur2 wali Allah dan wali yang masih hidup salah satunya Baba Hussin…

Dan dalam perjalanan menuju kedestinasi seterusnya ketua rombongan ada menunjukkan jalan menuju kerumah Ayahanda Astora Bejat tu…dan katanya ibu dan ayah nya juga tak mengaku anak…

Nie kira kes kritikal dah dahlah Mak dan Ayah tak mengaku anak,…mungkin boleh jadi Allah tak redha dia dan Rasulullah S.A.W pun tak mengaku umat…

Isk..isk…ni dah kes teruk nie….hanya PM kita je yang mengakunya sebagai waraga M’sia dan sebagai Ulamak terulung bagi mereka…

Entahlah apa nak jadi…

HARU BIRU JADIKNYA….(buka HARU HIJAU)

wallahhua'lam

wassalam




-----------------
Sesungguhnya ingatan hamba kepada Tuhannya itu adalah lebih besar daripada segala-galanya.Dan Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah al-Ankabut:45)

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamProfil   Hantar PM kepada puteri_islam   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 16-11-03 13:16


bila harta dan kedudukan dah mengaburi mata macam2 boleh terjadi.... pernah dulu diadakan forum di ipt, dan beliau di jemput jadi ahli panel.. apabila ada yg menjoal dan beliau tak dapat menjawab penyoal tu plak di marahnya...

p/s;: jgn sekadar menjadi ulama boneka ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

zinnirah_84
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5026
Posting: 28
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-11-03 13:38


Astaghfirullah....inilah akibatnya apabila manusia lupakan ALLAH S.W.T.Mujur ada yang prihatin ttg isu ini,kalau tidak tentu ramai yg terpedaya.Org yg cetek pengetahuan agama la yg akan menjadi mangsa.Kita perlu berwapada dengan dakyah pihak2 tertehtu demi menjaga kepentingan mereka.Ana dah lama tak baca al-islam.Depa sanggup buat apa shj, sehinggakn sanggup melanggar hukum ALLAH.Ingatla, ALLAH sentiasa memerhatikan kita.Semoga ALLAH memberi hidayah kpd mereka2 ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnirah_84Profil   Hantar PM kepada zinnirah_84   Quote dan BalasQuote

mazz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.11.2003
Ahli No: 5156
Posting: 54
Dari: Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-03 15:40


assalamualaikum...

surat khabar hari ni astora ada membuat penerangan tentangnya. katanya Al islam keluaran november hanya membincangkan azab kubur dari sudut Al- Quran. Dan pada keluaran disember nanti akan di keluarkan sambungannya iaitu azab kubur dari sudut hadis...
sama2 lah kita membaca apa pula yang mahu diberinya..yang pasti dalam surat khabar hari ini astora memang tidak mengakui kesilapannya...wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazzProfil   Hantar PM kepada mazz   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 10:35


iyalah... ana pun dah baca..ana memang terkilan bagaimana isu ni boleh dibincangkan..masalah kita di malaysia ni ialah..payah untuk menyebarkan sesuatu yang haq...yang batinya berlambak-lambak...majalah yang bertitlekan islamik yang ada ternyata lari dari konsep sebenar...majalah picisan pula denagn mudah diluluskan penerbitannya...rakyat malaysia semakin hari disogok dengan bahan2 yg tak membina diri..bila media massa kita nak berubah????? berkenaan dengan artikel2 yang ternyata keluar dari prinsip syariah memang patut kita semua hantar memorandum membantah penerbitannya..ana yakin sahabat2 di ukhwah ni semua prihatin...
" being a critical person!!"

-----------------
lawati saya di sini

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-11-03 15:13


Orait...kita tuggu Hujah bengong ASTORA al-Kazzab tu bulan depan....Nampaknya majoriti nyta tak berpihak kpd ASTORA...syukur....bagus gak cdgan KAmalhisyam tu....kita antar memorandum bantahan kpd majlis RAja-Raja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

makhluk
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5194
Posting: 21
Dari: Republic of Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-11-03 15:31


astora jabat pendusta agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For makhlukProfil   Hantar PM kepada makhluk   Quote dan BalasQuote

makhluk
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5194
Posting: 21
Dari: Republic of Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-11-03 15:31


astora jabat pendusta agama..

