Oleh |
Suami Suka Mencarut dan menghina |
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-09-10 18:59
Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia 1 tahun 5 bulan. Sejak mula perkahwinan, suami sangat panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Suami saya panas baran, kalau marah suka hina dan sebut tentang ayah saya. Keluarganya huru-hara dan panas baran macam dia jugak. Suka bergaduh, cakap besar, kurang amalan agama, cakap lepas, suka maki hamun, tengking2, mencarut, marah tak tentu pasal etc. Sebab tu suami saya pun macam tu tapi suami saya tiap-tiap hari pergi surau, cuma kurang pengetahuan agama (baca quran selalu tajwid salah..kadang-kadang boleh tegur, kadang-kadang tidak boleh tegur) Saya pernah mengadu pada mertua tapi mereka baking anak, bila ngadu kat mertua..ayah dia siap cakap, apa salahnya maki hamun kalau betul. Ajaran agama mana entah dia pakai. Masa hari perkahwinan (sebelah lelaki), ibu mertua menengking saya di depan rumah depan tetamu yang ramai sebab saya lambat turun sedangkan pengantin lelaki (suami saya) masa tu masih ada di atas rumah (dalam bilik pengantin). Tengking dan maki hamun dah jadi pekara biasa dalam rumah tu. tiap-tiap pagi, ibu mertua saya mesti terjerit2 dan maki hamun kejut anak-anak lakinya yang bongsu bangun tidur. Suami saya pernah kena curah air panas masa kecik sebab menangis minta susu. Masa mengandung, saya selalu sangat menangis, suami saya tidak boleh ditegur langsung...pernah kami tidak solat asar sebab dia tak nak solat di surau shopping complex, katanya bajunya kotor kena peluh. Tapi bajunya tak kena najis. Bila tak sempat solat, saya tegur dia...tapi dia mengamuk atas motor sampai buka baju depan orang ramai sambil motor bergerak. Dia pernah tengking saya depan supermarket, tengking saya atas motor kat traffic light...dan bukan tengking sepatah perkataan....ayatnya berjela2 siap maki hamun puki mak, bangsat, baghal, gila, bodoh, bab.....hempas pinggan dah banyak kali. Suka tunjuk penumbuk pada saya kalau kami bergaduh. Suami juga pernah baling cawan kaca pada saya yang sedang menyusukan anak tapi pecah terkena dinding dan serpihannya terkena pada saya. Pernah saya ditinggalkan di tepi jalan dan disuruh berjalan kaki oleh suami sejauh 2 km ke klinik. Saya tak tau jalan ke sana dan ketika itu saya mendukung anak dan disuruh membawa helmet. Menghina mak dan ayah saya miskin..."nak makan sendiri pun minta kat anak, ada hati nak bagi pinjam kereta", menghina mak ayah saya..."macam pencuri" sebab saya bagi duit tiap-tiap bulan kat mak ayah dan belikan kereta untuk ayah. Suami tuduh saya tidak minta izin sedangkan sebelum dan selepas kahwin (masa mengandung) saya dah tanya dia...kadang-kadang dia jawab ok dan kadang-kadang dia jawab bila mampu...mampu tu subjektif (bagi saya, saya dah mampu sebab dah kerja tetap kerajaan). Saya tidak tahan sangat....dah rasa macam nak sakit jiwa...kalau fikir kepala jadi sakit, mungkin dah kena darah tinggi...saya sangat tertekan...hubungan dengan keluarga saya jadi renggang dan jauh sebab sikap suami...saya sedih dan tak mampu lagi. Masa raya kedua baru-baru ni suami saya mengamuk kat rumah mak ayah saya... tiba-tiba dia paksa saya balik rumah sambil jerit2...saya tidak ikut sebab takut. Dia terus rampas anak dari saya..mak saya halang, dia tolak. Jadi ayah dan