Oleh |
::cintai dia dalam diam:: |
biey_peace
Warga Rasmi Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38818
Posting: 12
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 03-05-12 00:01
Saya berkenalan dengan dia dalam fb.. Kami satu tempat kerja namun lain-lain unit. Walaupun kami berkawan dalam fb tapi bila berjumpa kami diam seolah-olah macam bukan kawan. Dalam tempoh setahun berkawan dalam fb,saya mula mengenali dia lebih dalam sebab dia banyak berkongsi cerita dan masalah kat saya. Sekarang diam tak diam, saya mula jatuh hati kat dia. Saya tak pernah bagitahu kat kawan-kawan ofis tentang hal ini. Dengan dia pun saya tak pernah bagitau sebab takkan perempuan nak mulakan dulu..malu lah saya. Sampai sekarang saya pendam perasaan itu. Saya hanya mampu lihat dia dari jauh sahaja. baru-baru ini,saya dapat tahu si dia berkawan dengan kawan seunit saya. Saya lihat,kawan seunit saya 'bahagia' sekarang...dan saya dapat rasakan yang mereka baru bercouple sebab saya tengok mereka baru berkawan dalam fb. Jika benar mereka bercinta,tak sanggup rasanya saya melihat didepan mata saya sendiri. Bagaimana ya kawan-kawan...nak ubati hati ini? Saya perlukan nasihat dan cadangan daripada kawan-kawan untuk saya lebih bersemangat dalam menempuhi hari2 mendatang.... ----------------- ..AkU tEMANmU..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 03-05-12 20:04
cuba bagi hint. tapi biar jelas sikit. tak pun banyakkan doa pada allah...mungkin ada ruang nanti..atau sekurang-kurangnya ada yang lebih baik darinya. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
biey_peace
Warga Rasmi Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38818
Posting: 12
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 03-05-12 20:51
thank you shemarly sudi bagi nasihat... saya cuba buangkan perasaan cinta tu slow2..tapi makin kuat saya cuba lupakan dia..makin kuat perasaan cinta itu datang.. saya juga berdoa moga perasaan ini xb'panjangan. ----------------- ..AkU tEMANmU..
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 14-05-12 12:07
.... Ana faham apa yang biey lalui. Pandangan ana... cuba biey buat keputusan di peringkat diri biey sendiri... apakah yang biey hendak dari dia... kalau dah ada keputusan.. laksanakan keputusan itu dalam rangka berikut : 1. Munajat pada Allah banyak-banyak. 2. Jangan langgar larangan Allah. 3. Jangan tinggal suruhan Allah. 4. Buat solat hajat banyak-banyak. Ana bayangkan... kata lah biey nak dia jadi suami. beranikan diri... lantik seorang utusan, biasanya dari yang senior, jumpa dia dan dapatkan jawapan darinya. bersedialah dengan apa jua jawapan dari nya. Sebaiknya sebelum buat macam yang ana cakap ni, biey buat dulu perkara 1 hingga 4 di atas. Kalau biey konfius... buat istikharah dulu... wallahu a'lam.
|
miftahul_jannah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2008 Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM
|
Posting pada: 30-05-12 19:19
Pada 14-05-12 12:07 , anazalil posting:!!! QUOTE !!! ....
Ana faham apa yang biey lalui. Pandangan ana... cuba biey buat keputusan di peringkat diri biey sendiri... apakah yang biey hendak dari dia... kalau dah ada keputusan.. laksanakan keputusan itu dalam rangka berikut : 1. Munajat pada Allah banyak-banyak. 2. Jangan langgar larangan Allah. 3. Jangan tinggal suruhan Allah. 4. Buat solat hajat banyak-banyak.
Ana bayangkan... kata lah biey nak dia jadi suami. beranikan diri... lantik seorang utusan, biasanya dari yang senior, jumpa dia dan dapatkan jawapan darinya. bersedialah dengan apa jua jawapan dari nya. Sebaiknya sebelum buat macam yang ana cakap ni, biey buat dulu perkara 1 hingga 4 di atas.
Kalau biey konfius... buat istikharah dulu...
wallahu a'lam. salam.. setuju, kalau da nekad tu..terus2 jumpa parents dia terus terang dekat dia..depan parents..tu yang lagi baik.. (^_^) ----------------- ^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^
|