Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

hati_suci83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2008
Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-03-11 20:47


Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu Kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya. Aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

:welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hati_suci83Profil   Hantar PM kepada hati_suci83   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-03-11 21:48


HMM.. SAYA NI PUN DOK KAWAN DENGAN CIKGU JUGAK..

MEMANG BENAR TUGAS CIKGU SIBUK MEMANJANG..

SAMPAI SAYA PUN TAK PASTI MASA BILAKAH YANG DIA TAK SIBUK..

CIKGU OH..CIKGU.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-03-11 22:02


Bismillah
Assalamualaikum

Ye lah... betul. Budak-budak sekolah rendah memang jujur dan telus. "Cikgu baik, ada masa garang ada masa comel". Anak murid berkata demikian untuk menarik hati gurunya. Ada juga murid2 yang jadi pemalu dengan guru....kecil2 dah pelbagai ragam dan gaya.

Kanak-kanak, cara mengajar bukan dengan emosi dan keadaan diri kita. Pada ana, sama saja waktu kerja pejabat dengan persekolahan. Apa yang membezakan, guru keyakinan dan kekuatan pada dirinya setiap hari berubah dan lebih memerlukan ketabahan, kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak kecil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 04-03-11 22:33


Pada 04-03-11 22:02 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillah
Assalamualaikum

Ye lah... betul. Budak-budak sekolah rendah memang jujur dan telus. "Cikgu baik, ada masa garang ada masa comel". Anak murid berkata demikian untuk menarik hati gurunya. Ada juga murid2 yang jadi pemalu dengan guru....kecil2 dah pelbagai ragam dan gaya.

Kanak-kanak, cara mengajar bukan dengan emosi dan keadaan diri kita. Pada ana, sama saja waktu kerja pejabat dengan persekolahan. Apa yang membezakan, guru keyakinan dan kekuatan pada dirinya setiap hari berubah dan lebih memerlukan ketabahan, kesabaran, keikhlasan dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak kecil.


SAYA SUKA KANAK-KANAK SEBAB DEPA TAK PANDAI TIPU..

CAKAP DEPA IKHLAS DAN JUJUR..

DEPA PUJI PUN IKHLAS..

DEPA KUTUK PUN IKHLAS..

BUKANNYA MACAM ORANG DEWASA..

MEMUJI HANYA NAK MENGAMPU..

MENGUTUK HANYA UNTUK MELEMAHKAN ORANG LAIN..

SECARA JUJURNYA SAYA LEBIH HORMAT KANAK-KANAK DARIPADA ORANG DEWASA..


NAK TAHU TAK SEBAB APA SAYA LEBIH HORMATI DEPA?

SEBAB DOSA DEPA TU KURANG DARIPADA KITA YANG DAH BESAQ-BESAQ NI..

SEPATUTNYA KITA PATUT MALU DENGAN GOLONGAN KANAK-KANAK NI..

INI TIDAK..APA YANG DEPA CAKAP KITA BUAT TAK TAHU SAJA..

DEPA TU IBARAT 'KAIN PUTIH'...

LEBIH 'PUTIH' DARIPADA TOK GURU LEBAI YANG DOK BANGGA DIRI SANGAT TU...

HMM.. MANUSIA OH.. MANUSIA..

:sopan:

:sopan:

:sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-03-11 23:58


Pada 04-03-11 20:47 , hati_suci83 posting:

!!! QUOTE !!!



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



salam...bab ni saya tak berapa setuju..ada cikgu cuti panjang hujung tahun pun dapat 3 minggu saja.tu belum cikgu tahun 6 yang time cuti kena pergi sekolah jugak..kerja sekarang pun dah bukan 5 hari tapi dah 6 kadg2 7 hari seminggu...

balik separuh hari tapi kerja cikgu yang dirumah dan yang kerja sekolah bwa balik sama banyak menunggu..hehe, tu lah realiti cikgu sekarang... :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-03-11 23:18


Pada 05-03-11 23:58 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-03-11 20:47 , hati_suci83 posting:

!!! QUOTE !!!



