Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 178
Ahli: 0
Jumlah: 178




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 52 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: cara perubatan islam...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» cara perubatan islam...?

Please Mendaftar To Post


Oleh cara perubatan islam...?

fizah_aziz
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2011
Ahli No: 41356
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-06-11 22:26


Assalammualaikum...

Disini saya hanya ingin berkongsi cerita dan minta pendapat anda semua melalui cerita saya ni.. Ok macam ni..kawan satu ofice dengan saya baru ni disahkan kanser payudara...masih dari peringkat awal..dipendekkan cerita..dia nak cuba perubatan islam..so ada lah hamba Allah ni bagitahu ada seorang pakcik ni dia boleh ubatkan..dah ramai lah yang kena kanser peringkat awal sembuh selepas berubat dengan dia..Jadi saya dengan kawan office ni pergi lah ke rumah pak cik tu... Sampi saja rumah pak cik tu, kawan saya pun bagitahu lah yang masalah dia..pak cik tu pun cakap InsayaAllah dia akan cuba ubatkan..
Tapi saya sangat pelik cara dia ubatkan kawan saya tu...sebabnya...mula-mula dia suruh kawan saya buka baju dalam..selpas tu baring atas sofa dan dia menyetuh payudara kawan saya tu ..dia menyentuh keseluruhan payudara selama setengah jam..padahal kawan saya sudah memaklumkan kepada dia hanya sebelah kanan..masa tu saya sendiri malu dan terkejut dan kawan saya sendiri nampak malu dan takut.
Selepas perubatan tu,kawan saya mengaku terlalu takut dan berdebar ketika perubatan tu berlangsung..Adakah perubatan islam ada berlaku sentuhan lebih-lebih lagi tempat yang sensitif? Adakah berdosa kami yang ak tahu apa-apa ni bila berlaku perkara seperti itu?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_azizProfil   Hantar PM kepada fizah_aziz   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-06-11 07:49


wasalam...

saudari....sudah terang dan jelas...itu semua perbuatan syaitan..nafsu orang yang tak ada ilmu dan berniat jahat...

cuba saudari fikir...kalau lah betul perubatan cara islam....ayat2 suci al quran digunakan....dan jika perlu disentuh payudara tu sekali pun...org yang akan menyentuhnya adalah PEREMPUAN....bukan lelaki...tak pernah ada ustaz perubatan islam akan buat macam tu...kalau ada pun tu ustaz penipu...berhati-hati lah...seorang ustaz yang faham tentang perubatan islam dia juga harus faham hukum hakam menyentuh bukan muhrim...sejauh mana hebat ustaz tu sekali pun kalau betul dia amalkan perubatan islam..dia mesti ada pembantu wanita untuk check payudara wanita tu...

sedangkan di hospital sendiri pun Dr wanita akan pegang dan check...itu pun tak akan mengambil masa selama setengah jam...tapi pakcik tu?? lebih kan? jadi fikir2 kan lah...tak payah lah pergi lagi....nanti kan apa lagi jadi..

ini lah yang selalu terjadi...masuk paper metro....dirogol bomoh lah..diperkosa bomoh lah....hmmmm...saudari berhati-hati sikit...jangan percaya sangat-sangat benda-benda macam tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-06-11 07:56


huhu... dasyat ooo....

tak silap saya, dalam perubatan islam ni kalau pesakit perempuan... doktornye pun perempuan jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Tongkat_Sakti
Warga Rasmi
Menyertai: 10.06.2011
Ahli No: 41424
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-06-11 08:07


Pada 10-06-11 07:56 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

huhu... dasyat ooo....

tak silap saya, dalam perubatan islam ni kalau pesakit perempuan... doktornye pun perempuan jugak...


betul tu...sokong 100%.....

dah nama perubatan islam....mesti lah pengubat tu faham tentang hukum islam....

kalau tak percaya...pergi lah dekat perubatan islam yang betul sepert Darul Syifak yang terletak di bangi..tengok kalau pesakit wanita...pengubat mesti wanita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Tongkat_SaktiProfil   Hantar PM kepada Tongkat_Sakti   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-11 09:06


Jelas ianya bukan perubatan islam, sokong kenyataan ukhti halesolurun_84. Tak logik dalam perubatan islam seorang ustaz boleh lakukan sedemikian. Hukum hakam dalam islam halus, tetapi sangat tinggi martabatnya, seharusnya dijaga walau dari pelbagai sudut.

