perkembangan terbaru program ini:
Kedua-dua ahli panel yang asal ( Dr Mohamed Ibrahim Al -Baltaaji dan Sheikh Azam tidak dapat hadir).
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Dr Ibrahim akan digantikan oleh Sheikh Hussein, (kedua-duanya pimpinan IM)
Dr Ibrahim dapat berbahasa Inggeris dengan baik manakala Sheikh Hussein tidak dapat.
Sheikh Azzam (Lubnan) pula akan digantikan oleh Dr Nasser Soni', pimpinan gerakan Islam dari Kuwait, yang dapat berbahasa Inggeris dengan baik.
Pada masa yang sama kita akan tambah seorang lagi ahli panel iaitu Presiden PKS, Bapak Luthfi Hasan Ishaaq, yang akan membuat penyampaian dalam Bahasa Melayu.
Jadi forum kita akan jadi dalam 3 bahasa.
1. Sheikh Hussein - dalam bahasa Arab dan akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz kita.
2. Dr Nasser - dalam bahasa Inggeris dan akan diterjemah secara ringkas ke dalam bahasa Melayu oleh moderator.
3. Bapak Luthfi dalam Bahasa Melayu, dan akan diterjemah secara ringkas ke dalam Bahasa Inggeris oleh moderator.
Selepas itu kita akan bagi ruang yang luas untuk sesi soal jawab.
terima kasih atas segalanya.
-----------------
we make history or we become history