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



salam...bab ni saya tak berapa setuju..ada cikgu cuti panjang hujung tahun pun dapat 3 minggu saja.tu belum cikgu tahun 6 yang time cuti kena pergi sekolah jugak..kerja sekarang pun dah bukan 5 hari tapi dah 6 kadg2 7 hari seminggu...

balik separuh hari tapi kerja cikgu yang dirumah dan yang kerja sekolah bwa balik sama banyak menunggu..hehe, tu lah realiti cikgu sekarang... :welcome:


benar....:-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ija1508
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2011
Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-03-11 13:35


Zaman dah berubah ... cikgu sekarang tak macam cikgu dulu. Jadi cikgu hari ini tak sama jadi cikgu dulu dulu. Pelajar, mak ayah mereka pun tak sama. Kalau nak tau, betapa stressnye kerja cikgu sekarang ... cuba pergi tanya cikgu. Seorang doktor yang saya kenali panah cerita, yang banyak sakit kat hospital tempat dia kerja ialah cikgu ... sakit fizikal, sakit mental ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ija1508Profil   Hantar PM kepada ija1508   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-03-11 14:05


Pada 08-03-11 23:18 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-03-11 23:58 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-03-11 20:47 , hati_suci83 posting:

!!! QUOTE !!!



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



salam...bab ni saya tak berapa setuju..ada cikgu cuti panjang hujung tahun pun dapat 3 minggu saja.tu belum cikgu tahun 6 yang time cuti kena pergi sekolah jugak..kerja sekarang pun dah bukan 5 hari tapi dah 6 kadg2 7 hari seminggu...

balik separuh hari tapi kerja cikgu yang dirumah dan yang kerja sekolah bwa balik sama banyak menunggu..hehe, tu lah realiti cikgu sekarang... :welcome:


benar....:-D



benar..benar... pekeliling sebut tak boleh bertugas hari sabtu berturut2 pun masih tak boleh nak digunakan untuk mmpertahankan diri. Kalau ada yang adu bukannya ada jaminan keselamatan diri fizikal mental..balik2 sapa yang kena tempiasnya Kalau tak diri sendiri.. masyarakat yang sebut mengajar kena ikhlas tak boleh pakai. mana ada alat yang dapat ukur keiklasan org?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-03-11 20:02


yang nak cari pasangan bernama seorang guru, kena ada give and take lah..nampak jadi cikgu senang tapi tekanan di sekolah teruk...jadi kena bantu2 jugak isteri yang jadi cikgu..kalau dah ada anak,anak kecik lagi, belum tambah kertas2 periksa yang nak ditanda, kerja-kerja pentadbiran, kerja rumah dan macam-macam lagi lah...boleh sakit mental kalau tak cukp sokongan dari pasangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 13-03-11 22:09


Pada 13-03-11 20:02 , ulfah_widad posting:

!!! QUOTE !!!

yang nak cari pasangan bernama seorang guru, kena ada give and take lah..nampak jadi cikgu senang tapi tekanan di sekolah teruk...jadi kena bantu2 jugak isteri yang jadi cikgu..kalau dah ada anak,anak kecik lagi, belum tambah kertas2 periksa yang nak ditanda, kerja-kerja pentadbiran, kerja rumah dan macam-macam lagi lah...boleh sakit mental kalau tak cukp sokongan dari pasangan...



TAMBAHAN PULAK KALAU CIKGU TU ADA BISNES SAMPINGAN SEPERTI BAJU..TUDUNG..KEK..KUIH..MLM..