Istighfar dan mohon padanya keampunan atas kejahilan yang tidak disengaja atau diketahui.


Darul Syifa' pun terbaik..ada pengubat wanita. Hasil rawatan sahabat ana bagi sakit puan, disana ada perkhidmatan dari wanita kepada wanita.


Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

fizah_aziz
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2011
Ahli No: 41356
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-06-11 17:58


terima kasih kepada yang memberi nasihat dan pandangan..mmng k.orang tak akan pergi lagi..saya cuma berniat nak membantu rakan saya..tapi tak sangka pula lain jadinya..semoga ia menjadi pengajaran kepada kami..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_azizProfil   Hantar PM kepada fizah_aziz   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-06-11 22:14


Maaf, sekadar nak bertanya. Pada saya yang tak pandai ni - amat jelas caranya bukan perubatan, dan lebih jelas bukan Islam. Tapi macamana boleh sampai terikut? Kena pukau ke? Tak sedar? Macamana boleh tak tau - sedangkan ia sangat obvious? Maaf kalau bunyinya kasar sebab mungkin boleh belajar dari pengalaman saudari.

Dan semoga penyakit cancer kawan saudari dapat dikawal sebab masih di peringkat awal. Rasanya tak salah kalau diusahakan cara moden dan cara Islam (tapi saya percaya dengan perubatan di Darul Syifa sahaja). Mungkin boleh baca buku2 karangan Dato Harun Din. Banyak ilmu dikongsi oleh beliau tentang cara perubatan Islam yang sepatutnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

hafiz_addnan
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2009
Ahli No: 37384
Posting: 7
Dari: seremban

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-06-11 07:02


try lah perubatan JAWI berasakan herba HPA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_addnanProfil   Hantar PM kepada hafiz_addnan   Quote dan BalasQuote

nurfa84
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2011
Ahli No: 41451
Posting: 2
Dari: KL

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 21-06-11 16:16


Salam saudari..saya selalu menonton rancangan di astro oasis mengenai perubatan islam especially tentang perubatan kanser dan lain-lain...ada seorang ustaz (tak pasti dr darul syifa' ke) ada cara untuk mengubatinya melalui perubatan Islam..saya tak ingat namanya..tapi yang pasti anak perempuan ustaz tersebut bertunang dengan asyraf muslim (ex-pelakon rasanya)...boleh cuba google maklumat yang diberi ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfa84Profil   Hantar PM kepada nurfa84   Quote dan BalasQuote

fizah_aziz
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2011
Ahli No: 41356
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-06-11 21:28


Pada 11-06-11 22:14 , ija1508 posting:

!!! QUOTE !!!

Maaf, sekadar nak bertanya. Pada saya yang tak pandai ni - amat jelas caranya bukan perubatan, dan lebih jelas bukan Islam. Tapi macamana boleh sampai terikut? Kena pukau ke? Tak sedar? Macamana boleh tak tau - sedangkan ia sangat obvious? Maaf kalau bunyinya kasar sebab mungkin boleh belajar dari pengalaman saudari.

Dan semoga penyakit cancer kawan saudari dapat dikawal sebab masih di peringkat awal. Rasanya tak salah kalau diusahakan cara moden dan cara Islam (tapi saya percaya dengan perubatan di Darul Syifa sahaja). Mungkin boleh baca buku2 karangan Dato Harun Din. Banyak ilmu dikongsi oleh beliau tentang cara perubatan Islam yang sepatutnya.


