Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 25 hari yang lalu
nur_takwa88: 31 hari yang lalu
kismis: 31 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 46 hari yang lalu
Rashdin: 52 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: salah saya ke?????dilema....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» salah saya ke?????dilema....

Please Mendaftar To Post


Oleh salah saya ke?????dilema....

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-10-10 14:45


tak tahu nak mula macam mana, ada masalah dengan suami,huhuhuh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

uBieZ
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2010
Ahli No: 40343
Posting: 11
Dari: PutraJya P15

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-10-10 15:55


segala persoalan ada jawapannya.. berbincang lah dulu dengan suami.. kalau duduk membisu saja tak guna jugak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For uBieZProfil   Hantar PM kepada uBieZ   Quote dan BalasQuote

hanisahani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-10-10 17:44


kalau ada maslah begini better bncg bagus2 dengan suami..tunggu time yang sesuai..tapi kalau tak dapat juga cuba gna org tengah yang boleh dipercayai..tapi Apa hal..paling penting kita kena sabar,,insya Allah setiap masalah ada jalan penyelesaian..
..tapi ht2 jangan salah luah tempat..nanti parah ..doa pada Allah selalu..wallahu 'alam =)



Bookmark and Share

    


  Member Information For hanisahaniProfil   Hantar PM kepada hanisahani   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 11:56


Assalamualaikum wbt…
    Tujuan saya buka cerita d sini cuma nak minta pendapat sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman dan lebih arif…mungkin masih layak lagi saya digelar ‘pengantin baru’ sebab Aidilfitri lalu kami mengadakan kenduri kesyukuran, tetapi atas alas an kerja kami telah mengadakan akad nikah pada Jun 2010. Dengan segalanya yang serba ringkas sah lah kami sebagai suami isteri. Kalau ramai org gunakan angka tertentu untuk mas kahwin or hantaran, saya pun ada juga macam 2. RM2,010 itulah nilai maskahwin dan hantaran saya sempena tahun perkahwinan kami. saya punya kerja tetap sebagai pegawai kerajaan(bukan niat nak menunjuk tapi sebagai panduan untuk kawan yang rasa anda layak minta hantrn lebih tinggi).
    tapi selepas akad nikah suami cuma bagi 1k sahaja, tak apalah..maybe nanti dia akan byar lagi. saya jenis tak suka meminta..bulan ke 2 kami nikah dia bagi RM200. Kebetulan semasa dia datang jumpa saya. Untuk pengetahuan semua, kami tinggal berasingan sebab dia kerja di selatan, tapi saya hampir d utara, menyewa rumah bersama 2 lagi kawan. Dengan duit RM200 tu kami pergi bercuti di tanah tinggi. Sewa hotel 1 mlm, semua belanja lain duit saya, tak kisah lah asal bahagia.
    Awal Ramadhan lalu suami berhenti kerja tanpa bincang dengan saya dan tanpa cari kerja lain dulu. Ramai jugak yang marah, tapi apa boleh saya buat. Kebetulan pada hari yang sama saya d tipu oleh skim yang dah ramai jadi mangsa. RM2.9k tapi dapat lah barang yang tak seberapa. Marah juga lah suami, saya diam saja. lepas berhenti kerja dia balik kg sebab tak boleh tumpang d rumah sewa saya.
banyak kali dia tanya saya pasal duit raya, tapi saya cakap tiada. sebenarnya saya dah siap tukar duit raya dan terus bagi pada mak untuk bagi kat budak-budak. suami pun banyak hutang dengan saya dan dia pula xberkerja so keluarga dia patut faham lah kenapa kami tak boleh bagi duit raya. salah ke saya berkira? Selama ni kalau saya jumpa suami d tempat dia pun saya yang tanggung semuanya, tambg bas dah RM100, belikan keperluan lain lagi. Kalau dia yang datang kat tempat saya pun dia Cuma belanjakan tiket datang saja.
    kos kenduri pun semua pakai duit saya, selalunya d tempat kami kena kongsi. Majlis yang sederhana tanpa makan beradab tanpa persandingan, cukup ringkas. Sekadar menjamu tetemu yang datang. lepas raya saya dah mula kerja, hampir 2 minggu suami tumpang d rumah sewa, saya rasa bersalah dengan kawan-kawan sebab mereka dah pesan kalau suami saya nak tinggal d rumah ni selepas raya mereka akan cari rumah sewa lain. tapi saya cakap ’tak’. Sepanjang suami d sini semua saya yang tanggung termasuk rokoknya. Kalau xbelikan dia akan buat hal, kereta saya pun dia yang guna tanpa rasa bersalah walaupun tak isi minyak.
    Beberapa kali kami berselisih faham. Ye lah kalau kita bangun pagi2 terpaksa buat macam-macam kerja tapi org yang xkerja seronok saja tidur, siapa yang suka hati? Kemuncak dari hal ni saya bagi kata putus kat suami, saya sms dia ’ kalau dalam minggu ni abang tak dapat kerja lagi balik kg lah dulu sebab saya dah tak mampu nak sara dia lagi’. nak byar sewa rumah yang kongsi 3 pun terpaksa berhutang, tapi dia cakap saya yang kena byar. bukan ke tanggungjawab suami sediakan tempat tinggal untuk isteri? Waktu tu saya memang terdesak, untuk knduri agak banyak lah hbis. Smpaikan saya terpaksa puasa(tak pernah lagi puasa sebab tak ada duit sebelum ni). Suami pula dengan senang hati kalau jumpa duit dalam kereta mesti beli rokok. Kalau saya tegur dia cakap saya berleter. Keesokan hari slpas ambik saya dari tempat kerja suami cakap nak jumpa kawan dia, tanpa banyak soal terus pergi ke tempat yang d janji. selepas kawan dia ambil saya pun balik. Tak tahu mana dia pergi.
    sebenarnya saya rasa bersalah pada kawan serumah. Dan terkini kawan bagitahu dia akan keluar dr rumah ni sebab dah dapat rumah sewa lain. Apa boleh saya cakap? Terpaksa lah tinggal rumah ni seorang-seorang, suami pula tengah cari kerja d tempat lama. Sewa pun akan bertambah. Gaji bersih cuma RM600 selepas tolak ASB, tahu, angkasa, kereta, KWSP. dengan RM600 tu lah nak bayar ptptn, bil tel, minyak, kad kredit, sewa rumah, makan, bagi kat mak dll..saya pernh pesan kat suami supaya dia tak harapka saya pasal duit. tapi banyak kali jugak kasihan kat dia. tak tahu lah apa akan berlaku pada kami selepas ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 14:08


