Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Al-Quran
Topik: Siapa Yang Disembelih Nabi Ibrahim?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Al-Quran
    »» Siapa Yang Disembelih Nabi Ibrahim?

Please Mendaftar To Post


Oleh Siapa Yang Disembelih Nabi Ibrahim?

abuzulfiqar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28489
Posting: 97
Dari: Malaysia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-11 16:30


Siapa yang Disembelih oleh Nabi Ibrahim?

PENDAHULUAN

Kita meyakini Nabi Ibrahim ada menjalankan perintah penyembelihan ke atas anaknya. Masalahnya, anak yang mana yang disembelih itu? Majoriti umat Islam percaya bahawa Nabi Ismail yang disembelih manakala selebihnya menyakini individu itu ialah Nabi Ishaq. Bagi umat Yahudi dan Kristian pula, bolehlah dikatakan hampir kesemuanya percaya penyembelihan itu berlaku ke atas Nabi Ishaq kerana Bible/ Alkitab mengatakan begitu. Tapi kita sedia maklum, Bible/ Alkitab hari ini bukanlah Taurat, Injil, Zabur dan suhuf-suhuf yang asli. Banyak perubahan maklumat sudah berlaku ke atasnya.

Saya percaya bahawa anak yang disembelih itu ialah Nabi Ismail. Berikut ialah beberapa sandaran yang mengatakan begitu.


SANDARAN 1:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Ibrahim berkata: Wahai ANAK KESAYANGANKU! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?."
(As-Saaffat : 102)

Penggunaan kata "anak kesayanganku" kemungkinan sekali menunjukkan ketika itu Nabi Ibrahim baru punya seorang anak. Kita sedia maklum bahawa Nabi Ismail lahir lebih dahulu daripada Nabi Ishak. Hal ini menjadi satu sandaran kepada pihak yang cenderung mengatakan Nabi Ismaillah yang disembelih.

Antara bukti terdahulunya kelahiran Nabi Ismail berbanding Nabi Ishaq ialah:
"Katakanlah: Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada IBRAHIM, ISMAIL, ISHAQ dan YAAQUB dan ANAK CUCUNYA..."
(Al-Baqarah : 136)

Kita boleh lihat kronologinya dalam ayat di atas. Banyak lagi ayat-ayat lain yang memiliki susunan yang sama.

SANDARAN 2:


Kemudian, ramai orang percaya PENYEMBELIHAN ITU BERLAKU DI MAKKAH. Yang tinggal di Makkah ialah Nabi Ismail sedangkan Nabi Ishak tinggal di Palestin dan sekitarnya. Bahagian ini juga menjadi sandaran kepada pihak yang mengatakan Nabi Ismaillah yang disembelih.

SANDARAN 3:


Dalam surah As-Saaffat, berita Nabi Ibrahim BAKAL MENDAPAT SEORANG ANAK bernama Ishaq (ayat 112) diceritakan SELEPAS PENYEMBELIHAN BERLAKU (ayat 100-111). Maksudnya, bukan Nabi Ishaq yang disembelih. Nabi Ishaq dilahirkan selepas peristiwa penyembelihan.

Kita lihat aturan surah As-Saaffat :

100 - “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang termasuk dalam kalangan orang-orang soleh!”

(Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak kerana ketika itu dia belum punya anak)

101 - “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.”

(Nabi Ibrahim diberitahu oleh Tuhan yang dia akan dapat seorang anak. Anak itu pula dikaitkan dengan KESABARAN. Hal ini ada kaitannya dengan kesabaran dan keredhaan Nabi Ismail ketika mendapat tahu yang Tuhan mahukan dirinya disembelih oleh bapanya)

102 – “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang YANG SABAR.”

103 – “Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah.”

104 – “Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!”

105 - “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.”

106 – “Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.”

107 – “Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.”

(Nabi Ismail digantikan oleh Tuhan dengan seekor binatang sebagai korban sembelihan)

108 - Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.

109 - Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109)

110 - Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

111 - Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

112 - DAN Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Selepas peristiwa penyembelihan itu, Nabi Ibrahim diberi berita gembira oleh Allah bahawa dia akan mendapat seorang lagi anak lelaki, iaitu Nabi Ishaq. Perkataan DAN (wa) menunjukkan ayat ini memang ada hubungan dengan kisah dalam ayat-ayat sebelumnya, ia bukan turutan yang terpisah. Maka nampak ada benarnya pandangan yang mengatakan Nabi Ibrahim dikurniakan anak bernama Nabi Ishak setelah dia berjaya melalui ujian menyembelih Nabi Ismail)

113 – “Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.”


SANDARAN 4


Sebenarnya dalam Bible juga menunjukkan Nabi Ismail yang disembelih. Memang ada usaha orang dahulu kala mengubahsuai Bible agar kelihatan Nabi Ishaq yang disembelih (atas kepentingan2 tertentu), namun sebahagian cerita sebenar masih kekal di dalamnya.

