Oleh |
BOLEHKAN MEMBIAYA IBU-BAPA TUNAI HAJI dengan PINJAMAN PERIBADI?? |
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 08-12-10 18:28
 w.b.t Sahabat-sahabat sekalian...ana tengah pening sekarang ni mencari jawapan. Adakah boleh membiaya haji ibu bapa ana guna duit pinjaman peribadi...ikut kemampuan ana boleh saja menyimpan samapai cukup untunk tanggung ibu-bapa ana. Tapi memandangkan jangka masa untuk ana kumpul tu mungkin sampai 4 - 5 tahun lagi....umur ibu-bapa ana makin meningkat hampir 80thn....dan makin uzur...apa pandangan sahabat-sahabat...sekiranya ada pengetahuan yang boleh dikongsi. Kalau boleh ana nak tahu jugak tentang apa hukum terhadap haji mereka sekiranya ana berbuat demikian... Ingin kepastian... -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 08-12-10 19:10
salam.. sepengetahuan saya..syarat menunaikan haji salah satunya berkemampuan.. bila sebut berkemampuan tentu saja ada banyak sisi perlu dilihat.. satu daripadanya mengenai kewangan..sama ada sebagai sumber kos atau juga bekalan sepanajang menerjakan ibadah. jika kurang kemampuan d saat ini untuk mengerjakan ibadah maka boleh dikatakan ia belum lagi tertaklif oleh seseorang lantaran masalah kewangan. ia boleh jadi wajib bila mana jumlah wang yang telah ada dalam simpanannya melebihi dan cukup untuk kos menegrjakan haji. so dari saat ini jika masih tidak menunaikannya ia seolah-olah sengaja melambat2kan ibadah sedangkan kewajiban da ada atas dirinya.. kesimpulannya, once da cukup otomatik status untuk berhaji adalah wajib. as long as tak cukup maka tak payah risau...tak wajib lagi tu..walaupun masa tu dari sudut kesihatan tak ada masalah. selain tu berkaitan dengan kemampuan tahap kesihatan diri. ingat, allah kan tak menyusahkan hambanya. so Kalau kesihatan tak mengizinkan maka ia dikecualikan untuk berhaji sebab allah da beri alternatif lain iaitu badal haji. so kewajiban hanya berlaku bila dirinya memang berkeupayaan dr sudut kesihatan. melainkan Kalau dirinya memang sihat tapi menangguh2kan pemergian atau langsung tak ada rasa nak p d kala sihat..ha, tu baru lah dia tertanggung dosa...da mampu..sihat pula tu..nak tunggu apa..melainkan masa sihat tu tapi tak ada cukup duit..so tak ada salahnya...tapi yang sihat dan cukup duit..tu yang jadi tak betul tu.. rasanya ok agaknya apa saya cakap..ni adalah berdasarkan pengetahuan saya dan hukum asas pada syarat berhaji...cuma bila menyentuh bab pinjam meminjam ia seolah-olah menunjukkan masih tiada kemampuan..so tak ada kewajiban lah lagi tu... tak apa..kita tengok jawapan rakan-rakan yang lebih arif...hehe... ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 09-12-10 11:20
Dari segi hukum asasnya begitulah. Baru baru ini saya ada terdengar iklan (saya tidak ingat) di radio yang menawarkan skim/pinjaman menunaikan haji. Tentu mereka ada jawapan yang mungkin harus hukumnya. InsyaAllah jika saya mendengar lagi saya akan cuba ingatkan nombor contactnya. Di Indonesia perkara ini sudah lama dilakukan dan mereka juga tentu ada jawapannya. Saya salute penulis kerana berusaha menggembirakan hati kedua orang tuanya ketika hari tua mereka. Allah jugalah lebih mengetahui. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan, insyaAllah tahun hadapan saya bercita cita untuk menemani ibu saya menunaikan fardhu haji disamping melakukan badal haji.