Berat juga ini. Nasihat yang salah akan memberikan kesan yang salah juga. Asbabnya cuma masalah ekonomi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Teringat saya akan rintihan Rabiatul Adiwiyah di keheningan malam yang didengari oleh tuannya lalu menimbulkan keinsafan pada tuannya. Ketika kata kata kita tidak lagi didengarkan makhluk lalu berkata katalah (berdoa) kepada pencipta makhluk. Saya dengan rendah diri mendoakan suami SH kembali seperti semula. InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 15:22


syukran faqir_imara, saya kadang-kadang dah give up...nak cerita pun bukan boleh pada semua org, lagipun baru lagi nikah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 08-10-10 22:02


Saya sebenarnya patut lebih bersyukur dengan nasib saya. Tidak dapat saya gambarkan andai saya diuji sebagaimana puan SH dan suami. Jangan putus asa, Allah tidak suka pada yang putus asa. Teruslah berdoa dimurahkan rezeki pendapatan, kesihatan dan masa lapang. Allah telah menjadikan kisah puan sebagai peringatan untuk saya yang sering alpa untuk bersyukur walaupun memiliki banyak perkara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

uBieZ
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2010
Ahli No: 40343
Posting: 11
Dari: PutraJya P15

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 09:08


berat jugak masalah puan ni.. dan betul jugak apa yang faqir_imara "Nasihat yang salah akan memberikan kesan yang salah juga". apapun cara.. cuba lah bantu suami puan dapatkan kerja.. kalau laki da start malas.. memang malas gila.. tu lah sifat laki..


