Oleh |
Goodbye Ukhwah,Terima Kasih atas segala galanya |
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 06-11-03 10:07
Assalamualaikum. Kali pertama saya melihat laman ukhwah ni,ia cukup menarik perhatian saya.Kerana ia adalah kali pertama saya melihat insan insan di dalam ukhwah ini berbicara mengenai sesuatu dengan serius.Selain itu,bicara mengenai agama membuatkan saya mula tertarik untuk belajar dan tahu.Saya tidak pernah berkawan dengan mereka yang begitu tinggi didikan agamanya.Kebanyakkan rakan rakan saya yg ada adalah mereka yang bebas,mungkin kerana kami lahir di bandar besar dan saya sendiri kekurangan kawan berbangsa Melayu.Kerana itu,saya rasa seronok masuk ke dalam ukhwah ni walau kadangkala kena terjah juga,tapi ia tidak melemahkan semangat saya.Saya datang untuk belajar dan saya harus belajar. Sahabat baik saya,Numan,dialah yang bertanggungjawab membawa saya ke ukhwah.Mana sangka,orang macam saya boleh masuk sini,malah kawan kawan saya terkejut bila tengok saya berada di sini.Ada yang fikir saya dah mula nak jadi Taliban.Saya pun tak sangka saya masuk ukhwah yang dipenuhi mereka yang begitu baik,tertib dan tinggi agamanya.Tapi itulah kuasa Allah,jika kita berniat yang baik,ada jalan untuknya.Saya masuk ukhwah untuk belajar dan serba sedikit mendalami pengetahuan yang luar dari apa yang saya telah belajar. Kadangkala,ada juga marah sedikit sebab apa yang kita nak sampaikan di salah sangka.Tapi itulah adat berforum.Kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita sampaikan dan kata.Dan saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Hari ini,saya harus jadi manusia yang bertanggungjawab,saya tak mahu lari mcm tu je.Di sini saya akan berundur diri dari ukhwah mulai saat ini.Di kesempatan ini,saya ingin memohon maaf pada warga ukhwah yang mengenali saya terutama pada brother Kang,Hanan,Engku Salina,Aidilshah,Akuzakie,Numan dan lain lain. Begitu juga kepada rakan rakan ukhwah yang lain.Saya memohon maaf atas apa juga kesilapan yang telah saya lakukan Terima kasih kerana membenarkan saya berada di sini dan terima kasih atas sambutan posting saya.Terima kasih atas huluran tali persahabatan yang baik,terima kasih dan terima kasih atas segala galanya. Pesanan bagi mereka yang nak rosakkan ukhwah,lupakanlah hasrat itu kerana ukhwah diasaskan dari mereka yang bukan hidup untuk merosakkan orang lain.Kepayahan mereka untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik.Usaha yang baik itu biasanya akan diredhai dan usaha yang sebaliknya akan terus dilaknati. Ukhwah adalah satu landasan yang baik.Kerana ia diasaskan oleh mereka yang terbaik.Oleh itu saya berharap ia akan kekal terutama untuk memastikan masih ada nilai nilai yang baik boleh dididik kepada warganya. Terima Kasih untuk semua,saya mohon berundur diri dan saya doakan agar ukhwah akan terus menjalinkan ukhwah untuk mereka yang cintakan kebenaran dan juga agama Islam yang suci dan jitu ini. Assalamualaikum. Untuk Yang terakhir. JoshuaIsfahan
|
Engku_Salina
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL
|
Posting pada: 06-11-03 10:14
waalaikumussalam wbt... kami menghormati keputusan anda... tapi, tak perlulah mengundurkan diri dari ukhwah... mungkin anda sibuk... dan tiada masa utk ukhwah... so, terpulanglah pd anda... kalau ada masa, jenguk2lah kami disini... sesungguhnya ikatan ukhwah yg terjalin amat mahal harganya... ----------------- Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-11-03 11:29
waalaikummussalam... emm.betul kata kak Engku tu.. enta tak perlu berundur dari ukhwah ni... ............. tapi kalau ada masa...jenguk2lah ukhwah dan kami di sini... silaturrahim itu indah jika berlandaskan syariat Islam......