adik lelaki saya bergelut dengan dia untuk ambil anak...sebenarnya kami tidak sangka sampai jadi macamtu sekali. Dia terus keluar balik rumah mak bapak dia. Sebelum keluar, dia jerit "Ayah ni memang sial!" Lepas tu, dia tuduh saya nusyuz sebab tak ikut dia dan tuduh family saya dah plan semua ini. Suami siap cerita pada kawan saya yang mak ayah saya tuduh dia curi duit saya sedangkan dia yang cakap begitu pada mak ayah saya. Suami call pujuk2...saya layan ala kadar sebab masih terluka. tiba-tiba bila balik rumah kami dengan mak ayah saya (mereka tolong hantar sebab saya tidak mampu drive seorang...jauh, lagipun tidak ikut syariat). Dia bawa family dia...konon nak bincang tapi dia pertahankan diri dan marah2. Dia arahkan saya balik rumah mak bapak dia tapi saya dah takut sebab mak dan ayah dia termasuk suami saya , kutuk kami sekeluarga macam-macam masa tu..saya diam saja...terus dia ambil anak dan keluar rumah... Saya minta nak susukan anak, dia tidak bagi...sedangkan anak saya masih menyusu badan...Saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya...asyik menangis saja... tidak tentu arah, tidak tau nak buat apa. Kalau tuntut fasakh, saya takut dia cakap "AKU CERAIKAN KAU dengan SYARAT AKU JAGA ANAK"....saya takut kehilangan hak penjagaan anak. Apa yang patut saya buat sekarang? Dalam kes saya ni, berdosakah kalau saya tuntut fasakh? Saya tidak berjumpa dengan anak sejak 18/9 (Sabtu) lepas...saya sangat rindukannya. Saya perlukan jalan penyelesaian dan tidak berniat memburukkan suami...sebab itu saya menyembunyikan identiti.
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 25-09-10 22:09
Bismillah  Ukhtiku.., bersabarlah..pahit, sakit itulah Allah uji bagi orang-orang yang disayangiNya. Sinar cadangkan ukhti minta dari ustaz/ustazah..air Yaasin, biasanya hari khamis malam jumaat diadakan bacaan Yaasin. Setiap kali buat air atau hidang air.. tambah air Yaasin dan letakkan ditempat umum untuk mudah suami minum. InsyaAllah...semoga sejuk hatinya dengan air penawar Al-Quraan. Selain itu sedekahkan duit. Hari khamis malam jumaat, masukkan duit bawah bantal..niat untuk disedekahkan..(biasanya beli pisang hantar dimasjid atau sedekah pada anak yatim).. InsyaAllah.. dengan izinNya. Maaf ye, ana mampu bantu ini sahaja. Ukhti bersabarlah... ayah ana pernah pesan 1 perkara ini untuk ana dan adik-adik.. wanita., yang sering dimarahi suami, jika dia berdiam dan mengalah..suatu masa nanti InsyaAllah akan menang (sebab dia berjaya buat suaminya berfikir-reverse psikologi) Doa itu senjata orang mukmin, yakin dan teruskan istiqamah berdoa padaNYa, Dia Memahami & Mengetahui segala isi hati. Berkenaan anak, rasanya ukhti..bukankah anak kecil belum syaratnya untuk mengikut bapanya, kecuali sampai umur (akil baligh)-pilihannya untuk duduk bersama ?. Semoga diberi kebahagiaan dan ketenangan buat ukhti. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-09-10 23:59
suami saya tidak tinggal bersama saya lagi...dia memaksa saya tinggal bersama mertua kalau inginkan anak suami saya suruh datang seorang-seorang dan tinggal di rumah mertua... mak mertua saya dah cakap macam kat saya..pelacur, jalang, curang etc...saya tak sanggup adik-adik ipar pulak anta sms mengugut dan mengatakan keji dan jijik melihat saya..menuduh saya ikut ajaran sesat etc bayangkan kalau saya tinggal d sana?