-----------------
uBiez


Bookmark and Share

    


  Member Information For uBieZProfil   Hantar PM kepada uBieZ   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 11:08


Apakata Puan mulakan perniagaan sambilan secara kecil kecilan. Tak kiralah apapun jenis perniagaan, sama ada jual kuih, tudung, minyak wangi atau apasaja yang halal.Apabila perniagaan agak maju, puan ajak suami bantu dan apabila bertambah maju perlahan lahan puan serahkan tanggung jawab sepenuhnya kepada suami. Jika puan ikhlas segala bantuan Allah akan tiba, insyaAllah. Sekadar pandangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 12:51


bagi saya gaji saya dah cukup untuk dari saya, rasanya tak perlu saya korbankan masa untuk fikir nak senangkan dia kalau dia pun xpk macam mana nak tunaikan tngjwb...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 14:37


Nada puan seperti kecewa. Saya lebih cenderung menyelamatkan rumahtangga puan daripada masalah ini menjadi barah. Mungkin benar juga kata puan. Apakah ayah ibu mertua tidak sedar keadaan ini? atau mentaliti menjadi dinding?

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 16:26


masing-masing family sokong anak sendiri, saya bukan lah serong yug baik sangat, kalau org selalu cakap susah senang bersama, tapi kalau saya seorang saja yang kerja ni memang tak adil,...hidup seorang-seorang lagi senang kan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 17:02


Bertambah berat ini...saya tersilap nasihatkah? Apakah tiada jalan lagikah untuk memperbaiki keadaan? jangan terburu buru membuat sebarang keputusan. Ingat saat indah dan mintalah pendapat ibu bapa sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-10-10 17:58


saya ada kawan yang bekerja seorang-seorang hingga akhir hayat suaminya ..
sabarlah..anda belum setahun pun lagi hidup berdua..
tahun2 pertama memang kadangkala agak sukar.baru nak kenal, baru nak faham.. walaupun bercinta 10 tahun.
masih belum boleh jump to conclusion.
bawa berbincang dengan suami. bukan nak hasut tapi.. adakalanya sayu tangis wanita ni senjata halus juga untuk suami.. luahla rasa dengan cara yang sayu, nangis pun tak apa....bukan rungutan,itu akan buat dia kata awak berleter.


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-10 13:28


Assalamualaikum wbt…

sahabat-sahabat semua,

Apa yang anda buat kalau berada kat tempat saya?
    Keluarga suami selalu cakap kereta saya milik anak dia, padahal saya beli semua dengan duit sendiri dan sebelum kawin lagi. saya byar sendiri hampir 1k tiap-tiap bulan tanpa 1sen pun dari duit suami (walaupun sebelum nikah dia ada janji nak tolng). kalau balik kg keluarga dia suka-suka hati saja ajak pergi jalan mana-mana, padahal duit minyak saya juga yang kena byar. Kalau kena saman pun dia buat tak tahu saja, lau kita sendiri yang drive masa tu lain lah.sampai saya rasa dah malas nak buat balik kereta kat kg, rasa kecik hati pun ada....salah ke saya berkira sal ni?
    Apa hukum kalau saya belikan barang-barang keperluan kat keluarga saya dengan duit saya sendiri tanpa bincg dengan suami? Dia selalu buat muka Kalau saya keluarkan duit sendiri untuk family saya. salah saya ke?
    Apa hukum Kalau saya lebihkan keluarga sendiri dr segi kewangan berbanding keluarga mertua? salah ke Kalau saya beli pakaian untuk mak saya tanpa belikan juga untuk mertua, sebab suami tak pernah bagi duit pun kat saya, apalg belikan baju.
    salah saya ke Kalau tak nak jumpa suami sebab tak nak keluarkan duit untuk dia sebab sekarang dia belum dapat kerja lagi.
    Bil tel kami dah kena potng sebab tak mampu byar. nak byar sewa rumah pun saya terpaksa mintk duit dengan mak. dah lama jugak lah saya xtel suami, sebenarnya saya macam dah tak ada perasaan kat dia. Dia pernah tanya saya, kalau dia kerja kilang tak apa ke? saya bagitahu tak kisahlah apa kerja pun asal boleh sara dia seorang pun jadila. saya cakap macam tu sebab rasa saya dah xperlukan dia, tapi dia lebih rela xkerja.
    Kalau org lain lepas kawin lagi kuat kerja sebab nak tanggung anak org, tapi suami saya bukan macam tu. Pas kawin dia berhenti kerja! Dia xpk pun nak makan apa.
    salah saya ke Kalau xkejutkan suami untuk bangun solat subuh time kami bergaduh? Dia ni kdang pukul 1lbh baru bangun, Kalau kat rumah family dia pun xsolat.
    salah saya ke kalau tak nak balik rumah mertua sebab rumah dia kurang selesa, anda bayangkan kat rumah tu Cuma ada 2 bilik tidur. Kalau saya dan suami nak tidur waktu mlm terpaksa lah mak dan ayah mertua tidur kat luar bersama adik beradik yang lain sebab balik yang lagi 1 untuk adik ipar yang dah kawin sebelum kami. Adik ipar seorang lagi baru lepas bersalin, tu pun berkampung depan tv juga bersama 2 anaknya. Kalau waktu mlm 7 org yang tidur kat ruang tamu yang amat sempit. Ni belum masuk soal aurat dengan ipar duai lagi. tapi saya belum pernah lah xikot suami balik kg dia, sebab Kalau balik pun memang guna kereta saya.
    salah saya ke Kalau berleter kat suami tentang apa yang benar cntohnya sal kemas balik dan bangun pagi. saya cakap Kalau xkeje pbdai2 lah buat kerja rumah masa saya pergi kerja. saya cakap juga jangan bangun tidur lewat nanti rezeki susah dapat, tapi dia tunjuk kat saya artikel tentang isteri yang berleter kat suami, perli kat saya lah...
    salah saya ke Kalau boros dengan duit sendiri dan nak makan yang mhal2 masa gaji baru masuk? kenapa suami selalu suruh berjimat, Kalau duit saya tak ada pun bukan dia yang tolong, tapi mak saya yang cuma menoreh getah kat kg!
    salah saya ke Kalau rasa menyesal kawin dengan suami yang tak tahu tngjwb? sebenarnya saya dah tak tahu nak fikir apa lagi nak slamtkn hubgn kami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-10-10 13:56