-----------------
Fantasi Itu Indah, Realiti Belum Tentu Lagi........

Bookmark and Share

    


  Member Information For makhlukProfil   Hantar PM kepada makhluk   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-03 07:43




Sebagaimana yg dijanjikan...AL-ISLAM edisi DIS 2003 sudah pun terbit. Ana sempat melihat iklannya dalam akhbar UTUSAN MELOYA. Seperti yg dijanjikan oleh ASTORA AL-KAZZAB bulan keluran kali ini dia akan menyambung mengenai penipuannya ttg azab kubur sebenarnya tdk wujud. Lagi satu yg menyakitkan hati ialah...interviu bersama DR BAKRI entah dari mana...Depan majalah tu tertera...." PAKAI TUDUNG BUKAN SAJA TDK WAJIB, MALAH KADANGKALA HARAM! jadi siapa yg dah beli eloklah ulas sikit hujah mereka itu...Sekian Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-03 07:48


Quote:

On 2003-11-16 15:40, mazz wrote:
surat khabar hari ni astora ada membuat penerangan tentangnya. katanya Al islam keluaran november hanya membincangkan azab kubur dari sudut Al- Quran. Dan pada keluaran disember nanti akan di keluarkan sambungannya iaitu azab kubur dari sudut hadis...
sama2 lah kita membaca apa pula yang mahu diberinya..yang pasti dalam surat khabar hari ini astora memang tidak mengakui kesilapannya...wallahua'lam



Haa...dah keluar pun...kalau ukhti Mazz rajin boleh laa beli...pastu cerita sikit kat ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-03 07:41


Pembetulan....nama org yg mengutarakan tajuk "Pakai Tudung Bukan Saja Tdk Wajib malah Kadangkala Haram" adalah Dr Zaki Badwi. tak tau dari mana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 20-11-03 11:00




Astora,oh,Astora

tak habis-habis nak cuba sesatkan umat islam.Mereka yg cetek ilmu agama pasti akan terpengaruh dgn pendapat-pedapat dan artikel-artikelnya yg sesat lagi menyesatkan.

jelas dari artikel-artikel astora jabat.Jelas dia berada sebagai medium golongan tertentu,terutama sekali golongan pemerintah,dan golongan yg ingin mewujudkan islam moden yg bertentangan dgn ajaran islam.

Hujah-hujahnya hanyalah diambil dari satu prespektif sahaja,dan jika kita dapat meneliti artikel-artikel astora jabat,jelas beliau tidak mengkajinya dgn lebih terperinci dan teliti.

Beliau hanya mengambil hujah2 dan pendapat2 yg mengikut pemikiranya sahaja dan untuk kepentingan golongan yg dikatakan



mengikut kata-kata Ustaz Mohd. Asri b. Zainul Abidin .

"Racun-racun yang Astora yang taburkan dalam tulisannya adalah sama dengan racun-racun yang pernah ditaburkan oleh golongan orientalis sejak dahulu. Saya seakan-akan dapat memaafkan orientalis kerana mereka memang tidak beragama dengan agama ini, bagaimana meraka akan menyokongnya. Namun Astora Jabat menyatakan dirinya muslim tetapi sering menggunakan racun yang sama. Ini sesuatu yang sukar dimaafkan. "

Kalau benarlah ada yg menganggap astora jabat sebagai ulama

sahlah beliau adalah ulama yg paling menyeleweng dan cuba menyesatkan ummah pada era ini (tak tahulah mungkin ada lagi kot ).

p/s:Boikot je Al-Islam,biar si Astora kena buang kerja.




