Oleh |
Ayat hari ini |
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 07-11-03 15:56
assalamualaikum al Israa' - maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dengar Bacaan 'carilah hidayah Allah' | kaze |  I Love My Holy Land :: ya Allah bantulah kami :: [ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2003-11-07 15:58 ]
|
syah_solehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.08.2003 Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-11-03 06:52
assalamualaikumm.. alhamdulillah saudar buat macam ini, apa salahnya teruskan... kalau ada satu segmen cam ni.."Ayat Hari Ini" atau "Hadis Hari Ni" kan bagus... setidak2nya, seminggu satu ayat pun ok... wallahu'alam
|
TaQi
Warga Rasmi Menyertai: 07.11.2003 Ahli No: 4969
Posting: 15
Dari: Jurong, Singapura
|
Posting pada: 08-11-03 07:31
Ana sokong! Kalau boleh, sesiapa yang baru balik kuliah dan telah mendapat keterangan mengenai sesuatu ayat atau hadis, apa salahnya kongsi kat sini Ni dlm rangka merealisasikan pesan Rasulullah SAW utk menyampaikan walau sepotong ayat dari Baginda
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 09-11-03 00:40
tq byk² syah solehah & taqi planning sya nak klu bleh stiap hari nak letak, begitu juga hadis -buat slagi termampu, kan- -----------------
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 09-11-03 00:43
::sumber: http://al-islam.com:: Sabtu - 13 Ramadan 1424 H. bersamaan 8 November 2003 M. An Nisaa' maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). 'carilah hidayah Allah' | kaze | [ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2003-11-09 00:55 ]
|
nahri
Warga 1 Bintang Menyertai: 14.10.2003 Ahli No: 4337
Posting: 39
Dari: Negeri yg Makmur dan Barakah
|
Posting pada: 09-11-03 00:53
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 09-11-03 22:48
::sumber: http://al-islam.com:: Ahad - 14 Ramadan 1424 H. bersamaan 9 November 2003 M. A-li 'Imraan maksudnya: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). -----------------
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 11-11-03 00:49
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 11-11-03 00:58
::sumber: http://al-islam.com:: Isnin - 15 Ramadan 1424 H. bersamaan 10 November 2003 M. A-li 'Imraan maksudnya: Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). -----------------
|
Awekzz
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2003 Ahli No: 4682
Posting: 142
Dari: Kota Kinabalu <> Kuantan
|
Posting pada: 11-11-03 01:18
assalamualaikum..... bagus tu kaze!! sya pun sokong anda...!! teruskan USAHA memosting ayat2 suci & hadith untuk renungan & pengajaran tuk kite suma.... insyaAllah.....
----------------- "YA RABB! Semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaan harapku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling aku rindukan ialah saat berjumpa denganMu.."