persoalan untuk satu permasalahan adalah bukan siapa yang salah. sebab tuding menuding memang takkan pernah tamat.

kalau dah kritikal sangat..pergilah rujuk ke pusat kaunseling mahkamah syariah.
jangan salah anggap statement saya. sebut pasal mahkamah syariah semua akan terlintas tentang cerai dan sebagainya sedangkan ada pelbagai kegunaan yang boleh dimanfaatkan di sana. rujuk dengan pakar di sana. dapatkan khidmat nasihat. jika bantuan/luahan dari keluarga tidak lagi mampu membantu anda.


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 13-10-10 08:50


Salam Sutera Hijau. Saya bersimpati dengan puan SH tetapi memperkecilkan keadaan rumah keluarga mertua adalah tidak patut. Rumah dua bilik bukan kehendak mereka tetapi itulah kemampuan mereka. Mungkin saya juga akan berkecil hati jika saya berada di tempat SH. Terus terang saya katakan saya tidak dapat bayangkan apa yang berlaku jika saya berada di tempat SH. Kehidupan suami puan amat pelik dan amat jauh berbeza dengan apa yang saya cuba capai dalam hidup, tapi itu tidak bermakna kebahagiaan untuk puan dan suami telah berakhir. Cadangan saya seterusnya carilah org tengah yang puan SH rasa adil dan dihormati juga oleh suami puan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-10-10 13:12


saya tak tahu apa tujuan dia kawin dengan saya, tapi apa yang saya rasa sekarang jalan penyelesaian untuk kami dah tak ada, dia pun macam dah xperlukan saya, sekarang dia ada kat kg dia, belum dapat kerja lagi...tak tahu lah sampai boleh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 13-10-10 13:43


Cuba kenangkan saat saat indah. Saya mungkin tersilap kerana berkata begini tanpa mengetahui sejarah pertemuan puan SH dan suami. Bukankah puan berkahwin atas pilihan dan menerima suami seadanya? Saya menjadi kasihan kepada puan dan suami. Apakah puan tidak rasa kasihan pada suami puan sendiri? Saya mungkin sekali lagi tersilap menilai suami puan kerana saya menilai dari cerita2 puan bukan melihat dengan mata kepala sendiri. Semoga rumahtangga puan selamat dunia akhirat. Berhati hatilah dengan prasangka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-10-10 16:02


setuju cakap faqir imara...
puan sedang marah.. waktu kita marah memang sukar untuk berfikir dengan tenang..
untuk kesekian kalinya.. pohonlah nasihat dari mereka yang berpengalaman.
kita mungkin rasa kita tahu,sebab kita yang lalui tapi adakalanya ada yang lebih tahu dengan ilmu yang mereka ada. rujuklah pada mereka.


