Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 203
Ahli: 0
Jumlah: 203




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Berduaan di alam cyber sama seperti khalwat


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Berduaan di alam cyber sama seperti khalwat

Please Mendaftar To Post


Oleh Berduaan di alam cyber sama seperti khalwat

cikgu_ayu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2012
Ahli No: 42086
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-03-12 22:16


Berduaan di alam siber sama seperti khalwat


KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang
berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan
perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang
bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka
melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada
suami atau isteri.
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk
Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan
kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat
dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna
atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki
bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di
rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual
dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama
membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya
merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah
bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila
manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan
menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu
merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan
hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk
meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia
bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan
berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada
dalam alam fantasi.
Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di
alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan
amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk
berseronok.
“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak,
maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah,
tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk
tujuan terpesong,” katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu_ayuProfil   Hantar PM kepada cikgu_ayu   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-03-12 18:08


errmm...tak pernah terpikirkannya..tapi sedkit sebanyak saya juga bersetuju dengannya...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102862 saat. Lajunya....