LAGI LAH BERTAMBAH TENSION YE.. :sopan:

ASALKAN TAK LARI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENDIDIK, DAN ISTERI UDAH LAH.. KAN? :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

annamuslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 14-03-11 15:53


ana pun cikgu..setuju dengan pendapat2 di atas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annamuslimahProfil   Hantar PM kepada annamuslimah   Quote dan BalasQuote

fAraH_exaPIuM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.12.2007
Ahli No: 32096
Posting: 56
Dari: wilayah darul makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-03-11 12:32


setuju dengan pendapat2 di atas...
kerja yang paling sibuk adalah cikgu..
luaran nampak rileks saja, tapi zahirnya tidak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata...hehe

cuba dulu jadi cikgu baru tahu..ada bran??? hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For fAraH_exaPIuMProfil   Hantar PM kepada fAraH_exaPIuM   Quote dan BalasQuote

biey_peace
Warga Rasmi
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38818
Posting: 12
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-03-11 14:15


hakikatnye...semua kerja ada cabarannya...tak kira lah samaada dia tu cikgu or bukan cikgu...


-----------------
..AkU tEMANmU..


Bookmark and Share

    


  Member Information For biey_peaceProfil   Hantar PM kepada biey_peace   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-03-11 14:43


Pada 17-03-11 12:32 , fAraH_exaPIuM posting:

!!! QUOTE !!!

setuju dengan pendapat2 di atas...
kerja yang paling sibuk adalah cikgu..
luaran nampak rileks saja, tapi zahirnya tidak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata...hehe

cuba dulu jadi cikgu baru tahu..ada bran??? hehe



Benar farah,
Setelah diri bergelar guru....barulah tahu bagaimana sukarnya menjadi pendidik dengan pelbagai karakter anak-anak. Disinilah bermula destinasi mereka sama ada masyarakat yang boleh memberi manfaat atau mudarat.Waliya'uzubillah...

Menjadi guru perlu dengan hikmah dan bijaksana mengawal dan membimbing anak-anak. Tidak sekadar gaji yang diperolehi malah menarik hati dan kehidupan mereka menjadi insan berguna. InsyaAllah.


Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-03-11 21:43


nak lari sikit tajuk tension dengan kerjaya cikgu..antara banyak-banyak negara, pendapatan seorang guru d sngapore adalah tertinggi dr negara2 lain setaraf dengan gaji para profesional yang lain... sebab alasannya, guru lah yang melahirkan para profesional tu dan seharusnya penghargaan yang diberikan tidak Sekadar memuliakan guru dengan kata-kata peghargaan, malah gajinye setara dengan kerjaya2 lain.


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hizzlin
Warga Rasmi
Menyertai: 22.03.2011
Ahli No: 41155
Posting: 3
Dari: Australia

australia   avatar


posticon Posting pada: 22-03-11 08:00


Selepas berkahwin dengan seorang Setiausaha sebuah syarikat swasta, saya mencadangkan isteri menukar kerjaya kepada seorang guru dengan alasan memudah kan megikut saya bertugas di mana saja (termasuk luar negara).
Alhamdulillah... kini isteri bergelar cikgu, kerjanya taklah senang seperti digembar gemburkan, semasa cuti sering di suruh buat kelas tambahan, kerja perkeranian turut dibuat termasuk banyak lagi tugas tambahan, dan banyak lagi.

Disebalik keletihan dan kesibukan itu, banyak yang telah dia lakukan; mendidik anak-anak dirumah, mengurus rumah tangga dan yang terkini akan melahirkan anak kami yang ke 4.

... cikgu... besar jasamu pada ku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hizzlinProfil   Hantar PM kepada hizzlin   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-03-11 08:40


ana pun teringin nak cari cikgu jugak ni...anyone cikgu kat sini??hehe...
( bergurau dengan ahli ukhwah )

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

ekinrazak
Warga Rasmi
Menyertai: 25.03.2011
Ahli No: 41168
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-03-11 09:46


saya minta berkonsi ye...saya pun serorang gur.u.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ekinrazakProfil   Hantar PM kepada ekinrazak   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.394431 saat. Lajunya....