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

harakian
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34650
Posting: 73
Dari: parit

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 17:48


dah bincang hati ke hati ke belum???bagaimana anda memahami suami anda sebenarnya???kekalkan kesetiaan kepada suami,jangan hanya fikir kita saja yang betul tanpa mendengar luahan dari pihak suami...

marah,bercakap2 kat forum ini pun takkan menyelesaikan masalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakianProfil   Hantar PM kepada harakian   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 21:27


Tiada salahnya bercakap2 atau meluahkan masalah ini di forum ini, sekurang kurangnya SH jujur dan tidak terburu2 mengambil tindakan. Sebenarnya masih ramai lagi yang senasib kalaupun tidak lebih buruk nasibnya dari SH. Cuma agak malang jika kita menilai masalah ini dengan mendengar dari satu pihak. Mungkin SH di pihak yang terinaya dan dari ceritanya agak ketara kesilapan suaminya tetapi mahkamah manapun di dunia mesti mendengar dari kedua dua pihak sekalipun jelas satu pihak benar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

ayattulhussna
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2010
Ahli No: 40353
Posting: 20
Dari: bumi ALLAH

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 23:13


Assalamualaikum

maaf kalau apa yang saya cuba smpikn xssuai dalam khendak nasihat...saya belum kawin ag tapi bukan bmakna saya pandai-pandai nak nshtkn org....kalau saya dtempat akak pun mungkin saya akan btindak sdemikian rpe...tapi betul kita faqir, jangan buat keputusan tburu2...kita org perempuan selalu buat keputusan mengikut kita hati tanpa plu bfikir panjang....ALLAH sangat suka boleh kita dirikan masjid dan dengar serta ikut sunnah Nabi...namun,ALLAH murka boleh ada yang ingin meruntuhkn masjid itu walaupun halal disisinya....jdlah isteri yang SOLEHAH kak...takkan rugi boleh kita sentiasa pegang kepada janji ALLAH...alangkah bhgia boleh menjadi isteri SOLEHAH yang bakal menjadi KETUA SEGALA BIDADARI SYURGA...pupuk impian itu dalam diri akak...tnmkn semangat jihad itu dalam jiwa akak...jihad bukan pada pejuangan saja...tapi trt pada hubungan suami isteri yang sangat mulia disisi ALLAH....selagi tdaya, jalankan tenggungjawab akak sebagai seorang isteri dengan BAIK dan SOLEHAH ya....salam ukhwah kak...doa banyak-banyak, INSYALLAH..akan menemui jalan dan ALLAH sentiasa mdengar doa hambanya yang TAAT AKAN PERINTAHNYA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayattulhussnaProfil   Hantar PM kepada ayattulhussna   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-10-10 13:16


time kash pada nasihat kawan,
baru tadi saya pergi jumpa penolg pndftr kat pjbt agama, terus terng saya cakap yang hubgn kmi dah macam buih kat laut...apa yang saya nak perthankan lagi, kenapa nak susahkn hidup bersm dengan org yang xsm matlamat dengan kita...maybe sebelum ni saya clap sebab saya fikir semua org nak jadi baik! dia cuma nak menumpang apa yang saya ada, anda nak hidup ke dengan org yang solat ikut suka hati saja, hak dan tngjwb pun tak tahu, dah kawin pun buat macam bujang, ....minta mf lah Kalau saya terlalu emosionl...saya bukan jenis suka marah-marah or tegur silap org sebab saya tau hus saya jenis baran dan lngsg tak dengar pendapat saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 15-10-10 14:33