-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

arissa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 611
Posting: 37
Dari: kl

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-11-03 11:14


assalamualaikum..

saya pun sempat belek al islam dec kat kedai..terkejut gak tengok topik psl tudung tu..sempat baca sket.dr zaki tu katanye dr al azhar gak..mostly apa yg dibentangkan adalah hujah dr zaki tu la...siap quote lg beberapa ayat al-Quran..ntah, lupa dah apa hujahnya sbb baca sekali lalu je..tp geram sangat rasa..bg org yg mmg tak nak menutup aurat, diorg akan pegang hujah2 ni..ish, amat memesongkan...nak baca pun rasa takut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arissaProfil   Hantar PM kepada arissa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-03 11:19


Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah ummimq bangga membaca ulasan bernas dari anak-anak yang menggunakan hati dan akal yang matang dalam menangani masalah seorang insan yang jiwanya sakit itu. Dia dilahirkan menguji keimanan orang Islam di Malaysia umumnya dan khususnya dituju pada pemimpin dan para penasihat 'agama' negara ini.

akal yang hidup itu sentiasa berfikir,
hati yang hidup sentiasa berzikir,
nafsu yang hidup sentiasa merangsang ke arah kebaikan
dan badan yang hidup itu sentiasa aktif berjuang

Teruskanlah apa yang kita semua mengerti akan konsep Islam syumul berlandaskan Al Quran dan Sunnah dan mengharap majalah 'Al Islam' yang namanya patut kini 'Un Islamic' dibalas setimpal dengan apa yang sedang didakyahkannya ... wal iyya zubillahi min zalik. Ya Allah... hanya diKau tempat kami mengadu dan mengharap... tunjukkanlah yang mana benar dan yang mana sesat. Ameen ya Rabbal Alameen.

Walaikumussalam wr wb
ummimq


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 20-11-03 11:33


Quote:

On 2003-11-20 11:14, arissa wrote:
mostly apa yg dibentangkan adalah hujah dr zaki tu la...siap quote lg beberapa ayat al-Quran..ntah, lupa dah apa hujahnya sbb baca sekali lalu je..tp geram sangat rasa..bg org yg mmg tak nak menutup aurat, diorg akan pegang hujah2 ni..ish, amat memesongkan...nak baca pun rasa takut..





ana setuju sangat dgn anti

astora bukan sahaja cuba menyesatkan umat islam,malah menyediakan jalan keluar supaya umat islam dapat melakukan maksiat.

jika dilihat ,kebanyak hujahnya dan dalil yg ada hanya ditafsir mengikut pemikiran beliau sendiri (Dr.Zaki Badawi).untuk pengetahuan,kebanyakan ulama menolak hujah2nya.Namun astora jabat tidak pula menyiarkan hujah2 ulama yg menafikan pendapat beliau.

(sah sgt astora ni nak sesatkan org)

senarai kitab-kitab atau pandangan-pandangan mazhab yang disebut oleh Astora, kebanyakan beliau sendiri tidak pernah merujuk dan menyemaknya sebaliknya hanyalah sekadar menceduk apa yang disebut oleh penulis yang lain

Kaedah ini sebenarnya melanggar disiplin ilmiah dunia akademik.

Cara ini hanya dilakukan oleh seseorang yang tidak mementingkan ketulenan fakta. Dia lupa bahawa pandangan-pandangan yang berikan oleh setiap tokoh perlu diukur ketepatannya dengan al-Quran dan as-Sunnah ath-Thabitah dgn lebih terperinci, bukan sekadar memungutnya.

p/s: ingat jgn mudah terpedaya dgn kata astora




-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]"http://www.ukhwah.com/images/signmuttaqin.gif">


[ Posting ini telah di edit oleh: MuTTaQiN pada 2003-11-20 11:42 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-11-03 12:17


Alhamdulillah....Ana belum terserempak dgn manusia yg menyokong ASTORA AL-KAZZAB sejak posting ni diwujudkan. Semua ahli UKHWAH masih teguh aqidahnya...Syabas. Bagi kita mungkin begitu...dgn sedikit ilmu yg ada, kita terasa hujah ASTORA AL-KAZZAB tu dangkal sgt. tetapi bgimana sahabat yg di luar? Yg tdk bertudung pasti lega dgn hujah begitu...