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 06-11-03 11:38
Waalaikummussalam.... ha..betul kata kak sal tu...tak perlulah berundur diri dari komuniti kesayangan anta ni...ana dulu pun dah nekad macam anta untuk meletak jawatan sebagai eksekutif kat sini...bukan sekali, tapi 2 kali !! kalau tak caya, pergi tengok kat ruangan sampaikan...2 posting ana hantar untuk memberitahu ana ingin meletak jawatan... tapi apabila dinasihati oleh sahabat2 sekalian, hati ana berubah untuk meletak jawatan di ukhwah ini...jauh sekali kalau nak tinggalkan komuniti ini... tak mengapalah kalau anta nekad juga untuk berundur diri...tapi, kalau anta ingin kembali ke ukhwah, kami di sini sedia menanti... Kadangkala kita Terasa Kehilangannya... Pabila Ia Sudah Tiada Di Depan Mata wassalam... ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
Kang
Menyertai: 09.05.2003 Ahli No: 2
Posting: 1920
|
Posting pada: 06-11-03 11:41
Aikkk Joshua... tak ada angin tak ada ribut.. kenapa ni?? Bagaimanapun, kalau sdr sibuk (memang nampak sekarang jarang online berbanding dulu), berehatlah dulu. Sesekali jengoklah kami di sini. Ikatan persahabatan dan ukhwah jangan biarkan hilang begitu saja. Apapun, Kang doakan Joshua selamat maju jaya dalam apa jua bidang! -----------------
|
Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 121
Posting: 211
|
Posting pada: 06-11-03 11:44
laaa....kenapa nak keluar pula nie???kan dah elok dalam Ukhwah aje...masuk Ukwah nie best tau..sayang aje kalau nak keluar...tapi tak apalah....semoga ada hikmah disebaliknya..ALLAH lebih mengetahui segala-galanya..... ----------------- TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 06-11-03 11:45
ukhwah akan sepi tanpa orang macam anta
|
ummuhabibah
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2064
Posting: 45
|
Posting pada: 06-11-03 12:00
Saya amat gembira membaca tulisan anda.Satu luahan perasaan yg sememangnya tersemat oleh rata2 users.Apabila kita berdepan dengan masyarakat,pastinya akan timbul pelbagai kritikan dan tak kurang juga perselisihan pendapat.Semua ini asam garam kehidupan.Sabar dan istiqamahlah benteng segala-galanya.Semoga apa yg dipelajari di sini serba sedikit dpt menjadikan kita lebih matang. Matang dr segi berdepan dengan kritikan dan sikap sesetengah org.Tahniah kerana dapat menerima kritikan dengan secara terbuka.
|
sweet_darling
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 399
Posting: 57
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 06-11-03 12:03
assalamulaikum, tengok,ramai yg bg support jgn tinggalkan ukhwah.com
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 06-11-03 12:39
Waalaikumussalam Joshua... Janganlah ucap selamat tinggal.. walaupun dilanda kesibukan... dan tak dapat online tapi ukhwah yang terbina antara kita semua jangan dibiar tenggelam sahaja.. sesekali free tu jenguklah kami di sini.... wassalam -----------------
Hargai semasa ada....