Semoga Puan SH bahagia dan terselamat dari bencana yang mendatang. Hanya Allah yang tahu hikmah tragedi ini. Buat sekian kalinya mengadulah pada Allah SWT dan mintalah petunjuk. Begitulah selalunya, diberikan hati yang satu pada makhluk nescaya dihancurkannya tetapi berikanlah hati yang hancur kepada Khalik nescaya disatukannya. Jauh di sudut hati saya sedih mendengar kisah-kisah begini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-10-10 15:25


time ksi pada fi, doa anda amat dihargai...kalau xkuat maybe saya tak ada d sini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

habrah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.05.2010
Ahli No: 39782
Posting: 59

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-10-10 21:46


salam sutera hijau harap awak banyak -banyak bersabar dan berdoa .. mohon pada Allah agar beri jalan terbaik.. insyaallah ada jalan penyelesaian

Bookmark and Share

    


  Member Information For habrahProfil   Hantar PM kepada habrah   Quote dan BalasQuote

nurulieman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2004
Ahli No: 10479
Posting: 27
Dari: uitm

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-10 00:02


Assalammualaikum...
Saudari SH, ana simpati dengan apa yang berlaku pada saudari. Sebagai seorang yang juga bergelar isteri ana sedikit sebanyak dapat memahami apa yang SH rasakan. Ingin ana berikn pandangan, usia perkahwinan SH masih terlalu awal, masih hijau. Ikatan pernikahan menuntut pengorbanan & kesabaran yang tinggi. anggaplah semua ini ujian dalam hidup berumah tangga, berbincanglh dr hati ke hati dengan suami,jangan terlalu diikutkan perasaan & darah muda. dalam setiap hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya, yang penting cara kat menanganinya.. Perbanyakkan doa pada Allah moga suami berubah & SH boleh juga m'cuba cadangan rakan-rakan di ukhwah ini. Ana doakan ikatan perkahwinan SH berkekalan & sentiasa dalam rahmatNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruliemanProfil   Hantar PM kepada nurulieman   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-10 23:49


Assalamualaikum...
saya simpati dengan puan..
Pernah tak Puan bawa berbincang dengan suami puan..?..atau sekadar melepas dalam hati semata-mata...atau suami puan sukar untuk bawa berbincang..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

nilam3_6
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.04.2007
Ahli No: 29649
Posting: 53

blank  


posticon Posting pada: 19-10-10 15:11


salam buat saudari SH..
moga saudari dan perkahwinan saudari dilindungi Allah..
bila melihat persoalan yang saudari kemukakan tu, sebenarnya puncanya tidakla kritikal (lebih kepada ekonomi) dan insyaAllah masih ada jalan penyelesaian yang terbaik...masih ramai lagi yang mempunyai masalah rumahtangga yang jauh lagi teruk dari anda.Dunia rumahtangga memang perlukan tolak ansur dan kesabaran yang cukup tinggi..berkongsi susah dan senang..insyaAllah jika saudari SH boleh lakukan perkara itu, kebahagiaan dalam rumahtangga akan ada.

menjawab persoalan saudari kat atas itu, jika saya berada di tempat saudari:
1)kereta: saya xkesah pun, as long as dia/mereka tak buat perkara yang mengarut kat kereta itu. biarlah,nanti lambat laun akan tahu juga pemilik sebenar. Lagipun bila dah bergelar suamisteri, kan ke itu bermaksud kita sanggup berkongsi segalanya dengan dia. jika keluarganya ajak berjalan, itu adatla..jika dengan keluarga sendiri kita xkesah, apa salahnya buat layanan yang sama untuk keluarga mertua.

2) barang keperluan untuk keluarga: saya maklum anda menggunakan duit sendiri, tapi perlu juga diingat, duit itu juga diperolehi dengan keizinan suami. Bersyukurla dengan keizinan yang diberikan. suami buat muka tu maybe sebab anda seolah-olah tidak menghormatinya, kan lebih molek jika berbincang dulu.

3) lebihkan keluarga sendiri: seeloknya layanla secara adil. tengok balik hirarki mertua mengikut islam, sama kan dengan mak ayah sendiri.Alangkah baiknya jika anda layan keluarga mertua sama seperi keluarga sendiri.apa salahnya jika belikan mak ayah kita baju, belikan juga untuk mertua. masalah kita dengan suami tidak perlulah melibatkan mereka sekali.