Salam ija..saya tak rasa yang k.orang kena pukau atau yang sewaktu dengannya...sebab saya dan kawan perasan apa yang berlaku...cuma masing - masing terdiam dan terkejut. Lagipun isteri dia ada bersama kami..tapi tak cakap apa-apa pun..macam redha saja apa yang suami dia buat. entah lah... saya nasihatkan dia ikut cara perubatan moden dahulu...apapun time kasih atas nasihat saudari :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_azizProfil   Hantar PM kepada fizah_aziz   Quote dan BalasQuote

fizah_aziz
Warga Rasmi
Menyertai: 08.05.2011
Ahli No: 41356
Posting: 4

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-06-11 21:31


Pada 21-06-11 16:16 , nurfa84 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam saudari..saya selalu menonton rancangan di astro oasis mengenai perubatan islam especially tentang perubatan kanser dan lain-lain...ada seorang ustaz (tak pasti dr darul syifa' ke) ada cara untuk mengubatinya melalui perubatan Islam..saya tak ingat namanya..tapi yang pasti anak perempuan ustaz tersebut bertunang dengan asyraf muslim (ex-pelakon rasanya)...boleh cuba google maklumat yang diberi ini...


Wasalam...sayapun pernah menonton rancangan tersebut. InsyaAllah saya akan sampaikan pada kawan saya tu...Terima kasih Nurfa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_azizProfil   Hantar PM kepada fizah_aziz   Quote dan BalasQuote

raudhatulmardhiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 140
Posting: 262
Dari: Kluang, Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-11 20:23


Pada 09-06-11 22:26 , fizah_aziz posting:

!!! QUOTE !!!

Assalammualaikum...

Disini saya hanya ingin berkongsi cerita dan minta pendapat anda semua melalui cerita saya ni.. Ok macam ni..kawan satu ofice dengan saya baru ni disahkan kanser payudara...masih dari peringkat awal..dipendekkan cerita..dia nak cuba perubatan islam..so ada lah hamba Allah ni bagitahu ada seorang pakcik ni dia boleh ubatkan..dah ramai lah yang kena kanser peringkat awal sembuh selepas berubat dengan dia..Jadi saya dengan kawan office ni pergi lah ke rumah pak cik tu... Sampi saja rumah pak cik tu, kawan saya pun bagitahu lah yang masalah dia..pak cik tu pun cakap InsayaAllah dia akan cuba ubatkan..
Tapi saya sangat pelik cara dia ubatkan kawan saya tu...sebabnya...mula-mula dia suruh kawan saya buka baju dalam..selpas tu baring atas sofa dan dia menyetuh payudara kawan saya tu ..dia menyentuh keseluruhan payudara selama setengah jam..padahal kawan saya sudah memaklumkan kepada dia hanya sebelah kanan..masa tu saya sendiri malu dan terkejut dan kawan saya sendiri nampak malu dan takut.
Selepas perubatan tu,kawan saya mengaku terlalu takut dan berdebar ketika perubatan tu berlangsung..Adakah perubatan islam ada berlaku sentuhan lebih-lebih lagi tempat yang sensitif? Adakah berdosa kami yang ak tahu apa-apa ni bila berlaku perkara seperti itu?...


Waalaikumsalam

ini alamat laman web pusat perubatan al-hidayah yang dimaksudkan...boleh hubungi pengasasnya di sini.

http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp

sedikit sedutan dari laman ini...

Sintom awal:
1. Pembengkakan dan perubahan pada bentuk dan saiz payudara
2. Aerola tertarik ke dalam
3. Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kuning hijau

Sintom lewat:
1. Sakit pada payudara
2. Sakit pada tulang rusuk
3. Terdapatnya ulser atau kudis
4. Batuk atau sesak nafas
5. Bengkak hati (jaundis)
6. Tulang patah
7. Hilang sedar

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT KANSER PAYUDARA:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Al-Anfaal ayat 41 hingga 46, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Anbiyaa' ayat 74 hingga 81, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah ASy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Naml ayat 56 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan saya.)



-----------------
Mencurah Kasih Berkongsi Ilmu http://raudhatulmardhiah.blogspot.com Ingatlah hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhatulmardhiahProfil   Hantar PM kepada raudhatulmardhiah   Pergi ke raudhatulmardhiah's Website   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-06-11 13:21


Salam ...

T kasih atas penjelasan yang saudari fizah berikan.

Pernah jugak dengar orang cerita sedar tapi tak boleh buat apa-apa kecuali menurut.

Semoga sahabat saudari tadi cepat sembuh, insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1112 saat. Lajunya....