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 06-11-03 12:40
kenapa dengan anta ni JoshuaIsfahan ? kenapa nak keluar dari ukhwah.com ni ? kenapa? tapi kalau dah itu keputusan anta. kami tidak ada hak untuk menghalangnya. andainya hati anta masih kasih dan sayang pada komuniti ni, sesekali jenguklah kami, rakan-rakan ukhwah nta. kembalilah. kami sedia menerima anta... ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 06-11-03 12:44
takper...jangan risau...InsyaAllah hati dia akan terbuka semula untuk kembali kat ukhwah ni...tunggu..... ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 06-11-03 12:55
JoshuaIsfahan antara yg terawal msuk komuniti,kita ahli yg baru ni, respect pada mereka yg senior/lama, mereka lebih byk tahu. mungkin JoshuaIsfahan ada alasan or sbb tersendiri mengapa dia nak 'goodbye', kami mmg xboleh paksa tp kan JoshuaIsfahan, takkan x boleh online skali skala. sya yakin nanti JoshuaIsfahan akan online gak sbb rindu ngan kwan² k la. tuju lagu 'doa perpisahan-brothers' "Pertemuan Kita Di Suatu Hari Menitiskan Ukhwah Yang Sejati Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci.." :: teringat masa program² kt U dulu, last day tu mesti nangis² :: 'carilah hidayah Allah' | kaze | I Love My Holy Land :: ya Allah bantulah kami :: [ Posting ini telah di edit oleh: kaze pada 2003-11-06 12:57 ]
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 06-11-03 13:16
|
hubbun_najah
Warga 1 Bintang Menyertai: 27.08.2003 Ahli No: 3124
Posting: 33
Dari: melaka
|
Posting pada: 06-11-03 13:18
emmmm...memang best gak....
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 06-11-03 13:39
waalaikumussalam... jangan la tinggalkan komuniti ni...ana setuju dengan ahli yang lain...kalau sibuk pun takkanla sikit pun tak de masa nak jenguk2 ukhwah ni...tak pe la...apa2 pun ana ucapkan semoga hati anta akan terbuka kembali untuk kembali ke ukhwah ni seperti yang dikatakan oleh abg zam_rizal...insyaAllah...
|
nur_tinta
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 06-11-03 14:47
Asslamualaikum wb... sahabatku joshua..... takde ucapan selamat tingal sebenarnya dalam ukhwa nie.... sekali terjalinnya ukhwah, walaupun dikau berada beribu batu jauh nya.. pasti ikatan ukhwah fillah itu ada... saya sendiri pernah mengalaminya.. dan saya akui sendiri..perasaan rindu terhadap ukhwah yang terjalin akan sentiasa di situ... usahlah diucapkan selamat tinggal pada ukhwah.. sesungguhnya ukhwah tu adalah satu benda yang teramat manis... kemana pun saudara, ke utara,timur, dan barat sekali pun... pasti ukhwah itu ada... kekallah bersama kami...kekallah bersama ukhwah yang sudah termetri......moga ukhwah ini diredai dan dirahmati... wallahualam -----------------
|
raudhahasanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 86
Posting: 157
Dari: .
|
Posting pada: 06-11-03 17:23
salam ukhwah semua... buat joshuaisfahan, jgnla macam tu. kan komuniti ni "Komuniti Milik Anda". saya ni pun, tak pernah bagi apa2 sumbangan kat ukhwah ni. nak posting topik2 yg berat2 pun takut sbb tak banyak ilmu. jadi, saya cuma mempelajari dari komen2 org lain. saya rasa tak layak je nak menyertai komuniti macam ni, tapi saya suka. saya ni bkn org baik, tapi suka kwn dgn org baik. mungkin joshua sibuk, tapi saya pasti joshua akan merindui komuniti ni. lebih2 lagi joshua dah kenal dgn ramai ahli lain.
|
syah_solehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.08.2003 Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor
|
Posting pada: 06-11-03 18:33
ana bersetuju dengan semua pendapat sahabat2 semua. lagipun, tak de ruginya kalau saudara terus berada di sini. tak perlu la berundur ya. kan anta kata banyak yang boleh diperolehi dalam komuniti ini. jadi, apa salahnya kalau sekali sekala menjenguk forum2 dan artikel2 menarik yang ada kat komuniti ni, kan?? ok... please dont quit..