4) tak nak jumpa suami sebab tak nak keluarkan duit, suami xkeje: bila berkahwin ni, kan menunjukkan kita sanggup untuk berkongsi susah senang. Bincanglah dengan suami dari hati ke hati. Saya melihat dia ada minat juga untuk kerja, dorongla dia, jangan cepat merajuk dan melatah. Gunakan kuasa pujukan beserta sedikit ketegasan (dalam mempertahankan hak) untuk membantu rumahtangga anda.

5) xkejut suami untuk solat: jika saya berada ditempat saudari, insyaAllah saya tetap akan kejutkan dia untuk solat. jangan diturutkan ego dan rasa marah sampai melibatkan hak Allah. Suami saudari memang macam tu (susah nak bangun), takkanla saudari sanggup bersubahat sekali untuk dia tidak tunaikan solat. Bantulah dia untuk tunaikan hak Allah. InsyaAllah jika solat dijaga, senang untuk kita mendekati diri dan jiwanya.

6) rumah mertua:anda sepatutnya bersyukur diberikan layanan yang cukup baik oleh mertua. Sanggup mereka keluar daripada bilik untuk memberikan keselesaan kepada anda. Mereka begitu gembira bila anda balik,tapi anda pula menunjukkan reaksi sebaliknya. Saya juga menghadapi situasi yang sama, maklumla rumah kg dan mertua saya pun bukan org senang, tapi bagi saya itu bukannya masalah yang besar pun, yang penting mereka gembira. saya selesa saja balik rumah mertua dan alhamdulillah tiada masalah aurat yang xterjaga. Terimalah seadanya keluarga suami.

7) Berleter: saya kurang gemar dengan leteran. Tidak bolehkah cara lain digunakan untuk menunjukkan protes kita kepada suami, takkan leteran saja agaknya. Jika kita merasakan tidak suka dileteri (jika anda suka, maaflah), jangan pula kita meleteri org lain. banyak lagi cara yang lebih bijak dan berdiplomasi (boleh rujuk majalah dan buku kaunseling rumahtangga).Bila berkahwin ni, terutamanya masa di awal-awal perkahwinan, memangla akan ada ketidak puasan hati dan perbezaan pendapat dan cara hidup. Maklumlah masing-masing dibesarkan dengan environment yang berbeza. Saya lebih suka beritahu perkara yang tidak disukai dalam nada bergurau dan santai + sedikit pujian..heheh

8)diminta berjimat: apa yang suami anda bagitau tu betul, tak salah pun berjimat, tambah-tambah pula dalam situasi dia sekarang. saya maklum anda protes dengan sikap dia, tapi dalam marah kat dia pun janganlah boros pula...berpada-padalah.Bukan apa, dalam anda nak menunjukkan protes tu,nanti anda pula yang akan bermasalah kewangan nanti.

9)menyesal kahwin: satu perasaan yang xsepatutnya ada dalam satu hubungan perkahwinan. perkahwinan anda dengannya telah dizinkan Allah, maka adalah hikmah yang nak Allah berikan kepada anda.

Buat saudari SH, maybe huraian saya akan menyebabkan ketidakpuasan hati anda. mungkin anda akan cakap, saya tidak berhadapan dengan situasi sama,senangla cakap. Ya, memang saya tidak berhadapan situasi yang sama seperti anda, tapi itulah yang saya sedang dan akan dibuat (hubungan dengan mertua dan suami). Bagi saya, ubah diri dan pemikiran sendiri lagi senang daripada mengubah org lain. Tolak ansur + sabar + fikir positif + bersyukur+ buat tindakan bijak memang amat diperlukan dalam satu-satu perkahwinan. Mana ada perkahwinan yang sentiasa tiada masalah, tapi cara kita mengendalikannya itu yang menentukan bahagia atau tidak.
Doa saya,moga anda dan suami akan berbahagia.


-----------------
indahnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For nilam3_6Profil   Hantar PM kepada nilam3_6   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-10 20:14


berkahwin memang penuh onak duri...orang yang nak berkahwin tentu rasa takut nak kahwin lepas baca topik ni...
tak tahu macam mana keadaan lepas kawin.....


