Oleh |
kena buatan org??? |
hati_suci83
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak
|
Posting pada: 18-12-11 21:39
kena buatan org?mula-mula aku pun tak percaya tapi bila kena sendiri baru rasa...patutlah aku rasa macam tak boleh terima sesiapa pun dalam hidup aku ini rupanya ada sebab...entahlah antara percaya atau . Aku ini tak lah secantik ct nurhaliza tapi Kenapa dia nak buat aku pula tak faham...macam-macam lah kadang-kadang risau juga entah tak tahu nak buat apa...mak aku pun macam-macam dah dibuatnya aku ekut sajalah..org tua aku faham sangat perasaan dia riso aku masuk dalam kumpulan andalusia..tapi aku?entah rasa macam tak kisah pun..sebab 2 mak aku sibuk berubat sana sini ikhtiar..hebat sungguh penangan manusia yang buat aku ini..Kenapa buat aku macam ini...patutlah kadang-kadang mlm aku mimpi binatang2 berbisa rupanya ada ustaz kata itu tandanya kena buatan org...sedih pun ada nak kata aku ni mulut jahat tak ada pulak aku baik saja dengan semua org tapi kenapa aku kena macam ini...sedih sangat-sangat...apa aku nak buat ini..rasa macam pintu hati aku ini ditutup saja;.. aku nak rasa bahagia macam org lain...tapi nak buat bagaimana..hanya yang Maha Esa sajalah dapat membantu pada DIA tempat aku memohon...
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 09-01-12 14:07
... Saya berasa sedih dengan apa yang berlaku atas hati suci. Kalau boleh saya nak pesan... Jangan guna istilah kena buatan orang. Kerana jika kita percaya bahawa orang yang kenakan kita, orang yang memudharatkan kita.... maka, sebenarnya kita telah melakukan syirik iktiqad. Kerana, hanya Allah sahaja yang boleh memudharatkan. 2. Jika kita percaya.... maka sebenarnya syaitan telah menang. Dan ini menjauhkan lagi kita dengan Allah. Akibatnya, syaitan akan berterusan mempengaruhi kita, samaada cara kita berfikir, cara kita merasa dan kemudharatan yang ada akan kekal untuk beberapa ketika lagi. 3. Jangan ada perasaan takut kepada syaitan itu, atau orang yang didakwa mengenakan kita atau bomoh yang digunakan untuk mengenakan kita. Buang ni semua..... Yakinlah bahawa hanya Allah yang boleh memudharatkan. Jika benar pun syaitan yang menjadi puncanya.... yakinlah bahawa Allah membenarkan kita mendapat mudharat itu. Cuba fikir.... barapa ramai orang dalam dunia ini yang cuba dimudharatkan oleh syaitan, tetapi tidak berjaya. Cuba bayang... kalau ada orang yang rajin solat, rajin tahajjud mlm, rajin berzikir..... ingat syaitan tak sakit hati pada mereka? ingat syaitan hanya dok diam saja, tak berusaha untuk merosakkan orang itu..... tapi syaitan berjayakah? Kalau syaitan ada kuasa boleh memudharatkan.... dah pasti akan ada ramai orang yang sakit atau dirasuk syaitan dalam dunia ini..... wallahuA'lam.
|
ctadillah
Warga Rasmi Menyertai: 11.03.2012 Ahli No: 42101
Posting: 5
Dari: ukm,kl
|
Posting pada: 13-03-12 18:30
assalamualaikum. saja setuju dengan pendapat anazalil kita jangan mudah tewas dengan perkara2 seperti ni..jangan terlalu fikirkan Kenapa aku yang kena??? kenapa3 ???relaks dear.. Allah knows everything... semangat dalaman mesti kuat k !..baru anasir2 luar sukar untuk masuk dan menguasai diri kita..... tapi bila saya cakap sebegini,bukan bermaksud saya mengatakan awak lemah.....saya tahu awak kuat....dan seorang yang tabah... jangan terlalu fikirkan masalah dan ujian yang menimpa diri awak ..tapi fikirkan 'HIKMAH" yang tersirat dalam masalah yang awak hadapi...dan cari jalan 'PENYELESAIAN".. k..dear.. ALLAH SENTIASA DEKAT DENGAN KITA>>> kembali pada DIA......itu akan membuat awak menjadi insan yang sentiasa redha dengan ketentuannYA....banyakkan bersabar...
|