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 12-11-03 00:37
::sumber: http://al-islam.com:: Selasa - 16 Ramadan 1424 H. bersamaan 11 November 2003 M. Al-Anfaal maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 12-11-03 00:52
Assalamualaikum.. terima kasih kaze atas usaha anda.. semoga sahabat2 ukhwah dapat singgah sebentar pada topik ini untuk membaca ayat2 tersebut.. wassalam ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 12-11-03 01:10
wsm sama² . moga kerja ys sedikit ini dimanfaatkan bersama. ::pada siapa yg xda masa nak baca  copy je, buat koleksi, nanti ada masa baca² la ek- tq
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 12-11-03 02:21
Kaze boleh tak ana nak sumbangakn ayat setiap hari dalam topik ini...semoga semua beroleh manfaat.... Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 13-11-03 00:51
::  semestinya boleh. itu adlah objektif utk buat topik ni, supaya ramai yg tampil berkongsi bersama. kan.:: ::sumber: http://al-islam.com:: Rabu - 17 Ramadan 1424 H. bersamaan 12 November 2003 M. ::khas tuju bg pejuang² islam sekelian, dimana jua anda berada:: Al-Anfaal maksudnya: Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ::subhanallah:: -----------------
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 13-11-03 10:09
Buat Pejuang-pejuang di jalan Allah "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? "
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 14-11-03 03:06
::sumber: http://al-islam.com:: Khamis - 18 Ramadan 1424 H. bersamaan 13 November 2003 M. Al-Anfaal maksudnya: (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka. ::Allahu akbar::
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 15-11-03 02:29
Jumaat - 19 Ramadan 1424 H. bersamaan 14 November 2003 M. ::wahai orng² kaya yg berada, bacalah ini:: An-Nahl maksudnya: (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. -----------------
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 16-11-03 22:53
Ahad - 21 Ramadan 1424 H. bersamaan 16 November 2003 M. Al-Hujuraat maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. -----------------
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 17-11-03 16:57
Isnin 17 November 2003 M - 22 Ramdhan 2004 H Maksudnya: "Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. " Al-an'am ayat 141
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 18-11-03 02:21
:: khas utk mereka yg bergelar 'anak' / yg masih punya ibubapa :: Isnin - 22 Ramadan 1424 H. bersamaan 17 November 2003 M. Al-Israa' maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 19-11-03 03:01
Selasa - 23 Ramadan 1424 H. bersamaan 18 November 2003 M. Al Baqarah maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata  Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. :: ya Allah aku meminta pada Mu ya Allah, ampunilah dosa² ku ::
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 20-11-03 02:07
Rabu - 24 Ramadan 1424 H. bersamaan 19 November 2003 M. maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 21-11-03 01:09
Buat sahabat yang nak berhari raya, nak pilih pakain di hari raya: Maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). " Al-A'raaf ayat 26
|
haniz
Warga Rasmi Menyertai: 19.07.2003 Ahli No: 2449
Posting: 8
Dari: ghumah
|
Posting pada: 21-11-03 09:36
sumbang gak yerk,... Jabir bin 'Abdullah Al-Ansari, may Allah be pleased with them, reported: The Prophet (may peace be upon him) said: I have been conferred upon five (things) which were not granted to anyone before me (and these are): Every Messenger was sent particularly to his own people, whereas I have been sent to all people, red and black, the spoils of war have been made lawful for me, and these were never made lawful for anyone before me, and the earth has been made sacred and pure and a mosque for me, so whenever the time of the Prayer comes for anyone of you he should pray wherever he is, and I have been supported by awe (by which the enemy is overwhelmed) from the distance (which one takes) one month to cover and I have been granted intercession. Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 810
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 23-11-03 14:09
Ayat hari ini 23 November 2003 "istiqamah" Maksudnya "Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu). " Surah Yunus ayat 89
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 04-12-03 00:36
Rabu - 9 Syawal 1424 H. bersamaan 3 Disember 2003 M. An-Nisaa' maksudnya Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala. -----------------
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 13-12-03 22:45
Sabtu - 19 Syawal 1424 H. bersamaan 13 Disember 2003 M. Al-Hadiid maksudnya: Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar. -----------------
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 30-12-03 17:33
Ayat hari ini tentang pernikahan... Surah Ar-Ra'd Maksudnya: Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya perkara dan hukum yang telah ditentukan oleh "Suratan Azali". [ Posting ini telah di edit oleh: al-umari pada 2003-12-30 17:37 ]
|
kakyong
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak
|
Posting pada: 30-12-03 21:00
Semoga usaha adik2 ni akan diberkati Allah hendaknya.... kalau ada yg pandai huraikan sikit pun bagus juga ye...  ....