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-10-10 13:28


saya tak ada niat nak takutkan sesiapa pun, cuma supaya anda lebih berfikir dr saya...moga ada yang perlu d beri lebih perhatian...
sekarang ni pula saya tengah pregnant, hrap2 masih ada sinar at least untuk anak yang bakal lahir...doakan erk

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-10-10 15:28


suami anda ni tak bertanggung jawab lah...

apakata awak pujuk dia lepas itu bawa jumpa doktor kaunseling...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

eqinfiqa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20749
Posting: 23

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 28-10-10 08:14


SALAM..
Puan SH, setiap kesempitan pasti ada kelapangan, setiap kekurangan pasti ada kelebihan, setiap kesusahan pasti ada jalan keluar..banyakkan bersabar dan bertawakal kepada Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eqinfiqaProfil   Hantar PM kepada eqinfiqa   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 28-10-10 09:41


Renungilah surah AdDuha. Amalkan sekali pagi, sekali petang dan 5 tak sebelum tidur. InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-10 22:29


siang tadi masa tengok semanis kurma.. ustazah bahiyah bagi tips baca surah taha ayat 1-5 tiap-tiap hari .. untuk melembutkan hati suami yang mungkin tinggi egonya..
wallahualam..cubalah kaedah2 ayatul quran, doa banyak-banyak..insyaAllah..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.10.2003
Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-10 14:20


Assalamualaikum

semoga Allah memelihara dan mengumpulkan puan dan suami serta anak yang bakal dilahirkan dalam mahabbah dan rahmah-Nya..ameen :kelip:


-----------------
ana..ukhtukum fil Islam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For hurun_einProfil   Hantar PM kepada hurun_ein   Pergi ke hurun_ein's Website   Quote dan BalasQuote

lily_mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2007
Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga

singapore   avatar


posticon Posting pada: 02-11-10 14:03


Salam ...

Saya tumpang simpati .... sekarang ini ramai suami yang lalai akan tanggung jawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lily_mawarProfil   Hantar PM kepada lily_mawar   Quote dan BalasQuote

ShafAMIN
Warga Rasmi
Menyertai: 29.04.2011
Ahli No: 41310
Posting: 1
Dari: Shah alam

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-04-11 20:40


tak semua macam tu..innamal akmalubiniyat..buat wanita ,kadang-kadang kita kena berhati-hati dalam memilih jodoh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ShafAMINProfil   Hantar PM kepada ShafAMIN   Quote dan BalasQuote

azam_pejuang_tErAkHiR
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2010
Ahli No: 40479
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-05-11 15:23


nasihat saya,,perihal rumahtangga adalah rahsia besar suami isteri. hanya yang layak sahaja memberi pedoman dan nasihat. jangan lah diluahkan di depan khalayak ramai seperti ini. bukankah ketika saat di akad nikahkan kita telah pun mendengar khutbah nikah dan hak2 suami ke atas isteri dan hak2 isteri ke atas suami...andai ada dikalangan ahli forum ini mengenali puan atau suami puan bukankah itu merupakan sesuatu yang aib. bagaimanakh perasaan suami puan bila aibnya terdedah. ingtlh syurga isteri ada pada suami..bagaimana jk perasaan dia terguris..bukankah sebelum puan menikahinya, puan telah pun sanggup menerima suami puan seadaanya...gunakanlh saluran yang sepatutnya bagi menyelesaikan kemelut ini. berbincanglh elok-elok dengan suami dan rujuklah pada org tua puan atau suami..ataupun berjumpalah dengan org lama yang thiqah ataupun kauselor pejabat agama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azam_pejuang_tErAkHiRProfil   Hantar PM kepada azam_pejuang_tErAkHiR   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-05-11 15:36


setelah setengah setahun apa khabra SH? moga-moga masalah da selesai...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sutera_hijau
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.08.2004
Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-10-11 07:01


salam...minta mf dan terima kasih pada semua yang ikut post saya selama ni, maybe inilah jalan yang saya kena tempuh..buat azam_pejuang_tErAkHiR juga lepas ni maybe saya tak perlu cerita apa-apa d sini soal kami sebab kes kami dah mula sebut bulan lepas d mhkmh syariah...saya doakan anda dapat isteri yang solehah bukan seperti saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_hijauProfil   Hantar PM kepada sutera_hijau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141579 saat. Lajunya....