Bila disebut soal cinta,pasti kita akan terbayangkan segalanya yang menggambarkan cinta.Bagi yang tak pernah bercinta,akan terus terfikir.."bagaimana rasa cinta sebenarnya ek?" Bagi yang pernah bercinta,pelbagai gambaran diberikan.Ketika bahagia,terbitlah kata-kata.."Cinta tu indah sangat.Tak pernah aku rasa happy begini.Sukar untuk digambarkan." Setelah kecewa,keluarlah bicara.."Sakitnya!seksanya hati aku ni bila orang yang aku sayang sanggup tinggalkan aku.Sukar untuk digambarkan." Namun,di akhir kata itu.."Kau takkan faham apa yang aku rasa.Kau tak pernah bercinta.Hanya orang yang pernah bercinta saja akan faham apa yang aku lalui sekarang." Sama ada ketika bahagia atau kecewa,itulah penyudah kata-kata orang bercinta kepada orang yang tidak pernah bercinta.
Sudah menjadi sifat manusia yang memang suka kepada cinta.Walau terluka,masih mengharapkam cinta kerana bagi kita cinta itu hakikatnya sesuatu yang sangat indah dan mempesonakan.Namun kita sedar bahawa,cinta itu sebenarnya sangat-sangat memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.Sebab itulah ramai orang yang bercinta sanggup berkorban apa-apa sahaja semata-mata untuk kekasih hati,sekaligus mempertahankan cinta yang telah terbina.Lagi lama tempoh bercinta,lagi banyak pengorbanan yang dilakukan.Sedar atau tidak,adakala kita sanggup membelakangi orang yang terlebih dahulu memberi cintanya kepada kita sebelum kita bertemu dengan kekasih hati.Orang itu merupakan ibu bapa kita sendiri.
" DEMI CINTA KITA,LAUTAN API SANGGUP KU RENANGI." Itulah madah orang yang asyik bercinta.Jika dikatakan ungkapan itu melampau,salah sama sekali.Memang benar apa yang diungkapkan itu.Kenapa?Kerana hakikatnya kita bakal merenangi lautan api andai cinta yang terbina tidak berlandaskan keimanan.Berjumpa berdua-duaan,berpegangan tangan,memadu asmara,terjadinya zina,dibuang bayi yang tidak berdosa,dibiarkan ibu bapa menangis kerana salah kita dan bermacam-macam lagi kesalahan di sisi agama,bakal menjadikan kita antara orang-orang yang akan berenang di dalam lautan API NERAKA!Tepat sekali ungkapan cinta itu kan?Bayangkan,setitis air mata ibu jatuh kerana kita guriskan hatinya,tertutup pintu SYURGA buat kita.Lalu di mana lagi tempat kita kalau bukan di NERAKA?
Apa guna bercinta bertahun-tahun,tapi akhirnya kecundang di pertengahan?Apa guna bercinta bertahun-tahun,tapi berumahtangga hanya seketika?Kenapa masih dikejar cinta itu,jika hanya kecewa yang mengiringi?Kenapa masih diharap cinta itu,andai belum pasti hala tuju dan destinasi?Terlalu banyak persoaln,namun cinta itu tetap ditagih.Banyak percintaan sebelum pernikahan hanya memberi kedukaan kerana cinta seharusnya diberikan kepada mereka yang berhak sahaja.Siapakah mereka itu?Sudah pasti suami/isteri.Tetapi jangan dilupa cinta kepada ALLAH,Rasulullah dan ibu bapa.
Namun,kita masih berkata-kata.."Susah lah,cinta tu datang sendiri.Bukannya dipaksa-paksa.Dah kalau datang sebelum nikah,nak buat bagaimana?" Ada juga kata-kata.."Bukan saja-saja nak bercinta lama,tapi jodoh belum sampai..tak kawin lah.kalau dah sampai jodoh,kawin lah nanti." Tidak kurang yang meluahkan.."Alaa,muda lagi lah.Nak habiskan study lu, nak cari kerja,kewangan dah kukuh sikit..baru lah fikir pasal kawin.Lagipun,tak salah bercinta kan?Kita boleh kenal pasangan dulu sebelum kawin." Lalu di mana letaknya harga cinta kita?Berserah saja lah pada takdir...begitu?Harus diingat,segalanya terpulang pada diri kita.ALLAH takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri taknak ubah.Hmmm....seronok sangat waktu bercinta.Tapi di akhirnya andai terluka,DIA juga yang kita cari kan?
Jadi,pada siapa harus diberikan cinta sebenarnya?Sudah semestinya pada DIA,ALLAH YANG ESA!Hanya DIA yang berhak mendapat cinta kita.Sekali kita cintai DIA,berkali-kali DIA mencintai kita.Usah dirisau soal jodoh...Andai kita cintai DIA,insyaALLAH akan dihadirkan insan yang turut cintakan DIA sebagai pasangan hidup kita.Saat itu,cinta yang bersemi disandarkan kepada CINTA ALLAH.Cinta itu tidak akan terhenti begitu sahaja,insyaALLAH akan berkekalan hingga ke SYURGA.Ingatlah jika kita serahkan hati kepada manusia,mungkin hati itu akan dilukai..Tapi jika kita serahkan hati yang terluka kepada ALLAH,maka DIA akan ubati hati itu.Jadi,sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan CINTA ALLAH sebelum kita mencari cinta manusia.Bertaubatlah kepada ALLAH,sesungguhnya ALLAH amat mengasihi hamba-hambaNYA yang bertaubat.
Sesuatu cinta........kesudahannya hanya pada ALLAH!
~sekadar coretan dari hatiku yang pernah jauh dari-NYA semata-mata kerana ingin mengejar cinta manusia.Ya ALLAH,tetapkan cintaku untuk-MU dan kurniakanlah CINTA-MU untukku...amiin!~
-----------------
~ mendamba CINTA yang SATU ~