Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 176
Ahli: 0
Jumlah: 176




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: selalu terlupa atau kurang tumpuan..sakitkah aku ni?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» selalu terlupa atau kurang tumpuan..sakitkah aku ni?

Please Mendaftar To Post


Oleh selalu terlupa atau kurang tumpuan..sakitkah aku ni?

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-08-11 20:31


salam..luahan hati ini..tidak tertahan lagi..ingin mencari penawar..
1) .sepanjang malam tingkap kereta tak tutup..
2) dah 2kali parking kereta, tak kunci kereta..
3) sepanjang malam aku tak tutup lampu kereta
4)kadang-kadang masak air, tak tutup api sampai air kat cerek dah nak kering
5) short term memory loss- susah nak ingat benda yang berlaku sedetail2 nya.

Yang paling mengguris hati sehingga menyebab kan aku menaip coretan ini ialah mak kata.."ish teruknya kau ni, bahaya lah"..selepas itu aku masuk bilik ..menangis ya ALLAH bantulah hambamu ini..

sejak tu. Aku terfikir,sakitkah aku? tapi aku baru umur awal 20an..dah search internet..mungkin ini sebab kurang konsentrasi salah satu penyebabnya ialah stress dan banyak fikir..(mungkin juga)
walaupun aku seorang nurse..aku tak nak check doctor. Aku lebih suka memilih merawat dalam diri(rohani)
aku cadang nak ambil cuti 3-4 hari membawa diri jauh dari kota.keluarga,kerja ingin menyendiri mententeramkan di,beriktikar kei..mungkin cara itu lebih baik untuk meningkatkan konsentrasi...persoalannya:

1) boleh bagi pendapat kat mana tempat itu?kalau boleh biar area kl selangor, dekat siket..kalau ada guide lagi bagus(ustazah atau ustaz kew)..bagaimana nak contact..

2)bagaimana meningkatkan konsentrasi diri?

3)bagaimana mengelakkan kelupaan? (salah satunya ialah tidak melihat aurat orang lain, namun itu tidak dapat dielak kerana tugas nurse semasa sponge pesakit)

saya betul-betul buntu, perlu bantuan...terime kasih ukhwah


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-08-11 23:02


Assalamualaikum,

Pada pendapat saya, untuk mengubati sesuatu penyakit perlulah tahu sebab penyakit itu terjadi. Saudari tentunya lebih arif sebab bertugas sebagai seorang jururawat. Kalau jumpa doktor saudari tak mahu, dah cuba jumpa kaunselor? Saya bersetuju dengan kata-kata ibu saudari yang ia mungkin mendatangkan mudarat kepada saudari.

Saya suka mengamalkan doa-doa yang disarankan oleh Dato' Dr Haron Din - mungkin boleh dapatkan buku tulisan beliau "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit" - nipis dan murah saja buku tu. Dan ada doa untuk mengelak lupa. Cubalah, insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-08-11 22:41


Assalamualaikum

Semoga warga ukhwah sekelian berada didalam rahmat kasih sayang Allah serta dibawah perlindungan-NYA.

Buat pembuka topic, ukhti nadia_khalit;

Menurut nukilan saudari coret disini... maaf jika saya bertanya.. apakah saudari punyai sebarang masalah? kebiasaan perkara sedemikian (lupa, leka & alpa) dipengaruhi oleh emosi atas beberapa situasi dan sejarah (sama ada suka duka atau pahit manis) yang ditempuh yang memberi implikasi dalam rutin seharian.

Mungkin saudari dapat mengenal pasti perkara tersebut yang mana juga menjadikan diri rasa sedih atau bimbang. Ana cadang agar ukhti berjumpa dengan guru (ustazah/rakan yang boleh dipercayai).. kadang perlu luah perkara sebenar apa yang membelenggu...dalam fikiran mahupan kehidupan ukhti. Sebahagian masalah kita akan dapat dikurang dengan perkongsian. Jika tidak pada orang yang terdekat/mengenali...carilah pada Allah, itu yang utama kemudian mereka yang dapat memberi kekuatan pada kata-kata mahupun tenaga.


Banyakkan beristighfar, selawat dan membaca Al-Quraan...itu terapi terbaik untuk menghilangkan kelupaan. Tenanglah wahai hati, tabahlah wahai diri. Bersabar itu ada ganjaran dan kemenangannya... mohon lah pada-Nya dan yakin akan bantuan petunjuk-NYA ya. InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

anazalil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-10-11 19:31


Assalamualaikum...

Kalau nadia rasa ia penyakit... nadia kena jupa orang yang pakar. Ana setuju dengan pandangan sinar.... mungkin nadia ada masalah lain. Kadang-kadang, apabila ada sesuatu beban dalam otak kita... menjadikan kita kurang tumpuan.

Ana nak tanya lagi.... ibadah ada lupa tak? kalau lupa yang ada tu membawa kepada lupa untuk beribadah kepada Allah... maka ana rasa ia perlu dirawat secara kerohanian. Pergi lah ke Darus Syifa' untuk rawatan yang lebih sempurna.

Wallhu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anazalilProfil   Hantar PM kepada anazalil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092755 saat. Lajunya....