Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 5 hari yang lalu
Rashdin: 21 hari yang lalu
khalifah: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Antara hiburan dan dosa mata


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Antara hiburan dan dosa mata

Please Mendaftar To Post


Oleh Antara hiburan dan dosa mata

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-10 07:27


"Eh.. buat apa tengok drama tu. Tutup TV".
"Alah.. cerita biasa saja, bukan ada unsur-unsur lucah pun".
"Memang tiada unsur lucah namun nilai yang dibawa cerita tersebut tak elok".
"Apa yang tidak eloknya, cerita ni pasal anak derhaka. Kan bagus pengajarannya tu?".
"Betul, pengajarannya bagus tetapi caranya tidak bagus. Cuba tengok pakaian pelakon tu...".
"Alah, pakaian tu biasa lah... Hehehee...".

Itu antara senario yang berlaku di masa kini. Terus terang saya cakap, kebanyakan rancangan TV di Malaysia HARAM dilihat oleh orang islam baik lelaki mahupun perempuan. Walaupun mungkin ada sesetengah cerita yang membawa pengajaran yang baik, namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan terutamanya membabitkan aurat dan juga cara hidup yang dipaparkan. Ini kerana di dalam Islam, matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang tidak baik.

Orang islam sekarang seolah-olah lali dan melupakan aspek penjagaan dosa mata apabila melibatkan rancangan TV dan filem. Terdapat banyak percanggahan nilai yang dibawa rancangan TV mahupun filem dengan nilai-nilai islam. Antaranya:

    * Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. (Lelaki dan perempuan bebas 'bertepuk-tampar' antara satu dengan yang lain)

    * Budaya 'berpasangan sebelum kahwin'. (Adegan 'dating', berpegangan tangan, naik motor sekali dan sebagainya).

    * Pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna (baiik lelaki mahupun perempuan).

    * Perempuan menyanyi dan melunakkan suara (buat suara menggoda).


Kesemua perkara di atas adalah dilarang di dalam islam dan berdosa. Ingat, tidak kira kecil atau besar, dosa tetap dosa. Di akhirat kelak, semua dosa-dosa kita akan dikumpulkan dan dihisab.

Setiap dari kita melakukan kesalahan dan dosa. Jangan ditambah lagi dosa yang sedia ada dengan dosa-dosa harian yang boleh dielak. Janganlah nanti kita menyesal di akhirat kelak tatkala kita dihumban ke neraka akibat dosa kita yang bertimbun.

Mana yang anda pilih, patuh pada suruhan Allah, atau dosa mata ?

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/

Sama-sama kita sebarkan artikel di atas, moga intipatinya dapat dikongsikan bersama. Bagi yang ada Facebook, boleh share link artikel di atas di dalam facebook !


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 27-12-10 10:35


my humble opinion...tidak dapat berbuat apa-apa kerana sudah sebati dalam kehidupan masyarakat..

masyarakat akan beri respon seperti yang saudara dapat seperti: bukan ada unsur lucah pun..kalau macam tu baik jangan beli tv..saja menonton tidak undi dan tidak terpengaruh...kita kan dah dewasa boleh nilai kebaikan dan keburukan tontonan..just hiburan bukan ada apa-apa pun. Dulu semasa drama bersiri bawang putih dan bawang merah kecoh pun itu juga respon yang diterima bagi yang minat sinetron tersebut kan?

rancangan hiburan realiti sendiri pun orang beri jawapan sama iaitu saja menonton. tidak terlibat dengan mengundi sms. sedangkan itu antara program paling saya benci. menggalakkan kemaksiatan dan hiburan melampau secara terang-terangan. melalaikan pelajar dan anak muda supaya kejar hiburan daripada pendidikan serta agama.

siapa yang berani sekat dan perbetulkan? sorry to say but the answer is nobody . zaman sekarang jarang jumpa orang yang hidup tanpa menonton tv, wayang, dvd termasuk saya sendiri (mengaku kelemahan diri).

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 27-12-10 13:15


pendapat saya kitalah perlu bangun berjuang menyediakan alternatif kepada segala pengaruh ini. Kita jangan hanya menyalahkan apa yang mereka sediakan tetapi kita kenalah menyediakan alternatif jalan keluar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-10 15:04


Umat islam perlu mulakan usaha untuk meninggalkan perkara-perkara maksiat SEKARANG !

Kalau orang islam pun tak nak tinggalkan maksiat, macam mana orang bukan islam nak nampak keindahan islam?

Sukar: Mungkin Ya
Mustahil? TIDAK

Berjihadlah melawan nafsu


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

saifunnisa
Warga Rasmi
Menyertai: 26.12.2010
Ahli No: 40731
Posting: 7
Dari: kota bharu

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-12-10 12:28


salam...

'Ya Allah...ssgnya kami telah menzalimi dari kami sendiri...jk Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami...kami akan jadi org yang rugi"...

emm,,,manusia sekarang macam daa lali daa dengan maksiat mata ni,,,kadang-kadang meremeh2kan tentang dosa kecik,,,,sedangkan dose2 kecik akan mmbawa kepada dose2 besar,,,,

serang dr pihak media massa terlalu dahsyat....ummat Islam sekarang mesti bermujahadah untuk melawannya...

wallahua'lam


-----------------
~~~fastabiqul khairat~~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For saifunnisaProfil   Hantar PM kepada saifunnisa   Pergi ke saifunnisa's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103354 saat. Lajunya....