Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 130
Ahli: 0
Jumlah: 130




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: SUNNAH TIDUR SIANG-Kajian dari sudut santifik


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» SUNNAH TIDUR SIANG-Kajian dari sudut santifik

Please Mendaftar To Post


Oleh SUNNAH TIDUR SIANG-Kajian dari sudut santifik

Pozy_Sabry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4984
Posting: 83
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-11-03 16:38


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam
menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak
berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan
sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu
tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah
seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu
ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap
sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap.
Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat
berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti
pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas
negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5%
pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan
masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti."
(Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker
Productivity,' from e-Fuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika
kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada
waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a mid-afternoon quiescent phase'
atau ' a secondary sleep gate.'

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr.
William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art
of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness:
Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James
Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa
tidur di tengahari sekadar15 - 20minit sudah mencukupi untuk mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur
tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu
yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti
berdasarkan kajian 25 tahun)



Bookmark and Share

    


  Member Information For Pozy_SabryProfil   Hantar PM kepada Pozy_Sabry   Pergi ke Pozy_Sabry's Website   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 11-11-03 17:01


sedikit aje..dalam 10 minit aje...afdhal sebelum azan zuhur.
bukan berjam-jam di siang hari....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 15:45


sem ni kuliah & tutorial start tengah hari sampai petang..dah tak dapat tidur siang...

-----------------
lawati saya di sini

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-03 15:47



kesiannya kamalhisyam.. masih ada peluang.. tidur di dalam kelas.. gurau je jangan buat betul2..

# ana kalau tidur selalu terlajak.. sure lebih 10 minit.. paling kurang 2 jam.. nanti sakit kepala..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

mawaddah_islamiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.06.2003
Ahli No: 1186
Posting: 55
Dari: pahang

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-11-03 09:44


sama kita kak hannan, kalau tido siang tak pernah tak terlajak, sbb tu ana tak boleh sgt tido siang.

-----------------
*JANGAN IMPIKAN PEMUDA SEHEBAT SAIDINA ALI JIKA PERIBADIMU TIDAK SEINDAH FATIMAH R.A*

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaddah_islamiahProfil   Hantar PM kepada mawaddah_islamiah   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-11-03 11:26


mmmmm..
tak pernah tido siang...
tul serius..
dulu masa kecik2 tu lain la...
start duk hostel masa form1...sampaila skang ni..
tak pernah tido siang..
kaco member tido siang tu selalu la...

p/s..boringnya bila semua org tido..
kita je yg terbungkang biji mata...


-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 21-11-03 10:37



saye sedari form 1 sampaila skrg. mmg mengamalkan tidur siang.kalo mase sekolah dulu. saye akan tidur mase rehat. ataupun ketika cikgu takde.

dah blajo kat ipt ni lagi senang lah. lagi lame tidur saye. selalunye 1/2 jam jek. asalkan niatnye mengamalkan sunnah nabi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.204256 saat. Lajunya....