Lagi satu kalau nak boikot AL-ISLAM tu ok...tapi soalnya adakah akan berjaya? Setiap keluaran ASTORA sudah gertak dgn ayat..."KALAU MALAS BERFIKiR JGN BACA AL-ISLAM"..berani sggh dia!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

MuTTaQiN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 203
Posting: 594
Dari: ::Gombak @ Bumi Ilmu::

Selangor  


posticon Posting pada: 20-11-03 14:54


Quote:

On 2003-11-20 12:17, Pozy_Sabry wrote:

Lagi satu kalau nak boikot AL-ISLAM tu ok...tapi soalnya adakah akan berjaya? Setiap keluaran ASTORA sudah gertak dgn ayat..."KALAU MALAS BERFIKiR JGN BACA AL-ISLAM"..berani sggh dia!





Berjaya atau tidak,kita tentukan setelah kita mencuba.Berusaha dulu baru kita dapat hasilnya.Jika kita benar-benar ingin memperjuangkan islam Allah S.W.T. pasti akan membantu kita.

seperti pepatah inggeris.

"anything is possible if you put your mind to it"

p/s: si Astora mmg berani,tapi berani tak bertempat

-----------------
[img /]http://www.inminds.co.uk/boycott-poster3.jpg[/img]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuTTaQiNProfil   Hantar PM kepada MuTTaQiN   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 21-11-03 10:20



astaghfirullah..ujian yang Allah turunkan ni sgt berat..betul2 menguji keimanan kita..Allah tak turunkan ujian memerangi kafirin dgn senjata tapi kita perlu berjihad dgn pena dan teknologi yang ada..berdoa dan berusaha semoga ditetapkan iman,insya-Allah..kerana Allah SWT akan mengabulkan permintaan para hambanya yang memohon padanya..insya-Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 24-11-03 03:11



ustaz ana penah kata...astora jabat tue mengaji tak abis....tok guru dia pun tak suka kat dia...korang tau tak dia orang mana?

-----------------
Visit My Site 4 unlimitied free downloads http://fiztanax.multiply.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

tembakul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3376
Posting: 60
Dari: death river

Johor  


posticon Posting pada: 24-11-03 04:48



pada ana sebaik-baiknya elakkan daripada membaca al-islam...
sejak ia di ambil alih oleh astora jabat pada awal tahun ini.. ana dah kurang membeli majalah tersebut....
sedangkan dalam surat khabar utusan lagi beliau sudah memporak perandakan dan menyeleweng islam....
banyak hujah-hujah beliau yg terlalu terpesong dengan akidah sebenar...
dan paling ana benci tentang bahasa beliau semasa beliau menerangkan sesuatu ayat..
memang tak hormat dan tak bersopan langsung....
beliau pernah mengutuk wahhabi yg memperjuangkan islam sebagai pemecah umat islam suatu masa dahulu....
dan yang terbaru ini 'tudung bukan saja tidak wajib malah kadangkala haram'
beliau seolah-olah mengiyakan pendapat fatwa Dr. Badawi yang sudah kita ketahui terpesong...
mungkin ia adalah salah seorang yg ingin mengkafirkan umat islam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tembakulProfil   Hantar PM kepada tembakul   Pergi ke tembakul's Website   Quote dan BalasQuote

HarisDaniel
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5309
Posting: 28
Dari: MINDA

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-11-03 11:13


....

ada baiknya kita patahkan hujah ilmiah dengan cara ilmiah jugak.... bukan cara kata mengata kalau tak setuju... orang macam astora jabat tu hujahnya ala-orientalis, ilmiah, tapi tapi kurang balance kerana adanya unsur bias dalam diri...

hujah2 begini kena hapuskan dengan cara yang ilmiah.... macam ditunjukkan oleh perantausepi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HarisDanielProfil   Hantar PM kepada HarisDaniel   Pergi ke HarisDaniel's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140628 saat. Lajunya....