Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: COUPLE ITU HARAM...MENGARUTLAH!


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» COUPLE ITU HARAM...MENGARUTLAH!

Please Mendaftar To Post


Oleh COUPLE ITU HARAM...MENGARUTLAH!

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-08-11 10:24


Assalamualaikum


Isu 'couple' adalah antara isu yang sukar difahami oleh masyarakat kita. Yang sedih, buat-buat tak faham sebenarnya...'couple' ni jugaklah yang menjadi senjata utama syaitan bagi nak menjauhkan umat Muhammad dari sunnahnya serta sekali gus menjauhkan manusia dari redha Allah..

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya. Dan jika Tuhanku menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah meraka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderong kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu." (6:112-113)

saya memang meminta Allah menjauhkan diri saya sejauh-jauhnya (sama juga seperti meminta Allah menjauhkan diri dari api neraka) dari such thing a.k.a couple ni...

~mendekati couple bererti mendekati zina
~menjerumuskan diri ke alam couple ni samalah keadaannye menjerumuskan diri kita ke kancah kemaksiatan..
~mencari jalan ber'couple' analoginya, kita sendirilah yang mencari jalan ke neraka...
~mencari jodoh dengan ber'couple' adalah same seperti menyerahkan pemilihan pasangan kita yang diaturkan syaitan...

kasar, keras pernyataan saya di atas tu?
rebellious? tak puas hati?

itu maknanya, anda masih menyokong budaya yang tak sihat ini!

SEDARLAH...pernyataan-pernyataan saya yang berbunyi kasar dan keras itu adalah hakikat dan kebenaran yang sukar masyarakat kita nak terima.
sekali lagi suka saya nak ulang...SUKAR NAK TERIMA!
dan Kenapa sukar nak terima ni adalah sebab, kita ditipu oleh syaitan... yang membuatkan dan menampakkan yang perbuatan 'couple' ini indah-indah belaka.

"Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehlah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah, menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan." (35:8)

bagi saya, nak bercouple boleh...bolehhhh sangaaaat...malah saya sebenarnya memang menggalakkan budaya couple ni...

TAPI! TAPI! dan TAPI!....HANYA bercouple dengan KEKASIH HALAL ANDA SAHAJA OK!!

but then, before nak bercouple dengan kekasih halal kita...pasti kita nak kena praktis dulu kan?! betul tak? sebab tu ramai yang salah guna konsep bercouple ni....

pengalaman berdasarkan pemerhatian saya, saya lihat inilah antara konsep-konsep atau faktor yang menyebabkan orang nak atau sedang 'bercouple':

nakkan kasih sayang....(alasan ni mungkin boleh terima bagi sesiapa yang sudah tiada ibu bapa....tapi kepada yang mak bapaknye masih hidup, dan sesetengahnya memang rapat dengan familiy, saya memang tak paham kalau masih mahu menggunakan alasan ni...huh! (=__=')

ada orang ambil berat.....(macamlah mak ayah, abang kakak tak ada...tapi mungkin jugalah kan kalau jenis famili yang buat hal sendiri...hisyhh...nauz'ubillah..)

suka nak ada orang panggil 'manja2'....(manja ke? macam kembang saja tekak teman nak menyebut dan mendengonye...pelik orang sekarang...huhu)

ada orang tempat berkongsi suka duka...(aduyai...yelah sangat tu...alih-alih selalu gadoh juga..hahaha)

ada orang nak mengharap, tempat bergantung...(nak gantung ke cik adik, cik abang? gantung lah dekat tiang letrik tu..baru betul..huhu..tidaklah...bukan tempat bergantung pun...silap-silap kita yang digunakan, atau diambil kesempatan...)

sumber inspirasi@ pendorong belajar...(hurmm..agaknya ye betul....entah berapa ramaila yang kantoi sebab dek couple ni..nantilah saya buat kajian..huhu...tapi kalau ada pun saya boleh garenti mesti hanya dalam peratusan yang sangat minoriti)

banyak lagilah, tapi saya dah malas nak senaraikan...
dan dari rasional akal, iman, dah akhlak....nampaknya semua konsep-konsep ini dah-terang-lagi-bersuluh-dengan-sportlight sememangnya sah-sah adalah konsep-konsep dan faktor-faktor yang SONGSANG!

alasan-alasan ni sengaja dicipta untuk 'menghalalkan' kecouplelan golongan ini...

so mari saya kongsi dengan anda cara bercouple sebelum nak bercouple dengan kekasih halal kita yang sebenar tu....tak payahlah bersusah-payah nak praktis sikap romantis, manja kita tu semua sebelum kahwin pada mereka yang tak layak...

kawan-kawan kita kan ramai...