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 26-09-10 12:01
kisah yang berat. Bersabar ye ukhti... buat masa ini, berdoa agar dilembutkan hati mereka. Tiada cara lain untuk berkomunikasi dengan orang sebegini melainkan menggunakan pendekatan halus.. mohon agar Pemilik hati mereka ini mengembalikan kesedaran...InsyaAllah. Ukhti, ada cuba jumpa kaunselor rumah tangga atau pihak berkenaan.. mungkin ukhti boleh dapat bimbingan yang sewajarnya. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 26-09-10 19:39
dah mengadu kat pejabat agama dan dah pergi kaunseling...sama saja hasilnya baru kejap tadi saya berjumpa suami dan anak. Suami memujuk supaya saya kembali padanya. Suami saya tidak tinggal bersama saya lagi. Suami saya suruh datang berjumpa ibubapanya dan tinggal berhampiran rumah mertua kalau inginkan anak. Mak mertua saya dah cakap macam-macam kat saya..pelacur, jalang, curang etc...tak sanggup rasanya saya dengar lagi. Adik-adik ipar pulak anta sms mengugut dan mengatakan keji dan jijik melihat saya..menuduh saya ikut ajaran sesat etc. Bayangkan kalau saya tinggal di sana? Tapi tadi suami saya nampak macam dah lembut hati...cuma ibubapa saya masih tawar hati. apa pendapat antum?
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 26-09-10 21:49
Alhamdulillah... Ukhti, biarlah mengalah ukhti... Yakinlah InsyaAllah suatu hari nanti mereka sejuk. Sekarang ni yang penting suami dan anak-anak kembali.. teruskan doa. Seperti apa yang sinar beritahu, bila duduk dengan suami..selalu amalkan 2 perkara (sedekah, air Yaasin). Bersabarlah ye.. pasti ada ganjaran buat hambaNya yang tabah dan redha dengan ujian yang diberikan. Semoga menemui kebahagiaan dan ketenangan. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-09-10 03:00
ibubapanya keras hati, buruk sangka pada saya dan meninggi diri (takkan mengaku salah)... masyarakat kat taman tu cakap keluargany bengis, kedekut dan macam-macam lagi yang negatif antara punca retakny rumahtangga kami adalah campur tangan keluarganya...suami saya cerita semua keburukan saya pada ahli keluargany...sebab tu boleh gaduh kecil pun, ibubapany akan datang rumah untuk marahkan saya mak mertua saya control seluruh kehidupan kami...dr bab beli rumah, buat aqiqah, balik kg, kenduri etc tiap-tiap kali balik kg saya salu kena perli...beli rumah dia tak bagi suami saya beritahu saya..sedangkan kami suami isteri
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 27-09-10 09:57
ukhti, sebelum mengahwini (semasa mengenali) suami, memang begini juga ke perangainya.. macam mana lagi cara untuk menasihati orang macam ni ye? sinar pun tak boleh nak kata.. hakikatnya memang ada mereka yang sedemikian.. masa yang menentukan segalanya. Berdoa dan tenanglah ukhti. ----------------- SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.
|
islia
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.07.2004 Ahli No: 10058
Posting: 109
Dari: kedah aman selalu
|
Posting pada: 27-09-10 11:58
masyaAllah kak zifar..sabar ye..saya juga pernah alami perkara yang sama..tapi dari org yang tak ada hak apa pun..dan sekarang saya dah tenang tanpa dia..satu hari akak pasti temui kebaikan atas semua ujian ni..yakinlah..Allah sayangkan kamu..
