Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 229
Ahli: 0
Jumlah: 229




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Muawiyah ibn Abu Sufyan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Muawiyah ibn Abu Sufyan

Please Mendaftar To Post


Oleh Muawiyah ibn Abu Sufyan

Ali_Hudhaifah_Al_Fateh
Warga Rasmi
Menyertai: 09.03.2011
Ahli No: 41066
Posting: 4

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-03-11 16:09


Assalamualaikum

Muawiyah ibn Abu Sufyan merupakan salah seorang sahabat nabi juga merupakan salah seorang penulis wahyu semasa zaman Rasulullah. Beliau dilantik sebagai gabenor syiria semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab dan seterusnya semasa pemerintahan Saidina Uthman Affan. Beliau kemudiannya mengambil alih Kekhalifahan selepas terbunuhnya Saidina Ali ibn Abi Thalib lalu mengasaskan kerajaan Bani Umayyah.

Biografi Muawiyah telah dicemarkan berikutan perkaitanya dengan pelbagai kontrovesi terutamanya penentangan beliau terhadap Saidina Ali dan perlantikan anak beliau Yazid sebagai penganti yang telah melanggar pejanjian beliau dengan Saidina Hassan untuk tidak mewariskan jawatan khalifah.

Bayangan kontrovesi tersebut telah menutupi sejarah gemilang beliau sepanjang pemerintahannya selama lebih kurang 10 tahun.Muawiyah telah berjaya mengembangkan empayar Islam dari Mesir di sebelah barat hingga ke Iran di sebelah timur.beliau juga telah berjaya menggugat kekuasaan empayar Rom di timur

Memeluk Islam

sesetengah riwayat menyatakan pengislaman Muawiyah bermula semasa pembukaan kota Mekah bersama dengan bapanya Abu sufyan dan ibunya Hindun. Riwayat lain menyebut
Muawiyah menyatakan keislaman beliau berlaku sebelum pembukaan kota Mekah lagi tetapi beliau menyembunyikan keislamannya.

Muawiyah meriwayatkan sebanyak 163 hadis daripada Rasulullah SAW. Antara yang meriwayat hadis daripada beliau ialah Ibn Abbas, Ibn Umar dan Abdullah ibn Zubair.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ali_Hudhaifah_Al_FatehProfil   Hantar PM kepada Ali_Hudhaifah_Al_Fateh   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-04-11 10:33


Seorang tokoh sejarah , Munir al-Ghadban menyebut: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi –di dalam sejarah Islam- yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah s.a.w. dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Mu`awiyah bin Abi Sufyan .a. Sesungguhnya kebanyakan maklumat yang terlekat di pemikiran orang ramai telah diterima sebagai sesuatu yang tidak diragui lagi dan tidak boleh untuk dipertikaikan. Maklumat itu tidak bersesuaian sama sekali dengan darjat yang sepatutnya bagi seorang sahabah Nabi. Gambaran Mu`awiyah pada pemikiran orang ramai ialah seorang yang menuntut kuasa, ahli politik yang cekap, seorang yang mencari kesempatan, dia tidak pernah menghiraukan apa pun dalam usahanya untuk sampai kepada kekuasaan dan seorang yang bertarung kerana inginkan kuasa serta bertindak membunuh berpuluh-puluh ribu orang lain semata-mata untuk menjadi khalifah. Inilah gambarannya yang bertentangan dengan perasaan dan fitrah setiap muslim, namun tiada ganti baginya kerana buku-buku sejarah menyebut demikian. (Munir al-Ghadban, Mu`awiyah bin Abi Sufyan, m.s. 5 Syria, Dar al-Qalam).


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

almustasyar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.02.2011
Ahli No: 40999
Posting: 43
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-04-11 16:26


InsyaALlah tak lama lagi akan keluar buku dari penulis Shahrulazmi tentang S.Muawiyah .a .

kadang-kadang satu kesilapan dibesarkan menghilangkan 100 kebaikan yang dilakukan .

Bookmark and Share

    


  Member Information For almustasyarProfil   Hantar PM kepada almustasyar   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 02-04-11 18:31


Muawiyah Abu Suffian masih bertaraf sahabat Rasulullah SAW, mungkin kerana keturunannya dari Hendon membuatkan ramai yang berprasangka. Kita yang hidup jauh dari zamannya berprasangka baik sajalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

Ali_Hudhaifah_Al_Fateh
Warga Rasmi
Menyertai: 09.03.2011
Ahli No: 41066
Posting: 4

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-11 00:16


kebenaran jauh ditelan sejarah...sejarah jauh ditinggal zaman...Muawiyah mungkin melakukan kesilapan tapi jasanya tidak patut dilupakan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ali_Hudhaifah_Al_FatehProfil   Hantar PM kepada Ali_Hudhaifah_Al_Fateh   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095784 saat. Lajunya....