Oleh |
Tarekat...Ibarat Mutiara Berdebu. |
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 25-04-11 02:51
 Seperti yang kita ketahui, dewasa ini banyak kumpulan serta ajaran2 sesat yang berlaku khususnya di dalam negara kita, Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya, Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol dan bermacam-macam lagi.  Amat menyedihkan apabila kumpulan2 tarikat sesat ini telah menyebabkan ramai daripada kita beranggapan bahawa kesemua ajaran tarikat itu sesat, zikir mereka tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad, tidak mengikut al-Quran & hadis Nabi Muhammad serta bermacam-macam fitnah lagi...ibarat nila setitik rosak susu sebelanga...  Ianya tidak sebegitu rupa wahai saudara2 ku, tarekat sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad lagi, cuma tidak dinamakan sebagai tarekat, carilah kebenaran dengan banyak mengkaji, mambaca serta bertanya pada ahlinya (ahli Tasawwuf)...untuk menuju kepada Allah banyak dugaan serta rintangan... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 25-04-11 07:02
Setiap kali saya ke Istanbul, saya akan ke sebuah penempatan yang dikenali sebagai Casamba, Fatih sebuah penempatan yang agak islamik berbanding daerah yang lain di Istanbul. Ianya merupakan penempatan Tariqat Naqsyabandi Mujadid pimpinan Syeikh Mahmud Effendi. Masjid mereka dikenali sebagai Ismailaga Cami. Saya harus ke sana untuk solat Maghrib/Isya dan membeli beberapa produk mereka sekitar Casamba. Jika anda ke Mekah atau Madinah anda akan dapat mengenali mereka melalui akhlak mereka yang kelihatan lembut dan pakaian mereka yang agak seragam. Sehingga kini saya berusaha untuk mendekati mereka atau bertemu pimpinan mereka kalaupun tidak berbaiah.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 30-04-11 09:25
 Sepatutnya aliran Tareqat ini diperkembangkan serta diperluaskan lagi di Malaysia khususnya tetapi disebabkan oleh terdapat segelintir aliran2 tariqat yang akidahnya sesat, maka habis keseluruhan aliran tariqat ini dikatakan tersesat, Masya Allah...  Ianya tidak seperti yang disangka sesetengah pihak, aliran tariqat tidak semuanya sesat tetapi yang tidak cuba memahaminya adalah diri kita sendiri, kita yang tidak berusaha untuk mengenalinya secara lebih dekat, malahan sesetengah cerdik pandai kita yang bukan ahli memandai2 menghukum yang tariqat tidak wujud di zaman Nabi, sesat, Tasawwuf tidak ada....sungguh teruk mereka...Naudzubillah. ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 04-05-11 17:22
 Ada sesiapa disini yang dari aliran Naqsyabandiyyah Qadiriyah atau Khalidiyah dan dari aliran Ahmadiah? ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 05-05-11 07:47
Seorang rakan saya sedang mencari Syadzliah. Ada apa-apa info? Saya pula mencari Naqsyabandi Mujadiddiya Halidiya di Malaysia jika ada.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 16-05-11 00:30
 ...cuba saudara lihat di www.muftins.gov.my/ ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 02-06-11 12:20
ahli-ahli sufi sentiasa difitnah dan dituduh sesat kerana pengamalan mereka setiap hari dan setiap saat.sehinggakan ada yang mengaku sufi walaupun sebenarnya dia bukanlah sufi ----------------- http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 02-06-11 14:49
sufi tidak pernah mengaku sufi dan tidak pernah kecewa bila difitnahkan.
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 06-06-11 02:27
 kadang-kadang kekliruan ini terjadi disebabkan oleh terdapatnya amalan2 dari tarekat yang dipaparkan di media2 massa, yang mana apabila amalan2 ini dilihat oleh orang-orang awam serta ilmuan dan tidak kurang juga ahli-ahli ulamak yang tidak mengetahui dengan sebenar2 nya ilmu tasawuf (tarekat), maka mereka mentafsirkan tarekat itu sesat...  Sepatutnya rujuklah kepada yang benar-benar ahli, jangan cakap sembarangan...sedangkan Imam al-Ghazali juga salah seorang pengikut tarekat, beliau juga turut melakukan uzlah (11 tahun)...mujahid Salahuddin al- Ayyubi juga adalah anak didik Ibnu Arabi yang merupakan seorang sufi tarekat...mana mungkin kedua-dua contoh agung ini memasuki bidang ilmu yang belum pasti kebenarannya... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|