Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 190
Ahli: 0
Jumlah: 190




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Hantu Kak Limah Balik Rumah


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Hantu Kak Limah Balik Rumah

Please Mendaftar To Post


Oleh Hantu Kak Limah Balik Rumah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-04-11 12:34


Sinopsis filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ;

“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.
Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “
Menarikkan filem ni? Kolabrasi semua pihak termasuk pelakon amatlah penting dalam menjayakan filem.

:lol: :lol: :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-04-11 12:55


Penghujung minggu lalu sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) hampir tiba kemuncak siarannya, audiens di dewan serta penonton di rumah dikejutkan dengan kemunculan dua watak komedi dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan sutradara Mamat Khalid untuk menyampaikan keputusan bagi anugerah terbesar pada malam itu.

Sudahnya, satu dewan arena gamat gelak tawa audiens yang nyata sangat terhibur dengan telatah Shy8 yang memegang watak Usop Wilcha serta Johan sebagai Abi Hurairah (nama wataknya sahaja sudah menggelikan hati). Jika difikirkan rasionalnya, tiada signifikan membawa watak-watak ini ke atas pentas, tetapi jika dilihat dari perspektif berbeza, mungkin penganjur ingin mengurangkan debaran serta menghiburkan calon-calon yang sedang gelisah menanti keputusan siapakah bakal pemenangnya.

Justeru timbul pula satu persoalan, sejauh manakah kuatnya impak filem HKLBR ini sehingga apa sahaja yag dituturkan atau gerak tubuh dari watak-watak filem ini, sudah dapat ditangkap penonton. Ini boleh dirungkaikan dengan melihat sendiri pada filem HKLBR yang padat dengan stail komedinya yang sarkastik, sinikal, serta parodi yang berat dalam dialog-dialognya.

Dialog-dialognya? Ya, dialog-dialoglah yang merupakan 'senjata' terkuat dalam filem ini. Jika direnung kembali, selepas filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, jarang ada filem yang kita ingat akan dialog-dialognya seperti mana kita kita ingat dialog dalam filem HKLBR.

Ambil contoh, trend ayat "cer cerita, cer cerita" kini mula berleluasa di kalangan media, remaja-remaja sekolah atau sesiapa saja yang pernah menonton filem ini. Penggunaan ayat itu acap kali digunakan apabila kita ingin bertanya tentang sesuatu peristiwa dikalangan sahabat handai kita dan tanpa sedar, pengaruh HKLBR mula meluas dikalangan masyarakat majmuk hari ini.

"Kita bakor, kita bakor", satu lagi dialog yang bila dituturkan saja, terbayang adegan betapa semangatnya Usop yang ingin menyelesaikan masalah hantu yang melanda Kampung Pisang dengan membakar rumah Kak Limah sendiri. Tak dilupakan aspek Usop meminta persetujuan penduduk kampung yang mana, sesiapa yang setuju dengannya membakar rumah Kak Limah, perlu mengangkat tangan sambil menggoyangkan dengan penuh gemalai. Babak ibarat melekat di dalam otak dan apabila diimbas tayang, kita pasti tersenyum sendirian.

Banyak lagi babak yang meninggalkan kesan sebenarnya dalam filem ini, contohnya babak cemas ngeri di mana Usop digeles kubota oleh Wan Kaswi yang sedang seronok bercakap di telefon tanpa sedar jenteranya bakal menjadi penyebab Usop hilang keupayaan diri dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda (wheel chair, yang mana kemudian disebut sebagai wilca oleh penduduk kampung).

Babak itu telah dirakamkan secara long shot, oleh itu keadaan yang sepatutnya ngeri dan tak lepas tapisan LPF, (Usop terbaring dengan pancutan darah yang tersembur dari kubota dan dalam masa yang sama, Wan Kaswi masih tidak sedar dan bergelak menggunakan telefon) telah menjadi babak komikal dan kita masih boleh ketawa sedangkan ia sepatutnya memberikan kesan yang sadis.