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 09-12-10 13:52
Pada 09-12-10 11:20 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! insyaAllah tahun hadapan saya bercita cita untuk menemani ibu saya menunaikan fardhu haji disamping melakukan badal haji. bercita2 start tahun depan? Kalau cerita-cerita sekarang pun boleh apa..lagi awal da kita dapat pahala atas niat yang baik tu..hihi..untuk sterusnya baru lah daftar dan tuggu turn..  btw saya da daftar dan turn saya 7 tahun lagi...uihss..lamanye..p dengan parent..sama-sama teman menemani...hihi... ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 09-12-10 21:59
Berdasarkan pendaftaran saya dijangka pergi pada 2013 tetapi disebabkan ibu saya insyaAllah akan menunaikan haji 2011 saya akan berusaha mendapatkan tempat atas alasan mahram dan membantu ibu. Untuk berlaku adil saya bercadang untuk membuat badal haji untuk mereka-mereka yang benar-benar tak mampu. Itu lebih afdal dari menunaikan haji berulang kali.
|
ctrosmizi
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2010 Ahli No: 40641
Posting: 4
Dari: tangkak
|
Posting pada: 09-12-10 22:20
em,saya ada mendengar ceramah di dalam radio IKIM tentang isu pinjaman untuk menunaikan haji.bila ditanyakan soalan ini,ustz tu bagi komen macam ni.bila pinjaman itu dibuat,maksudnya bayarannya kepada bank adalah tetap setiap bulan. ini menunjukkan si peminjam itu mampu membayarnya setiap bulan.ini dikira mampu.itu yang saya dengar.mugkin ada komen lain yang lebih tepat agaknya.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 15-12-10 09:10
Saya baru mendengar iklan di radio IKIM berkenaan pinjaman untuk ibadah haji dan umrah oleh Kuwait Finance House. Anda boleh layari laman KFH.com.my untuk butiran lanjut.
|
adel
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.10.2010 Ahli No: 40342
Posting: 31
|
Posting pada: 15-12-10 19:37
Pada 09-12-10 22:20 , ctrosmizi posting:!!! QUOTE !!! em,saya ada mendengar ceramah di dalam radio IKIM tentang isu pinjaman untuk menunaikan haji.bila ditanyakan soalan ini,ustz tu bagi komen macam ni.bila pinjaman itu dibuat,maksudnya bayarannya kepada bank adalah tetap setiap bulan. ini menunjukkan si peminjam itu mampu membayarnya setiap bulan.ini dikira mampu.itu yang saya dengar.mugkin ada komen lain yang lebih tepat agaknya.
ye2..mak saya pun ada cakap..ceramah kat radio IKIM kita boleh buat pinjaman jika nak menunaikan ibadah haji..pengalaman pergi ke tanah haram merupakan pengalaman yang sangat diharapkan oleh semua org yang beriman..tak salah kalau buat pinjaman peribadi kerana pengalaman ini sangat berharga.. -----------------
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 20-12-10 19:38
Terima kasih atas feedback dari sahabat-sahabat sekalian, teruskan mencari maklumat2 terkini tentang pinjaman peribadi untuk tunaikan haji. Sekiranya jika boleh diulas dari segi hukum, apa kesannya terhadap haji yang bakal ditunaikan sekiranya duit yang digunakan adalah dari hasil pinjaman peribadi untuk menanggung ibu-bapa ke mekah untuk haji. -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 24-12-10 14:08
bagus lah isu-isu macam ni.. benda ni memang tak terjadi d zaman nabi tapi tak bemakna islam tu tak lengkap. islam ni sebenarnya agam yang thubut dan murunah, meant is tetap pada setiap hukum2 asal yang diperintahlan seperti wajib, sunat, makruh, haram, harus dan juga ia berubah mengikut situasi tanpa membelakangi klasifikasi hukum2 yang telah ditetapkan. jadi d sini ia mmbuka jalan untuk para ilmuan dan ulamak untuk mementukan hukum berdasarkan nas2 dan dalil2 yang disepakati lebih-lebih lagi sumber hukum selain al-q dan al-s ia juga menjangkaui fatwa dan ijmak ulamak. sungguh, islam amat relevan untuk semua umat dan keadaan, ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 25-12-10 07:09
Pada 15-12-10 09:10 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Saya baru mendengar iklan di radio IKIM berkenaan pinjaman untuk ibadah haji dan umrah oleh Kuwait Finance House. Anda boleh layari laman KFH.com.my untuk butiran lanjut. Tidak perlu terpedaya dengan apa yang ditawarkan KFH, ia sama saja dengan dengan perbankan kufur yang lain. Saya kenal ramai kawan di KFH dan kadang-kadang keluar makan dan borak-borak bersama mereka. Company saya bekerja juga ada mendapatkan facility dari KFH. Berselindung atas nama Islamic Financing, riba dapat dihalalkan dengan sebegitu mudah.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 26-12-10 16:19
setahu saya mana boleh buat pinjaman untuk tunaikan haji......macam di indonesia selalu buat lepas tu kena bayar faedah. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 26-12-10 17:05
Pada 26-12-10 16:19 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! setahu saya mana boleh buat pinjaman untuk tunaikan haji......macam di indonesia selalu buat lepas tu kena bayar faedah.