|
the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia
|
Posting pada: 17-05-04 22:27
assalamua'laikum........., Allah berfirman, "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah kucukupkan kepadamu nikmatku dan telah kuridhai Islam itu jadi agama bagimu." (QS Al Maaidah: 3). wassalam ............................ "marilah mengikuti jejak salafus sholeh"
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 20-05-04 11:09
|
mubtasimah
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.06.2003 Ahli No: 1619
Posting: 40
Dari: Makkah
|
Posting pada: 20-05-04 12:40
assalamualaikum... Allah berfirman dalam surah al- Baqarah : 42 "DAN JANGANLAH KAMU CAMPURADUKKAN YANG HAK DAN YANG BATIL .DAN JANGANLAH KAMU SEMBUNYIKAN YG HAK ITU SEDANG KAMU MENGETAHUINYA" Ayat quran ni ana terima melalui sahabat baik ana yg paling istimewa..siapa yer?.. apa yg ana boleh kongsi kat sini ialah tanggungjawab dan amanah yg Allah sandarkan pada kita sebagai khalifah bumi ni supaya memisahkan antara yg hak dan batil,yg ma'ruf dan mungkar..yg betul dan salah di sisi syariah islam... contohnya..konsert amal ..ana rasa ramai yg tau kan hal ni...tujuan baik untuk menderma dan membantu yg memerlukan tapi melalui cara yg salah dengan mencampurkan yg ma'ruf ( sedekah ) dan yg mungkar ( hiburan yg melalaikan ). banyak lagi sebenarnya contoh lain... manakala yg menyembunyikan yg hak pulak...contohnya menghukum sesuatu perkara dengan hukum yg salah disebabkan seseorang @ perkara..misalnya,ustaz2 yg ' terpaksa' merelakan sesuatu kejahatan yg pihak tertentu lakukan hanya disebabkan wang ringgit ataupun kedudukan ... wallahu a'lam...
|
the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia
|
Posting pada: 20-05-04 21:54
assalamua'laikum....., Di dalam Al Quran, Allah menyebutkan tentang kata Al Hanifiyah. Al Hanifiyah sendiri sebenarnya adalah millah( agama) dari Bapa Tauhid yaitu Nabi Ibrahim. Bila didefinisikan al hanifiyah berarti beribadah (menyembah) Allah dengan segenap keikhlasan. Dan peribadatan kepada Allah ini merupakan perintah Allah kepada seluruh umat manusia. Firman Allah: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku". (QS Adz-Dzariyat : 56) Ayat ini pun menunjukkan bahwa tujuan penciptaan manusia adalah beribadah kepada Allah. Namun peribadatan sendiri menjadi bermakna, apabila tidak disertai dengan tauhid (mengesakan Allah). Dahulu umat-umat para nabi dan rasul beribadah, namun ibadah mereka tanpa makna kerana mereka tidak mentauhidkan Allah. Dan ini pula sebab terjadinya konflik(permusuhan) antara para nabi dan umatnya. Allah pun menegaskan bahwa dakwah para nabi dan rasul adalah dakwah tauhid ini. "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus pada setiap umat seorang rasul yang menyeru beribadahlah kepada Allah dan jauhi Thaghut( sesembahan selain Allah)" wassala ........................... "marilah mengikuti jejak salafus sholeh"
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 21-05-04 13:35
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 27-05-04 23:12
"......dan(dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. "~Surah Al-maidah: ayat 5..~ wasalam... "SaYaNgILaH SeBuaH PeRkeNaLaN KeRNa DiSiTu TeRciPtaNya keMeSRaAN..keNaNgILaH SeBuaH pErSaHaBaTaN keRNa DiSiTu TeRCiPtaNyA KeRInDUaN..HaRgAiLaH KeDuANyA KeRNa ITuLaH RaHMaT DaRi TuHaN.." [ Posting ini telah di edit oleh: ZahRaTuL_RaiHaNaH81 pada 2004-05-27 23:13 ][ Posting ini telah di edit oleh: ZahRaTuL_RaiHaNaH81 pada 2004-05-27 23:14 ]
|
zilal
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq
|
Posting pada: 02-06-04 14:44
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat bakhil" {70:19-21}
|