|
nilam3_6
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.04.2007 Ahli No: 29649
Posting: 53
|
Posting pada: 27-09-10 13:01
salam. saya bersimpati atas perkara yang menimpa zifar..memang berat ujian tu. Zifar, dah pergi kaunseling kan..apa nasihat kat pejabat agama tu, suami boleh terima tak..setau saya kena buka fail kan, jika berniat untuk berpisah. Saya tak pasti sinarabadi dah kahwin ke belum, tapi saya tak nampak mengalah dapat memberikan kebaikan dalam perkara sebesar ini. Jika suami saja yang bermasalah,mungkin boleh dipujuk hati lagi dengan bantuan daripada keluarga mertua, namun jika satu keturunan macam tu, agak sukar untuk menemui jalan penyelesaian yang dapat membahagiakan diri. Lagipula saya nampak masalah ini melibatkan dua keluarga, bukan setakat suami isteri lagi. Zifar, dalam hidup ini setiap insan berhak untuk berbahagia,dan salah satu tujuan utama kita kahwin adalah untuk berbahagia dan tenang..adakah zifar merasakan zifar tenang dan bahagia jika bersama suami. Adakah zifar ikhlas untuk terus bersama suami...itu zifar kena tanya diri zifar sendiri,bukan org lain. jika zifar ikhlas, insyaAllah perkara teruk macamana pun zifar takkan rasa sakitnya. Perlu diingat, dalam hidup ini, keikhlasan adalah ibu kepada segala ibadat kita. Saya tahu zifar seorang ibu yang cukup sayangkan anak,sebab itulah suami menggunakan pendekatan tersebut untuk mengugut (bagi saya tindakan suami adalah ugut) supaya zifar tidak tinggalkannya. Semaklum saya, anak dibawah 2 tahun sepatutnya dibawah jagaan ibu,kerana ini mengambil kira anak itu masih menyusu. Elok rasanya zifar ke pejabat agama dengan segera untuk lebih tahu apa yang sebetulnya tindakan yang patut dibuat. Di sana setahu saya, memang ada kaunselor yang dilatih untuk mengendalikan perkara seperti ini. Jika hanya menunggu, saya risau, perkara ini akan menjadi lagi besar. Tanyalah kepada mereka yang sepatutnya. ----------------- indahnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 27-09-10 14:14
assalamualaikum, berat juga kes saudari zifar, walaubagaimanapun zifar adukan perkara ni kepada yang maha pemberi masalah, kerana dia akan selesaikan, segala masalah akan selesai, syaratnya awak bersabar banyak-banyak dekatkan dengan Allah, dia uji awak melalui perkara ni, tandanya dia sayangkan Allah
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-09-10 18:50
masa pergi kaunseling kat pejabat agama, suami yang 'kaunseling'kan ustazah tu...sebab dia bercakap (mempertahankan dirinya) tanpa henti...ustazah tu cuma mampu bercakap beberapa potong ayat saja memang suami ada sedikit perubahan tapi selepas tu terjadi peristiwa hari raya hingga dia sanggup memaki ayah saya....dan peristiwa merampas anak saya dah berjumpa peguam tapi interim (hak jagaan anak semasa bicara) dapat lambat...anak saya sekarang sedang demam rindukan saya, suami pula memujuk saya... hati dah tawar sebab ibubapanya memaksa saya berjumpa mereka jika inginkan anak saya buntu
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-09-10 19:24
Pada 27-09-10 09:57 , SiNaRaBaDi posting:!!! QUOTE !!! ukhti, sebelum mengahwini (semasa mengenali) suami, memang begini juga ke perangainya.. macam mana lagi cara untuk menasihati orang macam ni ye? sinar pun tak boleh nak kata.. hakikatnya memang ada mereka yang sedemikian.. masa yang menentukan segalanya. Berdoa dan tenanglah ukhti.
akak dulu 1 kos dengan suami kat universiti...pernah sekali sekumpulan assignment tapi akak tak bercinta dengannya...masa akak dah hampir tamat pengajian, suami akak approach dan terus mak mertua akak call tanya keputusan akak akak sendiri terkejut sedangkan akak masa tu tengah berkawan dengan orang lain masa akak nak bagi pinjam buku (sebelum kahwin), suami ajak datang rumah dia (dengan cara seolah-olah memaksa) kemudian, pertama kali suami datang rumah akak terus hantar duit hantaran...bayangkanlah
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 27-09-10 20:25
ok, faham dah... nampak sangat ada something. Keadaan memaksa. See, kat situ dah boleh tahu, cuma kadang kita tak perasan kesilapan itu. Walaubagaimana pun, semua itu ada pelajaran yang tersembunyi bagi ukhti yang memperhalusinya. Pada 27-09-10 18:50 , zifar posting:!!! QUOTE !!! ...anak saya sekarang sedang demam rindukan saya, suami pula memujuk saya... hati dah tawar sebab ibubapanya memaksa saya berjumpa mereka jika inginkan anak saya buntu demi anak, pergilah berteman ukhti dengan mereka yang punyai taraf penghormatan. kasihan anak itu. Biarlah mereka nak kata, setiap itu ada balasannya bagi orang yang memperlakukan. Yakin dengan pertologanNya. Apakah manusia itu tidak yakin dan percaya dengan janji dan balasan dariNya? Apa yang penting, ukhti kuatkan hati dan dapatkan kembali anak dari jagaan mereka. Sinar tak boleh nak minta ukhti cerai atau fasakh...(bukan hak/tugas untuk buat keputusan, begitu juga dengan yang lain)kerana hanya ukhti dan suami boleh mengendalikan masalah ini, memahami dan memperbaiki. Ukhti banyakkan berdoa dan mohon petunjukNya... InsyaAllah DIA Mengetahui dan semoga dipermudahkan urusan kedamaian keluarga ukhti. Bittaufiq wannajah ya ukhti.
