Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 5 hari yang lalu
Rashdin: 21 hari yang lalu
khalifah: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kisah katak dan ikan


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kisah katak dan ikan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kisah katak dan ikan

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 08:36


Tersebutlah kisah pada suatu masa dahulu, terdapat seekor katak yang bersahabat baik dengan ikan-ikan yang berada di dalam sebatang sungai. Sungai tersebut terletak jauh di dalam hutan. Katak dan ikan telah berkawan baik sejak kecil lagi, yakni ketika katak tersebut masih lagi merupakan seekor berudu. Katak sangat dipercayai oleh komuniti ikan di dalam sungai tersebut. Dia seorang yang sangat jujur dan tidak pernah bercakap bohong. Sekian lama mereka tinggal di dalam sungai tersebut, tidak pernah berlaku sebarang ancaman atau bahaya. Mereka hidup dalam keadaan aman dan dilimpahi rezeki yang banyak.

Ketika katak menginjak dewasa, berlaku perubahan pada dirinya yang menyebabkan dia boleh hidup di dalam air dan juga di daratan. Semenjak boleh hidup di daratan, katak sering keluar dari sungai menuntuk ilmu dengan haiwan-haiwan lain di daratan. Banyak perkara yang dipelajarinya dan tatkala pulang ke dalam sungai, beliau akan menceritakannyan kepada rakan-rakan baiknya. Ada yang mempercayainya dan tidak kurang juga yang mentertawakannya.

Pada suatu hari ketika katak sedang naik ke daratan, dia terlihat sebuah kenderaan besar diberhentikan berhampiran sungai. Dari kenderaan tersebut, keluar beberapa orang manusia membawa beberapa buah kotak yang besar. Mereka menghidupkan ungun api, memasang alat pemanggang, dan mengisi pelbagai jenis umpan pada joran yang mereka bawa. Ada juga yang sedang membelek-belek pukat sabil menjahitnya.

"Ini bahaya ini, baik aku segera beritahu ikan", katanya sendirian lalu bergegas masuk semula ke dalam sungai dan memanggil sahabat baiknya. "Pergi kumpul semua ikan-ikan di sungai ini. Aku ada suatu hal mustahak nak cakap". Rakan baiknya tanpa bercakap panjang, terus berenang dengan laju meninggalkannya. Dalam beberapa saat sahaja, datang pelbagai jenis ikan berkumpul menantikan pengumuman mustahak oleh katak, sahabat baik mereka.

"Wahai ikan-ikan sekalian. Aku baru sahaja tadi turun dari daratan. Aku terlihat sekumpulan manusia yang sedang bersiap sedia untuk menangkap kamu dengan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat. Ikan yang mereka tangkap akan mereka bakar di atas ungun api yang besar. Oleh itu, janganlah kalian mendekati tebing sungai itu".

"Makanan yang lazat-lazat kata kamu? Kalau macam itu, mereka mesti orang yang baik !", balas seekor ikan.

"Tidak! Makanan itu hanyalah ujian ke atas kamu. Janganlah kamu makan apa yang mereka beri. Jauhilah tebing sungai ini. Bahaya menanti kamu."

"Arghh. Tipulah, sebenarnya kamu yang nak makan makanan itu bukan? Sebab itu kamu suruh kami menjauhi tebing sungai, betul tak?", sergah seekor ikan lagi.

"Tidak sahabat-sahabaku sekalian ! Aku cuma mahukan yang terbaik buat kalian."

Ikan-ikan yang berkumpul tadi beredar. Ada yang terus menuju ke tebing sungai, ada yang terus menjauhi tebing sungai, dan ada juga yang berada sedikt jauh dari tebing sungai, ingin memerhatikan apa yang berlaku.

Keadaan air sungai yang tenang pada petang itu tiba-tiba berkocak dengan kemunculan beberapa ekor cacing yang gemuk-gemuk, menari-nari seolah-olah menggamit ikan-ikan yang berada di sekeliling untuk datang menerpa mereka. Beberapa ekor ikan sudah kelihatan tidak sabar melihat telatah cacing-cacing yang menggoda mereka. Tanpa menghiraukan pesan si katak, beberapa ekor ikan mara dan menerkam cacing-cacing tersebut. Ada yang terus makan keseluruhan cacing sekaligus menyebabkan mereka tertelan mata kail yang terdapat padanya, dan ada juga yang berhati-hati, hanya makan sedikit-sedikit cacing yang terkeluar dari mata kail.

"Hah, tengok ini. Tak ada apa-apa pun? Sah katak tu si penipu !", kata ikan yang paling besar dikalangan mereka.