BUKTI NABI ISMAIL LAHIR TERLEBIH DAHULU DARIPADA NABI ISHAQ
KEJADIAN 16:16 ... Abram (Nabi Ibrahim) berumur 86 tahun, ketika Hagar (Hajar) melahirkan Ismael baginya.
KEJADIAN 21:5 Adapun Abraham berumur 100 tahun, ketika Ishak, anaknya, lahir baginya.

Jelas, Nabi Ismail lahir terlebih dahulu.

BUKTI YANG DISEMBELIH IALAH NABI ISMAIL
Kejadian 22:2 Firman-Nya (kepada Nabi Ibrahim): "Ambillah ANAKMU YANG TUNGGAL ITU , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu."

Nabi Ibrahim diperintahkan mengorbankan ANAKNYA YANG TUNGGAL. Maksudnya ketika itu dia baru ada seorang anak.

Siapakah yang lahir terlebih dahulu?
Jawapan Bible... ialah Nabi Ismail.

Mengapa disebut "anak yang tunggal"?
Kerana ketika peristiwa korban itu, Nabi Ishaq belum dilahirkan.

Mengapa dalam ayat di atas tadi ada disebut nama Ishaq sebagai anak yang tunggal?
Di situlah pengubahsuaian berlaku. Di tempat itu sebenarnya nama Ismail (kerana dia pernah jadi anak tunggal kepada Nabi Ibrahim), bukannya Ishaq (yang tidak pernah jadi anak tunggal kepada Nabi Ibrahim).

Ringkasnya, usaha penyelewengan oleh pihak2 terbabit tidak berjaya : )
Mereka cuba menaikkan nama Nabi Ishaq dan menenggelamkan nama Nabi Ismail, malangnya gagal.

SANDARAN 5:


Dalam Bible sendiri dinyatakan lokasi penyembelihan:

Kejadian 22:2 Firman-Nya (kepada Nabi Ibrahim): "Ambillah ANAKMU YANG TUNGGAL ITU , yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah MORIA dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu."

Tanah Moria itu dipercaya sebagai MARWAH (tentunya kita biasa dengar Safa dan Marwah dalam ibadah haji) di Makkah. Yang tinggal di Makkah ialah Nabi Ismail, maka dialah yang disembelih di Marwah. Nabi Ishaq tinggal di Palestin.

SANDARAN 6:

"Maka Kami sampaikan kepadanya khabar gembira (maksudnya belum berlaku, tetapi bakal berlaku) tentang (kelahiran) Ishaq dan setelah Ishaq (akan lahir pula) Yaaqub." (Hud: 71)

Malaikat memberi khabar gembira kepada Nabi Ibrahim yang dia akan dapat seorang anak iaitu Nabi Ishaq, kemudiannya Nabi Ishaq itu pula akan dapat seorang anak iaitu Nabi Yaaqub. Ketika berita ini disampaikan, Nabi Ishaq belum lahir.

Maksudnya NABI ISHAQ BUKANLAH CALON KORBAN sejak belum lahir lagi, kerana sudah diberitahu awal-awal kepada Nabi Ibrahim bahawa Nabi Ishaq akan dapat anak iaitu Nabi Yaaqub. Jika memang benar Nabi Ishaq yang akan dikorbankan, tentulah Nabi Ibrahim tidak bersedih hati kerana dia sudah sedia tahu yang Nabi Ishaq tidak akan mati ketika penyembelihan, kerana selepas itu Nabi Ishaq akan terus hidup dan mendapat anak lelaki. Maka yang disembelih ialah orangs elain Nabi Ishaq.


SANDARAN 7:

“Al-Hafiz ‘Imaduddin Ismail bin Kathir (*yang lebih dikenali sebagai Ibnu Kathir) ketika menghuraikan tentang Ismail mengatakan bahawa riwayat yang benar ialah Ismail (*yang disembelih). Sesiapa yang mengatakan Ishaq sesungguhnya mereka itu menerimanya daripada riwayat Bani Israil (*kisah-kisah Israilliyyat). Tidak menghairankan sekiranya pendeta-pendeta Yahudi menisbahkan setiap kelebihan kepada Bani Israil (*dengan menggantikan nama Nabi Ismail yang melahirkan bangsa Arab dengan Nabi Ishaq yang melahirkan bangsa Yahudi, dalam kitab-kitab mereka), selama mana mereka sendiri menulis kitab-kitab itu.

(Hajar al-Misriyah Ibu Bangsa Arab oleh Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar, masa 210, DBP 1991)


PENUTUP

Berdasarkan hujah-hujah ini, kuatlah kepercayaan kita bahawa anak Nabi Ibrahim yang disembelih itu ialah Nabi Ismail, bukannya Nabi Ishak.

WaAllhua’lam.


Abu Zulfiqar Amsyari

19 November 2010

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2010/11/siapa-yang-disembelih-oleh-nabi-ibrahim.html


-----------------
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuzulfiqarProfil   Hantar PM kepada abuzulfiqar   Pergi ke abuzulfiqar's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.259427 saat. Lajunya....