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 27-09-10 20:45
Pada 27-09-10 13:01 , nilam3_6 posting:!!! QUOTE !!! ....................................
Saya tak pasti sinarabadi dah kahwin ke belum, tapi saya tak nampak mengalah dapat memberikan kebaikan dalam perkara sebesar ini. Jika suami saja yang bermasalah,mungkin boleh dipujuk hati lagi dengan bantuan daripada keluarga mertua, namun jika satu keturunan macam tu, agak sukar untuk menemui jalan penyelesaian yang dapat membahagiakan diri. Lagipula saya nampak masalah ini melibatkan dua keluarga, bukan setakat suami isteri lagi.
........
ukhtiku, memang mengalah itu bukan jalan bagi masalah besar ini, tapi ingatlah mengalah itu adalah kebaikan dalam segala hal. JIka kita nak menang, tapi taqdir Allah tulis.., itu yang perlu diikut. Dan berjayalah bagi mereka yang bersabar, redha dan TAWAKAL atas apa yang ditetapkan keatas mereka. Benar, itu masalah kedua pihak...tapi cuba kita renung kembali.. jika perkara ini tidak diselesaikan, hanya menyerahkan ianya menjadi baik dan terpulanglah untuk mereka berubah...tidak mungkin akan terjadi tanpa kerjasama memperbaiki dan terus mengislah kepada kebaikan. Maaf ye, ukhti boleh perbetulkan sekiranya ana silap. Kita sama-sama belajar dan berkongsi. Wallahua'lam
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 27-09-10 22:55
!!! QUOTE !!! Saya tak pasti sinarabadi dah kahwin ke belum, tapi saya tak nampak mengalah dapat memberikan kebaikan dalam perkara sebesar ini. Jika suami saja yang bermasalah,mungkin boleh dipujuk hati lagi dengan bantuan daripada keluarga mertua, namun jika satu keturunan macam tu, agak sukar untuk menemui jalan penyelesaian yang dapat membahagiakan diri. Lagipula saya nampak masalah ini melibatkan dua keluarga, bukan setakat suami isteri lagi.
........
salam zifar, saya bersimpati , ujian untuk anda... sabarlah atas ujian ini dan berusaha mencari penyelesaian yang sebaiknya. tulisan saya ini merupakan saranan dari saya jika saya berada di tempat saudari....mungkin sesuai dan mungkin tidak, sekadar pandangan pribadi... saya kira suami anda tahu kelemahan anda yakni anak...maka dia gunakan 'anak' sebagai mengumpan anda kembali kepadanya Lelaki seperti ini tidak memiliki rasa 'cinta' sebaliknya cuma ingin menunjukkan kuasa. Menderita jika berkongsi hidup dengan lelaki yang cuma faham perkahwinan ialah suami 'berkuasa' ke atas isteri...maka setiap kali ada sedikit masalah dia cuma inginkan anda tunduk padanya dan sebarang keputusan hanya milik dia seorang. Adapun sikap maki hamun adalah cara dia menunjukkan kuasa dia ke atas anda...laksana sikap seorang tuan terhadap hambanya, dia akan marah dan maki hamun jika melakukan sedikit kesilapan.....suami anda sakit dan tidak normal, kerana suami yang normal tidak tergamak mencarut dan memaki hina wanita yang dicintainya. Saya berpandangan perpisahan jalan terbaik...bunyinya keras tapi membaca cerita anda, perkongsian hidup dengan suami anda itu akan merumitkan kehidupan anda nanti. Benar seorang isteri harus taat dan tunduk pada suami, tapi tiada ketaatan dan ketundukan lagi pada suami yang tidak tunduk pada Ilahi......tugas suami melindungi isteri, menjaga maruah dan nama baik isteri bukan memaki dan memburuk-burukan isteri sehingga meleret kepada ibubapanya sekali...suami apa ini? keinsafan dan kasih sayang apa yang dia ada, jika dalam keinsafan itupun dia masih 'tergamak' mengugut anda....bayangkan anak-anak yang membesar dihadapan ayah yang seringkali 'menyuap' maki hamun