Saya pun berpendapat demikian tapi kita mesti memberi peluang untuk mereka menjelaskan hal ini. Mereka juga harus ada rujukan dan pakar rujuk, itu sebab saya syorkan layari web mereka untuk melihat dan mendengar sendiri hujah mereka. Mungkin juga ada ruang untuk bersoaljawab. Jika saya tersilap menyiarkannya maka tersilap jugalah Radio IKIM menyiarkan iklannya.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 26-12-10 19:37
Pada 26-12-10 16:19 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! setahu saya mana boleh buat pinjaman untuk tunaikan haji......macam di indonesia selalu buat lepas tu kena bayar faedah.
kan itu untuk kebaikan, niat mereka baik.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 26-12-10 19:37
Pada 26-12-10 16:19 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! setahu saya mana boleh buat pinjaman untuk tunaikan haji......macam di indonesia selalu buat lepas tu kena bayar faedah.
kan itu untuk kebaikan, niat mereka baik.
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 16-01-11 10:04
sahabat-sahabat, boleh saya dapatkan padanag tentang kenyataan akhbar ni??? "PUTRAJAYA 4 Ogos � Umat Islam di negara ini boleh membuat pinjaman peribadi bagi menunaikan haji dengan syarat mereka mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman tersebut. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, kaedah pinjaman masih boleh diterima walaupun syarat menunaikan haji memerlukan seseorang itu berkemampuan dari segi kewangan. �Syarat mengerjakan haji adalah diukur dari segi kemampuan fizikal dan kewangan. Jika mereka mampu dan yakin dapat membayar balik kerana memikirkan soal kesihatan dan faktor umur sekiranya ditangguh, ia tidak menjadi satu kesalahan untuk membuat pinjaman,� katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Intensif Bimbingan Haji anjuran Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di sini hari ini. Seramai 310 bakal haji terdiri daripada penjawat awam dan keluarga masing-masing menghadiri siri pertama kursus dua hari yang bermula hari ini, manakala 320 peserta lagi akan mengikuti siri kedua pada 11 dan 12 Ogos ini. Bagaimanapun, Mashitah berkata, Tabung Haji tidak memberi kemudahan pinjaman haji secara khusus kerana ia bertentangan dengan konsep menabung yang diamalkan oleh organisasi itu. �Lagipun Islam menggalakkan supaya menabung bagi tujuan menunaikan haji iaitu dilakukan seawal usia dan apabila wang simpanan mencukupi barulah ia dikira sebagai mampu,� katanya. Dalam pada itu, Mashitah menasihati bakal-bakal haji agar tidak berbelanja secara boros sewaktu menunaikan haji walaupun Islam membenarkan untuk menjalankan perniagaan dan berbelanja di sana. �Haji ini merupakan satu perniagaan yang tidak merugikan kerana ia bukan sahaja sebagai satu ibadah tetapi mempunyai nilai-nilai ekonomi. �Cuma kita tidak mahu ia lari daripada matlamat sebenar apabila pergi ke Mekah, iaitu tidak pergi ke masjid semata-mata ingin membeli-belah. Berbelanja tidak salah tetapi jangan secara berboros,� jelasnya. " sahabat-sahabat boleh rujuk kat sini. Saya pun tak sure jugak..ada setengah2 ustaz and ustazah kata boleh. Ada kata tak boleh...konfius ana. " http://hajiumrahziarah.wordpress.com" -----------------
|