|
HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA Menyertai: 08.09.2003 Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari:
|
Posting pada: 06-11-03 19:58
Assalamualaikum... Aii.. lain macam je sentimental ni.. Betul soalan brother Kang tu, takde ribut takde angin, apsal jadi camni? Apa2 pun, ana setuju sangat2 dgn ikhwah & akhawat semua. Tempat ni untuk kita semua, tak kira tua, muda, miskin, kaya, bangsa apa, darjat mana,, kita semua join www.ukhwah ni utk mengeratkan ukhwah & dekatkan diri pada Allah. (kalau statement ana salah, tegur ye..) Yg pasti, kita bertemu & berpisah kerana Allah. Kalaulah meninggalkan ukhwah ni dpt mendekatkan lagi diri pada Allah, ana rasa semua ikhwah & akhawat akan sanggup lepaskan anta. Tapi kalau tak... ana rasa, kami (warga ukhwah & especially brother Kang & the gang) fikir berjuta-juta kali sampai penat pun, takkan sedap hati hidup bila terpaksa lepaskan seseorang.. As everyone encourages, anta still dialu-alukan utk menjenguk-jenguk ukhwah ni, just the for the sake of Islam.. Akhi, everyone have the potential to be closer to Allah p/s: ikhwah & akhawat, kalau ada statement ana yg salah, jgn segan tegur ye,, [bertemu dan berpisah kerana Allah] ^_^' I'm A HeArtBroKenkiD
|
Shazlia
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1134
Posting: 35
Dari: Johor
|
Posting pada: 06-11-03 20:16
|
nurwardah_atiqah
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.08.2003 Ahli No: 3056
Posting: 45
Dari: Province Wellesley
|
Posting pada: 06-11-03 21:05
kenaper nak kuar? ader masalah ker? ----------------- Thing are same..
They come..
and they go..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 06-11-03 21:56
relek lah Joshua, kalau ikutkan sibuk ramai lagi yg sibuk, saya sendiri pun sibuk dengan kerjaya saya, dulu hampir 2 bulan saya tak menjenguk ukhwah . tapi sekarang free boleh lah jenguk semula.....
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 06-11-03 22:48
Assalamualaikum.. Joshua... Semua pembaca topik ni tengah dok ralik buat mata stim pasal dengar keputusan enta. Ana pun sibuk sebab baru je diangkat menjadi Pembekal Tahi Mata Terulung.. .. Sibuk tu biasa laa.. Tapi, takkan langsung tak ada sikit masa yang boleh enta luangkan untuk terus di sini kan? Apa2pun yang terjadi di sini banyak mengajar kita untuk lebih bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang rasional dalam banyak2 perkara. Banyak faedah kita dapat Joshua.. Sayangla kalau enta nak berundur. Masih banyak yang belum kita pelajari dan geng2 kat sini.. Ilek laa Joshua.. Hero 60-an Komuniti Ukhwah ni.. Whateva, kami hanya mampu berikan pendapat.. Joshua lebih mengetahui apa yang lebih perlu buat Joshua.. Kami sentiasa menghormati keputusan Joshua.. Wassalam.. p/s: JoshuaIsfahan.. nama yang tak asing lg di KU ni.. Hero 60-an KU.. ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 07-11-03 14:19
in the name of Allah the most gracious the most merciful akh johsua, jika ini keputusan enta kami tak boleh nak buat apa-apa cuma apa yang ana harap dengan kefahaman yang enta dapat dalam ukhwah ni praktikanlah dan janganlah kalau dah resign enta berbalik kepada perangai lama. "sesungguhnya amatlah rugi sesiapa yang tidak mahu mendengar ayat-ayat kami" al-quran dengan kefahaman yang sedikit ini sama-samalah kita mendidiknya kepada menjadi bekalan akhirat kita insyaAllah, dan lebih banyak lagi tempat rujukan untuk mendalami tentang islam ini di luar sana pergilah dan insyaAllah selangkah enta ke majlis ilmu satu dosa akan terhapus dan satu pahala enta akan dapat bersamalah kita merebutnya. wassalam -----------------