Filem ini juga tanpa kita sedar atau tidak, terdapat babak yang senagaja dibuat palsu untuk menyindir negara jiran kita, Indonesia. Babak merapu di mana Sofi Jikan sebagai Wak Joko Erwin Anwar telah mengalahkan mummy di Mesir dan kemudiannya menewaskan Yeti, sejenis makhluk mitos ala-ala Big Foot. Babak itu sengaja dibikin sebegitu "fake" untuk menyindir Indonesia dan kemudian Wak Joko Erwin Anwar ini tewas dengan sekali penampar dari Kak Limah.

Permainan psikologi yang membangkitkan isu-isu masyarakat Melayu juga begitu kerap sekali dibangkitkan dalam filem HKLBR. Salah satu adegan klise ialah Husin yang kini telah merantau ke luar kampung, kembali dengan motor besar sebagai tanda dia sudah berjaya. (Bukankah kerap terjadi dalam masyarakat Melayu anak kampung keluar kampung dan kembali dengan kerjaya? Dan kejayaan itu diterjemah dengan kenderaan mewah).

Juga isu Usop yang kini menjadi orang kurang upaya terpaksa menggunakan kerusi roda bantuan kerajaan. Punyalah hendak dijaga kerusi roda itu, sampaikan nampak hantu pun, Usop terpaksa 'berlari' sambil menolak kerusi roda itu.

Oh ye, program realiti TV yang menjadi pengaruh utama intelektual masyarakat kampung juga disentuh apabila Husin secara sinis bertanya kepada Kak Limah, "Tak tengok Akademi Fantasia ke Kak Limah?". Harus diingat, kegilaan program realiti TV adalah lebih berleluasa di kalangan kelompok masyarakat kampung berbanding mereka yang berada di kawasa bandar.

Itu belum lagi disentuh isu-isu mentaliti,sosial-politik orang Melayu seperti isu subsidi, jumud, PPSMI, hospitaliti dan kesihatan. Semuanya dibangkitkan dengan nada sinis oleh Mamat Khalid sebagai pengarah filem ini.

Keseluruhannya, di sebalik pelbagai kelemahan aspek teknikal filem ini, nyata ia telah mencapai status cult sekarang di mana pelbagai perbuatan masyarakat marhaen hari ini, adalah ibarat homage kepada filem itu (yang mana juga merupakan homage kepada sesuatu yang lain seperti MTV Muzikal Husin dan Che Nin untuk lagu Cinta Kristal).

Syabas untuk Mamat Khalid kerana telah berjaya mencipta satu budaya dan fenomena. Adakah pengarah lain yang boleh mencetuskan satu lagi fenomena seperti ini atau Mamat Khalid sendiri mampu mengulangi kejayaannya? Kita tunggu...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-04-11 13:39


Assalamualaikum..

Sekadar tengok cerita ini kat astrofirst saja...memang boleh mengurangkan tekanan dan memang bagi saya lawak mamat khalid ini mempunyai maksud yang tersirat tanpa kita sedari..pemikiran begini amat sesuai bagi saya..lawak mamat khalid memang jadi pilihan saya cuma cerita estet saja yang saya tak tengok sebab melihatkan jalan cerita dan pelakonnya.semoga ramai lagi pengarah yang mampu berfikir seperti mamat khalid dan bukan semata-mata pengarah yang mahukan populariti tanpa memikirkan kualiti cerita yang dihasilkan..(bila kita lebih menonton cerita dari luar negara dikatakan tidak patriotik tapi macamana nak sokong kalau kualiti pun tidak ada...fikir-fikirkan..selamat beramal..)


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 09-04-11 17:50


Lawak-lawak lah jugak..part khurafat tu tak ada org yang tegur..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 09-04-11 18:19


kak limah...kak limah dah jadi zomba huhuhuhuu :D


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-04-11 20:19


mamat khalid memang unik...filemnye merentas isu semasa..semua diadunkan jadi satu...pada yang meononton dengan minda sure daoat tnagkap mesej tersirat dseblaik tersurat..yang menonton tanpa minda tentu2nya hanya bergelak tawa tanpa memahami makna mesej secara langsung...lalu sejauhmanakah penonton malaysia yang dikatakan 'kini semakin bijak menilai'..?erm..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097827 saat. Lajunya....