kepadanya....dia ini suka melihat anda tunduk dan merasa lemah terhadapnya. kesabaran itu bukan membiarkan suami memperlakukan sesuka hati terhadap isteri.... sabar itu ada limitasi, kadang-kadang teguh mempertahankan hak bisa mendatangkan keinsafan dan mengembalikan penghormatan....perceraian bukan jelek jika mempertahankan perkahwinan lebih mendatangkan keburukan.... Rujuklah pihak pejabat agama jika anda ingin berpisah denganya....soal penjagaan anak, saya kira anda juga berpeluang kerana anda bekerja dan memiliki pendapatan. Mungkin waktu dia 'kehilangan' anda itu berupaya mengetuk pintu hatinya untuk insaf dan kembali bertaubat pada Allah. .... selebihnya, solat dan sujudlah pada Allah agar memimpin apa saja keputusan anda. ...meminta kekuatan dan jalan terbaik terhadap hubungan anda dengannya. Mengadulah pada Allah untuk meminta 'jalan'. Sudah tentulah 'jalan' yang Allah tunjukkan pada anda yang terbaik berbanding jalan-jalan yang dicadangkan oleh manusia. Cuma peringatan saya....perkahwinan memuliakan seorang wanita dengan pembelaan dari seorang suami, jika suami tidak bersikap membela dan dia tidak dapat memberikan kemuliaan itu kepada anda.... andalah yang berhak untuk membela diri dan mendapatkan kembali kemuliaan diri anda.... masih...sekadar pandangan pribadi saya yang mungkin banyak kelemahannya.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 28-09-10 06:27
alhamdulillah...hati saya semakin tenang atas nasihat sahabat-sahabat..terima kasih saya telah hidup tanpa anak semenjak 7 hari lepas...dan akan berjauhan dengan anak 10 hari lagi sementara memperolehi interim anak saya sedang demam tonsil, batuk, selsema kerana rindukan saya...saya ada berjumpa anak sekejap 2 hari lepas dan dia tak ceria langsung...saya sedih melihat keadaannya sayasedang berusaha untuk berjumpa seorang ustaz yang dihormati di taman tempat tinggalnya tapi ustaz tu terlalu sibuk...mungkin hari khamis ni baru dapat berjumpa dengannya
|
nilam3_6
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.04.2007 Ahli No: 29649
Posting: 53
|
Posting pada: 28-09-10 17:16
kesabaran itu bukan membiarkan suami memperlakukan sesuka hati terhadap isteri.... sabar itu ada limitasi, kadang-kadang teguh mempertahankan hak bisa mendatangkan keinsafan dan mengembalikan penghormatan....perceraian bukan jelek jika mempertahankan perkahwinan lebih mendatangkan keburukan.... Salam buat semua. Saya cukup bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh saudari myhoney. kesabaran dan mengalah ada masanya,bukan untuk digunakan pada setiap masa dan semua perkara, sebab kadang-kadang jika digunakan pada masa yang tidak sesuai ia akan lagi memudaratkan. Tahniah kepada zifar kerana telah ambil tindakan yang sepatutnya,maksud saya berjumpa kaunselor dan peguam. Sementara menantikan kepulangan anak, bersabarlah dan berdoalah kepadaNYA untuk diberi kekuatan dan ketabahan supaya semua perkara dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan terhormat. ~sekadar pandangan peribadi ----------------- indahnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 28-09-10 22:13
boleh karpet dpukul, akan keluarlah debu tsembunyi. hati dan iman takkan dketahui kbersihan hakikiny kalau tak dpukul dengan UJIAN. kalau berjaya, bersih dan naiklah kedudukanny..tapi kalau iman tak kukuh, akan rosaklah diri sebagaimana rosakny karpet murah akbt pukulan pembersihan. moga ia tak koyak tika hadapi ujian. kalau ALLAH dah kata itu mili...k kita, biarlah bawa pusing 1 dunia pun, ia tetap akan jadi milik kita...
