Oleh |
Bolehkah orang Islam makan kuih bulan??? |
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 20-09-10 13:31
Salam sahabat ukhwah, Saya ingin mendapatkan pandangan dari sahabat semua adakah orang Islam boleh makan kuih bulan? Saya agak kemusykilan... Saya bekerja di syarikat Cina & mereka banyak memberikan saya kuih bulan & ada sekali mereka memaksa saya makan di depan mereka...di plastik tersebut memang ada tanda halal..So, adakah ianya benar-benar halal?? ----------------- Fieza
|
nhuda
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.11.2009 Ahli No: 38441
Posting: 47
|
Posting pada: 20-09-10 14:10
kuih bulan ni intinya ada macam-macam jenis. kalau intinya halal, buatannya juga halal, bolehlah orang islam makan.. kuih bulan ni ada orang bukan islam buat, ada juga org islam buat.. kuih bulan ni makanan tradisi masyarakat cina, cina pun ada yang islam, jadi tak peliklah kalau ada kuih bulan yang halal.. ----------------- -- koleksi nasyid
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 20-09-10 14:51
assalamualaikum boleh saja nak makan...asalkan ia halal....sekarang ni memang banyak kuih bulan yang halal...kalau dah ada logo halal JAKIM...ok lah tu...sebab orang melayu islam dah mula suka makan kuih tu..sebab tu mereka buatkan yang halal.. saya juga pernah kerja di syarikat swasta yang ramai staff cina...selalu juga dapat makan....sedapppppppppppppppp....hehehehe... pernah makan yang mahal RM10 sebiji.memang sedap.tapi halal...
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 20-09-10 15:05
Thanks nhuda for your info..lega sikit boleh dengar macam ini.. ----------------- Fieza
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 20-09-10 15:23
betul ke??iye lah takut2 saja hallal itu cop tak register kan... risau lah jugek...hmm..ri itu saya makan ada tlor masin kat tgah2... ----------------- Fieza
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 20-09-10 16:19
kalau was-was janganlah makan.. makanlah kuih matahari.. hehe ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
lieynnakkpb
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22193
Posting: 146
Dari: ~bUmI AlLaH ~
|
Posting pada: 20-09-10 18:54
KUIH bulan memang SEDAP. kena cari yang ada logo yang halal lah. kuih bulan keluaran sini pasti halal.. ----------------- Ku Dambar Kasih mu Allah
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 20-09-10 22:55
sedap eh? huhu... saya pernah makan yang jelly saja... kuih tu tak pernah makan lagi....
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 21-09-10 13:18
saya pun selalu juga makan..member2 kat opis yang bawa..cmm tu lah kalau dah kerja kat tempat yang ada pelbagai kaum..yang penting pandai jaga diri..tapi biasanya mereka pun paham..kalau kita cakap tak nak takkan nak paksa juga.. ----------------- -PermataAyahBonda-
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 21-09-10 15:02
Pada 21-09-10 13:18 , aiNa85 posting:!!! QUOTE !!! saya pun selalu juga makan..member2 kat opis yang bawa..cmm tu lah kalau dah kerja kat tempat yang ada pelbagai kaum..yang penting pandai jaga diri..tapi biasanya mereka pun paham..kalau kita cakap tak nak takkan nak paksa juga..
betul betul betul.. ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
assirkami
Warga Rasmi Menyertai: 20.09.2010 Ahli No: 40299
Posting: 6
Dari: Melaka ~ Tanah Beradat
|
Posting pada: 21-09-10 20:02
kueh bulan boleh dimakan asalkan halal dan tak ada sumber dan bahan syubhah.. lagi satu kalau yang tukang buatnya tu islam dan jaga kebersihan .. kalau tak baik tak payah makan .. sebabnya boleh bawa mudharat ----------------- Islam Cara Hidup Kita
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 22-09-10 14:27
Pada 21-09-10 20:02 , assirkami posting:!!! QUOTE !!! kueh bulan boleh dimakan asalkan halal dan tak ada sumber dan bahan syubhah.. lagi satu kalau yang tukang buatnya tu islam dan jaga kebersihan .. kalau tak baik tak payah makan .. sebabnya boleh bawa mudharat
mana pulak nak tahu tukang buatnye islam ke tak..hihi..so far yang mereka bagi itu ada lah logo halal..cuma masa mula-mula nak makan itu macam reject saja tkk ini..tkot kalau tak halal...tapi sekarang da yakin & berita semalam pun ada keluar..so Boleh lah makan..hihihi..yang best tgahnye ada kuning telur masin .. ----------------- Fieza
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 23-09-10 08:45
makan nasi dengan tlor masin saja pun sedap jugak.. peerrghh.. nyam2 tak payah susah2 beli kuih bulan yang mahal tu.. hehe ----------------- SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH..
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 23-09-10 12:12
The bench mark is halallan toiyiban. Apapun setiap yang haram akan dihukum, yang halal pun akan tetap dihisab. So kurangkan makan, banyakkan berpuasa Isnin/Khamis lebih-lebih lagi org yang seringkali terdedah kepada ajakan rakan-rakan yang tidak faham islam.
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 07-11-10 11:31
Belum pernah makan lagi. Sekarang dah ada yang halal kan. Apa rasanya ye. Takut nak cuba, harga pun boleh tahan mahalnya. -----------------
Hargai semasa ada....
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 16-11-10 22:44
Salam ... sekarang ni banyak kuih bulan yang halal dimakan ... kalau dulu, arwah moyang dan nenek saya yang berbangsa cina larang kami makan kuih bulan tu sebab salah satu cara pembuatan kuih tu ialah kena sapu minyak 'khinzir' .... Begitu juga dengan kuih bipang kacang (iaitu kacang tumbuk atau kacang yang digoreng dengan gula) disebabkan untuk tahan lama dan nampak berkilat org cina dahulu menyapukan nya dengan minyak 'khinzir'
|
siti_elya_khadijah
Warga Rasmi Menyertai: 11.11.2010 Ahli No: 40511
Posting: 1
|
Posting pada: 19-11-10 00:10
salam wbt... sebelum kita nak beli kuih bulan ni,cuba tengok permukaan dia dahulu. kalau permukaan dia bersinar,itu maksudnya permukaan itu adalah diselaputi minyak bab... kalau permukaannya tidak bersinar,insya Allah,boleh dimakan... wallahua'alam...
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 19-11-10 12:14
..ada rasa ingin mencubanya..tapi ragu2..huuhuhuhuu..sebab tak tahu ada ke org islam yang jual jual bulan...kalau betul nampak dengan mata sendir..beranilah...hehehhehe
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 19-11-10 22:00
Pada 19-11-10 12:14 , salabianca posting:!!! QUOTE !!! ..ada rasa ingin mencubanya..tapi ragu2..huuhuhuhuu..sebab tak tahu ada ke org islam yang jual jual bulan...kalau betul nampak dengan mata sendir..beranilah...hehehhehe boleh, saya boleh jual... awak nak beli ke? hehe.... saya sempat belajar masa perayaan kuih bulan di hari itu...
|