"Ya betul. Lazat sungguh makanan ini. Ini pertama kali saya merasa makanan sebegini lazat."

"Hey rakan-rakan, kemarilah ke sini, sedap ini. Tak makan, rugiiiiiii.....", ejek seekor ikan kepada rakan-rakannya yang sedang memperhatikan mereka dari jauh. Kelihatan beberapa ekor ikan datang menghampiri mereka akibat tidak tahan melihat 'rezeki' rakan-rakan mereka.

Beberapa ekor ikan tiba-tiba ditarik keatas. Kejadian itu ada diperhatikan oleh beberapa rakannya. Ada yang segera meninggalkan tebing sungai namun ada juga yang masih berdegil.

"Mamat tu bodoh, siapa suruh makan kesemua sekali dengan besi bengkok tu. Tengok macam aku, OK saja. Makan sikit-sikit saja lah. Pandai-pandilah kalau nak hidup. Hahaha.....".

Kata-kata itu ada yang menyebabkan beberapa ekor ikan yang hendak meninggalkan tebing itu berpatah balik. Ikan-ikan yang ada semua meniru gaya makan sedikit-sedikit seorang rakan mereka bagi mengelakkan dari tertelan mata kail. Apabila umpan habis, akan turun pula umpan baru.

Melihatkan betapa 'berjayanya' rakan-rakan mereka menikmati makanan tanpa ditangkap, beberapa ekor ikan yang pada mulanya tadi hanya memerhatikan dari jauh, berenang pantas meluru kearah tebing sungai.

Masa berlalu. Banyak umpan telah mereka makan. Umpan sudah makin berkurangan sehingga suatu ketika, tiada lagi umpan yang ada.

"Haha... sampai habis juadah mereka kita makan. Tak kena tangkap pun. Memang sah si katak ni sebesar-besar pendusta dan sesat.", kata seekor kata dengan megahnya. "Betul.. katak tu bengong, bodoh punya katak..." tambah seekor ikan lain sambil ditertawakan rakan-rakan mereka.

Tiba-tiba datang suatu jaring besar menutupi mereka semua. Terasa diri mereka ditarik ke atas. Masing-masing makin mendekati antara suatu sama lain, berhimpit-himpit antara suatu sama lain. Ketika sedang ditarik ke atas, ikan-ikan tersebut makin sukar bernafas dan apabila mereka berada di permukaan air, maka terlihatlah pada mereka akan unggun api besar yang diperkatakan oleh si katak tadi.

"Aku beriman (percaya) dengan apa yang dikatakan oleh katak. Memang betul apa yang dikatakannya. Selamatkan aku...", jerit seekor ikan namun pengakuannya itu sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Dia kini telah ditangkap bersama ikan-ikan yang lain.

"Kalaulah aku ikuti nasihat si katak tadi...", kata seekor ikan sambil menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

budakbhaik
Warga Rasmi
Menyertai: 20.04.2010
Ahli No: 39698
Posting: 16
Dari: ulu timur tanah air

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 09:22


best lah post ni..
ad yang brmakna di sebalik cerita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For budakbhaikProfil   Hantar PM kepada budakbhaik   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 10:15


cerita yang menarik dan memberi pengajaran....


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

citot
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2007
Ahli No: 28091
Posting: 16
Dari: lekir

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 10:51


izinkn share ye:-)


-----------------
ISLAM ITU INDAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For citotProfil   Hantar PM kepada citot   Quote dan BalasQuote

fardina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 27-01-11 11:00


banyak memberi pengajaran di sebalik cerita...

tapi kalau kita sebagai manusia tidak lari dari buat kesilapan....

membuat kesilapan juga adalah guru yang terbaik...

tetapi jangan membuat kesalahan yang sama berulang2 kali.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fardinaProfil   Hantar PM kepada fardina   Quote dan BalasQuote

masz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.07.2005
Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-02-11 17:39


banyak maksud yang tersirat dalam kisah ini;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maszProfil   Hantar PM kepada masz   Quote dan BalasQuote

h1km4h
Warga Rasmi
Menyertai: 03.02.2011
Ahli No: 40911
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-02-11 00:10


sama macam kita di dunia

org kata jangan buat, nak buat jugak

tengok pada godaan2 dunia,

siapa yang tergoda jadi lah macam ikan2 tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For h1km4hProfil   Hantar PM kepada h1km4h   Quote dan BalasQuote

diny
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14571
Posting: 372
Dari: Malaysia Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 08-02-11 09:50


Salam..thanks for sharing..dah share kat fb pun..



Bookmark and Share

    


  Member Information For dinyProfil   Hantar PM kepada diny   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10648 saat. Lajunya....