|
fatinah_huda
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2004 Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun
|
Posting pada: 28-09-10 22:21
Sebagai mana suami mempunyai hak terhadap, isteri juga mempunyai hak terhadap suami nya. Cuma daripada cerita saudari, suami saudari tidak menunjukkan sikap seorang Islam yang baik apatah lagi sebagai suami dan pemimpin keluarga, tapi wallahualam dia org yang macam mana tak tau. Jalan yang terbaik ialah berjumpa dengan kaunseling dan jika tiada jalan penyelesaian mungkin penceraian. Walaupun ia bukan satu benda yang baik, jika meneruskan alam rumah tangga itu akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada saudari, tapi kepada anak dan seluruh keluarga saudari, saya amat bersetuju dengan pendapat pendapat myhoney dan nilam. Harassment dan violence bukan sahaja dalam bentuk fizikal tapi jugak dalam bentuk emosi dan jasmani. Yang penting banyak berdoa kepada Allah supaya menunjuk saudari jalan yang terbaik. Kami yang ada disini cuma mampu nasihat, tetapi yang mengalami ujian ini adalah saudari, jadi keputusannya adalah atas saudari sendiri. Semoga Allah membantu saudari.
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 28-09-10 23:05
Pada 28-09-10 22:13 , zifar posting:!!! QUOTE !!! boleh karpet dpukul, akan keluarlah debu tsembunyi. hati dan iman takkan dketahui kbersihan hakikiny kalau tak dpukul dengan UJIAN. kalau berjaya, bersih dan naiklah kedudukanny..tapi kalau iman tak kukuh, akan rosaklah diri sebagaimana rosakny karpet murah akbt pukulan pembersihan. moga ia tak koyak tika hadapi ujian. kalau ALLAH dah kata itu mili...k kita, biarlah bawa pusing 1 dunia pun, ia tetap akan jadi milik kita... don't be sad ada ketikanya ujian datang kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita...hikmah di sebaliknya kadang bukan segera kita mampu menelahnya....saya yakin ada sinar bahagia untuk anda kemudiannya.... memang benar pepatah melayu ada menyebut " berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...namun Allah menjawabnya kepada kita dalam surah Al baqarah : 286 - " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala dari kebajikan yang dilakukannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuat " saya ulangi saranan saya, solatlah...nabi dan para sahabat akan bersolat jika berhadapan dengan musibah. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 06:58
syukran jazilan atas keprihatinan sahabat semua... semoga ALLAH membalas jasa baik kalian dengan 1000 kebaikan, ameen...
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 06:59
ya ALLAH, tunjukkanlah jalan yang dapat membantuku menjadi hambaMU yang baik..memberiku kebahagiaan d dunia dan akhirat..memudahkanku mencapai redhaMU..dan mendorongku menuju syurgaMU, ameen... kuyakini, kalau ENGKAU dah kata itu milikku, biarlah bawa pusing 1 dunia pun..ia tetap akan jadi milikku!
