Oleh |
lupa hafazan.. |
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 08-11-10 19:19
salam.. saya kadg2 rasa bsalah bilamana memikirkan saya ni belajar kerana nak lulus prexa...lagi-lagi bola melibatkan subjek agama dan al-quran..uishk..beratnya... saya ni dulu masa sekolah (tentu lah sekolah agama) pernah lah dok ngapal beberapa surah yang jadi kewajiban untuk prexa... bukan setakat juzuk2 amma..tapi surah2 panjang termasukla masa kat hostel semua budak wajib hapal beberapa surah yang jadi amalan dalam kehidupan asrama macam yaasin (mlm kamis punya baca).. al-mulk (baca before tidur setiap mlm kat surau)..dan as-sajdah (ni budak laki wajib hapal sebab nak baca masa solat subuh pagi jumat)... ikutkan tak lah sampai satu quran tapi boleh lah dikatakan banyak..cuma yang dikesalkan bila da meninggalkan alam sekolah tu rasa semua yang d hapal lupa terus...ikutkan taklah lupa semua hanya ingat-ingat lupa..Kalau dengar ada yang baca sepintas lalu boleh saja sambung even banyak kantoi.. nak istiqamah jaga apa yang pernah hapal tu rasa tak mampu saja dengan situasi sekarang yang tak sama masa zaman sekolah... berdosa ke? saya pasti ramai yang bersituasi sama macam ni tapi Kalau yang memang masih kekalkan tu bagus lah...aduih... ampunkan aku Tuhan.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
al_Muddathsir
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2010 Ahli No: 39247
Posting: 74
|
Posting pada: 09-11-10 01:28
wasalam wbk Tuan.. AlhamdulilLah.. syukur Tuan minat menghafaz.. Saya ni Tuan datang dari sek kebangsaan dari kecik.. tak ada rezeki masuk Sek Agama.. Bila masuk U dulu pula kenal seorang junior al-Hafiz dari Hiraq.. Bagi saya, nampak dia biasa2x.. Tapi tang ingatan dan kesabaran dia memang luar biasa.. bila dah berkawan ni dapat bau pun cukupla.. Nak menghafaz jauh sekali.. merangkak saya.. Masa keroje saya berjinak-jinak dengan ustaz Shafie.. Pengasas Al-Huffaz boleh check sini www.al-huffaz.com.my Ada satu lagi www.kaedahjibril.com (yang ni saya tak pernah pergi lagi programnya..) Semoga Tuan semakin sukses.. Insya-ALLAH! Sama-sama usaha bro.. hehehhe.. stalavista Tuan.. Salam ukhwah.. ~ Muddathsir ~ ----------------- .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad :. .: Allahumma Solli A'lah Sayyidina Muhammad:
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 09-11-10 09:44
Sedar tak sedar rasanya ramai juga yang mengalami masalah serupa macam ini. Masa di sekolah dah didisiplinkan dengan hafazan setiap hari. Bila dah bekerja, sering lalai. Terima kasih syemarly atas peringatan secara tak langsung ni. Mari sama-sama kita didik hati untuk istiqamah dalam membaca dan menghafaz Al-Quran.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
sensei84
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.12.2007 Ahli No: 31932
Posting: 42
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 09-11-10 09:57
Pada 09-11-10 09:44 , Hanan posting:!!! QUOTE !!!
Sedar tak sedar rasanya ramai juga yang mengalami masalah serupa macam ini. Masa di sekolah dah didisiplinkan dengan hafazan setiap hari. Bila dah bekerja, sering lalai.
Terima kasih syemarly atas peringatan secara tak langsung ni. Mari sama-sama kita didik hati untuk istiqamah dalam membaca dan menghafaz Al-Quran..
Peringatan yang baik untuk diriku yang sering lalai Ingin kembalikan semula Zaman Kegemilangan menghafaz masa sekolah menengah dulu "Di Mana ada kemahuan di situ ada jalan-biiznillah" ----------------- Zahirkan Rasa CINTA Kepada Rasulullah Dengan Memiliki CD Mawlid Ini KLIK SINI Untuk Dengar PERCUMA
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 10-11-10 09:20
Pada 09-11-10 09:57 , sensei84 posting:!!! QUOTE !!!
nak hafaz susah..nak jaga pun susah..
sama lah... Ingin kembalikan semula Zaman Kegemilangan menghafaz masa sekolah menengah dulu...insyaallah..
----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 10-11-10 16:50
al mudaththir: ohoo..tu lah rasa syukur sebab berpeluang mendalami pendidikan agama secara detail...tapi sekarang ni bila tak istiqamah rasa jugak bsalah sikit-sikit..nak buat macam mana..tak ada suasana... kak hanan: hehe..sebab lalai? macam ye saja jawpan tu..maybe lah agaknya...sebab apa yang kita blejara dan tahu tu sukar nak d impementasikan dalam kehidupan sekarang... sama jugak subjek2 lain macam mata ke..sejarah ke..ad ke guna tiap-tiap hari....semuanya yang basic.erm.. sensei: peringatan? waaa... sama nasib lah ni... tu lah..masa dulu memang best...rasa nak kembali masa tu saja.. nu-ul: sama nasib juga ke? tak apa lah..try kembali istiqamah..hehehe ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 11-11-10 22:56
ye syemarly.. salah diri sendiri faktor utamanya.... lagi satu biah kurang mempengaruhi sekarang ni...moga-moga lepas ni dapat mantop kan lagi hafazan insyaallah. ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|