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 08-11-03 18:03
ermm.. masing2 mempunyai cara kehidupan sendiri.. kesibukan seseorang adalah merupakan tuntutan kehidupan.. kerana kita perlu mencari sesuatu yg serba kekurangan dlm kehidupan kita ini.. andai saudara joshua sibuk.. itu biasalah.. tapi jgn diputuskan talian silaturrahim yg telah lama saudara bina dgn rakan2 di komuniti ini.. walaupun sesetengah dari kita berkenalan hanya di ruang komuniti ini.. itu tidak menghalang kita utk saling belajar dan mendalami sesuatu ilmu itu.. teruskan sokongan anda terhadap komuniti ini wahai saudaraku joshua.. ----------------- " we support anti zionist movement "
|
nur_ilahi
Warga Rasmi Menyertai: 10.06.2003 Ahli No: 1277
Posting: 14
Dari: Dari Pulau Pinang, currently di Melaka
|
Posting pada: 08-11-03 20:46
ASSALAMUALIKUM,KEPADA ZACK,MAKSUD SAYA JOHUA,ZAKRI HARAP AWAK TETAP BERSAMA-SAMA KAMI DI UKHWAH.YA..WALAUPUN MUNGKIN BUKAN SECARA RASMI,BERILAH SEDIKIT RUANG DI HATI AWAK UNTUK KAMI KOMUNITI UKHWAH.ZAKRI AKAN SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN AWAK DALAM APA JUA BIDANG YANG DICEBURI.DAN SAYA PERCAYA KE SEMUA AHLI UKHWAH JUGA BEGITU.AKHIR KALAM,SAMBUTLAH SALAM UKHWAH PENUH PERPADUAN DUHAI SAHABATKU JOSHUA.JAGA DIRI,HIASI PERIBADI,ASSALAMUALAIKUM.
|
JoshuaIsfahan
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara
|
Posting pada: 09-11-03 12:20
Terima kasih atas keprihatinan semua,saya amat hargainya.Begitu juga nasihat nasihat yang baik.Saya perlukan masa untuk hal ini dan InsyaAllah,saya takkan lupa kawan kawan di ukhwah ini.Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya kepada semua.Maff,zahir dan Batin. "Great things came from great person" JoshuaIsfahan
|
darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 09-11-03 16:23
Assalamualaikum.. Setelah mengenal pasti wabak apa yg menyerang akhie Joshua, akhirnya penawar wabak tersebut telah ditemui. sekarang ini akhie Joshua dalam proses rawatan.. dijangka akan sembuh selepas Aidilfitri nnti, jadinya, tak perlu lagi kita bimbang.. doakan agar dia cepat sembuh.. dinasihatkan juga agar beliau tidak dikunjungi semasa tempoh penyembuhan kerana dikhuatiri wabak tersebut akan merebak..oppss... BERITA BAIK: Akhie Joshua tidak jadi meninggalkan komuniti ini, Alhamdulillah.. ana berjaya selesaikan masalah yg dihadapinya... cuma sekarang ni dia ingin berehat, dan akan kembali aktif selepas hari Raya nanti. Terima kasih kepada semua sahabat yg masih sudi menerima kehadiran beliau di sini. Sekian saja berita dari ana... p/s: fikir dulu sebelum buang wassalam ----------------- Kehidupan adalah satu ujian...
|
nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9
|
Posting pada: 09-11-03 16:56
|
dalila2501
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3466
Posting: 193
Dari: sungai buloh
|
Posting pada: 10-11-03 11:21
Assalamualaikum Fikir la dulu....Joshua....
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 10-11-03 11:24
Syeikh, rajin2 le buat usaha ziarah kat Ukhwah.com niiihh... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|