|
znia80
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.03.2010 Ahli No: 39509
Posting: 38
Dari: petaling jaya, rantau panjang
|
Posting pada: 29-09-10 08:18
Insyaallah zifar, semua dah dtentukan, cuma sejauh mana kita dapat mengendalikannya dengan sabar,
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 19:14
syukran jazilan...semoga ALLAH membalas budi baik kalian
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 22:06
mula-mula masuk bilik kaunseling, saya minta pada ustazah tu untuk bercakap sendirian tanpa suami bila saya dah habis cakap, suami masuk dan terus bercakap tanpa henti saya pasti suami tahu apa yang saya adukan suami saya siap tanya pada ustazah tu, kenapa tak bagi ustaz yang kaunseling..dia cakap biasanya orang perempuan akan memihak kepada perempuan masa raya ke2 hari tu, ayah saya cuma tanya suami tentang cuti dan minta dia seimbangkan antara kedua-duanya belah kampung tiba-tiba saja suami naik angin dan cerita perkara2 lain (keburukan saya) yang tiada kaitan saya terdengar ada yang salah, saya tegur betulkan...ummi saya pun ada tegur dia masa tu sebab suara dia da tinggi..jerit2 cakap lepas itu, dia paksa saya balik dr kampung masa tu jugak..siap ugut nak tangankan saya saya takutlah...serba salah nak ikut tiba-tiba suami rampas anak dr saya..tolak ummi saya yang cuba halang dia...dan ayah saya terus pegang leher dia adik lelaki saya (seorang lagi adik lelaki pergi beraya) terus berlari turun tangga dan tolong pegang suami jadi anak saya terlepas dan dia maki ayah saya..lepas itu terus keluar..tak sempat kami jawab apa-apa kami tergamam...saya dan ummi menggigil..adik perempuan saya menangis sebab suami saya macam histeria... kami tak pernah gaduh teruk2 macam tu...memang tak biasa dengan keadaaan sedahsyat itu tapi adik-adik suami pernah gaduh sampai histeria dan ustaz siap datang rumah..masa tu saya sedang berpantang di rumah mertua
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 22:08
pagi tadi suami datang rumah untuk berjumpa saya..saya mengajar sesi petang ummi dan ayah saya terkejut suami pujuk2 saya dan cakap dia nak berubah dan bina keluarga bahagia suami sebenarnya salu call tapi kami asik bergaduh sebab saya tak boleh terima permintaan dia untuk ke rumah mertua mengambil anak saya dah tawar hati...begitu juga kedua ibubapa saya kami tak yakin yang suami saya mampu berubah..tambah lagi dengan keadaan ibubapanya yang suka memaksa dan tak nak mengaku kalah walau dalam keadaan segenting ini saya penat ditindas dan dibuli...tak mampu pandang wajah-wajah adik ipar yang menghantar sms mengugut saya, mengatakan jijik melihat saya, dan macam-macam lagi kata-kata kesat dilemparkan saya juga tak mampu lagi bercakap dengan ibu mertua yang menuduh saya curang, jalang, pelacur etc..menengking, memyindir saya tapi saya rendahkan juga diri saya...jadi beberapa hari lepas saya call minta maaf pada ibu mertua (walaupun saya tak tahu apa salah saya) tapi dia cakap datang sini susukan anak, tinggal anak di sini sebab anak tu anak suami saya (habis, anak tu bukan saya ke yang lahirkan...pedih hati saya)
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 29-09-10 22:14
yang saya paling perlukan adalah doa dr sahabat-sahabat supaya suami dan keluarga mertua menyerahkan anak bila saya bawa surat peguam nanti saya bimbang jika mak mertua tak nak buka pintu selain doa supaya saya diberi kekuatan dan ketenangan saya pasti, solat2 sunat dan doa yang paling penting dalam keadaan sekarang
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 30-09-10 13:33
Membaca masalah puan membuatkan saya insaf betapa di luar sana lebih ramai orang yang kurang bernasib baik. InsyaAllah, ada di kalangan sahabat-sahabat yang mustajab doanya. Perbanyakkanlah zikir (Ya Hafiz), membaca surah Alam Nasyrah dan bismillah 6, insyaAllah.
|
hafiz_along_83
 Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 30-09-10 14:30
eh.. panggil saya ke.. ada apa?? hehe..  ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
zifar
Warga Rasmi Menyertai: 22.09.2010 Ahli No: 40305
Posting: 15
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 02-10-10 07:07
assalamualaikum... ada sahabat cakap kes fasakh saya ni susah nak menang...peluang untuk menang sangat tipis sebab suami tak pernah pukul risaulah saya...apa pandangan sahabat-sahabat?
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 07-10-10 07:39
anda berhak untuk yakin menang setelah anda berusaha, berdoa dan bertawakal.
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 17-10-11 16:12
boleh saya tahu perkembangan kes saudari setelah setahun lebih berlalu...
|