Praktis dengan kawan-kawan kita sebagai persediaan nak bercouple dengan kekasih halal kita tu nanti. JOM, bercouple dengan kawan-kawan kita! (peringatan: kawan di sini bermaksud yang HANYA sejantina dengan anda ok!)

saya bukan nak menggalakkan anda menjadi les**** ataupn homo*******. NAUZUBILLAHIMINZALIK!


Mari fahami konsep bercouple dengan kawan-kawan yang saya yakin anda boleh aplikasikan nanti, insyaAllah...

nakkan kasih sayang....ha...inilah masanya kita perlu menunjukkan kasih-sayang kita kepada kawan-kawan kita...bila tarikh hari lahir dia, suka makan apa, suka buat apa, suka dengar apa...serba-serbi kita tahu tentang kawan kita..

ada orang ambil berat.....kenalah ambil tahu jugak sakit pening kawan-kawan kita...jangan lepas diri sendiri saja...

suka nak ada orang panggil 'manja2'....tak salah buat panggil manja-manja dengan kawan-kawan..tapi janganlah panggilan nak mengejek ye...hehhe... mungkin panggilan tu nanti yang buat kawan kita ingat kat kita sampai dia tua...

ada orang tempat berkongsi masalah share suka duka....masa-masa belajar ni, kebanyakkan masa kita banyak dengan kawan-kawan kan..kat kelas, kat cafe, kat library, kat rumah sewa pun semua kawan kita...so feel free to share...however, make sure kita telah dulu cuba membina foundation persahabatan yang kuat dengan cara kita telah dulu cuba 'bercouple' dengan kawan kita ni...baru senang nak bercerita...

sumber inspirasi@ pendorong belajar... tengoklah kawan-kawan kita yang pandai or excellent dalam pelajaran..bolehlah kita tiru kesuksesan dia studi..yang kurang sikit, kalau kita lebih, kita tolong mereka pulak..

ada orang nak mengharap tempat bergantung...orang kata, apa gunanya kawan kalau tak membantu...jadi gunakanlah kawan-kawan kita dengan sebaiknya..
yang pandai masak, kita boleh tanya recepi
yang bila kita masak, ada kawan yang rasa...(boleh improve bila masak untuk kekasih halal nanti..hihihi)
yang ada kereta, feel free untuk tolong hantar kawan kita pergi beli tiket, hantar ke stesen bas etc..
yang bila pakaian kita 'menjolok' mata, ada kawan kita yang akan tegur supaya kita nampak lebih sopan bila berpakaian...
yang sekali-sekala kita tak terbangun subuh, terleka nak solat, ada yang tolong ingatkan..
yang pandai mengaji, dia atau kita sudi nak ajar dan diajarkan...(untuk polish-up tajwid dan fasihah untuk ajar anak-anak kekasih halal kita nanti juga..ngee(~__*)
yang boleh same-same tolak troli bila beli barang-barang rumah sewa...
yang same-same boleh diajak menghadiri majlis ilmu...
yang boleh bergilir-gilir jadi imam bila berjemaah...

ha tu...kan banyak benda yang boleh dipraktikkan dengan kawan-kawan kita...comelkan...sweetkan..so tak payahlah susah-susah nak cari pasangan couple berlainan jantina dengan kita...^__^ :berfikir: :berfikir:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

teruzebubu
Warga Rasmi
Menyertai: 14.03.2012
Ahli No: 42108
Posting: 3
Dari: Bangi Tercinta

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-03-12 01:56


Saya setuju couple itu bermulanya zina.
Terbukti dalam pelbagai media hari ini.
Tapi saya taktau apa masalah sebenarnya dengan orang sekeliling kita?
kadang-kadang kita kabur apa yang kita nak dalam hidup ini.
Dari kecil malah sebelum tadika lagi kita diajar apa itu cinta.
Kita dilawakkan dengan eh, adik suka si polan2 itu ye...
Padahal usia kita baru 5 tahun. Apa kes?

Sebenarnya mana silapnya?
Saya tak nampak peranan orang sekeliling terhadap perkara ini.
Hanya pandai menghukum.
Bila bersuara di forum2 agama dihentam.
Tunjukkan saya dan kami semua yang cetek ilmu ini jalan.
Setiap hari kami berdoa. Memohon meminta.
Makin dekat kami padaNya, makin ligat dunia datang.

Please... remaja, kanak-kanak, malah dewasa perlukan Islam.


-----------------
Apakah langkah pertama untuk berubah? Kuatkah hati ini sendiri?


Bookmark and Share

    


  Member Information For teruzebubuProfil   Hantar PM kepada teruzebubu   Pergi ke teruzebubu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091846 saat. Lajunya....